1
00:00:06,006 --> 00:00:08,550
Ingatkan
tiada sesiapa dapat cam mayat ini.

2
00:00:09,676 --> 00:00:12,470
Nama dia Gloria Dayton.
Gelaran dia Glory Days.

3
00:00:12,470 --> 00:00:15,348
Awak ada klien baharu.
Namanya Julian La Cosse.

4
00:00:15,348 --> 00:00:16,933
<i>Mereka tahan dia di balai syerif.</i>

5
00:00:16,933 --> 00:00:18,768
- Tuduhannya?
<i>- Pembunuhan.</i>

6
00:00:18,768 --> 00:00:20,895
- Jadi, kes apa ini?
- Glory Days.

7
00:00:20,895 --> 00:00:22,772
- Kenapa dengan dia?
- Dia dah mati.

8
00:00:22,772 --> 00:00:24,941
- Apa?
- Yang ini hal peribadi.

9
00:00:25,525 --> 00:00:28,153
- Legal, awak okey?
- Serangan jantung kecil.

10
00:00:28,153 --> 00:00:31,031
Serangan jantung kecil tak wujud.
Awak buat saya takut.

11
00:00:32,115 --> 00:00:33,950
<i>Mereka tangkap Eddie, pengasuh lama saya.</i>

12
00:00:33,950 --> 00:00:36,244
Mereka kata dia curi kereta
di Beverly Hills.

13
00:00:36,244 --> 00:00:38,246
Kejap. Awak akan ambil kes saya?

14
00:00:38,246 --> 00:00:40,874
Hayley takkan cakap dengan saya
jika tak ambil. Percuma.

15
00:00:40,874 --> 00:00:42,042
Saya bayar hutang.

16
00:00:42,042 --> 00:00:44,044
Awak nak kerja
sebagai pemandu baharu saya?

17
00:00:44,044 --> 00:00:45,128
Biar betul?

18
00:00:45,128 --> 00:00:47,964
Nama saya David Lyons.
Saya bawa bayaran untuk Julian.

19
00:00:47,964 --> 00:00:50,425
Julian bukan penjenayah.
Dia takkan selamat di sana.

20
00:00:50,425 --> 00:00:52,719
- Apa ini?
- Penepian konflik kepentingan.

21
00:00:52,719 --> 00:00:54,262
Maknanya saya ambil kes awak.

22
00:00:54,262 --> 00:00:55,597
Ingat Hector Moya?

23
00:00:55,597 --> 00:00:58,892
{\an8}Si kartel dadah. Awak rasa
dia dapat tahu Gloria yang laporkan?

24
00:00:58,892 --> 00:01:02,395
Saya bukan pembelot.
Mickey, awak pun tahu dia boleh buru saya.

25
00:01:02,395 --> 00:01:05,982
Mari terus siasat.
Glory Days terkait dengan Hector Moya.

26
00:01:05,982 --> 00:01:06,983
Kita akan cari.

27
00:01:22,457 --> 00:01:23,416
HALLER & RAKAN KONGSI

28
00:01:23,416 --> 00:01:24,834
Ular orok-orok? Gila!

29
00:01:24,834 --> 00:01:27,670
- Tak apa, Lorna.
- Apa maksud awak, "Tak apa"?

30
00:01:27,670 --> 00:01:30,006
Ada orang letak ular orok-orok
di atas katil awak.

31
00:01:30,006 --> 00:01:33,426
Kita patut telefon polis.
Tak, kita perlukan perlindungan.

32
00:01:33,426 --> 00:01:36,012
- Hubungi Road Saints.
- Road Saints?

33
00:01:36,012 --> 00:01:38,181
Macam mana kalau orang ini
datang sini pula?

34
00:01:38,181 --> 00:01:41,684
Macam mana kalau ada ular orok-orok
merayau-rayau di pejabat ini?

35
00:01:41,684 --> 00:01:43,394
Nak lanjutkan penginapan di Four Seasons?

36
00:01:43,394 --> 00:01:46,731
Tak. Awak nak saya muflis?
Saya dah telefon polis.

37
00:01:46,731 --> 00:01:49,484
Cisco ada di rumah dengan mereka.
Tak perlu takut.

38
00:01:51,069 --> 00:01:52,278
Maaf.

39
00:01:52,278 --> 00:01:53,404
Aduhai.

40
00:01:53,404 --> 00:01:55,365
Saya belikan awak smoothie, En. Haller.

41
00:01:55,365 --> 00:01:56,950
- Ia ada <i>ashwagandha...</i>
- Tak apa.

42
00:01:56,950 --> 00:01:59,285
Pil penenang semula jadi
untuk tenangkan fikiran.

43
00:01:59,786 --> 00:02:03,790
Saya tenang.
Kamu semua yang perlu bertenang.

44
00:02:03,790 --> 00:02:05,792
Bertenang? Biar betul?

45
00:02:05,792 --> 00:02:08,378
Ya! Ini cuma amaran, itu saja.

46
00:02:08,378 --> 00:02:12,757
Percayalah. Jika kartel mahu saya mati,
saya akan mati. Kita semua akan mati.

47
00:02:13,842 --> 00:02:15,593
Okey, kata-kata awak tak menenangkan.

48
00:02:15,593 --> 00:02:17,971
Jika ini satu amaran, amaran tentang apa?

49
00:02:17,971 --> 00:02:19,389
Untuk biarkan kes ini.

50
00:02:19,389 --> 00:02:22,016
Ada orang nak Julian disalahkan
kerana bunuh Glory.

51
00:02:22,016 --> 00:02:25,937
Mereka tak nak saya siasat.
Saya rasa seseorang itu Hector Moya.

52
00:02:25,937 --> 00:02:28,565
Elok mereka lambai kain merah saja
di depan muka awak.

53
00:02:28,565 --> 00:02:31,442
Saya pun tak suka,
tapi jika mereka cuba takutkan saya,

54
00:02:31,442 --> 00:02:32,777
cuma ada satu sebab.

55
00:02:32,777 --> 00:02:35,071
Kita memang ada klien tak bersalah.

56
00:02:35,071 --> 00:02:38,867
Hal ini tentang Julian dan Glory.
Di situlah kita perlu beri perhatian.

57
00:02:38,867 --> 00:02:41,744
Sebab itu kita takkan berundur
tanpa berlawan.

58
00:02:41,744 --> 00:02:43,454
Ular atau tiada ular.

59
00:02:44,122 --> 00:02:47,458
Kerja ini tak sepatutnya gila begini!

60
00:02:53,631 --> 00:02:55,508
- Hei, Mick.
<i>- Mereka ada jumpa apa-apa?</i>

61
00:02:55,508 --> 00:02:56,426
Belum lagi.

62
00:02:56,968 --> 00:02:59,470
Siapa saja yang buat begini
tahu apa yang mereka buat.

63
00:02:59,470 --> 00:03:01,639
Awak dah periksa tingkap bilik air?

64
00:03:01,639 --> 00:03:03,558
<i>Setiap tingkap, setiap rekahan.</i>

65
00:03:03,558 --> 00:03:06,769
<i>Ada kamera di luar
dan butang penggera di setiap bilik.</i>

66
00:03:07,937 --> 00:03:09,647
Awak masih ada pistol yang saya beri?

67
00:03:09,647 --> 00:03:12,609
Tidak, Cisco, ia disimpan
dan ia akan kekal begitu.

68
00:03:12,609 --> 00:03:14,235
Sebab itu saya ada awak, bukan?

69
00:03:15,653 --> 00:03:16,529
Awak okey?

70
00:03:17,113 --> 00:03:19,490
Saya akan rasa lebih baik
apabila saya tahu apa saya hadapi.

71
00:03:19,490 --> 00:03:22,744
Oh, ya. Ada perkara lain
saya nak awak siasat.

72
00:03:22,744 --> 00:03:25,330
Janji temu terakhir Glory
pada malam dia dibunuh

73
00:03:25,330 --> 00:03:29,083
adalah di Hotel Roosevelt.
Dia kata lelaki itu tak datang.

74
00:03:29,083 --> 00:03:31,753
Boleh dapatkan rakaman
daripada kamera keselamatan mereka?

75
00:03:31,753 --> 00:03:34,672
- Tak mudah tanpa sepina.
- Saya tak nak lakukannya dulu.

76
00:03:34,672 --> 00:03:36,299
Sepina ialah rekod awam.

77
00:03:36,299 --> 00:03:37,800
<i>Kita tak tahu siapa memerhati.</i>

78
00:03:37,800 --> 00:03:39,969
<i>Kita rahsiakannya buat masa ini, okey?</i>

79
00:03:39,969 --> 00:03:41,221
Saya akan cari jalan.

80
00:03:41,221 --> 00:03:42,513
Ya, dan seperkara lagi.

81
00:03:42,513 --> 00:03:44,766
Dua klien Glory hari itu,

82
00:03:44,766 --> 00:03:47,727
salah seorang ialah Brad Nelson
atau Nielsen mungkin.

83
00:03:48,353 --> 00:03:52,482
<i>Lelaki kedua ialah Daniel Price.
Cari maklumat tentang mereka, okey?</i>

84
00:03:52,482 --> 00:03:54,400
- Baik.
- Baiklah, terima kasih.

85
00:04:03,326 --> 00:04:06,246
Eddie sedang ambil kereta
dan ini fail Guerrero.

86
00:04:06,246 --> 00:04:09,040
Oscar Guerrero?
Kita masih mewakili lelaki itu?

87
00:04:09,040 --> 00:04:10,792
Berapa banyak rumah
boleh dirompak seorang lelaki?

88
00:04:10,792 --> 00:04:12,794
Kononnya. Berita baiknya,

89
00:04:12,794 --> 00:04:15,505
seluruh kes mereka bergantung
pada saksi yang kenal pasti dia.

90
00:04:15,505 --> 00:04:18,132
Jika saya boleh goyahkan testimoninya,
kita boleh menang.

91
00:04:18,132 --> 00:04:20,677
Kalau tak boleh?
Dengan klien seperti Guerrero,

92
00:04:20,677 --> 00:04:22,804
kita bukan saja risau
tentang membebaskan dia.

93
00:04:22,804 --> 00:04:25,181
Kita risau apa dia buat
jika kita tak bebaskan dia.

94
00:04:25,181 --> 00:04:26,557
Biar saya uruskan, okey?

95
00:04:26,557 --> 00:04:29,352
Bagaimana dengan rekod mahkamah
Hector Moya? Jumpa apa-apa?

96
00:04:29,352 --> 00:04:31,980
Tiada di mahkamah negeri.
Dia tak pernah ada sebutan kes.

97
00:04:31,980 --> 00:04:33,815
Maknanya pihak persekutuan ambil alih.

98
00:04:33,815 --> 00:04:36,526
Saya tahu kenapa tiada apa-apa
dalam pangkalan data persekutuan.

99
00:04:36,526 --> 00:04:38,820
Mereka lewat setahun
mendigitalkan kes mereka.

