1
00:00:20,854 --> 00:00:25,233
<i>Jumlah permainan catur
tak terkira banyaknya.</i>

2
00:00:27,694 --> 00:00:30,237
<i>Magnus Carlsen, 31 tahun, dari Norway</i>

3
00:00:30,238 --> 00:00:32,198
<i>ialah juara bertahan
Kejuaraan Catur Dunia.</i>

4
00:00:34,659 --> 00:00:39,080
{\an8}<i>…mengungguli sukan
yang dimainkan oleh 500 juta pemain.</i>

5
00:00:39,956 --> 00:00:43,542
{\an8}<i>Magnus harus ingat
kedudukan 320 buah catur</i>

6
00:00:43,543 --> 00:00:47,546
{\an8}<i>sambil mengira sepuluh langkah
dan langkah balas pada setiap papan.</i>

7
00:00:47,547 --> 00:00:50,049
Magnus menang semua perlawanan.

8
00:00:50,050 --> 00:00:53,177
<i>Saya boleh nampak
corak permainannya serta-merta</i>

9
00:00:53,178 --> 00:00:55,096
<i>sementara orang lain
cuma nampak huru-hara.</i>

10
00:00:59,392 --> 00:01:01,935
{\an8}<i>Itu dia, hadirin semua. Carlsen menang…</i>

11
00:01:01,936 --> 00:01:02,978
<i>Magnus Carlsen…</i>

12
00:01:02,979 --> 00:01:07,192
Magnus Carlsen ada kelebihan mental
yang tiada pada orang lain.

13
00:01:07,901 --> 00:01:13,448
Saya dah jadi pemain terbaik dunia
selama kira-kira 12 hingga 13 tahun.

14
00:01:14,741 --> 00:01:19,412
<i>Saya tak pernah kenal sesiapa
yang boleh buat macam Magnus Carlsen.</i>

15
00:01:19,954 --> 00:01:22,040
<i>Adakah awak anggap awak genius?</i>

16
00:01:22,874 --> 00:01:26,085
Pernahkah saya terfikir
kenapa dia dapat anugerah ini?

17
00:01:26,086 --> 00:01:28,003
Adakah hidup ini satu simulasi?

18
00:01:28,004 --> 00:01:29,422
<i>Saya Magnus Carlsen.</i>

19
00:01:30,048 --> 00:01:31,508
Magnus Carlsen.

20
00:01:32,008 --> 00:01:35,469
<i>Mozart sukan catur!
Dia antara genius hebat zaman ini…</i>

21
00:01:35,470 --> 00:01:39,389
<i>- Mempersilakan Magnus Carlsen!
- Juara dunia lima kali.</i>

22
00:01:39,390 --> 00:01:42,393
RAJA CATUR

23
00:01:44,646 --> 00:01:49,608
<i>Magnus Carlsen kalah teruk
di Kejohanan Sinquefield.</i>

24
00:01:49,609 --> 00:01:51,610
<i>Magnus Carlsen menyerah kalah.</i>

25
00:01:51,611 --> 00:01:53,654
<i>Carlsen kalah kepada pemain muda.</i>

26
00:01:53,655 --> 00:01:56,366
<i>Dunia catur kecoh.</i>

27
00:01:58,618 --> 00:02:00,370
<i>Adakah catur buat kita gila?</i>

28
00:02:00,870 --> 00:02:02,454
<i>Atau buat kita waras?</i>

29
00:02:02,455 --> 00:02:05,833
Salah seorang juara catur terunggul
sepanjang zaman

30
00:02:05,834 --> 00:02:08,335
{\an8}menuduh seorang pemain lain menipu.

31
00:02:08,336 --> 00:02:12,173
<i>Dia tuduh seorang warga Amerika
berusia 19 tahun, Hans Niemann, menipu.</i>

32
00:02:12,674 --> 00:02:15,134
Saya cuma main catur dan tewaskan dia.

33
00:02:15,135 --> 00:02:17,887
Dia dah paranoid hingga tahap tak waras.

34
00:02:18,805 --> 00:02:19,721
Saya dah menggila.

35
00:02:19,722 --> 00:02:22,766
Sementara dia makin tua,
saya muda, makin handal.

36
00:02:22,767 --> 00:02:24,935
Saya pemain terbaik
dan dia perlu melihatnya,

37
00:02:24,936 --> 00:02:28,231
dan setiap hari, dia akan sedar

38
00:02:29,399 --> 00:02:30,441
saya hasil angkaranya.

39
00:02:32,402 --> 00:02:34,444
<i>Komuniti catur tak suka penipu.</i>

40
00:02:34,445 --> 00:02:38,157
Mestilah ia dirancang.
Ia komplot untuk menjatuhkan saya.

41
00:02:38,158 --> 00:02:41,285
Orang fikir dia menipu. Itu saja.

42
00:02:41,286 --> 00:02:43,245
Mereka fikir saya tipu. Mereka gilakah?

43
00:02:43,246 --> 00:02:46,624
- Hans tipu semasa main secara bersemuka?
- Ini perang.

44
00:02:47,667 --> 00:02:50,336
Mereka buat semua ini
kerana dendam peribadi.

45
00:02:52,172 --> 00:02:55,675
Pernahkah awak guna manik dubur
semasa bermain catur?

46
00:03:06,019 --> 00:03:08,354
BANDAR RAYA NEW YORK, AS

47
00:03:26,080 --> 00:03:29,834
Kadangkala saya terfikir
keadaan hidup saya tanpa catur.

48
00:03:32,837 --> 00:03:35,340
Bagi saya, ia rahmat dan bala.

49
00:03:36,925 --> 00:03:40,887
Saya selalu fikir,
berbaloikah jadi genius?

50
00:03:41,387 --> 00:03:45,432
{\an8}Sebab minda saya,

51
00:03:45,433 --> 00:03:50,312
{\an8}ada keupayaan yang menjadikan saya
pemain catur yang bagus

52
00:03:50,313 --> 00:03:54,900
dan keupayaan kreatif lain,
tapi ia disertai beban emosi

53
00:03:54,901 --> 00:03:57,320
dan mungkin sebab itulah saya tak normal.

54
00:03:59,280 --> 00:04:02,115
Semasa saya 16 tahun,
saya beritahu ibu bapa,

55
00:04:02,116 --> 00:04:05,035
"Saya nak pindah ke New York,
hidup dan bayar sewa sendiri."

56
00:04:05,036 --> 00:04:06,287
Orang kata saya gila.

57
00:04:09,249 --> 00:04:13,670
Tapi saya perlu buktikan kepada diri saya
yang saya boleh jadi juara dunia.

58
00:04:14,420 --> 00:04:18,758
Itu lebih penting daripada rasa selamat
kerana tinggal dengan keluarga.

59
00:04:26,891 --> 00:04:29,894
Saya pernah tak cakap
dengan orang sampai dua bulan.

60
00:04:30,478 --> 00:04:34,107
Malah, saya pernah main
sampai 30 jam tanpa henti atau tidur.

61
00:04:35,608 --> 00:04:38,945
Saya berjaga untuk selesaikan
masalah catur tanpa henti.

62
00:04:39,779 --> 00:04:42,031
Saya serap semuanya tentang catur.

63
00:04:44,158 --> 00:04:46,285
{\an8}Saya suka tonton temu bual
dengan pemain lama

64
00:04:46,286 --> 00:04:47,577
{\an8}dan kaji teknik mereka.

65
00:04:47,578 --> 00:04:50,623
Saya belajar langkah pembukaan
secara menyeluruh.

66
00:04:51,124 --> 00:04:54,876
Bobby nampak enam langkah seterusnya,
sayangnya dia tak perasan langkah ketujuh.

67
00:04:54,877 --> 00:04:57,337
Saya duduk depan komputer
12 hingga 16 jam sehari,

68
00:04:57,338 --> 00:04:59,841
dan main ribuan permainan sebulan.

69
00:05:00,925 --> 00:05:05,512
Kemahiran hanya boleh ditingkatkan
dengan menentang pemain lebih handal.

70
00:05:05,513 --> 00:05:08,724
Setiap perlawanan
dengan pemain terbaik dunia

71
00:05:08,725 --> 00:05:10,685
membolehkan saya jadi lebih kuat

72
00:05:12,645 --> 00:05:15,857
dan semua pemain terbaik main
di Chess.com.

73
00:05:17,150 --> 00:05:19,319
Ia ekosistem catur yang lengkap.

74
00:05:20,320 --> 00:05:21,821
Tiada pilihan lain.

75
00:05:24,824 --> 00:05:26,784
Mereka kuasai catur dalam talian.

76
00:05:30,913 --> 00:05:34,292
Memang rupa kami
bukan macam pemain catur biasa.

77
00:05:35,877 --> 00:05:40,505
Orang selalu bayangkan pemain catur
sebagai lelaki tua kulit putih dari Rusia.

78
00:05:40,506 --> 00:05:42,966
{\an8}"Catur tak seronok. Ia sangat sukar.

79
00:05:42,967 --> 00:05:46,261
{\an8}Ia hanya untuk nerda
dan bukan untuk saya."

80
00:05:46,262 --> 00:05:50,308
{\an8}Sebab itulah Chess.com guna
bidak sebagai logonya.

81
00:05:51,017 --> 00:05:52,768
Catur adalah untuk bidak.

82
00:05:52,769 --> 00:05:56,189
Bidak boleh mara ke depan
dan jadi apa saja yang kita nak.

83
00:05:58,066 --> 00:05:59,942
Catur adalah untuk semua orang.

84
00:06:04,739 --> 00:06:07,075
Selamat menonton
satu lagi <i>Under the Pawn Green.</i>

85
00:06:07,742 --> 00:06:12,079
Saya dapat idea untuk Chess.com pada 2005

86
00:06:12,080 --> 00:06:14,582
sebagai laman MySpace, tapi untuk catur.

87
00:06:16,209 --> 00:06:19,544
Kami bermula secara rasmi pada Mei 2007.

88
00:06:19,545 --> 00:06:22,005
Ini dewannya.
Doakan kejayaan saya. Jumpa lagi.

89
00:06:22,006 --> 00:06:24,216
Tapi ia laman picisan.

90
00:06:24,217 --> 00:06:27,761
Saya tolak tawaran kerja
di Facebook, Palantir dan YouTube,

91
00:06:27,762 --> 00:06:30,222
dan semua orang di Lembah Silicon cakap

92
00:06:30,223 --> 00:06:32,849
catur tak cukup bagus
untuk menarik pelabur

93
00:06:32,850 --> 00:06:36,186
dan mereka buat lawak tentang kami.

94
00:06:36,187 --> 00:06:37,604
Kami dipandang rendah.

95
00:06:37,605 --> 00:06:39,023
Sehinggalah COVID melanda.

96
00:06:40,441 --> 00:06:44,194
Hari ini, Organisasi Kesihatan Sedunia
mengumumkan secara rasmi

97
00:06:44,195 --> 00:06:46,530
bahawa ini wabak global.

98
00:06:46,531 --> 00:06:50,326
<i>Bayangkan syurga tiada</i>

99
00:06:53,413 --> 00:06:54,579
<i>Tebuan…</i>

100
00:06:54,580 --> 00:06:55,872
Rasanya ia penapis.

101
00:06:55,873 --> 00:06:57,707
{\an8}Saya tak tahu buang.

102
00:06:57,708 --> 00:07:00,669
Wabak itu sangat teruk,

103
00:07:00,670 --> 00:07:03,464
tapi bagi catur, ia terasa seperti mimpi.

104
00:07:03,965 --> 00:07:07,342
Kami boleh nampak
pada log pelayan dan pendaftaran.

105
00:07:07,343 --> 00:07:10,805
{\an8}Jika negara mula berkurung,
jumlah pendaftaran melonjak.

106
00:07:11,514 --> 00:07:13,474
{\an8}Itali negara pertama yang mula.

107
00:07:14,350 --> 00:07:16,060
{\an8}Jumlah pendaftaran di Itali naik.

108
00:07:17,687 --> 00:07:21,023
Seterusnya, India.
Jumlah pendaftaran di India naik.

109
00:07:22,567 --> 00:07:25,569
Setiap negara yang mula berkurung,

110
00:07:25,570 --> 00:07:29,072
jumlah pendaftaran terus naik
empat atau lima kali ganda.

111
00:07:29,073 --> 00:07:30,283
CATUR BERKEMBANG

112
00:07:31,242 --> 00:07:32,826
{\an8}Mari kita main catur.

113
00:07:32,827 --> 00:07:34,162
{\an8}Boleh juga.

114
00:07:35,455 --> 00:07:39,583
Kemudian, siri <i>The Queen's Gambit</i>
ditayangkan di Netflix.

115
00:07:39,584 --> 00:07:42,711
{\an8}Dua faktor ini bertembung
dan kenaikan ini melonjak tinggi.

116
00:07:42,712 --> 00:07:46,798
<i>Bulan ini, Chess.com,
dapat lebih dua juta ahli baru.</i>

117
00:07:46,799 --> 00:07:50,385
Daripada sejuta pengguna aktif sehari,

118
00:07:50,386 --> 00:07:53,263
jumlahnya naik
kepada lima hingga enam juta.

119
00:07:53,264 --> 00:07:54,474
Ia mengejutkan.

120
00:07:55,057 --> 00:08:01,814
- Berapa nilai syarikat sekarang?
- Mungkin hampir kepada satu bilion dolar.

121
00:08:02,398 --> 00:08:03,523
Saya rasalah.

122
00:08:03,524 --> 00:08:06,902
Saya tak peduli pun,
tapi itulah anggarannya.

123
00:08:06,903 --> 00:08:08,236
Tak guna!

124
00:08:08,237 --> 00:08:13,116
Semasa wabak itu, kami cari
peluang perkembangan seterusnya.

125
00:08:13,117 --> 00:08:14,576
Apa yang berlaku tadi?

126
00:08:14,577 --> 00:08:17,454
Kami nampak berpengaruh
main catur beramai-ramai

127
00:08:17,455 --> 00:08:18,748
buat kali pertama.

128
00:08:19,332 --> 00:08:22,209
Jadi, saya harus pilih bintang seterusnya

129
00:08:22,210 --> 00:08:23,835
dan bina program strim.

130
00:08:23,836 --> 00:08:25,837
- Masa tambahan!
- Kedua-dua ratu tewas!

131
00:08:25,838 --> 00:08:28,507
Danny jadi orang paling penting

132
00:08:28,508 --> 00:08:30,468
dalam seluruh komuniti catur.

133
00:08:31,135 --> 00:08:34,888
Kita merevolusikan lagi catur hari ini.
Saya sayang kamu dan jaga diri.

134
00:08:34,889 --> 00:08:37,557
Kami jadi penentu dunia catur

135
00:08:37,558 --> 00:08:40,936
yang boleh merealisasikan
harapan dan impian seseorang.

136
00:08:40,937 --> 00:08:42,855
Semua orang mahu jadi bintang.

137
00:08:43,731 --> 00:08:46,441
Kau boleh berambus!

138
00:08:46,442 --> 00:08:50,904
Kau dah kalah!

139
00:08:50,905 --> 00:08:54,075
Sebelum wabak itu,
saya tak kenal Hans Niemann.

140
00:08:54,575 --> 00:08:55,743
Saya tahu…

141
00:08:57,537 --> 00:08:58,745
Hans!

142
00:08:58,746 --> 00:09:00,372
Kau dah kalah!

143
00:09:00,373 --> 00:09:02,374
Semua pempengaruh catur terhebat

144
00:09:02,375 --> 00:09:04,585
yang ada jutaan pengikut

145
00:09:05,169 --> 00:09:06,378
tak terkenal pun.

146
00:09:06,379 --> 00:09:10,633
Kemudian Chess.com konon…
bina kerjaya mereka.

147
00:09:12,760 --> 00:09:14,594
{\an8}Okey, tewaskan dia.

