1
00:00:36,453 --> 00:00:39,581
LIMA BELAS TAHUN LALU

2
00:00:39,706 --> 00:00:40,540
Haller!

3
00:00:42,167 --> 00:00:44,461
- Hei, sayang.
- Hei! Buat apa di sini?

4
00:00:47,922 --> 00:00:49,215
Terkejut saya.

5
00:00:49,215 --> 00:00:51,301
Ya, saya tak perlu masuk awal.

6
00:00:51,301 --> 00:00:54,971
Saya ingat nak tengok awak beraksi.
Nampaknya saya lewat.

7
00:00:55,513 --> 00:00:58,016
- Bagaimana terapi pagi awak?
- Seronok.

8
00:00:58,016 --> 00:01:00,310
Lebih murah daripada kelas yoga awak.

9
00:01:00,310 --> 00:01:02,437
Asalkan awak tak masuk hospital.

10
00:01:03,229 --> 00:01:04,898
Maggie, itu takkan berlaku.

11
00:01:04,898 --> 00:01:06,900
Saya tak pandai jadi jururawat.

12
00:01:06,900 --> 00:01:08,401
- Awak tak pandai?
- Ya.

13
00:01:08,401 --> 00:01:09,360
Tidak.

14
00:01:10,487 --> 00:01:12,572
- Alamak!
- Apa?

15
00:01:12,572 --> 00:01:15,575
Esperanza tak dapat datang hari ini.
Dia selesema.

16
00:01:16,076 --> 00:01:18,036
Boleh awak jemput Hayley
dari pusat jagaan?

17
00:01:18,036 --> 00:01:19,245
- Hari ini?
- Ya.

18
00:01:19,746 --> 00:01:22,207
- Saya ada perbicaraan.
- Siapa?

19
00:01:22,207 --> 00:01:25,085
Barnett Woodsen?
Apa susah? Mengaku bersalah.

20
00:01:25,085 --> 00:01:27,170
Itu yang awak mahu, bukan?

21
00:01:28,088 --> 00:01:30,465
Boleh. Saya jemput dia selepas selesai.

22
00:01:30,465 --> 00:01:32,592
Tapi awak belanja minum
jika saya bebaskan Woodsen.

23
00:01:32,592 --> 00:01:34,761
Baiklah, Haller.

24
00:01:34,761 --> 00:01:36,805
Eddie boleh mengasuh hari Jumaat.

25
00:01:36,805 --> 00:01:39,390
- Kita boleh keluar makan.
- Baguslah.

26
00:01:39,390 --> 00:01:41,434
Banyak restoran kita perlu cuba.

27
00:01:41,935 --> 00:01:45,355
Tapi Eddie sangat kecil.
Hayley boleh tolak dia.

28
00:01:47,273 --> 00:01:49,859
Saya perlu bersiap.
Terima kasih jemput dia.

29
00:01:49,859 --> 00:01:50,819
Ya.

30
00:01:51,569 --> 00:01:53,321
- Saya sayang awak.
- Saya sayang awak.

31
00:01:54,697 --> 00:01:56,366
- Selamat jalan!
- Selamat tinggal!

32
00:03:06,477 --> 00:03:09,063
<i>Awak hadir untuk ujian balistik, detektif.</i>

33
00:03:09,063 --> 00:03:11,357
Boleh awak ringkaskan
keputusannya untuk kami?

34
00:03:11,357 --> 00:03:12,525
Baiklah.

35
00:03:12,525 --> 00:03:15,445
Jaluran daripada peluru ujian sepadan

36
00:03:15,445 --> 00:03:18,448
dengan peluru yang didapatkan
daripada mangsa, yang mengesahkan

37
00:03:18,448 --> 00:03:21,159
bahawa pistol di dalam but En. Woodsen

38
00:03:21,159 --> 00:03:23,953
- sebenarnya, senjata pembunuhan.
- Terima kasih, detektif.

39
00:03:27,248 --> 00:03:28,249
En. Haller?

40
00:03:29,250 --> 00:03:30,710
Ya, Yang Arif.

41
00:03:31,961 --> 00:03:33,796
Selamat pagi, Detektif Bishop.

42
00:03:34,297 --> 00:03:38,551
Nama saya Michael Haller.
Saya bekerja untuk Pejabat Pembela Awam.

43
00:03:38,551 --> 00:03:39,886
Saya kenal awak.

44
00:03:39,886 --> 00:03:43,640
Kalau begitu, awak juga tahu klien saya
mungkin berdepan hukuman mati,

45
00:03:43,640 --> 00:03:46,601
jadi saya nak pastikan
semuanya mengikut prosedur.

46
00:03:46,601 --> 00:03:49,270
- Baik.
- Saya mahu pastikan saya jelas.

47
00:03:49,270 --> 00:03:50,855
Jadi, awak dapat maklumat

48
00:03:50,855 --> 00:03:53,942
tentang En. Woodsen
daripada seorang saksi tak dikenali?

49
00:03:53,942 --> 00:03:55,151
Betul.

50
00:03:55,151 --> 00:03:58,571
Kemudian awak dapat waran
untuk geledah rumah En. Woodsen

51
00:03:58,571 --> 00:04:00,657
menurut sumber tak bernama ini?

52
00:04:00,657 --> 00:04:03,910
Istilahnya ialah "pemberi maklumat sulit".

53
00:04:03,910 --> 00:04:05,662
Semuanya prosedur standard.

54
00:04:06,246 --> 00:04:09,082
Betul. Baiklah. Dalam penggeledahan itu,

55
00:04:09,082 --> 00:04:11,876
awak jumpa pistol itu
di dalam but kereta En. Woodsen?

56
00:04:11,876 --> 00:04:12,794
Betul.

57
00:04:12,794 --> 00:04:16,089
Ingatkan kami, detektif,
di mana kereta itu diletakkan?

58
00:04:16,673 --> 00:04:18,424
Di garaj En. Woodsen.

59
00:04:18,424 --> 00:04:19,842
Bukan di jalan masuk?

60
00:04:20,343 --> 00:04:21,678
Tiada jalan masuk.

61
00:04:21,678 --> 00:04:24,305
- Garajnya terus menghadap jalan.
- Begitu.

62
00:04:24,305 --> 00:04:27,809
Disebabkan kereta itu di dalam garaj,
bukan di jalan,

63
00:04:27,809 --> 00:04:29,894
ia termasuk dalam waran geledah awak.

64
00:04:29,894 --> 00:04:33,314
Sebab waran itu hanya untuk rumah
dan premis En. Woodsen, betul?

65
00:04:33,314 --> 00:04:34,816
Betul.

66
00:04:35,984 --> 00:04:38,695
Boleh awak beritahu kami cuaca malam itu?

67
00:04:39,320 --> 00:04:41,155
- Cuaca?
- Ya, cuaca.

68
00:04:41,155 --> 00:04:42,949
Mendung? Hujan?

69
00:04:43,449 --> 00:04:48,413
Cuaca mendung.
Ya, hujan mula turun satu ketika.

70
00:04:48,413 --> 00:04:53,167
Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan,
hujan mula turun kira-kira 11:00 malam.

71
00:04:53,167 --> 00:04:54,585
Menurut laporan awak,

72
00:04:54,585 --> 00:04:58,256
awak geledah rumah klien saya
pada pukul 10:30, betul?

73
00:04:58,256 --> 00:05:00,174
Jika itu yang tertulis, ya.

74
00:05:00,675 --> 00:05:02,969
Hujan belum turun semasa awak sampai?

75
00:05:02,969 --> 00:05:04,971
Belum.

76
00:05:04,971 --> 00:05:07,598
Maaf. Yang Arif, apa tujuan soalan ini?

77
00:05:07,598 --> 00:05:09,225
Ya, ada tujuan.

78
00:05:09,934 --> 00:05:13,896
Detektif, adakah ini pistol
yang awak jumpa di dalam but klien saya?

79
00:05:17,191 --> 00:05:18,568
Ya, betul.

80
00:05:18,568 --> 00:05:21,779
Di dalam keretanya,
yang menurut awak, diletakkan di garajnya?

81
00:05:21,779 --> 00:05:24,407
Yang Arif, saya nak minta rehat sekejap.

82
00:05:24,407 --> 00:05:26,701
Rehat takkan membantu awak, En. Vincent.

83
00:05:26,701 --> 00:05:28,870
Awak beri keterangan
bahawa hujan tidak turun

84
00:05:28,870 --> 00:05:31,247
sehingga selepas awak tiba
di rumah klien saya

85
00:05:31,247 --> 00:05:34,250
dan bahawa keretanya diletakkan
di garaj apabila awak tiba.

86
00:05:34,250 --> 00:05:36,127
Jadi, beritahu kami, detektif,

87
00:05:36,127 --> 00:05:39,464
jika kereta itu diletakkan di garaj
sebelum hujan turun,

88
00:05:39,964 --> 00:05:41,883
kenapa ada hujan pada bamparnya?

89
00:05:42,717 --> 00:05:45,303
Melainkan, sudah tentu,
kereta itu tiada di garaj

90
00:05:45,303 --> 00:05:47,221
dan ia diletakkan di tepi jalan,

91
00:05:47,221 --> 00:05:50,391
yang akan meletakkannya
di luar skop waran awak.

92
00:05:50,933 --> 00:05:52,602
Ada apa-apa komen, detektif?

93
00:05:55,146 --> 00:05:57,231
Saya berpegang pada testimoni saya.

94
00:05:59,484 --> 00:06:01,361
Yang Arif, pihak pembela akan menolak.

95
00:06:01,361 --> 00:06:05,656
Hujah Rakyat hanya berdasarkan
bukti hasil penggeledahan yang haram,

96
00:06:05,656 --> 00:06:07,283
dan oleh itu, tak boleh diterima.

97
00:06:07,283 --> 00:06:10,745
Yang Arif, saya mahu beri jawapan
pada penghujung minggu.

98
00:06:10,745 --> 00:06:14,665
Awak ada sehingga penghujung hari ini,
En. Vincent. Bukannya penting pun.

99
00:06:14,665 --> 00:06:18,086
Lain kali,
periksa semua butiran betul-betul.

100
00:06:33,518 --> 00:06:35,228
Bangga dengan diri sendiri, peguam?

101
00:06:35,937 --> 00:06:39,857
Gembira dapat pergi dari sini
untuk jemput anak saya. Tumpang lalu.

102
00:06:40,400 --> 00:06:42,819
Klien awak pembunuh dan awak pun tahu.

103
00:06:43,361 --> 00:06:45,738
Awak patut fikirkannya
sebelum langgar peraturan.

104
00:06:45,738 --> 00:06:47,573
Itu salah awak, detektif, bukan saya.

105
00:06:48,074 --> 00:06:49,575
Awak pula ikut peraturan?

106
00:06:50,993 --> 00:06:54,705
Semua peguam macam awak
cuma meringan-ringankannya untuk menang.

107
00:06:55,206 --> 00:06:56,999
Ya, kita berdua buat begitu.