100
00:04:38,820 --> 00:04:41,155
- Duit cukai kita bekerja keras.
- Aduhai.

101
00:04:41,155 --> 00:04:45,118
Seseorang perlu ke mahkamah
di Pasadena untuk dapatkan salinan cetak.

102
00:04:45,702 --> 00:04:48,037
- Rahsia kita terbongkar lagi.
- Kenapa Pasadena?

103
00:04:48,037 --> 00:04:49,789
Di situlah tempat Mahkamah Rayuan.

104
00:04:49,789 --> 00:04:52,333
Mereka ada failnya.
Melainkan awak ada idea lebih baik.

105
00:04:52,333 --> 00:04:55,003
Mungkin ada. Saya akan
beritahu awak esok jika ia bagus.

106
00:04:55,003 --> 00:04:57,797
Saya tak sabar. Baiklah, kita jumpa nanti.

107
00:04:57,797 --> 00:04:58,840
Semoga berjaya.

108
00:04:58,840 --> 00:05:01,843
Harap-harap tiada kala jengking
menunggu awak di dalam Lincoln!

109
00:05:31,080 --> 00:05:32,790
Adakah awak pengurus hotel?

110
00:05:33,541 --> 00:05:34,459
Ya.

111
00:05:35,918 --> 00:05:37,295
Awak tetamu di sini?

112
00:05:37,795 --> 00:05:38,671
Saya?

113
00:05:39,505 --> 00:05:42,842
Tak. Saya penyiasat persendirian
untuk seorang peguam bela tempatan.

114
00:05:42,842 --> 00:05:45,845
Saya nak tanya
tentang seorang tetamu awak sebelum ini.

115
00:05:45,845 --> 00:05:48,806
Maaf, tuan.
Saya tak boleh cakap fasal tetamu kami.

116
00:05:48,806 --> 00:05:51,434
Tetamu yang saya nak tahu ini

117
00:05:51,434 --> 00:05:54,103
mendapatkan khidmat seorang gadis di sini

118
00:05:54,103 --> 00:05:56,564
yang mengendalikan,
katakanlah, "perniagaan"

119
00:05:56,564 --> 00:05:59,400
di hotel awak pada malam 10 Ogos.

120
00:05:59,400 --> 00:06:03,196
Saya harap awak boleh berkongsi
rakaman keselamatan malam itu.

121
00:06:03,196 --> 00:06:06,449
Ia penting
untuk satu perbicaraan pembunuhan.

122
00:06:08,326 --> 00:06:11,871
Tuan, siapa pun awak,
saya pasti awak faham

123
00:06:11,871 --> 00:06:14,582
saya tak boleh beri sesiapa
rakaman keselamatan

124
00:06:14,582 --> 00:06:15,708
tanpa perintah mahkamah.

125
00:06:15,708 --> 00:06:20,630
Budi bicara dan privasi pelanggan kami
ialah keistimewaan kami.

126
00:06:20,630 --> 00:06:22,382
Ya, saya faham.

127
00:06:22,965 --> 00:06:27,220
Semua orang tahu hotel awak
ada beberapa kebocoran berprofil tinggi

128
00:06:27,220 --> 00:06:29,263
berkenaan insiden selebriti
pada masa lalu,

129
00:06:29,263 --> 00:06:31,891
jadi saya faham
kenapa awak terlalu berhati-hati

130
00:06:31,891 --> 00:06:34,685
untuk melindungi privasi pelanggan awak.

131
00:06:34,685 --> 00:06:37,772
Benda begitu tak elok
untuk reputasi hotel,

132
00:06:37,772 --> 00:06:40,775
begitu juga hakikat
bahawa seorang pengiring dibunuh

133
00:06:40,775 --> 00:06:43,111
sejurus selepas melawat
hotel awak yang hebat ini.

134
00:06:45,029 --> 00:06:45,905
Tuan,

135
00:06:47,490 --> 00:06:49,367
awak boleh ugut saya sepuas hati,

136
00:06:49,367 --> 00:06:53,454
tulis sindiran di Internet, telefon TMZ.
Saya dah nampak semuanya.

137
00:06:54,914 --> 00:06:57,959
Tapi saya takkan serah rakaman keselamatan
tanpa perintah mahkamah.

138
00:06:58,626 --> 00:07:00,753
Sekarang, saya minta awak pergi.

139
00:07:06,509 --> 00:07:09,095
Saya andaikan seribu dolar tak mencukupi.

140
00:07:29,031 --> 00:07:30,575
Selamat pagi, Pn. Welton.

141
00:07:31,325 --> 00:07:34,745
Ini laporan asal yang awak beri
kepada pegawai gerak balas pertama,

142
00:07:34,745 --> 00:07:35,913
Pegawai Jackson.

143
00:07:36,789 --> 00:07:38,833
Awak masih ingat
awak beri dia laporan ini?

144
00:07:39,333 --> 00:07:40,168
Ya, sudah tentu.

145
00:07:40,751 --> 00:07:43,588
Dia tulis ringkasan kata-kata awak, bukan?

146
00:07:43,588 --> 00:07:44,755
Ya.

147
00:07:44,755 --> 00:07:47,383
Adakah itu parap awak dalam kenyataan ini?

148
00:07:47,383 --> 00:07:48,509
Ya.

149
00:07:48,509 --> 00:07:51,929
Bagus.
Pn. Welton, boleh bacakan laporan itu?

150
00:07:51,929 --> 00:07:55,850
Bantahan. Dia cuba mencabar saksi
dengan kenyataan yang bukan miliknya.

151
00:07:55,850 --> 00:07:58,227
Hakim, dengan membubuh parap
pada laporan pegawai,

152
00:07:58,227 --> 00:08:00,313
saksi terima kenyataan itu
sebagai miliknya.

153
00:08:00,313 --> 00:08:03,524
Ia ingatan semasa yang direkodkan
dan juri patut mendengarnya.

154
00:08:04,400 --> 00:08:05,234
Ditolak.

155
00:08:06,152 --> 00:08:08,279
Pn. Welton,
boleh awak bacakan kenyataan itu?

156
00:08:10,448 --> 00:08:14,785
"Mangsa berkata dia memasukkan
Mercedes E60nya ke garaj rumahnya

157
00:08:15,411 --> 00:08:18,080
dan sedang keluar kereta
apabila seorang lelaki Hispanik,

158
00:08:18,080 --> 00:08:19,957
30 hingga 35 tahun,

159
00:08:19,957 --> 00:08:22,126
masuk ketika pintu pagar ditutup

160
00:08:22,126 --> 00:08:25,796
dan mengacukan revolver hitam
berlaras pendek ke arahnya."

161
00:08:27,882 --> 00:08:32,845
"Lelaki itu tolak dia ke lantai dan kata
dia akan menembaknya jika dia bersuara."

162
00:08:35,431 --> 00:08:38,893
"Lelaki itu mengarahkan dia
untuk bangun dan buka pintu depan."

163
00:08:39,393 --> 00:08:41,896
"Kemudian dia tutup mata dia
dan ikat tangannya

164
00:08:41,896 --> 00:08:43,523
sebelum merompak rumah."

165
00:08:45,942 --> 00:08:47,693
"Mangsa tidak boleh memberi..."

166
00:08:50,988 --> 00:08:52,573
Teruskan, Pn. Welton.

167
00:08:55,535 --> 00:08:59,205
"Mangsa tidak boleh memberi
gambaran lain tentang suspek."

168
00:08:59,205 --> 00:09:00,456
Terima kasih, Pn. Welton.

169
00:09:00,456 --> 00:09:04,669
Nampaknya awak boleh gambarkan pistol
perompak itu dengan terperinci, bukan?

170
00:09:04,669 --> 00:09:08,965
Dia acukannya tepat ke muka saya.
Percayalah, saya dapat lihat dengan baik.

171
00:09:08,965 --> 00:09:11,467
Awak boleh gambarkan jenis pistol itu,

172
00:09:11,467 --> 00:09:14,804
- warnanya, malah panjang laras.
- Bukankah semua pistol hitam?

173
00:09:14,804 --> 00:09:16,556
Saya akan tanya soalan, Pn. Welton.

174
00:09:17,348 --> 00:09:20,560
Awak boleh gambarkan pistol itu,
tapi tak boleh gambarkan suspek.

175
00:09:21,227 --> 00:09:24,230
Awak cuma kata, "Hispanik, 30, 35 tahun."

176
00:09:24,230 --> 00:09:27,525
Itu gambaran setengah juta orang
di Los Angeles.

177
00:09:27,525 --> 00:09:29,151
Namun, beberapa jam kemudian,

178
00:09:29,151 --> 00:09:33,114
awak dapat pilih klien saya
secara muktamad daripada satu siri gambar?

179
00:09:33,114 --> 00:09:37,827
Dapat menggambarkan dia
dan mengecam dia sangat berbeza.

180
00:09:37,827 --> 00:09:40,246
Apabila saya lihat gambar itu,
saya tahu itu dia,

181
00:09:40,246 --> 00:09:43,249
sebagaimana saya yakin itulah dia di sana.

182
00:09:43,874 --> 00:09:46,085
Saya ingin buang jawapan itu
kerana ia tak responsif.

183
00:09:46,085 --> 00:09:47,003
Bantahan.

184
00:09:47,003 --> 00:09:49,880
Peguam menggunakan kenyataan umum
dalam soalan-soalannya.

185
00:09:49,880 --> 00:09:52,425
Usul untuk membuang tiada asas.

186
00:09:52,425 --> 00:09:54,093
Usul untuk membuang ditolak.

187
00:09:54,802 --> 00:09:57,763
Tanya soalan seterusnya, En. Haller.
Saya maksudkan soalan.

188
00:09:58,681 --> 00:10:00,308
Baiklah, Yang Arif. Terima kasih.

189
00:10:01,726 --> 00:10:04,562
Pn. Welton, saya perasan
awak pakai cermin mata.

190
00:10:04,562 --> 00:10:06,981
Adakah awak memakainya
pada hari berkenaan?

191
00:10:06,981 --> 00:10:07,898
Tidak.

192
00:10:08,941 --> 00:10:11,068
Saya pakai kanta lekap.

193
00:10:11,068 --> 00:10:14,155
Saya nampak lebih jelas dengannya
daripada dengan cermin mata saya.

194
00:10:14,780 --> 00:10:16,073
Awak bekerja, Pn. Welton?

195
00:10:16,907 --> 00:10:19,493
Saya sudah lama berhenti kerja
untuk menjaga rumah kami.

196
00:10:19,493 --> 00:10:20,620
Awak suri rumah?

197
00:10:21,203 --> 00:10:22,913
- Ya.
- Di Brentwood?

198
00:10:22,913 --> 00:10:24,457
Ya, saya tinggal di situ.

199
00:10:24,457 --> 00:10:26,792
Jangan salah faham.
Kawasan kejiranan itu cantik.

200
00:10:26,792 --> 00:10:29,712
Cuma sebagai suri rumah Brentwood,

201
00:10:29,712 --> 00:10:33,215
saya tak rasa awak jumpa
ramai orang yang mirip klien saya.