148
00:09:14,595 --> 00:09:17,097
{\an8}Catur menjadi kegilaan dan trend.

149
00:09:17,098 --> 00:09:19,015
{\an8}Hasilnya, semua orang nak main.

150
00:09:19,016 --> 00:09:22,269
Dua ribu tujuh ratus penonton. Ramainya.

151
00:09:22,270 --> 00:09:24,854
Kamu semua seronok menontonnya.

152
00:09:24,855 --> 00:09:27,108
Peluang sentiasa ada,
jika kita cari betul-betul.

153
00:09:27,858 --> 00:09:30,860
Saya mula menstrim di Twitch setiap hari.

154
00:09:30,861 --> 00:09:32,529
Awak tonton Twitch?

155
00:09:32,530 --> 00:09:34,906
- Awak Hans Niemann?
- Ya, saya!

156
00:09:34,907 --> 00:09:36,199
Biar betul! Hei!

157
00:09:36,200 --> 00:09:38,953
Ada seorang pemuda Amerika berbakat

158
00:09:40,204 --> 00:09:42,789
yang sangat yakin dengan diri sendiri.

159
00:09:42,790 --> 00:09:46,001
Jaga adab, fikir secara matang
dan jom sambung main.

160
00:09:46,002 --> 00:09:47,002
Dia berani.

161
00:09:47,003 --> 00:09:48,004
Ya!

162
00:09:49,505 --> 00:09:53,466
Jadi, memang wajarlah untuk
kami bekerjasama menaikkan namanya.

163
00:09:53,467 --> 00:09:55,927
Sayalah yang cuba bimbing dia.

164
00:09:55,928 --> 00:09:58,847
{\an8}Peserta kita sudah sedia untuk bermula.

165
00:09:58,848 --> 00:10:03,059
{\an8}Pemain kita, Hans Niemann,
ditemani snek kegemarannya, Doritos.

166
00:10:03,060 --> 00:10:07,440
{\an8}Hubungan kami bersifat kerjasama penuh.

167
00:10:08,190 --> 00:10:10,275
Hans istimewa bagi kami.

168
00:10:10,276 --> 00:10:12,027
{\an8}Tir e7.

169
00:10:12,028 --> 00:10:13,653
{\an8}Padan muka.

170
00:10:13,654 --> 00:10:15,156
Saya ada ramai peminat.

171
00:10:17,908 --> 00:10:19,535
Saya bukan nak tunjuk saya marah.

172
00:10:21,162 --> 00:10:22,829
Malangnya, itu sifat saya.

173
00:10:22,830 --> 00:10:24,956
Masa berdetik!

174
00:10:24,957 --> 00:10:26,958
Saya bukan macam penstrim lain

175
00:10:26,959 --> 00:10:30,171
kerana mereka terlalu membosankan
sampai saya pun nampak menarik.

176
00:10:31,631 --> 00:10:33,966
Kenapa dia bijak sangat?

177
00:10:35,301 --> 00:10:36,927
Jom main dengan tenang.

178
00:10:37,511 --> 00:10:41,140
Tak payah guna langkah rumit.
Main dengan tenang dan terkawal.

179
00:10:43,017 --> 00:10:44,935
Saya Hikaru Nakamura.

180
00:10:45,478 --> 00:10:47,187
Saya jaguh catur.

181
00:10:47,188 --> 00:10:50,523
{\an8}Saya pemain catur nombor tiga
di dunia buat masa ini.

182
00:10:50,524 --> 00:10:54,986
{\an8}Komputer akan beritahu jika saya salah,
tapi saya rasa raja f6 saja…

183
00:10:54,987 --> 00:10:58,531
Saya berminat untuk bersaing
dengan Hans dalam talian.

184
00:10:58,532 --> 00:11:01,368
Jelas sekali dia pemain yang handal.

185
00:11:01,369 --> 00:11:03,787
Apa? Ini pelik betul.

186
00:11:03,788 --> 00:11:07,083
Saya tak peduli pun perangai gila-gilanya.

187
00:11:09,794 --> 00:11:13,254
Kalau mengikut adat,
pemainnya harus beradab.

188
00:11:13,255 --> 00:11:16,758
Jika menang, kata, "Saya menang."
Jika kalah, kata, "Awak lebih bagus."

189
00:11:16,759 --> 00:11:18,510
Tahniah, saudara.

190
00:11:18,511 --> 00:11:20,179
Itu rampasan kuasa hebat.

191
00:11:20,763 --> 00:11:22,555
Tapi Hans macam orang gila.

192
00:11:22,556 --> 00:11:24,808
Kalau dia kalah, dia terpekik-pekik.

193
00:11:24,809 --> 00:11:27,644
Kalau dia menang pula, dia bermegah-megah.

194
00:11:27,645 --> 00:11:28,770
Aku dewa.

195
00:11:28,771 --> 00:11:32,858
Sekarang, duduk dan terimalah hakikat.

196
00:11:33,651 --> 00:11:36,111
Apa salahnya kita meluahkan perasaan?

197
00:11:36,112 --> 00:11:38,196
Ada orang suka. Ada orang benci.

198
00:11:38,197 --> 00:11:39,864
Walaupun peminatnya suka,

199
00:11:39,865 --> 00:11:43,785
ada orang yang tak suka
dan rasa dia biadab

200
00:11:43,786 --> 00:11:47,622
dan sikapnya tak sesuai
bagi pemain profesional.

201
00:11:47,623 --> 00:11:50,917
Pemain lain kata,
"Kenapa dia buat begitu atau begini?"

202
00:11:50,918 --> 00:11:52,460
Mereka fikir ia pelik,

203
00:11:52,461 --> 00:11:55,338
tapi dalam dunia sukan, ia tak pelik.

204
00:11:55,339 --> 00:11:56,464
Ia perkara biasa.

205
00:11:56,465 --> 00:11:58,466
Pertama sekali, manusia bodoh

206
00:11:58,467 --> 00:12:02,721
sebab penjelasan saya ini
akan buat semua jaguh nampak bodoh.

207
00:12:02,722 --> 00:12:06,641
Kenapa saya perlu jadi pak turut
dan layan orang dengan baik?

208
00:12:06,642 --> 00:12:09,561
Pepatah pun ada kata,
orang baik selalu rugi

209
00:12:09,562 --> 00:12:10,938
dan saya tak baik.

210
00:12:11,522 --> 00:12:14,275
Malangnya, orang baik takkan jadi juara.

211
00:12:38,966 --> 00:12:42,552
Kadangkala saya pun susah percaya

212
00:12:42,553 --> 00:12:45,556
yang saya pemain terbaik dunia.

213
00:12:50,478 --> 00:12:54,356
Sebab saya tak rasa diri saya luar biasa.

214
00:12:55,149 --> 00:12:57,525
{\an8}Saya tahu saya agak bijak,

215
00:12:57,526 --> 00:12:59,068
{\an8}tapi saya bukan genius.

216
00:12:59,069 --> 00:13:01,154
{\an8}Maksud saya, saya tak hebat pun.

217
00:13:01,155 --> 00:13:04,616
Yang pasti, apabila saya duduk
di depan papan catur,

218
00:13:04,617 --> 00:13:07,661
saya lebih bagus daripada lawan saya.

219
00:13:13,918 --> 00:13:18,755
Kadangkala saya rasa
seolah-olah saya tak layak menang.

220
00:13:18,756 --> 00:13:23,135
Kadangkala, ia seperti
terlalu mudah bagi saya.

221
00:13:24,637 --> 00:13:28,765
Mungkin ada orang
yang dah lebih banyak berusaha,

222
00:13:28,766 --> 00:13:31,727
tapi masih belum sampai ke tahap saya.

223
00:13:33,312 --> 00:13:35,313
Apa yang awak tahu tentang Hans?

224
00:13:35,314 --> 00:13:37,565
Kami pernah lawan
beberapa kali dalam talian.

225
00:13:37,566 --> 00:13:41,110
Kadangkala, ia menghiburkan

226
00:13:41,111 --> 00:13:44,280
sebab anginnya sangat tak menentu.

227
00:13:44,281 --> 00:13:48,993
Gilalah! Aku lawan Magnus Carlsen!

228
00:13:48,994 --> 00:13:53,081
Saya budak muda yang tak rasa
saya boleh jadi bakal juara,

229
00:13:53,082 --> 00:13:55,251
tapi tiba-tiba, saya lawan Magnus.

230
00:13:56,293 --> 00:13:59,796
Dia juara dunia dan pemain
yang saya dah lama sanjungi.

231
00:13:59,797 --> 00:14:01,256
Jadi, tentulah saya teruja.

232
00:14:01,257 --> 00:14:02,466
Biar betul!

233
00:14:03,259 --> 00:14:08,597
Dia agak bagus,
tapi saya tetap menang dengan mudah.

234
00:14:09,390 --> 00:14:11,976
Mat, seronoknya.

235
00:14:14,061 --> 00:14:20,234
Dia pemain bagus yang kebetulannya
warga Amerika dan sangat becok.

236
00:14:22,027 --> 00:14:24,279
Ada satu video yang saya tonton.

237
00:14:24,280 --> 00:14:26,614
Dalam video itu, saya kata,

238
00:14:26,615 --> 00:14:30,118
"Kamu mungkin tak percaya
dan fikir aku gila, tapi…"

239
00:14:30,119 --> 00:14:32,912
Satu hari nanti, aku akan tewaskan Magnus

240
00:14:32,913 --> 00:14:36,917
dan aku akan jadi pemain terbaik dunia!

241
00:14:37,751 --> 00:14:41,671
Kamu akan lihat setiap langkah aku
dalam usaha mencapai misi itu.

242
00:14:41,672 --> 00:14:42,922
Ada sebab di sebaliknya.

243
00:14:42,923 --> 00:14:47,635
Orang nak tengok budak
menumpaskan pemain terbaik dunia.

244
00:14:47,636 --> 00:14:49,679
Kita ada ramai jaguh catur,

245
00:14:49,680 --> 00:14:52,932
tapi budak hina yang dipandang rendah ini,

246
00:14:52,933 --> 00:14:54,310
telah layak!

247
00:14:54,894 --> 00:14:57,645
Saya menang 30 ribu sebulan di Chess.com.

248
00:14:57,646 --> 00:14:59,565
Saya antara pemain terbaiknya.

249
00:15:02,192 --> 00:15:06,739
Saya tewaskan ramai jaguh lain
yang merupakan pemain terbaik dunia.

250
00:15:07,615 --> 00:15:11,327
Jika saya menang dalam talian,
main depan-depan pun tentu mudah.

251
00:15:11,994 --> 00:15:15,998
Jadi, saya kena buktikan diri saya
dengan bermain secara bersemuka.

252
00:15:19,126 --> 00:15:22,546
Catur secara bersemuka
melibatkan dua pemain yang semeja.

253
00:15:24,006 --> 00:15:25,466
Kita guna pemasa atau jam.

254
00:15:28,010 --> 00:15:29,803
Kita main secara bersemuka.

255
00:15:32,348 --> 00:15:36,060
Ratu… ke depan raja.

256
00:15:38,020 --> 00:15:39,646
Cara ini rasa lebih dekat.

257
00:15:39,647 --> 00:15:42,399
Kita boleh dengar pernafasan lawan kita.

258
00:15:43,400 --> 00:15:46,070
Kita nampak reaksi mereka
terhadap pergerakan kita.

259
00:15:48,113 --> 00:15:52,368
Apabila kita menang, kita nampak
kekecewaan mereka depan-depan!

260
00:15:57,456 --> 00:15:59,374
Kita boleh buat perbezaan jelas

261
00:15:59,375 --> 00:16:02,293
antara perlawanan dalam talian
yang lebih kasual

262
00:16:02,294 --> 00:16:04,796
dan cara bersemuka yang lebih serius.

263
00:16:04,797 --> 00:16:10,511
Rating daripada permainan
secara bersemuka ialah ukuran sebenar.

264
00:16:11,387 --> 00:16:13,972
Sistem rating
dalam sukan catur agak mudah.

265
00:16:13,973 --> 00:16:18,142
Kita mula daripada sifar dan naik
hingga ke peringkat Kejuaraan Dunia,

266
00:16:18,143 --> 00:16:21,605
pada sekitar 2,800
atau lebih daripada itu.

267
00:16:22,189 --> 00:16:25,401
Sekarang, rating saya 2,466.

268
00:16:26,026 --> 00:16:29,154
Ia biasa saja.
Ramai orang sebaya saya dah ada rating.

269
00:16:29,780 --> 00:16:33,408
Tapi matlamat saya ialah menjadi
pemain terbaik di dunia

270
00:16:33,409 --> 00:16:34,952
dan tiada apa akan halang saya.

271
00:16:38,872 --> 00:16:42,793
Jadi, saya mula main secara bersemuka
semasa tahun akhir sekolah.

272
00:16:43,961 --> 00:16:46,546
Saya buat habis-habisan,
sertai kejohanan terhebat,

273
00:16:46,547 --> 00:16:47,548
pergi ke Eropah.

274
00:16:50,801 --> 00:16:55,179
Saya bermula di Sepanyol.
Saya sertai tiga kejohanan hebat.

275
00:16:55,180 --> 00:16:59,685
Rating saya naik banyak
daripada 2,488 kepada 2,525.

276
00:17:01,353 --> 00:17:03,605
Kemudian, saya pergi ke Itali.

277
00:17:04,690 --> 00:17:05,899
Saya naikkan rating.

278
00:17:08,193 --> 00:17:11,195
Selepas itu, saya lawan tanpa henti,

279
00:17:11,196 --> 00:17:13,866
sebulan di Serbia,
perlawanan satu demi satu.

280
00:17:16,035 --> 00:17:19,829
Pada bulan Mac,
saya sertai semua kejohanan di Itali.

281
00:17:19,830 --> 00:17:22,416
Prestasi saya sangat teruk di sana.

282
00:17:23,333 --> 00:17:26,045
Rating saya tak naik. Duit dah nak habis.

283
00:17:27,046 --> 00:17:29,089
Tapi mujurlah saya ke Montenegro.

284
00:17:30,424 --> 00:17:34,594
Saya sertai dua kejohanan di sana.
Saya asyik menang saja.

285
00:17:34,595 --> 00:17:37,473
Rating saya melonjak naik
dan dengan rasa yakin,

286
00:17:38,557 --> 00:17:39,850
saya menang semua kejohanan.

287
00:17:42,811 --> 00:17:48,191
Saya dah agak dia bercita-cita tinggi.
Dia tinggal lama di Eropah.

288
00:17:48,192 --> 00:17:51,278
Dia sertai pertandingan
hampir setiap hari.

289
00:17:52,279 --> 00:17:55,074
Persembahannya baik,
dia naikkan ratingnya.

290
00:17:56,116 --> 00:17:59,118
Saya jadi macam orang gila
dan lawan selagi boleh.

291
00:17:59,119 --> 00:18:00,996
Saya menang di Philadelphia.

292
00:18:03,165 --> 00:18:04,333
Menang Terbuka Dunia.

293
00:18:05,876 --> 00:18:07,544
Kejuaraan Remaja Amerika.

294
00:18:08,128 --> 00:18:10,589
Saya menang Anugerah Capablanca di Cuba.

295
00:18:11,882 --> 00:18:14,718
Saya menang lagi kejohanan
selepas itu di Sweden.

296
00:18:15,677 --> 00:18:18,764
Saya pecahkan rekod
jumlah perlawanan dalam setahun.

297
00:18:19,431 --> 00:18:23,184
Saya sertai 261 perlawanan dalam setahun.

298
00:18:23,185 --> 00:18:27,605
Kedudukannya terus naik
hingga ke sekitar 2,700,

299
00:18:27,606 --> 00:18:30,858
yang dikuasai 30, 40 pemain terbaik dunia.

300
00:18:30,859 --> 00:18:33,861
Dia memang berbakat.
Sekarang dia menggunakannya.