108
00:06:56,999 --> 00:06:58,960
Tolong berambus dari sini.

109
00:06:59,752 --> 00:07:01,379
Helah awak ini, Haller,

110
00:07:01,379 --> 00:07:03,923
ada orang akan mati kerana awak.

111
00:07:05,133 --> 00:07:06,717
Cubalah renungkannya.

112
00:07:31,159 --> 00:07:33,369
Kenapa awak tak beritahu
orangnya Glory Days?

113
00:07:33,953 --> 00:07:36,372
- Siapa?
- Pembunuhan yang awak dituduh.

114
00:07:36,372 --> 00:07:39,500
Giselle Dallinger.
Saya kenal dia sebagai Glory Days.

115
00:07:39,500 --> 00:07:41,711
Saya tak pernah dengar nama itu.

116
00:07:41,711 --> 00:07:43,754
Ketika kami jumpa,
dia kata namanya Giselle.

117
00:07:43,754 --> 00:07:45,423
Bila?

118
00:07:45,423 --> 00:07:46,841
Setahun lalu.

119
00:07:46,841 --> 00:07:49,594
Seorang lagi klien saya
memperkenalkan kami, Stacy.

120
00:07:49,594 --> 00:07:51,762
"Klien"? Apa maksud awak "klien"?

121
00:07:52,263 --> 00:07:55,933
Saya pengurus untuk orang
dalam bidang kerja Giselle.

122
00:07:55,933 --> 00:07:57,685
Awak... bapa ayam?

123
00:07:57,685 --> 00:07:59,228
Tak, bukan begitu.

124
00:07:59,228 --> 00:08:02,565
Saya pemudah cara.
Latar belakang saya pengekodan.

125
00:08:02,565 --> 00:08:05,568
Saya ada laman web yang selamat,
penyulitan hujung ke hujung.

126
00:08:05,568 --> 00:08:08,821
Klien saya menarik pelanggan.
Saya sahkan mereka sebelum berjumpa.

127
00:08:09,322 --> 00:08:10,615
Menghilangkan bahaya.

128
00:08:10,615 --> 00:08:11,616
Betulkah?

129
00:08:12,992 --> 00:08:15,286
Ia bukan cara paling mulia
untuk menyara hidup,

130
00:08:15,286 --> 00:08:17,413
tapi saya tak pernah memaksa sesiapa.

131
00:08:17,413 --> 00:08:19,999
Saya cuma bekerja
dengan orang yang sudah buat begini.

132
00:08:19,999 --> 00:08:22,001
Saya bantu mereka bekerja lebih selamat.

133
00:08:22,919 --> 00:08:24,128
Setidaknya saya sangka begitu.

134
00:08:24,128 --> 00:08:27,882
Berapa banyak untung awak dapat
bagi perkhidmatan ini?

135
00:08:27,882 --> 00:08:28,925
Dua puluh peratus.

136
00:08:29,800 --> 00:08:32,470
Lebih untung daripada bapa ayam biasa,
saya bayangkan.

137
00:08:36,390 --> 00:08:38,768
Stacy yang perkenalkan awak
kepada Glory Days ini...

138
00:08:38,768 --> 00:08:40,311
saya perlu cakap dengan dia.

139
00:08:40,811 --> 00:08:43,981
Okey. Pasangan saya, David,
boleh dapatkan maklumatnya.

140
00:08:44,482 --> 00:08:45,650
"Pasangan"?

141
00:08:45,650 --> 00:08:47,860
Pasangan hidup, bukan rakan niaga.

142
00:08:47,860 --> 00:08:50,321
Tidak, David tak mahu terlibat langsung.

143
00:08:50,321 --> 00:08:53,241
Dia... merayu supaya saya berhenti.

144
00:08:53,241 --> 00:08:55,368
Tahun ini sepatutnya tahun terakhir saya.

145
00:08:55,368 --> 00:08:58,287
Saya akan ada wang cukup
untuk berhenti dan...

146
00:09:02,333 --> 00:09:06,546
Jadi, pada malam Glory Days mati,
beritahu saya apa yang berlaku.

147
00:09:07,630 --> 00:09:09,257
Okey, beginilah. Saya...

148
00:09:10,132 --> 00:09:11,884
Saya ada di rumahnya malam itu.

149
00:09:11,884 --> 00:09:14,262
Rasanya tiada siapa nampak saya,
tapi saya di sana.

150
00:09:15,012 --> 00:09:15,846
Kenapa?

151
00:09:16,681 --> 00:09:18,558
Dia berhutang dengan saya.

152
00:09:20,142 --> 00:09:23,604
Ia bukan seperti sangkaan awak.
Adakah rupa saya macam kaki pukul?

153
00:09:23,604 --> 00:09:25,398
Rupa boleh menipu, Julian.

154
00:09:25,898 --> 00:09:29,402
Saya tak buat begitu, okey?
Saya tak buat begitu.

155
00:09:30,027 --> 00:09:31,279
Kamu berdua bergaduh?

156
00:09:32,655 --> 00:09:34,865
Ya! Giselle khayal,

157
00:09:34,865 --> 00:09:37,118
yang merupakan masalah dia
yang berterusan.

158
00:09:37,118 --> 00:09:40,454
Dia berkelakuan gila.
Dia serang saya, bukan sebaliknya.

159
00:09:40,454 --> 00:09:42,373
Saya cuma tolak dia.

160
00:09:42,373 --> 00:09:44,625
Dia sepatutnya ada
dua janji temu hari itu,

161
00:09:44,625 --> 00:09:47,962
tapi tiada semua duitnya
sebab lelaki kedua tak datang.

162
00:09:47,962 --> 00:09:49,505
Awak percayakan dia?

163
00:09:49,505 --> 00:09:53,134
Tidak, tapi tiada apa-apa
saya boleh buat, jadi saya pergi.

164
00:09:53,134 --> 00:09:57,263
Mungkin waktu itu pukul 11:00
dan dia okey semasa saya pergi. Sumpah.

165
00:09:58,681 --> 00:10:02,476
Saya sangat sukai Giselle.
Semasa dia tak ketagih dadah.

166
00:10:02,476 --> 00:10:04,687
Sebab itu saya cari awak.
Sebab dia yang suruh.

167
00:10:04,687 --> 00:10:06,397
Dia kata awak yang terbaik.

168
00:10:09,567 --> 00:10:12,236
Entahlah, Julian. Semua ini terlalu rumit.

169
00:10:12,236 --> 00:10:13,863
Saya ambil berat akan dia.

170
00:10:13,863 --> 00:10:16,282
Percayalah, saya tak buat begini.

171
00:10:16,282 --> 00:10:17,199
Saya faham.

172
00:10:17,199 --> 00:10:20,077
Biasanya, ia tak penting.
Kali ini, penting.

173
00:10:21,203 --> 00:10:23,789
Saya akan dapatkan
pembacaan pertuduhan untuk awak.

174
00:10:23,789 --> 00:10:26,959
Selepas itu, saya perlukan masa
untuk fikirkannya, okey?

175
00:10:27,627 --> 00:10:29,920
Sementara itu,
bagaimana dengan bayaran saya?

176
00:10:29,920 --> 00:10:32,673
Duit bukan masalah.
Ia akan sampai pejabat awak pagi nanti.

177
00:10:33,382 --> 00:10:34,216
Saya cuma...

178
00:10:36,344 --> 00:10:38,346
Saya tak boleh tinggal di penjara.

179
00:10:38,888 --> 00:10:41,641
Awak faham? Saya tak boleh.
Saya takkan selamat di sini.

180
00:10:41,641 --> 00:10:43,684
Saya tak boleh buat apa-apa

181
00:10:43,684 --> 00:10:46,062
selain beritahu awak
apa saya beritahu semua klien.

182
00:10:46,062 --> 00:10:49,523
Buka mata dan tutup mulut.
Saya akan hubungi awak.

183
00:11:37,780 --> 00:11:39,448
HELO
DARI HAWAII

184
00:12:01,178 --> 00:12:02,596
Mak saya tinggal di Hawaii.

185
00:12:02,596 --> 00:12:07,143
Saya... Saya akan luangkan masa di sana.
Mungkin masa yang lama.

186
00:12:11,480 --> 00:12:12,398
Helo?

187
00:12:13,149 --> 00:12:14,525
Ya, ini Mickey Haller.

188
00:12:16,610 --> 00:12:17,695
Sekejap. Dia okey?

189
00:12:28,873 --> 00:12:29,707
Awak okey, Legal?

190
00:12:29,707 --> 00:12:31,834
Kamu tak perlu datang sampai sini.

191
00:12:31,834 --> 00:12:33,627
Sudah tentu perlu. Apa yang berlaku?

192
00:12:33,627 --> 00:12:37,673
Mereka tak suka keputusan
beberapa ujian yang mereka jalankan.

193
00:12:37,673 --> 00:12:39,383
Serangan jantung kecil.

194
00:12:39,383 --> 00:12:42,052
Legal, tiada serangan jantung kecil.

195
00:12:42,052 --> 00:12:45,681
Pada usia saya,
jika ia tak membunuh, ia kecil.

196
00:12:46,682 --> 00:12:48,058
Jangan berdiri saja.

197
00:12:48,058 --> 00:12:50,978
Beri saya sesuatu untuk difikirkan.
Alihkan perhatian saya.

198
00:12:50,978 --> 00:12:54,023
Awak sudah ada banyak masalah
tanpa mendengar masalah saya.

199
00:12:54,023 --> 00:12:58,068
Apa lagi saya nak buat?
Makan Jell-O? Tengok Court TV?

200
00:12:58,068 --> 00:13:00,237
Jika ada cerita, beritahulah saya.

201
00:13:02,364 --> 00:13:03,407
Awak memang gila.

202
00:13:04,158 --> 00:13:05,075
Baiklah.

203
00:13:05,785 --> 00:13:07,745
Ingat Glory Days?

204
00:13:07,745 --> 00:13:10,790
Pelacur itu.
Orang yang beri keterangan untuk kamu.

205
00:13:11,290 --> 00:13:12,625
Ya. Dia...

206
00:13:13,334 --> 00:13:15,544
dia kata dia akan pindah ke Hawaii.

207
00:13:15,544 --> 00:13:18,923
Berhenti jadi pelacur.
Dia juga hantar ini kepada saya.

208
00:13:20,633 --> 00:13:21,842
Jadi?

209
00:13:22,343 --> 00:13:23,636
Lihat cap pos itu.

210
00:13:23,636 --> 00:13:27,014
{\an8}Ia tak dihantar dari Hawaii.
Ia dihantar dari Van Nuys.

211
00:13:28,599 --> 00:13:31,060
Dia tipu saya.
Dia tak pernah tinggalkan LA.

212
00:13:31,060 --> 00:13:33,854
Dia cuma tukar nama, terus jadi pelacur.

213
00:13:33,854 --> 00:13:36,607
Kamu tak boleh selamatkan semua orang.

214
00:13:36,607 --> 00:13:38,108
Saya tahu, tapi...

215
00:13:39,151 --> 00:13:40,569
Tak, Legal, dia dah mati.

216
00:13:41,153 --> 00:13:42,571
Ada orang bunuh dia dan...

217
00:13:43,781 --> 00:13:47,618
lelaki yang dituduh bunuh dia
telefon saya kerana dia yang suruh.

218
00:13:47,618 --> 00:13:51,205
Saya ingat saya dah nampak semuanya
dengan ayah kamu.

219
00:13:52,581 --> 00:13:54,083
Jadi, siapa lelaki ini?

220
00:13:54,083 --> 00:13:58,003
Seorang pengurus.
Tapi rupanya bukan begitu.

221
00:13:58,003 --> 00:13:59,338
Rupa pembunuh?

222
00:13:59,338 --> 00:14:01,715
Percayalah, mereka ada macam-macam rupa.

223
00:14:01,715 --> 00:14:04,718
Saya tahu, tapi Glory berjaya lawan
Russell Lawson dua kali.

224
00:14:04,718 --> 00:14:06,929
Dia boleh lawan lelaki ini dengan mudah.

225
00:14:06,929 --> 00:14:09,223
Bagaimana dengan Russell Lawson?

226
00:14:09,223 --> 00:14:12,560
Saya tahu dia dipenjarakan,
tapi mungkin dia suruh orang lain buat?

227
00:14:12,560 --> 00:14:15,980
Tak, saya tak rasa begitu.
Russell bekerja sendiri.

228
00:14:16,480 --> 00:14:19,024
Dia suka membunuh sendiri,
bukan mengupah orang.

229
00:14:19,024 --> 00:14:20,734
Jadi, siapa lagi yang ada?

230
00:14:20,734 --> 00:14:23,529
Tentu Glory Days jumpa ramai lelaki pelik.

231
00:14:25,155 --> 00:14:26,574
Mungkin ada seorang.

232
00:14:27,449 --> 00:14:30,077
Untuk dapatkan Russell,
ingat tak saya jadikan Glory umpan?

233
00:14:30,077 --> 00:14:32,288
Ingat tak? Ia idea saya.

234
00:14:32,288 --> 00:14:33,789
Dia ditahan ketika itu.

235
00:14:33,789 --> 00:14:37,877
Kokaina, yang dia dapat
daripada bos kartel bernama Hector Moya.

236
00:14:38,794 --> 00:14:40,045
Saya buat perjanjian untuk dia.

237
00:14:40,045 --> 00:14:42,548
Dia laporkan Hector
supaya saya boleh keluarkan dia.

238
00:14:42,548 --> 00:14:44,550
Awak tak beritahu saya pun.

239
00:14:44,550 --> 00:14:46,802
Saya andaikan dia lakukannya tanpa nama.

240
00:14:46,802 --> 00:14:49,013
Betul, tapi macam mana kalau dia tahu?

241
00:14:49,013 --> 00:14:53,100
Lelaki kartel itu
jenis orang yang mahu balas dendam.

242
00:14:53,100 --> 00:14:56,854
Kamu dah buat apa
yang peguam bagus akan buat, nak.

243
00:14:56,854 --> 00:15:00,482
Kamu bebaskan klien kamu.
Ini bukan salah kamu.

244
00:15:02,109 --> 00:15:03,944
Kalau begitu, kenapa saya rasa bersalah?

245
00:15:05,738 --> 00:15:08,741
Saya tak tahu nak buat apa.
Ambil kes ini atau tak?

246
00:15:08,741 --> 00:15:10,784
Cuma kamu boleh menjawabnya.

247
00:15:11,285 --> 00:15:13,621
Apa-apa pun, kamu perlu berhati-hati.

248
00:15:13,621 --> 00:15:15,664
Ancaman kartel itu besar.

249
00:15:15,664 --> 00:15:17,875
Jika lelaki ini memburu pembelotnya,

250
00:15:17,875 --> 00:15:21,086
mana tahu dia akan buru peguamnya juga?

251
00:15:25,090 --> 00:15:27,217
Saya sudah agak awak akan cakap begitu.

252
00:15:32,306 --> 00:15:33,557
Awak buat saya takut.

253
00:15:34,475 --> 00:15:35,309
Bu.

254
00:15:42,942 --> 00:15:45,736
HECTOR MOYA ATAU HECTOR MORENO
PEMBUNUHAN DAN PENGEDARAN DADAH

255
00:15:45,736 --> 00:15:47,988
PEMBUNUHAN, KONSPIRASI
UNTUK TUJUAN PENGIMPORTAN

256
00:15:56,622 --> 00:15:59,333
KOKAINA, FENTANYL

257
00:15:59,333 --> 00:16:02,336
KARTEL TIJUANA
PEMBUNUHAN

258
00:16:14,974 --> 00:16:17,518
<i>Saya bukan pembelot, Mickey.
Awak pun tahu.</i>

259
00:16:17,518 --> 00:16:19,937
Dia boleh membahayakan saya.
Awak kata dia pengedar?

260
00:16:19,937 --> 00:16:21,146
<i>Awak nak kekal di penjara?</i>

261
00:17:04,732 --> 00:17:06,984
Selamat pagi, Izzy. Semuanya okey?

262
00:17:08,360 --> 00:17:09,570
Saya rasa begitu.

263
00:17:09,570 --> 00:17:13,699
Seorang lelaki bernama David
hantar bayaran untuk Julian La Cosse.

264
00:17:13,699 --> 00:17:15,075
Semuanya ada?

265
00:17:15,075 --> 00:17:17,619
Itu... Entahlah.

266
00:17:18,579 --> 00:17:19,496
Apa?

267
00:17:22,332 --> 00:17:23,333
Berat.

268
00:17:23,333 --> 00:17:26,503
Saya pernah dibayar dengan barang kemas,
tapi jongkong emas? Tak pernah.

269
00:17:26,503 --> 00:17:28,839
Dibayar? Awak ambil kes
semasa saya berbulan madu?

270
00:17:28,839 --> 00:17:32,217
Apa kamu berdua buat di sini?
Bukankah kamu sepatutnya di Los Cabos?

271
00:17:32,217 --> 00:17:33,177
Hujan tak berhenti.

272
00:17:33,177 --> 00:17:36,805
Kami akan ambil masa sebulan di Itali,
sebaik awak beri kami cuti sebulan,

273
00:17:36,805 --> 00:17:38,057
yang takkan pernah berlaku.

274
00:17:38,057 --> 00:17:40,267
- Emas betul?
- Itu yang kita perlu siasat.

275
00:17:40,267 --> 00:17:42,603
Jumpa Marvin Beedleman. Dia tahu nilainya.

276
00:17:42,603 --> 00:17:45,856
Telefon pejabat Marvin dulu.
Awak tak tahu bila masa dia tidur.

277
00:17:45,856 --> 00:17:48,025
- Jadi, kes apa ini?
- Glory Days.

278
00:17:48,025 --> 00:17:49,234
Kenapa dengan dia?

279
00:17:49,860 --> 00:17:52,154
Dia dah mati.

280
00:17:52,154 --> 00:17:53,405
Dia dibunuh.

281
00:17:53,989 --> 00:17:54,907
- Apa?
- Ya.

282
00:17:54,907 --> 00:17:56,575
Lelaki yang ditangkap cari saya.

283
00:17:56,575 --> 00:17:58,368
Saya simpati tentang bulan madu itu,

284
00:17:58,368 --> 00:18:00,537
tapi baguslah kamu kembali
sebab saya perlu bantuan.

285
00:18:00,537 --> 00:18:01,663
Dibunuh?

286
00:18:02,247 --> 00:18:03,665
Dia tinggal di Hawaii.

287
00:18:03,665 --> 00:18:05,084
Panjang ceritanya.

288
00:18:05,084 --> 00:18:08,337
Saya rasa itu cerita lain
daripada cerita yang polis beritahu.

289
00:18:08,337 --> 00:18:10,089
Ya. Ingat nama Hector Moya?

290
00:18:10,089 --> 00:18:14,051
Si kartel dadah. Awak rasa
dia dapat tahu Gloria yang laporkan?

291
00:18:14,051 --> 00:18:16,470
Saya perlu pertimbangkan kemungkinannya.

292
00:18:16,970 --> 00:18:20,057
Maggie boleh beritahu awak
di mana mahkamah hantar dia, bukan?

293
00:18:20,057 --> 00:18:22,643
Saya tak rasa
mahkamah hantar dia ke mana-mana.

294
00:18:22,643 --> 00:18:24,686
Malam tadi, saya buat kajian.

295
00:18:24,686 --> 00:18:27,147
Saya cari kes dia
dalam pangkalan data mahkamah.

296
00:18:27,147 --> 00:18:28,273
Saya tak jumpa apa-apa,

297
00:18:28,273 --> 00:18:30,359
yang buat saya fikir
mungkin polis persekutuan terlibat.

298
00:18:30,359 --> 00:18:33,737
Atau dia keluar sebab dia buat perjanjian
untuk laporkan orang lain.

299
00:18:33,737 --> 00:18:35,864
Ingatkan saya
untuk tingkatkan perlindungan insurans.

300
00:18:35,864 --> 00:18:37,282
Jika sesuatu berlaku kepada saya,

301
00:18:37,282 --> 00:18:40,035
saya cuma nak pastikan
Winston ada semuanya.

302
00:18:41,036 --> 00:18:42,579
Lorna, awak akan selamat.

303
00:18:42,579 --> 00:18:45,666
Ya, tapi bagaimana dengan awak?
Awak pasti tentang ini?

304
00:18:45,666 --> 00:18:47,543
Saya tak pasti tentang apa-apa,

305
00:18:47,543 --> 00:18:49,711
tapi saya perlu pasti
jika nak ambil kes ini.

306
00:18:49,711 --> 00:18:51,296
Awak nak ambil?

307
00:18:52,756 --> 00:18:55,300
Saya tak tahu. Yang ini hal peribadi.

308
00:18:55,300 --> 00:18:57,052
Baguslah.

309
00:18:58,428 --> 00:19:00,139
Apa-apa pun, pertama sekali,

310
00:19:00,139 --> 00:19:02,057
saya nak awak periksa tempat kejadian.

311
00:19:02,057 --> 00:19:03,600
Glory dibunuh di apartmennya.

312
00:19:03,600 --> 00:19:05,894
Bukan di rumah lamanya.
Dia ada identiti baharu.

313
00:19:05,894 --> 00:19:07,688
Semua maklumat ada dalam fail.

314
00:19:08,313 --> 00:19:10,107
Saya perlukan laporan autopsi.

315
00:19:10,607 --> 00:19:12,442
Pemeriksa perubatan kata... Sekejap.

316
00:19:12,442 --> 00:19:13,569
Hayley?

317
00:19:14,403 --> 00:19:16,613
Hei... Okey, tunggu. Apa yang berlaku?

318
00:19:16,613 --> 00:19:18,824
<i>Mereka tangkap Eddie.</i>

319
00:19:18,824 --> 00:19:20,075
Eddie? Siapa Eddie?

320
00:19:20,075 --> 00:19:23,245
Eddie Rojas. Pengasuh lama saya.
Ibunya pengasuh kanak-kanak saya.

321
00:19:23,245 --> 00:19:24,204
Eddie si kecil?

322
00:19:24,204 --> 00:19:26,915
Ya, mereka kata
dia curi kereta di Beverly Hills.

323
00:19:26,915 --> 00:19:30,460
Sayang, Eddie Rojas
tak dapat capai pedal pun.

324
00:19:30,460 --> 00:19:34,006
<i>Pn. Rojas telefon mak, tapi dia tak boleh
buat apa-apa dari San Diego.</i>

325
00:19:34,006 --> 00:19:36,341
Ayah perlu bantu dia.
Ada perbicaraan hari ini.

326
00:19:36,341 --> 00:19:38,427
Pembela awam suruh dia mengaku bersalah.

327
00:19:38,427 --> 00:19:41,805
Jika pembela awam rasa dia patut
buat rayuan, dia patut buat begitu.

328
00:19:41,805 --> 00:19:44,474
Dia bukan macam klien ayah
yang bersalah. Dia Eddie.

329
00:19:44,474 --> 00:19:47,269
<i>Okey? Tak mungkin
dia curi kereta seseorang.</i>

330
00:19:47,269 --> 00:19:50,063
<i>Ayah tak mahu buat
sesuatu yang baik sesekali?</i>

331
00:19:52,649 --> 00:19:53,817
Beverly Hills, ya?

332
00:20:15,964 --> 00:20:17,174
Eddie?

333
00:20:17,174 --> 00:20:19,843
- Eddie Rojas.
- En. Haller, apa awak buat di sini?

334
00:20:19,843 --> 00:20:22,679
Eddie, awak dah membesar, ya?

335
00:20:22,679 --> 00:20:25,807
Budak-budak asyik buli saya.
Mula bersenam di sekolah tinggi.

336
00:20:25,807 --> 00:20:28,518
- Baguslah.
- Tunggu. Awak akan ambil kes saya?

337
00:20:28,518 --> 00:20:30,729
Sebab saya tak nak mak saya ganggu awak...

338
00:20:30,729 --> 00:20:34,107
Tak apa. Saya pernah bekerja
dengan pembela awam awak.

339
00:20:34,107 --> 00:20:36,276
Hayley takkan cakap dengan saya
jika tak ambil.

340
00:20:36,276 --> 00:20:37,611
Ceritakan apa yang berlaku.

341
00:20:38,111 --> 00:20:41,573
Okey, saya tak pernah curi kereta sesiapa.
Bukan begitu.

342
00:20:41,573 --> 00:20:43,158
Okey. Jadi, apa yang berlaku?

343
00:20:43,659 --> 00:20:47,204
Saya ke Beverly Hills untuk jumpa kawan.
Dia pelayan di restoran mewah.

344
00:20:47,204 --> 00:20:48,705
Saya di luar apabila seorang lelaki

345
00:20:48,705 --> 00:20:50,707
berhenti dalam kereta Lambo
dengan isteri mudanya.

346
00:20:50,707 --> 00:20:51,875
Okey. Kemudian?

347
00:20:51,875 --> 00:20:53,585
Saya cuma buat hal sendiri.

348
00:20:53,585 --> 00:20:56,088
Bangsat ini baling kunci
dan sepuluh dolar kepada saya

349
00:20:56,088 --> 00:20:57,422
dan kata, "Letak berdekatan."

350
00:20:57,422 --> 00:20:59,049
Dia ingat awak penjaga valet.

351
00:20:59,049 --> 00:21:01,927
Betul. Ini bukan kali pertama
ia berlaku kepada saya.

352
00:21:01,927 --> 00:21:05,222
Lagipun, kedekut betul.
Lamborghini dan tip sepuluh dolar?

353
00:21:05,222 --> 00:21:08,350
Baiklah, kekalkan topik.
Apa awak buat kemudian?

354
00:21:09,226 --> 00:21:10,102
Okey.

355
00:21:11,687 --> 00:21:13,397
Saya ambilnya. Saya ambil kereta itu.

356
00:21:13,397 --> 00:21:17,609
Saya tak patut buat begitu. Saya patut
cakap yang dia salah, tapi saya tak curi.

357
00:21:17,609 --> 00:21:20,988
Saya tak curi kereta dia.
Saya letak di jalan sebelah.

358
00:21:20,988 --> 00:21:23,240
Saya cuma... Saya nak ajar dia.

359
00:21:23,240 --> 00:21:26,660
Jadi, dia beri awak kereta itu
melalui penipuan, mungkin?

360
00:21:26,660 --> 00:21:29,413
Ya. Penipuan yang dia cipta, bukan saya.

361
00:21:29,413 --> 00:21:32,457
Betul. Mungkin boleh dapatkan tuduhan
memandu tanpa kebenaran.

362
00:21:32,457 --> 00:21:33,792
Awak akan dapat tempoh percubaan.

363
00:21:33,792 --> 00:21:36,336
Kalau bertuah,
rekod boleh dipadamkan dalam setahun.

364
00:21:36,336 --> 00:21:37,713
Saya ada rekod selama setahun?

365
00:21:37,713 --> 00:21:40,257
Saya akan usahakannya.
Saya perlu makan sesuatu dulu.

366
00:21:40,257 --> 00:21:42,384
Saya belum sarapan. Awak nak sesuatu?

367
00:21:42,384 --> 00:21:45,470
Tidak. Saya tak makan
sebarang makanan proses, En. Haller.

368
00:21:45,470 --> 00:21:46,888
Awak nak lobak merah?

369
00:21:49,766 --> 00:21:52,352
Tak apa. Terima kasih.
Tunggu di sini, okey?

370
00:22:01,862 --> 00:22:04,656
Kami tempah bulan madu di Cabo
untuk duduk di pantai,

371
00:22:04,656 --> 00:22:06,616
bukan di lobi membuat susun suai gambar,

372
00:22:06,616 --> 00:22:10,704
yang hilang dua kepingan
yang bukan penjuru pun.

373
00:22:10,704 --> 00:22:13,790
Ya, inilah sebabnya tiada siapa tempah
dengan insurans perjalanan.

374
00:22:13,790 --> 00:22:16,460
Jika terkena hujan di pantai
bukan peristiwa dilindungi,

375
00:22:16,460 --> 00:22:18,462
apa itu sebenarnya peristiwa dilindungi?

376
00:22:20,047 --> 00:22:21,882
Awak kata Ebola?

377
00:22:23,550 --> 00:22:27,679
Okey, saya ada panggilan lain,
tapi perbualan ini masih belum berakhir.

378
00:22:27,679 --> 00:22:28,680
Tunggu sekejap.

379
00:22:29,473 --> 00:22:31,933
Hei, Izzy. Saya sedang bertengkar
dengan ejen insurans.

380
00:22:31,933 --> 00:22:33,769
Berapa bayaran jongkong emas itu?

381
00:22:33,769 --> 00:22:36,188
56 ribu. Saya dah masukkannya
dalam akaun syarikat.

382
00:22:36,188 --> 00:22:38,523
Lima puluh enam? Hallelujah.

383
00:22:38,523 --> 00:22:41,151
Hei, dengar sini.
Mickey ada masa petang ini?

384
00:22:41,651 --> 00:22:42,986
<i>Dia di mahkamah. Kenapa?</i>

385
00:22:42,986 --> 00:22:44,905
Saya sedang makan dengan kawan lama.

386
00:22:44,905 --> 00:22:47,199
Dia dapat tawaran
untuk reka tari satu rancangan TV,

387
00:22:47,199 --> 00:22:50,243
- tapi perlu periksa kontraknya.
- Saya boleh tolong periksa.

388
00:22:50,243 --> 00:22:53,080
- Awak tak kisah?
- Ia latihan yang bagus untuk saya.

389
00:22:53,080 --> 00:22:56,249
Saya takkan caj dia sebab,
secara teknikal, saya belum jadi peguam.

390
00:22:56,249 --> 00:22:59,628
Terima kasih, Lorna. Saya terhutang budi.
Saya akan bawa selepas makan.

391
00:22:59,628 --> 00:23:01,755
Tiada masalah. Jumpa nanti.

392
00:23:03,256 --> 00:23:04,466
Apa yang kita cakap tadi?

393
00:23:06,218 --> 00:23:08,428
Berani betul awak letak telefon.

394
00:23:11,139 --> 00:23:13,266
- Hai. Boleh saya bantu?
- Saya harap begitu.

395
00:23:13,266 --> 00:23:16,228
Nama saya David Lyons.
Saya yang bawa bayaran untuk Julian.

396
00:23:16,228 --> 00:23:17,396
Oh, ya. Jongkong emas.

397
00:23:17,396 --> 00:23:20,816
Ya, saya pasangan Julian.
Saya perlu cakap dengan Mickey. Dia ada?

398
00:23:20,816 --> 00:23:23,193
Mickey di mahkamah.

399
00:23:23,193 --> 00:23:26,196
Saya Lorna Crane. Saya bekerja
dengan Mickey. Boleh saya bantu?

400
00:23:26,196 --> 00:23:29,282
Saya nak cari jalan untuk keluarkan dia
dari penjara sebab dia...

401
00:23:29,783 --> 00:23:31,451
Dia... Sebab dia...

402
00:23:31,451 --> 00:23:34,996
Awak nak duduk?
Mungkin saya boleh ambilkan awak teh?

403
00:23:34,996 --> 00:23:38,041
Awak perlu faham. Julian bukan penjenayah.

404
00:23:38,041 --> 00:23:43,130
Dia cuma... seorang pakar IT.
Dia takkan selamat di sana.

405
00:23:45,715 --> 00:23:47,259
Saya nak awak bersedia.

406
00:23:47,884 --> 00:23:50,011
Julian dituduh membunuh.

407
00:23:50,595 --> 00:23:51,513
Tak kira siapa dia,

408
00:23:51,513 --> 00:23:54,099
mereka akan tetapkan ikat jamin tinggi,
jika mereka benarkan.

409
00:23:54,099 --> 00:23:57,227
Tak apa. Kami boleh bayar.
Ada lebih banyak emas.

410
00:23:58,353 --> 00:24:01,148
Saya cuma nak tanya,
kenapa bayar guna emas?

411
00:24:01,148 --> 00:24:02,441
Panjang ceritanya.

412
00:24:02,441 --> 00:24:06,653
Pendapatan Julian
mungkin tak boleh diterima LHDN.

413
00:24:06,653 --> 00:24:08,822
Lebih selamat
daripada simpan duit di bank.

414
00:24:09,698 --> 00:24:13,743
Kami merancang untuk keluar dari LA
tak lama lagi. Mungkin hidup di luar grid.

415
00:24:14,327 --> 00:24:15,454
Macam pengikhtiar hidup?

416
00:24:16,079 --> 00:24:18,415
Julian lebih suka istilah "realis".

417
00:24:21,042 --> 00:24:22,043
Awak tahu, kami...

418
00:24:23,044 --> 00:24:24,963
kami sudah lapan tahun bersama.

419
00:24:25,714 --> 00:24:28,550
Dia tak sempurna, tapi saya sayang dia.

420
00:24:29,885 --> 00:24:32,762
Dia tak bunuh sesiapa.
Dia tak mampu buat begitu.

421
00:24:33,472 --> 00:24:35,307
Saya harap hal ini tak membunuhnya.

422
00:24:38,310 --> 00:24:41,396
Lebih kurang pukul berapa, pegawai?

423
00:24:41,396 --> 00:24:42,314
Kira-kira 12:30.

424
00:24:42,314 --> 00:24:45,275
Ada makluman kecurian kereta.

425
00:24:45,275 --> 00:24:48,528
Saya nampak defendan berhenti di Crescent

426
00:24:48,528 --> 00:24:50,739
dalam kenderaan yang sepadan
dengan yang dicuri.

427
00:24:50,739 --> 00:24:52,032
Apa awak buat kemudian?

428
00:24:52,032 --> 00:24:53,408
Saya tahan defendan.

429
00:24:53,408 --> 00:24:56,495
Apabila jelas dia memiliki
kenderaan itu secara haram,

430
00:24:56,495 --> 00:24:57,871
saya tahan dia.

431
00:24:57,871 --> 00:24:59,372
Terima kasih, Pegawai Gibbons.

432
00:25:00,707 --> 00:25:02,209
Saksi awak, En. Haller.

433
00:25:03,752 --> 00:25:05,337
Pegawai Gibbons,

434
00:25:05,337 --> 00:25:08,632
lokasi yang awak nampak
En. Rojas letak kereta,

435
00:25:08,632 --> 00:25:10,050
kira-kira berapakah jauhnya

436
00:25:10,050 --> 00:25:12,636
dari lokasi kecurian kereta
yang dikatakan berlaku?

437
00:25:12,636 --> 00:25:14,304
Lebih kurang empat blok.

438
00:25:14,304 --> 00:25:15,430
Empat blok.

439
00:25:15,430 --> 00:25:17,641
Tak begitu jauh.

440
00:25:17,641 --> 00:25:18,892
Mengikut pengalaman awak,

441
00:25:18,892 --> 00:25:21,770
adakah biasa bagi seseorang
untuk mencuri kereta

442
00:25:21,770 --> 00:25:23,855
hanya untuk buangnya
empat blok dari lokasi asal?

443
00:25:23,855 --> 00:25:25,440
Tidak.

444
00:25:25,440 --> 00:25:28,276
- Tapi bukan itu saja yang dia buat.
- Maaf?

445
00:25:28,276 --> 00:25:30,111
Dalam siasatan,

446
00:25:30,111 --> 00:25:31,988
kami jumpa rakaman trafik

447
00:25:31,988 --> 00:25:35,867
menunjukkan bahawa defendan
telah memandu kereta itu secara meluas.

448
00:25:35,867 --> 00:25:39,371
Rakaman trafik? Yang Arif,
tiada sebarang rakaman trafik disebut...

449
00:25:39,371 --> 00:25:42,290
Kerana Pegawai Gibbons baru jumpa semalam.

450
00:25:42,290 --> 00:25:44,668
Yang Arif, saya belum sempat mengkajinya.

451
00:25:44,668 --> 00:25:48,255
Ini perbicaraan awal, En. Haller.
Bukan perbicaraan utama.

452
00:25:48,255 --> 00:25:50,549
Saya boleh beri awak 15 minit untuk kaji.

453
00:25:50,549 --> 00:25:53,009
- Tak apa, Yang Arif. Terima kasih.
- Baiklah.

454
00:25:53,009 --> 00:25:55,762
Kita berehat sekejap,
kemudian datang semula.

455
00:25:58,056 --> 00:26:00,308
Saya sangka awak cakap
awak cuma letak kereta.

456
00:26:00,308 --> 00:26:01,726
Ia sebuah Lamborghini.

457
00:26:01,726 --> 00:26:04,729
Saya bawanya jalan-jalan dulu.
Awak takkan buat begitu?

458
00:26:20,620 --> 00:26:22,706
Saya dah beritahu polis semua ini.

459
00:26:22,706 --> 00:26:26,001
Saya tahu, tapi kami ada klien
yang dibicarakan kerana membunuh,

460
00:26:26,001 --> 00:26:29,045
jadi... kita tak tahu
apa yang boleh membantu.

461
00:26:29,963 --> 00:26:32,215
Adakah dia tak bersalah? Klien awak?

462
00:26:32,215 --> 00:26:35,760
Sehingga dibuktikan bersalah.
Selalunya begitu.

463
00:26:38,430 --> 00:26:40,056
Oh. Awak nak satu?

464
00:26:40,056 --> 00:26:42,309
Ini Indica. Buat kita tenang.

465
00:26:42,309 --> 00:26:47,564
Tak, terima kasih. Hari ini banyak kerja
dan saya kena fokus.

466
00:26:54,029 --> 00:26:57,657
Jadi, awak boleh mula bercakap.

467
00:26:58,992 --> 00:26:59,826
Baiklah.

468
00:27:02,579 --> 00:27:04,623
Saya baru balik dari kerja

469
00:27:04,623 --> 00:27:07,459
apabila saya dengar
Giselle bergaduh dengan jiran sebelah.

470
00:27:07,459 --> 00:27:09,127
Boleh saya...

471
00:27:09,127 --> 00:27:10,045
Ya.

472
00:27:10,629 --> 00:27:12,047
Dinding awak nipis?

473
00:27:12,047 --> 00:27:12,964
Tidak.

474
00:27:12,964 --> 00:27:14,466
- Boleh saya ketuk?
- Ya.

475
00:27:18,637 --> 00:27:22,265
Awak selalu dengar jiran awak buat bising?

476
00:27:22,265 --> 00:27:25,935
Biasanya tak, tapi bunyinya kali ini kuat.

477
00:27:26,436 --> 00:27:30,607
Lelaki itu marah. Ya.
Dia asyik kata, "Jangan tipu saya!"

478
00:27:30,607 --> 00:27:32,484
Awak nampak muka dia?

479
00:27:33,193 --> 00:27:36,404
Tak, tapi apabila dia pergi,

480
00:27:37,030 --> 00:27:39,449
dia hempas pintu dengan kuat
sehingga dinding gegar.

481
00:27:40,325 --> 00:27:42,077
Tak lama kemudian, ada bau asap.

482
00:27:43,286 --> 00:27:44,120
Asap?

483
00:27:44,120 --> 00:27:46,206
Ya, daripada kebakaran di sebelah.

484
00:27:46,206 --> 00:27:47,749
Saya hubungi bomba,

485
00:27:47,749 --> 00:27:51,127
tapi apabila mereka sampai,
pemercik dah padamkannya.

486
00:27:51,127 --> 00:27:54,172
Ya, mereka pasang pemercik
di seluruh bangunan setahun lalu.

487
00:27:54,673 --> 00:27:56,633
Peraturan bandar raya.

488
00:27:57,592 --> 00:27:58,468
Betul.

489
00:27:59,469 --> 00:28:01,680
Boleh saya tanya satu perkara lagi?

490
00:28:02,222 --> 00:28:06,059
Adakah awak, secara kebetulan,
makan jeli itu malam itu?

491
00:28:07,435 --> 00:28:09,729
Tidak. Bukan semasa saya bekerja.

492
00:28:09,729 --> 00:28:14,526
Awak kata awak kerja penghantaran.
DoorDash?

493
00:28:14,526 --> 00:28:17,445
Tidak, ganja. Ya, saya hantar ganja.

494
00:28:19,406 --> 00:28:23,118
Kadangkala cendawan,
tapi itu kerja sampingan, jadi...

495
00:28:24,828 --> 00:28:25,662
Baiklah.

496
00:28:27,706 --> 00:28:31,543
En. Schwartz, ini rakaman
yang Pegawai Gibbons tunjukkan

497
00:28:31,543 --> 00:28:33,211
dari Lebuh Raya 405.

498
00:28:33,962 --> 00:28:35,630
Awak cam kenderaan ini?

499
00:28:35,630 --> 00:28:38,383
Ya, itu kereta saya.
Saya boleh tahu daripada nombor plat.

500
00:28:38,383 --> 00:28:42,637
Lelaki yang memandu kenderaan awak
dalam gambar, awak cam dia?

501
00:28:42,637 --> 00:28:44,514
Lelaki yang curi kereta saya.

502
00:28:45,348 --> 00:28:47,434
Adakah lelaki itu berada
di mahkamah hari ini?

503
00:28:48,518 --> 00:28:50,812
Dia. Yang duduk di sana.

504
00:28:50,812 --> 00:28:54,107
Mohon rekod menunjukkan bahawa saksi
telah mengenal pasti defendan.

505
00:28:54,107 --> 00:28:55,483
En. Schwartz,

506
00:28:56,151 --> 00:28:58,945
boleh awak gambarkan
kejadian malam itu untuk kami?

507
00:28:59,779 --> 00:29:01,906
Semuanya berlaku pantas,
tapi saya akan cuba.

508
00:29:01,906 --> 00:29:04,367
Saya berhenti di lampu merah
dalam perjalanan pulang.

509
00:29:04,367 --> 00:29:06,953
Saya biar bumbung kereta terbuka.
Apabila saya pandang atas,

510
00:29:06,953 --> 00:29:11,458
lelaki itu acukan pistol ke muka saya.

511
00:29:12,876 --> 00:29:16,212
Dia jerit mengarahkan saya
keluar kereta. Saya takut.

512
00:29:16,212 --> 00:29:18,423
Dia masuk kereta dan pandu pergi.

513
00:29:19,090 --> 00:29:20,759
Pukul berapa kejadian ini berlaku?

514
00:29:21,342 --> 00:29:22,594
Lebih kurang 11:00 malam.

515
00:29:23,094 --> 00:29:28,767
Namun, awak tak laporkan kepada polis
sehingga hampir sejam kemudian.

516
00:29:29,851 --> 00:29:31,478
Boleh awak jelaskan kenapa?

517
00:29:32,520 --> 00:29:33,855
Saya terkejut.

518
00:29:33,855 --> 00:29:35,982
Nyawa saya dalam bahaya.

519
00:29:38,359 --> 00:29:41,154
Saya cuma boleh fikirkan
isteri saya yang cantik.

520
00:29:42,655 --> 00:29:44,532
Saya cuma mahu pulang kepada dia.

521
00:29:44,532 --> 00:29:48,620
Jadi, saya telefon sebuah kereta.
Sebaik tiba di rumah, saya hubungi polis.

522
00:29:49,245 --> 00:29:53,374
Itu bukan wanita yang saya nampak.
Dia berambut perang dan jauh lebih muda.

523
00:29:54,167 --> 00:29:55,502
Terima kasih, En. Schwartz.

524
00:29:58,296 --> 00:29:59,380
En. Haller?

525
00:30:00,006 --> 00:30:03,676
Ya, boleh saya berbincang sekejap
dengan klien saya, Yang Arif?

526
00:30:05,595 --> 00:30:10,141
Kunci yang lelaki ini campak kepada awak
ada pada rantai kunci atau kunci valet?

527
00:30:10,141 --> 00:30:11,601
Kunci valet. Kenapa?

528
00:30:14,354 --> 00:30:16,689
- Awak suka berjudi?
- Tidak.

529
00:30:16,689 --> 00:30:18,483
Malangnya. Awak di tempat yang salah.

530
00:30:18,483 --> 00:30:20,568
Selamat petang, En. Schwartz.

531
00:30:20,568 --> 00:30:24,531
Awak beri keterangan yang awak pulang
selepas kecurian kereta itu, betul?

532
00:30:24,531 --> 00:30:25,490
Ya.

533
00:30:26,115 --> 00:30:29,410
Sudah lewat. Adakah isteri awak menunggu
untuk benarkan awak masuk rumah?

534
00:30:29,410 --> 00:30:32,455
Tak, saya tak mahu kejutkan dia,
jadi saya masuk sendiri.

535
00:30:32,455 --> 00:30:35,083
Begitu. Ada kunci pintar
di pintu depan awak?

536
00:30:35,083 --> 00:30:37,335
Bantahan. Apa kaitannya?

537
00:30:37,919 --> 00:30:41,756
Yang Arif, saya ada tiga soalan lagi
untuk buktikan kaitannya

538
00:30:41,756 --> 00:30:42,715
jika awak benarkan.

539
00:30:42,715 --> 00:30:46,469
Tiga, En. Haller. Itu saja.
Jawab soalan, En. Schwartz.

540
00:30:47,804 --> 00:30:50,014
Tak, saya tiada kunci pintar.

541
00:30:50,014 --> 00:30:52,517
Jadi, awak guna kunci rumah
untuk buka pintu depan?

542
00:30:52,517 --> 00:30:54,894
- Apa lagi yang saya akan gunakan?
- En. Schwartz.

543
00:30:54,894 --> 00:30:57,063
Maaf, Yang Arif.

544
00:30:57,689 --> 00:31:00,024
Ya, saya guna kunci rumah saya.

545
00:31:00,650 --> 00:31:03,611
Bagus. Awak ada kunci itu sekarang?
Boleh awak tunjuk kepada kami?

546
00:31:11,870 --> 00:31:13,997
- Ini dia. Gembira?
- Okey...

547
00:31:13,997 --> 00:31:17,166
Yang Arif, saya rasa
tiga soalan sudah ditanya.

548
00:31:18,001 --> 00:31:19,711
Sekarang kita bincangkan kaitannya.

549
00:31:19,711 --> 00:31:22,922
Jadi, kita tahu yang awak simpan
kunci rumah dan kunci kereta

550
00:31:22,922 --> 00:31:24,966
pada rantai kunci yang sama, macam saya.

551
00:31:24,966 --> 00:31:26,593
Macam semua orang.

552
00:31:26,593 --> 00:31:29,512
Betul. Jadi, saya pasti
awak faham kekeliruan saya.

553
00:31:29,512 --> 00:31:32,348
Kalau kunci rumah awak
ada pada rantai kunci awak

554
00:31:32,348 --> 00:31:35,143
dan klien saya ambil kunci itu
semasa dia curi kereta awak,

555
00:31:35,143 --> 00:31:38,438
macam mana awak boleh buka pintu depan?

556
00:31:43,818 --> 00:31:45,778
Melainkan klien saya tak ambil kunci awak.

557
00:31:45,778 --> 00:31:48,740
Sebab awak beri dia kunci valet
apabila awak berhenti di restoran dengan...

558
00:31:48,740 --> 00:31:50,199
Saya minta maaf.

559
00:31:50,199 --> 00:31:53,244
Saya tak maksudkan
kunci rumah pada rantai kunci saya.

560
00:31:53,244 --> 00:31:56,789
Saya maksudkan kunci tambahan
yang kami simpan di bawah batu...

561
00:31:56,789 --> 00:31:58,249
Penipu besar!

562
00:31:58,249 --> 00:31:59,292
Pn. Schwartz, senyap!

563
00:31:59,292 --> 00:32:01,085
Saya pindahkan kunci itu bulan lepas!

564
00:32:01,669 --> 00:32:03,588
Awak bersama dia lagi, bukan?

565
00:32:03,588 --> 00:32:06,090
Awak reka cerita ini
hanya untuk menutup jejak awak.

566
00:32:06,090 --> 00:32:08,301
Duduk diam-diam,
atau saya akan keluarkan awak!

567
00:32:08,301 --> 00:32:09,677
Ia bukan seperti sangkaan awak.

568
00:32:09,677 --> 00:32:12,263
Awak cuma andaikan
budak ini penjaga valet?

569
00:32:12,263 --> 00:32:15,433
Awak bukan saja jantan celaka,
awak jantan rasis!

570
00:32:15,433 --> 00:32:17,268
Bailif, bawa dia keluar dari sini!

571
00:32:17,268 --> 00:32:21,272
Peguam, rehat sepuluh minit.
Selesaikan hal ini sebelum kita kembali.

572
00:32:21,856 --> 00:32:24,817
Dia beri klien saya kunci kereta.
Hal itu bermakna dia setuju.

573
00:32:24,817 --> 00:32:28,321
Mungkin untuk letak kereta.
Bukan untuk berlumba di seluruh bandar.

574
00:32:29,113 --> 00:32:32,408
Kesalahan memandu tanpa kebenaran.
Setahun di penjara, denda lima ribu.

575
00:32:33,952 --> 00:32:37,705
Saya berbaik di sini.
Saya masih boleh dakwa sebagai feloni.

576
00:32:37,705 --> 00:32:39,415
Okey, dakwalah dia.

577
00:32:39,415 --> 00:32:42,460
Awak mahu juri LA dengar
cara seorang suami curang

578
00:32:42,460 --> 00:32:44,379
menindas klien saya berdasarkan rasnya

579
00:32:44,379 --> 00:32:47,882
dan menuduhnya atas jenayah
yang dia tak buat untuk menutupnya?

580
00:32:47,882 --> 00:32:51,135
Apa gunanya untuk rekod menang-kalah awak?

581
00:32:51,135 --> 00:32:54,597
Jadi, tiada denda, sudah menjalani hukuman

582
00:32:54,597 --> 00:32:58,267
dan awak tandatangan kertas kerja
untuk padamkan sabitan itu serta-merta.

583
00:32:58,893 --> 00:33:01,229
Yang baiknya,
jika awak mahu dakwa En. Schwartz

584
00:33:01,229 --> 00:33:04,107
kerana memfailkan laporan polis palsu,

585
00:33:04,107 --> 00:33:06,776
saya pasti klien saya
mahu beri keterangan.

586
00:33:10,488 --> 00:33:11,614
Baiklah.

587
00:33:14,951 --> 00:33:18,496
Oh, Tuhan. Tak sangka awak jumpa
benda licik begini dalam kontrak.

588
00:33:18,496 --> 00:33:22,083
Saya baru nak tandatangan,
tapi naluri saya menghalang saya.

589
00:33:22,083 --> 00:33:23,918
Sentiasa dengar naluri itu

590
00:33:23,918 --> 00:33:25,962
melainkan ia suruh awak
berkahwin di Vegas.

591
00:33:26,838 --> 00:33:29,882
Saya akan tandakannya dan hantar balik,
dan kita akan bincangkannya.

592
00:33:29,882 --> 00:33:31,801
Terima kasih sekali lagi.

593
00:33:31,801 --> 00:33:34,679
Tiada masalah langsung. Semoga berjaya.

594
00:33:34,679 --> 00:33:37,098
- Jangan sampai tercedera.
- Ya.

595
00:33:38,683 --> 00:33:40,893
- Saya terhutang budi. Terima kasih.
- Sama-sama.

596
00:33:40,893 --> 00:33:43,354
Jangan lupakan saya
dengan jadual TV awak yang sibuk.

597
00:33:43,354 --> 00:33:44,772
Saya takkan. Saya janji.

598
00:33:56,492 --> 00:33:57,410
Hei, awak okey?

599
00:33:59,912 --> 00:34:01,789
Jahatkah saya kalau rasa cemburu?

600
00:34:01,789 --> 00:34:02,957
Cemburu akan Cat?

601
00:34:02,957 --> 00:34:04,417
Kami mula pada masa yang sama.

602
00:34:04,417 --> 00:34:05,752
Sekarang dia akan masuk TV

603
00:34:05,752 --> 00:34:08,463
dan saya tak mampu
baiki lantai studio saya.

604
00:34:10,006 --> 00:34:12,550
Adakala saya rasa
hidup saya sudah tersasar.

605
00:34:12,550 --> 00:34:14,218
Kita semua ada haluan berbeza.

606
00:34:14,218 --> 00:34:16,929
Saya berhenti sekolah undang-undang
dan sekarang saya akan tamat belajar.

607
00:34:16,929 --> 00:34:19,682
Saya cuma melencong sedikit.
Awak cuma melencong.

608
00:34:21,392 --> 00:34:24,896
Betul kata awak. Adakala saya asyik
fikirkan benda-benda negatif.

609
00:34:24,896 --> 00:34:27,607
Saya baca kalau kita terlalu fokus
kepada masa depan,

610
00:34:27,607 --> 00:34:28,858
ia menimbulkan keresahan.

611
00:34:28,858 --> 00:34:31,944
Tapi jika kita merenung masa lalu,
ia boleh buat kita murung.

612
00:34:31,944 --> 00:34:33,571
Lebih baik hidup pada saat ini.

613
00:34:34,280 --> 00:34:35,490
Adakah itu ajaran Buddha?

614
00:34:36,199 --> 00:34:37,033
Yakah?

615
00:34:37,825 --> 00:34:40,369
- Adakah saya Dalai Lama seterusnya?
- Mungkin juga.

616
00:34:40,369 --> 00:34:42,121
- Hei!
- Oh, Tuhan!

617
00:34:42,121 --> 00:34:44,040
- Hayley, apa awak buat di sini?
- Hei!

618
00:34:44,040 --> 00:34:45,917
Saya datang sokong Eddie di mahkamah.

619
00:34:45,917 --> 00:34:48,628
Ayah buat tuduhan digugurkan sepenuhnya.

620
00:34:48,628 --> 00:34:51,214
Dia tangkap lelaki itu
berbohong besar di kandang saksi.

621
00:34:51,214 --> 00:34:53,091
Ayah awak ahli silap mata.

622
00:34:53,091 --> 00:34:55,676
Atau dia memang pandai cari jalan keluar.

623
00:34:55,676 --> 00:34:57,720
Yang merupakan sebuah kerja,
tak kira klien.

624
00:34:57,720 --> 00:34:59,806
- Saya berterima kasih, En. Haller.
- Sudah tentu.

625
00:34:59,806 --> 00:35:03,810
Saya akan cari jalan untuk bayar balik.
Saya cuma... perlu cari kerja dulu.

626
00:35:03,810 --> 00:35:06,020
Mak kata awak jurulatih peribadi di gim.

627
00:35:06,020 --> 00:35:09,732
Pengurusnya dapat tahu
saya ditahan dan dia pecat saya.

628
00:35:09,732 --> 00:35:11,943
Apa? Teruknya.

629
00:35:11,943 --> 00:35:15,071
Lupakannya, Eddie.
Awak macam keluarga. Ia percuma.

630
00:35:15,071 --> 00:35:18,533
Tidak. Saya bayar hutang,
tak kira berapa lama.

631
00:35:19,117 --> 00:35:22,745
Mungkin ada caranya
untuk awak bayar dia sekarang.

632
00:35:23,371 --> 00:35:24,622
Awak ada lesen memandu?

633
00:35:24,622 --> 00:35:25,998
Tolonglah, Izzy.

634
00:35:25,998 --> 00:35:29,669
Awak perlukan seseorang untuk ganti saya
dan awak perlukan perlindungan.

635
00:35:29,669 --> 00:35:31,879
Ya! Itu idea terbaik.

636
00:35:31,879 --> 00:35:35,967
Saya setuju awak perlukan bantuan,
terutamanya sekarang.

637
00:35:35,967 --> 00:35:38,469
Awak ada latihan pertahanan diri?

638
00:35:39,053 --> 00:35:41,347
Saya pemegang tali pinggang hitam judo.

639
00:35:44,767 --> 00:35:46,644
Maaf. Apa semua ini?

640
00:35:49,438 --> 00:35:51,816
Eddie, awak nak kerja
sebagai pemandu baharu saya?

641
00:35:51,816 --> 00:35:53,151
Biar betul?

642
00:35:53,151 --> 00:35:56,654
Kalau nak bayar balik, saya ambil sikit
daripada gaji awak setiap minggu.

643
00:35:56,654 --> 00:36:00,074
Saya pernah kerja begini.
Merasalah juga hasilnya.

644
00:36:00,074 --> 00:36:01,534
Awak serius?

645
00:36:01,534 --> 00:36:03,077
Cubalah dulu.

646
00:36:03,077 --> 00:36:05,955
Jangan pandu Lincoln saya
macam Lamborghini itu.

647
00:36:05,955 --> 00:36:09,876
Saya pemandu berhemah.
Tiada kesan calar pun pada kereta itu.

648
00:36:09,876 --> 00:36:11,669
Malah saya patuhi had laju

649
00:36:11,669 --> 00:36:14,338
yang tak ngam jika kita pandu Lamborghini.

650
00:36:20,720 --> 00:36:21,721
Okey.

651
00:36:24,557 --> 00:36:25,558
Terima kasih.

652
00:36:26,475 --> 00:36:29,937
Awak takkan menyesal, En. Haller.

653
00:36:29,937 --> 00:36:32,106
Saya akan menyesal
jika awak asyik panggil saya begitu.

654
00:36:32,106 --> 00:36:36,652
Inilah kerja yang saya perlukan
untuk buat jadual latihan peribadi.

655
00:36:36,652 --> 00:36:38,237
Saya akan kerja sendiri.

656
00:36:38,237 --> 00:36:41,032
Jadilah klien pertama saya.
Awak bersenam tak?

657
00:36:43,784 --> 00:36:46,495
Apa yang kelakar?
Saya main tenis. Saya meluncur.

658
00:36:47,205 --> 00:36:51,334
Okey. Jadi, kita perlu tambah
latihan beban dan regimen diet.

659
00:36:52,168 --> 00:36:55,129
- Benda ini pasti berjalan lancar.
- Pasti seronok.

660
00:36:56,297 --> 00:36:58,507
Keputusan autopsi awal.

661
00:36:58,507 --> 00:37:02,261
Tulang hioid Glory retak di dua tempat,

662
00:37:02,261 --> 00:37:06,724
yang menunjukkan punca kematian
mungkin dicekik.

663
00:37:06,724 --> 00:37:11,103
Koroner tetapkan masa kematiannya
antara pukul 11:00 malam dengan 3:00 pagi.

664
00:37:11,896 --> 00:37:14,273
Julian mengaku dia di rumahnya
sekitar pukul 11:00.

665
00:37:14,273 --> 00:37:18,361
Ya, tapi ada kebakaran juga
di apartmennya malam itu.

666
00:37:18,361 --> 00:37:21,364
Bomba sampai pukul 11:43.

667
00:37:21,364 --> 00:37:22,573
Kebakaran apa?

668
00:37:22,573 --> 00:37:26,702
Kecurigaan awal
ialah Glory tertidur merokok,

669
00:37:26,702 --> 00:37:30,539
tapi tulang hioidnya yang retak
mengetepikan kecurigaan itu.

670
00:37:30,539 --> 00:37:36,045
Pukul 11:43. Jadi, 43 minit
dari masa Julian pergi ke masa bomba tiba.

671
00:37:36,712 --> 00:37:40,299
Salah satu orang Hector Moya
sempat masuk dan bunuh dia.

672
00:37:40,299 --> 00:37:42,593
Ya, tapi kenapa ada kebakaran?

673
00:37:42,593 --> 00:37:44,804
Saya belum dapat laporan polis,

674
00:37:44,804 --> 00:37:47,932
tapi saya rasa kebakaran itu dimulakan
untuk menutup pembunuhan itu

675
00:37:47,932 --> 00:37:51,644
dan mereka tak jangka bangunan itu
ada sistem pemercik baharu.

676
00:37:51,644 --> 00:37:54,981
Ya, tapi kenapa lelaki kartel itu
nak tutup jejaknya?

677
00:37:54,981 --> 00:37:56,857
Mereka suka membunuh orang.

678
00:37:56,857 --> 00:37:59,026
Tak, ini AS, bukan Mexico.

679
00:37:59,026 --> 00:38:01,737
Mereka tak boleh bayar polis di sini,
setidaknya bukan semua.

680
00:38:01,737 --> 00:38:04,156
Baiklah, syabas.
Mari kita terus menyiasat.

681
00:38:04,156 --> 00:38:08,160
Ada kaitan antara Glory Days
dengan Hector Moya. Kita akan cari.

682
00:38:16,794 --> 00:38:18,254
Selamat pagi, En. Haller.

683
00:38:19,839 --> 00:38:20,881
Selamat pagi, Eddie.

684
00:38:20,881 --> 00:38:23,301
- Satu lagi hari yang indah di LA.
- Ya.

685
00:38:23,926 --> 00:38:26,887
Awak tak perlu buka pintu untuk saya.
Terima kasih.

686
00:38:33,060 --> 00:38:33,894
Apa ini?

687
00:38:33,894 --> 00:38:35,438
Minuman pagi kegemaran saya.

688
00:38:35,938 --> 00:38:38,774
Kubis daun, akar burdock
dan daun netel. Cubalah.

689
00:38:42,695 --> 00:38:43,529
Sedap, bukan?

690
00:38:43,529 --> 00:38:46,073
Macam minum sepadang rumput segar.

691
00:38:46,073 --> 00:38:48,451
Begitulah rasanya. Ya.

692
00:38:53,164 --> 00:38:54,415
Ada yang tak kena?

693
00:38:54,999 --> 00:38:56,459
Utamakan keselamatan, En. Haller.

694
00:38:57,543 --> 00:38:59,337
Betul. Sudah tentu.

695
00:39:14,352 --> 00:39:16,979
Saya perlu tahu semua yang berlaku
malam itu, Julian.

696
00:39:16,979 --> 00:39:18,731
Saya dah beritahu awak semuanya.

697
00:39:24,236 --> 00:39:25,863
Leher Glory retak.

698
00:39:25,863 --> 00:39:27,573
Dia mati dicekik.

699
00:39:27,573 --> 00:39:31,035
Jika awak tak lakukannya,
saya perlu ceritakan siapa yang buat.

700
00:39:31,035 --> 00:39:32,578
Awak faham?

701
00:39:32,578 --> 00:39:35,539
Awak kata dia ada
dua janji temu hari itu. Siapa mereka?

702
00:39:37,625 --> 00:39:39,251
Pelanggan baharu.

703
00:39:39,251 --> 00:39:43,297
Salah seorang daripada mereka
ialah Brad Nelson atau Nielsen, rasanya.

704
00:39:43,297 --> 00:39:46,217
Seorang lagi ialah Price, Daniel Price.

705
00:39:46,217 --> 00:39:48,469
Dua-dua tempah dalam talian
dan setuju bayar tunai.

706
00:39:48,469 --> 00:39:49,553
Itu standard.

707
00:39:49,553 --> 00:39:52,306
Tiada siapa mahu jejak daripada kertas
dan saya tak terima kripto.

708
00:39:54,225 --> 00:39:58,396
Yang pertama tempah bilik di Peninsula.
Yang kedua di Roosevelt.

709
00:39:58,396 --> 00:40:00,106
Awak ingat nombor biliknya?

710
00:40:00,106 --> 00:40:01,607
Ia ada dalam pelayan.

711
00:40:03,442 --> 00:40:06,320
Saya tak dengar khabar dia beberapa jam,
jadi saya telefon dia.

712
00:40:06,320 --> 00:40:10,616
Dia kata janji temu pertama okey,
tapi lelaki kedua tak datang.

713
00:40:10,616 --> 00:40:12,535
Awak rasa kenapa dia menipu?

714
00:40:12,535 --> 00:40:14,161
Sebab dia pernah tipu saya.

715
00:40:14,161 --> 00:40:17,081
Saya telefon hotel dan cakap
dengan lelaki itu untuk sahkannya.

716
00:40:17,081 --> 00:40:20,126
Begitulah cara saya sahkan janji temu itu
bukan penipuan atau perangkap.

717
00:40:20,709 --> 00:40:23,254
- Ketika itu awak jumpa Glory?
- Ya.

718
00:40:23,254 --> 00:40:26,048
Saya nak ambil duit
sebelum dia habiskannya membeli dadah.

719
00:40:26,632 --> 00:40:30,177
Apabila dia serang awak,
awak cuma tolak dia, bukan?

720
00:40:30,177 --> 00:40:31,846
Tidak! Maksud saya...

721
00:40:32,430 --> 00:40:37,935
Ya. Mungkin saya pegang dia
untuk buat dia berhenti, awak tahu?

722
00:40:39,854 --> 00:40:41,272
Di mana awak pegang dia?

723
00:40:43,190 --> 00:40:45,109
Awak pegang leher dia, Julian?

724
00:40:45,109 --> 00:40:46,652
Awak pegang leher dia?

725
00:40:46,652 --> 00:40:49,697
Ya, tapi saya cuma cuba melawan dia.

726
00:40:49,697 --> 00:40:52,283
- Awak tipu saya.
- Tunggu. Tak, tunggu.

727
00:40:52,283 --> 00:40:53,909
- Awak perlukan peguam lain.
- Tak.

728
00:40:53,909 --> 00:40:57,455
Saya tahu ia nampak teruk,
tapi saya bukan pembunuh. Bukan.

729
00:40:57,455 --> 00:40:59,915
Percayai saya.
Kalau bukan demi saya, demi Giselle.

730
00:40:59,915 --> 00:41:03,836
Atau Glory, apa pun namanya. Sebab itu
dia hantar saya kepada awak, bukan?

731
00:41:05,629 --> 00:41:06,922
Apa maksud awak?

732
00:41:06,922 --> 00:41:10,342
Dia kata jika sesuatu berlaku kepada saya,
beritahu Mickey. Dia tahu apa nak buat.

733
00:41:10,342 --> 00:41:13,387
Kemudian, dia mati tiba-tiba
dan mereka tuduh saya.

734
00:41:13,971 --> 00:41:15,389
Sebab itu saya telefon awak.

735
00:41:30,237 --> 00:41:31,906
Apa... Apa ini?

736
00:41:31,906 --> 00:41:33,991
Penepian konflik kepentingan.

737
00:41:33,991 --> 00:41:36,827
Glory pernah jadi klien saya.
Saya nak awak tandatanganinya.

738
00:41:38,704 --> 00:41:40,539
Maknanya saya akan ambil kes awak.

739
00:41:44,376 --> 00:41:45,377
Okey.

740
00:41:46,337 --> 00:41:47,379
Okey.

741
00:41:52,301 --> 00:41:53,135
Masa untuk pergi.

742
00:41:56,222 --> 00:41:57,056
Okey.

743
00:42:14,573 --> 00:42:17,743
Dia kata begitu?
"Beritahu Mickey. Dia tahu apa nak buat?"

744
00:42:17,743 --> 00:42:18,869
Ya, nampaknya begitu.

745
00:42:19,620 --> 00:42:23,374
Oh, Tuhan. Dia macam bercakap
dengan awak dari alam kubur.

746
00:42:23,374 --> 00:42:25,084
Awak rasa Julian tak bersalah?

747
00:42:25,084 --> 00:42:26,418
Saya masih tak pasti.

748
00:42:26,418 --> 00:42:29,672
Satu-satunya cara untuk dapat jawapan
adalah untuk menyelesaikannya.

749
00:42:29,672 --> 00:42:33,175
Pertama sekali, pembacaan pertuduhan.
Awak tahu siapa pendakwa rayanya?

750
00:42:33,175 --> 00:42:35,719
Ya, saya ada namanya di sini.

751
00:42:35,719 --> 00:42:36,804
Dia orang baharu.

752
00:42:36,804 --> 00:42:39,932
Mereka baru pindahkan dia
ke LA dari Riverside.

753
00:42:39,932 --> 00:42:42,893
Saya ada namanya di sini.
Di mana saya letak?

754
00:42:42,893 --> 00:42:44,687
- Tunggu sekejap.
- Okey. Ya.

755
00:42:49,692 --> 00:42:51,902
- Haller.
- Hei, detektif.

756
00:42:51,902 --> 00:42:53,195
Bukan detektif lagi.

757
00:42:53,779 --> 00:42:55,114
Saya bersara awal.

758
00:42:55,698 --> 00:42:57,241
Ya, saya ada dengar.

759
00:42:57,241 --> 00:42:58,659
Saya tak ada pilihan.

760
00:42:58,659 --> 00:43:00,869
Selepas aksi awak dalam kes Woodsen,

761
00:43:00,869 --> 00:43:02,663
kerjaya saya merosot,

762
00:43:02,663 --> 00:43:03,581
tapi tak apa.

763
00:43:04,164 --> 00:43:05,374
Saya dapat kerja lain.

764
00:43:06,083 --> 00:43:08,919
Saya penyiasat
pejabat Peguam Daerah sekarang.

765
00:43:09,670 --> 00:43:11,589
Awak dalam kes La Cosse?

766
00:43:11,589 --> 00:43:14,008
Kita akan saling berjumpa lebih kerap.

767
00:43:14,800 --> 00:43:17,511
Pasti seronok. Macam dulu-dulu.

768
00:43:17,511 --> 00:43:18,637
Tak sabar.

769
00:43:23,267 --> 00:43:24,351
Siapa lelaki itu?

770
00:43:24,351 --> 00:43:26,437
Cuma bekas polis yang benci saya.

771
00:43:26,437 --> 00:43:27,730
Mereka ambil nombor?

772
00:43:28,314 --> 00:43:30,190
Lorna!

773
00:43:30,691 --> 00:43:32,735
David, semuanya okey?

774
00:43:32,735 --> 00:43:35,154
Tak, pihak penjara baru hubungi saya.

775
00:43:35,154 --> 00:43:36,280
Julian...

776
00:43:37,615 --> 00:43:39,283
Julian di hospital.

777
00:43:39,283 --> 00:43:40,284
Di hospital penjara?

778
00:43:40,284 --> 00:43:44,079
Mereka gari semua orang
di dalam bas, tapi Julian klaustrofobia.

779
00:43:44,079 --> 00:43:46,248
Dia alami serangan panik yang teruk.

780
00:43:46,248 --> 00:43:48,459
Dia pengsan.
Mereka fikir jantungnya bermasalah.

781
00:43:48,459 --> 00:43:49,376
Oh, Tuhan.

782
00:43:49,376 --> 00:43:53,047
Mereka letak dia di bawah pemerhatian.
Boleh buat pembacaan pertuduhan tanpa dia?

783
00:43:53,047 --> 00:43:55,007
Tak. Kita perlu tangguhkannya.

784
00:43:55,007 --> 00:43:58,344
Kita tak boleh buang masa lagi.
Kita perlu keluarkan dia dari penjara.

785
00:43:59,178 --> 00:44:01,096
Dia tak boleh tahan lagi!

786
00:44:05,351 --> 00:44:06,852
David, saya minta maaf.

787
00:44:46,016 --> 00:44:47,726
<i>Akhirnya saya dapat tidurkan Hayley.</i>

788
00:44:47,726 --> 00:44:50,104
Saya rasa saya dah hafal
<i>Selamat Malam Bulan.</i>

789
00:44:52,940 --> 00:44:55,984
Saya dengar apa yang berlaku hari ini.
Perbicaraan Woodsen.

790
00:44:55,984 --> 00:44:58,278
Ya. Awak perlu belanja saya minum.

791
00:44:58,278 --> 00:45:02,908
Tak, maksud saya cara awak
memalukan Bishop di kandang saksi.

792
00:45:02,908 --> 00:45:06,412
Tak, dia sendiri yang buat begitu.
Dia cemarkan lencananya.

793
00:45:06,912 --> 00:45:10,958
Okey, mungkin begitu,
tapi awak perlu berhati-hati, Mickey.

794
00:45:11,458 --> 00:45:15,671
Lelaki seperti Bishop ada ingatan panjang
dan awak suka menguji kesabaran.

795
00:45:15,671 --> 00:45:20,259
Tidak, Maggie. Saya suka membela
klien saya, tapi baiklah.

796
00:45:21,093 --> 00:45:22,052
Terima kasih.

797
00:45:23,137 --> 00:45:26,473
Sebelum saya lupa,
rumah itu dibuka hujung minggu ini,

798
00:45:26,473 --> 00:45:28,434
yang ada laman belakang untuk Hayley.

799
00:45:29,143 --> 00:45:30,352
Yang kita tak mampu beli?

800
00:45:30,352 --> 00:45:32,396
Saya tahu ia mahal, tapi...

801
00:45:33,564 --> 00:45:35,899
tempat ini semakin sempit, Haller.

802
00:45:35,899 --> 00:45:36,900
Ya.

803
00:45:39,486 --> 00:45:40,738
Mungkin saya ada jalannya.

804
00:45:41,655 --> 00:45:42,573
Ya?

805
00:45:43,574 --> 00:45:44,491
Perbicaraan Woodsen.

806
00:45:45,075 --> 00:45:47,786
- Jerry Vincent pendakwa rayanya, bukan?
- Ya.

807
00:45:47,786 --> 00:45:50,748
Dia beritahu saya
dia akan bekerja sendiri.

808
00:45:50,748 --> 00:45:52,666
Saya sudah agak.

809
00:45:52,666 --> 00:45:55,419
Ya, ia buat saya terfikir.
Mungkin ini masa saya juga.

810
00:45:55,419 --> 00:45:58,255
Saya bekerja untuk gaji yang kecil
untuk pembela awam.

811
00:45:58,255 --> 00:46:00,716
Ia pengalaman yang bagus, tapi...

812
00:46:02,259 --> 00:46:03,302
Apa?

813
00:46:03,844 --> 00:46:05,971
Awak nak jadi macam ayah awak?

814
00:46:05,971 --> 00:46:08,640
Saya nak kita mampu
beli rumah yang kita mahu.

815
00:46:09,600 --> 00:46:12,144
Apa? Awak tak boleh kahwini
peguam bela persendirian?

816
00:46:12,770 --> 00:46:14,646
Pembela awam sudah cukup teruk.

817
00:46:14,646 --> 00:46:18,108
Kalau awak bekerja sendiri, saya tak tahu
apa orang akan cakap di pejabat.

818
00:46:18,108 --> 00:46:20,110
Ia satu cabaran.

819
00:46:20,986 --> 00:46:22,362
Kita boleh usahakannya.

820
00:46:22,905 --> 00:46:24,114
Kita pasti boleh.

821
00:46:26,533 --> 00:46:27,367
Yakah?

822
00:46:27,367 --> 00:46:28,535
Ya.

823
00:46:33,081 --> 00:46:33,999
Okey.

824
00:46:35,125 --> 00:46:36,794
Janji dengan saya seperkara.

825
00:46:37,836 --> 00:46:38,754
Apa-apa saja.

826
00:46:39,338 --> 00:46:41,882
Hati-hati, Mickey.

827
00:46:42,883 --> 00:46:44,051
Saya serius.

828
00:46:44,968 --> 00:46:46,011
Saya janji.

829
00:47:13,872 --> 00:47:16,041
Saya boleh datang awal esok.

830
00:47:16,041 --> 00:47:19,670
Saya boleh bawa beban dan getah.
Awak boleh bersenam.

831
00:47:19,670 --> 00:47:22,464
Senaman boleh mengurangkan tekanan.

832
00:47:22,464 --> 00:47:25,342
Mungkin lain kali, Eddie.
Jumpa esok pagi, ya?

833
00:47:28,262 --> 00:47:29,179
Eddie?

834
00:48:09,970 --> 00:48:11,346
Aduhai.

835
00:48:36,496 --> 00:48:38,540
BERDASARKAN NOVEL OLEH
MICHAEL CONNELLY

836
00:50:17,305 --> 00:50:22,310
Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi

