1
00:00:45,546 --> 00:00:47,131
Boleh saya duduk?

2
00:00:48,424 --> 00:00:49,633
Hai, Frank.

3
00:00:50,968 --> 00:00:52,011
Hai.

4
00:01:01,687 --> 00:01:02,688
Saya okey.

5
00:01:05,524 --> 00:01:07,359
Rasa selamat di sini, bukan?

6
00:01:09,361 --> 00:01:12,823
Ya, saya pun rasa begitu dulu.

7
00:01:14,283 --> 00:01:16,160
Awak tak perlu berada di sini.

8
00:01:20,289 --> 00:01:22,082
Saya tak nampak jalan keluar.

9
00:01:24,960 --> 00:01:26,629
Samalah, saya pun tak nampak.

10
00:01:29,131 --> 00:01:31,884
Kita nak lari dan keluar,

11
00:01:32,968 --> 00:01:35,137
tapi tiada tempat boleh dituju.

12
00:01:42,269 --> 00:01:44,271
Awak betul tentang Pak Cik George.

13
00:01:47,566 --> 00:01:48,901
Saya harap saya salah.

14
00:02:06,585 --> 00:02:07,670
Saya sayang awak.

15
00:02:10,714 --> 00:02:11,590
Okey.

16
00:02:46,542 --> 00:02:48,043
Awak bergurau.

17
00:02:55,134 --> 00:02:57,428
Panjang sejarahnya. Dia bagaimana?

18
00:03:00,848 --> 00:03:02,516
Dia tak apa-apa.

19
00:03:03,851 --> 00:03:05,436
Dia akan pulih.

20
00:03:06,270 --> 00:03:09,273
George yakinkan dia untuk guna Kod 5150,

21
00:03:09,356 --> 00:03:11,609
dan mereka boleh tahan dia selama 72 jam.

22
00:03:12,818 --> 00:03:15,446
Dia memang lelaki tak guna.

23
00:03:16,280 --> 00:03:18,157
Adik awak cuba bunuh saya.

24
00:03:21,160 --> 00:03:23,913
-Awak terkejut?
-Tak.

25
00:03:23,996 --> 00:03:26,373
Saya langsung tak terkejut.

26
00:03:26,457 --> 00:03:29,043
Saya tak faham. Kenapa buat begitu?

27
00:03:29,126 --> 00:03:31,170
Dia dapat Kate. Dia akan menang.

28
00:03:32,421 --> 00:03:34,465
Menang saja tak cukup untuk George.

29
00:03:36,592 --> 00:03:38,218
Boleh awak beri keterangan?

30
00:03:55,986 --> 00:03:58,280
-Apa khabar, Lisa?
-Hai, Billy.

31
00:03:59,448 --> 00:04:01,992
-Awak sihat?
-Biasalah.

32
00:04:03,243 --> 00:04:05,913
Tangan bersih hari ini. Baguslah.

33
00:04:05,996 --> 00:04:08,999
Jadi, saya nak minuman biasa.

34
00:04:09,083 --> 00:04:11,043
Awak tak padamkan sendiri?

35
00:04:11,710 --> 00:04:15,005
Tak. Dia lepaskan saya.

36
00:04:18,926 --> 00:04:20,135
Wanita itu bayar.

37
00:04:30,896 --> 00:04:33,315
Nak popia? Sedap juga.

38
00:04:33,983 --> 00:04:37,736
Tak apa.
Awak pasti awak nak dilihat bersama saya?

39
00:04:39,071 --> 00:04:41,573
Kita boleh jauhkan diri.

40
00:04:41,657 --> 00:04:42,574
Silakan.

41
00:04:51,417 --> 00:04:52,626
Apa saya boleh tolong?

42
00:04:52,710 --> 00:04:55,170
Awak dah buat macam-macam.

43
00:04:55,254 --> 00:04:57,548
Rajin betul, uruskan semuanya.

44
00:05:00,259 --> 00:05:03,095
Hakim batalkan penyelesaian Zax Pharma.

45
00:05:03,178 --> 00:05:04,722
Yakah? Apa berlaku?

46
00:05:05,305 --> 00:05:07,474
Tolonglah! Macamlah awak tak tahu.

47
00:05:07,558 --> 00:05:09,435
Awak pecat saya. Saya keluar kes.

48
00:05:10,227 --> 00:05:13,689
Saya seronok jadi penganggur
dan pergi bersiar-siar.

49
00:05:13,772 --> 00:05:16,942
Seronok. Sayangnya
saya tak boleh baca travelog awak.

50
00:05:17,609 --> 00:05:20,320
-Boleh, lepas perbicaraan.
-Betul juga.

51
00:05:21,864 --> 00:05:24,825
McBride, awak teruskan berseronok,

52
00:05:24,908 --> 00:05:27,411
dan saya akan teruskan bayar sewa awak,

53
00:05:27,494 --> 00:05:31,123
selagi awak perlu "bersiar-siar".

54
00:05:31,206 --> 00:05:33,333
Awak memang baik hati.

55
00:05:33,417 --> 00:05:36,712
Tiada kaitan dengan baik hati.
Saya tak suka awak.

56
00:05:38,464 --> 00:05:40,007
Awak suka saya sikit.

57
00:05:44,303 --> 00:05:46,305
Kes ini makin busuk,

58
00:05:46,388 --> 00:05:50,350
dan awak perasan jauh lebih awal.
Saya tiada pilihan.

59
00:05:50,809 --> 00:05:54,313
-Saya perlu percaya awak dan naluri awak.
-Okey.

60
00:05:54,396 --> 00:05:57,483
Sejujurnya, saya takut.

61
00:05:58,442 --> 00:06:00,778
-Takut apa?
-Sam.

62
00:06:02,321 --> 00:06:04,490
Reaksi dia terhadap kematian Tom...

63
00:06:05,532 --> 00:06:07,451
aneh, dingin.

64
00:06:08,744 --> 00:06:10,537
Saya mimpi malam itu

65
00:06:10,621 --> 00:06:15,292
yang dia kelar leher saya
dengan pisau surat bercacah mutiara.

66
00:06:16,043 --> 00:06:19,838
Saya yakin dia nak buat begitu
sejak saya kahwini bapanya,

67
00:06:21,048 --> 00:06:24,885
tapi dia belum pernah ganggu
tidur saya sebegitu.

68
00:06:26,678 --> 00:06:29,431
Ya, saya alami mimpi ngeri juga.

69
00:06:30,182 --> 00:06:31,225
Awak dapat lupakan?

70
00:06:33,102 --> 00:06:35,312
Entahlah. Saya tunggu dan lihat.

71
00:06:42,528 --> 00:06:44,196
Sam menyeleweng?

72
00:06:46,448 --> 00:06:48,158
Malangnya, ya.

73
00:06:56,750 --> 00:06:57,918
Tak guna!

74
00:07:01,713 --> 00:07:03,090
Apa patut saya buat?

75
00:07:04,299 --> 00:07:07,302
Hanya Sam yang boleh selamatkan Sam.

76
00:07:14,393 --> 00:07:15,519
Hai.

77
00:07:17,104 --> 00:07:19,690
Manfaat daripada
polisi insurans nyawa Tom.

78
00:07:19,773 --> 00:07:23,110
-Mereka perlukan sain awak untuk tunaikan.
-Tak perlu.

79
00:07:23,193 --> 00:07:25,154
Anggap ini formaliti.

80
00:07:25,237 --> 00:07:28,615
Saya tak nak jadi penandatangan tunggal.
Terlalu menyedihkan.

81
00:07:30,534 --> 00:07:31,618
Masuk.

82
00:07:42,754 --> 00:07:46,633
Boleh dengar Tom bersiul
di koridor, macam selalu dia buat.

83
00:07:46,717 --> 00:07:49,511
Siulan tak bernada.

84
00:07:50,262 --> 00:07:52,973
Saya takkan faham kenapa dia bunuh diri.

85
00:07:54,892 --> 00:07:56,643
Apa yang dia fikirkan?

86
00:07:56,727 --> 00:08:00,314
Begitulah bunuh diri. Kita takkan tahu.

87
00:08:03,775 --> 00:08:07,112
-Ada seperkara lagi untuk dibincangkan.
-Ya?

88
00:08:11,033 --> 00:08:14,244
-Polisi insurans awak.
-Kenapa?

89
00:08:14,328 --> 00:08:18,624
Tom dah tiada, mungkin elok
jika naikkan premium insurans awak.

90
00:08:18,707 --> 00:08:22,961
Namun, sklerosis berbilang awak
adalah satu komplikasi.

91
00:08:23,670 --> 00:08:25,589
Ava, buatlah apa yang perlu.

92
00:08:27,966 --> 00:08:30,886
Awak akan jadi Margolis terakhir.

93
00:08:30,969 --> 00:08:34,223
Ya, tapi saya pasti takkan tutup firma ini

94
00:08:34,306 --> 00:08:37,017
selepas sain cek manfaat awak.

95
00:08:38,852 --> 00:08:41,104
-Awak takkan buat begitu.
-Yakah?

96
00:08:41,188 --> 00:08:45,275
-Tak. Ini firma ayah saya.
-Firma suami saya.

97
00:08:46,318 --> 00:08:49,571
Saya akan teruskan warisannya
walaupun awak enggan.

98
00:08:54,660 --> 00:08:57,287
Awak boleh berambus dari pejabat saya.

99
00:08:58,872 --> 00:09:01,083
-Terima kasih.
-Sama-sama.

100
00:09:13,178 --> 00:09:16,515
-Mujurlah, Peter. Serahkannya.
-Hai, Patty.

101
00:09:20,185 --> 00:09:21,728
Nak gula-gula getah?

102
00:09:22,604 --> 00:09:23,981
-Apa?
-Gula-gula getah?

103
00:09:24,648 --> 00:09:26,024
Tak apa. Terima kasih.

104
00:09:26,108 --> 00:09:29,486
Saya cuba tampalan tapi rasanya aneh.

105
00:09:29,569 --> 00:09:30,570
Baiklah.

106
00:09:40,289 --> 00:09:41,623
Awak kehilangan saksi.

107
00:09:43,250 --> 00:09:45,961
-Maaf?
-Kate Zax. Dia dah tiada.

108
00:09:47,713 --> 00:09:50,924
-Maaf, siapa awak?
-Saya pengutus.

109
00:09:51,008 --> 00:09:51,967
Apa?

110
00:09:52,050 --> 00:09:54,594
Dia dikurung. Kod 5150, jagaan psikiatri.

111
00:09:54,678 --> 00:09:57,556
-Bila berlaku?
-Entah. Saya tak tanya.

112
00:09:57,639 --> 00:10:00,934
Ada perjumpaan malam ini.
Perinciannya diberitahu di sana.

113
00:10:02,436 --> 00:10:04,938
-Siapa saya akan jumpa?
-Saya cuma pengutus.

114
00:10:05,022 --> 00:10:07,190
Pastikan tak diekori. Peluang terakhir.

115
00:10:07,274 --> 00:10:08,859
Saya tak nak gula-gula getah.

116
00:10:08,942 --> 00:10:10,610
-Yakah? Baik.
-Ya. Aduhai!

117
00:10:14,906 --> 00:10:15,949
Peter?

118
00:10:18,076 --> 00:10:19,077
Terima kasih.

119
00:10:25,667 --> 00:10:26,668
Tak guna.

120
00:10:29,880 --> 00:10:33,175
Ini kunci yang salah.
Saya tak boleh masuk.

121
00:10:33,258 --> 00:10:36,678
Situasi lancar di bawah ini.
Awak ada masa cari jalan.

122
00:10:38,347 --> 00:10:40,307
-Tanya jiran.
-Baiklah.

123
00:10:44,269 --> 00:10:45,604
Boleh saya tolong?

124
00:10:46,688 --> 00:10:48,565
-Margaret, betul?
-Carol.

125
00:10:48,648 --> 00:10:51,318
Saya pernah nampak awak
di koridor dengan Tom.

126
00:10:51,401 --> 00:10:53,236
Mungkin, ya.

127
00:10:53,320 --> 00:10:56,782
Saya nak ambil barang di rumah Tom,

128
00:10:56,865 --> 00:11:00,077
tapi tak dapat hubungi dia.
Kunci yang dia berikan salah.

129
00:11:00,160 --> 00:11:01,995
Ada cara tak untuk saya...

130
00:11:02,079 --> 00:11:03,955
Nak guna pintu kecemasan saya?

131
00:11:04,039 --> 00:11:06,291
-Boleh juga.
-Okey. Masuklah.

132
00:11:06,375 --> 00:11:09,169
-Terima kasih banyak.
-Sama-sama.

133
00:11:31,149 --> 00:11:35,028
Tak mungkin. Kenny? Aduhai. Memang awak.

134
00:11:35,112 --> 00:11:38,031
Saya nampak awak dari jauh.
Saya ada mata helang.

135
00:11:38,115 --> 00:11:40,283
Apa awak buat di San Francisco?

136
00:11:40,367 --> 00:11:41,326
Maaf.

137
00:11:41,410 --> 00:11:43,328
Kalau awak tak ingat saya,

138
00:11:43,412 --> 00:11:45,789
-siapalah saya.
-Saya kenal awak?

139
00:11:45,872 --> 00:11:48,166
Awak tak ingat saya di majlis kahwin itu?

140
00:11:48,250 --> 00:11:51,336
Saya tak terkilan, tapi marah sikit.
Awak amat kacak.

141
00:11:51,420 --> 00:11:52,421
-Betulkah?
-Maaf...

142
00:11:52,504 --> 00:11:56,591
Gaya rambut saya lain.
Kalau awak masih dengan kekasih sama...

143
00:11:56,675 --> 00:11:58,552
-Saya ada kerja.
-Tak apa.

144
00:11:58,635 --> 00:12:02,889
Saya tahu. Kita semua sibuk.
Saya tertinggal anting-anting di sini?

145
00:12:02,973 --> 00:12:06,184
Hei, Billy. Berjaya?

146
00:12:06,268 --> 00:12:09,020
Ya. Terima kasih.
Saya dapat benda saya cari.

147
00:12:09,104 --> 00:12:10,605
Awak nak minum?

148
00:12:11,565 --> 00:12:14,860
Kalau ada masa, memang saya nak, Carol.
Namun, saya...

149
00:12:14,943 --> 00:12:17,654
-Saya perlu serahkan kepada Tom.
-Okey.

150
00:12:17,737 --> 00:12:19,906
Okey. Lain kali. Jumpa di koridor?

151
00:12:19,990 --> 00:12:21,825
-Lain kali.
-Gembira jumpa awak.

152
00:12:21,908 --> 00:12:23,452
Saya juga, Carol.

153
00:12:33,044 --> 00:12:35,464
-Hai, Patty.
-Apa awak buat di sini?

154
00:12:35,547 --> 00:12:39,509
Saya tiada tempat tinggal.
Boleh tumpang rumah awak?

155
00:12:39,593 --> 00:12:40,969
Tak!

156
00:12:46,850 --> 00:12:47,934
Baiklah.

157
00:12:48,852 --> 00:12:52,981
Saya amat sibuk dan sedang terlewat.
Boleh kita cakap di dalam kereta?

158
00:12:54,608 --> 00:12:56,234
Jadi, saya boleh tumpang?

159
00:12:57,444 --> 00:13:00,655
Aduhai! Mak awak tahu tak
awak di San Francisco?

160
00:13:00,739 --> 00:13:02,908
-Pentingkah?
-Okey.

161
00:13:04,618 --> 00:13:08,330
-Apa yang berlaku?
-Ayah saya kata boleh tumpang rumah dia.

162
00:13:08,413 --> 00:13:13,043
Namun, dia tiada di rumah.
Dia di Cabo dengan Rhonda.

163
00:13:13,126 --> 00:13:15,712
Pergi matilah Rhonda!
Dia tak tahu awak datang?

164
00:13:15,795 --> 00:13:18,673
Saya tak nak beri dia peluang menolak.

165
00:13:18,757 --> 00:13:21,801
Bijak. Beginilah.

166
00:13:21,885 --> 00:13:25,305
Awak boleh tumpang rumah saya
malam ini, tapi ada syarat.

167
00:13:25,388 --> 00:13:27,682
Beritahu mak awak lokasi awak.

168
00:13:27,766 --> 00:13:31,520
Janganlah. Dia tak peduli tentang saya.

169
00:13:31,603 --> 00:13:33,563
Saya tak peduli. Mesej mak awak.

170
00:13:33,647 --> 00:13:35,232
Saya muak dia asyik cakap

171
00:13:35,315 --> 00:13:39,402
yang saya bazir masa jadi pelayan
dan tak masuk kolej.

172
00:13:39,486 --> 00:13:41,988
-Saya tak tahan.
-Saya faham.

173
00:13:42,072 --> 00:13:44,032
Hubungan awak tak baik.

174
00:13:44,115 --> 00:13:46,368
Namun, perkara terbaik awak boleh buat

175
00:13:46,451 --> 00:13:49,204
adalah bertimbang rasa
dan beritahu lokasi awak.

176
00:13:49,287 --> 00:13:50,997
-Kenapa?
-Sebab saya suruh!

177
00:13:51,081 --> 00:13:52,499
Awak nak tumpang atau tak?

178
00:13:52,582 --> 00:13:54,918
-Aduhai!
-Aduhai!

179
00:13:55,001 --> 00:13:58,088
Duduk sini. Kunci pintu.
Jangan buat tindakan bodoh.

180
00:13:58,171 --> 00:13:59,297
Sayang awak.

181
00:14:47,137 --> 00:14:49,472
Hai. Patty Solis-Papagian.

182
00:14:53,143 --> 00:14:54,769
Patty Solis-Papagian.

183
00:14:55,604 --> 00:14:56,980
Di dalam. Okey.

184
00:15:01,318 --> 00:15:05,655
Okey. Hai.

185
00:15:06,781 --> 00:15:08,074
Okey.

186
00:15:16,249 --> 00:15:17,834
Aduhai!

187
00:15:21,379 --> 00:15:25,258
Helo. Awak tahu betapa besar risiko
kita bertemu begini?

188
00:15:25,342 --> 00:15:26,468
Ya, saya tahu.

189
00:15:28,053 --> 00:15:30,972
Apa yang berlaku? Kate tak apa-apa?

190
00:15:31,056 --> 00:15:34,601
-Dia tak apa-apa, tapi dia dah tamat.
-Dia belum tamat.

191
00:15:34,684 --> 00:15:36,019
Dia tak boleh tamat.

192
00:15:36,102 --> 00:15:38,855
Saya akan mohon penyambungan
hingga dia dibebaskan

193
00:15:38,938 --> 00:15:41,399
-daripada jagaan.
-Ada saksi lebih baik.

194
00:15:42,233 --> 00:15:45,028
-Siapa?
-Frank Zax, ayah Kate.

195
00:15:45,654 --> 00:15:47,530
Dia ahli kimia Trimadone.

196
00:15:47,614 --> 00:15:50,784
Dia saksi yang lebih baik,
tapi ada cabaran.

197
00:15:51,618 --> 00:15:53,161
Baguslah. Maksudnya?

198
00:15:53,953 --> 00:15:55,622
Dia ada masalah mental.

199
00:15:56,623 --> 00:15:59,709
Kate lemah sekarang.
Dia baru menghidapinya,

200
00:15:59,793 --> 00:16:02,462
tapi Frank dah lama menghidap
penyakit itu.

201
00:16:02,545 --> 00:16:05,006
Kalau awak latih,
dia boleh jadi saksi utama.

202
00:16:05,090 --> 00:16:07,258
Dia bersama George dari awal.

203
00:16:09,636 --> 00:16:10,637
Okey.

204
00:16:11,471 --> 00:16:17,018
Awak mesti sebut
tentang keputusan ujian Amurzyn.

205
00:16:17,102 --> 00:16:19,521
-Yang Cooperman serahkan.
-Bagaimana?

206
00:16:20,438 --> 00:16:23,733
-Hakim takkan benarkan.
-Awak mesti cuba.

207
00:16:23,817 --> 00:16:28,530
Dokumen itu sahkan keterangan Frank.
Kalau tak, cakap kosong saja.

208
00:16:32,826 --> 00:16:35,412
Saya betul-betul harap awak...

209
00:16:37,706 --> 00:16:42,293
-Saya harap awak ada di mahkamah.
-Ini kes awak.

210
00:16:44,003 --> 00:16:45,004
Awak boleh buat.

211
00:16:46,089 --> 00:16:49,008
Bagus. Okey.

212
00:16:52,345 --> 00:16:53,304
Okey.

213
00:16:54,013 --> 00:16:55,265
Bila saya akan jumpa...

214
00:16:55,348 --> 00:16:56,474
-Frank.
-...Frank.

215
00:16:56,558 --> 00:16:59,269
Dia datang ke pejabat
dalam masa setengah jam.

216
00:16:59,936 --> 00:17:00,895
Pejabat saya?

217
00:17:02,564 --> 00:17:04,274
Awak nak Sam nampak.

218
00:17:04,357 --> 00:17:06,860
Bagus juga dia nampak siapa lawannya.

219
00:17:06,943 --> 00:17:09,612
-Bagaimana dengan dia?
-Teruk betul.

220
00:17:09,696 --> 00:17:11,156
Saya tak percaya dia.

221
00:17:13,158 --> 00:17:18,663
Mantap. Saya balik ke pejabat
dan kumpulkan dokumen.

222
00:17:19,497 --> 00:17:20,749
Entah bila...

223
00:17:20,832 --> 00:17:25,003
Alamak, adik saya di sini.
Apa saya nak buat dengan dia?

224
00:17:25,086 --> 00:17:27,380
-Di mana dia?
-Dia di dalam kereta.

225
00:17:27,464 --> 00:17:29,966
Dia nak ke rumah awak?
Saya boleh bawa dia.

226
00:17:30,383 --> 00:17:31,801
-Betulkah?
-Ya.

227
00:17:31,885 --> 00:17:34,846
-Baguslah.
-Saya teruja jumpa dia.

228
00:17:34,929 --> 00:17:37,599
-Jangan cakap benda menakutkan.
-Menakutkan apa?

229
00:17:37,682 --> 00:17:39,184
Apabila awak kata begitu.

230
00:17:39,267 --> 00:17:41,895
-Saya nak lihat rupa dia.
-Awak buat lagi.

231
00:17:41,978 --> 00:17:42,896
-Ya.
-Apa?

232
00:17:42,979 --> 00:17:46,316
-Beri perhatian. Bilik pertama...
-Saya cari sendiri.

233
00:17:46,399 --> 00:17:48,610
-Awak pergilah.
-Baiklah. Terima kasih.

234
00:17:48,693 --> 00:17:50,236
Terima kasih banyak.

235
00:17:53,865 --> 00:17:55,116
-Patty.
-Ya?

236
00:17:55,200 --> 00:17:56,451
Usaha awak amat bagus.

237
00:17:57,118 --> 00:18:00,830
Saya sedang lemas. Terima kasih.

238
00:18:03,333 --> 00:18:05,752
Mula dengan soalan mudah.

239
00:18:05,835 --> 00:18:06,920
Okey.

240
00:18:07,337 --> 00:18:10,340
Bila awak dan adik awak
mengasaskan Zax Pharma?

241
00:18:11,591 --> 00:18:13,092
Bila awak dilahirkan?

242
00:18:14,636 --> 00:18:16,221
Itu tak relevan.

243
00:18:16,304 --> 00:18:19,724
Awak nampak amat muda.

244
00:18:19,808 --> 00:18:21,893
Namun, awak amat berjaya.

245
00:18:22,352 --> 00:18:25,647
-Okey.
-Itu pujian.

246
00:18:25,730 --> 00:18:26,940
Baiklah.

247
00:18:27,023 --> 00:18:30,693
Mungkin awak belum lahir
ketika kami buka syarikat.

248
00:18:31,402 --> 00:18:33,238
-1979?
-Tak.

249
00:18:34,656 --> 00:18:36,533
-Awak tiada ruang legar.
-Tak.

250
00:18:36,616 --> 00:18:37,659
-Maaf.
-Hai.

251
00:18:37,742 --> 00:18:40,203
-Ini saksi utama baharu. Frank Zax.
-Hai.

252
00:18:40,286 --> 00:18:42,914
Selamat petang. Boleh kita bercakap?

253
00:18:43,706 --> 00:18:44,707
Ya.

254
00:18:46,459 --> 00:18:49,420
Saya kenal nada dan rutin itu.

255
00:18:49,504 --> 00:18:50,839
Saya pergi sekejap saja.

256
00:18:53,132 --> 00:18:54,259
Kenapa?

257
00:18:54,342 --> 00:18:56,886
Frank Zax pernah masuk hospital mental.

258
00:18:56,970 --> 00:18:58,555
Saya akan atasinya.

259
00:18:59,305 --> 00:19:00,723
Itu langkah bijak?

260
00:19:00,807 --> 00:19:02,475
Saya tak nak hilang tujuan.

261
00:19:02,559 --> 00:19:05,144
Kita mesti jujur dan berlapang dada.

262
00:19:05,228 --> 00:19:06,187
Okey.

263
00:19:07,480 --> 00:19:10,066
Awak tak nak tanya tentang Kate Zax?

264
00:19:11,317 --> 00:19:14,195
Saya akan diberitahu
tentang saksi selepas ini.

265
00:19:23,162 --> 00:19:25,290
Awak pernah datang ke San Francisco?

266
00:19:26,165 --> 00:19:30,211
-Tak.
-Ya, saya pun baru di sini.

267
00:19:34,048 --> 00:19:37,218
Mesti seronok dapat jumpa Patty sekejap.
Betul tak?

268
00:19:37,927 --> 00:19:39,721
Dia tak suka saya datang.

269
00:19:40,138 --> 00:19:42,849
Dia sibuk.

270
00:19:42,932 --> 00:19:46,060
Dia sedang uruskan kes besar.
Jangan ambil hati.

271
00:19:46,144 --> 00:19:48,313
Tak apa. Saya faham.

272
00:19:48,396 --> 00:19:50,356
Dia berubah selepas hal bayi itu.

273
00:19:51,733 --> 00:19:53,943
Dia beritahu apa yang berlaku?

274
00:19:54,027 --> 00:19:55,820
-Tentang bayi itu?
-Ya.

275
00:19:56,487 --> 00:19:58,573
Bayi itu tak cukup bulan.

276
00:19:59,532 --> 00:20:02,368
Ada masalah dengan salur darah
di dalam otak.

277
00:20:03,703 --> 00:20:05,204
Saya lupa nama kondisinya.

278
00:20:07,040 --> 00:20:09,042
Saya pun tak tahu secara terperinci.

279
00:20:14,047 --> 00:20:16,799
Saya ada anak perempuan sebaya awak.
Dia baik.

280
00:20:17,842 --> 00:20:19,052
Dia di kolej?

281
00:20:19,552 --> 00:20:22,472
Dulu, ya. Sekarang, saya tak tahu.

282
00:20:22,555 --> 00:20:23,806
Dia menjauhi saya.

283
00:20:27,852 --> 00:20:29,270
Awak boleh mesej dia.

284
00:20:30,355 --> 00:20:32,065
Dia tak nak bercakap dengan saya.

285
00:20:36,903 --> 00:20:40,990
Saya tak cakap dengan ayah saya
selama setahun lepas dia bercerai.

286
00:20:41,074 --> 00:20:44,953
Kemudian dia hantar gambar anjing
di sekitar perumahannya.

287
00:20:45,954 --> 00:20:50,708
-Awak borak selepas itu?
-Selepas gambar anjing ke-20.

288
00:20:50,792 --> 00:20:55,838
Mungkin saya patut hantar gambar anjing
dan lihat apa berlaku.

289
00:20:58,383 --> 00:20:59,884
Dia takkan balas serta merta.

290
00:21:01,803 --> 00:21:03,262
Bagus juga saya tahu.

291
00:21:18,611 --> 00:21:22,824
Saya faham maksud awak.
Saya rasa awak betul.

292
00:21:24,242 --> 00:21:26,494
-Tentang?
-Saya patut ambil alih.

293
00:21:27,120 --> 00:21:29,539
Tamatkan kes ini demi ayah saya.

294
00:21:31,290 --> 00:21:34,168
Apa Patty rasa tentang itu?

295
00:21:34,252 --> 00:21:36,087
Esok saya beritahu dia.

296
00:21:38,006 --> 00:21:40,925
Sama saja bagi dia.
Dia masih peguam pertama.

297
00:21:41,009 --> 00:21:43,011
Saya akan duduk di meja plaintif.

298
00:21:44,762 --> 00:21:46,431
Awak bersedia?

299
00:21:46,514 --> 00:21:49,600
-Fikirkan kesihatan awak.
-Saya sihat saja.

300
00:21:52,061 --> 00:21:53,187
Terima kasih.

301
00:22:03,322 --> 00:22:06,743
-Saya tertinggal skaf.
-Lindung leher awak.

302
00:22:11,664 --> 00:22:13,124
-Patty?
-Ya.

303
00:22:13,791 --> 00:22:15,918
Sam akan ambil alih kes.

304
00:22:17,712 --> 00:22:19,922
-Apa?
-Awak masih peguam pertama.

305
00:22:20,006 --> 00:22:22,842
Teruskan saja apa kerja awak,

306
00:22:22,925 --> 00:22:24,761
tapi dia akan berada di tepi.

307
00:22:24,844 --> 00:22:28,848
Dia akan rasa
dia berhak buat apa saja dia nak.

308
00:22:29,223 --> 00:22:30,600
Apa dia akan buat?

309
00:22:31,100 --> 00:22:32,894
Saya tak tahu.

310
00:22:34,937 --> 00:22:36,689
Apa saya patut buat?

311
00:22:37,774 --> 00:22:40,359
Saya cadang awak pastikan

312
00:22:40,443 --> 00:22:43,029
yang awak bersedia sehabis baik.

313
00:22:43,571 --> 00:22:47,158
Patty, awak ada perwatakan
yang menggerunkan

314
00:22:47,241 --> 00:22:48,493
dalam cara awak sendiri.

315
00:22:48,576 --> 00:22:51,329
Saya pasti awak berjaya. Mesti hebat.

316
00:22:54,415 --> 00:22:55,500
Selamat malam.

317
00:22:58,628 --> 00:23:00,797
Perwatakan menggerunkan?

318
00:23:03,841 --> 00:23:04,884
Apa?

319
00:23:11,474 --> 00:23:12,683
Joe, apa hal?

320
00:23:12,767 --> 00:23:14,936
Maaf, En. Z. Perarakan.

321
00:23:17,188 --> 00:23:19,440
Sudahlah. Saya jalan.

322
00:24:03,151 --> 00:24:04,902
Awak dah tahu.

323
00:24:04,986 --> 00:24:08,948
Saya dah beri amaran jangan libatkan Kate.

324
00:24:09,031 --> 00:24:13,452
Saya dah keluarkan Kate.
Saya tak faham tindakan awak.

325
00:24:13,536 --> 00:24:15,079
Saya nak buat kucar-kacir.

326
00:24:16,539 --> 00:24:19,584
Frank... Tak guna.

327
00:24:29,302 --> 00:24:31,804
Kenapa, Frank?

328
00:24:33,389 --> 00:24:35,766
Itu soalan yang baik.

329
00:24:37,393 --> 00:24:40,521
Saya fikir itu tindakan yang betul.

330
00:24:41,063 --> 00:24:43,441
Jadi, ini tentang saya?

331
00:24:43,524 --> 00:24:47,445
Tak! Ini tentang Kate, bedebah.

332
00:24:47,528 --> 00:24:50,990
Awak yang hancurkan benda
yang kita bina untuk anak-anak.

333
00:24:52,283 --> 00:24:56,162
Kalau ada masalah dengan saya,
selesaikannya di sini sekarang.

334
00:24:56,245 --> 00:24:57,413
Apa awak nak?

335
00:24:59,498 --> 00:25:02,418
Awak sendiri tak tahu. Kenapa buat begini?

336
00:25:02,501 --> 00:25:06,380
Nak jadi wira? Supaya Kate sayang awak?

337
00:25:06,464 --> 00:25:09,425
Benda itu dah berlalu. Dah tiada harapan.

338
00:25:10,968 --> 00:25:13,846
Frank, saya ada di sini, okey?

339
00:25:13,930 --> 00:25:18,559
Sekarang masanya.
Ayuh buat perjanjian yang terakhir.

340
00:25:18,643 --> 00:25:22,772
Jangan beri keterangan
dan saya berikan awak cek kosong.

341
00:25:23,940 --> 00:25:26,359
-Teruskan merayu.
-Tak guna!

342
00:25:26,442 --> 00:25:28,569
Yakinkan saya. Awak suka buat begitu.

343
00:25:28,653 --> 00:25:30,112
Awak mahir lakukannya.

344
00:25:30,196 --> 00:25:35,243
Cakap tentang langit yang awak boleh beri,
atau kacang ajaib.

345
00:25:35,326 --> 00:25:39,205
Awak tak tahu pun benda yang awak jual,
dan awak tak peduli.

346
00:25:40,665 --> 00:25:43,960
Awak tak pernah cipta apa-apa
dalam hidup awak.

347
00:25:45,878 --> 00:25:48,130
Awak parasit tak guna.

348
00:25:52,510 --> 00:25:54,637
Tahniah.

349
00:25:54,720 --> 00:26:00,101
Aduhai! Awak serang hendap
orang tua nazak.

350
00:26:03,062 --> 00:26:08,025
Saya takkan lupakan hal ini
apabila saya beri keterangan esok.

351
00:26:12,446 --> 00:26:13,823
Parasit.

352
00:26:22,790 --> 00:26:25,710
-Selamat pagi, Doktor Zax.
-Selamat pagi, puan.

353
00:26:25,793 --> 00:26:27,712
Awak suka dipanggil Frank, bukan?

354
00:26:27,795 --> 00:26:30,840
-Arthur nama ayah saya.
-Baiklah.

355
00:26:30,923 --> 00:26:32,675
Adik awak George Zax?

356
00:26:34,427 --> 00:26:37,680
Awak dan adik awak mengasaskan
Zax Pharmaceuticals.

357
00:26:37,763 --> 00:26:40,433
Apa peranan awak di syarikat?

358
00:26:40,516 --> 00:26:45,563
Saya ketua saintis farmaseutikal
dan ketua pereka ubat,

359
00:26:46,522 --> 00:26:50,568
manakala George ialah presiden dan CEO.

360
00:26:50,651 --> 00:26:53,696
Apa jenis ubat
yang awak bangunkan di syarikat itu?

361
00:26:53,779 --> 00:26:58,492
Saya mula dengan mencipta ZAXLAX. Julap.

362
00:26:58,576 --> 00:26:59,618
Okey.

363
00:26:59,702 --> 00:27:03,372
Antasid. Kemudian, kami reka opioid.

364
00:27:03,456 --> 00:27:05,958
Trimadone dan Amurzyn.

365
00:27:06,042 --> 00:27:09,253
Bantahan. Boleh kita bincang, Yang Arif?

366
00:27:11,756 --> 00:27:13,883
-Apa hal?
-Awak akan tahu.

367
00:27:15,176 --> 00:27:17,261
Saya mohon usul in limine

368
00:27:17,345 --> 00:27:20,681
untuk kecualikan maklumat
tentang Amurzyn dalam keterangan.

369
00:27:20,765 --> 00:27:23,059
Mana boleh. Atas alasan apa?

370
00:27:23,184 --> 00:27:27,271
Ini kes Trimadone. Sebarang pernyataan
tentang Amurzyn tak berkaitan.

371
00:27:27,355 --> 00:27:29,023
Amurzyn ialah asas kes kami.

372
00:27:29,106 --> 00:27:31,359
Bukti mereka tahu Trimadone menagihkan.

373
00:27:31,442 --> 00:27:33,944
Saya tak tegas, dan sebarang nilai probat

374
00:27:34,028 --> 00:27:36,781
lebih penting daripada prejudis

375
00:27:36,864 --> 00:27:38,866
dan kekeliruan yang boleh ditimbulkan.

376
00:27:38,949 --> 00:27:42,620
Kalau keputusan juri dipengaruhi
oleh kenyataan sebegitu,

377
00:27:42,703 --> 00:27:45,081
akan ada alasan untuk rayuan serta merta.

378
00:27:48,501 --> 00:27:53,381
Saya yakin awak boleh mengatasinya,
Cik Solis-Papagian.

379
00:27:53,464 --> 00:27:55,800
Yang Arif memang memahami. Terima kasih.

380
00:27:55,883 --> 00:27:57,218
Usul diterima.

381
00:27:58,094 --> 00:28:01,597
Doktor Zax,
awak tak boleh sebut tentang Amurzyn

382
00:28:01,680 --> 00:28:04,308
ketika beri keterangan.

383
00:28:05,434 --> 00:28:07,645
-Faham.
-Okey.

384
00:28:10,481 --> 00:28:16,320
Bagaimana syarikat itu beralih
daripada membuat julap kepada opioid?

385
00:28:17,154 --> 00:28:19,657
-Di situ, George, adik saya.
-Di situ.

386
00:28:19,740 --> 00:28:22,952
Dia nak bawa syarikat kami
ke dalam pengurusan kesakitan.

387
00:28:23,035 --> 00:28:25,621
Sebab pengurusan kesakitan bisnes besar.

388
00:28:25,704 --> 00:28:29,500
Julap hanya beri kelegaan sementara.

389
00:28:30,459 --> 00:28:34,463
Pengurusan kesakitan adalah
jangka masa panjang.

390
00:28:35,381 --> 00:28:38,008
-Untung besar?
-Faham pun awak.

391
00:28:38,384 --> 00:28:40,261
Awak setuju dengan strategi ini?

392
00:28:41,053 --> 00:28:43,681
-Maaf?
-Strategi dia, awak setuju?

393
00:28:43,764 --> 00:28:48,018
Pada mulanya, ya.
Saya nak cipta analgesik yang tak kuat.

394
00:28:48,102 --> 00:28:52,940
Kenapa awak tak nak buat
opioid penghilang kesakitan?

395
00:28:53,023 --> 00:28:54,066
Terlalu menagihkan.

396
00:28:54,150 --> 00:28:57,361
Ada data berabad lamanya sebagai bukti.

397
00:28:57,445 --> 00:29:00,948
Opium, morfin, kodaina.

398
00:29:01,031 --> 00:29:06,996
Opiat digunakan untuk buat ubat
penghilang kesakitan berasaskan opioid?

399
00:29:07,079 --> 00:29:09,457
Ya. Ubat itu ciptaan manusia.

400
00:29:09,540 --> 00:29:12,668
Kalau semua orang tahu
opiat semula jadi menagihkan,

401
00:29:12,751 --> 00:29:15,796
apa bezanya dengan opioid sintetik?

402
00:29:15,880 --> 00:29:20,801
Salah satu sebab, ada surat dalam
The New England Journal of Medicine

403
00:29:20,885 --> 00:29:22,303
pada 1980

404
00:29:22,386 --> 00:29:27,433
yang mengatakan sesetengah doktor percaya
opioid tak menagihkan,

405
00:29:28,809 --> 00:29:30,060
menurut statistik.

406
00:29:30,144 --> 00:29:33,939
Surat ini disemak semula
atau dibuktikan secara saintifik?

407
00:29:34,023 --> 00:29:38,402
Tak, puan, cuma satu perenggan,
tapi George menemuinya.

408
00:29:38,486 --> 00:29:42,448
Dia suka sebab kami akan dapat
perlindungan undang-undang.

409
00:29:42,531 --> 00:29:45,075
-Awak terpengaruh?
-Saya saintis!

410
00:29:45,826 --> 00:29:51,248
Maaf, tapi saya tak terpengaruh.
Itu hanya pendapat penulis.

411
00:29:51,332 --> 00:29:53,626
Namun, George mati-mati tak peduli.

412
00:29:53,709 --> 00:29:56,003
Doktor Zax, jaga bahasa awak.

413
00:29:56,086 --> 00:30:00,257
Selepas keputusan ujian Trimadone keluar,
apa hasilnya?

414
00:30:00,341 --> 00:30:02,134
Ubat itu terbukti menagihkan.

415
00:30:02,218 --> 00:30:07,014
Doktor Zax, kalau awak tahu
Trimadone menagihkan,

416
00:30:07,097 --> 00:30:09,892
kenapa awak tak hentikannya
dan cipta ubat lain?

417
00:30:09,975 --> 00:30:15,564
Saya cuba. Saya sangka saya dah jumpa
formula yang tak menagihkan.

418
00:30:16,774 --> 00:30:21,070
Namun, tak disangka-sangka,
saya temui komplikasi.

419
00:30:21,153 --> 00:30:23,197
-Bantahan.
-Dia ini.

420
00:30:23,280 --> 00:30:27,451
Doktor Zax, mohon jangan sebut
tentang Amurzyn.

421
00:30:27,535 --> 00:30:30,412
Dia tanya soalan.
Bagaimana saya nak jawab?

422
00:30:30,496 --> 00:30:33,666
Cik Solis-Papagian,
awak nak cuba sekali lagi?

423
00:30:33,749 --> 00:30:34,667
Baiklah.

424
00:30:37,586 --> 00:30:41,298
Kalau awak tahu Trimadone menagihkan,
kenapa pasarkannya?

425
00:30:41,382 --> 00:30:43,217
Sebab itu keputusan George.

426
00:30:44,176 --> 00:30:47,513
Dia tak begitu berminat
dengan kerisauan saya.

427
00:30:48,013 --> 00:30:52,268
Dia cuma nak pasarkan
Trimadone sepantas boleh.

428
00:30:52,351 --> 00:30:55,729
Bagi dia, itu model bisnes
yang tak diragui.

429
00:30:55,813 --> 00:31:01,485
Ubat yang sah dan menagihkan pasti laris.

430
00:31:02,570 --> 00:31:03,779
Kemudian, apa berlaku?

431
00:31:04,446 --> 00:31:06,490
Dia singkir saya dari syarikat.

432
00:31:06,574 --> 00:31:10,327
Dia halau saya. Tamat.
"Kerja awak dah selesai."

433
00:31:12,037 --> 00:31:15,416
Dia nak jadi Zax tunggal dalam Zax Pharma,

434
00:31:16,166 --> 00:31:18,877
dan dapat keuntungan berbilion,

435
00:31:18,961 --> 00:31:22,172
berbilion-bilion dolar,

436
00:31:23,007 --> 00:31:25,676
daripada nyawa orang.

437
00:31:33,934 --> 00:31:36,770
Boleh saya bincang sebentar, Yang Arif?

438
00:31:41,025 --> 00:31:43,444
Juri suka dia,
patut tamatkan sesi hari ini.

439
00:31:43,527 --> 00:31:47,281
Awak nak saya lupakan
isu kesihatan mental?

440
00:31:47,364 --> 00:31:52,036
-Biar Griffin timbulkan, ya?
-Tak, ini masa yang sesuai.

441
00:31:52,119 --> 00:31:55,831
-Saya berkeras.
-Mereka akan hancurkan dia, Sam.

442
00:31:55,914 --> 00:31:59,710
-Saya berkeras.
-Cik Solis-Papagian, ada apa-apa lagi?

443
00:32:04,465 --> 00:32:06,550
Ya, satu lagi, Yang Arif.

444
00:32:07,343 --> 00:32:09,011
Frank, boleh bantu saya?

445
00:32:09,928 --> 00:32:12,306
Boleh awak pandang juri?

446
00:32:14,183 --> 00:32:16,810
Boleh beritahu kenapa mata awak lebam?

447
00:32:16,894 --> 00:32:18,062
Adik saya tumbuk.

448
00:32:18,145 --> 00:32:21,231
Adik awak, George, tumbuk awak? Betulkah?

449
00:32:21,315 --> 00:32:22,524
-Ya, puan.
-Kenapa?

450
00:32:22,608 --> 00:32:24,026
-"Kenapa?"
-Ya.

451
00:32:24,109 --> 00:32:26,654
Sebab saya beri keterangan melawan dia.

452
00:32:29,615 --> 00:32:32,743
-Terima kasih.
-Terima kasih, puan.

453
00:32:32,826 --> 00:32:34,328
Tiada soalan lagi.

454
00:32:42,044 --> 00:32:44,254
Kami tahu awak arif tentang ubat, Frank.

455
00:32:44,338 --> 00:32:47,633
Adakah pengetahuan itu
daripada pengalaman profesional?

456
00:32:47,716 --> 00:32:49,468
-Bantahan.
-Saya ubah soalan.

457
00:32:49,551 --> 00:32:55,140
Adakah awak sedang ambil ubat
yang boleh mengubah keadaan mental awak?

458
00:32:55,933 --> 00:32:59,436
Saya ambil Clozapine dan Lamotrigine.

459
00:32:59,520 --> 00:33:02,773
Ubat antipsikotik dan penstabil emosi.

460
00:33:03,399 --> 00:33:05,234
Awak pergi sekolah, ya?

461
00:33:05,317 --> 00:33:08,487
Awak ambil ubat itu untuk rawat
penyakit skizoafektif?

462
00:33:08,570 --> 00:33:12,241
Bantahan. Hal ini tiada kaitan, Yang Arif.

463
00:33:12,324 --> 00:33:13,867
Kamu berdua, mari sini.

464
00:33:17,079 --> 00:33:19,248
Soalan ini buktikan kredibiliti dia.

465
00:33:19,331 --> 00:33:22,459
Penyakit mental tak bermakna
kredibiliti dia terganggu.

466
00:33:22,543 --> 00:33:24,211
Mahkamah yang tentukan.

467
00:33:24,294 --> 00:33:26,839
Dia buli orang yang lemah

468
00:33:26,922 --> 00:33:29,550
dan tunjuk stigma
terhadap penyakit mental.

469
00:33:29,633 --> 00:33:32,928
Kredibiliti saksi ini ialah asas kes ini,

470
00:33:33,011 --> 00:33:34,680
saya mohon kelonggaran.

471
00:33:34,763 --> 00:33:37,599
Awak main permainan
yang bahaya, En. Petock.

472
00:33:38,308 --> 00:33:40,561
Saya tiada pilihan.

473
00:33:40,644 --> 00:33:44,314
Bukan salah saya
plaintif tak beritahu isu saksi mereka.

474
00:33:45,315 --> 00:33:46,734
Bantahan ditolak.

475
00:33:46,817 --> 00:33:48,861
Teruskan, tapi jangan melampau.

476
00:33:48,944 --> 00:33:50,112
Ya, Yang Arif.

477
00:33:52,322 --> 00:33:54,533
-Frank.
-Ya.

478
00:33:54,616 --> 00:33:57,202
Awak konsisten makan ubat?

479
00:33:58,370 --> 00:33:59,455
Dua kali sehari.

480
00:33:59,538 --> 00:34:03,709
Awak mula ambil ubat itu
sejak 25 tahun lalu?

481
00:34:04,501 --> 00:34:06,378
Ketika awak tinggalkan Zax Pharma?

482
00:34:06,462 --> 00:34:08,464
Lebih kurang, ya.

483
00:34:08,547 --> 00:34:10,174
Kira-kira suku abad.

484
00:34:10,257 --> 00:34:14,178
Awak ada masalah bezakan
realiti dan delusi?

485
00:34:14,261 --> 00:34:15,345
Tiada.

486
00:34:16,680 --> 00:34:20,184
Awak kata adik awak singkirkan awak
dari Zax Pharma

487
00:34:20,267 --> 00:34:22,561
sebab awak cuba hentikan Trimadone?

488
00:34:22,644 --> 00:34:23,645
Betul.

489
00:34:25,939 --> 00:34:27,316
Tarikh itu...

490
00:34:28,859 --> 00:34:32,362
5 Ogos 1994, betul?

491
00:34:33,363 --> 00:34:34,448
Saya tak tahu.

492
00:34:35,407 --> 00:34:39,495
Awak ingat apa yang berlaku
seminggu sebelum itu, pada 30 Julai?

493
00:34:40,454 --> 00:34:41,622
Tak.

494
00:34:45,042 --> 00:34:48,253
-Benda ini bantu awak ingat?
-Bantahan.

495
00:34:48,337 --> 00:34:51,298
Yang Arif, kami tiada dokumen itu.

496
00:34:51,381 --> 00:34:54,134
Sekarang ada. Barang kes 233.

497
00:34:54,218 --> 00:34:57,304
Kenapa awak rahsiakan bukti ini,
En. Petock?

498
00:34:57,387 --> 00:35:01,308
Doktor Zax ialah saksi mengejut
yang kami tahu pada saat terakhir.

499
00:35:01,391 --> 00:35:05,312
Kami sedang buat yang terbaik
untuk periksa balas dalam masa terhad.

500
00:35:05,395 --> 00:35:07,940
Awak diberi amaran, En. Petock.

501
00:35:09,233 --> 00:35:12,194
Boleh baca laporan itu?
Bahagian yang ditanda saja.

502
00:35:12,277 --> 00:35:13,445
Bantahan. Khabar angin.

503
00:35:13,529 --> 00:35:17,032
Dokumen ini berusia 20 tahun
dan dalam rekod rasmi negeri.

504
00:35:17,115 --> 00:35:20,410
Ditolak. Doktor Zax, sila baca.

505
00:35:20,744 --> 00:35:22,079
Boleh baca laporan itu?

506
00:35:22,162 --> 00:35:24,331
Saya rabun dan tertinggal kaca mata.

507
00:35:27,668 --> 00:35:30,462
Yalah.

508
00:35:30,546 --> 00:35:32,464
Georgey datang

509
00:35:32,548 --> 00:35:35,384
dan kebetulan bawa kaca mata saya

510
00:35:35,467 --> 00:35:39,137
di dalam poketnya ketika perbicaraan dia.

511
00:35:40,639 --> 00:35:43,767
-Apa saya perlu baca?
-Bahagian yang ditanda saja.

512
00:35:44,101 --> 00:35:48,146
"Pegawai yang meronda blok 200
di Jalan Turk

513
00:35:48,230 --> 00:35:53,443
"menemukan Arthur Francis Zax,
berusia 51 tahun,

514
00:35:53,527 --> 00:35:57,489
"berada di tengah jalan,

515
00:35:59,116 --> 00:36:03,370
"dalam keadaan berbogel,
lekas marah dan keliru.

516
00:36:07,749 --> 00:36:12,838
"Dia ditahan untuk pemeriksaan."

517
00:36:16,925 --> 00:36:19,177
Awak mengalami banyak delusi

518
00:36:19,261 --> 00:36:21,138
ketika ini, betul?

519
00:36:21,638 --> 00:36:26,685
Saya tak ingat.
Saya tahu saya rasa amat tertekan.

520
00:36:26,768 --> 00:36:30,272
Ini insiden yang menyebabkan
awak dimasukkan

521
00:36:30,355 --> 00:36:33,108
ke dalam jagaan profesional
jangka panjang, betul?

522
00:36:33,191 --> 00:36:36,820
Dia kurung saya! Itu awak panggil jagaan?

523
00:36:36,904 --> 00:36:39,406
Awak tak disingkirkan dari Zax Pharma

524
00:36:39,489 --> 00:36:42,492
hinggalah awak disahkan
tak berkemampuan, betul?

525
00:36:42,576 --> 00:36:45,662
Lelaki itu guna alasan ini

526
00:36:45,746 --> 00:36:49,666
supaya saya tak boleh hentikan dia
daripada memasarkan Trimadone.

527
00:36:49,750 --> 00:36:51,877
Lelaki itu rampas saya

528
00:36:51,960 --> 00:36:56,423
daripada isteri dan anak perempuan saya.

529
00:36:57,507 --> 00:37:00,761
-Awak berkahwin ketika itu?
-Ya.

530
00:37:01,219 --> 00:37:03,388
-Di mana isteri awak?
-Bantahan.

531
00:37:03,472 --> 00:37:06,725
-Apa kaitan dengan kes?
-Ada kaitan.

532
00:37:06,808 --> 00:37:11,104
-Saya akan buktikan dalam tiga soalan.
-Teruskan, tapi saya akan kira.

533
00:37:13,649 --> 00:37:18,195
-Di mana isteri awak, Frank?
-Entah. Saya dikurung.

534
00:37:18,278 --> 00:37:21,615
Awak beritahu adik awak
yang dia pulang ke China, betul?

535
00:37:21,698 --> 00:37:25,494
Ya, betul. Dia rindukan keluarganya,
jadi dia pulang ke China.

536
00:37:25,577 --> 00:37:27,621
Itu bukan perkara sebenar, betul?

537
00:37:27,955 --> 00:37:30,791
Dia pulang untuk dikebumikan, betul?

538
00:37:30,874 --> 00:37:35,921
-Dikebumikan? Tak.
-Dia bunuh diri, bukan?

539
00:37:36,004 --> 00:37:37,798
Tak, hal itu tak berlaku.

540
00:37:37,881 --> 00:37:40,217
Awak nak lihat sijil kematiannya?

541
00:37:40,300 --> 00:37:41,510
Tak.

542
00:37:41,593 --> 00:37:45,555
Awak tak ingat sebab
awak mengalami delusi khianat.

543
00:37:45,639 --> 00:37:48,976
Awak beritahu dia
yang kerajaan nak tangkap awak.

544
00:37:49,059 --> 00:37:53,188
Mereka akan bawa dia pergi
dan hantar dia ke kem buruh paksa.

545
00:37:53,814 --> 00:37:56,775
Awak menyebabkan dia bunuh diri,
betul tak?

546
00:37:56,858 --> 00:38:02,030
Bukan! Dia cuma nak bersama
keluarganya di China.

547
00:38:02,114 --> 00:38:06,576
Jika begitu, adakah dia akan tinggalkan
anak tunggalnya?

548
00:38:06,660 --> 00:38:07,828
Apa?

549
00:38:09,496 --> 00:38:13,500
Muka surat kedua laporan polis itu.
Boleh bacakan untuk saya?

550
00:38:18,255 --> 00:38:23,719
"Pegawai yang membuat pemeriksaan
kebajikan di rumahnya mendapati...

551
00:38:25,012 --> 00:38:30,642
"seorang budak perempuan
bawah umur tanpa jagaan.

552
00:38:32,310 --> 00:38:36,106
"Budak itu diserahkan kepada pak ciknya."

553
00:38:37,691 --> 00:38:40,610
Awak dakwa
ingatan awak jelas tentang Trimadone.

554
00:38:40,694 --> 00:38:44,823
Ubat itu menagihkan dan awak cuba halang
adik awak memasarkannya.

555
00:38:44,906 --> 00:38:49,870
Namun, pada masa yang sama,
awak tak sedar isteri awak dah mati.

556
00:38:49,953 --> 00:38:52,080
Awak abaikan anak awak.

557
00:38:52,164 --> 00:38:55,709
Sebab benda itu tak betul! Jangan percaya.

558
00:38:55,792 --> 00:38:58,837
Ini cuma lakonan, dia pelakon.

559
00:38:58,920 --> 00:39:01,882
Dia reka cerita
dan tanam idea dalam kepala orang.

560
00:39:01,965 --> 00:39:04,342
Itukah yang adik awak buat, Frank?

561
00:39:04,426 --> 00:39:06,470
Tanam idea dalam kepala?

562
00:39:06,553 --> 00:39:11,183
Tak, bukan itu maksud saya.

563
00:39:11,266 --> 00:39:14,102
Dia reka cerita. Dia penjual barang.

564
00:39:14,186 --> 00:39:16,188
Dia amat licik, amat keji,

565
00:39:16,271 --> 00:39:19,983
dan dia sentiasa tahu apa nak cakap.
Dia penipu.

566
00:39:20,067 --> 00:39:24,237
Barang kes 234. Permohonan pengambilan
anak angkat yang awak sain,

567
00:39:24,321 --> 00:39:27,616
-membatalkan hak penjagaan ke atas Kate.
-Ini tak betul.

568
00:39:27,699 --> 00:39:29,409
Awak palsukannya, bukan?

569
00:39:29,493 --> 00:39:31,161
Itu bukan sain awak?

570
00:39:31,244 --> 00:39:34,623
-Pemalsuan.
-Disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.

571
00:39:34,706 --> 00:39:36,625
Awak sogok pesuruhjaya sumpah?

572
00:39:36,708 --> 00:39:40,504
Sebenarnya, tuan,
adik awak tak rampas anak awak.

573
00:39:41,004 --> 00:39:42,923
Dalam saat kejelasan,

574
00:39:43,006 --> 00:39:46,968
awak berikan dia
kepada adik awak untuk dijaga

575
00:39:47,052 --> 00:39:48,804
sebab awak tak mampu.

576
00:39:51,431 --> 00:39:54,518
Tak... Hal itu tak berlaku.

577
00:40:04,027 --> 00:40:05,195
Betulkah?

578
00:40:09,866 --> 00:40:14,371
Awak tak begitu ingat kejadian ketika itu,

579
00:40:14,454 --> 00:40:17,582
terutamanya tentang Trimadone, betul?

580
00:40:18,416 --> 00:40:21,461
Awak benci adik awak sebab

581
00:40:21,545 --> 00:40:24,005
dia ambil Kate sebagai anak angkat, betul?

582
00:40:24,089 --> 00:40:28,760
Ini helah peguam yang mengarut.

583
00:40:30,470 --> 00:40:32,931
-Dia tumbuk saya.
-Dia tak pernah tumbuk.

584
00:40:33,014 --> 00:40:35,392
-Dia tumbuk saya!
-Awak buat sendiri.

585
00:40:35,475 --> 00:40:37,644
-Pergi matilah.
-Awak buat sendiri.

586
00:40:37,727 --> 00:40:39,563
-Dr. Zax...
-Pergi matilah.

587
00:40:39,646 --> 00:40:43,108
Ke tepi.

588
00:40:43,191 --> 00:40:45,318
-Awak. Bangun.
-Panggil marsyal.

589
00:40:45,402 --> 00:40:47,571
-Pergi!
-Bangun!

590
00:40:47,654 --> 00:40:49,156
-Pergi!
-Jangan duduk

591
00:40:49,239 --> 00:40:51,616
dengan muka berlagak awak.

592
00:40:51,700 --> 00:40:57,038
Awak lebih tahu yang saya tak gila.

593
00:41:48,006 --> 00:41:49,132
Saya di sini.

594
00:41:53,470 --> 00:41:55,055
Saya tak ambil masa lama.

595
00:41:55,138 --> 00:41:57,015
Bagus. Saya tiada masa.

596
00:41:58,016 --> 00:41:59,559
Awak amat teliti,

597
00:41:59,643 --> 00:42:02,270
dan saya tak tahu sepenuhnya
apa awak buat.

598
00:42:04,940 --> 00:42:07,108
-Apa saya dah buat, Billy?
-Entahlah.

599
00:42:07,192 --> 00:42:09,527
Mungkin bayaran untuk kekalkan firma,

600
00:42:09,611 --> 00:42:12,239
atau awak buat perjanjian
dengan George Zax.

601
00:42:12,322 --> 00:42:15,242
Namun, hingga juri pergi
bincang keputusan kes,

602
00:42:15,325 --> 00:42:17,911
awak masih ada peluang untuk berundur.

603
00:42:22,499 --> 00:42:24,417
Jumpa Doktor Ming hari ini?

604
00:42:35,720 --> 00:42:38,223
Saya tak nampak apa pentingnya semua ini.

605
00:42:41,643 --> 00:42:47,399
Saya akan terus sakit sepanjang hayat.

606
00:42:49,276 --> 00:42:51,861
Saya tak boleh lari, Billy.

607
00:42:54,281 --> 00:42:55,740
Saya faham perasaan awak.

608
00:42:56,366 --> 00:42:57,409
Tak.

609
00:42:58,743 --> 00:42:59,703
Awak tak faham.

610
00:42:59,786 --> 00:43:01,955
Saya faham. Saya pernah mengalaminya.

611
00:43:03,665 --> 00:43:06,209
Kalau nak marah, marah pada saya.

612
00:43:06,293 --> 00:43:07,919
Jangan buat begini.

613
00:43:12,299 --> 00:43:14,217
Awak tahu jalan keluar.

614
00:43:15,302 --> 00:43:18,221
Ya. Baiklah.

615
00:43:23,226 --> 00:43:24,436
Dengar.

616
00:43:52,213 --> 00:43:55,842
Rob, awak betul. Billy orang baik.

617
00:43:55,925 --> 00:43:59,971
Awak ikut dia. Dia di pihak yang benar.

618
00:44:00,805 --> 00:44:04,517
Buat apa saja yang dia suruh.
Walaupun macam tak masuk akal.

619
00:44:05,435 --> 00:44:08,271
Kalau dia boleh cari
cara mengatasi masalah ini,

620
00:44:08,355 --> 00:44:10,023
dia peguam yang lebih baik.

621
00:44:10,106 --> 00:44:11,775
Saya anggap kes ini peribadi.

622
00:44:11,858 --> 00:44:14,402
Kadangkala ada manfaatnya perasaan begitu,

623
00:44:14,486 --> 00:44:18,656
kadangkala, jiwa kita jadi hancur.

624
00:44:20,075 --> 00:44:23,870
Rob, jiwa saya dah hancur.

625
00:44:25,413 --> 00:44:30,502
Namun, saya masih berharap.
Dah terlalu lama saya tak berharap, Rob.

626
00:44:30,585 --> 00:44:33,713
Saya harap
bedebah tak guna itu semua terseksa

627
00:44:33,797 --> 00:44:36,674
seperti mana Amanda saya terseksa.

628
00:44:36,758 --> 00:44:38,885
Bedebah yang tiada hati perut!

629
00:44:40,720 --> 00:44:43,848
Nanti. Saya rasa ada orang ekori saya.

630
00:44:44,641 --> 00:44:48,061
Berambus dari sini, tak guna. Berambus.

631
00:44:48,144 --> 00:44:51,314
Tak guna, jangan!

632
00:44:51,398 --> 00:44:55,777
Jangan! Tolonglah!

633
00:45:07,872 --> 00:45:09,290
-Hei.
-Hei.

634
00:45:09,874 --> 00:45:10,917
Mak datang.

635
00:45:14,963 --> 00:45:16,923
-Hei.
-Hei.

636
00:45:18,883 --> 00:45:22,095
Terima kasih banyak
sebab suruh dia mesej saya.

637
00:45:22,178 --> 00:45:24,264
Kawan dia patutnya bawa dia pulang.

638
00:45:24,347 --> 00:45:27,142
-Saya bayangkan mereka...
-Tiada masalah.

639
00:45:28,309 --> 00:45:30,854
-Awak dah kemas beg?
-Sikit lagi.

640
00:45:31,521 --> 00:45:33,523
-Awak dah hampir siap kemas?
-Mak.

641
00:45:33,606 --> 00:45:35,608
-Berhenti.
-Awak tak...

642
00:45:38,027 --> 00:45:39,571
Semua saya buat salah.

643
00:45:40,613 --> 00:45:42,449
Bagaimana hari awak? Perbicaraan?

644
00:45:42,532 --> 00:45:44,325
Perbicaraan itu amat teruk.

645
00:45:45,785 --> 00:45:47,078
Apa berlaku?

646
00:45:47,162 --> 00:45:50,123
Saya dapat gerak hati,
saya dipujuk orang lain,

647
00:45:51,207 --> 00:45:53,251
dan sekarang kes saya hancur.

648
00:45:53,626 --> 00:45:56,880
-Teruk juga.
-Perbicaraan dah habis?

649
00:45:57,630 --> 00:46:00,467
-Tak.
-Tak. Baguslah.

650
00:46:01,134 --> 00:46:04,804
Ada lagi masa
untuk tak mengeruhkan keadaan, betul?

651
00:46:04,888 --> 00:46:06,514
Ya, agaknyalah.

652
00:46:08,349 --> 00:46:11,769
-Awak dah makan?
-Belum.

653
00:46:13,354 --> 00:46:16,983
Ada restoran Itali di jalan ini,
mesti awak tahu.

654
00:46:17,066 --> 00:46:19,402
Saya nak ajak awak makan malam.

655
00:46:20,028 --> 00:46:22,947
-Awak tak perlu buat begitu.
-Saya tahu.

656
00:46:27,202 --> 00:46:29,662
-Saya agak lapar.
-Biar betul.

657
00:46:35,084 --> 00:46:36,294
Denise.

658
00:46:37,921 --> 00:46:39,380
Hai, apa khabar?

659
00:46:39,464 --> 00:46:43,760
Saya rasa ini bukan kecemasan,
tapi kucing awak muntah dua kali.

660
00:46:43,843 --> 00:46:45,762
Nak saya hantar gambar?

661
00:46:45,845 --> 00:46:47,931
Tolonglah, jangan.

662
00:46:48,765 --> 00:46:52,143
Dia macam dah sihat,
tapi saya terkejut dan geli.

663
00:46:52,227 --> 00:46:54,729
Perlukah saya bawa dia ke klinik haiwan?

664
00:46:55,522 --> 00:46:57,106
Tak apa. Saya...

665
00:46:57,190 --> 00:46:59,025
Saya akan balik tak lama lagi.

666
00:46:59,108 --> 00:47:01,819
Baguslah. Bagaimana keadaan di sana?

667
00:47:01,903 --> 00:47:06,199
Bagus. Banyak kerja,
tapi ada juga masa berseronok.

668
00:47:07,367 --> 00:47:10,119
Terima kasih sebab beritahu
tentang muntah kucing.

669
00:47:10,203 --> 00:47:13,540
-Sama-sama. Jumpa nanti.
-Baiklah. Jumpa lagi.

670
00:47:15,416 --> 00:47:17,460
Kenapa Denise di Chicago?

671
00:47:18,169 --> 00:47:21,631
Dia tolong beri makan Kojak.

672
00:47:24,634 --> 00:47:27,095
-Awak nak tahu lebih lanjut?
-Tak apa.

673
00:47:27,845 --> 00:47:28,888
Okey.

674
00:47:28,972 --> 00:47:33,434
Ini anggaran lokasi Tom
ketika dia tinggalkan mel suara itu.

675
00:47:33,518 --> 00:47:37,981
Ada kamera keselamatan,
boleh awak periksa jika dia dirakam?

676
00:47:38,815 --> 00:47:40,024
Ya, baiklah.

677
00:47:41,442 --> 00:47:45,280
Mungkin ada lagi di tempat lain,
mungkin di sana.

678
00:47:46,447 --> 00:47:47,407
Apa?

679
00:47:55,623 --> 00:47:57,292
Itu anjing menyalak saya.

680
00:48:01,337 --> 00:48:02,714
Biar betul.

681
00:48:53,723 --> 00:48:54,682
Baiklah, kakak.

682
00:48:54,766 --> 00:48:58,019
Ayuh selesaikan sesuatu
antara kita sekarang.

683
00:48:58,102 --> 00:49:00,063
Ya? Apa hal?

684
00:49:00,813 --> 00:49:02,940
Saya tak tahu hal apa awak maksudkan.

685
00:49:03,691 --> 00:49:06,152
-George yang suruh?
-George siapa?

686
00:49:06,235 --> 00:49:09,906
Frank suruh? Siapa suruh awak ekori saya?
Cakap betul-betul.

687
00:49:09,989 --> 00:49:12,200
Saya tak faham maksud awak.

688
00:49:12,283 --> 00:49:14,619
Tiada siapa bayar awak untuk ekori saya?

689
00:49:14,702 --> 00:49:18,498
Ke mana saja saya pergi, awak muncul.
Itu kebetulan saja?

690
00:49:18,581 --> 00:49:20,416
-Itu saja?
-Ini bandar kecil.

691
00:49:21,084 --> 00:49:25,463
Perasan tak, setiap kali awak nampak saya,
saya memang berada di situ?

692
00:49:26,673 --> 00:49:28,466
Mungkin awak yang ekori saya.

693
00:49:29,884 --> 00:49:31,719
Saya pemimpin, bukan pengikut.

694
00:49:32,595 --> 00:49:34,263
Maaf, drama awak tak menjadi.

695
00:50:20,143 --> 00:50:21,102
Hei.

696
00:50:39,996 --> 00:50:41,664
Saya tak tahu apa saya buat.

697
00:50:46,169 --> 00:50:47,670
Saya rasa hilang arah.

698
00:50:50,465 --> 00:50:51,924
Jadikan saya saksi.

699
00:50:54,927 --> 00:50:59,891
Saya tak tahu... Bagaimana?

700
00:51:01,184 --> 00:51:02,560
Saya ada rancangan.

701
00:51:06,773 --> 00:51:07,732
Ayuh.

702
00:53:17,028 --> 00:53:19,030
Terjemahan sari kata oleh
Aimee Hidayah Suhairi

703
00:53:19,113 --> 00:53:21,115
Penyelia Kreatif Vincent Lim

