1
00:00:06,006 --> 00:00:07,841
Kami ada waran untuk geledah premis.

2
00:00:07,924 --> 00:00:10,927
Waran itu termasuk pejabat awak
dan pusat simpanan juga.

3
00:00:11,011 --> 00:00:12,137
Ada sesuatu kita sembunyikan?

4
00:00:12,220 --> 00:00:14,806
Berg takkan buat semua ini tanpa sebab.

5
00:00:14,889 --> 00:00:16,891
Tunggu sehingga saya bawa awak
ke depan juri.

6
00:00:16,975 --> 00:00:20,687
Saya difahamkan Rakyat dah dapat
indikmen pengganti?

7
00:00:20,770 --> 00:00:23,690
Pembunuhan darjah pertama
dengan keadaan khas membunuh

8
00:00:23,773 --> 00:00:24,941
demi keuntungan kewangan.

9
00:00:25,025 --> 00:00:28,445
Saya serah diri kepada mahkamah,
dan saya sedia membela diri

10
00:00:28,528 --> 00:00:29,904
atas tuduhan yang dijadualkan.

11
00:00:32,490 --> 00:00:33,950
Awak rasa Gazarian bunuh Sam

12
00:00:34,034 --> 00:00:36,703
sebab dia dapat tahu
Sam beritahu FBl tentang dia?

13
00:00:36,786 --> 00:00:39,372
Jika dia tinggalkan negeri,
kita tak boleh sepina dia.

14
00:00:39,456 --> 00:00:40,540
Mereka sedang bergerak.

15
00:00:40,623 --> 00:00:42,709
Ikut mereka.
Kes saya bergantung kepada sepina ini.

16
00:00:42,792 --> 00:00:44,961
- Cisco, awak di mana?
- Palm Springs.

17
00:00:45,045 --> 00:00:49,215
Gazarian dan Jeanine pergi.
Saya ikut mereka ke sebuah resort di sini.

18
00:00:49,299 --> 00:00:51,342
Saya ada pendengaran kes awal.

19
00:00:51,426 --> 00:00:53,720
Mereka kata saya bunuh rakan kongsi
untuk dapatkan bisnes.

20
00:00:53,803 --> 00:00:56,097
Carter, ia nampak teruk. Mereka ada saksi.

21
00:00:56,181 --> 00:00:57,766
Bukan saya yang buat.

22
00:01:00,143 --> 00:01:02,145
Awak nak bawa saya ke mana? Hei!

23
00:01:02,228 --> 00:01:03,563
Hei!

24
00:01:54,656 --> 00:01:56,366
Hei.

25
00:01:56,866 --> 00:02:00,245
Hei! Berapa lama lagi
awak nak tahan saya di sini?

26
00:02:00,328 --> 00:02:02,789
Hei! Bukan saya yang mulakan pergaduhan!

27
00:02:12,257 --> 00:02:15,426
Mereka tak benarkan sesiapa masuk.
Penjara disekat hujung minggu.

28
00:02:15,510 --> 00:02:16,511
Ada rusuhan.

29
00:02:16,594 --> 00:02:19,806
Mickey pun tak telefon.
Dia tak cedera, bukan?

30
00:02:19,889 --> 00:02:21,641
Kalau serius, mesti kita dah dengar.

31
00:02:21,724 --> 00:02:24,519
Mungkin dia dikurung seorang diri.
Tak boleh telefon sesiapa.

32
00:02:24,602 --> 00:02:26,354
Kenapa dikurung seorang diri?

33
00:02:26,437 --> 00:02:28,565
Saya tak tahu, tapi kita patut siasat.

34
00:02:28,648 --> 00:02:31,860
- Saya sampai 10 minit lagi.
- Saya akan beritahu mereka. Terima kasih.

35
00:02:31,943 --> 00:02:35,196
Bagus. Saya failkan usul kecemasan
untuk menghadap Hakim Stone.

36
00:02:35,280 --> 00:02:37,949
- Itu dah diawalkan.
- Apa maksud awak?

37
00:02:38,032 --> 00:02:40,076
Kerani hakim kata pukul 9.00 awalnya,

38
00:02:40,160 --> 00:02:42,203
tapi mereka kata
kamu kena datang secepatnya.

39
00:02:43,413 --> 00:02:45,915
Cik Berg, Cik Crane, Cik McPherson.

40
00:02:46,457 --> 00:02:48,084
Ini Pembantu Syerif Adams

41
00:02:48,168 --> 00:02:51,296
bertanggungjawab dalam operasi tahanan
daripada Jabatan Syerif.

42
00:02:51,379 --> 00:02:54,424
Penasihat untuk Jabatan Syerif juga hadir.

43
00:02:54,507 --> 00:02:57,177
Kita dah lambat. Syerif Adams,

44
00:02:57,677 --> 00:03:00,638
- jelaskan kenapa kamu di sini.
- Terima kasih, Tuan Hakim.

45
00:03:01,848 --> 00:03:05,685
Nampaknya kita ada masalah
melibatkan En. Haller.

46
00:03:06,186 --> 00:03:09,564
Sejak petang Jumaat,
dia dikurung seorang diri.

47
00:03:10,565 --> 00:03:11,774
Boleh saya tanya kenapa?

48
00:03:11,858 --> 00:03:13,151
Dia di tengah-tengah rusuhan

49
00:03:13,234 --> 00:03:15,612
yang menyebabkan penjara disekat
hujung minggu ini.

50
00:03:15,695 --> 00:03:17,405
Dia okey? Dia selamat?

51
00:03:17,488 --> 00:03:22,035
En. Haller okey, tapi keselamatannya
ialah apa yang saya nak bincangkan.

52
00:03:22,118 --> 00:03:23,536
Jabatan kami percaya

53
00:03:23,620 --> 00:03:25,747
kehadiran En. Haller di penjara

54
00:03:25,830 --> 00:03:29,083
menimbulkan bahaya yang berterusan
kepada diri sendiri dan banduan lain.

55
00:03:29,167 --> 00:03:30,418
Maksudnya apa?

56
00:03:31,252 --> 00:03:34,130
Pendek kata,
kami tak lagi yakin yang kami boleh

57
00:03:35,215 --> 00:03:37,050
jamin keselamatannya di penjara daerah.

58
00:03:37,133 --> 00:03:39,802
Tunggu. Apa maksud awak?

59
00:03:39,886 --> 00:03:43,306
Sebab itulah kami failkan usul kecemasan.

60
00:03:43,389 --> 00:03:45,016
Kita perlu keluarkan En. Haller.

61
00:03:45,099 --> 00:03:46,935
- Jangan harap.
- Cik Berg…

62
00:03:47,018 --> 00:03:51,397
Yang Arif, mengikut undang-undang,
defendan perlu kekal dalam tahanan.

63
00:03:51,481 --> 00:03:54,359
Sekarang pihak penjara kata
mereka tak boleh uruskan dia?

64
00:03:55,276 --> 00:03:57,904
Pindahkan dia ke sayap lain
atau mana-mana penjara lain

65
00:03:57,987 --> 00:03:59,530
yang Jabatan Syerif selia.

66
00:03:59,614 --> 00:04:02,825
Memindahkan dia takkan membantu.
Betul, syerif?

67
00:04:02,909 --> 00:04:06,079
Sebab masalahnya bukan penjara,
tapi orang yang mengawalnya.

68
00:04:06,162 --> 00:04:11,167
En. Haller tangkap pegawai mencuri dengar,
dan sekarang mereka nak balas dendam.

69
00:04:11,251 --> 00:04:12,710
Betulkah, syerif?

70
00:04:12,794 --> 00:04:13,628
Ada

71
00:04:14,379 --> 00:04:16,673
isu kawalan keselamatan tahanan.

72
00:04:16,756 --> 00:04:20,009
Baru-baru ini, beberapa pegawai baharu
lapor terus kepada saya.

73
00:04:20,093 --> 00:04:22,387
Awak bawa masuk pengintip
untuk tunjukkan pengacau?

74
00:04:22,470 --> 00:04:24,514
Kami sedang membetulkan isu itu.

75
00:04:24,597 --> 00:04:28,142
Bagus. Sementara itu, kalau defendan
selamat dikurung seorang diri,

76
00:04:28,226 --> 00:04:30,853
kenapa dia tak boleh tinggal di sana
sepanjang perbicaraan?

77
00:04:30,937 --> 00:04:34,190
Sebab dia tak buat apa-apa
untuk dikurung seorang diri,

78
00:04:34,274 --> 00:04:37,235
yang melanggar hak perlembagaannya.

79
00:04:37,318 --> 00:04:39,821
Siapa tahu dia akan selamat
dikurung seorang diri?

80
00:04:39,904 --> 00:04:42,615
Pegawai mengawalnya
sama seperti seluruh penjara.

81
00:04:42,699 --> 00:04:46,411
Walau apa pun,
hal ini sudah diputuskan, Tuan Hakim.

82
00:04:46,494 --> 00:04:49,122
Jika tertuduh mahu
kekalkan perbicaraan segeranya,

83
00:04:49,205 --> 00:04:51,165
dia perlu melepaskan ikat jamin.

84
00:04:51,249 --> 00:04:53,584
Kami telah menepati janji kami.

85
00:04:53,668 --> 00:04:55,920
Sekarang pihak pembela
mahu ambil kesempatan…

86
00:04:56,004 --> 00:04:58,631
Pihak pembela tidak bersetuju.

87
00:04:58,715 --> 00:05:02,677
Kami tak dapat buat persiapan
kerana klien saya diasingkan.

88
00:05:02,760 --> 00:05:05,513
Rakyat yang dapat kelebihan.

89
00:05:05,596 --> 00:05:09,309
Seorang pegawai baharu awak asingkan dia,

90
00:05:09,392 --> 00:05:11,769
yang menimbulkan masalah untuk awak.

91
00:05:11,853 --> 00:05:13,271
Saya bukan nak beri alasan.

92
00:05:13,354 --> 00:05:15,523
Jabatan awak cuba elak saman,

93
00:05:15,606 --> 00:05:18,901
yang awak akan dapat
kalau apa-apa berlaku kepada dia.

94
00:05:19,652 --> 00:05:20,570
Yang Arif,

95
00:05:20,653 --> 00:05:24,324
dengan hormatnya, pihak pembela
meminta mahkamah membebaskan En. Haller

96
00:05:24,407 --> 00:05:27,577
daripada dipenjarakan demi keselamatannya
dan banduan lain.

97
00:05:27,660 --> 00:05:32,290
Rakyat menentang sekeras-kerasnya
permintaan yang melampau ini

98
00:05:32,373 --> 00:05:35,043
dan berkeras
supaya undang-undang dipatuhi.

99
00:05:42,467 --> 00:05:43,384
Beginilah,

100
00:05:44,969 --> 00:05:45,928
semua ini tak masuk…

101
00:05:51,267 --> 00:05:52,101
Mari pergi.

102
00:06:28,930 --> 00:06:29,972
Awak okey?

103
00:06:32,558 --> 00:06:35,478
- Apa yang berlaku, Maggie?
- Hakim setuju lepaskan awak.

104
00:06:35,561 --> 00:06:37,980
Berg berkeras suruh awak
jadi tahanan rumah.

105
00:06:40,358 --> 00:06:41,734
Itu Pegawai Bennett.

106
00:06:41,818 --> 00:06:45,029
Dia akan iring awak ulang-alik
dari rumah ke mahkamah setiap hari.

107
00:06:45,113 --> 00:06:47,031
Awak tak dibenarkan ke tempat lain.

108
00:06:49,367 --> 00:06:50,660
Masuk cepat.

109
00:06:57,375 --> 00:06:58,835
Jumpa di rumah, Mick?

110
00:07:25,945 --> 00:07:28,489
MAAFKAN SAYA.

111
00:07:30,533 --> 00:07:33,369
SAYA CINTA AWAK.

112
00:07:41,961 --> 00:07:44,797
HEI. SAYA CINTA AWAK. SAYA CUMA RISAU

113
00:07:44,881 --> 00:07:45,882
Lorna.

114
00:07:47,175 --> 00:07:48,468
Lihat ini.

115
00:07:50,928 --> 00:07:51,888
Apa dia?

116
00:07:51,971 --> 00:07:54,849
Video keselamatan
kedai arak Carter. Tengok.

117
00:07:55,725 --> 00:07:57,727
Awal pagi tadi dah sampai.

118
00:07:57,810 --> 00:08:00,771
Saya harap awak boleh cari kelemahan
dalam cerita Rashad, tapi…

119
00:08:02,648 --> 00:08:03,816
Itu Rashad.

120
00:08:13,493 --> 00:08:15,703
Dia kembali ke stor
seperti yang dia katakan.

121
00:08:21,000 --> 00:08:22,293
Beberapa saat kemudian…

122
00:08:28,674 --> 00:08:29,884
Itu saja.

123
00:08:30,718 --> 00:08:33,638
Penembak tahu
di mana kamera itu dan tembaknya.

124
00:08:33,721 --> 00:08:37,725
Carter pemilik kedai.
Dia saja yang tahu di mana kamera itu.

125
00:08:38,809 --> 00:08:40,603
Pendengaran kes awal beberapa jam lagi.

126
00:08:40,686 --> 00:08:44,941
Ada cara untuk cabar testimoni Rashad,
tapi video ini memburukkan lagi keadaan.

127
00:08:45,024 --> 00:08:49,111
Jangan panik.
Kita masih ada masa untuk cari sesuatu.

128
00:08:49,612 --> 00:08:51,822
Saya akan ke mahkamah
untuk sokongan moral.

129
00:08:52,740 --> 00:08:53,866
Terima kasih, Izzy.

130
00:08:55,409 --> 00:08:56,786
Ada berita daripada Cisco?

131
00:08:56,869 --> 00:08:58,162
Tidak.

132
00:08:58,246 --> 00:09:00,581
Telefonlah dia.

133
00:09:00,665 --> 00:09:02,458
Atau mesej dia.

134
00:09:06,462 --> 00:09:07,380
Baiklah.

135
00:09:08,339 --> 00:09:09,799
MAAFKAN SAYA. SAYA CINTA AWAK.

136
00:09:14,220 --> 00:09:15,596
- Sayang?
- Hei.

137
00:09:15,680 --> 00:09:18,849
Saya cinta awak juga. Saya sangat risau.

138
00:09:18,933 --> 00:09:20,643
Awak memang bodoh.

139
00:09:20,726 --> 00:09:22,895
Saya tahu, dan saya minta maaf.

140
00:09:22,979 --> 00:09:26,399
Saya bukan nak menipu
tentang mengikut Gazarian ke sini.

141
00:09:26,482 --> 00:09:28,693
Saya tahu. Awak cuma buat kerja awak.

142
00:09:30,069 --> 00:09:32,905
Awak ada nampak
mereka berdua yang pukul awak?

143
00:09:32,989 --> 00:09:35,825
Tak, pelik juga.

144
00:09:35,908 --> 00:09:38,411
Saya lega.

145
00:09:38,494 --> 00:09:41,872
Sayang, saya janji ia selamat.
Tak bahaya langsung.

146
00:09:41,956 --> 00:09:43,916
Sebenarnya, ia agak…

147
00:09:45,293 --> 00:09:46,377
membosankan.

148
00:09:46,460 --> 00:09:47,962
Terperap di bilik sepanjang hari

149
00:09:48,045 --> 00:09:51,841
melihat Gazarian dan Jeanine
masuk dan keluar kolam.

150
00:09:51,924 --> 00:09:54,594
Balik cepat. Saya dan Winston rindu awak.

151
00:09:54,677 --> 00:09:56,470
Ya, berapa banyak awak rindu saya?

152
00:09:58,389 --> 00:10:00,725
Saya sangat rindu awak.

153
00:10:00,808 --> 00:10:03,978
Tapi tak sebanyak saya rindu Mini saya.

154
00:10:04,061 --> 00:10:05,771
Cisco, saya tak suka pandu trak awak.

155
00:10:05,855 --> 00:10:08,190
Saya perlukan kusyen sebab pendek sangat.

156
00:10:08,274 --> 00:10:09,233
Sayang, dengar sini.

157
00:10:09,317 --> 00:10:12,278
Saya nak Mini itu supaya tak menonjol.

158
00:10:12,361 --> 00:10:14,488
- Okey?
- Itu yang awak cakap tentang trak awak.

159
00:10:14,572 --> 00:10:17,867
Saya akan kembali
dengan kereta itu tak lama lagi.

160
00:10:17,950 --> 00:10:19,952
- Saya janji.
- Bagus.

161
00:10:21,662 --> 00:10:23,080
Okey, saya ada pendengaran kes.

162
00:10:23,164 --> 00:10:25,458
Saya perlu bersedia dalam dua jam.
Pergi dulu.

163
00:10:25,541 --> 00:10:27,960
Semoga berjaya. Saya tahu awak boleh.

164
00:10:28,044 --> 00:10:30,212
- Sayang awak.
- Sayang awak juga.

165
00:10:30,296 --> 00:10:31,213
Bai.

166
00:10:51,734 --> 00:10:52,985
Apa pendapat awak?

167
00:10:53,486 --> 00:10:55,404
Pasti Drucker.

168
00:10:55,488 --> 00:10:58,491
Dia mula dengan Collins.
Drucker penamatnya.

169
00:10:58,574 --> 00:11:00,409
- Itu yang saya akan buat.
- Ya.

170
00:11:01,285 --> 00:11:02,411
Sila bangun.

171
00:11:09,210 --> 00:11:10,419
Sila duduk.

172
00:11:11,796 --> 00:11:15,216
Berita baiknya, kita ada banyak peluang
kalau Drucker memutuskan untuk…

173
00:11:15,299 --> 00:11:16,175
Cik Berg.

174
00:11:17,343 --> 00:11:19,428
- Rakyat dah sedia?
- Ya, Yang Arif.

175
00:11:19,512 --> 00:11:22,640
Rakyat memanggil Paul Russo
ke kandang saksi.

176
00:11:26,143 --> 00:11:27,061
PAKAR BALISTIK

177
00:11:27,144 --> 00:11:29,772
Pakar balistik.
Kenapa dia mula dengan dia?

178
00:11:30,648 --> 00:11:34,151
Peluru yang awak dapat dari garaj defendan

179
00:11:34,235 --> 00:11:37,029
padan dengan peluru
yang awak dapat daripada mangsa?

180
00:11:37,113 --> 00:11:40,408
Ya. Pelurunya sama
dan ditembak daripada pistol yang sama,

181
00:11:40,491 --> 00:11:43,369
MC2sc Mossberg.

182
00:11:43,452 --> 00:11:45,037
Adakah itu pistol biasa?

183
00:11:45,621 --> 00:11:47,123
Sangat biasa. Ya.

184
00:11:47,206 --> 00:11:48,165
En. Russo,

185
00:11:48,249 --> 00:11:51,293
satu isu yang dibangkitkan
ialah bunyi pistol.

186
00:11:51,377 --> 00:11:56,424
Tiada seorang pun jiran defendan
melaporkan terdengar tembakan malam itu.

187
00:11:56,507 --> 00:11:58,759
Boleh awak jelaskan mengapa?

188
00:11:58,843 --> 00:12:01,303
Pada pendapat saya,
penjelasan yang paling mungkin

189
00:12:01,387 --> 00:12:04,557
ialah pistol itu ada penindas.

190
00:12:04,640 --> 00:12:06,058
- Penyenyap?
- Ya.

191
00:12:06,142 --> 00:12:10,646
Tapi bertentangan dengan kepercayaan umum,
ia tak menyenyapkan tembakan sepenuhnya.

192
00:12:10,730 --> 00:12:14,734
Ia mengurangkan tahap bunyi
kepada 100, 110 desibel.

193
00:12:14,817 --> 00:12:18,988
Boleh awak beritahu juri
perbandingan dari segi tahap bunyi?

194
00:12:19,071 --> 00:12:22,199
Lebih kurang sama
dengan bunyi mesin pengisar

195
00:12:22,283 --> 00:12:27,204
atau bunyi enjin kereta dihidupkan,
tapi hanya untuk sesaat.

196
00:12:27,288 --> 00:12:30,708
Jadi, pada pendapat awak,
mungkinkah jiran defendan

197
00:12:30,791 --> 00:12:32,460
tak dengar bunyi begitu?

198
00:12:32,543 --> 00:12:33,711
Saya rasa mungkin,

199
00:12:33,794 --> 00:12:36,297
terutamanya semasa tidur
atau menonton televisyen.