301
00:18:33,862 --> 00:18:34,863
Dia mula guna.

302
00:18:35,739 --> 00:18:40,285
Hans Niemann berpotensi menjadi
pemain terbaik sepanjang zaman.

303
00:18:44,123 --> 00:18:47,792
Sejak kecil, saya sering dipaksa,
dimarahi dan dibuli.

304
00:18:47,793 --> 00:18:50,378
"Kamu takkan jadi pemain
atau kaya dengan bermain catur.

305
00:18:50,379 --> 00:18:51,922
Kamu perlu masuk kolej."

306
00:18:52,464 --> 00:18:55,759
Jadi, saya gembira
apabila impian saya jadi kenyataan.

307
00:18:56,343 --> 00:18:58,846
Itu peluang untuk saya jadi pemain elit.

308
00:18:59,346 --> 00:19:01,723
Hidup senang jika kita jadi pemain elit.

309
00:19:08,480 --> 00:19:11,692
Saya dapat e-mel bertulis,
"Anda diundang ke Miami."

310
00:19:12,276 --> 00:19:16,029
<i>Kita dah bersedia
untuk Kejohanan FTX Crypto.</i>

311
00:19:16,989 --> 00:19:21,785
Kejohanan FTX Crypto Miami
ialah acara catur e-sukan yang hebat.

312
00:19:22,369 --> 00:19:26,331
Mereka bawa pemain terbaik ke Miami
yang ditempatkan di hotel mewah.

313
00:19:28,584 --> 00:19:30,585
Kami suka catur. Ya.

314
00:19:30,586 --> 00:19:34,589
Mereka ibarat pemain NBA atau NFL

315
00:19:34,590 --> 00:19:35,673
tapi untuk catur.

316
00:19:35,674 --> 00:19:37,885
Ia antara acara catur paling popular

317
00:19:39,178 --> 00:19:41,721
dan sebagai bintang yang meningkat naik,

318
00:19:41,722 --> 00:19:43,390
Hans Niemann turut diundang.

319
00:19:43,891 --> 00:19:46,100
Ia sangat penting bagi saya.

320
00:19:46,101 --> 00:19:48,145
Itulah saat pertama saya

321
00:19:49,271 --> 00:19:51,565
sedar, okey, ini bukan main-main.

322
00:19:52,524 --> 00:19:54,610
Saya bersama pemain terbaik dunia.

323
00:19:55,194 --> 00:19:57,571
Hanya dua tahun lepas, saya puja mereka.

324
00:19:58,572 --> 00:20:01,366
Saya tak sangka dapat berbual
dengan mereka.

325
00:20:03,285 --> 00:20:06,579
Sedar-sedar saja,
kami mengumpat sambil makan malam.

326
00:20:06,580 --> 00:20:10,834
Pada saat itu, saya sedar saya akan jadi
salah seorang pemain terhandal.

327
00:20:11,668 --> 00:20:14,212
Kebanyakan pemain yang sampai ke puncak

328
00:20:14,213 --> 00:20:17,215
pernah melalui saat
yang membentuk kerjaya mereka.

329
00:20:17,216 --> 00:20:20,301
Ia permainan istimewa
yang sering dibualkan.

330
00:20:20,302 --> 00:20:23,931
Permainan yang but kita rasa,
"Mereka pasti cemerlang."

331
00:20:24,556 --> 00:20:26,892
Tapi Hans tak pernah ada saat sebegitu.

332
00:20:27,809 --> 00:20:30,103
Untuk jadi pemain terbaik,
kalahkan pemain terbaik.

333
00:20:30,604 --> 00:20:32,146
Dia perlukan kesahan.

334
00:20:32,147 --> 00:20:33,606
Ya.

335
00:20:33,607 --> 00:20:36,735
Hans, tolong datang dekat sikit.

336
00:20:37,277 --> 00:20:40,948
Awak seorang yang berkeyakinan tinggi.

337
00:20:41,448 --> 00:20:44,784
Adakah ini langkah pertama
untuk menumpaskan pemain lain

338
00:20:44,785 --> 00:20:46,285
pada masa akan datang?

339
00:20:46,286 --> 00:20:49,998
Ya, saya nak kuasai
psikologi mereka semua.

340
00:20:52,626 --> 00:20:54,543
Dia ingat apa dia akan dapat?

341
00:20:54,544 --> 00:20:58,923
Sebab dia dipandang rendah
dalam setiap perlawanan

342
00:20:58,924 --> 00:21:01,384
dan jika dia fikir yang dia boleh datang

343
00:21:01,385 --> 00:21:06,265
dan tewaskan semua orang,
jelas sekali yang dia cuma berangan.

344
00:21:07,266 --> 00:21:09,600
Magnus dah lama menguasai sukan ini.

345
00:21:09,601 --> 00:21:13,104
Tapi itu kerana dia hancurkan
semangat semua pemain lain.

346
00:21:13,105 --> 00:21:15,315
Saya nak menggantikan dia.

347
00:21:17,776 --> 00:21:19,861
Adakah dia setaraf dengan awak?

348
00:21:20,779 --> 00:21:22,321
Mestilah tak.

349
00:21:22,322 --> 00:21:27,994
Dia seolah-olah cuma menunjukkan imej
sebagai pemain catur hebat.

350
00:21:27,995 --> 00:21:30,705
Itu buat saya agak terkejut.

351
00:21:30,706 --> 00:21:32,207
Terima kasih.

352
00:21:32,874 --> 00:21:35,543
Hans mulakan kejohanan ini sangat teruk.

353
00:21:35,544 --> 00:21:39,755
Dia kalah dalam kebanyakan perlawanan
dan rancangannya tak menjadi.

354
00:21:39,756 --> 00:21:42,216
Hans Niemann kalah dalam tiga perlawanan

355
00:21:42,217 --> 00:21:45,678
dan kejohanan ini
akan makin mencabar baginya.

356
00:21:45,679 --> 00:21:47,972
- Dia seperti dah tiada harapan.
- Ya.

357
00:21:47,973 --> 00:21:50,850
Dia tak mampu bertahan
walaupun 15 langkah.

358
00:21:50,851 --> 00:21:54,395
Dalam aspek tertentu,
dia macam tak faham langsung.

359
00:21:54,396 --> 00:21:58,399
Jadi, jika sesiapa kata Hans Niemann
boleh tewaskan Magnus Carlsen,

360
00:21:58,400 --> 00:22:01,653
orang tentu akan ketawa saja.

361
00:22:02,362 --> 00:22:04,155
Tiada siapa pedulikan dia.

362
00:22:04,156 --> 00:22:07,491
Awak akan lawan juara bertahan.
Apa persediaan awak?

363
00:22:07,492 --> 00:22:10,329
Juara perlahan? Oh, "bertahan"?
Juara bertahan.

364
00:22:11,330 --> 00:22:13,205
Saya minum dua <i>smoothie.</i>

365
00:22:13,206 --> 00:22:15,875
Tapi semuanya tentang Hans tak masuk akal.

366
00:22:15,876 --> 00:22:18,628
Terus terang, semuanya tak masuk akal.

367
00:22:22,174 --> 00:22:27,387
Saya dah jadi pemain terbaik dunia
selama kira-kira 12 atau 13 tahun.

368
00:22:28,013 --> 00:22:31,223
Saya menang banyak
perlawanan dan kejohanan catur.

369
00:22:31,224 --> 00:22:34,978
Saya yakin dengan
kebolehan saya bermain catur.

370
00:22:35,687 --> 00:22:37,772
Rekodnya tiada tandingan

371
00:22:37,773 --> 00:22:42,151
dan saya dapat rasa
yang dia sedar akan aura juaranya.

372
00:22:42,152 --> 00:22:46,238
Kita sampai rasa dia dah terlalu kuat
dan takkan dapat ditumpaskan.

373
00:22:46,239 --> 00:22:48,825
Dia beri kesan psikologi besar
kepada lawan.

374
00:22:51,161 --> 00:22:56,416
Rating sayalah yang terendah di sana,
tapi saya tak mudah rasa gentar.

375
00:22:56,917 --> 00:22:59,669
Ini peluang saya,
jadi saya akan merebutnya.

376
00:23:01,713 --> 00:23:04,799
Dari segi psikologi,
Niemann yakin dengan dirinya.

377
00:23:04,800 --> 00:23:06,675
Dia cuma perlu membuktikannya.

378
00:23:06,676 --> 00:23:09,970
Pada awal perlawanan,
Magnus Carlsen, pemain catur terhebat,

379
00:23:09,971 --> 00:23:11,347
berada dalam kedudukan baik.

380
00:23:11,348 --> 00:23:14,226
Situasi ini nampak teruk bagi Hans.

381
00:23:14,726 --> 00:23:19,355
Kedudukan buah catur Magnus
sangat bagus. Tir, ratu dan gajah.

382
00:23:19,356 --> 00:23:22,108
Hans tentu takkan bertahan lama.

383
00:23:22,109 --> 00:23:25,027
Tapi yang menariknya, Hans ubah

384
00:23:25,028 --> 00:23:29,282
bahagian rajanya yang berterabur
menjadi satu serangan.

385
00:23:29,866 --> 00:23:32,952
- Saya suka gerakan Hans.
- Dia main dengan baik.

386
00:23:32,953 --> 00:23:36,580
Jika dia teruskan momentumnya,
Magnus pasti tercabar.

387
00:23:36,581 --> 00:23:40,167
Tirnya tiba-tiba menyerang
dan strategi Magnus gagal.

388
00:23:40,168 --> 00:23:41,252
Mengagumkan.

389
00:23:41,253 --> 00:23:42,920
Peluang hitam kini cerah.

390
00:23:42,921 --> 00:23:46,882
Magnus biasanya tak main begini, bukan?

391
00:23:46,883 --> 00:23:50,302
Saya tiada peluang langsung
dalam perlawanan itu

392
00:23:50,303 --> 00:23:53,432
dan itu sesuatu yang sangat pelik.

393
00:23:54,349 --> 00:23:59,562
Kalau nak diikutkan, kami tak setaraf.
Saya jauh lebih handal daripada awak.

394
00:23:59,563 --> 00:24:01,814
Saya boleh saja
tamatkan permainan dengan seri

395
00:24:01,815 --> 00:24:07,903
sebagai tanda hormat kepada jaguh hebat,
tapi itu bukan niat saya.

396
00:24:07,904 --> 00:24:10,072
Saya kalah teruk.

397
00:24:10,073 --> 00:24:13,367
Dia menyerah kalah.
Saya sungguh tak sangka.

398
00:24:13,368 --> 00:24:14,535
Mengejutkan betul.

399
00:24:14,536 --> 00:24:18,789
<i>Ini permulaan hebat buat Hans Niemann,
pemain dengan rating terendah di sini.</i>

400
00:24:18,790 --> 00:24:21,417
<i>Kemenangan ke atas
pemain nombor satu dunia.</i>

401
00:24:21,418 --> 00:24:23,502
<i>Ini reaksi Hans di Miami.</i>

402
00:24:23,503 --> 00:24:26,672
Hans, semalam hari yang teruk bagi awak.

403
00:24:26,673 --> 00:24:30,217
Hari ini bermula dengan hebat.
Apa komen awak?

404
00:24:30,218 --> 00:24:31,636
Catur menjelaskan semuanya.

405
00:24:32,179 --> 00:24:34,973
Ia istimewakah
kerana awak tewaskan Magnus?

406
00:24:42,147 --> 00:24:43,856
Catur menjelaskan semuanya.

407
00:24:43,857 --> 00:24:47,152
Ia istimewakah
kerana awak tewaskan Magnus?

408
00:24:47,819 --> 00:24:51,989
Temu bual selepas perlawanan itu tular.

409
00:24:51,990 --> 00:24:54,658
Ia tersebar di Twitter dan Reddit.

410
00:24:54,659 --> 00:24:57,578
Ada orang kata,
"Tak eloknya perangai dia."

411
00:24:57,579 --> 00:25:02,833
Ada pula yang kata, "Tengoklah!
Hebat. Syabas, Hans Niemann!"

412
00:25:02,834 --> 00:25:04,586
Cuba teka saya sokong siapa.

413
00:25:05,587 --> 00:25:07,963
DIA MANTAP

414
00:25:07,964 --> 00:25:11,675
Ada ramai orang yang tak suka
Magnus menang semua kejohanan,

415
00:25:11,676 --> 00:25:14,512
jadi budak yang tewaskan Magnus ini

416
00:25:14,513 --> 00:25:16,640
seolah-olah memperlekeh Magnus.

417
00:25:18,266 --> 00:25:22,436
Saya hairanlah.
Dia dah menang, tapi dia marah pula.

418
00:25:22,437 --> 00:25:26,065
Entah apa masalahnya.
Ia kelakar, tapi pelik.

419
00:25:26,066 --> 00:25:28,692
Semasa saya lihat temu bual itu,
saya fikir,

420
00:25:28,693 --> 00:25:31,028
"Inilah yang dunia catur nantikan,"

421
00:25:31,029 --> 00:25:33,532
dan tiba-tiba semua orang fikir,

422
00:25:34,741 --> 00:25:36,408
mungkin catur menjelaskan semuanya

423
00:25:36,409 --> 00:25:38,036
sebab Hans main taram saja.

424
00:25:39,246 --> 00:25:41,164
Dia ada terima bantuan.

425
00:25:47,921 --> 00:25:50,215
Saya tak dibesarkan
untuk jadi pemain catur hebat.

426
00:25:51,550 --> 00:25:55,678
Saya tukar sekolah lapan kali
dan dibuli di semua sekolah

427
00:25:55,679 --> 00:25:57,681
kerana saya kuat main catur.

428
00:26:00,100 --> 00:26:03,937
Jadi, semasa 13 tahun, saya naik tren
dari Connecticut ke New York

429
00:26:05,522 --> 00:26:07,731
untuk kumpul duit
dengan lawan pemain jalanan.

430
00:26:07,732 --> 00:26:10,109
Apa ini? Ia atas papan, lihatlah!

431
00:26:10,110 --> 00:26:12,320
Ini Taman Washington Square.

432
00:26:14,072 --> 00:26:16,365
Di sini ada meja catur.

433
00:26:16,366 --> 00:26:19,160
Ramai pemain terbaik New York
bermula di sini.

434
00:26:19,828 --> 00:26:22,037
Saya perlu tewaskan dia.

435
00:26:22,038 --> 00:26:24,748
Mereka akan cuba dapatkan duit kita.

436
00:26:24,749 --> 00:26:28,753
Seronok, bukan? Susun balik buah catur!

437
00:26:29,588 --> 00:26:32,423
Saya tak main catur jenis formal.

438
00:26:32,424 --> 00:26:33,425
Selamat tinggal.

439
00:26:34,593 --> 00:26:38,429
Saya ada cara tersendiri
dan saya pilih jalan yang sangat unik.

440
00:26:38,430 --> 00:26:40,307
Pemain catur, mula sekarang!

441
00:26:41,266 --> 00:26:46,145
Saya kenal awak dan nampak
perbuatan awak musim panas lepas.

442
00:26:46,146 --> 00:26:48,689
Hans pemain terbaru yang paling hebat.

443
00:26:48,690 --> 00:26:50,941
Dia menang Kejuaraan Remaja Dunia,

444
00:26:50,942 --> 00:26:53,278
tapi dia mentah sehinggalah dia ke sini

445
00:26:53,778 --> 00:26:55,697
dan betul-betul belajar main.

446
00:26:57,449 --> 00:27:00,951
Permainan di taman

447
00:27:00,952 --> 00:27:04,331
{\an8}akan mengajar kita
untuk bertahan sampai habis.

448
00:27:05,373 --> 00:27:09,418
Orang tak tahu yang kita boleh mendominasi
walaupun hampir kalah.

449
00:27:09,419 --> 00:27:13,088
Dominasi penting.
Kita perlu menguasai permainan ini.

450
00:27:13,089 --> 00:27:14,131
Serang dia, Poe!

451
00:27:14,132 --> 00:27:17,134
Saya memanglah nak,
tapi dia liat betullah.

452
00:27:17,135 --> 00:27:19,845
Kita perlu menempuh onak dan duri.

453
00:27:19,846 --> 00:27:22,765
Gila betullah.
Dia Muhammad Ali versi catur.

454
00:27:22,766 --> 00:27:24,433
Awak lebih berpengalaman.

455
00:27:24,434 --> 00:27:25,684
Ia tak pentinglah!

456
00:27:25,685 --> 00:27:28,938
Hans memang pemain terbaik
antara pemain sebayanya.

457
00:27:31,024 --> 00:27:36,403
Dia bukan saja handal, tapi juga garang
apabila bermain dengan papan catur.

458
00:27:36,404 --> 00:27:39,948
Itu sah! Hoi, sudahlah, budak!

459
00:27:39,949 --> 00:27:41,159
Berambuslah.

460
00:27:42,160 --> 00:27:44,286
Saya nak tunjuk
saya tak takut dengan mereka.

461
00:27:44,287 --> 00:27:47,082
Jika kita muda
dan berani lawan lelaki 56 tahun,

462
00:27:47,832 --> 00:27:49,792
semuanya tak menakutkan lagi.

463
00:27:49,793 --> 00:27:53,462
Apabila kita boleh lihat
lawan kita cuba bertahan

464
00:27:53,463 --> 00:27:56,675
dan kita tahu kita akan menang,
kita akan rasa puas,

465
00:27:57,300 --> 00:27:59,843
sebab kita handal dan mereka lemah.

466
00:27:59,844 --> 00:28:02,513
Tapi dia liat.

467
00:28:02,514 --> 00:28:05,099
Hans mempamerkan semangatnya.

468
00:28:05,100 --> 00:28:09,312
Semangatnya yang terpampang
di depan kita boleh melemahkan kita.

469
00:28:10,271 --> 00:28:15,193
Dia gergasi, dan yang indahnya

470
00:28:15,735 --> 00:28:19,239
bagi kita di New York,
adalah kerana dia gergasi kita.

471
00:28:24,035 --> 00:28:29,040
Saya atasi banyak cabaran
untuk sampai ke tahap ini.

472
00:28:29,541 --> 00:28:32,543
Jadi, makin besar cabarannya,
lagi seronok rasanya

473
00:28:32,544 --> 00:28:34,878
kerana saya tahu orang nak saya gagal.

474
00:28:34,879 --> 00:28:39,175
Ia juga buat saya gembira
dan makin membakar semangat saya.

475
00:28:42,637 --> 00:28:44,888
{\an8}<i>Ini dia. Kejohanan paling ulung.</i>

476
00:28:44,889 --> 00:28:47,976
{\an8}<i>Selamat datang
ke hari pertama Kejohanan Sinquefield.</i>

477
00:28:52,355 --> 00:28:54,690
{\an8}Kejohanan Sinquefield amat berprestij.

478
00:28:54,691 --> 00:28:57,318
{\an8}Sepuluh pemain terbaik dunia
akan bersaing.

479
00:29:01,156 --> 00:29:05,452
Ia acara yang paling banyak ditonton
dalam dunia catur profesional.

480
00:29:10,206 --> 00:29:13,877
Ramai tak puas hati apabila Hans diumumkan
sebagai peserta Kejohanan Sinquefield.

481
00:29:14,461 --> 00:29:18,047
Seorang pemain muda
dari New York, Hans Niemann.

482
00:29:20,341 --> 00:29:24,428
Orang rasa peningkatannya
yang secepat itu tak masuk akal.

483
00:29:24,429 --> 00:29:27,181
Dalam tempoh yang singkat,

484
00:29:27,182 --> 00:29:32,561
daripada pelajar sekolah tinggi,
saya jadi setaraf dengan pemain terhandal.

485
00:29:32,562 --> 00:29:36,231
Tiba-tiba saja,
semua impian saya seakan-akan tergerak

486
00:29:36,232 --> 00:29:38,776
{\an8}untuk menjadi kenyataan.

487
00:29:38,777 --> 00:29:42,946
{\an8}Kami datang untuk sokong Hans
dalam kejohanan yang sedang berlangsung.

488
00:29:42,947 --> 00:29:47,827
{\an8}Kami bawa papan tanda yang comel ini
dan kami cuma nak sokong dia.

489
00:29:49,078 --> 00:29:52,206
Ada beberapa gadis yang datang ke dewan.

490
00:29:52,207 --> 00:29:54,291
Mereka kelab peminat Hans Niemann.

491
00:29:54,292 --> 00:29:58,921
{\an8}Saya rasa dia tak tahu kami datang,
tapi saya harap dia jumpa kami di sini.

492
00:29:58,922 --> 00:30:00,172
{\an8}Kami sayang dia.

493
00:30:00,173 --> 00:30:05,386
Saya tak bayar mereka
untuk jadi peminat Hans Niemann.

494
00:30:05,970 --> 00:30:09,181
Ketegangan semakin memuncak.

495
00:30:09,182 --> 00:30:12,393
Semua pemain terbaik dunia
tak percayakan Hans Niemann.

496
00:30:14,062 --> 00:30:17,397
Mereka ada kumpulan, atau geng.

497
00:30:17,398 --> 00:30:22,736
Ia bukan saja kerana faktor elitisme,
tapi kerana mereka dah berpenat lelah.

498
00:30:22,737 --> 00:30:24,905
Jadi, mereka hairan dengan kehadiran Hans.

499
00:30:24,906 --> 00:30:26,782
Saya lihat sekeliling dan fikir, "Okey,

500
00:30:26,783 --> 00:30:29,494
saya layak sebilik
dengan semua pemain ini."

501
00:30:30,161 --> 00:30:33,539
Orang risau memikirkan
cara permainan Hans Niemann

502
00:30:33,540 --> 00:30:36,667
kerana mereka tak tahu
keupayaannya di papan catur.

503
00:30:36,668 --> 00:30:39,170
Mereka takut dan paranoid.

504
00:30:39,754 --> 00:30:43,883
Makin ramai pemain rasa curiga
sampai kita terfikir, apa yang berlaku?

505
00:30:44,843 --> 00:30:47,887
Beberapa peserta terfikir untuk tarik diri

506
00:30:48,388 --> 00:30:51,015
dan saya boleh agak sebabnya.

507
00:30:52,559 --> 00:30:55,102
<i>Saya ada terfikir</i>

508
00:30:55,103 --> 00:30:58,063
<i>sama ada seorang pemain
akan mengusai kejohanan…</i>

509
00:30:58,064 --> 00:30:59,231
<i>Lelaki di skrin?</i>

510
00:30:59,232 --> 00:31:01,233
<i>Dia mungkin menang dengan mudah.</i>

511
00:31:01,234 --> 00:31:03,193
Sebelum Kejohanan Sinquefield bermula,

512
00:31:03,194 --> 00:31:07,073
peserta yang dijangka menang dah jelas.

513
00:31:08,408 --> 00:31:11,286
Dia pemain hebat sepanjang zaman,
Magnus Carlsen.

514
00:31:12,996 --> 00:31:15,330
Tapi sesuatu yang mengejutkan berlaku.

515
00:31:15,331 --> 00:31:19,751
Catur mengejutkan kita
dengan kedudukan pemain teratas.

516
00:31:19,752 --> 00:31:22,546
Dari awal lagi, saya kalahkan semua lawan.

517
00:31:22,547 --> 00:31:25,173
<i>Persembahan yang sangat mantap oleh Hans.</i>

518
00:31:25,174 --> 00:31:27,009
<i>- Menariknya.
- Saya setuju.</i>

519
00:31:27,010 --> 00:31:28,719
Hans bermula dengan baik.

520
00:31:28,720 --> 00:31:31,973
Dia seri dalam perlawanan pertama
dengan peserta Amerika, Levon Aronian.

521
00:31:34,183 --> 00:31:35,475
<i>Pusingan kedua.</i>

522
00:31:35,476 --> 00:31:37,060
Dia buat kejutan

523
00:31:37,061 --> 00:31:39,981
dengan menewaskan peserta
dari Azerbaijan, Shakhriyar Mamedyarov.

524
00:31:41,024 --> 00:31:42,567
Dia kalah teruk.

525
00:31:43,151 --> 00:31:47,155
Mereka boleh angkuh dan yakin,
tapi saya setaraf dengan mereka.

526
00:31:48,156 --> 00:31:50,575
Magnus perhatikan permainan saya.

527
00:31:51,284 --> 00:31:53,911
Saya rasa dia kagum.

528
00:31:53,912 --> 00:31:56,455
HARI KETIGA

529
00:31:56,456 --> 00:32:02,920
<i>Pemain utama kita
akan bertanding di sini sekarang.</i>

530
00:32:02,921 --> 00:32:06,006
Itu peluang terbesar dalam kerjaya saya.

531
00:32:06,007 --> 00:32:09,259
Saya risau memikirkan
langkah pembukaannya.

532
00:32:09,260 --> 00:32:10,595
Langkah itu penting.

533
00:32:11,304 --> 00:32:14,640
Jadi, saya kuatkan mental

534
00:32:14,641 --> 00:32:17,684
supaya bersedia untuk rebut
semua peluang yang ada.

535
00:32:17,685 --> 00:32:21,146
<i>Kita menonton pertarungan
antara pemain teratas kita</i>

536
00:32:21,147 --> 00:32:23,815
<i>dan Magnus bermula dengan d4.</i>

537
00:32:23,816 --> 00:32:27,194
Jika kita tak percayakan lawan kita,

538
00:32:27,195 --> 00:32:30,657
kita sebenarnya dah rugi
dari segi psikologi.

539
00:32:31,491 --> 00:32:35,953
Jadi, saya fikir
saya akan cuba mengejutkan dia

540
00:32:35,954 --> 00:32:39,706
semasa mula bermain
dengan memilih langkah yang jarang dibuat.

541
00:32:39,707 --> 00:32:42,876
<i>Langkah pembukaan Magnus yang luar biasa.</i>

542
00:32:42,877 --> 00:32:46,546
Pergerakan begini dibuat
untuk memperdaya pihak lawan.

543
00:32:46,547 --> 00:32:49,925
Terus terang,
inilah kepakaran Magnus Carlsen.

544
00:32:49,926 --> 00:32:52,094
Ia agak berisiko.

545
00:32:52,095 --> 00:32:55,389
Tapi dia juga mula dengan langkah
yang sama bagusnya.

546
00:32:55,390 --> 00:32:59,851
Nampaknya Hans cukup bersedia,
walaupun dalam keadaan begini.

547
00:32:59,852 --> 00:33:04,649
Walaupun pembukaannya pelik,
jelas sekali Hans tahu apa dia buat.

548
00:33:05,733 --> 00:33:10,029
Daripada pengalaman saya,
dia taklah sebagus mana.

549
00:33:10,530 --> 00:33:13,908
Jadi, saya tak suka
permainan kami pada saat itu.

550
00:33:16,577 --> 00:33:19,997
Saya terus beri tekanan, perlahan-lahan.

551
00:33:19,998 --> 00:33:21,415
Akhirnya dia tewas.

552
00:33:21,416 --> 00:33:27,629
Saya tak pernah lihat Magnus
dengan postur badan seteruk itu.

553
00:33:27,630 --> 00:33:30,132
Dia nampak terkejut dengan permainan ini.

554
00:33:30,133 --> 00:33:33,928
Ia amat mengejutkan.
Magnus tiada peluang untuk menang.

555
00:33:34,762 --> 00:33:37,806
Saya nampak seolah-olah saya bertanding

556
00:33:37,807 --> 00:33:41,893
dengan lawan yang main sambalewa.

557
00:33:41,894 --> 00:33:44,604
Seolah-olah dia rasa,
"Ya, saya lebih handal.

558
00:33:44,605 --> 00:33:47,400
Saya kalahkan awak. Ini perkara biasa."

559
00:33:47,900 --> 00:33:51,278
Saya teringat balik perlawanan di Miami.

560
00:33:51,279 --> 00:33:53,906
Dia mempermainkan saya sekarang.

561
00:33:56,075 --> 00:33:59,746
Saya ada terfikir, berbaloikah
saya korbankan zaman kecil saya?

562
00:34:00,538 --> 00:34:02,539
Berbaloikah saya dibuli?

563
00:34:02,540 --> 00:34:05,752
Berbaloikah hidup sendirian?
Saya terfikir semua itu.

564
00:34:06,252 --> 00:34:11,256
Tapi saya dah tak fikir semua itu lagi
dan cuma rasa seronok sekarang.

565
00:34:11,257 --> 00:34:13,801
Saya fikirkan penerbangan kelas pertama.

566
00:34:15,511 --> 00:34:18,014
Pada saat itu saya rasa sangat sedih.

567
00:34:18,514 --> 00:34:19,973
Saya geram.

568
00:34:19,974 --> 00:34:22,143
Saya rasa ada sesuatu yang tak kena.

569
00:34:22,977 --> 00:34:24,145
Langsung.

570
00:34:24,645 --> 00:34:26,772
Itu dia. Jabat tangan.

571
00:34:26,773 --> 00:34:28,691
Wah. Keputusannya mengejutkan.

572
00:34:29,192 --> 00:34:31,777
Saya gembira kerana

573
00:34:31,778 --> 00:34:36,532
saya kalahkan pemain yang dah lama
menguasai rating dunia.

574
00:34:39,660 --> 00:34:41,536
Saya rasa semangatnya hilang

575
00:34:41,537 --> 00:34:44,706
{\an8}sebab dia kalah
kepada budak bodoh macam saya.

576
00:34:44,707 --> 00:34:47,709
{\an8}Juara dunia tentu malu
kerana tewas kepada saya.

577
00:34:47,710 --> 00:34:48,628
{\an8}Kasihan dia.

578
00:34:49,587 --> 00:34:51,797
Temu bual itu sangat aneh

579
00:34:51,798 --> 00:34:55,592
kerana penjelasannya tentang gerakan
yang dia buat tak logik.

580
00:34:55,593 --> 00:34:58,845
{\an8}Saya bertuah kerana dia buat
langkah pembukaan itu.

581
00:34:58,846 --> 00:35:02,224
{\an8}- Itulah yang saya kaji…
- Awak agak dia akan memilihnya?

582
00:35:02,225 --> 00:35:05,685
Saya tak agak, tapi yang ajaibnya,
itulah yang saya kaji.

583
00:35:05,686 --> 00:35:09,898
Ada banyak langkah pembukaan
dalam permainan catur,

584
00:35:09,899 --> 00:35:13,902
dan jumlahnya beribu-ribu.

585
00:35:13,903 --> 00:35:18,865
Jadi, apabila dia kata
bahawa antara 10,000 pilihan yang ada,

586
00:35:18,866 --> 00:35:22,786
itulah yang dia kaji
sebelum perlawanannya,

587
00:35:22,787 --> 00:35:27,999
ia tak masuk akal bagi semua orang.

588
00:35:28,000 --> 00:35:31,753
- Adakah ia tak mustahil? Ya.
- Tapi kebarangkaliannya tipis!

589
00:35:31,754 --> 00:35:32,712
Ia anomali.

590
00:35:32,713 --> 00:35:35,841
Entah kenapa saya kaji
pembukaan yang pelik itu.

591
00:35:35,842 --> 00:35:38,510
Ia keajaiban yang tak masuk akal.

592
00:35:38,511 --> 00:35:43,014
Itu gambaran anomali yang terbaik.
Keajaiban yang tak masuk akal.

593
00:35:43,015 --> 00:35:47,394
- Soalan saya dah terjawab.
- Tak apa, tapi saya baru bermula.

594
00:35:47,395 --> 00:35:50,105
Hans, terima kasih kerana datang.
Awak jujur seperti biasa.

595
00:35:50,106 --> 00:35:51,857
Tahniah kerana menang.

596
00:35:51,858 --> 00:35:54,568
Ini hari penting buat awak
selepas menewaskan juara dunia.

597
00:35:54,569 --> 00:35:55,861
Terima kasih.

598
00:35:55,862 --> 00:35:59,865
Apabila saya tiba di hotel,
saya rasa sangat gembira.

599
00:35:59,866 --> 00:36:01,575
Saya rasa saya dah berjaya.

600
00:36:01,576 --> 00:36:05,287
Hidup saya akan lebih baik.
Saya akan jadi pemain catur hebat.

601
00:36:05,288 --> 00:36:09,375
Jadi antara permain terbaik dunia
dan tidur dengan rasa gembira.

602
00:36:12,253 --> 00:36:15,839
Saya tonton perlawanan
antara Hans dan Magnus itu

603
00:36:15,840 --> 00:36:18,134
di hotel di St. Louis.

604
00:36:19,302 --> 00:36:21,511
Saya kasihankan Magnus.

605
00:36:21,512 --> 00:36:25,808
Saya tahu dia rasa geram
dan dia nampaknya tak bermain dengan baik.

606
00:36:27,602 --> 00:36:32,230
Saya tak syak apa-apa langsung

607
00:36:32,231 --> 00:36:35,651
sehinggalah Magnus pulang
dari dewan perlawanan.

608
00:36:37,486 --> 00:36:43,117
Magnus nampak terkejut.

609
00:36:44,076 --> 00:36:46,620
Saya tanya, "Kenapa?" dan dia terangkan

610
00:36:46,621 --> 00:36:50,582
yang dia rasa sangat curiga
sejak perlawanan bermula.

611
00:36:50,583 --> 00:36:55,879
Bukan Hans yang bermain,
tapi dia guna bantuan komputer.

612
00:36:55,880 --> 00:36:58,799
Saya tanya, "Apa?"
Dia jawab, "Hans main tipu."

613
00:37:01,469 --> 00:37:05,181
Saya tak rasa
saya berlawan dengan manusia.

614
00:37:10,811 --> 00:37:14,440
Penipuan dalam catur berlaku
sejak ratusan tahun yang lalu,

615
00:37:15,566 --> 00:37:17,485
sejak ciptaan Mesin Orang Turki.

616
00:37:19,862 --> 00:37:24,075
Pemain kalah
kepada sesuatu yang tak jelas.

617
00:37:25,952 --> 00:37:30,497
Padahal ada manusia yang menggerakkan
buah catur di bawah meja catur.

618
00:37:30,498 --> 00:37:32,291
Ia satu muslihat.

619
00:37:36,587 --> 00:37:41,800
Pada zaman ini, menipu digambarkan
sebagai penggunaan komputer

620
00:37:41,801 --> 00:37:44,011
untuk mengatasi lawan.

621
00:37:45,638 --> 00:37:47,806
Buat langkah, lihat langkah lawan,

622
00:37:47,807 --> 00:37:51,726
tengok komputer,
cari langkah balas, buat langkah itu.

623
00:37:51,727 --> 00:37:55,815
Ia gabungan hebat manusia
dengan kecerdasan buatan.

624
00:37:56,315 --> 00:37:57,857
Dengan komputer catur,

625
00:37:57,858 --> 00:38:01,487
kita boleh kalahkan Magnus Carlsen
dalam semua perlawanan.

626
00:38:02,363 --> 00:38:04,198
Ia boleh didapati di mana saja.

627
00:38:04,824 --> 00:38:06,784
Ia mudah diakses.

628
00:38:08,661 --> 00:38:12,706
Jadi, untuk menipu dalam talian,
kita boleh ambil telefon,

629
00:38:12,707 --> 00:38:15,084
taip langkahnya dan ikut saranannya.

630
00:38:16,669 --> 00:38:19,421
Tapi menipu dalam
perlawanan bersemuka sukar

631
00:38:19,422 --> 00:38:23,258
kerana halangannya ketat.

632
00:38:23,259 --> 00:38:26,095
Dalam sukan lain,
kita tipu sebelum bertanding.

633
00:38:26,971 --> 00:38:27,972
<i>Bola laju tinggi.</i>

634
00:38:28,556 --> 00:38:30,682
Jumpa nanti!

635
00:38:30,683 --> 00:38:33,601
{\an8}9.79!

636
00:38:33,602 --> 00:38:37,982
Tapi dalam catur,
kita kena menipu semasa perlawanan.

637
00:38:39,358 --> 00:38:44,238
Jika orang dapat bantuan komputer,
mereka takkan dapat dikalahkan.

638
00:38:46,115 --> 00:38:49,035
Saya tahu yang saya tak fokus.

639
00:38:49,618 --> 00:38:52,912
Saya sedar pada waktu itu
dan saya sedar sekarang,

640
00:38:52,913 --> 00:38:54,664
tapi itulah yang saya rasa,

641
00:38:54,665 --> 00:38:57,792
di Miami dan di Kejohanan Sinquefield.

642
00:38:57,793 --> 00:39:02,423
Saya rasa dia tahu cara untuk menipu.

643
00:39:03,591 --> 00:39:07,803
Situasi itu tak menyenangkan, tapi… yalah.

644
00:39:08,471 --> 00:39:12,557
Kesedihan yang saya rasa
apabila melihat anak saya menderita

645
00:39:12,558 --> 00:39:15,144
semasa bermain catur terasa berat sekali.

646
00:39:16,604 --> 00:39:20,483
Jelas sekali Hans bukan
seseorang yang boleh dipercayai.

647
00:39:20,983 --> 00:39:24,528
Dia boleh mengancam dunia catur.

648
00:39:25,279 --> 00:39:28,907
Jadi, jika kita mengesyaki
bahawa ada berlaku penipuan,

649
00:39:28,908 --> 00:39:30,533
ia harus disiasat.

650
00:39:30,534 --> 00:39:32,286
Dalam apa jua keadaan.

651
00:39:34,747 --> 00:39:39,667
Magnus ada kata
dia nak jumpa Hans di biliknya dan tanya,

652
00:39:39,668 --> 00:39:41,212
"Apa yang awak buat?"

653
00:39:42,963 --> 00:39:47,218
Itu mungkin sia-sia dan agak biadab.

654
00:39:48,094 --> 00:39:51,889
Jadi, kami perlu tanya orang
yang mungkin faham situasi ini.

655
00:39:52,390 --> 00:39:55,810
Jadi, saya kata,
"Ayah jumpa Daniel Rensch pagi tadi.

656
00:39:56,936 --> 00:39:59,354
Ayah tahu dia dah nak balik,

657
00:39:59,355 --> 00:40:03,692
tapi ayah boleh cuba tanya dia
tentang isu ini."

658
00:40:04,193 --> 00:40:05,860
Ia berlaku dengan pantas.

659
00:40:05,861 --> 00:40:09,697
Apabila saya mendarat,
saya dapat mesej daripada Henrik Carlsen.

660
00:40:09,698 --> 00:40:12,367
Dia nak berbual dengan saya
secepat mungkin.

661
00:40:12,368 --> 00:40:16,162
Dia kata, "Saya tahu soalan awak."

662
00:40:16,163 --> 00:40:17,914
Saya terkejut.

663
00:40:17,915 --> 00:40:23,753
Dia tanya sama ada Hans Niemann
pernah didapati menipu di Chess.com.

664
00:40:23,754 --> 00:40:28,174
Bagi kebanyakan orang, kami akan berdalih
sebab itu bukan urusan mereka,

665
00:40:28,175 --> 00:40:30,593
tapi kadangkala, kami berterus terang

666
00:40:30,594 --> 00:40:33,304
sebab kami tak mahu timbulkan kekecohan

667
00:40:33,305 --> 00:40:35,432
dan kami tak mahu tuduh sesiapa.

668
00:40:35,433 --> 00:40:38,519
Tapi hakikatnya,
orang yang tahu memang akan tahu.

669
00:40:44,316 --> 00:40:47,527
Semasa kami kesan
penipu pertama di Chess.com,

670
00:40:47,528 --> 00:40:50,656
kami persoalkan kewujudan kami.

671
00:40:51,240 --> 00:40:55,535
Jika kami tak percayakan
pemain yang bermain di platform kami,

672
00:40:55,536 --> 00:40:57,872
maka, catur dalam talian akan terkubur.

673
00:40:59,081 --> 00:41:02,792
Jadi, kami buat kiraan
dan bina algoritma pengesan penipuan

674
00:41:02,793 --> 00:41:08,841
untuk bezakan permainan oleh manusia
dan permainan oleh komputer.

675
00:41:09,383 --> 00:41:13,219
Pernahkah seseorang dituduh
menipu dalam talian

676
00:41:13,220 --> 00:41:15,430
dan kamu tak mahu percaya

677
00:41:15,431 --> 00:41:17,932
sebab kamu kenal rapat orang itu?

678
00:41:17,933 --> 00:41:19,476
Kes Hans Niemann itu.

679
00:41:19,477 --> 00:41:22,521
Saya orang utama yang tak percaya.

680
00:41:24,899 --> 00:41:27,484
{\an8}Pada tahun 2020, semasa wabak melanda,

681
00:41:27,485 --> 00:41:30,236
{\an8}ada beberapa staf kami

682
00:41:30,237 --> 00:41:32,238
yang yakin bahawa Hans menipu.

683
00:41:32,239 --> 00:41:33,449
Saya tak percaya.

684
00:41:34,366 --> 00:41:35,951
Tapi saya cedera.

685
00:41:36,535 --> 00:41:39,662
{\an8}Kami dah habiskan
banyak usaha, sumber, tenaga

686
00:41:39,663 --> 00:41:42,750
dan perasaan sayang
untuk bina kerjaya Hans.

687
00:41:44,293 --> 00:41:48,046
{\an8}Malangnya, apabila kami kaji betul-betul,
Hans didapati menipu

688
00:41:48,047 --> 00:41:50,590
sejak hari pertama dia sertai Chess.com.

689
00:41:50,591 --> 00:41:52,051
{\an8}Ya!

690
00:41:53,052 --> 00:41:56,012
{\an8}Ya!

691
00:41:56,013 --> 00:41:58,264
{\an8}Kami terpaksa bertindak.

692
00:41:58,265 --> 00:42:03,770
Saya dah biasa tegur
orang yang didapati menipu,

693
00:42:03,771 --> 00:42:08,817
tapi kali ini, ia agak unik
kerana Hans serta-merta menafikannya.

694
00:42:10,152 --> 00:42:12,488
Dia kata, "Apa pula?" dan itu ini.

695
00:42:14,240 --> 00:42:17,534
Sebaik saja saya kata
keputusan kami muktamad,

696
00:42:17,535 --> 00:42:18,577
dia menangis.

697
00:42:19,828 --> 00:42:25,668
Dia risau kerana jika kami tutup akaunnya,
orang akan tahu dia menipu.

698
00:42:26,669 --> 00:42:29,672
Hans bertuah kerana saya bantu dia.

699
00:42:30,881 --> 00:42:32,840
Saya suruh dia tutup akaunnya.

700
00:42:32,841 --> 00:42:35,885
Saya suruh dia cakap
yang dia nak mula dari awal

701
00:42:35,886 --> 00:42:38,097
dengan nama pengguna
yang hanya untuk penstriman.

702
00:42:38,597 --> 00:42:42,392
Dengan berbuat begitu,
dia boleh kawal cerita dan tak perlu kata

703
00:42:42,393 --> 00:42:44,311
yang dia tutup akaun kerana menipu.

704
00:42:46,230 --> 00:42:50,108
Sebenarnya, saya terkejut waktu itu
sebab awak beri dia peluang.

705
00:42:50,109 --> 00:42:53,152
Saya tak mahu buat kecoh.

706
00:42:53,153 --> 00:42:58,492
Saya masih mahu bimbing dia,
tapi ketika itulah keadaan jadi pelik.

707
00:43:00,160 --> 00:43:02,203
Dia mula tanya secara spesifik.

708
00:43:02,204 --> 00:43:05,040
Contohnya, "Bila saya menipu?"

709
00:43:06,417 --> 00:43:08,377
Bagaimana algoritmanya berfungsi?

710
00:43:09,461 --> 00:43:11,754
Awak rasa saya tipu semasa bersemuka?

711
00:43:11,755 --> 00:43:16,634
Dia seolah-olah nak tahu
cara kami kesan dia menipu.

712
00:43:16,635 --> 00:43:19,888
Saya teringat-ingat perbualan itu.

713
00:43:20,723 --> 00:43:23,434
Saya rasa,
"Kami tak boleh percaya dia lagi."

714
00:43:26,061 --> 00:43:29,772
Jadi, dalam perbualan saya
dengan Magnus dan Henrik

715
00:43:29,773 --> 00:43:31,566
semasa Kejohanan Sinquefield,

716
00:43:31,567 --> 00:43:34,695
saya juga fikir yang Hans mungkin menipu.

717
00:43:37,531 --> 00:43:41,492
Bagi saya, perlawanan itu mengesahkannya.

718
00:43:41,493 --> 00:43:43,579
Dia menipu.

719
00:43:45,122 --> 00:43:49,125
HARI KEEMPAT

720
00:43:49,126 --> 00:43:52,087
SIRI JELAJAH JAGUH CATUR
CARLSEN LWN MAMEDYAROV

721
00:43:53,839 --> 00:43:54,840
Kenapa?

722
00:43:56,467 --> 00:43:58,427
Kenapa dia tak nak bertanding?

723
00:43:59,803 --> 00:44:01,013
Ia tak pernah berlaku.

724
00:44:01,513 --> 00:44:05,725
Ini Kejohanan Sinquefield,
bukan perlawanan biasa.

725
00:44:05,726 --> 00:44:08,646
Orang tak tarik diri sewenang-wenangnya.

726
00:44:09,146 --> 00:44:10,856
Jadi, saya anggap yang…

727
00:44:11,357 --> 00:44:14,568
Dia tentu ada sebab
untuk tak meneruskan perlawanan.

728
00:44:15,277 --> 00:44:19,864
Lawannya kata, "Tak sangka.
Saya datang untuk lawan juara dunia,

729
00:44:19,865 --> 00:44:21,867
tapi dia tak datang."

730
00:44:22,826 --> 00:44:25,496
Saya diberitahu ada berita tergempar.

731
00:44:26,288 --> 00:44:29,540
Ada twit daripada
juara catur dunia, Magnus Carlsen.

732
00:44:29,541 --> 00:44:32,794
Alejandro, apa twitnya?

733
00:44:32,795 --> 00:44:34,128
"Saya tarik diri.

734
00:44:34,129 --> 00:44:37,465
Saya suka bermain di kelab Catur St Louis

735
00:44:37,466 --> 00:44:40,468
dan berharap untuk kembali
pada masa depan."

736
00:44:40,469 --> 00:44:43,721
Saya tak mahu beri ulasan.

737
00:44:43,722 --> 00:44:45,849
Jika saya cakap, habislah saya,

738
00:44:46,475 --> 00:44:49,144
dan saya tak mahu ada sebarang masalah.

739
00:44:50,187 --> 00:44:52,022
Biar betul.

740
00:44:52,981 --> 00:44:57,026
Maksud yang Magnus cuba sampaikan
dengan twit ini sangat jelas.

741
00:44:57,027 --> 00:44:59,278
Memang tak syak lagi.

742
00:44:59,279 --> 00:45:02,115
Mana-mana permain terbaik pun boleh agak,

743
00:45:02,116 --> 00:45:05,952
terutamanya dengan desas-desus
yang kami dah dengar.

744
00:45:05,953 --> 00:45:09,540
Jelas sekali yang dia tuduh
ada elemen penipuan.

745
00:45:11,375 --> 00:45:12,876
Saya terkejut.

746
00:45:13,460 --> 00:45:18,173
Saya tak faham
kenapa dia fikir saya buat begitu.

747
00:45:23,470 --> 00:45:26,806
Saya kecewa
kerana saya dah lama bekerja keras,

748
00:45:26,807 --> 00:45:28,599
saya kalahkan juara dunia

749
00:45:28,600 --> 00:45:31,394
dan ketika saya sepatutnya
dipuji dan diraikan,

750
00:45:31,395 --> 00:45:33,689
orang yang saya sanjungi

751
00:45:35,149 --> 00:45:36,734
tuduh saya menipu.

752
00:45:37,985 --> 00:45:41,988
Kadangkala saya rasa
Magnus lupa yang dia amat berpengaruh.

753
00:45:41,989 --> 00:45:44,867
Selepas itu, satu dunia kecoh.

754
00:45:45,659 --> 00:45:48,995
Dunia catur huru-hara.

755
00:45:48,996 --> 00:45:50,496
Kenapa dia tarik diri?

756
00:45:50,497 --> 00:45:52,707
Apa yang saya patut kata?

757
00:45:52,708 --> 00:45:54,417
Ada banyak khabar angin,

758
00:45:54,418 --> 00:45:59,131
{\an8}tapi mungkin sesetengah orang
boleh agak maksudnya.

759
00:46:00,090 --> 00:46:02,091
Dia tak patut dipercayai,

760
00:46:02,092 --> 00:46:05,262
kalaupun Magnus tak cetuskan isu ini.

761
00:46:05,763 --> 00:46:09,475
Semua orang buat kesimpulan
yang Hans menipu

762
00:46:10,142 --> 00:46:13,269
dengan guna isyarat
daripada peranti telinga

763
00:46:13,270 --> 00:46:16,148
atau alat komunikasi lain.

764
00:46:17,858 --> 00:46:21,652
Semua orang semak semula
rakaman perlawanannya

765
00:46:21,653 --> 00:46:23,280
untuk kaji kemungkinannya.

766
00:46:23,781 --> 00:46:27,116
Adakah jaketnya nampak kembung
di bahagian ini?

767
00:46:27,117 --> 00:46:30,036
Kenapa buku lalinya selalu gatal-gatal?

768
00:46:30,037 --> 00:46:34,207
{\an8}Dia selalu tutup lehernya.
Beri perhatian kepada isyarat itu.

769
00:46:34,208 --> 00:46:38,503
Setiap tindak-tanduknya diteliti.

770
00:46:38,504 --> 00:46:42,548
Jika giginya berlubang,
bolehkah dia buang tampalannya

771
00:46:42,549 --> 00:46:47,429
dan masukkan peranti kecil yang hantar
sedikit kejutan elektrik?

772
00:46:47,930 --> 00:46:51,516
Penipuan hebat apakah yang saya dah buat?

773
00:46:51,517 --> 00:46:55,687
Dalam perbincangan ini,
dalam satu strim di Twitch,

774
00:46:56,313 --> 00:46:59,649
seseorang kata…

775
00:46:59,650 --> 00:47:01,317
APA? MANIK DUBUR BERGETAR?

776
00:47:01,318 --> 00:47:03,070
"Mungkin dia guna manik dubur."

777
00:47:04,238 --> 00:47:05,488
{\an8}Itu logik juga.

778
00:47:05,489 --> 00:47:07,949
{\an8}Manik dubur mungkin boleh bantu dia.

779
00:47:07,950 --> 00:47:12,454
{\an8}Saya… Enjinnya… Ia mungkin…

780
00:47:13,997 --> 00:47:17,167
{\an8}Entahlah. Awak fikirlah sendiri.
Saya tak tahu.

781
00:47:18,126 --> 00:47:22,964
Andaian itu tak dapat dibendung
dan tersebar dengan sangat pantas.

782
00:47:22,965 --> 00:47:27,636
Dunia catur telah digemparkan
oleh khabar angin berkenaan manik dubur.

783
00:47:28,679 --> 00:47:30,222
Mereka menggelarnya <i>"castling".</i>

784
00:47:31,765 --> 00:47:35,560
Ia melibatkan alat mainan seks
yang bergetar di dubur.

785
00:47:35,561 --> 00:47:39,981
Kawan! Dia guna Kod Morse
dengan manik dubur!

786
00:47:39,982 --> 00:47:43,317
Menurut teorinya,
ada orang guna manik dubur.

787
00:47:43,318 --> 00:47:45,278
Saya tak tahu benda begitu,

788
00:47:45,279 --> 00:47:48,364
tapi rasanya dia dapat isyarat
daripada manik itu.

789
00:47:48,365 --> 00:47:49,949
Orang mula ingat ia benar

790
00:47:49,950 --> 00:47:52,285
dan tiba-tiba, ia jadi teori sahih.

791
00:47:52,286 --> 00:47:56,080
{\an8}…pemain hantar isyarat
dengan mengemutkan duburnya

792
00:47:56,081 --> 00:47:58,416
{\an8}yang disampaikan kepada komputer.

793
00:47:58,417 --> 00:48:00,418
{\an8}Benda begini luar biasa betul.

794
00:48:00,419 --> 00:48:02,713
Pengguna Twitter kecoh tentangnya.

795
00:48:03,797 --> 00:48:07,049
Malah, anak saya sendiri kata,

796
00:48:07,050 --> 00:48:13,598
"Ayah baca tak twit Elon Musk
tentang manik dubur tanpa wayar?"

797
00:48:13,599 --> 00:48:16,058
{\an8}Menggemparkan dunia catur.

798
00:48:16,059 --> 00:48:19,062
{\an8}Satu getaran untuk gajah,
dua getaran untuk kuda.

799
00:48:19,688 --> 00:48:23,024
Berita itu gempar.
Joe Rogan bincang tentangnya.

800
00:48:23,025 --> 00:48:26,736
"Jaguh catur nafi menipu
dengan menggunakan manik dubur."

801
00:48:26,737 --> 00:48:30,407
{\an8}Ya, saya suka menang.

802
00:48:32,367 --> 00:48:34,869
{\an8}Tapi saya sukakah sampai buat begitu?

803
00:48:34,870 --> 00:48:37,788
Ia jadi berita utama. Di muka depan.

804
00:48:37,789 --> 00:48:41,000
Saya faham kenapa orang guna
manik dubur untuk menipu.

805
00:48:41,001 --> 00:48:44,046
Sebab kalau kita kalah pun, kita tak rugi.

806
00:48:45,088 --> 00:48:48,090
Semasa saya ditawarkan sejuta dolar
untuk main dengan berbogel,

807
00:48:48,091 --> 00:48:50,928
orang suruh saya terima
tawaran syarikat mainan seks itu.

808
00:48:51,595 --> 00:48:52,554
"Tak naklah."

809
00:48:53,472 --> 00:48:58,184
Saya rasa implan dubur itu
amat membimbangkan.

810
00:48:58,185 --> 00:49:02,146
Pendaftaran melonjak kerana COVID,
juga kerana <i>Queen's Gambit…</i>

811
00:49:02,147 --> 00:49:04,565
- Tapi lonjakan kerana manik dubur itu…
- Manik itu.

812
00:49:04,566 --> 00:49:05,816
…tinggi gila.

813
00:49:05,817 --> 00:49:08,277
Manik dubur baik untuk kami.

814
00:49:08,278 --> 00:49:10,072
- Boleh tak…
- Padam video ini!

815
00:49:17,079 --> 00:49:19,539
Mereka suka dan seronok membincangkannya.

816
00:49:20,707 --> 00:49:23,168
Saya sedih melihat usaha keras saya

817
00:49:23,794 --> 00:49:25,712
hancur begitu saja.

818
00:49:30,592 --> 00:49:33,887
Ya, orang mungkin ketawa tentangnya…

819
00:49:36,139 --> 00:49:38,557
tapi ada kisah sedih di sebaliknya.

820
00:49:38,558 --> 00:49:41,019
<i>…kalau kita kalah pun, kita tak rugi.</i>

821
00:49:42,729 --> 00:49:44,731
<i>Kuda ke raja tujuh!</i>

822
00:49:49,611 --> 00:49:53,572
Semalam saya terpaksa jelaskan
yang saya tak guna manik dubur

823
00:49:53,573 --> 00:49:55,866
lima kali kepada lima orang berbeza.

824
00:49:55,867 --> 00:49:58,828
Saya dah kerja keras
dan buat banyak pencapaian,

825
00:49:58,829 --> 00:50:01,957
tapi orang cuma nak tahu
tentang manik dubur.

826
00:50:03,125 --> 00:50:06,002
<i>Pemain sudah tiba untuk perlawanan.</i>

827
00:50:06,003 --> 00:50:12,299
<i>Ya, dan mereka sedang diperiksa
dengan pelbagai alat elektronik yang ada.</i>

828
00:50:12,300 --> 00:50:15,553
<i>Kita nampak Hans Niemann
sudah tiba di lokasi</i>

829
00:50:15,554 --> 00:50:19,598
<i>dan dia diperiksa oleh ketua pengadil
untuk acara satu seharian ini.</i>

830
00:50:19,599 --> 00:50:23,478
Mestilah mereka nak persendakan saya.
Mereka cuba memalukan saya.

831
00:50:26,732 --> 00:50:28,649
<i>Tapi seperti yang kita lihat,</i>

832
00:50:28,650 --> 00:50:31,819
<i>dia lambat masuk
disebabkan pemeriksaan keselamatan.</i>

833
00:50:31,820 --> 00:50:34,113
<i>Mereka imbas sungguh-sungguh.</i>

834
00:50:34,114 --> 00:50:37,700
Saya rasa seperti
diperhatikan di hotel itu.

835
00:50:37,701 --> 00:50:41,078
Saya cuba kuatkan semangat,
tapi mental saya tak bersedia

836
00:50:41,079 --> 00:50:42,788
untuk main catur.

837
00:50:42,789 --> 00:50:45,916
Mereka bermain dengan cara biasa

838
00:50:45,917 --> 00:50:49,920
sehinggalah langkah sembilan
ketika Hans buat persediaan

839
00:50:49,921 --> 00:50:54,216
yang belum pernah saya lihat
seumur hidup saya.

840
00:50:54,217 --> 00:50:58,596
Setiap hari selepas perlawanan tamat,
saya tonton dan baca berita

841
00:50:58,597 --> 00:51:00,098
dan saya hilang fokus.

842
00:51:02,768 --> 00:51:05,520
Ya. Menurut pengalaman saya,

843
00:51:07,481 --> 00:51:09,441
itu langkah tak bijak.

844
00:51:10,067 --> 00:51:11,192
Ini hidup saya.

845
00:51:11,193 --> 00:51:13,445
Saya tahu nasib saya akan teruk.

846
00:51:14,905 --> 00:51:19,408
Sejak kontroversi ini bermula
sejak beberapa hari lepas,

847
00:51:19,409 --> 00:51:22,286
cabarannya berat tapi dia masih bertahan.

848
00:51:22,287 --> 00:51:25,832
Dia dah lama bertahan
sebelum dia mula hilang fokus.

849
00:51:26,374 --> 00:51:29,543
Ada satu ketika
saya pandang cermin dan saya fikir,

850
00:51:29,544 --> 00:51:31,378
"Apa patut saya buat?"

851
00:51:31,379 --> 00:51:36,634
Akhirnya, kita berjaya jemput Hans Niemann
ke studio untuk bersama Alejandro.

852
00:51:36,635 --> 00:51:39,220
Hans, kami nak tanya
tentang isu masa kini.

853
00:51:39,221 --> 00:51:41,263
Awak kata awak nak cakap sikit.

854
00:51:41,264 --> 00:51:43,724
Sebelum temu bual, saya beritahu hos.

855
00:51:43,725 --> 00:51:46,894
Saya kata, "Benarkan saya bercakap
tanpa gangguan."

856
00:51:46,895 --> 00:51:50,940
Semasa temu bual itu,
saya ceritakan semuanya.

857
00:51:50,941 --> 00:51:54,820
Okey, semasa saya menstrimkan video
pada usia 16 tahun,

858
00:51:55,695 --> 00:51:57,321
saya buat kesilapan bodoh.

859
00:51:57,322 --> 00:52:00,032
Untuk menaikkan rating,
saya lawan pemain lebih handal

860
00:52:00,033 --> 00:52:02,701
dengan menipu secara rambang di Chess.com.

861
00:52:02,702 --> 00:52:04,995
Mereka tanya saya, saya mengaku

862
00:52:04,996 --> 00:52:09,041
dan itulah kesilapan terbesar saya
dan saya benar-benar menyesal.

863
00:52:09,042 --> 00:52:10,960
Sekarang, saya dedahkannya

864
00:52:10,961 --> 00:52:14,714
supaya saya tak disalah anggap
dan tiada lagi khabar angin.

865
00:52:15,465 --> 00:52:20,219
Saya tipu dalam berapa perlawanan
dalam talian semasa saya 12 atau 13 tahun?

866
00:52:20,220 --> 00:52:21,887
Aduhai, okey.

867
00:52:21,888 --> 00:52:25,016
Rasanya sembilan perlawanan.
Jadi, itu satu kejohanan.

868
00:52:25,809 --> 00:52:27,310
Ketika saya 16 tahun…

869
00:52:29,229 --> 00:52:32,691
Mungkin… dalam 20 hingga 30 perlawanan.

870
00:52:33,191 --> 00:52:34,484
Atau lebih… Saya tak…

871
00:52:35,777 --> 00:52:38,530
{\an8}Saya manusia rumit yang dah buat silap.

872
00:52:40,031 --> 00:52:41,824
Orang muda biasa buat silap.

873
00:52:41,825 --> 00:52:47,747
Itu tak bermakna semua tindakan
sepanjang hidup kita harus diketepikan.

874
00:52:48,582 --> 00:52:50,749
Dia seperti Jekyll dan Hyde.

875
00:52:50,750 --> 00:52:53,587
Budak yang amat berbakat
tapi sangat bermasalah.

876
00:52:54,754 --> 00:52:57,381
Dia mengaku salah
untuk mendapatkan simpati,

877
00:52:57,382 --> 00:53:00,092
supaya semua keputusan kami selepas itu

878
00:53:00,093 --> 00:53:02,428
buat kami nampak jahat.

879
00:53:02,429 --> 00:53:04,014
Strateginya bijak.

880
00:53:05,307 --> 00:53:09,519
Selepas perlawanan itu,
saya cuba log masuk ke Chess.com.

881
00:53:10,729 --> 00:53:12,313
Kata laluan saya ditolak.

882
00:53:12,314 --> 00:53:15,024
Disebabkan perlawanan
dengan Magnus dan kata-katanya,

883
00:53:15,025 --> 00:53:18,277
mereka hapuskan akaun saya
daripada laman web mereka.

884
00:53:18,278 --> 00:53:20,196
- Apa sebabnya?
- Tiada sebab.

885
00:53:20,197 --> 00:53:22,656
Saya dilarang menyertai Chess.com

886
00:53:22,657 --> 00:53:25,951
dan saya tak dijemput bermain
di Kejohanan Catur Global

887
00:53:25,952 --> 00:53:27,996
yang menawarkan hadiah $200,000.

888
00:53:28,663 --> 00:53:32,667
Semuanya kena dengan masanya.

889
00:53:34,127 --> 00:53:36,754
Marahlah saya
kerana tak adil terhadap awak.

890
00:53:36,755 --> 00:53:38,923
Sebelum ini, saya dah banyak tolong awak.

891
00:53:38,924 --> 00:53:42,052
Awak tipu berkali-kali.

892
00:53:42,636 --> 00:53:46,222
Sebenarnya, tindakan Magnus Carlsenlah
yang jadi pemangkin

893
00:53:46,223 --> 00:53:49,683
kepada situasi
yang tak dapat dielakkan ini.

894
00:53:49,684 --> 00:53:53,479
Saya tak tahu situasi sebenar.
Saya buang Hans Niemann

895
00:53:53,480 --> 00:53:56,732
kerana saya tak sanggup ambil risiko

896
00:53:56,733 --> 00:53:59,944
yang Hans mungkin akan menipu lagi.

897
00:53:59,945 --> 00:54:01,738
Sebab itulah kami buang dia.

898
00:54:02,447 --> 00:54:07,368
Malangnya, saya perlu berterus terang
dan jujur tentang semua musuh saya.

899
00:54:07,369 --> 00:54:11,998
Selamat datang ke majlis penutup
Kejohanan Sinquefield tahun ini.

900
00:54:13,041 --> 00:54:14,042
Helo, Hans.

901
00:54:15,335 --> 00:54:18,337
Syukurlah kejohanan ini tamat
sebab saya dah tak tahan lagi.

902
00:54:18,338 --> 00:54:19,422
…dengan semua orang.

903
00:54:20,173 --> 00:54:23,718
Kenapa akaun saya dibuang
pada masa Magnus tuduh saya menipu?

904
00:54:24,678 --> 00:54:26,429
Ia bukan kebetulan.

905
00:54:30,600 --> 00:54:32,811
Semuanya berkait.

906
00:54:36,022 --> 00:54:41,236
Ia kerana mereka sedang memuktamadkan
penggabungan terpenting dalam sukan catur.

907
00:54:41,945 --> 00:54:47,908
Penggabungan yang akan beri mereka
kuasa mutlak ke atas dunia catur.

908
00:54:47,909 --> 00:54:51,578
Ikut suka Magnuslah kalau dia nak datang.

909
00:54:51,579 --> 00:54:53,789
Orang akan sedar akhirnya.

910
00:54:53,790 --> 00:54:55,875
Mereka nak beli Magnus Carlsen.

911
00:55:02,424 --> 00:55:05,342
{\an8}PLAY MAGNUS
APLIKASI RASMI MAGNUS CARLSEN

912
00:55:05,343 --> 00:55:08,847
{\an8}Kumpulan Play Magnus
terdiri daripada 13 syarikat.

913
00:55:09,556 --> 00:55:12,099
Mereka salah satu musuh utama kami

914
00:55:12,100 --> 00:55:16,271
dan kerananya,
Magnus Carlsen tak dapat sertai Chess.com.

915
00:55:16,938 --> 00:55:21,358
{\an8}Tanpa Magnus Carlsen,
Chess.com ibarat NBA,

916
00:55:21,359 --> 00:55:24,904
tapi LeBron James bertanding
dalam liga berasingan.

917
00:55:26,323 --> 00:55:30,744
Jadi, kami buat tawaran untuk membelinya.

918
00:55:31,244 --> 00:55:33,829
Kami bayar kira-kira $80 juta.

919
00:55:33,830 --> 00:55:37,207
TAWARAN AMBIL ALIH $82.9M

920
00:55:37,208 --> 00:55:39,084
Masanya tak kena langsung.

921
00:55:39,085 --> 00:55:41,170
Kalau orang nak tulis kisah ini,

922
00:55:41,171 --> 00:55:45,215
semuanya nampak bersebab
seolah-olah ia satu komplot

923
00:55:45,216 --> 00:55:48,552
dan semuanya sebahagian
daripada satu rancangan besar.

924
00:55:48,553 --> 00:55:53,058
Saya cuma zarah kecil, semut kecil
yang mereka pijak dan cuba musnahkan.

925
00:55:53,683 --> 00:55:58,104
Memang ada tekanan untuk menyingkirkan
Hans semasa Kejohanan Sinquefield.

926
00:55:59,356 --> 00:56:02,649
Tapi percayalah,
kami buang dia bukan sebab itu.

927
00:56:02,650 --> 00:56:04,736
Mestilah mereka dah rancang.

928
00:56:05,236 --> 00:56:07,321
Mereka nak ambil hati Magnus.

929
00:56:07,322 --> 00:56:09,865
Mereka tak boleh buat dia marah.

930
00:56:09,866 --> 00:56:11,408
Nanti dia mengamuk pula,

931
00:56:11,409 --> 00:56:15,538
dan macam bayi yang menangis,
kita perlu beri sesuatu supaya dia diam.

932
00:56:16,331 --> 00:56:19,541
Anda ingat pengurus Magnus tak bincang
dengan Daniel Rensch?

933
00:56:19,542 --> 00:56:23,880
"Penggabungan ini, penggabungan itu,"
dan, "Awak kenal Hans Niemann? Ya."

934
00:56:24,881 --> 00:56:30,553
Saya tak tahu apa kaitan
kes Niemann dengan isu lain.

935
00:56:31,054 --> 00:56:34,556
Kami cuma kebetulannya bakal bekerjasama

936
00:56:34,557 --> 00:56:39,270
dan cuma saling membantu.

937
00:56:40,230 --> 00:56:43,107
Saya sedar yang saya dah jadi sasaran

938
00:56:43,108 --> 00:56:45,402
orang-orang yang sangat berkuasa.

939
00:56:54,369 --> 00:56:58,664
Henrik dan Magnus nak tahu

940
00:56:58,665 --> 00:57:01,792
sama ada teknologi antitipu Chess.com

941
00:57:01,793 --> 00:57:04,336
boleh digunakan untuk menyiasat

942
00:57:04,337 --> 00:57:09,634
sama ada Hans menipu
dalam perlawanan secara bersemuka.

943
00:57:10,593 --> 00:57:12,845
Sama ada semasa dia naik mendadak

944
00:57:12,846 --> 00:57:16,932
atau di Kejohanan Sinquefield,
mereka nak tahu jika kami boleh kesan.

945
00:57:16,933 --> 00:57:20,478
Kami cuma mencari maklumat yang sahih.

946
00:57:21,062 --> 00:57:23,064
Jadi, kami pun jawab…

947
00:57:25,942 --> 00:57:28,861
- Kami akan periksa. Kami cuba.
- Kami akan cuba.

948
00:57:28,862 --> 00:57:30,989
Kita akan tahu. Sekarang.

949
00:57:31,948 --> 00:57:33,867
Danny yakinkan saya,

950
00:57:34,492 --> 00:57:38,203
"Algoritma kami kesan penipuan
semasa perlawanan bersemuka."

951
00:57:38,204 --> 00:57:41,332
Saya percaya cakap dia sepenuhnya.

952
00:57:41,958 --> 00:57:44,751
Chess.com ada pengesanan penipuan terbaik.

953
00:57:44,752 --> 00:57:45,920
Muktamad.

954
00:57:46,463 --> 00:57:48,505
Kami berani mengaku.

955
00:57:48,506 --> 00:57:52,010
Hans Niemann sendiri yang kata,
ia tiada tandingannya.

956
00:57:53,553 --> 00:57:57,097
Jabatan antitipu kami sangat besar.

957
00:57:57,098 --> 00:57:59,391
Kami tempatkan pekerja paling ramai,

958
00:57:59,392 --> 00:58:02,102
laburkan wang
dan sumber terbanyak untuknya

959
00:58:02,103 --> 00:58:05,981
dan guna ladang pelayan terbesar
yang melakukan pengiraan.

960
00:58:05,982 --> 00:58:08,525
Kami ada semua data dan algoritma.

961
00:58:08,526 --> 00:58:10,402
Jadi, ya, saya pun nak tahu.

962
00:58:10,403 --> 00:58:13,071
Saya akan lancarkan siasatan terbesar

963
00:58:13,072 --> 00:58:18,076
untuk bongkar cara budak itu tipu
sistem kami dan tewaskan juara.

964
00:58:18,077 --> 00:58:20,330
Saya akan selesaikan misteri ini.

965
00:58:22,707 --> 00:58:25,834
Ramai orang mula muncul

966
00:58:25,835 --> 00:58:29,630
untuk beri bukti yang Hans menipu
kepada Chess.com.

967
00:58:29,631 --> 00:58:31,882
Saya siasat setiap laporan.

968
00:58:31,883 --> 00:58:34,843
Saya tengok setiap perlawanannya.

969
00:58:34,844 --> 00:58:39,932
Kami siasat semua permainan Hans
dalam talian dengan teliti.

970
00:58:39,933 --> 00:58:44,228
Ia mengejutkan kerana dia tipu
lebih banyak daripada yang kami sangka.

971
00:58:44,229 --> 00:58:46,564
Penipuan dalam talian memang banyak.

972
00:58:47,232 --> 00:58:50,735
Dia dah tipu dalam
lebih 100 perlawanan dalam talian.

973
00:58:54,030 --> 00:58:56,991
Kalau pokok dah bergoyang,
mestilah ada angin.

974
00:58:59,869 --> 00:59:03,622
Jadi, saya yakin Hans Niemann tipu
semasa main secara bersemuka

975
00:59:03,623 --> 00:59:05,166
di Kejohanan Sinquefield 2022.

976
00:59:07,460 --> 00:59:10,838
Saya sangka ia tamat di situ.

977
00:59:17,804 --> 00:59:21,723
{\an8}Ini perkembangan skandal menipu
yang menggemparkan dunia catur.

978
00:59:21,724 --> 00:59:24,434
{\an8}Laporan siasatan 72 muka surat
oleh Chess.com

979
00:59:24,435 --> 00:59:28,146
{\an8}tak menemui bukti penipuan Niemann
semasa menentang Carlsen

980
00:59:28,147 --> 00:59:31,066
{\an8}atau semasa perlawanan lain.

981
00:59:31,067 --> 00:59:36,114
Tiada apa-apa dalam siasatan kami
yang mencurigakan tentang…

982
00:59:38,074 --> 00:59:42,035
Ayat itu tak masuk akal langsung.

983
00:59:42,036 --> 00:59:47,291
Semua orang mahu dakwaan itu benar.

984
00:59:47,292 --> 00:59:52,004
Pada masa itu, saya rasa
seolah-olah saya terpaksa akhirnya kata,

985
00:59:52,005 --> 00:59:55,215
"Minta maaf banyak-banyak,

986
00:59:55,216 --> 00:59:59,886
bukan ini yang data tunjukkan."

987
00:59:59,887 --> 01:00:01,722
Saya bertengkar dengan Erik.

988
01:00:01,723 --> 01:00:04,975
"Kenapa awak kata
data tak tunjuk yang dia tipu?"

989
01:00:04,976 --> 01:00:10,480
Makin masa berlalu,
setiap teori dan tuduhan terbukti salah.

990
01:00:10,481 --> 01:00:12,691
Bukti dia tipu
semasa main bersemuka tiada.

991
01:00:12,692 --> 01:00:15,652
Saya ingat kami akan melegakan
hati semua orang

992
01:00:15,653 --> 01:00:18,030
kerana dapat selesaikan misteri ini.

993
01:00:18,031 --> 01:00:21,366
Sebaliknya, kami yang nampak
macam kami dah tersilap.

994
01:00:21,367 --> 01:00:24,411
Memanglah mereka nak cari bukti kukuh,

995
01:00:24,412 --> 01:00:25,830
tapi ia tak wujud.

996
01:00:26,331 --> 01:00:28,790
Tapi malangnya, saya tak bersalah.

997
01:00:28,791 --> 01:00:30,501
Saya tak pernah bersalah.

998
01:00:31,002 --> 01:00:33,003
Kami jumpa Magnus Carlsen

999
01:00:33,004 --> 01:00:35,714
serta gabungan baru semua syarikat itu

1000
01:00:35,715 --> 01:00:39,552
dan kongsi berita yang mereka tak suka,
yakni Hans Niemann tak tipu.

1001
01:00:40,178 --> 01:00:42,804
Ia antara perkara tersukar yang kami buat

1002
01:00:42,805 --> 01:00:44,140
yang orang tak tahu.

1003
01:00:45,016 --> 01:00:47,351
Ini memang cara mereka.

1004
01:00:47,352 --> 01:00:48,644
Mereka banyak cakap.

1005
01:00:48,645 --> 01:00:53,357
Saya perlu beritahu beberapa kali,
terutamanya kepada Danny,

1006
01:00:53,358 --> 01:00:58,738
supaya ringkaskan kata-katanya
sebab saya tak nak dengar dia merepek.

1007
01:00:59,489 --> 01:01:01,199
Mereka tak ada bukti.

1008
01:01:02,367 --> 01:01:04,951
Saya rasa geram.

1009
01:01:04,952 --> 01:01:08,372
Saya rasa seperti saya telah dimanipulasi

1010
01:01:08,373 --> 01:01:12,209
oleh Danny dan Chess.com
supaya fikir yang mereka ada bukti,

1011
01:01:12,210 --> 01:01:14,961
padahal mereka tak ada pun.

1012
01:01:14,962 --> 01:01:19,509
Saya ingat saya ada
kelebihan itu selama ini.

1013
01:01:20,093 --> 01:01:25,013
Apabila difikirkan balik,
mungkin Chess.com risau

1014
01:01:25,014 --> 01:01:27,808
tentang hubungan mereka
dengan Magnus dan menjanjikan

1015
01:01:27,809 --> 01:01:30,435
lebih daripada yang mereka mampu kotakan.

1016
01:01:30,436 --> 01:01:34,147
Ia tak berlaku.

1017
01:01:34,148 --> 01:01:37,901
Akibatnya, saya jadi agak buntu.

1018
01:01:37,902 --> 01:01:39,529
Apa saya nak buat sekarang?

1019
01:01:40,947 --> 01:01:43,199
Saya tak berniat nak,

1020
01:01:43,950 --> 01:01:47,953
kutuk lebih-lebih,
tapi semua orang akan dihukum akhirnya.

1021
01:01:47,954 --> 01:01:51,206
Jaguh catur remaja
yang dituduh menipu bulan lepas,

1022
01:01:51,207 --> 01:01:54,167
kini menyaman penuduhnya
sebanyak $100 juta.

1023
01:01:54,168 --> 01:01:57,672
Itu menurut tuntutan yang dia failkan
di mahkamah semalam.

1024
01:01:58,172 --> 01:02:02,509
Kami dimaklumkan
yang dia telah memfailkan saman

1025
01:02:02,510 --> 01:02:05,345
terhadap semua orang.

1026
01:02:05,346 --> 01:02:08,807
Menurut tuntutan itu,
"Marah kerana Niemann

1027
01:02:08,808 --> 01:02:13,186
berani menghina 'Raja Catur'
dan takut remaja pintar itu mencemarkan

1028
01:02:13,187 --> 01:02:16,273
jenamanya yang bernilai jutaan dolar
dengan menewasnya sekali lagi,

1029
01:02:16,274 --> 01:02:18,317
Carlsen membalas dengan niat jahat."

1030
01:02:18,818 --> 01:02:20,361
Ia agak keterlaluan.

1031
01:02:21,529 --> 01:02:25,323
Kononnya konspirasi ini
hanya untuk menjatuhkan seorang budak.

1032
01:02:25,324 --> 01:02:30,455
Mungkin dia percaya ia benar,
tapi saya tak setuju.

1033
01:02:31,497 --> 01:02:33,457
Penampilan yang dia tunjuk

1034
01:02:33,458 --> 01:02:37,085
semasa temu buat
dan latihan medianya mengarut saja.

1035
01:02:37,086 --> 01:02:39,213
Kawan-kawan dia pun tak suka dia.

1036
01:02:39,714 --> 01:02:43,800
Kawan-kawannya kata,
"Saya tak tahan duduk dekat dengannya."

1037
01:02:43,801 --> 01:02:49,015
Semua kawan dia cakap
yang dia sangat menjengkelkannya.

1038
01:02:49,724 --> 01:02:53,560
Saya saman mereka
kerana mereka menipu, berkomplot

1039
01:02:53,561 --> 01:02:56,230
dan memusnahkan kerjaya dan hidup saya.

1040
01:02:56,731 --> 01:02:59,776
Mereka sama-sama rancang
untuk persendakan saya.

1041
01:03:00,443 --> 01:03:02,445
Itu memang tak dapat dinafikan.

1042
01:03:03,237 --> 01:03:06,364
Sayalah yang ada
hubungan paling rapat dengan Hans.

1043
01:03:06,365 --> 01:03:10,660
Dia anak muda berbakat
yang hanya fokus pada permainannya…

1044
01:03:10,661 --> 01:03:16,416
Saya rasa seperti ditumbuk
apabila disaman sebanyak itu.

1045
01:03:16,417 --> 01:03:18,502
Ia amat mengejutkan.

1046
01:03:18,503 --> 01:03:21,588
Saya tak ada pun $100 juta, okey?

1047
01:03:21,589 --> 01:03:24,884
Saya memang tak ada.

1048
01:03:25,468 --> 01:03:28,970
Saya dah tak anggap dia sebagai mentor.

1049
01:03:28,971 --> 01:03:32,432
Malah, saya rasa semua perbuatan buruknya

1050
01:03:32,433 --> 01:03:34,226
dah menaikkan semangat saya.

1051
01:03:34,227 --> 01:03:40,023
Jadi, lawan untuk mentor ialah…
Dia macam mentor dari sudut paling teruk.

1052
01:03:40,024 --> 01:03:43,819
Jadi, dia beri kesan seorang mentor
dengan memberi saya semangat

1053
01:03:43,820 --> 01:03:45,780
untuk menghancurkan mereka semua.

1054
01:03:46,364 --> 01:03:48,782
Awak tak lihatkah
perbuatannya terhadap saya?

1055
01:03:48,783 --> 01:03:52,577
{\an8}Pernahkah awak guna manik dubur
semasa bermain catur?

1056
01:03:52,578 --> 01:03:55,247
{\an8}Saya pun tak sangka akan tanya soalan itu.

1057
01:03:55,248 --> 01:03:58,751
{\an8}Temu bual itu contoh terbaik
tentang kehidupan saya.

1058
01:03:59,252 --> 01:04:01,712
Tak habis-habis manik dubur.

1059
01:04:02,630 --> 01:04:05,215
{\an8}Saya risau juga sebab awak nak tahu.

1060
01:04:05,216 --> 01:04:08,803
{\an8}Mungkin awak berminat,
tapi saya memang tak guna.

1061
01:04:09,303 --> 01:04:10,888
{\an8}Okey, tidak sama sekali.

1062
01:04:11,556 --> 01:04:14,392
{\an8}Hakikat yang Hans dapat

1063
01:04:16,185 --> 01:04:18,687
mengharungi cabaran ini,

1064
01:04:18,688 --> 01:04:22,482
malah, berkembang
walaupun dengan semua kekecohan ini,

1065
01:04:22,483 --> 01:04:27,488
buat saya rasa kagum, tapi agak terganggu.

1066
01:04:28,906 --> 01:04:32,285
Awak masih saman Magnus Carlsen
sebanyak $100 juta?

1067
01:04:33,870 --> 01:04:35,872
Kes ini dah selesai, Piers.

1068
01:04:37,665 --> 01:04:40,209
Kami dah selesaikannya dengan berunding.

1069
01:04:41,669 --> 01:04:44,046
Sebenarnya, saya tak mahu pun berunding.

1070
01:04:44,672 --> 01:04:51,553
Tapi sistem undang-undang Amerika
teruk dan sangat mahal.

1071
01:04:51,554 --> 01:04:53,139
Dia tak sanggup pandang mata saya.

1072
01:04:54,891 --> 01:04:56,976
Dia takut berada dekat dengan saya.

1073
01:04:58,978 --> 01:05:00,396
Emosinya terjejas.

1074
01:05:01,188 --> 01:05:03,315
Jika dia perlu jabat tangan saya,

1075
01:05:03,316 --> 01:05:05,567
dia akan pengsan dan mengamuk.

1076
01:05:05,568 --> 01:05:09,029
Besar kemungkinan,
kami akan berlawan lagi.

1077
01:05:09,030 --> 01:05:11,323
Tapi dia perlu tingkatkan kemahiran

1078
01:05:11,324 --> 01:05:14,785
untuk lawan saya
di kejohanan secara bersemuka.

1079
01:05:17,538 --> 01:05:23,085
PARIS, PERANCIS
DUA TAHUN KEMUDIAN

1080
01:05:24,170 --> 01:05:28,048
Saya bersama Magnus Carlsen
pada malam sebelum perlawanan pertama

1081
01:05:28,049 --> 01:05:31,552
Kejuaraan Catur Laju 2024
di Paris, Perancis.

1082
01:05:32,303 --> 01:05:36,181
Mari kita bincangkan
perlawanan separuh akhir awak

1083
01:05:36,182 --> 01:05:37,642
menentang Hans Niemann.

1084
01:05:38,392 --> 01:05:39,936
Awak tak pernah berseteru.

1085
01:05:42,229 --> 01:05:45,398
Bagaimana rasanya
apabila dia wujud dalam hidup awak?

1086
01:05:45,399 --> 01:05:48,444
Memandangkan dia sentiasa ada
selagi awak aktif.

1087
01:05:50,029 --> 01:05:53,823
Carlsen elak pemain muda
yang kini mendaki carta dengan pantas

1088
01:05:53,824 --> 01:05:56,118
dan menewaskan jaguh catur lain.

1089
01:05:58,746 --> 01:06:04,668
Niemann makin handal bermain catur
dalam beberapa tahun lepas

1090
01:06:04,669 --> 01:06:08,338
dan kalau boleh, saya nak elak
daripada berlawan dengannya.

1091
01:06:08,339 --> 01:06:11,091
Sidang media akan diadakan di sini.

1092
01:06:11,092 --> 01:06:14,344
- Di mana sidang akhbar?
- Di sini.

1093
01:06:14,345 --> 01:06:16,221
Baiklah, saya akan tunggu.

1094
01:06:16,222 --> 01:06:17,847
Ini bukan soal eksklusif…

1095
01:06:17,848 --> 01:06:21,643
Tapi kami memang
penyiar rasmi kejohanan ini.

1096
01:06:21,644 --> 01:06:23,520
Kami perlu dibenarkan berbual.

1097
01:06:23,521 --> 01:06:24,438
Yakah?

1098
01:06:25,564 --> 01:06:29,235
Saya terkejut kerana Hans berani datang.

1099
01:06:29,735 --> 01:06:33,571
Jika orang Chess.com cakap
yang saya kena buat, okey, saya buat.

1100
01:06:33,572 --> 01:06:34,823
Saya dah buat tugas saya.

1101
01:06:34,824 --> 01:06:38,618
Dia jauh lebih baik sekarang
dan berada di puncak kerjayanya.

1102
01:06:38,619 --> 01:06:41,830
Perlawanan ini tentu sukar dijangka.

1103
01:06:41,831 --> 01:06:47,795
Tentu menarik untuk kita lihat
kemampuannya dari segi bermain catur.

1104
01:06:49,213 --> 01:06:53,133
Apa perasaan awak
tentang perlawanan menentang Magnus?

1105
01:06:53,134 --> 01:06:54,509
Awak rasa teruja?

1106
01:06:54,510 --> 01:06:57,595
Atau lega kerana dapat lawan dia semula?

1107
01:06:57,596 --> 01:07:02,393
- Adakah ini balas dendam?
- Saya rasa sangat tenang.

1108
01:07:04,854 --> 01:07:08,982
Kalau dia kalah, ia akan meninggalkan
parut besar kepada legasinya

1109
01:07:08,983 --> 01:07:10,985
kerana dia pertaruhkan kerjayanya.

1110
01:07:12,653 --> 01:07:16,990
Baiklah. Inilah perlawanan
yang semua orang nantikan.

1111
01:07:16,991 --> 01:07:21,120
Apa perasaan anda tentang perlawanan ini?
Ayuh, berikan sorakan…

1112
01:07:24,832 --> 01:07:26,584
Masanya dah tiba.

1113
01:07:28,669 --> 01:07:31,254
Ya, okey.

1114
01:07:31,255 --> 01:07:36,844
Pemain pertama dalam perlawanan hari ini,
jaguh catur Magnus Carlsen.

1115
01:07:38,554 --> 01:07:42,140
Saya memang rasa agak gementar

1116
01:07:42,141 --> 01:07:44,976
untuk lawan orang yang saya tak percaya.

1117
01:07:44,977 --> 01:07:49,023
Lawannya pula, jaguh catur Hans Niemann.

1118
01:07:50,024 --> 01:07:52,984
Ada banyak sejarah
dan emosi yang dipertaruhkan,

1119
01:07:52,985 --> 01:07:55,028
terutamanya bagi Hans Niemann.

1120
01:07:55,029 --> 01:07:56,738
Kita nampak dia. Dia fokus.

1121
01:07:56,739 --> 01:07:59,240
Dia amat mendambakan kemenangan ini.

1122
01:07:59,241 --> 01:08:03,495
Inilah kemuncak sengketa
selama dua tahun ini.

1123
01:08:03,496 --> 01:08:06,331
Hampir dua tahun sekarang.

1124
01:08:06,332 --> 01:08:08,666
Semua orang menantikan perlawanan ini.

1125
01:08:08,667 --> 01:08:12,128
Kali pertama mereka bertentangan
selepas dua tahun.

1126
01:08:12,129 --> 01:08:15,965
Hidup ditentukan oleh saat-saat genting
dalam bentuk peluang.

1127
01:08:15,966 --> 01:08:19,052
Ini salah satu daripadanya.
Saya akan hancurkan dia.

1128
01:08:19,053 --> 01:08:23,932
Situasi ini mungkin jadi tak terkawal
jika ia bermula dengan cara yang salah.

1129
01:08:23,933 --> 01:08:25,309
Saya yakin sangat.

1130
01:08:26,936 --> 01:08:28,311
Ada drama.

1131
01:08:28,312 --> 01:08:32,441
Ada aksi dan perlawanan catur
yang akan bermula dalam kurang 10 saat.

1132
01:08:33,442 --> 01:08:34,985
Boleh kata "Amen"?

1133
01:08:35,945 --> 01:08:39,990
Hidup ini sangat puitis
dan kesudahan ini sangat puitis.

1134
01:08:40,699 --> 01:08:41,575
Saya di Paris.

1135
01:08:44,328 --> 01:08:46,580
Ia tempat terbaik untuk revolusi.

1136
01:08:50,000 --> 01:08:51,252
Keluarkan gilotin.

1137
01:08:56,549 --> 01:08:59,926
A4 oleh Hans.
Dia cuba buat bukaan di sebelah ratu.

1138
01:08:59,927 --> 01:09:01,469
Magnus meluru ke tengah.

1139
01:09:01,470 --> 01:09:04,639
Hans dah marah. Boleh dia tukar nasibnya?

1140
01:09:04,640 --> 01:09:06,641
Hebatnya gerakan Magnus Carlsen.

1141
01:09:06,642 --> 01:09:08,518
Hans akan menang… Saya silap!

1142
01:09:08,519 --> 01:09:09,727
Dia dah cari pasal!

1143
01:09:09,728 --> 01:09:10,938
Dah hampir mengemat!

1144
01:09:13,566 --> 01:09:17,444
Pengakhiran ini pasti teruk
dan ia akan menamatkan perlawanan.

1145
01:09:18,028 --> 01:09:20,905
Hebatnya, dia dah tamatkan perlawanan.

1146
01:09:20,906 --> 01:09:24,409
Hebat betul persembahannya.

1147
01:09:24,410 --> 01:09:28,413
Pemain nombor satu dunia,
Magnus Carlsen, tumpaskan Hans Niemann,

1148
01:09:28,414 --> 01:09:31,916
yang merupakan salah satu
pemain paling terkenal di dunia

1149
01:09:31,917 --> 01:09:34,210
kerana gelagatnya di luar meja catur,

1150
01:09:34,211 --> 01:09:36,546
tapi permainannya kurang bagus

1151
01:09:36,547 --> 01:09:39,382
dan dia tewas di tangan Magnus Carlsen.

1152
01:09:39,383 --> 01:09:42,844
Magnus Carlsen mendominasi perlawanan ini

1153
01:09:42,845 --> 01:09:46,222
dan apa saja
pendapat Hans Niemann tentangnya

1154
01:09:46,223 --> 01:09:48,099
atau gambaran yang ia berikan…

1155
01:09:48,100 --> 01:09:51,103
Catur tidak lagi menjelaskan semuanya.

1156
01:10:22,218 --> 01:10:24,428
Malangnya apabila kalah di kota ini.

1157
01:10:27,389 --> 01:10:30,893
Dia selalu kata dia nak
catur menjelaskan semuanya.

1158
01:10:31,602 --> 01:10:34,939
Dia tak mahu selesaikan
masalah kami di mahkamah

1159
01:10:35,648 --> 01:10:37,816
dan mahu buat di papan catur, jadi…

1160
01:10:41,195 --> 01:10:43,238
Saya mungkin dah kalah,

1161
01:10:43,239 --> 01:10:46,366
tapi pokoknya, saya boleh tahan hebat

1162
01:10:46,367 --> 01:10:49,161
sebagai wira tunggal
yang melawan satu batalion.

1163
01:10:51,038 --> 01:10:53,623
Walaupun hidup
dan kerjaya saya dah musnah,

1164
01:10:53,624 --> 01:10:59,463
dan setiap perbualan saya tentang catur
akan melibatkan manik dubur.

1165
01:11:00,339 --> 01:11:05,302
Saya ada matlamat hidup
dan ia adalah untuk menang.

1166
01:11:05,886 --> 01:11:08,430
Saya akan kejar impian
tanpa belas kasihan.

1167
01:11:10,099 --> 01:11:14,353
Ada sesuatu tentang Hans

1168
01:11:14,853 --> 01:11:17,147
yang buat saya rasa tak selesa.

1169
01:11:18,148 --> 01:11:20,109
Bagaimana awak nak jelaskannya?

1170
01:11:21,151 --> 01:11:26,073
Sekarang, juara dunia ialah lelaki Norway
dengan kehebatan luar biasa.

1171
01:11:26,824 --> 01:11:29,075
Pemain catur paling unggul era ini

1172
01:11:29,076 --> 01:11:30,577
yang tiada saingan rapat.

1173
01:11:31,453 --> 01:11:33,414
Tapi kita juga ada budak itu.

1174
01:11:34,373 --> 01:11:36,875
Budak yang ada manik itu?

1175
01:11:39,378 --> 01:11:44,675
Dia kini antara pemain catur
yang paling dikenali.

1176
01:11:45,467 --> 01:11:48,929
Saya rasa dia hilang arah
semasa cuba mengejar impiannya.

1177
01:11:50,472 --> 01:11:52,849
Mereka mafia catur.

1178
01:11:52,850 --> 01:11:53,934
Betul.

1179
01:11:55,936 --> 01:12:00,189
Saya tak sabar nak tunggu
Magnus tua dan serabai,

1180
01:12:00,190 --> 01:12:02,442
makin nyanyuk dan hilang akal

1181
01:12:02,443 --> 01:12:05,404
sementara saya masih muda,
makin handal dan dia perlu melihatnya.

1182
01:12:06,989 --> 01:12:08,865
Saya tak didorong oleh dendam,

1183
01:12:08,866 --> 01:12:12,994
tapi jika dendam mendorong dia
untuk jadi yang terbaik,

1184
01:12:12,995 --> 01:12:16,122
maka teruskanlah,

1185
01:12:16,123 --> 01:12:20,461
asalkan dia tak main tipu.

1186
01:12:21,086 --> 01:12:22,713
Saya akan jadi juara dunia.

1187
01:12:25,132 --> 01:12:26,466
Orang tak percaya sekarang,

1188
01:12:26,467 --> 01:12:29,553
tapi video ini akan kerap dimainkan.
Tengoklah nanti.

1189
01:12:30,804 --> 01:12:34,516
Orang tak tahu rahsia saya
dan saya boleh nampak masa depan.

1190
01:13:59,935 --> 01:14:04,940
Terjemahan sari kata oleh NN