202
00:10:33,215 --> 00:10:35,509
Kepala dicukur, tatu muka,

203
00:10:35,509 --> 00:10:37,803
terutamanya ketika awak rasa takut.

204
00:10:37,803 --> 00:10:40,056
Saya tak keliru, En. Haller.

205
00:10:40,640 --> 00:10:42,433
Saya tahu maksud awak,

206
00:10:42,433 --> 00:10:45,853
tapi saya cam lelaki
yang mengacukan pistol ke arah saya,

207
00:10:45,853 --> 00:10:47,772
yang buat saya takut kehilangan nyawa.

208
00:10:47,772 --> 00:10:51,233
Saya akan ingat wajahnya
selagi saya hidup.

209
00:10:51,233 --> 00:10:54,904
Orangnya klien awak.
Dia sedang duduk di situ.

210
00:10:57,865 --> 00:11:00,576
Yang Arif, boleh saya berbincang
dengan klien saya sebentar?

211
00:11:00,576 --> 00:11:02,286
Jangan lama sangat, En. Haller.

212
00:11:04,914 --> 00:11:06,499
Kita selesai. Saya tak boleh goyahkan dia.

213
00:11:06,499 --> 00:11:08,042
Apa awak cakap?

214
00:11:08,042 --> 00:11:09,210
- Bertenang.
- Bertenang?

215
00:11:09,210 --> 00:11:11,462
Awak kata awak boleh takutkan dia.
Tak guna!

216
00:11:11,462 --> 00:11:13,339
Saya kata saya ada peluang, okey?

217
00:11:16,634 --> 00:11:17,718
Senyap!

218
00:11:18,886 --> 00:11:20,262
Senyap!

219
00:11:21,514 --> 00:11:23,099
- Awak okey?
- Tak, saya okey.

220
00:11:23,099 --> 00:11:24,600
Pergi mati!

221
00:11:25,184 --> 00:11:26,894
Baiklah, cukup!

222
00:11:26,894 --> 00:11:27,978
Senyap!

223
00:11:28,562 --> 00:11:29,563
Tunggu di sana.

224
00:11:38,364 --> 00:11:40,282
Peguam, awak perlukan rawatan?

225
00:11:40,282 --> 00:11:42,910
Saya okey, Yang Arif.
Saya okey, terima kasih.

226
00:11:45,913 --> 00:11:50,084
Tuan-tuan dan puan-puan,
maaf atas apa yang kamu baru saksikan.

227
00:11:50,084 --> 00:11:53,087
Mahkamah bukan sama sekali
tempat keganasan.

228
00:11:53,963 --> 00:11:57,383
Peguam, tolong datang ke sini.
Awak boleh turun, Pn. Welton.

229
00:11:57,383 --> 00:11:58,467
Terima kasih.

230
00:12:07,268 --> 00:12:08,436
Cik Lopez, malangnya,

231
00:12:08,436 --> 00:12:10,980
keputusan En. Guerrero
untuk menyerang peguamnya

232
00:12:10,980 --> 00:12:13,315
selama-lamanya memprejudis
kemampuan kita untuk teruskan.

233
00:12:13,315 --> 00:12:15,401
Apa? Hakim, awak tak boleh buat begitu.

234
00:12:15,401 --> 00:12:16,527
Apa awak kata?

235
00:12:17,737 --> 00:12:18,738
Maaf, Yang Arif,

236
00:12:18,738 --> 00:12:21,824
tapi saya rasa mahkamah
sedang dimanipulasi oleh defendan.

237
00:12:21,824 --> 00:12:23,993
Dia tahu dia boleh dapat
perbicaraan silap begini.

238
00:12:23,993 --> 00:12:26,078
Tuduhan itu tak berasas langsung.

239
00:12:26,078 --> 00:12:28,956
Apa faedahnya? Awak boleh
bicarakan dia semula bila-bila masa.

240
00:12:28,956 --> 00:12:31,083
- Oh, Tuhan.
- Cukuplah.

241
00:12:32,418 --> 00:12:34,545
Cik Lopez,
saya bersimpati atas kedudukan awak,

242
00:12:34,545 --> 00:12:37,006
tapi saya tiada pilihan
selain menolak bantahan.

243
00:12:37,631 --> 00:12:39,759
Defendan menyerang peguamnya
di hadapan juri,

244
00:12:39,759 --> 00:12:42,970
yang sekarang akan prejudis terhadapnya.

245
00:12:42,970 --> 00:12:44,430
Seperti kata En. Haller,

246
00:12:44,430 --> 00:12:48,309
rakyat bebas memfailkan semula tuduhan
terhadap En. Guerrero secepat mungkin.

247
00:12:48,309 --> 00:12:50,644
Awak boleh bawa
tuduhan serangan jika mahu.

248
00:12:50,644 --> 00:12:52,772
Saya isytiharkan perbicaraan silap.

249
00:13:07,036 --> 00:13:09,205
Biar betul, Haller? Sekali lagi?

250
00:13:09,872 --> 00:13:12,541
- Sentiasa ada masalah dengan awak.
- Ini?

251
00:13:12,541 --> 00:13:14,502
Tak ada apa-apa. Bina watak.

252
00:13:15,878 --> 00:13:19,298
Kenapa ramai orang nak tumbuk muka itu?

253
00:13:19,298 --> 00:13:22,009
Apa saya boleh cakap?
Saya buat orang naik marah.

254
00:13:22,009 --> 00:13:24,094
Yalah tu.

255
00:13:24,094 --> 00:13:26,096
Peguam. Janganlah begitu.

256
00:13:26,096 --> 00:13:30,351
Hari ini teruk untuk saya, okey?
Sudah berhari-hari teruk.

257
00:13:31,477 --> 00:13:33,938
Apabila hari saya teruk,
awak nak tahu rahsia saya?

258
00:13:34,855 --> 00:13:35,689
Isi perut.

259
00:13:36,690 --> 00:13:39,693
Saya suka bunyinya.
Apa makanan kegemaran awak?

260
00:13:41,153 --> 00:13:42,404
Mungkin Cole's.

261
00:13:42,905 --> 00:13:46,826
Koktel Negroni dan sandwic celup Perancis
menghilangkan segala masalah.

262
00:13:47,660 --> 00:13:51,705
Cole's, ya? Awak ke sana selepas saya
kalahkan awak dalam kes Lisa Trammell?

263
00:13:51,705 --> 00:13:52,915
Selamat tinggal, Haller.

264
00:14:11,725 --> 00:14:14,812
- Aduhai, En. Haller! Apa yang berlaku?
- Jangan risau, Eddie.

265
00:14:14,812 --> 00:14:19,191
Bahaya kerja. Sebab itulah penting
untuk simpan sut bersih di dalam kereta.

266
00:14:20,776 --> 00:14:23,070
- Ke mana, <i>jefe?</i>
- Hospital Cedars.

267
00:14:23,070 --> 00:14:24,029
Awak okey?

268
00:14:24,029 --> 00:14:26,699
Bukan untuk saya.
Untuk jemput kawan. Saya dah lambat.

269
00:14:42,673 --> 00:14:44,091
- Hei, budak.
- Hei.

270
00:14:45,384 --> 00:14:46,468
Pemandu baharu?

271
00:14:47,219 --> 00:14:50,264
Panjang ceritanya.
Eddie, ini Legal. Legal, Eddie.

272
00:14:50,264 --> 00:14:52,099
- Selamat berkenalan.
- Apa khabar?

273
00:14:52,099 --> 00:14:55,686
Saya baik, tapi sekarang
anak-anak mahu berbual.

274
00:14:56,270 --> 00:14:57,855
Saya tahu maksudnya.

275
00:14:57,855 --> 00:15:00,566
Mereka nak saya
hidup meragut rumput di suatu tempat.

276
00:15:02,234 --> 00:15:05,195
Cukuplah dengan perkara menyedihkan itu.

277
00:15:05,195 --> 00:15:09,074
Bagaimana kes kamu hari ini?
Guna taktik darah itu?

278
00:15:09,074 --> 00:15:10,701
Ya. Ia berkesan betul.

279
00:15:12,244 --> 00:15:15,331
Wah! Itu memang taktik dulu-dulu.

280
00:15:15,331 --> 00:15:19,418
Saya pasti tiada hakim di sini

281
00:15:19,418 --> 00:15:21,378
yang pernah dengar taktik itu.

282
00:15:22,922 --> 00:15:24,131
- Selesa?
- Ya.

283
00:15:24,131 --> 00:15:25,215
- Baik.
- Terima kasih.

284
00:15:25,883 --> 00:15:26,967
Terima kasih.

285
00:15:30,679 --> 00:15:34,600
- Berapa kapsul darah diperlukan?
- Satu saja untuk perbicaraan silap.

286
00:15:35,601 --> 00:15:38,020
Saya ada satu lagi,
tapi saya tak perlukannya.

287
00:15:38,020 --> 00:15:42,650
Sekarang, saksi telah nampak
tindakan ganas defendan,

288
00:15:42,650 --> 00:15:45,235
tak mungkin dia akan jadi saksi lagi.

289
00:15:45,736 --> 00:15:46,987
Mereka akan buat rundingan.

290
00:15:46,987 --> 00:15:49,156
Dia akan dihukum lima tahun,
bukan 15 tahun.

291
00:15:49,156 --> 00:15:51,283
Dalam permainan ini, itu satu kemenangan.

292
00:15:51,283 --> 00:15:53,911
Ya, satu-satunya masalah
ialah dia tumbuk kuat betul.

293
00:15:53,911 --> 00:15:55,204
Itulah keburukannya.

294
00:15:56,747 --> 00:15:59,792
Eddie, apa yang awak dengar
di dalam Lincoln rahsia, bukan?

295
00:16:00,376 --> 00:16:01,418
Sentiasa, En. Haller.

296
00:16:02,002 --> 00:16:04,880
Tapi saya nak kata, gengster betul.

297
00:16:04,880 --> 00:16:09,259
Jika kita mahu mewakili penjahat,
adakala kita perlu jadi penjahat juga.

298
00:16:09,259 --> 00:16:13,514
Ya, ini kali terakhir,
terutamanya untuk lelaki seperti Guerrero.

299
00:16:14,181 --> 00:16:16,976
Legal, sejujurnya,
antara kes ini dengan kes saya yang lain...

300
00:16:16,976 --> 00:16:19,228
Kes pembunuhan itu? Bagaimana?

301
00:16:19,895 --> 00:16:21,146
Tak begitu bagus.

302
00:16:21,146 --> 00:16:24,650
Saya terpaksa tangguh sebutan kes
sebab klien saya masuk hospital.

303
00:16:25,275 --> 00:16:28,445
Rumah saya juga dipecah masuk.

304
00:16:29,029 --> 00:16:31,365
Saya rasa mungkin Hector Moya.

305
00:16:31,865 --> 00:16:34,493
Itu tak bagus. Apa kamu nak buat?

306
00:16:34,493 --> 00:16:37,037
Apa saya boleh buat?
Ambil langkah berjaga-jaga?

307
00:16:38,288 --> 00:16:41,417
Nampaknya ada orang tak mahu saya
menyiasat kes ini.

308
00:16:41,417 --> 00:16:42,876
Sebab mereka tak mahu!

309
00:16:43,460 --> 00:16:45,754
Mickey, kamu perlu berhati-hati.

310
00:16:45,754 --> 00:16:49,425
Menggunakan taktik darah
untuk perompak rumah satu hal,

311
00:16:49,425 --> 00:16:52,428
tapi kartel ini bukan main-main.

312
00:16:52,428 --> 00:16:53,887
Mereka akan mengejar sesiapa.

313
00:16:54,513 --> 00:16:58,100
Maksud saya, hanya kerana
kamu tinggal sendiri sekarang

314
00:16:58,100 --> 00:17:00,728
tak bermakna
tiada orang penting dalam hidup kamu.

315
00:17:23,000 --> 00:17:24,501
Bajet pemasaran saya sedikit,

316
00:17:24,501 --> 00:17:28,005
jadi saya akan buat studio saya tular
dengan video koreografi TikTok.

317
00:17:28,005 --> 00:17:32,051
Saya baru terseliuh melihatnya.
Awak memang hebat!

318
00:17:32,051 --> 00:17:33,218
Itu bumbung kita?

319
00:17:33,218 --> 00:17:36,430
Ya. Saya rakam pukul 5:00 pagi
supaya tak tertangkap.

320
00:17:37,014 --> 00:17:39,058
- Kerja keras, ya?
- Selamat pagi, semua.

321
00:17:39,058 --> 00:17:40,434
- Hei.
- Hei, Mick.

322
00:17:40,434 --> 00:17:41,477
Ada maklumat berguna?

323
00:17:41,477 --> 00:17:45,564
Bergantung pada apa yang awak minta.
Nak mula dengan klien?

324
00:17:48,525 --> 00:17:49,401
Okey.

325
00:17:50,611 --> 00:17:51,779
Brad Nelson.

326
00:17:52,362 --> 00:17:55,240
{\an8}Janji temu pertama Glory
pada malam dia dibunuh.

327
00:17:55,240 --> 00:17:57,409
{\an8}Kebanyakan orang tak suka
guna nama sebenar

328
00:17:57,409 --> 00:17:59,870
apabila mengupah pelacur,

329
00:17:59,870 --> 00:18:01,914
tapi tak susah untuk dapat tahu

330
00:18:01,914 --> 00:18:05,793
{\an8}yang bilik itu ditempah
oleh Brad Parsons dari Des Moines.

331
00:18:05,793 --> 00:18:08,378
Orang tak begitu kreatif
dengan nama palsu mereka.

332
00:18:08,378 --> 00:18:11,256
Mungkin kreativiti bukan kekuatan Brad.

333
00:18:11,256 --> 00:18:14,426
Dia perunding pengurusan
untuk sebuah syarikat pertanian

334
00:18:14,426 --> 00:18:18,097
yang kena naik pesawat malam,
sebab itu janji temunya awal.

335
00:18:18,097 --> 00:18:20,099
Syarikat penerbangan sahkan
dia dalam penerbangan.

336
00:18:20,099 --> 00:18:23,685
{\an8}Untuk balik kepada Pn. Parsons
yang tak mencurigai apa-apa.

337
00:18:23,685 --> 00:18:25,104
Tapi klien kedua?

338
00:18:25,604 --> 00:18:27,397
Daniel Price. Dia tak diketahui.

339
00:18:27,397 --> 00:18:31,652
{\an8}Tiada bilik yang ditempah di Roosevelt
dengan nama itu pada malam itu.

340
00:18:31,652 --> 00:18:34,655
Malah, Bilik 837,
bilik yang dia dikatakan berada,

341
00:18:34,655 --> 00:18:35,572
kosong.

342
00:18:35,572 --> 00:18:38,951
Tapi Julian kata dia telefon lelaki itu
untuk sahkan. Dia di bilik itu.

343
00:18:38,951 --> 00:18:40,244
Secara rasminya, tiada.

344
00:18:40,828 --> 00:18:42,538
Seperti yang saya syak,

345
00:18:42,538 --> 00:18:45,290
{\an8}saya gagal cuba dapatkan
rakaman keselamatan itu.

346
00:18:46,291 --> 00:18:48,710
Kita perlu dapatkan perintah mahkamah.

347
00:18:48,710 --> 00:18:49,795
Ketepikannya dulu.

348
00:18:49,795 --> 00:18:53,048
Sehingga saya tahu apa yang saya hadapi,
saya tak nak sesiapa tahu.

349
00:18:53,549 --> 00:18:56,093
Bagaimana dengan sebutan kes?
Hari ini jadi?

350
00:18:56,093 --> 00:19:00,931
Ya. Julian sudah keluar dari hospital
dan pihak penjara sahkan dia di dalam bas.

351
00:19:00,931 --> 00:19:04,977
Bagus. Awak kata pendakwa ini
orang baharu. Dari Riverside?

352
00:19:04,977 --> 00:19:07,396
Ya, nama dia William Forsythe.

353
00:19:07,396 --> 00:19:11,108
Saya rasa dia masih baru.
Dia selalu buat kerja rayuan sebelum ini.

354
00:19:11,108 --> 00:19:12,025
Kerja rayuan?

355
00:19:12,025 --> 00:19:15,028
Jika kita bernasib baik,
dia tak mahir di bilik perbicaraan.

356
00:19:15,028 --> 00:19:16,363
Saya harap awak betul

357
00:19:16,363 --> 00:19:19,241
sebab awak perlu bebaskan Julian
dengan ikat jamin.

358
00:19:20,075 --> 00:19:23,620
Berita baiknya, dia dan David
nampaknya ada cukup wang untuk bon.

359
00:19:24,121 --> 00:19:26,790
Bukan seperti cef tertentu
yang kita pernah wakili.

360
00:19:27,749 --> 00:19:29,376
Baiklah, saya akan ke mahkamah.

361
00:19:29,376 --> 00:19:32,796
Awak nak ikut atau nak duduk
dan bergurau sepanjang hari?

362
00:19:32,796 --> 00:19:33,922
Okey, saya ikut.

363
00:19:36,425 --> 00:19:37,467
Semoga berjaya.

364
00:19:38,802 --> 00:19:41,430
Hei, semasa awak cakap
tentang rakaman keselamatan itu,

365
00:19:41,430 --> 00:19:42,598
hotel apa itu?

366
00:19:42,598 --> 00:19:44,141
Roosevelt. Kenapa?

367
00:19:44,808 --> 00:19:46,185
Saya ada idea.

368
00:19:47,936 --> 00:19:49,771
Baiklah. Ikat jamin diluluskan.

369
00:19:49,771 --> 00:19:55,402
Pendengaran awal ditetapkan
pada 16 hari bulan di Jabatan 914.

370
00:19:56,278 --> 00:19:58,780
- Itu pendakwa awak.
- Jika tiada apa-apa lagi...

371
00:19:59,323 --> 00:20:00,240
Oh, Tuhanku.

372
00:20:00,240 --> 00:20:02,492
Baiklah, peguam. Terima kasih.

373
00:20:03,785 --> 00:20:05,162
Kes seterusnya.

374
00:20:05,162 --> 00:20:06,914
Mickey Haller.

375
00:20:06,914 --> 00:20:08,540
William Forsythe.

376
00:20:08,540 --> 00:20:10,834
Saya tak nak kedengaran
seperti peminat tegar,

377
00:20:10,834 --> 00:20:12,669
tapi ini satu penghormatan.

378
00:20:12,669 --> 00:20:16,673
Kes besar pertama saya di LA
dan saya boleh lawan awak?

379
00:20:17,299 --> 00:20:19,134
Nama awak memang tersohor.

380
00:20:19,134 --> 00:20:21,762
Saya akan cuba tak memalukan diri sendiri.
Terima kasih.

381
00:20:21,762 --> 00:20:22,679
Ya.

382
00:20:23,180 --> 00:20:25,390
Hei, saya cuma nak cakap

383
00:20:26,058 --> 00:20:29,311
saya tak suka terlalu bermusuhan.

384
00:20:29,311 --> 00:20:31,438
Kita berdua ada tugas sendiri.

385
00:20:31,438 --> 00:20:34,816
Itu tak bermakna
kita tak boleh bersopan, bukan?

386
00:20:34,816 --> 00:20:37,236
Sudah tentu. Saya setuju.

387
00:20:38,195 --> 00:20:39,071
Bagus.

388
00:20:41,114 --> 00:20:43,492
- Semoga berjaya.
- Awak juga.

389
00:20:43,492 --> 00:20:44,701
Ya. Terima kasih.

390
00:20:48,205 --> 00:20:50,582
Adakah saya gila
atau kita sebenarnya bertuah?

391
00:20:51,166 --> 00:20:53,752
Jawapan untuk bahagian pertama itu
selalunya ya.

392
00:20:54,628 --> 00:20:56,380
Saya tak pasti tentang bahagian kedua.

393
00:20:56,380 --> 00:21:00,592
7-6-1-2-7. Rakyat lawan Julian La Cosse.

394
00:21:00,592 --> 00:21:02,761
William Forsythe mewakili Rakyat,
Yang Arif.

395
00:21:02,761 --> 00:21:04,805
Mickey Haller mewakili defendan.

396
00:21:04,805 --> 00:21:07,140
Adakah awak mengetepikan
bacaan rasmi tuduhan?

397
00:21:07,140 --> 00:21:10,102
Ya, Yang Arif. Kami ketepikan
bacaan rasmi dan penyataan hak

398
00:21:10,102 --> 00:21:12,646
serta mengaku tidak bersalah
atas semua tuduhan.

399
00:21:12,646 --> 00:21:14,564
Kami juga meminta ikat jamin.

400
00:21:14,564 --> 00:21:15,732
Teruskan.

401
00:21:15,732 --> 00:21:18,026
Yang Arif, klien saya tiada rekod lampau.

402
00:21:18,026 --> 00:21:19,903
Dia tak pernah ditangkap.

403
00:21:19,903 --> 00:21:22,239
Dia dalam hubungan
jangka panjang yang komited.

404
00:21:22,239 --> 00:21:24,992
Dia dan pasangan hidupnya
dua-dua pemilik perniagaan kecil

405
00:21:24,992 --> 00:21:26,743
dengan ikatan kuat dengan komuniti.

406
00:21:26,743 --> 00:21:29,788
Dia tak berisiko melarikan diri
dan kami setuju untuk dipantau.

407
00:21:29,788 --> 00:21:31,790
Disebabkan berita kesihatannya,

408
00:21:31,790 --> 00:21:35,669
penahanan lanjutan jelas sekali
membahayakan kesihatannya.

409
00:21:35,669 --> 00:21:38,046
Untuk jumlah ikat jamin,
saya pasti En. Forsythe dan saya

410
00:21:38,046 --> 00:21:40,215
boleh capai persetujuan atas cadangan.

411
00:21:40,215 --> 00:21:44,594
Lagipun, tak perlu
terlalu bermusuhan, bukan?

412
00:21:44,594 --> 00:21:45,679
En. Forsythe?

413
00:21:45,679 --> 00:21:47,055
Ya, Yang Arif.

414
00:21:47,556 --> 00:21:50,100
Sila beri saya masa sekejap.

415
00:21:50,100 --> 00:21:51,268
Terima kasih.

416
00:21:54,313 --> 00:21:55,188
Itu dia.

417
00:21:58,650 --> 00:22:02,321
Walaupun saya mahu bersetuju
dengan usul En. Haller,

418
00:22:02,321 --> 00:22:06,783
saya rasa Rakyat mesti membantah
permintaan ikat jamin dalam kes ini.

419
00:22:06,783 --> 00:22:10,370
Sejujurnya, melihatkan situasinya,
ia sesuatu yang boleh dipertikaikan.

420
00:22:10,954 --> 00:22:11,997
Situasi?

421
00:22:11,997 --> 00:22:16,793
Ya. Rakyat meminda tuduhan
untuk menambah dakwaan keadaan khas

422
00:22:16,793 --> 00:22:19,546
di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 190.

423
00:22:19,546 --> 00:22:22,382
Secara khusus,
penggunaan sebuah alat pembakar

424
00:22:22,382 --> 00:22:24,176
dalam pembunuhan itu.

425
00:22:24,176 --> 00:22:26,303
Apa maksud awak?

426
00:22:26,303 --> 00:22:30,057
Bukti akan menunjukkan
bahawa defendan menggunakan alat sebegitu

427
00:22:30,057 --> 00:22:32,392
untuk menyalakan api di apartmen mangsa,

428
00:22:32,392 --> 00:22:34,394
mungkin untuk menutup jejaknya sendiri.

429
00:22:34,394 --> 00:22:36,480
Kalau betul pun, ia tak berkaitan.

430
00:22:36,480 --> 00:22:39,816
Ia hanya berkaitan jika alat itu
digunakan untuk membunuh.

431
00:22:40,400 --> 00:22:42,611
Ya, betul kata En. Haller.

432
00:22:42,611 --> 00:22:47,199
Ini laporan autopsi terakhir.

433
00:22:47,199 --> 00:22:51,745
Seperti yang awak akan lihat,
mangsa patah tulang hioid,

434
00:22:51,745 --> 00:22:53,372
menunjukkan pencekikan,

435
00:22:53,372 --> 00:22:56,291
tapi koroner sudah menentukan

436
00:22:56,291 --> 00:23:00,712
bahawa ada asap
di dalam paru-paru mangsa semasa dia mati,

437
00:23:00,712 --> 00:23:05,217
yang bermaksud punca kematian
sebenarnya bukan pencekikan,

438
00:23:05,217 --> 00:23:07,469
tapi penyedutan asap yang datang kemudian.

439
00:23:08,303 --> 00:23:11,431
Dia masih hidup
sehingga asap api itu membunuhnya.

440
00:23:11,431 --> 00:23:15,352
Yang Arif, pejabat saya belum diberikan
salinan laporan ini sehingga sekarang.

441
00:23:15,352 --> 00:23:20,982
Kami akan hantarnya lebih awal, Yang Arif,
tapi En. Haller terus mengusul ikat jamin.

442
00:23:20,982 --> 00:23:25,237
Selain itu, kami baru terima
laporan ini pagi ini.

443
00:23:25,237 --> 00:23:30,534
Apa-apa pun, alat pembakar itu
disebut dalam laporan polis.

444
00:23:30,534 --> 00:23:33,078
Pejabat saya juga
belum terima laporan itu.

445
00:23:33,078 --> 00:23:35,122
Tidak? Kesilapan.

446
00:23:41,628 --> 00:23:42,921
Maaf, Yang Arif.

447
00:23:42,921 --> 00:23:44,881
Hei, apa maksudnya?

448
00:23:44,881 --> 00:23:46,550
Tunggu sekejap.

449
00:23:50,053 --> 00:23:52,472
En. Haller, tangan saya terikat di sini.

450
00:23:52,472 --> 00:23:55,809
Dalam dakwaan keadaan khas,
tiada ikat jamin

451
00:23:55,809 --> 00:23:58,562
tanpa hujah yang luar biasa oleh defendan.

452
00:23:58,562 --> 00:24:00,856
Saya tak nampak hujah luar biasa di sini.

453
00:24:00,856 --> 00:24:02,983
Kalau begitu,
saya mahu tarik balik usul kami

454
00:24:02,983 --> 00:24:06,153
untuk kaji semula
soal ikat jamin lain kali.

455
00:24:06,153 --> 00:24:09,239
Baiklah. Buat masa sekarang,
defendan akan kekal dalam tahanan.

456
00:24:09,865 --> 00:24:12,200
Pendengaran awal ditetapkan

457
00:24:12,200 --> 00:24:15,370
pada 22 hari bulan bulan depan

458
00:24:15,912 --> 00:24:17,372
dengan Hakim Batista.

459
00:24:17,372 --> 00:24:18,832
Semua orang setuju?

460
00:24:18,832 --> 00:24:20,167
Saya setuju, Yang Arif.

461
00:24:21,293 --> 00:24:23,003
Ya, Yang Arif. Baiklah.

462
00:24:23,003 --> 00:24:25,589
Tunggu. Biar betul?
Saya perlu terus ditahan?

463
00:24:25,589 --> 00:24:28,258
- Bukan sekarang.
- Melainkan ada perkara lain...

464
00:24:28,258 --> 00:24:29,843
Itu saja, Yang Arif. Terima kasih.

465
00:24:30,510 --> 00:24:32,721
Jangan cakap lagi. Kita bincang esok.

466
00:24:32,721 --> 00:24:34,681
Bertahanlah. Awak dengar?

467
00:24:35,265 --> 00:24:37,684
Julian. Tak apa. Awak akan selamat.

468
00:24:37,684 --> 00:24:39,436
Tidak! Lepaskan saya!

469
00:24:48,195 --> 00:24:51,323
Mentah, kononnya.
Dia baru sampai dari Riverside, ya?

470
00:24:51,323 --> 00:24:53,241
Lelaki ini jerung.

471
00:24:53,241 --> 00:24:56,536
Helahnya pura-pura baik
dan tak berbahaya sambil mengasah gigi.

472
00:24:56,536 --> 00:24:59,122
Awak perlu tumbuk hidungnya
kerana itulah yang kita buat

473
00:24:59,122 --> 00:25:01,249
kepada jerung. Atau beruang grizzly?

474
00:25:01,249 --> 00:25:02,709
- Saya perlu pergi!
- Ke mana?

475
00:25:02,709 --> 00:25:05,504
Ingat tak saya mungkin ada cara
untuk dapatkan rekod Moya?

476
00:25:05,504 --> 00:25:06,838
Ya.

477
00:25:06,838 --> 00:25:09,424
Saya perlu cuti petang ini
untuk sentalan Korea.

478
00:25:09,424 --> 00:25:11,927
- Apa?
- Jangan menolak. Saya dah tempah.

479
00:25:13,136 --> 00:25:15,931
- Apa-apa saja. Saya tak nak tahu.
- Awak tak patut tahu.

480
00:25:18,892 --> 00:25:21,311
- Bagaimana nak buat bahagian ini?
- Bahagian mana?

481
00:25:23,063 --> 00:25:24,731
Ceriakan seseorang

482
00:25:24,731 --> 00:25:27,317
apabila orang tersayang mereka
perlu terus dipenjarakan.

483
00:25:28,527 --> 00:25:31,446
Atau sejuta perkara buruk lain
yang berlaku.

484
00:25:32,280 --> 00:25:34,282
Mereka tak ajar di sekolah undang-undang.

485
00:25:34,824 --> 00:25:35,825
Betul.

486
00:25:36,952 --> 00:25:38,370
Pergilah. Saya akan uruskannya.

487
00:25:39,037 --> 00:25:40,789
- Awak pasti?
- Ya.

488
00:25:40,789 --> 00:25:41,748
Terima kasih.

489
00:25:42,249 --> 00:25:43,208
Semoga berjaya.

490
00:25:54,094 --> 00:25:57,472
David, saya minta maaf
sebab tak capai apa yang kita mahu.

491
00:26:03,270 --> 00:26:08,441
Saya pergi jumpa Julian pagi tadi
dan dia tak sanggup pandang mata saya.

492
00:26:10,569 --> 00:26:11,903
Dia merahsiakan sesuatu.

493
00:26:12,487 --> 00:26:13,446
Sesuatu yang teruk.

494
00:26:14,739 --> 00:26:15,740
Saya tahu.

495
00:26:17,409 --> 00:26:19,661
Saya tak nak fikir
tentang apa yang dia lalui.

496
00:26:21,246 --> 00:26:22,581
Saya akan buat panggilan.

497
00:26:22,581 --> 00:26:25,584
Saya rasa saya boleh pindahkan dia
ke sel lebih selamat,

498
00:26:25,584 --> 00:26:27,377
di mana dia akan lebih selamat.

499
00:26:28,253 --> 00:26:29,379
Terima kasih.

500
00:26:30,755 --> 00:26:32,716
Saya dapat cari Stacy Campbell.

501
00:26:33,300 --> 00:26:35,844
Wanita yang perkenalkan Julian
kepada Giselle.

502
00:26:36,344 --> 00:26:39,931
Atau... Glory. Apa pun namanya.

503
00:26:40,807 --> 00:26:42,559
Julian kata awak nak cakap dengan dia.

504
00:26:43,143 --> 00:26:43,977
Nah.

505
00:26:46,688 --> 00:26:50,817
- Stacy Mata Bercahaya.
- Ya, dia memang hipi sikit.

506
00:26:50,817 --> 00:26:54,237
Itulah gaya dia. Tapi dia takkan
jumpa awak di pejabat awak.

507
00:26:54,237 --> 00:26:57,866
Kalau awak nak maklumat daripada dia,
saya cadangkan makan malam yang enak.

508
00:26:58,366 --> 00:27:00,577
Bukan yang murah. Itu takkan berhasil.

509
00:27:00,577 --> 00:27:01,578
Baiklah.

510
00:27:04,998 --> 00:27:08,251
Saya tak nak tipu awak, David.
Saya boleh buat Julian dipindahkan,

511
00:27:08,251 --> 00:27:12,172
tapi cabaran terbesar Julian
bukan apa yang berlaku kepadanya di sana,

512
00:27:12,172 --> 00:27:15,342
tapi berada di sana, jauh daripada awak.

513
00:27:15,342 --> 00:27:18,470
Sebab itulah penting
kita bergerak cepat. Tak boleh berlengah.

514
00:27:18,470 --> 00:27:21,765
Lebih cepat kita menang,
lebih cepat kita bawa dia pulang.

515
00:27:23,475 --> 00:27:25,143
Jika kita menang.