200
00:12:36,380 --> 00:12:39,842
Itulah tujuan penindas.

201
00:12:39,925 --> 00:12:41,051
Sudah tentu.

202
00:12:41,552 --> 00:12:42,678
Tiada soalan lagi.

203
00:12:45,681 --> 00:12:47,850
Selamat petang, En. Russo.

204
00:12:48,517 --> 00:12:51,103
Saya takkan ambil masa lama.
Cuma ada beberapa soalan.

205
00:12:51,604 --> 00:12:53,981
Awak beri keterangan
bahawa peluru yang ditindas

206
00:12:54,064 --> 00:12:57,401
akan ada tahap bunyi
kira-kira 100 hingga 110 desibel.

207
00:12:57,485 --> 00:12:58,652
- Betul?
- Betul.

208
00:12:58,736 --> 00:13:00,571
Terutamanya untuk sesaat,

209
00:13:00,654 --> 00:13:03,282
mungkin jiran-jiran
tak dengar bunyi bising itu?

210
00:13:03,365 --> 00:13:04,909
Pada pendapat saya, ya.

211
00:13:13,959 --> 00:13:16,462
Bahan Bukti B Pembela, Yang Arif.

212
00:13:21,383 --> 00:13:25,805
En. Russo, ini gambar rajah
rumah En. Haller.

213
00:13:26,388 --> 00:13:29,308
Seperti yang awak lihat, garajnya di sini

214
00:13:29,391 --> 00:13:33,312
dan bilik tidurnya pula di sini.

215
00:13:33,395 --> 00:13:36,816
Jarak serongnya kira-kira 78 kaki.

216
00:13:36,899 --> 00:13:40,319
Awak kata jiran-jiran
yang berada pada jarak yang sama

217
00:13:40,402 --> 00:13:42,696
takkan dengar bunyi bising ini.

218
00:13:43,197 --> 00:13:45,783
Jika En. Haller tidur di bilik tidur ini,

219
00:13:45,866 --> 00:13:50,246
saya andaikan dia juga
takkan dengar bunyi ini? Betul?

220
00:13:50,746 --> 00:13:54,166
Saya rasa munasabah juga
dia mungkin tak dengar…

221
00:13:54,250 --> 00:13:56,293
Tapi awak kata mungkin.

222
00:13:56,377 --> 00:13:58,003
Bukan munasabah.

223
00:13:58,838 --> 00:14:02,049
Maksud saya,
itulah tujuan penindas, bukan?

224
00:14:02,675 --> 00:14:04,009
Benda ini bukan tepat sangat.

225
00:14:04,093 --> 00:14:06,220
Jawab saja soalan itu, En. Russo.

226
00:14:06,720 --> 00:14:09,431
Kalau wujudnya seseorang
di garaj En. Haller

227
00:14:09,515 --> 00:14:12,726
yang bunuh mangsa menggunakan penindas,
maka, menurut awak,

228
00:14:12,810 --> 00:14:16,397
En. Haller mungkin sedang tidur
semasa seluruh kejadian. Betul?

229
00:14:19,775 --> 00:14:21,068
Mungkin. Ya.

230
00:14:21,819 --> 00:14:22,653
Terima kasih.

231
00:14:23,612 --> 00:14:24,864
Tiada soalan lagi.

232
00:14:27,116 --> 00:14:30,244
En. Johnson, boleh tolong
beritahu mahkamah pekerjaan awak?

233
00:14:30,327 --> 00:14:31,328
Pengawal peribadi.

234
00:14:31,412 --> 00:14:33,998
Buat masa ini,
saya meronda di West Adams Boulevard,

235
00:14:34,081 --> 00:14:35,833
dari Vermont ke Western.

236
00:14:35,916 --> 00:14:37,626
Sudah lama awak jadi pengawal?

237
00:14:37,710 --> 00:14:39,128
Lebih kurang.

238
00:14:39,211 --> 00:14:41,505
Saya pegawai polis New York
yang dah bersara.

239
00:14:41,589 --> 00:14:43,507
Saya dan isteri pindah ke LA.

240
00:14:43,591 --> 00:14:46,302
Kami ada keluarga di sini.
Kami juga suka cuacanya.

241
00:14:46,385 --> 00:14:47,386
Begitu.

242
00:14:47,469 --> 00:14:51,140
Sekarang, mari kita berbalik
pada 20 Disember tahun lepas.

243
00:14:51,223 --> 00:14:53,726
Boleh awak beritahu kami
apa yang memberitahu awak

244
00:14:53,809 --> 00:14:55,269
ada jenayah yang sedang berlaku?

245
00:14:55,352 --> 00:14:57,688
Boleh, saya di dalam kereta peronda.

246
00:14:57,771 --> 00:15:00,816
Saya dengar dua tembakan, satu demi satu.

247
00:15:00,900 --> 00:15:02,818
- Apa awak buat?
- Saya keluar kereta.

248
00:15:02,902 --> 00:15:04,737
Saya berada di Kenwood, selatan Adams.

249
00:15:04,820 --> 00:15:07,072
Saya dengar tembakan ketiga.
Saya lari ke penjuru.

250
00:15:07,156 --> 00:15:09,199
Saya tak tahu dari mana tembakan datang,

251
00:15:09,283 --> 00:15:13,203
tapi saya nampak
pintu kedai arak yang terbuka.

252
00:15:13,287 --> 00:15:16,790
Jadi, saya masuk
dan Gary terbaring di atas lantai.

253
00:15:16,874 --> 00:15:19,001
Gary Cartwright, mangsa?

254
00:15:19,585 --> 00:15:20,461
Ya.

255
00:15:20,961 --> 00:15:23,339
Bagaimana keadaan En. Cartwright?

256
00:15:24,214 --> 00:15:25,215
Tak bagus.

257
00:15:26,759 --> 00:15:27,843
Dia…

258
00:15:30,095 --> 00:15:31,388
Dia…

259
00:15:32,431 --> 00:15:33,849
Maafkan saya.

260
00:15:37,186 --> 00:15:39,188
Dia ditembak di abdomen.

261
00:15:39,897 --> 00:15:41,273
Dia berlumuran darah.

262
00:15:42,274 --> 00:15:43,817
Saya cuba hentikan pendarahan.

263
00:15:44,985 --> 00:15:45,945
Ia teruk.

264
00:15:46,946 --> 00:15:50,407
Pekerja stor, Rashad,
kata paramedik dalam perjalanan.

265
00:15:50,491 --> 00:15:53,369
Jadi, saya berusaha untuk buat CPR, tapi…

266
00:15:53,452 --> 00:15:55,162
Adakah En. Cartwright masih sedar?

267
00:15:55,245 --> 00:15:58,082
Nyaris tak sedar.
Saya suruh dia terus bertahan.

268
00:15:58,165 --> 00:16:01,961
- Paramedik akan tiba tak lama lagi.
- Dia cakap apa-apa kepada awak?

269
00:16:05,297 --> 00:16:06,382
En. Johnson?

270
00:16:08,384 --> 00:16:12,262
Macam yang saya cakap, terkejut.
Saya tak pasti dia tahu apa yang berlaku.

271
00:16:12,346 --> 00:16:14,014
Saya tanya sekali lagi, En. Johnson.

272
00:16:14,848 --> 00:16:16,266
Apa yang En. Cartwright kata?

273
00:16:18,602 --> 00:16:19,603
Dia kata…

274
00:16:22,982 --> 00:16:23,816
"Carter."

275
00:16:23,899 --> 00:16:26,235
Itulah yang saya dengar.

276
00:16:26,318 --> 00:16:28,904
- Bantahan. Dengar khabar.
- Itu kata-kata terakhir dia.

277
00:16:28,988 --> 00:16:33,575
Tapi menurut laporan perubatan,
dia diisytiharkan mati 40 minit kemudian.

278
00:16:33,659 --> 00:16:37,413
Itu kenyataan spontan semasa terkejut,
yang juga merupakan dengar khabar.

279
00:16:37,496 --> 00:16:40,290
Ditembak boleh dianggap
sebagai peristiwa mengejutkan.

280
00:16:40,374 --> 00:16:42,918
Kalau begitu,
ia tiada kaitan dan tiada nilai bukti.

281
00:16:43,002 --> 00:16:45,838
Yang Arif, memang tidak dinafikan
klien saya bertengkar

282
00:16:45,921 --> 00:16:47,881
dengan mangsa
sebelum kejadian tembakan itu,

283
00:16:47,965 --> 00:16:51,760
tapi hakikat yang dia sebut
nama klien saya tak ada kaitan…

284
00:16:51,844 --> 00:16:54,972
Kamu dah cuba, Cik Crane,
tapi testimoni diterima.

285
00:17:03,856 --> 00:17:06,859
Ia semakin teruk. Saya ditipu, Izzy.

286
00:17:06,942 --> 00:17:10,446
Saya kasihan akan Carter,
tapi sekarang saya rasa dia yang buat.

287
00:17:10,529 --> 00:17:12,656
Awak masih perlu wakili dia, bukan?

288
00:17:14,116 --> 00:17:15,868
Kalau kita nak dibayar, saya perlu.

289
00:17:19,538 --> 00:17:23,292
Hei, L, saya kena buat susulan
tentang kes Mickey,

290
00:17:23,792 --> 00:17:26,420
tapi teruskan semangat, okey?

291
00:17:47,483 --> 00:17:49,151
Drucker ada di sini.

292
00:17:50,194 --> 00:17:51,403
Selepas ini, dia.

293
00:17:54,823 --> 00:17:56,450
Saksi dah sedia?

294
00:17:56,533 --> 00:17:57,701
Ya, sedia.

295
00:18:04,041 --> 00:18:05,125
Cik Berg?

296
00:18:06,210 --> 00:18:07,169
Ya, Yang Arif.

297
00:18:07,252 --> 00:18:10,130
Rakyat memanggil Jessica Westfeldt
ke kandang saksi.

298
00:18:11,965 --> 00:18:13,550
Siapa Jessica Westfeldt?

299
00:18:13,634 --> 00:18:15,219
Dia salah seorang pelatih kami.

300
00:18:15,302 --> 00:18:18,931
- Hanya beberapa bulan. Lorna upah dia.
- Ada yang perlu dirisaukan?

301
00:18:20,224 --> 00:18:22,184
Saya tak pernah cakap dengan dia.

302
00:18:26,647 --> 00:18:27,481
Cik Westfeldt,

303
00:18:27,564 --> 00:18:30,692
boleh jelaskan kepada juri
hubungan awak dengan defendan?

304
00:18:30,776 --> 00:18:34,154
Saya pelatih di firma guaman En. Haller
selama tiga bulan.

305
00:18:34,238 --> 00:18:35,322
Semasa awak di sana,

306
00:18:35,405 --> 00:18:39,576
adakah firma En. Haller mewakili
mangsa dalam kes ini, En. Scales?

307
00:18:39,660 --> 00:18:41,578
Ya, dalam sebuah kes penipuan.

308
00:18:41,662 --> 00:18:44,540
Bantahan. Boleh kami berbincang?

309
00:18:50,379 --> 00:18:53,423
Tuan Hakim, soalan ini
melanggar keistimewaan peguam-klien.

310
00:18:53,507 --> 00:18:54,883
En. Scales mungkin sudah mati,

311
00:18:54,967 --> 00:18:58,387
tapi butiran perwakilannya
masih istimewa dan sulit.

312
00:18:58,470 --> 00:19:00,222
Keistimewaan tak terpakai.

313
00:19:00,305 --> 00:19:03,851
Cik Westfeldt takkan dedahkan
sebarang butiran sulit

314
00:19:03,934 --> 00:19:06,186
dalam perwakilan En. Scales.

315
00:19:06,270 --> 00:19:08,772
Saksi ada keterangan
tentang kenyataan defendan

316
00:19:08,856 --> 00:19:10,524
yang menjejaskan dirinya sendiri.

317
00:19:11,108 --> 00:19:13,902
Saya akan benarkan,
tapi saya akan halang kamu serta-merta

318
00:19:13,986 --> 00:19:16,363
kalau kamu libatkan
apa-apa yang istimewa, Cik Berg.

319
00:19:16,446 --> 00:19:17,531
Baik, Yang Arif.

320
00:19:28,125 --> 00:19:30,169
Terima kasih kerana jumpa saya,
Dr. Schultz.

321
00:19:30,252 --> 00:19:33,046
Sama-sama.
Saya tertarik apabila Keith hubungi

322
00:19:33,130 --> 00:19:36,175
daripada LA Times
tentang tesis sarjana awak.

323
00:19:36,258 --> 00:19:38,760
Berapa ramai yang peduli tentang biobahan?

324
00:19:38,844 --> 00:19:43,223
Angin dan solar tenaga boleh diperbaharui
yang selalunya masuk berita.

325
00:19:43,307 --> 00:19:44,808
Biobahan pula…

326
00:19:45,851 --> 00:19:49,271
macam sepupu aneh yang berbau busuk.

327
00:19:50,606 --> 00:19:53,442
Saya pernah memandu
di belakang kereta biodiesel.

328
00:19:53,525 --> 00:19:55,569
Baunya macam popia telur.
Boleh tahan juga.

329
00:19:55,652 --> 00:19:57,738
Kalau begitu, awak bertuah.

330
00:19:58,238 --> 00:19:59,448
Apa saya boleh bantu?

331
00:19:59,531 --> 00:20:03,994
Saya gembira dapat memajukan
sains atau polisi awam yang waras.

332
00:20:05,662 --> 00:20:08,582
Dr. Schultz, saya perlu berterus terang.

333
00:20:09,750 --> 00:20:11,418
Saya bukan pelajar siswazah.

334
00:20:12,502 --> 00:20:15,047
- Saya tak belajar di UCLA pun.
- Apa?

335
00:20:15,130 --> 00:20:17,883
Saya tipu wartawan itu
untuk cuba dapatkan maklumat.

336
00:20:18,467 --> 00:20:20,010
Saya bekerja untuk peguam.

337
00:20:21,053 --> 00:20:21,887
Peguam?

338
00:20:21,970 --> 00:20:24,640
Tak mengapa kalau awak
tak mahu cakap dengan saya, tapi…

339
00:20:28,644 --> 00:20:30,062
Saya perlukan bantuan awak.

340
00:20:31,271 --> 00:20:33,815
Bagaimana awak boleh ada
di mahkamah hari itu?

341
00:20:34,399 --> 00:20:36,235
Lorna telefon dan minta saya datang.

342
00:20:36,318 --> 00:20:38,528
Tumit kasutnya patah, dan rupa-rupanya

343
00:20:38,612 --> 00:20:40,656
dia simpan sepasang kasut lebih
di pejabat.

344
00:20:41,240 --> 00:20:44,576
Semasa saya tiba,
dia bersama En. Haller dan En. Scales.

345
00:20:44,660 --> 00:20:46,203
Kenapa En. Scales ada di sana?

346
00:20:46,286 --> 00:20:47,996
Dia baru habis perbicaraan.

347
00:20:48,080 --> 00:20:50,374
Itu kes penipuan yang saya sebut tadi.

348
00:20:50,457 --> 00:20:53,877
Dia dituduh menggelapkan wang
daripada sebuah badan amal.

349
00:20:53,961 --> 00:20:56,004
Awak ingat keputusan kes itu?

350
00:20:57,589 --> 00:20:58,590
Itu…

351
00:20:58,674 --> 00:21:02,010
Hakim setuju beri percubaan terselia.
Dia cuma perlu bayar balik duit.

352
00:21:02,094 --> 00:21:05,931
- Ia takkan berlaku dalam masa terdekat.
- Apa maksud awak?

353
00:21:06,014 --> 00:21:08,350
Saya perlu bayar lebih
kepada pelabur terakhir saya.

354
00:21:08,433 --> 00:21:09,559
Kalau tak, matilah saya.

355
00:21:09,643 --> 00:21:11,561
Tidak, Sam.
Jika awak tak bayar, awak mati.

356
00:21:13,313 --> 00:21:16,316
Dia ugut Sam Scales?

357
00:21:17,109 --> 00:21:19,361
- Ya.
- Itukah kata-katanya?

358
00:21:20,487 --> 00:21:22,906
"Jika awak tak bayar, awak mati?"

359
00:21:22,990 --> 00:21:26,660
Ya. Saya ingat
sebab En. Haller sangat marah

360
00:21:26,743 --> 00:21:27,869
dan saya rasa takut.

361
00:21:28,453 --> 00:21:30,330
Jadi, awak ambil serius ugutan dia?

362
00:21:30,414 --> 00:21:34,167
Ya. Malah, saya berhenti kerja
tak lama selepas itu.

363
00:21:34,251 --> 00:21:35,544
Saya pasti.

364
00:21:36,336 --> 00:21:39,381
Terima kasih, Cik Westfeldt.
Tiada lagi soalan, Yang Arif.

365
00:21:40,799 --> 00:21:44,177
Saya akan uruskannya.
Jangan nampak marah. Tak membantu.

366
00:21:46,179 --> 00:21:47,097
Terima kasih.

367
00:21:55,897 --> 00:21:58,066
Selamat petang, Cik Westfeldt.

368
00:21:58,692 --> 00:22:02,529
Kalau boleh, saya nak tanya
tentang apa yang awak dengar,

369
00:22:02,612 --> 00:22:04,448
ungkapan itu, "awak mati."

370
00:22:05,198 --> 00:22:08,618
Awak pernah dengar ia digunakan
sebagai kiasan sebelum ini?

371
00:22:08,702 --> 00:22:11,705
Kakak ugut adiknya begitu
apabila dia pakai bajuya.

372
00:22:11,788 --> 00:22:13,707
"Sentuh barang kakak lagi, kamu mati."

373
00:22:13,790 --> 00:22:16,543
Ya, saya pernah dengar.

374
00:22:16,626 --> 00:22:19,171
Tapi yang ini lebih terasa,

375
00:22:19,755 --> 00:22:21,965
entahlah, serius.

376
00:22:22,049 --> 00:22:26,845
Betul, sebab awak kata En. Haller marah?

377
00:22:26,928 --> 00:22:27,763
Ya.

378
00:22:27,846 --> 00:22:30,515
Sekurang-kurangnya saya rasa begitu.

379
00:22:30,599 --> 00:22:34,019
Bagaimana awak gambarkan
masa awak bekerja di firma En. Haller?

380
00:22:34,686 --> 00:22:36,355
Biasa-biasa saja.

381
00:22:36,438 --> 00:22:37,814
Biasa-biasa saja?

382
00:22:38,315 --> 00:22:39,483
Awak dilayan dengan baik?

383
00:22:39,566 --> 00:22:43,737
Saya baik dengan Lorna dan staf yang lain.

384
00:22:43,820 --> 00:22:45,447
Tapi bukan En. Haller?

385
00:22:46,198 --> 00:22:48,283
Saya tak berapa kenal dia.

386
00:22:48,367 --> 00:22:50,994
Dia pernah berminat dengan awak?
Cuba jadi mentor awak?

387
00:22:51,078 --> 00:22:54,373
Tak, dia sentiasa sibuk.

388
00:22:54,456 --> 00:22:57,667
Kadangkala dia lupa nama saya.
Sebenarnya, selalunya.

389
00:22:59,544 --> 00:23:02,672
Tentu awak marah. Betul?

390
00:23:03,423 --> 00:23:05,384
Awak berlatih di firma guaman

391
00:23:05,467 --> 00:23:07,844
untuk belajar daripada peguam hebat,
bukan diabaikan.

392
00:23:07,928 --> 00:23:09,805
Bantahan. Kaitan?

393
00:23:09,888 --> 00:23:12,391
Ditolak, tapi ringkaskannya,
Cik McPherson.

394
00:23:12,474 --> 00:23:16,228
Baiklah. Cik Westfeldt,
apakah status pekerjaan awak sekarang?

395
00:23:16,311 --> 00:23:20,732
Saya baru lulus ujian guaman.
Saya sedang pertimbangkan pilihan saya.

396
00:23:20,816 --> 00:23:22,192
Jadi, awak menganggur.

397
00:23:22,275 --> 00:23:25,654
Adakah latihan amali dengan En. Haller
membantu mencari kerja?

398
00:23:26,238 --> 00:23:30,283
Tak, dia dibicarakan kerana membunuh.
Jadi, dia tak sesuai sebagai rujukan.

399
00:23:30,367 --> 00:23:33,286
Awak kata awak tinggalkan
firma En. Haller tak lama dulu.

400
00:23:33,370 --> 00:23:36,498
Awak kata awak pilih untuk pergi,

401
00:23:36,581 --> 00:23:41,086
tapi beritahu kami, Cik Westfeldt,
adakah pemergian awak secara sukarela?

402
00:23:41,169 --> 00:23:45,424
Mereka ada masalah kewangan, jadi…

403
00:23:45,507 --> 00:23:47,759
Pokoknya, awak dipecat. Betul?

404
00:23:51,721 --> 00:23:54,266
- Ya.
- Memandangkan dia memberhentikan awak

405
00:23:54,349 --> 00:23:56,768
dan tak membantu
dalam prospek kerja masa depan awak,

406
00:23:56,852 --> 00:23:59,813
betulkah awak berdendam dengan En. Haller?

407
00:23:59,896 --> 00:24:01,022
Tak, bukan begitu.

408
00:24:01,106 --> 00:24:03,775
Malah, awak salah faham
tentang kiasan biasa

409
00:24:03,859 --> 00:24:05,694
kerana awak yang marah kepada dia.

410
00:24:05,777 --> 00:24:07,320
Tidak. Saya takkan…

411
00:24:07,404 --> 00:24:09,781
Awak beri keterangan hari ini
sebagai tindakan balas?

412
00:24:09,865 --> 00:24:11,658
Bantahan.

413
00:24:16,079 --> 00:24:17,497
Saya tarik balik soalan itu.

414
00:24:18,707 --> 00:24:21,251
Semoga berjaya mencari kerja,
Cik Westfeldt.

415
00:24:21,835 --> 00:24:22,669
Tiada soalan lagi.

416
00:24:42,272 --> 00:24:43,899
Harapnya usaha saya cukup hari ini.

417
00:24:43,982 --> 00:24:47,611
Biar betul? Awak pasti
awak tak mahu jadi peguam bela?

418
00:24:49,529 --> 00:24:52,240
Saya masih tak percaya
Berg tak letak Drucker dulu.

419
00:24:52,991 --> 00:24:55,076
Saya rasa mula lewat buat dia gelabah.

420
00:24:55,160 --> 00:24:58,371
Mustahil Dana buat silap tentang itu.
Mesti dia yang rancang.

421
00:24:58,997 --> 00:25:00,874
Awak rasa ada sebab dia simpan Drucker?

422
00:25:02,334 --> 00:25:04,419
Kenapa? Awak risau
dia ada kejutan Oktober?

423
00:25:04,503 --> 00:25:06,213
Itu saja yang masuk akal.

424
00:25:06,755 --> 00:25:09,466
Kalau tentang motif keuntungan kewangan,

425
00:25:09,549 --> 00:25:12,177
kita boleh lawan
semasa periksa balas. Ia lemah.

426
00:25:12,260 --> 00:25:13,470
Dana tahu.

427
00:25:13,553 --> 00:25:14,930
Sebab itu saya risau.

428
00:25:16,056 --> 00:25:19,017
Ada lagi apa-apa maklumat
yang saya patut tahu?

429
00:25:19,518 --> 00:25:21,728
Bekas pekerja yang tak puas hati,

430
00:25:21,811 --> 00:25:23,438
klien yang awak ugut?

431
00:25:23,522 --> 00:25:26,441
Hari itu teruk di mahkamah.
Saya lepaskan kemarahan kepada Sam.

432
00:25:26,525 --> 00:25:28,693
Saya tak biasa ugut klien.

433
00:25:28,777 --> 00:25:31,154
Awak perlu akui,
kadangkala awak panas baran.

434
00:25:31,238 --> 00:25:35,200
Ya. Ia bukan kualiti terbaik saya,
tapi tak bermakna saya pembunuh.

435
00:25:35,951 --> 00:25:38,662
Kita cuma perlu pastikan juri nampak.

436
00:25:40,539 --> 00:25:43,833
Kalaulah orang menilai awak
untuk cita rasa makanan awak.

437
00:25:43,917 --> 00:25:45,585
Di mana awak jumpa tempat ini?

438
00:25:45,669 --> 00:25:48,672
Kalau kita bekerja di dalam kereta,
kita makan di seluruh bandar.

439
00:25:48,755 --> 00:25:51,424
Ayam jerk ini sedap sungguh.

440
00:25:51,508 --> 00:25:54,177
Ya, boleh saya makan sedikit
sebelum awak makan semuanya?

441
00:25:57,556 --> 00:25:59,849
Awak boleh makan satu saja.

442
00:26:00,934 --> 00:26:02,686
Bahagian kecil yang ini saja.

443
00:26:02,769 --> 00:26:03,728
Awak memang kedekut.

444
00:26:05,814 --> 00:26:06,731
Itu saja.

445
00:26:08,441 --> 00:26:09,568
Terima kasih.

446
00:26:09,651 --> 00:26:11,653
Saya tak minat makanan
macam awak dan Hayley,

447
00:26:11,736 --> 00:26:14,531
tapi saya rindu tempat-tempat
yang kita pernah pergi.

448
00:26:15,865 --> 00:26:19,244
Awak rindu makanan atau saya?

449
00:26:24,082 --> 00:26:27,043
Saya andaikan Hayley
hantar gambar makanan dari Mexico.

450
00:26:27,127 --> 00:26:30,380
Mak saya manjakan dia.
Dia mungkin tak nak balik.

451
00:26:30,463 --> 00:26:31,506
Dia nak.

452
00:26:32,173 --> 00:26:34,509
Dia nak tengok awak
harungi mimpi ngeri ini.

453
00:26:38,471 --> 00:26:41,308
Saya tak tahu
apa nak buat tanpa awak, Mag.

454
00:26:43,893 --> 00:26:45,979
Entah macam mana
nak ucap terima kasih lagi.

455
00:27:01,244 --> 00:27:02,954
Awak patut jawab.

456
00:27:05,957 --> 00:27:07,000
Ya.

457
00:27:11,004 --> 00:27:12,964
Hei, walaupun Dana ada rancangan,

458
00:27:13,048 --> 00:27:15,592
saya masih rasa
dia akan tamatkan hujah esok.

459
00:27:16,217 --> 00:27:18,219
Masa untuk sepina Alex Gazarian.

460
00:27:18,303 --> 00:27:19,888
Ya, saya akan mesej Cisco.

461
00:27:19,971 --> 00:27:20,889
Okey.

462
00:27:50,335 --> 00:27:52,379
HOTEL CLEO

463
00:28:13,692 --> 00:28:15,276
Servis bilik.

464
00:28:20,031 --> 00:28:21,533
Saya rasa mereka dah pergi, tuan.

465
00:29:00,905 --> 00:29:02,115
Okey. Dah selamat.

466
00:29:33,229 --> 00:29:34,606
Tak guna…

467
00:29:35,482 --> 00:29:38,860
Berapa lama awak bekerja
dalam homisid rompakan, detektif?

468
00:29:38,943 --> 00:29:40,653
Empat belas tahun.

469
00:29:40,737 --> 00:29:43,615
Empat belas tahun. Lama.

470
00:29:44,532 --> 00:29:47,535
Berapa banyak pembunuhan
awak sudah siasat pada masa itu?

471
00:29:47,619 --> 00:29:48,578
Terlalu banyak.

472
00:29:49,162 --> 00:29:50,246
Hampir 100.

473
00:29:50,330 --> 00:29:54,793
Berdasarkan pengalaman luas awak,
pernahkah awak ada kes di mana pembunuh

474
00:29:54,876 --> 00:29:57,378
cuba guna kenderaan mereka
untuk buang mayat?

475
00:29:57,462 --> 00:29:59,380
Bantahan. Kaitan.

476
00:29:59,464 --> 00:30:03,301
Ia menyokong mengapa polis
fokus kepada defendan, Yang Arif.

477
00:30:03,384 --> 00:30:04,219
Ditolak.

478
00:30:04,886 --> 00:30:06,054
Detektif?

479
00:30:06,137 --> 00:30:08,014
Ya, ada. Beberapa kali.

480
00:30:08,097 --> 00:30:11,643
Itu perkara biasa,
terutamanya jika pembunuhan itu dirancang.

481
00:30:11,726 --> 00:30:13,102
Kenapa pula itu penting?

482
00:30:13,186 --> 00:30:16,815
Dalam jenayah keghairahan,
pembunuh tak fikir masak-masak.

483
00:30:16,898 --> 00:30:20,485
Tapi kalau ada orang nak bunuh orang,
contohnya demi duit,

484
00:30:20,568 --> 00:30:23,988
biasanya mereka cuba cari jalan
untuk tutup jejak mereka.

485
00:30:25,323 --> 00:30:26,991
Mari bincang tentang itu.

486
00:30:27,075 --> 00:30:29,953
Awak sebut duit sebagai motif.

487
00:30:30,036 --> 00:30:31,996
Pernahkah awak mengesyaki

488
00:30:32,080 --> 00:30:34,582
bahawa mungkin duit itu
motif pembunuhan ini?

489
00:30:34,666 --> 00:30:36,793
Ya, itu satu teori yang kami kaji.

490
00:30:36,876 --> 00:30:38,795
Kami ada keterangan saksi

491
00:30:38,878 --> 00:30:42,465
yang ada masalah dengan defendan
tentang bil tertunggak.

492
00:30:42,549 --> 00:30:44,050
Awak siasat hal ini?

493
00:30:44,133 --> 00:30:48,847
Ya. Sebagai permulaan,
kami geledah rumah dan pejabat En. Haller,

494
00:30:48,930 --> 00:30:53,852
serta pusat simpanannya,
tempat dia simpan fail lamanya.

495
00:30:53,935 --> 00:30:55,061
Apa yang awak temukan?

496
00:30:55,144 --> 00:30:59,732
Seperti yang dijangka, kami temukan
bil yang menunjukkan $200,000,

497
00:30:59,816 --> 00:31:04,195
bayaran guaman tertunggak daripada mangsa,
bersama salinan cek yang ditolak

498
00:31:04,279 --> 00:31:08,074
menunjukkan bahawa mangsa
cuba mengelak bayaran.

499
00:31:08,157 --> 00:31:12,620
Kami juga temukan surat ugutan
jika bil itu tidak dibayar segera.

500
00:31:12,704 --> 00:31:14,831
Bukti 5 Rakyat, Yang Arif.

501
00:31:15,665 --> 00:31:19,002
Detektif, boleh awak baca
bahagian yang ditandakan?

502
00:31:19,085 --> 00:31:20,003
Boleh.

503
00:31:21,504 --> 00:31:23,506
"Sewaktu saya mewakili awak,

504
00:31:23,590 --> 00:31:27,260
saya tahu awak ada dana yang sah
untuk bayar yuran peguam awak,

505
00:31:27,343 --> 00:31:31,097
dan saya harap dapat dibayar
dengan dana itu serta-merta."

506
00:31:31,180 --> 00:31:34,726
"Jika tidak, saya tiada pilihan
selain mengambil tindakan lebih serius

507
00:31:34,809 --> 00:31:37,312
menggunakan apa-apa sahaja cara."

508
00:31:37,395 --> 00:31:39,647
"Ini amaran terakhir awak."

509
00:31:40,148 --> 00:31:44,319
Tiada tandatangan,
tapi nama defendan ada di bawah.

510
00:31:44,986 --> 00:31:46,905
Apakah kesimpulan awak?

511
00:31:46,988 --> 00:31:51,117
En. Haller percaya
bahawa En. Scales ada simpanan wang

512
00:31:51,200 --> 00:31:52,452
dan dia mahukannya.

513
00:31:52,535 --> 00:31:54,704
Kami juga periksa rekod mahkamah

514
00:31:54,787 --> 00:31:59,334
dan mendapati En. Haller
telah memfailkan penghakiman sivil

515
00:31:59,417 --> 00:32:02,211
dan lien peguam terhadap En. Scales.

516
00:32:02,295 --> 00:32:06,382
Jadi, dia juga cuba memfailkan penghakiman
memaksa En. Scales bayar?

517
00:32:06,466 --> 00:32:07,425
Lebih daripada itu.

518
00:32:08,009 --> 00:32:10,720
Lien itu juga dikenakan
terhadap harta En. Scales.

519
00:32:10,803 --> 00:32:12,347
Hartanya?

520
00:32:12,430 --> 00:32:13,389
Ya.

521
00:32:13,473 --> 00:32:17,143
Maksudnya, jika En. Scales mati,

522
00:32:17,226 --> 00:32:20,688
apa-apa saja duit
yang dia enggan bayar sebelum ini,

523
00:32:20,772 --> 00:32:23,691
defendan boleh kutip apabila dia mati.

524
00:32:42,961 --> 00:32:44,087
Saya sibuk, sayang.

525
00:32:44,170 --> 00:32:47,465
- Tolonglah cakap awak sepina Gazarian.
- Saya ada sedikit masalah.

526
00:32:48,841 --> 00:32:50,969
Tapi saya boleh selesaikannya.

527
00:32:51,052 --> 00:32:53,680
Awak ke sana untuk memantau mereka.

528
00:32:53,763 --> 00:32:56,933
Tentu mereka tahu itu
sebab mereka tinggalkan Mercedes

529
00:32:57,016 --> 00:32:59,352
- dan pergi dengan kereta sewa.
- Ke mana?

530
00:33:00,687 --> 00:33:03,064
Saya rasa mereka cuba pergi ke Mexico.

531
00:33:03,147 --> 00:33:05,274
Apa? Cisco, dia tak boleh rentas sempadan.

532
00:33:05,358 --> 00:33:09,153
Ia takkan berlaku, saya janji.
Saya akan halang dia.

533
00:33:09,237 --> 00:33:11,489
Okey. Saya ada pendengaran kes,

534
00:33:11,572 --> 00:33:14,826
tapi Aisberg makin membesar-besarkan
permainan duit ini.

535
00:33:14,909 --> 00:33:17,662
- Kita perlukan lelaki ini.
- Okey, pergi dulu.

536
00:33:21,457 --> 00:33:24,127
Terima kasih, detektif.
Tiada soalan lagi, Yang Arif.

537
00:33:24,627 --> 00:33:25,837
Pemeriksaan balas?

538
00:33:26,337 --> 00:33:28,673
Tak. Saya boleh soal dia
tentang penggeledahan fail.

539
00:33:28,756 --> 00:33:30,717
- Saya ada di sana.
- Okey, gunakan fakta.

540
00:33:30,800 --> 00:33:32,301
Jangan sampai terjerat.

541
00:33:32,385 --> 00:33:34,804
Ya. Terima kasih, Yang Arif.

542
00:33:34,887 --> 00:33:37,015
Detektif, surat daripada pejabat saya

543
00:33:37,098 --> 00:33:39,350
kepada En. Scales
yang meminta bayaran ini,

544
00:33:39,434 --> 00:33:41,519
awak kata
saya tak pernah tandatangan. Betul?

545
00:33:41,602 --> 00:33:44,814
Betul. Nampaknya, ia ditulis
oleh pengurus pejabat awak.

546
00:33:44,897 --> 00:33:48,860
Adakah dia juga tulis pemfailan mahkamah
untuk penghakiman dan lien itu?

547
00:33:49,652 --> 00:33:50,862
Saya tak pasti.

548
00:33:50,945 --> 00:33:52,864
Tapi awak tiada bukti saya tahu semua ini.

549
00:33:52,947 --> 00:33:55,908
Selain hakikat yang kami temukan
surat itu dalam fail awak, tidak.

550
00:33:55,992 --> 00:33:59,078
Awak tiada bukti yang surat itu
pernah dihantar kepada En. Scales.

551
00:33:59,162 --> 00:34:02,040
- Betul?
- Ya, betul.

552
00:34:02,123 --> 00:34:04,292
Ia surat biasa meminta bayaran.

553
00:34:04,375 --> 00:34:07,211
Bantahan. Di luar skop pengetahuan saksi.

554
00:34:07,295 --> 00:34:10,256
Surat itu sendiri cukup jelas,
En. Haller. Diterima.

555
00:34:10,840 --> 00:34:13,176
Okey, mari bincangkan
cara awak jumpa surat ini.

556
00:34:13,259 --> 00:34:15,178
Bagaimana awak akses pusat simpanan saya?

557
00:34:15,261 --> 00:34:17,305
Seperti yang saya kata, kami ada waran.

558
00:34:17,388 --> 00:34:19,390
Ya, tapi bagaimana awak sampai ke sana?

559
00:34:21,184 --> 00:34:22,769
Saya tak faham, tuan.

560
00:34:22,852 --> 00:34:26,105
Bukankah saya bawa awak ke sana?
Saya tawarkan diri untuk iringi awak,

561
00:34:26,189 --> 00:34:29,817
walaupun saya tiada tanggungjawab
untuk bantu awak. Betul?

562
00:34:29,901 --> 00:34:31,527
Ya, kami ikut awak ke sana.

563
00:34:31,611 --> 00:34:34,238
Lebih daripada itu, detektif.
Awak tak ingat?

564
00:34:34,322 --> 00:34:39,077
Saya hentikan kereta saya dan tunggu awak
di lampu merah supaya awak tak sesat.

565
00:34:39,160 --> 00:34:43,206
Ya, awak menemani kami
mencari pusat simpanan awak.

566
00:34:44,332 --> 00:34:46,959
Bagaimana awak akses unit saya?
Sebab ia dikunci.

567
00:34:47,043 --> 00:34:49,670
Rakan awak jumpa kami di sana
dengan kunci dan membukanya.

568
00:34:49,754 --> 00:34:53,841
Kemudian, dia bawa awak ke kabinet fail
dan membukanya juga, bukan?

569
00:34:54,801 --> 00:34:55,635
Ya.

570
00:34:55,718 --> 00:34:58,054
Bunyinya macam saya
dan staf saya bekerjasama

571
00:34:58,137 --> 00:35:00,014
dengan pencarian awak. Setuju?

572
00:35:00,598 --> 00:35:01,974
Awak tak menghalang kami.

573
00:35:02,058 --> 00:35:03,810
Sebab kami tak sembunyikan apa-apa.

574
00:35:03,893 --> 00:35:06,562
Bantahan. Peguam memberi keterangan.

575
00:35:06,646 --> 00:35:07,897
Maaf, Yang Arif.

576
00:35:07,980 --> 00:35:09,941
Pertama kali terpaksa mewakili diri saya.

577
00:35:10,024 --> 00:35:13,236
Saya tarik balik kenyataan.
Beritahu saya sesuatu, detektif.

578
00:35:13,820 --> 00:35:16,072
Berdasarkan pengalaman luas awak,

579
00:35:16,739 --> 00:35:19,200
pelikkah bagi seorang peguam
untuk failkan penghakiman

580
00:35:19,283 --> 00:35:21,828
atau dapatkan lien
untuk kutip bayaran guaman tertunggak?

581
00:35:21,911 --> 00:35:23,538
- Saya tak tahu.
- Tidak?

582
00:35:23,621 --> 00:35:25,706
Sama seperti tindakan
pemilik perniagaan lain,

583
00:35:25,790 --> 00:35:28,292
seperti lien mekanik.
Awak tak buat kajian?

584
00:35:29,377 --> 00:35:30,211
Tidak.

585
00:35:31,087 --> 00:35:34,465
- Awak rasa ia luar biasa?
- Bantahan. Spekulasi.

586
00:35:34,549 --> 00:35:35,842
Maaf sekali lagi, Yang Arif.

587
00:35:35,925 --> 00:35:38,469
Saya cuma nak faham motif ini.

588
00:35:38,553 --> 00:35:40,847
Semasa awak menggeledah
fail saya, detektif,

589
00:35:40,930 --> 00:35:42,890
adakah awak cari penyata cukai saya

590
00:35:42,974 --> 00:35:46,269
untuk lihat jika saya nyatakan
bil tertunggak itu sebagai kerugian?

591
00:35:46,352 --> 00:35:48,020
Tak, saya tak ambil penyata cukai.

592
00:35:48,104 --> 00:35:48,938
Tak ambil?

593
00:35:49,438 --> 00:35:51,691
Jadi, awak habiskan masa berjam-jam

594
00:35:51,774 --> 00:35:54,735
menggeledah rumah saya,
pejabat saya, pusat simpanan saya?

595
00:35:54,819 --> 00:35:58,447
Awak semak rekod mahkamah
dan apa-apa saja yang awak boleh fikirkan,

596
00:35:58,531 --> 00:36:01,909
dan akhirnya, awak cuma temukan
surat yang saya tak tandatangan

597
00:36:01,993 --> 00:36:04,704
dan penghakiman yang mana-mana
pemilik perniagaan akan buat?

598
00:36:05,788 --> 00:36:06,622
Tidak.

599
00:36:08,833 --> 00:36:10,835
Bukan itu saja yang kami jumpa.

600
00:36:13,588 --> 00:36:16,924
Itu saja yang awak bentangkan, detektif.

601
00:36:17,008 --> 00:36:21,220
Tiada soalan lagi, tapi kami berhak
memanggil saksi ini semula nanti.

602
00:36:21,721 --> 00:36:22,930
Soalan susulan, Yang Arif.

603
00:36:27,143 --> 00:36:28,936
Jadi, detektif,

604
00:36:29,020 --> 00:36:32,815
awak baru sebut yang awak temukan
sesuatu dalam pencarian awak.

605
00:36:32,899 --> 00:36:34,400
Boleh cakap tentang itu?

606
00:36:34,483 --> 00:36:37,778
Ya. Kami tak hadkan pencarian
dalam fail kertas sahaja.

607
00:36:37,862 --> 00:36:39,614
Dalam pelayan e-mel defendan,

608
00:36:39,697 --> 00:36:42,575
kami temukan e-mel
daripada badan amal palsu

609
00:36:42,658 --> 00:36:44,327
yang ditubuhkan oleh En. Scales.

610
00:36:44,410 --> 00:36:45,453
E-mel?

611
00:36:45,536 --> 00:36:46,537
Ya.

612
00:36:46,621 --> 00:36:50,499
Nampaknya En. Scales
adakan kutipan dana palsu

613
00:36:50,583 --> 00:36:52,793
untuk bantu pendatang dari Amerika Latin.

614
00:36:52,877 --> 00:36:55,504
Dia mahir buat penipuan begitu, tapi…

615
00:36:55,588 --> 00:36:56,839
Bantahan, Yang Arif.

616
00:36:56,923 --> 00:36:59,884
Kami belum terima salinan e-mel sebegitu.

617
00:36:59,967 --> 00:37:02,720
Sebabnya analisis komputer defendan

618
00:37:02,803 --> 00:37:04,180
baru saja selesai.

619
00:37:04,263 --> 00:37:07,725
Sebab itu kami tak kemukakan bukti
dalam pemeriksaan terus,

620
00:37:07,808 --> 00:37:11,145
tapi soalan defendan jelas membuka pintu,

621
00:37:11,229 --> 00:37:15,608
dan saya ada salinan e-mel
untuk peguam bela.

622
00:37:17,610 --> 00:37:18,819
Saya akan benarkan.

623
00:37:20,321 --> 00:37:22,949
Tapi saya akan tafsirkannya secara ketat,
Cik Berg.

624
00:37:23,032 --> 00:37:24,700
Baiklah, Yang Arif.

625
00:37:24,784 --> 00:37:26,953
Saya tak pernah tengok ini.

626
00:37:27,036 --> 00:37:30,414
Detektif, e-mel yang awak jumpa ini,

627
00:37:30,498 --> 00:37:32,583
kenapa ia nampak penting?

628
00:37:33,584 --> 00:37:36,879
E-mel ini dihantar
kepada senarai mel badan amal yang sah

629
00:37:36,963 --> 00:37:38,881
dipanggil Fuertes Unidos.

630
00:37:38,965 --> 00:37:41,425
Mereka menyediakan
bantuan guaman untuk pekerja asing.

631
00:37:41,509 --> 00:37:45,513
Malah, En. Haller pernah dermakan masanya
kepada organisasi ini pada masa lalu.

632
00:37:45,596 --> 00:37:49,225
Adakah En. Scales
gunakan nama organisasi ini

633
00:37:49,308 --> 00:37:52,019
agar orang hantar wang kepadanya?

634
00:37:52,103 --> 00:37:53,229
Lebih teruk.

635
00:37:53,312 --> 00:37:56,232
Dia gunakan nama defendan
dan persamaannya juga.

636
00:37:57,692 --> 00:38:01,320
Maksud awak,
dia buat ia nampak seolah-olah En. Haller

637
00:38:01,404 --> 00:38:04,073
menyokong rayuan kutipan dana palsu ini?

638
00:38:04,156 --> 00:38:05,491
Betul.

639
00:38:05,574 --> 00:38:08,619
Jelas sekali
ia boleh membahayakan reputasi defendan

640
00:38:08,703 --> 00:38:10,746
atau kemungkinan liabiliti.

641
00:38:10,830 --> 00:38:12,164
Nampak jelas bagi saya

642
00:38:12,248 --> 00:38:16,043
jika defendan tahu tentang ini,
dia akan marah, kemudian…

643
00:38:16,127 --> 00:38:18,546
Bantahan! Spekulasi!

644
00:38:18,629 --> 00:38:19,505
Diterima.

645
00:38:19,588 --> 00:38:23,634
Saksi hanya akan beri keterangan
tentang fakta dalam bahan bukti. Faham?

646
00:38:23,718 --> 00:38:25,094
Ya, Yang Arif.

647
00:38:25,177 --> 00:38:26,846
Izinkan saya ulang.

648
00:38:26,929 --> 00:38:30,433
Detektif, adakah awak temukan
sebarang bukti

649
00:38:30,516 --> 00:38:32,893
yang defendan tahu tentang e-mel ini?

650
00:38:32,977 --> 00:38:37,481
Seperti yang saya kata, e-mel itu sendiri
ada dalam pelayan defendan.

651
00:38:37,565 --> 00:38:41,027
Dia sebahagian daripada senarai mel.
Ia ada dalam fail sampahnya,

652
00:38:41,110 --> 00:38:44,447
tapi kami tak tahu
jika ia dihantar terus ke sana

653
00:38:44,530 --> 00:38:47,950
atau jika dia membacanya
dan pindahkannya sendiri ke sana.

654
00:38:48,034 --> 00:38:52,538
Detektif, awak beri keterangan
tentang kemungkinan motif kewangan

655
00:38:52,621 --> 00:38:56,167
untuk pembunuhan ini.
Adakah e-mel ini menyokong motif itu?

656
00:38:56,792 --> 00:39:00,338
Mustahil untuk kata,
tapi berdasarkan pengalaman saya,

657
00:39:01,756 --> 00:39:04,467
pembunuhan boleh ada pelbagai motif.

658
00:39:04,550 --> 00:39:06,719
Bayangkan seorang lelaki benci isterinya,

659
00:39:06,802 --> 00:39:10,598
dan dia penerima insurans nyawa
jika dia mati.

660
00:39:10,681 --> 00:39:13,225
Orang selalu membunuh
atas lebih daripada satu sebab.

661
00:39:47,802 --> 00:39:49,387
Awak nampak penembak itu?

662
00:39:49,970 --> 00:39:52,515
Ya, sekejap
sebelum saya lari ke bilik stor.

663
00:39:52,598 --> 00:39:54,892
- Apa yang berlaku?
- Saya dengar bunyi tembakan.

664
00:39:54,975 --> 00:39:56,769
Mungkin dia tembak kamera keselamatan.

665
00:39:56,852 --> 00:39:58,604
Dia jerit, "Beri saya semua duit itu."

666
00:39:58,687 --> 00:40:02,942
Saya rasa Gary tembak balik.
Kemudian, bunyinya macam pistol tersekat.

667
00:40:03,609 --> 00:40:06,112
Kemudian, ada satu lagi tembakan.
Itu saja.

668
00:40:06,195 --> 00:40:08,572
- Adakah penembak lari selepas itu?
- Ya.

669
00:40:09,156 --> 00:40:11,325
Saya lari keluar.
Saya nampak Gary terbaring.

670
00:40:13,119 --> 00:40:15,663
Dia berlumuran darah.
Saya terus hubungi 999.

671
00:40:15,746 --> 00:40:17,665
Saya nak fahamkan, En. Harrison.

672
00:40:17,748 --> 00:40:20,459
Awak pasti bahawa lelaki berpistol itu

673
00:40:20,543 --> 00:40:22,086
ialah Carter Gates?

674
00:40:25,923 --> 00:40:28,092
Dia orangnya. Ya.

675
00:40:30,094 --> 00:40:32,138
Terima kasih. Tiada soalan lagi.

676
00:40:32,847 --> 00:40:33,973
Cik Crane.

677
00:40:34,056 --> 00:40:35,683
Terima kasih, Yang Arif.

678
00:40:38,936 --> 00:40:43,607
Okey. Saya nak pastikan
saya faham, En. Harrison.

679
00:40:43,691 --> 00:40:45,568
Carter dan Gary bergaduh besar.

680
00:40:45,651 --> 00:40:47,153
- Betul?
- Ya.

681
00:40:47,236 --> 00:40:50,030
Kemudian, Carter pergi.
Beberapa minit kemudian,

682
00:40:50,114 --> 00:40:52,491
dia kembali ke kedainya sendiri

683
00:40:52,575 --> 00:40:54,368
dengan topeng dan pistol

684
00:40:54,452 --> 00:40:57,455
dan minta duitnya sendiri.

685
00:40:58,581 --> 00:41:00,082
Agak pelik, bukan?

686
00:41:00,166 --> 00:41:02,877
Saya rasa dia mahu
ia nampak seperti rompakan.

687
00:41:02,960 --> 00:41:06,547
- Sebab itu dia tembak kamera keselamatan.
- Awak pasti itu Carter?

688
00:41:07,673 --> 00:41:10,009
- Ya. Saya agak pasti.
- Agak pasti?

689
00:41:10,092 --> 00:41:12,219
Saya pasti.
Saya tahu apa yang saya nampak.

690
00:41:12,303 --> 00:41:15,306
Walaupun kepala dia berstoking hitam

691
00:41:15,389 --> 00:41:17,725
dan awak mengaku
awak cuma nampak dia sekejap?

692
00:41:17,808 --> 00:41:20,603
Saya tahu apa yang saya dengar.
Itu suara dia.

693
00:41:21,812 --> 00:41:26,108
En. Harrison, awak tahu
apa itu bias pengesahan?

694
00:41:28,235 --> 00:41:30,529
- Tidak.
- Maksudnya, kadangkala

695
00:41:30,613 --> 00:41:32,198
apa yang kita jangka akan berlaku

696
00:41:32,281 --> 00:41:35,784
mempengaruhi tanggapan kita
tentang apa yang berlaku. Dalam kes ini,

697
00:41:35,868 --> 00:41:39,955
mungkin apa yang awak rasa awak dengar
cuma apa yang awak jangka akan dengar.

698
00:41:40,039 --> 00:41:41,582
Bantahan. Di luar skop.

699
00:41:41,665 --> 00:41:44,919
Saya cuma tanya saksi
tentang tanggapannya sendiri, Yang Arif.

700
00:41:46,337 --> 00:41:48,923
Ditolak. Saksi boleh jawab.

701
00:41:49,423 --> 00:41:51,509
Hati-hati, Cik Crane.

702
00:41:53,302 --> 00:41:54,553
Saya tak faham.

703
00:41:54,637 --> 00:41:58,265
Gary dan Carter bergaduh besar.
Awak risau ia akan jadi ganas.

704
00:41:58,349 --> 00:42:02,520
Apabila seseorang kembali dengan pistol,
awak anggap itu Carter.

705
00:42:02,603 --> 00:42:06,065
- Tidak. Bukan itu yang saya nampak.
- Awak tak pernah nampak muka penembak.

706
00:42:06,148 --> 00:42:08,734
Awak tahu jika dia pakai
pakaian yang sama dengan Carter?

707
00:42:08,817 --> 00:42:10,945
Saya tak tahu apa yang Carter pakai,
tapi saya…

708
00:42:11,028 --> 00:42:13,822
Sebab awak di bilik stor
ketika mereka bergaduh.

709
00:42:14,782 --> 00:42:16,033
Tapi itu suara dia.

710
00:42:16,116 --> 00:42:18,661
Awak tahu Carter ada rekod jenayah?

711
00:42:19,161 --> 00:42:22,164
Dia pernah sebut. Dia tak rahsiakannya.

712
00:42:22,248 --> 00:42:23,290
Awak takut?

713
00:42:23,374 --> 00:42:26,669
Entah. Saya cuma fikir
latar belakang dia tak baik.

714
00:42:26,752 --> 00:42:30,297
Sampai awak sangka
dia mampu lakukan keganasan?

715
00:42:30,381 --> 00:42:31,215
Maksud saya…

716
00:42:31,298 --> 00:42:34,760
Awak tahu dia ada rekod.
Awak tahu dia sangat marah.

717
00:42:34,843 --> 00:42:36,303
Awak takut dengan keganasan.

718
00:42:36,387 --> 00:42:39,723
Tak mustahil awak fikirkan semua itu

719
00:42:39,807 --> 00:42:42,351
dan awak andaikan, "Carter bersenjata."

720
00:42:42,434 --> 00:42:43,894
- Saya tak tahu.
- Awak tak tahu?

721
00:42:43,978 --> 00:42:47,481
Saya tak tahu. Maksud saya, ya.
Semuanya tak mustahil, bukan?

722
00:42:48,274 --> 00:42:49,441
Betul.

723
00:42:49,525 --> 00:42:50,943
Terima kasih, En. Harrison.

724
00:44:12,858 --> 00:44:15,694
- Jumpa di bawah?
- Ya, sekejap lagi.

725
00:44:51,063 --> 00:44:52,314
Alex Gazarian.

726
00:44:57,611 --> 00:44:58,862
Tak perlu ganas sangat.

727
00:45:00,114 --> 00:45:01,907
Awak buat saya takut.

728
00:45:04,785 --> 00:45:05,786
Siapa…

729
00:45:06,954 --> 00:45:08,122
Saya kenal awak.

730
00:45:08,205 --> 00:45:09,832
Ya, kita pernah bertemu.

731
00:45:10,666 --> 00:45:13,293
Nah, awak disepina.

732
00:45:15,045 --> 00:45:17,131
Tak boleh lari daripada saya selamanya.

733
00:45:18,549 --> 00:45:20,801
Awak fikir saya peduli tentang sepina?

734
00:45:25,597 --> 00:45:27,307
Nasib baik tak mati terkejut.

735
00:45:53,542 --> 00:45:54,460
Terima kasih.

736
00:45:55,419 --> 00:45:58,672
Hei, saya baru nak telefon awak.
Saya rasa kita dah ada peluang.

737
00:45:58,756 --> 00:46:00,507
- Peluang apa?
- Dalam kes Mickey.

738
00:46:00,591 --> 00:46:05,179
Ingat ahli sains yang saya cuba cari itu?
Pakar EPA dalam artikel LA Times?

739
00:46:05,679 --> 00:46:07,139
Saya cakap dengan dia semalam.

740
00:46:07,222 --> 00:46:08,182
Dia telefon semula

741
00:46:08,265 --> 00:46:11,226
dan kata dia sanggup beri keterangan
tentang penipuan Biogreen.

742
00:46:11,727 --> 00:46:13,061
Itu berita baik.

743
00:46:13,771 --> 00:46:14,646
Kenapa?

744
00:46:15,230 --> 00:46:17,608
Awak dapat cabar testimoni Rashad?

745
00:46:17,691 --> 00:46:21,153
Rasanya ya, tapi tak cukup.
Awak nampak apa yang terjadi.

746
00:46:21,236 --> 00:46:24,490
Pengawal keselamatan kata mangsa
namakan klien saya sebelum dia mati.

747
00:46:25,574 --> 00:46:26,492
Saya bersimpati, L.

748
00:46:28,368 --> 00:46:30,078
Carter agak malang.

749
00:46:30,162 --> 00:46:32,790
Si mati hidup cukup lama
untuk namakan dia?

750
00:46:33,373 --> 00:46:34,792
Apakah kemungkinannya?

751
00:46:42,716 --> 00:46:43,842
Betul juga.

752
00:46:45,135 --> 00:46:46,720
Apakah kemungkinannya?

753
00:46:47,471 --> 00:46:48,305
Dalam…

754
00:46:49,681 --> 00:46:51,683
Saya rasa kita ada peluang.

755
00:46:52,559 --> 00:46:54,353
Ya, saya baru cakap.

756
00:46:56,939 --> 00:46:59,358
Hei, ini Lorna.

757
00:46:59,858 --> 00:47:02,194
Ya. Gembira mendengar suara awak juga.

758
00:47:02,277 --> 00:47:05,531
Saya nak tahu
jika awak boleh cari sesuatu untuk saya.

759
00:47:05,614 --> 00:47:07,449
Saya janji, sekejap saja.

760
00:47:15,207 --> 00:47:17,960
Sekurang-kurangnya
kita tahu kejutan Oktobernya.

761
00:47:18,043 --> 00:47:20,420
Mengarut betul. Juri juga percaya.

762
00:47:20,504 --> 00:47:21,630
Bukan salah awak.

763
00:47:21,713 --> 00:47:23,257
Tak, ini salah saya.

764
00:47:23,340 --> 00:47:26,385
Dia pasang perangkap
dan saya terus terjerat.

765
00:47:26,468 --> 00:47:28,053
Awak dah ingatkan saya.

766
00:47:28,136 --> 00:47:29,972
Kita tak boleh buat apa-apa sekarang.

767
00:47:30,055 --> 00:47:33,809
Awak berjaya cabar
motif keuntungan kewangan itu.

768
00:47:34,309 --> 00:47:37,479
Tak tahu pula kita boleh tolak
bayaran guaman tertunggak dalam cukai.

769
00:47:37,563 --> 00:47:39,106
Memang tak boleh pun.

770
00:47:39,940 --> 00:47:40,816
Apa?

771
00:47:40,899 --> 00:47:42,860
Awak bekerja untuk kerajaan,
awak tak tahu.

772
00:47:42,943 --> 00:47:46,780
Tapi kalau klien tak bayar,
kita hanya perlu tanggung kerugian.

773
00:47:47,281 --> 00:47:48,323
Saya tak kata boleh.

774
00:47:48,407 --> 00:47:50,993
Saya cuma tanya
jika dia periksa penyata saya.

775
00:47:51,076 --> 00:47:52,119
Awak tipu.

776
00:47:53,161 --> 00:47:55,414
Betul. Selamat datang ke pembelaan.

777
00:48:00,252 --> 00:48:02,546
Sekurang-kurangnya ada berita baik.

778
00:48:02,629 --> 00:48:04,590
MISI TERCAPAI.

779
00:48:05,674 --> 00:48:06,508
Okey.

780
00:48:31,283 --> 00:48:32,868
Okey, bagus.

781
00:48:32,951 --> 00:48:35,454
Beritahu saya nanti keputusannya.

782
00:48:35,537 --> 00:48:36,830
Bai!

783
00:48:39,541 --> 00:48:42,544
- Awak rasa ia akan berhasil?
- Berbaloi cuba, kan?

784
00:48:43,462 --> 00:48:44,463
Ya.

785
00:48:47,090 --> 00:48:50,510
- Hei, sayang. Dah selesai?
- Ya, tapi saya tak pastilah.

786
00:48:50,594 --> 00:48:51,428
Apa?

787
00:48:52,054 --> 00:48:53,931
Ada yang tak kena.

788
00:48:54,473 --> 00:48:56,683
Saya kejar dia di merata-rata tempat.

789
00:48:56,767 --> 00:49:00,395
Bila saya bagi dia sepina,
dia tak peduli pun.

790
00:49:00,479 --> 00:49:03,565
Mungkin dia dah lali
sejak awak sepina dia dulu.

791
00:49:03,649 --> 00:49:06,109
Tak. Dia tak risau pasal kita.

792
00:49:06,610 --> 00:49:09,988
- Macam ada benda lain.
- Bagaimana awak lepas dua pengawal itu?

793
00:49:10,072 --> 00:49:11,073
Itulah yang pelik.

794
00:49:11,156 --> 00:49:14,117
Saya tak nampak mereka berdua selama ini.

795
00:49:14,785 --> 00:49:16,411
Tadi barulah mereka…

796
00:49:18,413 --> 00:49:19,623
Alamak.

797
00:49:19,706 --> 00:49:21,333
Dia tak risau pasal kita.

798
00:49:21,917 --> 00:49:23,710
Dia risau pasal mereka.

799
00:49:36,473 --> 00:49:38,225
Cisco, apa dah jadi?

800
00:49:40,185 --> 00:49:41,561
Kita ada masalah.

801
00:49:48,026 --> 00:49:50,070
BERDASARKAN NOVEL OLEH
MICHAEL CONNELLY

802
00:51:30,128 --> 00:51:33,840
Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi

