1
00:00:05,506 --> 00:00:08,384
PERTUNANGAN SAM DAN ROB

2
00:00:08,467 --> 00:00:11,637
Setelah gambarku memudar

3
00:00:11,721 --> 00:00:15,725
Dan kegelapan menjadi kelabu

4
00:00:15,766 --> 00:00:19,061
Melihat dari tingkapku

5
00:00:19,145 --> 00:00:22,857
Kau tertanya-tanya apa khabarku

6
00:00:23,691 --> 00:00:29,447
Rahsia yang dicuri dari dalam...

7
00:00:31,157 --> 00:00:33,701
Dram berbunyi tak mengikut rentak

8
00:00:33,784 --> 00:00:37,872
Jika kau sesat
Kau akan nampak aku di situ

9
00:00:38,539 --> 00:00:40,624
Setiap kali

10
00:00:41,167 --> 00:00:43,502
-Jika kau jatuh...
-Menyambutmu

11
00:00:43,586 --> 00:00:45,838
Aku akan menunggumu

12
00:00:45,921 --> 00:00:47,423
Setiap kali

13
00:00:48,048 --> 00:00:49,258
Saya asyik...

14
00:00:49,341 --> 00:00:51,969
Jika kau sesat
Kau akan nampak aku di situ

15
00:00:52,052 --> 00:00:53,137
Semua!

16
00:00:53,220 --> 00:00:55,264
Setiap kali

17
00:00:56,891 --> 00:00:59,018
Setiap...

18
00:00:59,810 --> 00:01:02,688
-Baiklah. Saya rasa cukup.
-Terima kasih.

19
00:01:02,772 --> 00:01:04,190
Terima kasih.

20
00:01:07,568 --> 00:01:09,403
Romantik betul, sayang.

21
00:01:10,196 --> 00:01:13,699
Jelaslah mereka peguam, bukan penyanyi.

22
00:01:15,951 --> 00:01:20,748
Saya lebih mahir buat ucapan penggulungan
berbanding ucapan meraikan.

23
00:01:20,831 --> 00:01:23,918
Tom, marilah. Apa kata awak buat ucapan?

24
00:01:24,001 --> 00:01:26,170
Awak bagaikan bapa kedua mereka.

25
00:01:26,253 --> 00:01:29,089
-Awak saja dah cukup.
-Ayuh, Tom. Saya serius.

26
00:01:29,173 --> 00:01:30,800
-Okey.
-Sammy.

27
00:01:31,300 --> 00:01:34,011
Tom. Aduhai, tengoklah.

28
00:01:35,137 --> 00:01:38,974
Rob baru hantar kepada saya.
Saya tak pernah tengok.

29
00:01:40,518 --> 00:01:42,144
Ya, hari ini hari jadinya.

30
00:01:42,228 --> 00:01:47,358
-Ya, umurnya patut 71 tahun.
-Ya. Aduhai.

31
00:01:51,320 --> 00:01:52,238
Hei.

32
00:01:53,155 --> 00:01:56,992
Sam, saya dapat panggilan hari ini.

33
00:01:58,327 --> 00:02:01,288
Kita mungkin dah jumpa seorang tukang adu.

34
00:02:01,372 --> 00:02:02,289
Apa?

35
00:02:02,373 --> 00:02:04,166
Kita boleh selesaikan kes ini.

36
00:02:06,544 --> 00:02:09,171
Boleh buka semula kes Zax Pharma.
Mereka bedebah.

37
00:02:09,255 --> 00:02:12,132
-Tak, Tom, kita dah selesaikan Zax Pharma.
-Jadi?

38
00:02:12,216 --> 00:02:15,010
Hakim dah tandatangan,
kita tak boleh pulangkan wang.

39
00:02:15,094 --> 00:02:19,223
Biarkan. Nilainya berbilion sekarang.
Boleh bankrap.

40
00:02:19,306 --> 00:02:20,558
Tak boleh.

41
00:02:22,017 --> 00:02:23,143
Saya tak faham.

42
00:02:23,227 --> 00:02:26,480
Inilah peluang kita
kenakan Zax cukup-cukup.

43
00:02:26,564 --> 00:02:31,652
Sam, $160 juta. Zax untung
sebanyak itu senang-senang saja.

44
00:02:31,735 --> 00:02:35,906
Tom, saya nak galakkan
awak lupakan hal ini. Sekarang.

45
00:02:37,950 --> 00:02:39,493
Kenapa awak cakap begini?

46
00:02:42,037 --> 00:02:43,414
Risikonya terlalu besar.

47
00:02:43,497 --> 00:02:47,209
Saya takkan serahkan
kepada juri dan kalah kes.

48
00:02:47,293 --> 00:02:48,419
Kes itu telah selesai,

49
00:02:48,502 --> 00:02:51,630
kita perlu teruskan.
Ada perkara lain kita perlu fokuskan.

50
00:02:51,714 --> 00:02:52,965
Itu saja?

51
00:02:53,465 --> 00:02:56,010
Ya. Kena ada orang yang jaga firma ini.

52
00:02:57,386 --> 00:02:58,554
Ini firma saya.

53
00:02:58,637 --> 00:03:00,472
Yang ayah saya asaskan.

54
00:03:00,556 --> 00:03:04,768
Yang ayah awak asaskan. Okey. Jadi?

55
00:03:04,852 --> 00:03:08,230
Saya faham awak simpan dendam
dengan George Zax.

56
00:03:08,314 --> 00:03:10,858
Saya faham. Saya juga rindukan Amanda.

57
00:03:10,941 --> 00:03:12,026
Jangan.

58
00:03:13,485 --> 00:03:14,612
Saya minta maaf.

59
00:03:15,988 --> 00:03:17,489
Kenapa dengan awak?

60
00:03:21,243 --> 00:03:22,828
Ada orang pengaruhi awak?

61
00:03:33,881 --> 00:03:35,591
Apa awak janjikan mereka?

62
00:03:42,765 --> 00:03:43,933
Hei...

63
00:03:51,315 --> 00:03:53,651
Saya rasa awak perlu berehat.

64
00:03:55,110 --> 00:03:57,321
Saya rasa awak dah hilang tujuan.

65
00:03:59,490 --> 00:04:00,616
Saya faham.

66
00:04:00,699 --> 00:04:03,535
Isteri awak, anak awak, saya faham.

67
00:04:03,619 --> 00:04:04,745
Ya.

68
00:04:08,290 --> 00:04:10,125
Kalaulah ayah awak masih ada.

69
00:04:36,443 --> 00:04:40,072
Kalau kedua-dua pihak
dah bersedia untuk voir dire,

70
00:04:40,155 --> 00:04:42,241
ayuh bawa masuk panel pertama.

71
00:04:49,123 --> 00:04:51,417
Kita cari ibu bapa, warga emas,

72
00:04:51,500 --> 00:04:54,336
orang yang ada sejarah penyakit,
veteran tentera.

73
00:04:54,420 --> 00:04:58,132
Berdasarkan soal selidik,
kita patut tolak juri tiga, empat

74
00:04:58,215 --> 00:05:00,551
tujuh, sepuluh dan sebelas.

75
00:05:01,969 --> 00:05:03,470
Betul.

76
00:05:04,430 --> 00:05:08,350
Yang Arif, kami terima semua juri.

77
00:05:09,059 --> 00:05:12,438
-Tunggu. Apa dia buat?
-Manipulasi pihak lawan.

78
00:05:12,521 --> 00:05:15,065
En. McBride, awak yakin?

79
00:05:15,899 --> 00:05:17,609
Ya, Yang Arif. Saya yakin.

80
00:05:18,652 --> 00:05:22,448
Yang Arif, saya tak faham
taktik pihak plaintif,

81
00:05:22,531 --> 00:05:24,992
tapi kami mohon untuk memeriksa panel.

82
00:05:25,075 --> 00:05:26,660
Awak boleh pilih setiap satu.

83
00:05:26,744 --> 00:05:29,538
-Awak tak nak cabar mana-mana juri?
-Tak.

84
00:05:29,621 --> 00:05:31,790
-Satu perkara saja.
-Apa?

85
00:05:33,542 --> 00:05:36,962
Kami mohon ubah senarai saksi
dan memasukkan Greg Wetzel.

86
00:05:41,884 --> 00:05:43,093
Saya tak nak Wetzel.

87
00:05:43,177 --> 00:05:45,888
Tak, saya mohon rehat sebentar.

88
00:05:46,555 --> 00:05:50,267
Yang Arif, boleh saya bincang sebentar
dengan En. McBride?

89
00:05:52,352 --> 00:05:55,481
Kita rehat awal untuk makan.
Kembali pada pukul 1.00.

90
00:05:56,940 --> 00:05:58,025
Semua bangun.

91
00:06:07,743 --> 00:06:08,827
Billy.

92
00:06:09,787 --> 00:06:11,747
Apa yang sedang berlaku?

93
00:06:11,830 --> 00:06:15,417
-Awak nak penyelesaian besar.
-Ini bukan cara kami.

94
00:06:15,501 --> 00:06:17,169
Mestilah tak. Terima kasih.

95
00:06:20,964 --> 00:06:24,384
Berita baik. Ivan Tillinger setuju
dengan syarat awak.

96
00:06:24,468 --> 00:06:26,762
Kita boleh selesaikan dengan $160 juta.

97
00:06:26,845 --> 00:06:30,599
Itu harga semalam, apa tawaran hari ini?

98
00:06:30,682 --> 00:06:34,144
-Seratus enam puluh juta.
-Tak, dah terlewat.

99
00:06:34,228 --> 00:06:36,438
Perbicaraan dah mula, juri dah dipilih.

100
00:06:36,522 --> 00:06:38,107
Di mana awak jumpa Greg Wetzel?

101
00:06:38,190 --> 00:06:40,984
Dalam mangkuk roti
di Fisherman's Wharf, kenapa?

102
00:06:41,068 --> 00:06:46,406
Testimoninya membinasakan,
dan juri akan nampak Tillinger bersalah.

103
00:06:48,158 --> 00:06:49,451
Berapa permintaan awak?

104
00:06:49,535 --> 00:06:50,911
Satu bilion.

105
00:06:55,082 --> 00:06:56,125
Yalah.

106
00:06:59,878 --> 00:07:01,338
Saya boleh beri separuh.

107
00:07:01,421 --> 00:07:02,756
Saya tak boleh terima.

108
00:07:03,465 --> 00:07:05,217
Saya boleh terima 600 juta.

109
00:07:07,344 --> 00:07:11,974
Yang Arif, Tillinger Health hampir capai
penyelesaian dengan kerajaan negeri.

110
00:07:12,057 --> 00:07:14,893
En. McBride dan saya
akan failkan usul bersama

111
00:07:14,977 --> 00:07:17,271
untuk gugurkan tuntutan
terhadap klien saya.

112
00:07:17,354 --> 00:07:20,524
-En. McBride, ada bantahan?
-Tak, Yang Arif.

113
00:07:20,607 --> 00:07:24,319
Selagi semua syarat perjanjian
ditunaikan sepenuhnya.

114
00:07:24,403 --> 00:07:25,946
Russell Drug juga?

115
00:07:26,029 --> 00:07:28,490
Mereka tak berminat berunding.

116
00:07:28,574 --> 00:07:34,204
En. Petock, cuma satu defendan
yang tinggal. Sekarang masanya.

117
00:07:34,830 --> 00:07:38,208
Mereka teruja menunggu
hari perbicaraan, Yang Arif.

118
00:07:38,292 --> 00:07:40,377
Perbicaraan akan diteruskan.

119
00:07:40,460 --> 00:07:43,255
Kita mulakan dengan pembukaan
pada awal pagi Isnin.

120
00:07:43,338 --> 00:07:44,423
Mahkamah bersurai.

121
00:07:49,136 --> 00:07:54,474
Kalian, saya nak ambil masa sebentar
untuk menghayati peristiwa hari ini.

122
00:07:54,558 --> 00:07:56,226
Hari ini hebat, penting...

123
00:07:56,310 --> 00:07:58,061
Tawaran 600 juta.

124
00:07:58,604 --> 00:08:01,815
Awak bersikap acuh tak acuh
ketika pemilihan juri,

125
00:08:01,899 --> 00:08:04,484
tapi saya ucap tahniah.
Bagus, En. McBride.

126
00:08:04,568 --> 00:08:07,237
-Terima kasih.
-Tak. Memang bagus.

127
00:08:07,321 --> 00:08:09,489
Ayah saya mesti berbangga.

128
00:08:16,705 --> 00:08:17,706
Hei.

129
00:08:17,789 --> 00:08:19,291
-Hei.
-Kenapa?

130
00:08:19,374 --> 00:08:22,252
Saya nak pergi. Saya rasa tak sihat.

131
00:08:22,336 --> 00:08:25,339
-Nak panggil teksi?
-Tak. Lagi elok kalau saya jalan.

132
00:08:25,422 --> 00:08:27,216
-Saya...
-Awak pasti?

133
00:08:27,299 --> 00:08:29,092
-Ya, betul.
-Okey.

134
00:08:29,176 --> 00:08:30,719
Satu perkara lagi.

135
00:08:30,802 --> 00:08:34,389
Awak tak fikir
Tillinger mengalah cepat sangat?

136
00:08:35,515 --> 00:08:38,852
Awak guna taktik berani mati
ketika pilih juri, mereka terpaksa.

137
00:08:41,772 --> 00:08:44,441
-Nikmati parti itu. Borak lagi nanti.
-Okey.

138
00:09:02,584 --> 00:09:06,797
Saya tak boleh yakinkan awak
untuk raikan dengan saya di sini?

139
00:09:06,880 --> 00:09:09,258
Tak, saya tak gemarkan parti. Maaf.

140
00:09:09,341 --> 00:09:10,592
Saya faham.

141
00:09:11,551 --> 00:09:13,512
Nak makan malam esok?

142
00:09:14,054 --> 00:09:15,806
Ya. Baiklah.

143
00:09:15,889 --> 00:09:17,683
Bagus. Saya mesej awak nanti.

144
00:09:17,766 --> 00:09:19,559
Okey. Baiklah. Selamat malam.

145
00:09:25,148 --> 00:09:26,483
Sama macam ayah awak.

146
00:09:26,566 --> 00:09:29,653
Dia pun tak suka keriuhan
setelah dia jadi wira.

147
00:09:29,736 --> 00:09:31,363
Agak menjengkelkan.

148
00:09:31,947 --> 00:09:33,198
Bagaimana awak tahu?

149
00:09:33,282 --> 00:09:34,491
Tahu apa?

150
00:09:35,284 --> 00:09:37,911
Jaminan awak,
"Setengah bilion atau lebih."

151
00:09:37,995 --> 00:09:39,538
Awak amat yakin.

152
00:09:39,621 --> 00:09:42,374
Penyelesaian Zax Pharma hanya 160 juta.

153
00:09:43,000 --> 00:09:46,086
Kalau saya tiada keyakinan,
saya tiada apa-apa.

154
00:09:47,296 --> 00:09:49,423
Awak patut jadikannya slogan.

155
00:09:58,015 --> 00:10:01,560
Saya terfikir tentang Russell Drug.

156
00:10:01,643 --> 00:10:04,021
McBride tak boleh guna
helah sama dua kali.

157
00:10:04,104 --> 00:10:06,440
Dia sedang selamatkan kita, Ava.

158
00:10:07,065 --> 00:10:10,277
Saya tak fikir awak pernah
lakukan apa-apa sebagai wira,

159
00:10:10,360 --> 00:10:13,447
melainkan awak anggap berleter
ialah kerja seorang wira.

160
00:10:13,530 --> 00:10:15,782
Ayuh jelaskan tugas kita masing-masing.

161
00:10:16,450 --> 00:10:20,537
Ayah awak suruh saya jaga firma ini
dan awasi kelakuan awak.

162
00:10:20,620 --> 00:10:22,164
Jangan libatkan dia.

163
00:10:22,247 --> 00:10:24,041
Dia fikir awak tiada disiplin.

164
00:10:24,124 --> 00:10:25,876
Dia fikir awak tiada visi.

165
00:10:27,419 --> 00:10:31,214
Tak macam dia, saya akan nikmati
malam ini. Minta diri dulu.

166
00:11:04,915 --> 00:11:05,874
Hai!

167
00:11:06,708 --> 00:11:07,709
Hai.

168
00:11:09,544 --> 00:11:10,754
Awak okey?

169
00:11:11,880 --> 00:11:15,384
Ya. Hei, siapa awak?

170
00:11:16,093 --> 00:11:17,677
Awak ada nama?

171
00:11:42,119 --> 00:11:46,498
Ayah buat apa? Ayah dah janji.

172
00:11:47,416 --> 00:11:48,625
Janji apa?

173
00:11:49,960 --> 00:11:52,712
Hanya saya yang rela
berurusan dengan ayah.

174
00:11:53,839 --> 00:11:57,592
Apabila awak suruh semua orang pergi,
mereka pergi.

175
00:11:59,845 --> 00:12:01,972
Ayah cuba nak bunuh diri?

176
00:12:04,558 --> 00:12:07,602
Mungkin. Kenapa?

177
00:12:11,398 --> 00:12:12,566
Masuklah.

178
00:12:36,173 --> 00:12:37,674
Tolong perlahan sikit.

179
00:12:38,550 --> 00:12:41,094
Saya sangka ayah nak kejar kereta api.

180
00:12:41,178 --> 00:12:43,180
Ayah nak sampai sana hidup-hidup.

181
00:13:16,463 --> 00:13:17,714
"Cemburu."

182
00:13:19,424 --> 00:13:20,884
Cemburu apa?

183
00:13:22,802 --> 00:13:24,846
Perkataan 6 abjad untuk "iri hati".

184
00:13:26,806 --> 00:13:28,099
Nombor 22 ke bawah.

185
00:13:31,394 --> 00:13:33,647
TEKA TEKI/NASIHAT
TEKA SILANG KATA HARIAN

186
00:13:34,397 --> 00:13:35,732
Di mana Denise?

187
00:13:37,859 --> 00:13:40,362
Bukan dia di atas itu, betul tak?

188
00:14:47,178 --> 00:14:48,305
Helo?

189
00:15:05,947 --> 00:15:06,948
Brittany?

190
00:15:07,032 --> 00:15:08,074
Billy?

191
00:15:09,409 --> 00:15:11,870
Ya. Maaf. Kawan jawabkan telefon.

192
00:15:13,330 --> 00:15:15,165
Ya, dengar sini.

193
00:15:18,001 --> 00:15:20,503
Saya nak tahu kalau Denise masih hidup.

194
00:15:21,087 --> 00:15:24,132
Aduhai, Billy, apa yang berlaku?

195
00:15:24,215 --> 00:15:25,467
Dia masih hidup?

196
00:15:26,009 --> 00:15:27,802
Ya, mestilah.

197
00:15:29,512 --> 00:15:31,473
Saya nak tahu saja, okey?

198
00:15:32,349 --> 00:15:33,600
Awak patut hubungi dia.

199
00:15:33,933 --> 00:15:35,352
Ya, saya tahu.

200
00:15:36,478 --> 00:15:40,106
Saya tahu. Saya bukan...

201
00:15:41,733 --> 00:15:42,651
Awak tahu...

202
00:15:43,485 --> 00:15:46,321
Awak bersama seseorang
atau berada di luar.

203
00:15:46,404 --> 00:15:49,199
-Saya telefon awak balik nanti.
-Tak, Billy...

204
00:16:01,294 --> 00:16:05,840
AYAH

205
00:16:29,114 --> 00:16:33,493
Awak perasan tak, pukul 7.50
nampak 7.50 apabila kita lihat nombor,

206
00:16:33,576 --> 00:16:36,663
tapi kalau lihat jam,
kita nampak sepuluh minit ke pukul 8?

207
00:16:37,997 --> 00:16:39,374
Tak terfikir pula.

208
00:16:40,875 --> 00:16:42,293
Betul tak?

209
00:16:45,213 --> 00:16:46,297
Ya.

210
00:16:52,721 --> 00:16:53,888
Sayalah!

211
00:16:59,728 --> 00:17:01,312
Awak tak pernah beritahu

212
00:17:02,230 --> 00:17:04,274
yang awak peguam kelas atasan.

213
00:17:06,526 --> 00:17:07,777
Saya bukan kelas atasan.

214
00:17:08,361 --> 00:17:10,113
Awak nampak begitu dalam TV.

215
00:17:11,406 --> 00:17:12,949
Awak tahulah TV.

216
00:17:15,452 --> 00:17:17,412
Itu minuman yang dibenarkan, bukan?

217
00:17:18,288 --> 00:17:19,873
Sentiasa dibenarkan, Frank.

218
00:17:22,876 --> 00:17:24,711
Sekarang saya tahu nama awak Frank.

219
00:17:27,464 --> 00:17:29,340
Apa bezanya?

220
00:17:30,675 --> 00:17:32,051
Tak juga.

221
00:17:36,890 --> 00:17:38,558
Awak alami mimpi ngeri?

222
00:17:40,769 --> 00:17:42,395
Lebih kurang begitu.

223
00:17:45,982 --> 00:17:48,276
Mungkin awak patut tidur di atas katil,

224
00:17:48,359 --> 00:17:51,488
bukan kerusi goyang
tak berfungsi awak itu.

225
00:17:51,571 --> 00:17:53,239
Awak memerhatikan saya.

226
00:17:55,283 --> 00:17:57,118
Saya memerhatikan semua orang.

227
00:17:59,245 --> 00:18:00,830
Awak tak istimewa.

228
00:18:02,749 --> 00:18:03,958
Awak ada isteri?

229
00:18:06,002 --> 00:18:07,045
Anak?

230
00:18:10,632 --> 00:18:12,884
Saya ada bekas isteri dan anak perempuan.

231
00:18:13,676 --> 00:18:15,553
Ya, saya pun ada anak perempuan.

232
00:18:16,846 --> 00:18:20,558
Dia benci saya. Saya yakin itu salah saya.

233
00:18:22,435 --> 00:18:24,437
Kalau boleh sedapkan hati awak,

234
00:18:24,521 --> 00:18:27,065
anak saya pun tak berhubung dengan saya.

235
00:18:28,107 --> 00:18:30,527
Kenapa pula saya jadi
sedap hati kerana itu?

236
00:18:32,695 --> 00:18:36,115
Awak tak keseorangan.
Itu saja maksud saya.

237
00:18:36,908 --> 00:18:39,953
Saya suka berseorangan. Dia pun sama.

238
00:18:40,620 --> 00:18:42,914
Mungkin itulah masalahnya.

239
00:18:47,335 --> 00:18:48,795
Apa awak buat?

240
00:18:48,878 --> 00:18:50,129
Maksud awak?

241
00:18:51,965 --> 00:18:53,091
Kepada anak awak?

242
00:18:55,385 --> 00:19:01,182
Saya sukar ditemani selepas saya ditembak.

243
00:19:02,725 --> 00:19:04,102
Awak berperangai buruk?

244
00:19:04,185 --> 00:19:05,603
Lebih kurang. Ya.

245
00:19:06,271 --> 00:19:08,273
Padan muka awak.

246
00:19:08,356 --> 00:19:10,441
Saya dalam kesakitan, sekarang pun.

247
00:19:10,525 --> 00:19:12,777
Jadi, dia yang berperangai buruk?

248
00:19:12,861 --> 00:19:14,028
Tak, dia baik.

249
00:19:15,488 --> 00:19:20,535
Salah seorang daripada kamu
berperangai buruk. Pilihlah.

250
00:19:22,203 --> 00:19:23,413
Awak pula?

251
00:19:24,831 --> 00:19:26,207
Kenapa dengan saya?

252
00:19:28,626 --> 00:19:29,961
Awak berperangai buruk?

253
00:19:33,214 --> 00:19:39,012
Abang saya berperangai paling buruk
yang awak dan saya pernah lihat.

254
00:19:40,680 --> 00:19:41,973
Awak terkejut?

255
00:19:42,807 --> 00:19:44,684
Tak juga, saya tak tahu.

256
00:19:47,353 --> 00:19:49,147
Apa dia buat di sini?

257
00:19:53,276 --> 00:19:56,571
Hei! Awak cakap tentang saya.

258
00:19:57,488 --> 00:19:59,407
Kalau awak tak puas hati,

259
00:19:59,490 --> 00:20:02,452
datang ke mari
dan beritahu saya depan-depan.

260
00:20:04,329 --> 00:20:06,539
Tolong cakap bahasa Inggeris.

261
00:20:10,418 --> 00:20:11,669
Tolonglah.

262
00:20:13,212 --> 00:20:15,590
Dia mengumpat tentang saya, bukan?

263
00:20:15,673 --> 00:20:17,592
Kalau tak pun, awak takkan percaya.

264
00:20:25,266 --> 00:20:27,143
Awak kena perhatikan mereka, Billy.

265
00:20:28,061 --> 00:20:29,354
Mereka semua.

266
00:20:30,897 --> 00:20:32,607
Mereka tiada semangat.

267
00:20:42,492 --> 00:20:43,701
Maaf tentang itu.

268
00:20:44,827 --> 00:20:46,412
Dia pelik.

269
00:20:47,705 --> 00:20:51,501
Frank pemilik bangunan, dia geram
sebab tak boleh tamatkan sewaan kami.

270
00:20:51,584 --> 00:20:53,002
Dia pemilik bangunan ini?

271
00:20:53,836 --> 00:20:55,296
Dia pemilik seluruh blok.

272
00:20:56,756 --> 00:20:57,799
Biar betul.

273
00:20:58,508 --> 00:20:59,467
Satu lagi?

274
00:21:00,343 --> 00:21:01,803
Ya, boleh juga.

275
00:21:58,943 --> 00:22:00,862
RINGKASAN KEPUTUSAN DATA
D-3 E-2 D+3 G0 E0 G0 C+1 V*+1 C*+5

276
00:22:00,945 --> 00:22:03,364
ANALISA:
TAHAP RH-HR MELEBIHI TAHAP BOLEH TERIMA

277
00:22:07,076 --> 00:22:08,911
Dave, kita kena buat semula.

278
00:22:10,580 --> 00:22:11,664
Kate!

279
00:22:12,373 --> 00:22:13,249
Fern.

280
00:22:13,332 --> 00:22:15,084
Pak Cik George awak nak kemas kini.

281
00:22:16,085 --> 00:22:19,589
Saya sertai kelas masak pasta
untuk tingkatkan kemahiran kulinari.

282
00:22:19,672 --> 00:22:21,758
-Awak tahu maksud saya.
-Saya perlu masa.

283
00:22:21,841 --> 00:22:24,385
-Baru pukul 10 pagi.
-Bukan itu saya maksudkan.

284
00:22:24,469 --> 00:22:27,805
Saya tahu, tapi saya tak peduli.

285
00:22:39,776 --> 00:22:40,943
Aduhai.

286
00:22:43,446 --> 00:22:44,489
Apa?

287
00:22:44,572 --> 00:22:47,325
Ava perlu jumpa awak. Penting.

288
00:22:47,992 --> 00:22:48,993
Kenapa?

289
00:22:49,535 --> 00:22:52,330
Saya tak tahu,
dia cuma kata hal ini penting...

290
00:22:58,836 --> 00:23:01,631
Patty. Masuklah. Tutup pintu.

291
00:23:04,425 --> 00:23:06,260
Ya, duduklah. Hai.

292
00:23:13,768 --> 00:23:15,520
Saya nak beritahu awak

293
00:23:15,603 --> 00:23:18,773
yang rakan kongsi adakan
mesyuarat tergempar pagi ini

294
00:23:18,856 --> 00:23:21,234
dan kami undi perkongsian ekuiti awak.

295
00:23:27,323 --> 00:23:29,325
Awak diberhentikan sebagai pekerja.

296
00:23:29,408 --> 00:23:32,203
Tiada lagi borang cukai W-2, pakej faedah

297
00:23:32,286 --> 00:23:36,624
dan saya sarankan awak lantik
perancang kewangan yang sah

298
00:23:36,707 --> 00:23:39,252
untuk bantu awak uruskan hal percukaian.

299
00:23:43,840 --> 00:23:45,216
Awak tak faham.

300
00:23:47,009 --> 00:23:49,095
Patty, undian itu berpihak kepada awak.

301
00:23:49,178 --> 00:23:51,556
Awak bukan lagi pekerja,

302
00:23:51,639 --> 00:23:55,393
tapi pemilik-pengurus dan rakan kongsi
ekuiti di Margolis and True.

303
00:24:07,655 --> 00:24:08,906
Berapa banyak?

304
00:24:09,866 --> 00:24:10,908
Ya, betul juga.

305
00:24:17,957 --> 00:24:20,001
Okey, hebat. Bagus.

306
00:24:20,084 --> 00:24:23,546
Kalau awak nak bincangkan
polisi insurans nyawa,

307
00:24:23,629 --> 00:24:25,047
sekarang masanya.

308
00:24:25,840 --> 00:24:28,259
-Saya kena beli insurans nyawa?
-Tak.

309
00:24:28,342 --> 00:24:31,387
Firma yang beli polisi
dan firma juga penerima.

310
00:24:31,470 --> 00:24:34,724
Kalau ada kemalangan berlaku
kepada awak. Harapnya tak.

311
00:24:35,641 --> 00:24:38,603
Bagus.

312
00:24:38,686 --> 00:24:41,439
Ya, bagus. Tahniah, Patty.

313
00:24:41,981 --> 00:24:42,982
Terima kasih.

314
00:24:46,110 --> 00:24:48,613
-Itu saja.
-Itu saja. Okey.

315
00:24:51,949 --> 00:24:53,534
-Patty?
-Ya?

316
00:24:55,328 --> 00:24:56,829
Saya tak undi awak.

317
00:24:59,498 --> 00:25:03,294
Aduhai, tak. Saya tak fikir begitu. Okey.

318
00:25:03,669 --> 00:25:06,964
-Tutup pintu.
-Ya, baiklah. Terima kasih.

319
00:25:15,389 --> 00:25:17,433
SAM
AVA NAK BERITAHU AWAK (MAAF)

320
00:25:17,516 --> 00:25:18,976
TAHNIAH!

321
00:25:19,060 --> 00:25:20,645
YA!
KUNCI

322
00:25:23,064 --> 00:25:24,315
Ya!

323
00:25:24,398 --> 00:25:25,691
Apa khabar, Travis?

324
00:25:25,775 --> 00:25:27,109
Hai. Apa khabar, Kate?

325
00:25:27,193 --> 00:25:28,945
-Pak cik saya dah tiba?
-Belum.

326
00:25:29,028 --> 00:25:32,323
Saya kena tunjukkan awak
apa yang berlaku kepada Mustang itu.

327
00:25:32,406 --> 00:25:34,325
Awak akan menangis. Tragik.

328
00:25:34,408 --> 00:25:36,494
Alamak.

329
00:25:36,577 --> 00:25:39,121
Berlaku lima minit
selepas saya masuk ke Starbucks.

330
00:25:39,914 --> 00:25:41,123
Awak pandu apa?

331
00:25:42,083 --> 00:25:44,335
-2011 GT.
-Hebat.

332
00:25:44,418 --> 00:25:45,753
Abaikan kemik hodoh itu.

333
00:25:45,836 --> 00:25:50,591
Ya, memang teruk.
Saya ada kereta berhud Mustang 1966.

334
00:25:50,675 --> 00:25:53,886
Anak saya guna sekarang,
tapi saya dah lama gunakannya.

335
00:25:53,970 --> 00:25:55,972
-Gadis bertuah.
-Saya tahu.

336
00:25:56,055 --> 00:25:57,056
Kate.

337
00:25:57,682 --> 00:25:58,683
Pak Cik George.

338
00:25:59,141 --> 00:26:01,394
Saya suka lihat awak dalam cahaya terang.

339
00:26:01,477 --> 00:26:04,397
Awak tahu dengan siapa awak bercakap?

340
00:26:04,480 --> 00:26:09,527
Dia Billy McBride, peguam yang kenakan
Tillinger sebanyak 600 juta.

341
00:26:10,319 --> 00:26:12,697
Nasib baik awak tiada ketika kes kami.

342
00:26:13,364 --> 00:26:14,615
George Zax.

343
00:26:15,241 --> 00:26:18,995
Ya, saya kenal. Saya nampak
awak tak mengaku salah dalam berita.

344
00:26:20,997 --> 00:26:23,416
Produk kami selamat
kalau digunakan dengan betul.

345
00:26:23,499 --> 00:26:24,500
Yakah?

346
00:26:25,001 --> 00:26:28,713
Anak saudara saya uruskan makmal kami.
Tanya dia.

347
00:26:30,256 --> 00:26:32,842
Trimadone selamat
kalau digunakan dengan betul.

348
00:26:33,884 --> 00:26:37,221
Ada jumlah korban
yang mengatakan sebaliknya.

349
00:26:37,972 --> 00:26:40,308
Kes kami dah selesai, Billy. Jadi...

350
00:26:41,142 --> 00:26:44,395
Saya boleh terus berada di sini
dan buka semula kes.

351
00:26:44,478 --> 00:26:47,565
Atau saya boleh minum martini sejuk
dan stik separa masak.

352
00:26:47,648 --> 00:26:51,319
Pilihan mudah. Awak lapar?

353
00:26:52,445 --> 00:26:54,322
Ya. Amat lapar.

354
00:26:55,406 --> 00:26:56,615
Gembira jumpa awak.

355
00:26:57,575 --> 00:26:59,994
Semoga berjaya kalahkan Russell Drug.

356
00:27:00,077 --> 00:27:01,370
Saya hargainya.

357
00:27:16,719 --> 00:27:17,803
Maaf, saya lewat.

358
00:27:18,304 --> 00:27:19,180
Tak apa.

359
00:27:20,348 --> 00:27:22,975
Saya jatuh
dalam perjalanan ke sini, jadi...

360
00:27:23,059 --> 00:27:24,101
Yakah? Awak okey?

361
00:27:24,185 --> 00:27:26,854
Ya, hanya siku saya...

362
00:27:27,646 --> 00:27:31,525
Maruah saya paling terluka
tapi saya tak apa-apa.

363
00:27:32,276 --> 00:27:34,236
Kita boleh jumpa lain kali.

364
00:27:34,320 --> 00:27:37,698
Tak boleh.
Seharian saya teruja tunggu saat ini.

365
00:27:37,782 --> 00:27:39,909
-Boleh saya ambil kot?
-Terima kasih.

366
00:27:40,826 --> 00:27:43,579
-Boleh kita duduk di bar?
-Boleh.

367
00:27:47,041 --> 00:27:50,544
Saya terserempak dengan George Zax.

368
00:27:51,128 --> 00:27:53,672
-Dia di sini?
-Ya, dia di sana.

369
00:27:55,174 --> 00:27:58,386
Mesti seronok. Dia betul-betul berlagak.

370
00:27:59,178 --> 00:28:01,263
Ya. Saya setuju.

371
00:28:03,015 --> 00:28:05,518
Ya. Saya okey, terima kasih.

372
00:28:07,186 --> 00:28:10,731
Kami berminat untuk adakan perbualan itu.

373
00:28:11,607 --> 00:28:12,817
Saya akan beritahu dia.

374
00:28:15,236 --> 00:28:18,614
Baiklah, borak esok pagi.
Terima kasih, selamat tinggal.

375
00:28:20,866 --> 00:28:24,703
Griffin Petock nak bincangkan
penyelesaian untuk Russell Drug.

376
00:28:24,787 --> 00:28:26,872
Tekaan bagus. Ya, betul.

377
00:28:26,956 --> 00:28:28,416
Mudah saja.

378
00:28:29,708 --> 00:28:30,793
Raikan penyelesaian?

379
00:28:31,794 --> 00:28:32,962
Raikan penyelesaian.

380
00:28:34,505 --> 00:28:36,924
Saya tak boleh minum. Sakit kepala.

381
00:28:37,007 --> 00:28:38,217
Tak apa.

382
00:28:39,885 --> 00:28:44,056
Tak berminat adakan perbicaraan langsung?

383
00:28:46,392 --> 00:28:48,477
Saya nak buat perkara yang betul.

384
00:28:48,561 --> 00:28:51,147
Kalau penyelesaian betul,
itu yang saya buat.

385
00:28:53,315 --> 00:28:57,319
Saya baru nak mula, tapi saya faham.

386
00:28:58,362 --> 00:29:02,741
Saya cuma lega yang semuanya berakhir.

387
00:29:04,994 --> 00:29:07,955
Ya, penyelesaian besar ini
boleh bantu firma awak

388
00:29:08,038 --> 00:29:09,790
stabilkan kewangan.

389
00:29:14,587 --> 00:29:15,796
Bagaimana awak tahu?

390
00:29:17,131 --> 00:29:18,466
Saya tak tahu.

391
00:29:23,679 --> 00:29:24,805
Awak bedebah.

392
00:29:25,431 --> 00:29:27,016
Orang selalu kata begitu.

393
00:29:30,811 --> 00:29:32,396
Apa terjadi?

394
00:29:35,065 --> 00:29:37,318
Ayah saya meninggal dan semua orang pergi.

395
00:29:38,652 --> 00:29:42,907
Masih ada beberapa klien,
tapi kebanyakannya dah pergi.

396
00:29:43,657 --> 00:29:44,992
Sukarnya.

397
00:29:45,075 --> 00:29:46,118
Ya.

398
00:29:46,869 --> 00:29:51,415
Ramai orang kata, "Saya bersimpati",
ucap takziah dan beri bunga.

399
00:29:52,041 --> 00:29:56,712
Ada yang beri bakul hadiah,
tapi tak cukup untuk biayai firma...

400
00:29:58,130 --> 00:30:00,508
Saya faham.

401
00:30:00,591 --> 00:30:05,804
Saya pun takkan harapkan
benda yang tak sempurna.

402
00:30:06,597 --> 00:30:09,266
Jangan kata begitu
tentang diri awak sendiri.

403
00:30:11,227 --> 00:30:15,314
Saya wanita yang menghidap MS.
Saya tahu pandangan mereka terhadap saya.

404
00:30:15,397 --> 00:30:19,109
Saya amat mengenali barang tak sempurna,
awak tak begitu.

405
00:30:21,695 --> 00:30:22,947
Awak amat baik.

406
00:30:24,114 --> 00:30:25,324
Itu cuma kenyataan.

407
00:30:29,954 --> 00:30:32,665
Saya sepatutnya dah meninggal.

408
00:30:33,707 --> 00:30:36,252
Perkara itu menakutkan orang.

409
00:30:36,335 --> 00:30:37,711
Tipulah.

410
00:30:37,795 --> 00:30:39,255
Saya tak main-main.

411
00:30:40,881 --> 00:30:42,925
Doktor berikan saya tiga tahun.

412
00:30:45,553 --> 00:30:47,638
Sekarang dah tiga tahun setengah.

413
00:30:49,223 --> 00:30:53,686
Awak masih di sini. Awak faham?
Tiada siapa tahu apa-apa.

414
00:30:58,816 --> 00:31:00,609
Doktor tahu.

415
00:31:01,068 --> 00:31:02,570
Doktor banyak merepek.

416
00:31:03,821 --> 00:31:06,824
Saya kena tembak, mati dan hidup semula.

417
00:31:06,907 --> 00:31:09,410
Awak pula ada di sini,
mereka takkan faham.

418
00:31:11,912 --> 00:31:15,332
Ada banyak perkara yang kita tak tahu.

419
00:31:15,416 --> 00:31:16,333
Awak faham?

420
00:31:16,417 --> 00:31:19,169
Kadangkala kita bongkak dengan nyawa kita.

421
00:31:21,088 --> 00:31:26,427
Mungkin ini cuma tuah
atau masa yang dipinjamkan, entahlah.

422
00:31:28,554 --> 00:31:29,722
Ya.

423
00:31:34,893 --> 00:31:36,562
Ya, rasa macam...

424
00:31:38,105 --> 00:31:39,398
masa yang dipinjamkan.

425
00:31:58,334 --> 00:31:59,501
Aduhai.

426
00:32:03,213 --> 00:32:04,590
Tak apa.

427
00:32:06,550 --> 00:32:08,552
-Serius, itu...
-Boleh awak pergi?

428
00:32:10,054 --> 00:32:12,765
Awak nak saya pergi?
Apa maksud awak, pergi?

429
00:32:12,848 --> 00:32:15,225
Saya nak pergi,

430
00:32:15,309 --> 00:32:18,479
tapi tak boleh
sebab saya tak nak jatuh lagi, jadi...

431
00:32:22,524 --> 00:32:23,609
Baiklah.

432
00:32:26,111 --> 00:32:29,615
Saya keluar dan hisap rokok,
tapi saya akan kembali.

433
00:32:35,496 --> 00:32:37,748
Boleh gelarkannya sayang dalam ketegasan.

434
00:32:37,831 --> 00:32:41,460
Saya tak nak cederakan dia
tapi kalau kita tak hati-hati,

435
00:32:41,543 --> 00:32:43,045
kita akan dicederakan.

436
00:32:43,837 --> 00:32:45,464
Dylan bodoh.

437
00:32:45,547 --> 00:32:47,633
Pak cik perlukan saingan lebih baik.

438
00:32:48,300 --> 00:32:49,218
Fern?

439
00:32:51,595 --> 00:32:56,016
Dia simpan banyak rasa marah.
Lagipun, lengannya panjang.

440
00:32:56,725 --> 00:32:58,477
Saya akan dibelasah.

441
00:33:00,646 --> 00:33:01,689
Okey.

442
00:33:03,565 --> 00:33:06,819
Kalau nak syarikat bayarkan,
kita bincang hal kerja.

443
00:33:07,611 --> 00:33:09,905
Apa status kita dengan Amurzyn?

444
00:33:10,948 --> 00:33:14,451
Pak cik George,
saya tahu pak cik tak nak dengar...

445
00:33:14,535 --> 00:33:18,288
Pak cik perlu dengar
benda yang pak cik tak nak dengar itu?

446
00:33:18,956 --> 00:33:21,291
-Saya tahu...
-Apa pak cik nak dengar?

447
00:33:21,375 --> 00:33:23,585
-Kita dah bincang. Pak cik kata...
-Kate?

448
00:33:30,050 --> 00:33:33,095
Bahagian antiketagihan Amurzyn berkesan.

449
00:33:35,180 --> 00:33:38,058
Bagus. Lagi?

450
00:33:40,602 --> 00:33:43,021
Teruskan dengan hati-hati, dengan bijak.

451
00:33:46,859 --> 00:33:51,363
Bagaimana kalau kesan sampingan
jangka panjang tak penuhi syarat FDA?

452
00:33:53,157 --> 00:33:56,452
Pak cik rasa pak cik salah dengar.

453
00:33:57,828 --> 00:33:58,954
Cuba lagi.

454
00:34:00,205 --> 00:34:02,791
-Kalau saya diberikan masa...
-Tak.

455
00:34:03,625 --> 00:34:05,627
Kita dah selesai bincang.

456
00:34:08,130 --> 00:34:10,132
Sekarang masanya.

457
00:34:11,300 --> 00:34:14,511
Sekarang masa yang sesuai.

458
00:34:16,847 --> 00:34:18,599
Nak cuba lagi?

459
00:34:20,642 --> 00:34:24,980
Amurzyn ialah opioid penahan sakit
yang efektif dan tak sebabkan ketagihan.

460
00:34:25,731 --> 00:34:28,233
Diperakui oleh FDA dan sedia dipasarkan.

461
00:34:30,819 --> 00:34:32,571
Itu berita baik.

462
00:34:34,823 --> 00:34:36,033
Sedap stik awak?

463
00:34:50,214 --> 00:34:51,381
Hai, apa khabar?

464
00:34:51,465 --> 00:34:54,051
Hai, Sam beritahu awak?

465
00:34:54,134 --> 00:34:55,135
Beritahu apa?

466
00:34:55,928 --> 00:35:00,140
Saya dapat jadi rakan kongsi ekuiti.

467
00:35:00,849 --> 00:35:02,017
Baguslah.

468
00:35:02,100 --> 00:35:06,396
Ya, sumbangan modal mahal,
tapi selain itu...

469
00:35:06,480 --> 00:35:09,817
Selamat datang
ke dunia perkongsian ekuiti.

470
00:35:09,900 --> 00:35:12,236
Terima kasih sebab beritahu berita baik.

471
00:35:13,987 --> 00:35:16,615
Saya pergi dulu. Selamat tinggal.

472
00:35:19,493 --> 00:35:20,577
Cik?

473
00:35:23,997 --> 00:35:26,375
Hai.

474
00:35:26,458 --> 00:35:27,960
-Hai.
-Mak...

475
00:35:28,043 --> 00:35:30,546
-Di mana mak awak?
-Mak.

476
00:35:30,629 --> 00:35:33,590
Ayuh cari mak. Mari sini.

477
00:35:34,216 --> 00:35:36,218
Ya. Saya tahu.

478
00:35:36,301 --> 00:35:38,053
-Izzie?
-Awak nak pergi?

479
00:35:38,220 --> 00:35:41,139
Aduhai. Maaf. Dia menghilang dan...

480
00:35:41,223 --> 00:35:45,519
-Ini mak awak? Nak pergi ke mak?
-Ini situasi kecemasan pengasuh.

481
00:35:45,602 --> 00:35:48,814
Saya elok sikit daripada sangkar anjing
dari segi jaga budak.

482
00:35:48,897 --> 00:35:50,732
-Dia masuk ke pejabat saya.
-Maaf.

483
00:35:50,816 --> 00:35:52,901
-Saya tangkap dia.
-Mak di bawah.

484
00:35:52,985 --> 00:35:55,445
Dia amat marah dengan saya. Ayuh, Izzie.

485
00:35:55,529 --> 00:35:58,699
-Jangan buat begini sekarang.
-Saya boleh ikut awak.

486
00:35:58,782 --> 00:35:59,825
-Yakah?
-Ya.

487
00:35:59,908 --> 00:36:01,869
-Kalau awak tak kisah.
-Tak apa.

488
00:36:01,952 --> 00:36:04,288
Nak turun bawah? Kita cari mak.

489
00:36:04,371 --> 00:36:05,581
Ayuh cari mak.

490
00:36:05,664 --> 00:36:07,249
-Baiklah.
-Terima kasih.

491
00:36:15,132 --> 00:36:18,594
Tahniah. Perkongsian ekuiti awak. Bagus.

492
00:36:18,677 --> 00:36:21,471
-Terima kasih.
-Ya. Awak layak.

493
00:36:22,764 --> 00:36:23,891
Saya layak.

494
00:36:24,683 --> 00:36:25,517
Ya?

495
00:36:27,227 --> 00:36:29,813
Hei! Selamat tinggal!

496
00:36:30,606 --> 00:36:31,857
Hai, sayang.

497
00:36:33,942 --> 00:36:35,068
-Kita pulang.
-Maaf.

498
00:36:36,653 --> 00:36:37,779
Selamat tinggal.

499
00:36:37,863 --> 00:36:39,573
Apa berlaku? Awak kehilangan dia?

500
00:36:39,656 --> 00:36:41,158
Tak, mestilah tak.

501
00:36:41,241 --> 00:36:42,367
Ya, okey.

502
00:36:42,451 --> 00:36:44,578
Kenapa awak selalu fikir...

503
00:37:45,138 --> 00:37:49,601
Cik Margolis dah bayar.
Awak nak bawa balik apa-apa?

504
00:37:50,519 --> 00:37:51,979
Tak. Kot saya saja.

505
00:37:53,772 --> 00:37:55,649
-Selamat malam.
-Ya.

506
00:39:51,473 --> 00:39:52,599
Hai, Billy.

507
00:39:53,642 --> 00:39:54,976
Saya Tom True.

508
00:39:56,061 --> 00:39:57,187
Kita perlu bincang.

509
00:39:59,439 --> 00:40:00,774
Okey, masuklah.

510
00:40:04,986 --> 00:40:09,449
Billy, awak kena tanya diri awak
bagaimana awak tiba di sini.

511
00:40:11,827 --> 00:40:12,994
Apa benda ini?

512
00:40:13,620 --> 00:40:16,873
Ini surat makluman peguam
oleh Cooperman-McBride.

513
00:40:17,582 --> 00:40:19,459
Awak pernah jadi peguam Zax Pharma.

514
00:40:27,509 --> 00:40:31,096
DOKUMEN SULIT
HAK ISTIMEWA PEGUAM-KLIEN

515
00:40:31,179 --> 00:40:33,014
"1995."

516
00:40:34,933 --> 00:40:37,769
Ini 25 tahun lalu. Saya tak ingat.

517
00:40:37,853 --> 00:40:39,146
Tak hairan awak lupa.

518
00:40:39,229 --> 00:40:41,731
Saya tulis beribu-ribu surat begini.

519
00:40:41,815 --> 00:40:43,817
Saya tak ingat semua.

520
00:40:44,401 --> 00:40:48,488
Zax berharap awak tak ingat
yang awak pernah jadi peguam mereka.

521
00:41:00,167 --> 00:41:02,335
"Berdasarkan keputusan awal makmal,

522
00:41:03,628 --> 00:41:08,967
"Amurzyn menyebabkan risiko kesihatan
yang teruk dan tak selamat digunakan.

523
00:41:09,050 --> 00:41:12,762
"Anda mesti menghentikan semua kajian
dan pembangunan ubat ini,

524
00:41:12,846 --> 00:41:15,015
"termasuk semua ujian klinikal,

525
00:41:15,098 --> 00:41:18,268
"dan tarik semula produk ini
daripada proses pengesahan FDA."

526
00:41:18,977 --> 00:41:20,645
Dan lain-lain.

527
00:41:20,729 --> 00:41:22,898
"Dihantar oleh..." Ya, saya.

528
00:41:22,981 --> 00:41:27,194
Tak begitu? Zax dengar nasihat awak,
tarik semula Amurzyn

529
00:41:27,861 --> 00:41:30,530
dan pasarkan Trimadone.

530
00:41:30,614 --> 00:41:33,408
Itu tak penting.

531
00:41:34,367 --> 00:41:37,829
Saya pernah jadi peguam Zax,
maka saya tak layak saman mereka.

532
00:41:37,913 --> 00:41:40,248
Saya tak boleh dedahkan penemuan saya.

533
00:41:41,124 --> 00:41:43,877
Sekali klien, sentiasa klien.

534
00:41:44,753 --> 00:41:46,338
Tak guna.

535
00:41:50,300 --> 00:41:52,969
Saya harap kita jumpa lebih awal,

536
00:41:53,053 --> 00:41:56,348
tapi saya tak pasti yang awak
bersubahat dengan Zax atau tak.

537
00:41:56,431 --> 00:41:59,017
Ya, saya tak salahkan awak berhati-hati.

538
00:41:59,643 --> 00:42:03,605
Di mana awak jumpa benda ini?
Surat ini dokumen rahsia.

539
00:42:03,688 --> 00:42:04,564
Ya.

540
00:42:04,648 --> 00:42:07,734
Mesti orang dalam Zax yang berikan.
Orang atasan.

541
00:42:07,817 --> 00:42:08,944
Saya dapat panggilan.

542
00:42:09,945 --> 00:42:11,029
Awak dapat panggilan?

543
00:42:12,739 --> 00:42:13,740
Okey.

544
00:42:15,742 --> 00:42:18,119
Panggilan yang saya sangka Greg Wetzel.

545
00:42:18,203 --> 00:42:19,996
Tidak, seorang wanita yang telefon.

546
00:42:20,080 --> 00:42:23,333
Umurnya 30-an atau 40-an.
Tiada nama, cuma keresahan.

547
00:42:24,376 --> 00:42:27,504
Keesokan harinya, saya dapat surat ini
di bawah pintu saya.

548
00:42:27,587 --> 00:42:30,298
Mereka letakkan nama Wetzel
di dalam apartmen awak.

549
00:42:30,382 --> 00:42:32,050
Mereka nak saya jumpa dia.

550
00:42:32,133 --> 00:42:35,720
Kemudian saya selesaikan
Tillinger dengan ancaman mengarut.

551
00:42:36,596 --> 00:42:40,725
Kalau mereka berikan Wetzel
yang ada maklumat membinasakan,

552
00:42:40,809 --> 00:42:43,228
mereka menyembunyikan perkara lagi teruk.

553
00:42:43,311 --> 00:42:46,690
Fikirkan berapa
keuntungan mereka mengedar Trimadone

554
00:42:46,773 --> 00:42:50,026
kalau mereka halau awak dengan 600 juta.

555
00:42:51,903 --> 00:42:55,365
Naluri saya mengatakan
mereka terlalu mudah menyerah kalah.

556
00:42:57,117 --> 00:43:01,162
Saya dapat surat ini dan
menyorok untuk lindung diri.

557
00:43:02,497 --> 00:43:06,543
Margolis and True lantik awak,
William Hamilton McBride,

558
00:43:06,626 --> 00:43:10,672
orang yang tak layak
saman semula Zax Pharma.

559
00:43:16,011 --> 00:43:18,179
Ini bukan kesilapan.
Ini taktik bijak.

560
00:43:19,139 --> 00:43:22,976
Awak tahu siapa yang bijak.
Bukan George Zax.

561
00:43:24,936 --> 00:43:26,229
Sam.

562
00:43:26,313 --> 00:43:27,397
Sam.

563
00:43:30,025 --> 00:43:32,193
Dia berikan kunci apartmen awak.

564
00:43:32,944 --> 00:43:34,571
Firma yang memilikinya.

565
00:43:34,654 --> 00:43:37,574
Mestilah dia gembira saja tolong awak.

566
00:43:47,542 --> 00:43:49,794
Saya sayang dia macam anak sendiri.

567
00:43:51,963 --> 00:43:52,922
Sentiasa sayang.

568
00:43:56,343 --> 00:43:59,429
Sam tanggung beban
yang amat berat, awak faham?

569
00:43:59,512 --> 00:44:02,807
Dia cuma nak selamatkan
firma ayahnya daripada bankrap.

570
00:44:02,891 --> 00:44:05,393
Maka, dia buat perjanjian dengan syaitan.

571
00:44:11,566 --> 00:44:12,901
Saya amat kecewa.

572
00:44:16,654 --> 00:44:19,157
Saya sumpah dengan Samuel
untuk jaga anaknya.

573
00:44:21,076 --> 00:44:22,702
Mungkin belum terlambat.

574
00:44:22,786 --> 00:44:24,037
Entahlah.

575
00:44:24,829 --> 00:44:28,291
Mungkin awak ada cara,
awak peguam yang lebih baik.

576
00:44:29,167 --> 00:44:30,627
Saya tak tahu tentang itu,

577
00:44:31,795 --> 00:44:35,465
tapi kita boleh bekerjasama.
Saya dah sedar.

578
00:44:40,053 --> 00:44:41,221
Ya.

579
00:44:41,971 --> 00:44:43,390
Saya amat hargainya.

580
00:44:44,641 --> 00:44:45,767
Okey.

581
00:44:52,315 --> 00:44:53,441
Ya, ini Frank.

582
00:44:54,984 --> 00:44:58,154
Suruh saja dia jawab panggilan!

583
00:45:01,616 --> 00:45:03,993
Jiran-jiran dah makin gelisah.

584
00:47:39,274 --> 00:47:41,276
Terjemahan sari kata oleh:
Aimee Hidayah Suhairi

585
00:47:41,359 --> 00:47:43,361
Penyelia Kreatif
Vincent Lim