516
00:27:39,199 --> 00:27:41,910
Adakah kelas Culhane
sudah begitu lama berlalu?

517
00:27:43,036 --> 00:27:44,079
Culhane Si Pembunuh.

518
00:27:44,663 --> 00:27:47,499
Saya masih tak boleh lupa
kali pertama dia soal saya tiba-tiba.

519
00:27:48,083 --> 00:27:51,169
<i>Syarikat Kasut Antarabangsa
lawan Washington.</i>

520
00:27:52,212 --> 00:27:53,338
"Bidang kuasa peribadi

521
00:27:53,338 --> 00:27:55,173
adalah mengikut perlembagaan
selagi defendan

522
00:27:55,173 --> 00:27:58,510
mengekalkan kontak minimum
dengan negeri tempat tuntutan dibawa."

523
00:27:58,510 --> 00:28:01,971
Selepas kelas, saya muntah di bilik air.
Terima kasih kerana teman saya.

524
00:28:02,514 --> 00:28:06,309
Tiada masalah.
Kita trauma bersama pada tahun pertama.

525
00:28:06,309 --> 00:28:08,395
Saya cuma boleh berborak dengan awak.

526
00:28:08,395 --> 00:28:10,605
Kita selalu kata
kita akan saling membantu.

527
00:28:10,605 --> 00:28:14,859
Saya masih ingat awak suka pergi spa
selepas ujian yang sukar, jadi...

528
00:28:16,111 --> 00:28:19,864
Jadi, apa yang awak buat sekarang?
Masih bekerja untuk peguam bela itu?

529
00:28:19,864 --> 00:28:20,824
Ya.

530
00:28:21,408 --> 00:28:25,704
- Bukankah awak pernah kahwini dia?
- Panjang ceritanya.

531
00:28:25,704 --> 00:28:28,748
Yang bagusnya, saya harap
dia jadikan saya rakan kongsi

532
00:28:28,748 --> 00:28:32,293
apabila saya lulus peperiksaan guaman.
Jika saya lulus peperiksaan guaman.

533
00:28:32,877 --> 00:28:35,171
Oh, saya berkahwin lagi.

534
00:28:35,171 --> 00:28:36,673
Tahniah.

535
00:28:37,173 --> 00:28:40,844
Panjang ceritanya juga.
Dia salah seorang penyiasat kami.

536
00:28:41,344 --> 00:28:43,555
Yang penting, awak gembira.

537
00:28:43,555 --> 00:28:45,265
Amin.

538
00:28:46,766 --> 00:28:48,935
Awak pula bagaimana?

539
00:28:48,935 --> 00:28:52,272
Bukankah awak jadi kerani
untuk hakim persekutuan?

540
00:28:52,272 --> 00:28:54,190
Ya, masih di Pasadena.

541
00:28:54,774 --> 00:28:56,943
Pasadena.

542
00:28:57,652 --> 00:29:01,072
Ya, saya bertuah. Kami cuti hari ini
kerana persidangan kehakiman.

543
00:29:01,573 --> 00:29:02,615
Bertuah.

544
00:29:03,450 --> 00:29:06,494
Hei, memandangkan
awak tak perlu kembali bekerja,

545
00:29:06,494 --> 00:29:09,581
apa kata kita minum
di tempat yang kita selalu pergi dulu?

546
00:29:10,498 --> 00:29:12,792
Tempat dengan soju minum sepuas-puasnya?

547
00:29:13,293 --> 00:29:16,963
Ya, soju. Saya belanja.

548
00:29:19,299 --> 00:29:22,010
Awak nak keluar dari sini?
Panas betul rasanya.

549
00:29:26,890 --> 00:29:30,810
Awak nampak hebat, Izz.
Awak betul-betul sudah pulih.

550
00:29:30,810 --> 00:29:32,645
Terima kasih. Saya pun sibuk.

551
00:29:32,645 --> 00:29:35,732
Buka studio sendiri,
"Akademi Letts Dance".

552
00:29:35,732 --> 00:29:37,275
Ikut kami di TikTok.

553
00:29:37,275 --> 00:29:40,028
Akademi? Hebat.

554
00:29:40,028 --> 00:29:43,698
Taklah. Menjalankan perniagaan
lebih sukar rupanya.

555
00:29:43,698 --> 00:29:46,075
Masih bekerja di firma guaman
untuk menyara hidup.

556
00:29:46,075 --> 00:29:48,870
Begitulah hakikat mencari rezeki, bukan?

557
00:29:48,870 --> 00:29:51,122
Sebab itulah saya ajak awak
berjumpa di sini.

558
00:29:51,831 --> 00:29:55,543
Saya mencari maklumat untuk satu kes.
Mungkin awak boleh tolong.

559
00:29:56,377 --> 00:29:57,629
Maklumat apa?

560
00:29:58,421 --> 00:30:00,757
Awak ada kenalan di Roosevelt?

561
00:30:00,757 --> 00:30:03,468
Awak dapat tahu
hal-hal selebriti di sana dulu.

562
00:30:03,468 --> 00:30:05,178
Mungkin awak ada sumber.

563
00:30:05,178 --> 00:30:06,513
Bergantung.

564
00:30:07,347 --> 00:30:09,891
Sejauh mana awak nak cari rezeki?

565
00:30:10,809 --> 00:30:12,060
Saya dah buat kajian.

566
00:30:12,060 --> 00:30:15,271
Saya tahu awak bukan bekerja
untuk firma guaman biasa.

567
00:30:15,271 --> 00:30:17,315
Awak bekerja untuk Peguam Lincoln.

568
00:30:17,315 --> 00:30:19,067
- Apa maksud awak, Ty?
- Apa?

569
00:30:19,067 --> 00:30:20,610
Perlukah saya eja satu-satu?

570
00:30:20,610 --> 00:30:23,780
Ceritakan gosip tentang bos terkenal awak.

571
00:30:23,780 --> 00:30:26,866
Ada khabar angin
dia tidur dengan klien terakhir itu.

572
00:30:28,117 --> 00:30:31,663
- Saya boleh buat sesuatu dengan itu.
- Saya bukan nak tukar maklumat.

573
00:30:31,663 --> 00:30:36,167
Sejak saya pulih,
saya juga ada moral yang baik.

574
00:30:36,167 --> 00:30:39,546
Itulah yang saya selalu buat dulu.
Sekarang tak lagi.

575
00:30:39,546 --> 00:30:42,507
Bagus, tapi ia tak membayar sewa.

576
00:30:43,091 --> 00:30:46,261
Jika awak tiada apa-apa untuk saya,
saya tiada apa-apa untuk awak.

577
00:30:47,428 --> 00:30:48,555
Tapi terima kasih untuk teh ini.

578
00:30:48,555 --> 00:30:50,932
Saya dapat rasa
awak mungkin akan buat begini.

579
00:30:50,932 --> 00:30:54,894
Apa kata saya beritahu bos awak
yang awak pernah beri saya Oxy

580
00:30:54,894 --> 00:30:57,772
sebagai pertukaran maklumat tentang orang
yang menjelajah bersama saya?

581
00:30:57,772 --> 00:31:00,441
Barulah saya boleh tebus kesalahan saya.

582
00:31:00,441 --> 00:31:02,443
Sambil menyelam minum air.

583
00:31:05,655 --> 00:31:07,073
Saya masih ada mesej-mesejnya.

584
00:31:10,577 --> 00:31:12,704
JOSE GARCES. PENYAMBUT TETAMU.

585
00:31:18,751 --> 00:31:20,503
Jangan tanya bagaimana saya dapat ini.

586
00:31:22,547 --> 00:31:25,592
Si Bridgette itu?
Dia memang pandai minum soju.

587
00:31:25,592 --> 00:31:26,551
Hei.

588
00:31:36,019 --> 00:31:37,979
Awak patut tidur, sayang.

589
00:31:37,979 --> 00:31:40,231
Tak boleh. Saya ada kerja!

590
00:31:43,109 --> 00:31:44,903
Ada kopi di dapur?

591
00:31:45,612 --> 00:31:46,696
Tunggu sekejap.

592
00:32:14,349 --> 00:32:17,894
Selamat datang ke Nobu.
Malam ini, kami ada tawaran hebat.

593
00:32:17,894 --> 00:32:22,273
Toban-yaki Wagyu A5 Jepun
diterbangkan dari Kyushu pagi tadi.

594
00:32:22,273 --> 00:32:24,901
Harganya 40 dolar seauns
dengan minimum empat auns.

595
00:32:26,194 --> 00:32:29,405
Saya nak susyi tuna gulung
dan <i>taco</i> ketam saja. Terima kasih.

596
00:32:30,740 --> 00:32:31,991
Saya nak Wagyu.

597
00:32:32,825 --> 00:32:34,953
Separuh mentah.

598
00:32:35,453 --> 00:32:36,955
Lapan auns.

599
00:32:37,747 --> 00:32:40,541
Awak masih ada menara makanan laut
sebagai pembuka selera?

600
00:32:40,541 --> 00:32:42,710
Sudah tentu. Dengan kaviar atau tidak?

601
00:32:42,710 --> 00:32:45,213
Dengan kaviar.
Boleh saya lihat senarai wain?

602
00:32:45,213 --> 00:32:46,381
Sudah tentu.

603
00:32:49,217 --> 00:32:50,134
Maafkan saya.

604
00:32:54,722 --> 00:32:57,100
- Lorna?
<i>- Teka siapa paralegal terbaik di sini?</i>

605
00:32:57,100 --> 00:32:59,894
Sayalah. Saya dapat
rekod mahkamah persekutuan Hector Moya.

606
00:32:59,894 --> 00:33:02,397
- Saya ingat awak ke spa.
<i>- Awak betul.</i>

607
00:33:02,397 --> 00:33:05,817
Pihak persekutuan ambil alih kes Moya
atas waran persekutuan yang belum selesai.

608
00:33:05,817 --> 00:33:06,943
Saya dah agak.

609
00:33:06,943 --> 00:33:10,154
Dia ada kurang sekilo kokaina
dan ia kesalahan pertama.

610
00:33:10,154 --> 00:33:11,531
Walaupun begitu,
garis panduan persekutuan.

611
00:33:11,531 --> 00:33:13,741
- Minimum lima tahun.
<i>- Itu masalahnya.</i>

612
00:33:13,741 --> 00:33:15,702
Dia juga ada peningkatan senjata.

613
00:33:15,702 --> 00:33:18,246
Mereka jumpa pistol tangan
tak berdaftar di biliknya.

614
00:33:18,246 --> 00:33:19,497
Lebih teruk lagi,

615
00:33:19,497 --> 00:33:22,250
pistol itu berkaitan dengan
pembunuhan bertiga di Nevada.

616
00:33:22,250 --> 00:33:25,294
<i>Disebabkan itu, dia dipenjarakan
seumur hidup di Victorville.</i>

617
00:33:25,294 --> 00:33:26,254
Seumur hidup?

618
00:33:27,422 --> 00:33:30,174
Jadi, dia pasti marah gila
pada orang yang laporkan dia.

619
00:33:30,174 --> 00:33:31,968
Itulah yang saya fikirkan.

620
00:33:33,177 --> 00:33:34,554
Syabas, Lorna. Terima kasih.

621
00:33:34,554 --> 00:33:36,723
<i>- Saya perlu pergi.</i>
- Awak di mana?

622
00:33:37,807 --> 00:33:38,641
Nobu.

623
00:33:39,225 --> 00:33:40,309
Awak berjanji temu?

624
00:33:40,309 --> 00:33:41,769
Tak. Saya jelaskan nanti.

625
00:33:41,769 --> 00:33:43,521
<i>- Selamat tinggal.</i>
- Selamat tinggal.

626
00:33:48,901 --> 00:33:51,195
Udang karangnya sedap. Nak?

627
00:33:51,779 --> 00:33:52,822
Tak apa, terima kasih.

628
00:33:54,449 --> 00:33:55,908
Hipi yang hebat.

629
00:33:56,826 --> 00:33:58,661
Saya ingat awak vegetarian.

630
00:33:58,661 --> 00:34:00,955
Saya pura-pura begitu.

631
00:34:02,749 --> 00:34:04,751
Mari kita berterus terang, Stacy.

632
00:34:05,251 --> 00:34:08,546
Saya sanggup ambil gadai janji kedua
untuk bayar semua makanan ini.

633
00:34:09,130 --> 00:34:11,424
Sebagai balasan,
beritahu saya apa saya perlu tahu.

634
00:34:12,050 --> 00:34:14,719
- Beritahu apa?
- Apa yang berlaku kepada Glory Days.

635
00:34:15,303 --> 00:34:16,971
Bagaimana kamu berdua saling mengenali.

636
00:34:19,515 --> 00:34:21,768
Glenda dan saya
kenal satu sama lain di Vegas.

637
00:34:22,477 --> 00:34:23,561
Glenda?

638
00:34:24,312 --> 00:34:25,688
Dia ada banyak nama.

639
00:34:26,189 --> 00:34:28,274
Kami buat persembahan <i>Wizard of Oz</i>
tanpa baju.

640
00:34:28,274 --> 00:34:30,359
Dia Glenda Si Penyihir Baik, jadi...

641
00:34:31,569 --> 00:34:33,863
Kenapa dia tinggal di LA
daripada pergi ke Hawaii?

642
00:34:34,781 --> 00:34:36,532
Saya tak tahu apa-apa tentang itu.

643
00:34:38,284 --> 00:34:40,995
Betul. Saya terputus hubungan dengan dia.

644
00:34:41,579 --> 00:34:43,873
Kemudian dia telefon saya
kurang setahun lalu.

645
00:34:43,873 --> 00:34:47,085
Dia kata dia tak selamat di LA
dan nak berhenti jadi pelacur.

646
00:34:47,085 --> 00:34:48,961
Jadi, saya kenalkan dia kepada Julian.

647
00:34:49,670 --> 00:34:51,756
Ramai gadis guna dia
untuk barang dalam talian mereka.

648
00:34:51,756 --> 00:34:53,800
Kami semua rasa selamat dengan dia.

649
00:34:53,800 --> 00:34:56,511
Apabila Glory kata
tak selamat untuk dia sebagai pelacur,

650
00:34:56,511 --> 00:34:58,429
adakah dia bersembunyi daripada sesiapa?

651
00:34:59,388 --> 00:35:01,933
Kita semua bersembunyi
daripada seseorang, bukan?

652
00:35:01,933 --> 00:35:03,601
Dia ada sebut nama?

653
00:35:05,853 --> 00:35:07,146
Bukan kepada saya.

654
00:35:07,146 --> 00:35:09,565
Tapi Glory sentiasa berjaga-jaga

655
00:35:09,565 --> 00:35:13,069
sejak orang gila itu
serang dia dan bunuh Martha.

656
00:35:13,653 --> 00:35:14,779
Russell Lawson.

657
00:35:14,779 --> 00:35:15,780
Ya.

658
00:35:16,781 --> 00:35:18,282
Saya dengar semuanya tentang itu.

659
00:35:18,991 --> 00:35:20,910
Awak peguam yang bantu dia, bukan?

660
00:35:22,370 --> 00:35:23,913
Saya masih ingat sebab dia kecewa.

661
00:35:23,913 --> 00:35:26,958
Dia kata jika dia ditangkap lagi,
dia tak boleh hubungi awak.

662
00:35:28,167 --> 00:35:30,795
- Kenapa dia tak boleh telefon saya?
- Saya tak tahu.

663
00:35:30,795 --> 00:35:34,799
Dia cuma kata jika awak tahu
dia masih di LA, semuanya akan terbongkar.

664
00:35:38,594 --> 00:35:41,055
Dia betul-betul cakap begitu? Terbongkar?

665
00:35:41,055 --> 00:35:45,059
Ya. Saya tak faham maksud dia,
tapi itulah yang dia cakap.

666
00:36:02,451 --> 00:36:05,163
Saya nak jumpa pengurus. <i>Tout de suite.</i>

667
00:36:13,379 --> 00:36:14,213
Hei, Mick.

668
00:36:14,213 --> 00:36:17,049
- Glory tahu ada yang tak kena.
- Apa maksud awak?

669
00:36:17,049 --> 00:36:20,344
Dia takut akan sesuatu atau seseorang
dan tak boleh beritahu saya.

670
00:36:20,344 --> 00:36:23,055
Dia beritahu Stacy
dia tak boleh bercakap dengan saya lagi,

671
00:36:23,055 --> 00:36:24,724
atau semuanya akan terbongkar.

672
00:36:25,391 --> 00:36:27,393
- Apa yang akan terbongkar?
<i>- Tepat sekali.</i>

673
00:36:27,393 --> 00:36:29,478
Itu yang kita perlu siasat.

674
00:36:29,478 --> 00:36:32,106
Tapi saya yakin
ia ada kaitan dengan Hector Moya.

675
00:36:32,815 --> 00:36:35,401
Ada cara lain
untuk dapatkan rakaman keselamatan itu?

676
00:36:35,401 --> 00:36:37,862
Saya sedang usahakannya
dengan bantuan Izzy.

677
00:36:37,862 --> 00:36:40,323
<i>- Nanti saya telefon jika jumpa apa-apa.</i>
- Baiklah.

678
00:36:40,323 --> 00:36:41,532
Okey, cakap nanti.

679
00:36:42,116 --> 00:36:43,951
Tuan, saya dah kata

680
00:36:43,951 --> 00:36:46,746
awak buang masa
melainkan awak ada perintah mahkamah.

681
00:36:46,746 --> 00:36:48,873
Saya ada sesuatu yang lebih baik.

682
00:36:48,873 --> 00:36:52,501
Saya sudah kata saya tahu awak ada
masalah dengan kebocoran selebriti awak.

683
00:36:52,501 --> 00:36:55,421
- Kita dah bincangkannya.
- Bukan yang ini.

684
00:36:56,339 --> 00:36:59,133
Bagaimana jika saya boleh beritahu awak
pekerja yang mana satu

685
00:36:59,133 --> 00:37:01,344
yang bocorkan rahsia klien terkenal awak?

686
00:37:05,598 --> 00:37:08,059
- Awak ada maklumat ini?
- Ya.

687
00:37:08,059 --> 00:37:10,061
Saya sanggup menukarnya

688
00:37:10,061 --> 00:37:13,898
sebagai balasan untuk salinan
rakaman keselamatan bertarikh 10 Ogos.

689
00:37:14,607 --> 00:37:18,778
Secara sulit, sudah tentu.
Demi pengetahuan kita sendiri.

690
00:37:19,403 --> 00:37:22,073
Kami takkan gunakannya
semasa perbicaraan tanpa kebenaran.

691
00:37:25,868 --> 00:37:27,870
Demi pengetahuan awak semata-mata?

692
00:37:33,709 --> 00:37:36,963
Berita baiknya,
pemindahan pengasingan telah diluluskan.

693
00:37:37,838 --> 00:37:40,591
Mereka akan alihkan awak
ke bahagian lebih selamat esok.

694
00:37:41,384 --> 00:37:43,302
Berapa lama lagi?

695
00:37:43,302 --> 00:37:44,428
Itulah berita buruknya.

696
00:37:44,428 --> 00:37:48,307
Mungkin ada lapan bulan
sebelum perbicaraan awak bermula.

697
00:37:50,518 --> 00:37:51,560
Lapan bulan?

698
00:37:52,270 --> 00:37:54,480
Mungkin lebih lama.

699
00:37:54,981 --> 00:37:56,816
Saya akan pastikan ia tak berlaku.

700
00:37:57,400 --> 00:37:59,902
Melainkan saya dapat
mengusul ikat jamin semula,

701
00:37:59,902 --> 00:38:02,321
awak perlu tunggu hingga ia selesai.

702
00:38:11,163 --> 00:38:13,124
Jangan putus asa, Julian.

703
00:38:13,916 --> 00:38:16,210
Saya dah buat sesuatu. Saya...

704
00:38:16,210 --> 00:38:19,255
Ada seorang lelaki yang berbahaya
yang terlibat dengan Glory.

705
00:38:19,255 --> 00:38:22,591
Nampaknya dia ada
lebih banyak motif untuk membunuhnya.

706
00:38:23,175 --> 00:38:24,385
Kita boleh guna itu.

707
00:38:26,220 --> 00:38:28,306
Saya tahu sistem ini mengambil masa,

708
00:38:28,306 --> 00:38:31,434
tapi saya janji saya akan berjuang
untuk awak sehabis baik.

709
00:38:35,146 --> 00:38:36,147
Saya faham.

710
00:38:38,941 --> 00:38:41,152
Saya hargai semua yang awak dah buat.

711
00:38:43,821 --> 00:38:45,364
Saya nak awak buat seperkara lagi.

712
00:38:49,577 --> 00:38:52,580
Beritahu David yang saya tak nak dia
datang jumpa saya lagi.

713
00:38:52,580 --> 00:38:54,498
Julian, jangan buat begini.

714
00:38:54,498 --> 00:38:58,377
Lapan bulan ini pasti sukar.
Awak perlukan sistem sokongan.

715
00:38:58,377 --> 00:39:02,298
Tak, saya tak nak dia... lihat saya begini.

716
00:39:06,552 --> 00:39:10,639
Tak mungkin dia boleh mencintai saya...
jika dia lihat saya begini.

717
00:39:16,645 --> 00:39:19,523
Tolonglah, Mickey, janji dengan saya.

718
00:39:21,734 --> 00:39:23,444
Awak peguam saya, bukan?

719
00:39:25,654 --> 00:39:26,864
Buat apa saya minta.

720
00:39:33,162 --> 00:39:34,163
Pengawal?

721
00:41:02,042 --> 00:41:02,960
Rumah?

722
00:41:10,509 --> 00:41:14,180
Patutkah saya hantar awak balik rumah?
Atau kembali ke pejabat?

723
00:41:15,139 --> 00:41:16,682
Rumah. Balik rumah.

724
00:41:20,644 --> 00:41:24,106
Saya ada idea lebih baik.
Awak pernah makan sandwic celup Perancis?

725
00:41:25,900 --> 00:41:28,360
Saya potong semua sudut
menjadi satu rakaman panjang

726
00:41:28,360 --> 00:41:31,530
supaya kita boleh jejak Glory Days
sepanjang masa dia di sana.

727
00:41:31,530 --> 00:41:35,201
Bermula pada pukul 9:41,
mengikut cap masa.

728
00:41:35,201 --> 00:41:37,620
Okey. Mainkannya, Scorsese.

729
00:41:41,332 --> 00:41:43,667
Ini dia, berjalan ke lobi.

730
00:41:48,923 --> 00:41:53,469
Menuju ke depan lif,
tempat dia periksa telefonnya.

731
00:41:55,971 --> 00:42:00,726
Dia akan naik ke tingkat lapan,
mungkin ke bilik 837,

732
00:42:00,726 --> 00:42:04,355
tempat Daniel Price sepatutnya berada.

733
00:42:05,689 --> 00:42:08,067
Di sinilah keadaan jadi gelap.

734
00:42:08,567 --> 00:42:13,614
Ada isu privasi kalau ada kamera
di tingkat dengan bilik tetamu, jadi...

735
00:42:15,616 --> 00:42:20,287
{\an8}Baru lima minit berlalu,
yang mengesahkan ceritanya

736
00:42:20,287 --> 00:42:24,083
{\an8}yang dia pergi ke bilik itu dan ketuk,
tapi tiada sesiapa di sana.

737
00:42:24,083 --> 00:42:26,418
Dia nak kembali untuk tanya
jika dia salah bilik.

738
00:42:26,418 --> 00:42:27,836
Tengok saja.

739
00:42:34,301 --> 00:42:35,386
Tengok lelaki ini.

740
00:42:41,350 --> 00:42:43,852
Mungkin cuma kebetulan, bukan?

741
00:42:43,852 --> 00:42:46,230
Mungkin. Tapi...

742
00:43:02,788 --> 00:43:03,956
Biar betul.

743
00:43:23,809 --> 00:43:24,810
Dia mengekorinya.

744
00:43:24,810 --> 00:43:26,020
Ya.

745
00:43:29,690 --> 00:43:32,651
- Jadi, persoalan sebenar ialah...
- Siapa lelaki bertopi itu?

746
00:43:32,651 --> 00:43:35,696
<i>Kami tak tahu lagi
dan mustahil boleh dapat nombor platnya</i>

747
00:43:35,696 --> 00:43:40,951
daripada imej, tapi kereta itu mirip
Civic hijau gelap dengan tingkap gelap.

748
00:43:40,951 --> 00:43:42,870
Petunjuk pertama kita. Mari kita siasat.

749
00:43:42,870 --> 00:43:46,248
Tanpa nombor plat,
pasti lama untuk menjejaki kereta itu.

750
00:43:46,248 --> 00:43:47,166
<i>Siasat saja.</i>

751
00:43:47,166 --> 00:43:49,251
Terima kasih, Cisco.
Kita berbual esok pagi.

752
00:43:49,251 --> 00:43:51,337
<i>- Baik. Selamat malam, Mick.</i>
- Selamat malam.

753
00:44:04,433 --> 00:44:05,392
Ini dia.

754
00:44:06,477 --> 00:44:07,311
Terima kasih.

755
00:44:08,062 --> 00:44:11,065
Awak pasti tak mahu apa-apa?
Maaf, mereka tak ada salad.

756
00:44:11,065 --> 00:44:15,444
Tak apa. Saya ada dada ayam
dan brokoli menunggu di rumah.

757
00:44:16,278 --> 00:44:18,989
Awak cakap macam bekas isteri saya, Eddie.
Yang pertama.

758
00:44:21,283 --> 00:44:23,619
- Boleh saya tanya satu soalan?
- Boleh.

759
00:44:23,619 --> 00:44:27,539
Apa jadi dengan Pn. Haller dan Hayley?
Kenapa mereka pindah?

760
00:44:31,710 --> 00:44:33,420
Maaf. Saya tak berniat
nak menyedihkan awak.

761
00:44:33,420 --> 00:44:35,089
Tak apa.

762
00:44:36,131 --> 00:44:37,174
Begini,

763
00:44:38,967 --> 00:44:40,552
Maggie dapat kerja lebih baik

764
00:44:40,552 --> 00:44:43,555
dan Hayley pindah dengan ibunya.

765
00:44:44,264 --> 00:44:46,684
Saya masih jumpa dia.
Tak sekerap yang saya mahu.

766
00:44:49,770 --> 00:44:53,148
Sejujurnya, bukan sebab dia dapat
kerja lebih baik. Sebab...

767
00:44:54,483 --> 00:44:57,027
Sebab kerja saya.
Ada banyak masalah, Eddie.

768
00:44:57,027 --> 00:44:59,363
- Bunyinya agak rumit.
- Ya.

769
00:45:02,032 --> 00:45:04,076
LeBron James mengubah hidup saya.

770
00:45:05,285 --> 00:45:08,455
Saya pernah dengar
satu aplikasi meditasi suatu hari.

771
00:45:08,455 --> 00:45:12,000
Dia kata sesuatu
tentang belajar untuk berdiam diri

772
00:45:12,000 --> 00:45:15,170
supaya kita boleh dengar
apa yang hati kita perlukan.

773
00:45:15,754 --> 00:45:18,966
Apa-apa pun, ia buat saya nampak
yang saya terlalu banyak bekerja

774
00:45:18,966 --> 00:45:21,009
dan tak buat apa yang buat saya gembira.

775
00:45:21,635 --> 00:45:25,055
Saya tak membenarkan diri saya
jadi Eddie Rojas yang terbaik.

776
00:45:26,098 --> 00:45:29,643
Mungkin awak perlu
berdiam diri sedikit, En. Haller.

777
00:45:34,982 --> 00:45:37,317
Terima kasih, Eddie.
Saya hargai nasihat awak.

778
00:45:39,361 --> 00:45:41,822
Apa kata awak ambil cuti malam ini?

779
00:45:41,822 --> 00:45:43,031
Okey? Naik Uber.

780
00:45:43,031 --> 00:45:44,783
- Balik kepada brokoli itu.
- Awak pasti?

781
00:45:44,783 --> 00:45:47,369
Saya akan duduk di sini
dan relaks sedikit.

782
00:45:48,120 --> 00:45:48,954
Baiklah.

783
00:45:48,954 --> 00:45:50,038
- Ya.
- Terima kasih.

784
00:45:50,622 --> 00:45:52,124
- Selamat tinggal, <i>jefe.</i>
- Hei.

785
00:46:53,685 --> 00:46:55,437
Awak dengar nasihat saya, peguam?

786
00:46:56,021 --> 00:46:57,940
Pasti masalah awak sudah hilang.

787
00:46:58,982 --> 00:47:01,068
Mungkin saya cuma suka
sandwic celup Perancis.

788
00:47:01,068 --> 00:47:05,030
Awak datang ke tempat yang betul.
Kedai sandwic celup Perancis yang asli.

789
00:47:07,282 --> 00:47:08,242
Saya tak setuju.

790
00:47:09,159 --> 00:47:10,118
Apa dia?

791
00:47:10,869 --> 00:47:14,081
Kedai sandwic celup Perancis
yang asli ialah Philippe's.

792
00:47:14,790 --> 00:47:16,834
Ya. Cole's cuma peniru.

793
00:47:16,834 --> 00:47:19,253
Comel, tapi salah.

794
00:47:20,254 --> 00:47:21,839
Mohon rekod mencatatkan

795
00:47:21,839 --> 00:47:25,509
sandwic celup Perancis
dicipta pada tahun 1908

796
00:47:25,509 --> 00:47:27,761
apabila cefnya berada di Cole's,

797
00:47:27,761 --> 00:47:30,639
merendam roti
dalam titisan air daging lembu

798
00:47:30,639 --> 00:47:32,641
untuk pelanggan yang lemah gusi.

799
00:47:32,641 --> 00:47:35,811
Dakwaan itu disangkal
kerana tak cukup bukti.

800
00:47:35,811 --> 00:47:39,064
Sandwic celup Perancis
bermula pada tahun 1918,

801
00:47:39,064 --> 00:47:43,068
apabila seorang cef Perancis, Philippe,
memotong sandwic untuk seorang ahli bomba

802
00:47:43,068 --> 00:47:46,530
dan roti itu terjatuh
ke dalam kuali panggang.

803
00:47:47,114 --> 00:47:49,032
Sebab itu namanya sandwic celup Perancis.

804
00:47:49,032 --> 00:47:52,578
Ya, tapi bukankah yang itu dicipta
dengan daging khinzir, peguam?

805
00:47:53,662 --> 00:47:55,372
Betul.

806
00:47:55,372 --> 00:47:57,916
Itu sandwic yang dicipta di Philippe's.

807
00:47:57,916 --> 00:48:00,669
Sandwic klasik dan asli
dengan daging lembu panggang

808
00:48:00,669 --> 00:48:02,629
dibuat di Cole's.

809
00:48:05,507 --> 00:48:09,177
Okey. Jika awak begitu berminat,
jomlah kita makan bersama.

810
00:48:10,429 --> 00:48:12,180
Saya tak boleh.

811
00:48:12,180 --> 00:48:13,932
Saya gunakan kerja sebagai alasan

812
00:48:13,932 --> 00:48:16,727
untuk menyelinap pergi
daripada parti naik pangkat seseorang.

813
00:48:16,727 --> 00:48:19,730
Lagipun, jika mereka nampak saya
duduk dengan peguam bela,

814
00:48:19,730 --> 00:48:21,523
mereka takkan berhenti membebel.

815
00:48:22,357 --> 00:48:25,152
Mari tamatkan perbahasan kita lain kali.

816
00:48:27,362 --> 00:48:29,698
- Selamat malam, Haller.
- Peguam.

817
00:48:39,625 --> 00:48:42,419
Kawan, awak ada kotak untuk bungkus?

818
00:48:42,419 --> 00:48:43,337
Ya, saya ada.

819
00:48:48,216 --> 00:48:49,635
Saya ubah fikiran.

820
00:48:50,427 --> 00:48:52,804
Kalau awak tak nak makan,
saya makan. Tumpang duduk.

821
00:48:57,559 --> 00:48:58,644
Tak payah kotak.

822
00:49:00,437 --> 00:49:01,271
Jadi...

823
00:49:07,444 --> 00:49:09,613
PENCIPTA SANDWIC CELUP PERANCIS

824
00:49:11,156 --> 00:49:13,158
DITUBUHKAN PADA TAHUN 1908

825
00:49:14,993 --> 00:49:17,746
SANDWIC CELUP PERANCIS

826
00:49:27,506 --> 00:49:29,549
BERDASARKAN NOVEL OLEH MICHAEL CONNELLY

827
00:51:09,107 --> 00:51:13,320
Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi

