1
00:00:28,486 --> 00:00:32,699
Ada 750 kes pembunuhan difailkan
di Los Angeles tahun lepas.

2
00:00:36,036 --> 00:00:41,750
750 kali pendakwa failkan tuduhan
di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 187,

3
00:00:43,084 --> 00:00:46,296
tuduhan terbesar dan terpenting
yang mereka boleh failkan.

4
00:00:48,882 --> 00:00:52,010
Tak kira betapa berbezanya
fakta dalam setiap kes itu,

5
00:00:53,803 --> 00:00:55,138
pada penghujung hari,

6
00:00:56,181 --> 00:00:58,016
setiap satu sama.

7
00:01:00,977 --> 00:01:06,566
Kerana pada penghujung hari,
setiap kes pembunuhan itu ibarat pokok.

8
00:01:08,109 --> 00:01:10,361
Pokok yang tinggi dan rendang.

9
00:01:12,530 --> 00:01:15,950
Tugas pendakwa raya pula
memberi pokok itu makan dan minum.

10
00:01:17,577 --> 00:01:21,206
Mereka guna semua alat yang ada
untuk menjaga dan melindungi pokok itu.

11
00:01:23,124 --> 00:01:25,543
Bukti langsung, bukti ikut keadaan,

12
00:01:25,627 --> 00:01:27,170
sains forensik,

13
00:01:27,754 --> 00:01:30,715
motif, cara dan peluang.

14
00:01:31,382 --> 00:01:33,843
Kerajaan takkan lokek memberi pokok itu

15
00:01:33,927 --> 00:01:36,471
segala keperluannya
untuk jadi besar dan kuat.

16
00:01:42,560 --> 00:01:45,271
Kerana semakin besar dan kuat
pokok itu tumbuh,

17
00:01:45,355 --> 00:01:47,607
semakin mudah untuk mensabitkan kesalahan.

18
00:01:51,236 --> 00:01:52,821
Itulah pokok pangkalnya.

19
00:01:53,655 --> 00:01:56,407
Itulah peraturan nombor satu
untuk sebarang kes pembunuhan.

20
00:01:59,285 --> 00:02:00,453
Tak kira apa pun,

21
00:02:01,663 --> 00:02:04,624
seseorang kena tanggung akibatnya.

22
00:02:05,375 --> 00:02:09,003
Jadi, kalau kita dituduh membunuh,
kita perlukan kapak.

23
00:02:09,087 --> 00:02:11,714
Tebang pokok itu
dan bakar sampai jadi abu.

24
00:02:12,590 --> 00:02:13,633
Jadi,

25
00:02:14,592 --> 00:02:16,261
awak lelaki yang berkapak?

26
00:02:16,344 --> 00:02:18,930
Tak, Edgar. Saya tak ada kapak untuk awak.

27
00:02:19,013 --> 00:02:21,182
Daripada apa yang saya nampak,
habislah awak.

28
00:02:22,475 --> 00:02:24,269
Apa yang awak tahu, Haller?

29
00:02:25,812 --> 00:02:28,231
Kalau awak bijak,
kenapa awak ada di sini dengan saya?

30
00:02:31,234 --> 00:02:35,238
Ia satu kesilapan
yang saya nak betulkan dengan cepat.

31
00:02:35,321 --> 00:02:37,699
Ya, awak dan semua pendejo lain
di tempat ini.

32
00:02:38,408 --> 00:02:40,910
Edgar, mereka ada plat nombor kereta itu.

33
00:02:40,994 --> 00:02:44,414
Mereka rakam awak di Stesen Union
membuang kereta di tempat parkir.

34
00:02:44,497 --> 00:02:46,958
Tak. Saya cuma pemandu pinche, okey?

35
00:02:47,041 --> 00:02:50,545
- Saya tak tembak sesiapa.
- Tak penting. Awak yang ditangkap.

36
00:02:50,628 --> 00:02:52,839
Tengok. Awak ada dua rekod jenayah.

37
00:02:53,339 --> 00:02:56,009
- Tiga, awak tahu apa yang berlaku.
- Pergi matilah!

38
00:03:05,101 --> 00:03:07,645
Beginilah, Edgar. Awak ada satu peluang.

39
00:03:07,729 --> 00:03:09,814
Awak tahu kenapa
awak di bahagian paling ketat,

40
00:03:09,898 --> 00:03:11,357
bukan bahagian geng, bukan?

41
00:03:12,233 --> 00:03:14,360
Bila-bila masa, mereka akan kurung awak

42
00:03:14,444 --> 00:03:15,945
dan tanya soalan penting.

43
00:03:16,029 --> 00:03:17,906
Kalau awak bukan penembaknya, siapa lagi?

44
00:03:20,116 --> 00:03:22,493
Tiada apa di situ yang boleh bantu awak.

45
00:03:22,994 --> 00:03:25,413
Satu-satunya cara
untuk bantu diri awak sekarang…

46
00:03:26,915 --> 00:03:28,458
adalah dengan mendedahkan nama.

47
00:03:28,958 --> 00:03:32,337
Mengarut! Awak bergurau?
Awak fikir saya akan buat begitu?

48
00:03:32,420 --> 00:03:34,881
Tenang. Awak suruh saya tengok fail awak.

49
00:03:34,964 --> 00:03:38,051
Kalau tak suka nasihat saya,
bincang dengan peguam awak.

50
00:03:39,302 --> 00:03:41,221
Saya tak boleh cakap dengan dia.

51
00:03:42,388 --> 00:03:43,598
Awak tak faham?

52
00:03:47,727 --> 00:03:51,356
Edgar, kalau maksud awak
peguam awak bekerja untuk geng,

53
00:03:51,439 --> 00:03:53,274
saya boleh cadangkan pembela awam.

54
00:03:57,946 --> 00:04:00,823
Masa untuk makan, tak guna! Berbaris!

55
00:04:01,658 --> 00:04:02,492
Cepat!

56
00:04:46,577 --> 00:04:47,537
Kamu okey?

57
00:04:52,083 --> 00:04:54,711
Kamu patut beritahu ayah
tentang laporan mikroplastik kamu.

58
00:04:56,045 --> 00:04:58,965
Mak, saya nak ceriakan dia,
bukan membosankan dia.

59
00:04:59,924 --> 00:05:04,053
Dia lelaki yang suka borak saja-saja
tentang pengecualian dengar cakap.

60
00:05:04,137 --> 00:05:07,015
Cikgu kata kamu ada masa depan
dalam undang-undang alam sekitar.

61
00:05:07,098 --> 00:05:09,017
Percayalah. Ini akan menceriakan dia.

62
00:05:09,100 --> 00:05:10,935
Berapa lama lagi dia di sana?

63
00:05:11,019 --> 00:05:14,105
Sudah enam minggu.
Mak kata dia akan dibicarakan segera.

64
00:05:14,188 --> 00:05:18,484
Tak, mak kata dia tak ketepikan
hak perbicaraan segeranya.

65
00:05:18,985 --> 00:05:21,362
Maksudnya, mereka tak boleh tangguhkannya.

66
00:05:21,446 --> 00:05:23,656
Ambil masa dua minggu
untuk kemukakan tuduhan.

67
00:05:23,740 --> 00:05:27,744
Selepas itu, mereka ada 60 hari mahkamah
sebelum dia dibicarakan.

68
00:05:28,494 --> 00:05:31,080
Tiada apa yang segera
tentang proses ini, sayang.

69
00:05:35,460 --> 00:05:37,712
Hayley, mak kenal ayah kamu.

70
00:05:37,795 --> 00:05:40,506
Dia pasti tak mahu kamu risau akan dia.

71
00:05:40,590 --> 00:05:43,718
Dia cukup tahu sistem itu. Jangan risau.

72
00:06:02,362 --> 00:06:04,405
Kanun Keseksaan 487.

73
00:06:04,489 --> 00:06:06,824
Itu bahagian
yang merangkumi kecurian besar.

74
00:06:06,908 --> 00:06:10,119
Biasanya,
awak mungkin dipenjarakan setahun.

75
00:06:10,203 --> 00:06:14,374
Melainkan awak ada banyak rekod.
Malangnya, memang banyak.

76
00:06:14,457 --> 00:06:17,126
Saya dah dermakan semua itu.

77
00:06:17,210 --> 00:06:18,461
Ya.

78
00:06:19,837 --> 00:06:22,924
Tidak. Ini hadiah.

79
00:06:23,007 --> 00:06:25,343
Saya dah bertaubat, Lorna. Betul.

80
00:06:25,426 --> 00:06:27,887
Baiklah. Masih ada

81
00:06:29,097 --> 00:06:33,351
tujuh pertuduhan tertunggak,
yang kami bersedia untuk bela.

82
00:06:33,434 --> 00:06:38,439
Tapi Mickey di penjara,
yang saya tak mahu pergi.

83
00:06:38,523 --> 00:06:40,858
Selain but keretanya.

84
00:06:42,652 --> 00:06:45,488
Ya. Itu memang satu masalah,

85
00:06:45,571 --> 00:06:48,199
tapi saya boleh jamin,
kami boleh bela awak.

86
00:06:48,282 --> 00:06:52,078
- Saya rakan paling kanan firma.
- Awak satu-satunya rakan firma.

87
00:06:52,161 --> 00:06:54,414
Apa-apa pun,
saya akan ambil alih klien Mickey.

88
00:06:54,497 --> 00:06:58,543
Sementara dia uruskan kes bunuh itu,
apa kata awak tandatangan di sini?

89
00:07:00,294 --> 00:07:03,131
Saya rasa saya perlu
pertimbangkan pilihan saya.

90
00:07:03,214 --> 00:07:06,968
Saya hargai usaha awak,
tapi saya tak boleh terlibat

91
00:07:07,051 --> 00:07:09,429
dengan penjenayah.

92
00:07:11,639 --> 00:07:12,682
Awak faham, kan?

93
00:07:14,684 --> 00:07:16,102
Kirim salam kepada Mickey.

94
00:08:02,315 --> 00:08:03,858
Raul Estrada?

95
00:08:06,235 --> 00:08:07,778
Siapa nak tahu?

96
00:08:07,862 --> 00:08:09,280
Dennis Wojciechowski.

97
00:08:10,406 --> 00:08:13,910
Saya penyiasat bekas peguam awak,
Mickey Haller.

98
00:08:15,244 --> 00:08:16,162
Haller.

99
00:08:17,246 --> 00:08:20,082
- Dah lama tak dengar nama itu.
- Sembilan tahun, sebenarnya.

100
00:08:20,166 --> 00:08:23,252
Awak dipenjarakan atas pematian orang
sembilan tahun lalu.

101
00:08:23,336 --> 00:08:25,922
Awak salahkan Mickey
sebab tak dapat hukuman lebih ringan.

102
00:08:26,005 --> 00:08:29,800
Itulah yang awak tulis dalam surat
yang awak hantar dari Pelican Bay.

103
00:08:30,384 --> 00:08:32,720
Banyak masa lapang di penjara.

104
00:08:32,803 --> 00:08:34,305
Kena sibukkan diri.

105
00:08:35,640 --> 00:08:36,849
Apabila difikirkan semula,

106
00:08:38,059 --> 00:08:41,604
saya dengar nama Haller baru-baru ini.
Dia ditangkap kerana membunuh?

107
00:08:41,687 --> 00:08:43,898
Ya, atau sesuatu.

108
00:08:44,774 --> 00:08:49,278
Jadi, saya cuma melawat bekas kliennya
yang mungkin ada konflik dengan dia.

109
00:08:49,987 --> 00:08:52,698
Tempat ini tersenarai
sebagai alamat kerja awak.

110
00:08:54,492 --> 00:08:55,785
Saya nak fahamkan.

111
00:08:56,619 --> 00:09:00,248
Awak fikir saya bunuh orang asing
dan cuba perangkap Haller?

112
00:09:00,831 --> 00:09:03,543
Saya cuma nak ketepikan kemungkinan, Raul.

113
00:09:03,626 --> 00:09:07,171
Beritahu saya lokasi awak
pada Khamis malam, 16 September,

114
00:09:07,255 --> 00:09:09,257
dan mungkin saya boleh ketepikan yang ini.

115
00:09:16,138 --> 00:09:17,056
Beginilah,

116
00:09:18,224 --> 00:09:21,394
kalau hari Khamis,
saya pasti sedang adakan kelas.

117
00:09:22,186 --> 00:09:23,604
Di kedai arak?

118
00:09:24,939 --> 00:09:26,732
Kedai arak ini sepupu saya punya.

119
00:09:27,233 --> 00:09:29,777
Dia benarkan saya gunakan ruang sebelah.

120
00:09:30,486 --> 00:09:32,697
Kami ada kelas Bible setiap Khamis malam.

121
00:09:32,780 --> 00:09:35,324
Seperti yang saya kata, di penjara,

122
00:09:35,908 --> 00:09:37,868
kena cari jalan untuk sibukkan diri.

123
00:09:44,625 --> 00:09:46,335
Beritahu Mickey kami akan doakan dia.

124
00:09:49,255 --> 00:09:50,089
Hei.

125
00:09:51,132 --> 00:09:52,091
Tuhan berkati awak.

126
00:10:07,106 --> 00:10:10,526
Satu lagi perkembangan dalam kes
peguam bela terkenal Los Angeles,

127
00:10:10,610 --> 00:10:12,987
Michael Haller,
yang sedang menunggu perbicaraan

128
00:10:13,070 --> 00:10:16,574
kerana disyaki terlibat
dalam pembunuhan seorang bekas klien.

129
00:10:16,657 --> 00:10:18,909
Sudah sebulan
sejak juri mengembalikan pertuduhan.

130
00:10:18,993 --> 00:10:21,954
Keputusan Peguam Daerah
untuk mendapatkan pendakwaan rahsia

131
00:10:22,038 --> 00:10:23,873
daripada memfailkan aduan

132
00:10:23,956 --> 00:10:28,169
juga mengikat tangan peguam bela
saat mereka bersedia untuk perbicaraan.

133
00:10:28,252 --> 00:10:30,004
Namun, terdapat perkembangan hari ini

134
00:10:30,087 --> 00:10:32,590
saat seorang hakim
akhirnya ditugaskan untuk kes ini.

135
00:10:32,673 --> 00:10:37,261
Hakim Lionel Stone, bekas pendakwa raya
yang terkenal dengan hukuman yang sukar…

136
00:10:37,345 --> 00:10:38,471
Haller dan Rakan-rakan.

137
00:10:38,554 --> 00:10:41,140
…mahkamah akan bersidang hari ini
untuk perbicaraan…

138
00:10:41,223 --> 00:10:44,143
Maaf, kami tiada komen
buat masa ini. Terima kasih.

139
00:10:44,226 --> 00:10:48,064
Nantikan perkembangannya.
Saya Kacey Montoya, Berita KTLA 5.

140
00:10:48,731 --> 00:10:50,608
Awak jumpa rakaman keselamatan?

141
00:10:51,359 --> 00:10:54,445
Belum lagi.
Tempat Mickey dihentikan agak terpencil.

142
00:10:54,528 --> 00:10:56,197
Tiada kamera atau apa-apa di sana.

143
00:10:58,407 --> 00:10:59,367
Itu kopi bru sejuk?

144
00:10:59,450 --> 00:11:01,369
Saya ada kelas paralegal
beberapa jam lagi.

145
00:11:01,452 --> 00:11:04,205
- Ya. Ada lagi di dalam peti sejuk.
- Blue Bottle? Stumptown?

146
00:11:04,288 --> 00:11:06,082
Costco sahaja.

147
00:11:06,165 --> 00:11:09,543
Sehingga penyelesaian Julian selesai,
kena jimat untuk pembelaan Mickey.

148
00:11:09,627 --> 00:11:11,671
Saya ingat penyelesaian Julian dah beres.

149
00:11:11,754 --> 00:11:13,381
Rundingan dah beres.

150
00:11:13,464 --> 00:11:14,882
Mungkin ambil masa setahun

151
00:11:14,965 --> 00:11:17,134
untuk sediakan kertas kerja dan tulis cek.

152
00:11:17,802 --> 00:11:19,053
Dasar peguam.

153
00:11:21,138 --> 00:11:22,515
Hei, ada rezeki?

154
00:11:23,474 --> 00:11:25,810
Bergantung kepada definisi rezeki awak.

155
00:11:26,727 --> 00:11:27,895
Apa…

156
00:11:30,064 --> 00:11:33,150
Setakat ini,
setiap klien yang tak puas hati

157
00:11:33,234 --> 00:11:34,985
yang bukan di penjara

158
00:11:35,069 --> 00:11:37,905
ada alibi untuk malam pembunuhan itu.

159
00:11:38,406 --> 00:11:40,991
Semua klien kita sekarang
asyik tinggalkan kita.

160
00:11:41,992 --> 00:11:43,119
Kita tersepit.

161
00:11:43,202 --> 00:11:45,621
Tiada siapa mahukan kita
kerana perbicaraan Mickey,

162
00:11:45,705 --> 00:11:48,207
tapi tanpa pendapatan,
bagaimana kita nak keluarkan dia?

163
00:11:48,290 --> 00:11:50,084
Bagaimana dengan sudut Sam Scales?

164
00:11:50,167 --> 00:11:53,295
Pasti lama nak cari
semua orang yang benci Sam.

165
00:11:53,379 --> 00:11:54,588
Saya cari pertindihan.

166
00:11:54,672 --> 00:11:58,342
Seseorang yang mahu Sam mati
dan ada sebab untuk tuduh Mickey.

167
00:11:58,968 --> 00:12:02,388
Tiada apa-apa daripada Peguam Daerah
yang boleh bantu kurangkannya?

168
00:12:02,471 --> 00:12:05,558
Awak bergurau? Saya perlukan
perintah daripada pejabat gabenor

169
00:12:05,641 --> 00:12:07,560
untuk buat mereka serahkan penemuan.

170
00:12:08,227 --> 00:12:11,605
Ya, saya kena minum kopi bru sejuk.

171
00:12:26,287 --> 00:12:27,246
Bamba.

172
00:12:28,581 --> 00:12:29,915
Ada apa, kaunselor?

173
00:12:30,916 --> 00:12:33,753
Awak buat Quesada marah di bilik rehat.

174
00:12:33,836 --> 00:12:37,465
Ya, awak ke mana?
Awak sepatutnya lindungi saya di sini.

175
00:12:37,548 --> 00:12:39,049
Jangan risau, saya ada di sini.

176
00:12:39,633 --> 00:12:41,260
Saya memantau sepanjang masa.

177
00:12:41,761 --> 00:12:42,970
Dari atas sini?

178
00:12:43,053 --> 00:12:45,765
Upahnya tak cukup
untuk ikut awak ke mana saja.

179
00:12:45,848 --> 00:12:48,017
Kalau ada masalah, saya akan uruskan.

180
00:12:48,100 --> 00:12:49,935
Itu yang saya dapat sebab cuba membantu.

181
00:12:50,436 --> 00:12:54,315
Lain kali kalau ada orang tanya
siapa peguam, saya nak diam saja.

182
00:12:54,398 --> 00:12:55,316
Bijak juga.

183
00:12:56,901 --> 00:12:59,528
Awak selalu ikat fail
macam hidupkan kereta guna wayar?

184
00:12:59,612 --> 00:13:02,698
Barulah saya tahu
kalau seseorang mengintip saya.

185
00:13:02,782 --> 00:13:04,784
Awak fikir saya percaya pegawai di sini?

186
00:13:04,867 --> 00:13:06,827
Saya lebih percaya Edgar Quesada.

187
00:13:07,578 --> 00:13:10,414
Saya ada pendengaran kes hari ini.
Kena pastikan ada semuanya.

188
00:13:10,498 --> 00:13:13,375
Kalau awak nak berlatih
ucapan awak dengan saya lagi,

189
00:13:13,459 --> 00:13:14,877
ada kos tambahan.

190
00:13:14,960 --> 00:13:16,796
Tak perlu, Bamba. Terima kasih.

191
00:13:18,130 --> 00:13:20,341
Dengar sini, ingat apa saya cakap.

192
00:13:20,424 --> 00:13:23,719
Apabila awak naik bas itu,
pastikan awak duduk di depan.

193
00:13:23,803 --> 00:13:26,847
Kalau sesuatu berlaku,
pengawal boleh uruskannya.

194
00:13:26,931 --> 00:13:29,183
Okey. Andai kata
mereka letak saya di belakang?

195
00:13:32,061 --> 00:13:32,978
Baiklah.

196
00:13:34,355 --> 00:13:35,189
Semoga berjaya!

197
00:13:36,649 --> 00:13:38,859
Jangan lupa tunjuk jari bagi pihak saya.

198
00:14:09,265 --> 00:14:10,307
Pergi mampus!

199
00:14:12,768 --> 00:14:13,894
Pergi mampus!

200
00:14:16,021 --> 00:14:17,189
Jahanam!

201
00:14:32,037 --> 00:14:35,916
7211956.

202
00:14:38,502 --> 00:14:42,339
7211956.

203
00:14:42,423 --> 00:14:43,465
Ya.

204
00:14:50,097 --> 00:14:51,140
Mari pergi.

205
00:15:05,529 --> 00:15:07,031
- Hei.
- Itu pun dia.

206
00:15:07,114 --> 00:15:09,742
Saya ingat awak dah mati
sebelum perbicaraan bermula.

207
00:15:09,825 --> 00:15:12,161
Jabatan Syerif ikut jadual sendiri.

208
00:15:12,244 --> 00:15:15,456
Kami bawa usul dan sut awak.

209
00:15:15,539 --> 00:15:19,543
Tali leher merah
menunjukkan kuasa dan keyakinan.

210
00:15:19,627 --> 00:15:22,004
Tali leher merah macam nak bertekak. Kita…

211
00:15:23,797 --> 00:15:26,967
Kita guna biru.
Betul? Biru menunjukkan ketenangan.

212
00:15:27,051 --> 00:15:29,678
Perlukan sut? Juri pun tak ada.

213
00:15:29,762 --> 00:15:33,432
Tak, kita akan pilih tak lama lagi.
Saya tak mahu dilihat dengan baju penjara.

214
00:15:33,515 --> 00:15:36,560
Awak juga tak mahu dilihat
macam gelandangan.

215
00:15:37,770 --> 00:15:39,521
Rupa gelandangan awak kacak, sayang.

216
00:15:39,605 --> 00:15:40,522
Ya, betul.

217
00:15:40,606 --> 00:15:42,232
Sebelum itu,

218
00:15:42,316 --> 00:15:44,610
makanlah taco carnitas yang kami bawa.

219
00:15:45,319 --> 00:15:47,988
Jangan tumpahkan salsa pada baju bersih.

220
00:15:48,072 --> 00:15:49,198
Terima kasih.

221
00:15:51,951 --> 00:15:54,078
Awak tak tahu
betapa teruknya makanan di sana.

222
00:15:54,161 --> 00:15:57,456
Saya dah boleh agak, sebenarnya.

223
00:15:57,957 --> 00:16:00,125
Apa khabar semua orang? Bagus?

224
00:16:01,710 --> 00:16:04,922
Dalam keadaan ini, kami…

225
00:16:05,005 --> 00:16:09,677
Seperti yang Legal selalu kata,
sebelum menang, berlagak boleh menang.

226
00:16:09,760 --> 00:16:12,096
Kita akan menang. Tak syak lagi.

227
00:16:12,179 --> 00:16:14,306
Mari bincangkan usul untuk menyekat.

228
00:16:14,390 --> 00:16:16,266
Awak dah jumpa sebab yang munasabah?

229
00:16:16,350 --> 00:16:19,478
Ya. Banyak, tapi nak suruh hakim
buang penemuan sebujur mayat

230
00:16:19,561 --> 00:16:22,564
dalam kes bunuh itu mencabar,
yang mengingatkan saya…

231
00:16:23,148 --> 00:16:26,276
Hakim yang ditugaskan kepada awak. Stone.

232
00:16:26,860 --> 00:16:29,196
Selain menjadi bekas pendakwa raya,

233
00:16:29,279 --> 00:16:31,949
dengar kata dia cepat naik marah.

234
00:16:32,032 --> 00:16:34,576
Maknanya, kita perlu jaga kelakuan.

235
00:16:34,660 --> 00:16:36,245
Jangan bagi dia apa-apa alasan.

236
00:16:36,328 --> 00:16:39,581
Saya tak kenal dia, tapi kadangkala,
baguslah dapat bekas pendakwa raya.

237
00:16:39,665 --> 00:16:41,333
Mereka tak nak nampak berat sebelah,

238
00:16:41,417 --> 00:16:44,586
jadi mereka cuba menangkan pembelaan
sebanyak mungkin.

239
00:16:45,629 --> 00:16:48,298
Lagipun, Timbalan Peguam Daerah, Richard…

240
00:16:48,382 --> 00:16:50,926
Dia mentah lagi.
Dia tak tahu cara nak lawan balik.

241
00:16:51,677 --> 00:16:53,178
Saya nak panggil Pegawai Collins.

242
00:16:53,262 --> 00:16:54,888
Saya tak percaya cerita dia.

243
00:16:54,972 --> 00:16:57,474
Mickey, menyoal siasat polis
yang hentikan awak

244
00:16:57,558 --> 00:16:59,977
mungkin nampak berdendam.
Biar saya yang buat.

245
00:17:00,060 --> 00:17:02,771
Awak uruskan usul penemuan. Pasti mudah.

246
00:17:02,855 --> 00:17:06,775
Mereka belum beri kita apa-apa.
Tentang hujah ikat jamin…

247
00:17:06,859 --> 00:17:08,736
Itu bukan keutamaan hari ini.

248
00:17:08,819 --> 00:17:11,280
- Apa?
- Entah berapa lama kita akan dapat.

249
00:17:11,363 --> 00:17:14,742
Fokus kepada perkara penting.
Ada masa, kita minta ikat jamin.

250
00:17:14,825 --> 00:17:16,827
Kalau tiada, lain hari baru minta.

251
00:17:18,495 --> 00:17:21,457
Mick, awak tak nak keluar penjara?

252
00:17:21,540 --> 00:17:24,501
Mestilah nak,
tapi bukan pada sebarang harga.

253
00:17:24,585 --> 00:17:26,253
Ikat jaminnya lima juta.

254
00:17:26,336 --> 00:17:29,548
Maknanya, 500,000 dolar
untuk peminjam ikat jamin yang kita tiada,

255
00:17:29,631 --> 00:17:31,133
dan kita takkan dapat balik.

256
00:17:31,216 --> 00:17:33,385
Sebab itu kita nak kurangkannya.

257
00:17:33,469 --> 00:17:36,597
Kalau kita kurangkannya pun,
itu yuran belajar Hayley.

258
00:17:36,680 --> 00:17:38,390
Lagi-lagi sekolah undang-undang.

259
00:17:38,974 --> 00:17:40,934
Awak tahu kami boleh tangguhkan gaji kami.

260
00:17:41,018 --> 00:17:43,270
Saya tak minta sesiapa buat begitu.

261
00:17:43,353 --> 00:17:46,482
Perbicaraan segera saya hampir tiba.

262
00:17:46,565 --> 00:17:49,735
Saya ada dua bulan lagi
sehingga mereka perlu bertindak.

263
00:17:49,818 --> 00:17:51,779
Saya boleh duduk dua bulan lagi
jika perlu.

264
00:17:52,613 --> 00:17:55,741
Mickey, saya nak tanya awak
buat kali terakhir.

265
00:17:55,824 --> 00:17:58,702
Awak nak saya telefon Andrea Freemann?
Mungkin dia boleh bantu.

266
00:17:58,786 --> 00:18:00,913
Tak, saya tak nak libatkan Andy.

267
00:18:00,996 --> 00:18:03,373
Dia dah ada banyak masalah
di Pejabat Peguam Daerah.

268
00:18:04,750 --> 00:18:08,170
Kita boleh buat, okey?
Percayalah. Mari kita menang.

269
00:18:17,888 --> 00:18:20,140
Kerja rumah dan bacaan ada dalam talian.

270
00:18:20,224 --> 00:18:23,936
Semak kes dan beritahu saya
jika ada undang-undang sah diguna pakai.

271
00:18:24,019 --> 00:18:25,854
Selamat tinggal, semua.

272
00:18:31,777 --> 00:18:32,694
Awak okey?

273
00:18:33,237 --> 00:18:34,113
Apa?

274
00:18:35,948 --> 00:18:38,283
Ya, saya tunggu mesej rakan sekerja.

275
00:18:38,367 --> 00:18:43,497
Awak memang bertimbang rasa.
Kebanyakan orang cuba untuk elakkannya.

276
00:18:44,581 --> 00:18:46,250
- Izzy, bukan?
- Ya.

277
00:18:46,333 --> 00:18:49,169
Izzy yang sudah hafal
Kanun Keseksaan California.

278
00:18:49,253 --> 00:18:52,589
Taklah. Saya cuma dengar
tentangnya seharian di pejabat.

279
00:18:52,673 --> 00:18:55,342
Nama awak…
Jangan beritahu saya. Bermula dengan G?

280
00:18:55,843 --> 00:18:56,844
Grace.

281
00:18:56,927 --> 00:18:58,929
Betul. Grace.

282
00:18:59,012 --> 00:19:01,014
Maaf, saya masih cuba ingat
nama semua orang.

283
00:19:01,098 --> 00:19:03,976
Jelas sekali tak hafal senarai kenalan.

284
00:19:04,059 --> 00:19:06,186
Kalau awak nak berehat nanti,

285
00:19:06,270 --> 00:19:09,231
kami akan pergi
ke Tabletop di Echo Park selepas kerja.

286
00:19:09,940 --> 00:19:12,067
Tempat yang ada permainan arked lama itu?

287
00:19:12,151 --> 00:19:14,653
Ya, dan kepak ayam pedas yang sedap.

288
00:19:15,154 --> 00:19:18,198
Wah, kepak ayam dan Pac-Man.
Sukar nak menolak.

289
00:19:18,282 --> 00:19:21,785
Terima kasih. Itulah maksud saya.
Datanglah. Pasti seronok.

290
00:19:23,871 --> 00:19:25,122
Entahlah. Saya…

291
00:19:25,622 --> 00:19:28,709
Saya nak, tapi ada macam-macam hal
di pejabat sekarang.

292
00:19:29,209 --> 00:19:32,379
Ya. Beginilah, saya nak buat pengakuan.

293
00:19:33,172 --> 00:19:36,300
Bos saya kenal bos awak.

294
00:19:37,384 --> 00:19:41,889
Ya, semua peguam bela saling kenal,
tapi dia cakap perkara baik tentang dia.

295
00:19:41,972 --> 00:19:44,224
Saya bersimpati
hal ini terjadi kepada kamu semua.

296
00:19:44,725 --> 00:19:48,604
Terima kasih. Sebenarnya,
kelas ini bagus untuk saya lupakannya.

297
00:19:48,687 --> 00:19:51,315
Ya, sebab itulah
awak patut keluar malam ini.

298
00:19:51,398 --> 00:19:54,193
Nombor saya ada dalam senarai kenalan
yang awak tak baca itu.

299
00:19:55,277 --> 00:19:57,613
Atau awak boleh datang saja.

300
00:19:57,696 --> 00:20:00,115
Saya rasa kami akan sampai
sekitar pukul 6:00?

301
00:20:02,451 --> 00:20:03,660
Ya, saya akan cuba.

302
00:20:03,744 --> 00:20:04,620
Ya?

303
00:20:05,120 --> 00:20:07,206
Boleh saya anggap awak akan datang?

304
00:20:08,165 --> 00:20:10,167
Awak boleh anggap begitu.

305
00:20:10,250 --> 00:20:11,710
Baiklah. Bagus.

306
00:20:11,793 --> 00:20:15,756
Okey. Jumpa awak nanti, Izzy.

307
00:20:28,101 --> 00:20:29,269
Sila bangun.

308
00:20:30,312 --> 00:20:34,149
Nombor kes BA59972.

309
00:20:34,733 --> 00:20:36,235
Rakyat lawan Michael Haller.

310
00:20:36,860 --> 00:20:39,196
Yang Arif Lionel Stone bersidang.

311
00:20:39,279 --> 00:20:41,240
Awak perasan siapa yang tiada di sini?

312
00:20:41,323 --> 00:20:44,034
Pegawai Collins. Mereka masih mengelak.

313
00:20:45,285 --> 00:20:46,703
Peguam boleh duduk.

314
00:20:47,537 --> 00:20:50,457
- Sebelum bermula, ada apa-apa masalah…
- Helo? Saya di mahkamah.

315
00:20:51,708 --> 00:20:54,836
Saya minta maaf, En. Richards.
Kamu tengah sibuk, ya?

316
00:20:54,920 --> 00:20:56,421
Tidak, Yang Arif.

317
00:20:59,049 --> 00:20:59,967
Cuma…

318
00:21:01,301 --> 00:21:02,886
Maaf. Hei, saya di…

319
00:21:03,971 --> 00:21:04,805
Apa?

320
00:21:05,389 --> 00:21:07,182
Biar betul… Tunggu sekejap.

321
00:21:07,683 --> 00:21:09,768
Saya dah sediakan ini…

322
00:21:10,769 --> 00:21:12,938
Yang Arif, tolong beri saya dua minit.

323
00:21:13,021 --> 00:21:14,690
Saya minta maaf kepada mahkamah.

324
00:21:16,858 --> 00:21:17,943
Cakap di luar.

325
00:21:20,153 --> 00:21:23,156
- Saya tak percaya.
- Ada-ada saja.

326
00:21:23,240 --> 00:21:27,035
Saya gugurkan tiga kes lain untuk ini.
Satu pembunuhan geng. Ini…

327
00:21:28,620 --> 00:21:31,331
Dana Berg mewakili Rakyat, Yang Arif.

328
00:21:31,832 --> 00:21:34,584
Saya minta maaf bagi pihak pejabat kami,

329
00:21:34,668 --> 00:21:36,920
tapi ada perubahan kakitangan,

330
00:21:37,004 --> 00:21:40,090
dan saya akan ambil alih kes ini
mulai sekarang.

331
00:21:40,173 --> 00:21:41,550
Siapa itu?

332
00:21:41,633 --> 00:21:42,884
Dana "Penjara Maut".

333
00:21:42,968 --> 00:21:45,012
Mereka panggil dia Dana Penjara Maut?

334
00:21:45,095 --> 00:21:46,763
- Saya ambil maklum, Cik Berg.
- Ya.

335
00:21:47,389 --> 00:21:49,516
Begitu juga dengan cara awak datang tadi.

336
00:21:50,600 --> 00:21:53,478
Boleh kita teruskan?
Saya ada perbicaraan lain hari ini.

337
00:21:55,897 --> 00:21:56,940
Sudah tentu, Yang Arif.

338
00:21:57,024 --> 00:22:00,360
Lorna Crane mewakili pembelaan,
dengan Michael Haller, wakil diri sendiri.

339
00:22:00,944 --> 00:22:02,779
Kami di sini atas beberapa usul.

340
00:22:02,863 --> 00:22:05,365
Pertama, usul untuk menyekat
bukti yang diperoleh

341
00:22:05,449 --> 00:22:07,492
semasa hentian trafik tidak sah
klien saya.

342
00:22:07,576 --> 00:22:11,038
Pembelaan menegaskan En. Haller
diperangkap dan dianiaya dalam kes ini,

343
00:22:11,121 --> 00:22:13,540
yang bermula
dengan menggeledah keretanya tanpa waran.

344
00:22:13,623 --> 00:22:14,583
Diperangkap?

345
00:22:15,250 --> 00:22:16,126
Oleh siapa?

346
00:22:16,960 --> 00:22:18,086
Maaf?

347
00:22:18,170 --> 00:22:22,174
Kamu kata En. Haller diperangkap
dan dianiaya. Oleh siapa, Cik Crane?

348
00:22:24,051 --> 00:22:27,512
Yang Arif, saya rasa hal itu
tak berkaitan untuk perbicaraan ini.

349
00:22:27,596 --> 00:22:29,264
Tak berkaitan? Betulkah?

350
00:22:29,348 --> 00:22:31,683
- Tidak. Maaf…
- Yang Arif, boleh saya bercakap?

351
00:22:32,184 --> 00:22:35,645
Terima kasih kerana mengizinkan saya
mewakili diri sendiri

352
00:22:35,729 --> 00:22:37,814
dengan peguam bersama saya, Cik Crane.

353
00:22:38,857 --> 00:22:39,858
Silakan, En. Haller.

354
00:22:41,026 --> 00:22:44,613
Dari segi kaitan,
kami setuju apabila kami dibicarakan,

355
00:22:44,696 --> 00:22:47,491
identiti pihak yang memerangkap saya
sangat berkaitan.

356
00:22:47,574 --> 00:22:51,370
Namun, pada masa ini, kami rasa tak adil

357
00:22:51,453 --> 00:22:54,790
untuk dedahkan setiap butiran
hujah kami kepada pihak pendakwa.

358
00:22:54,873 --> 00:22:58,085
Kami cuma mencabar kesahihan
hentian trafik. Itu sahaja.

359
00:22:59,753 --> 00:23:00,629
Baiklah.

360
00:23:01,213 --> 00:23:02,631
Mari kita teruskan.

361
00:23:02,714 --> 00:23:05,092
Terima kasih, Yang Arif.
Seperti kata Cik Crane,

362
00:23:05,175 --> 00:23:07,636
kami memfailkan usul
mencabar hentian trafik

363
00:23:07,719 --> 00:23:10,639
dan penggeledahan but saya
oleh Pegawai Collins.

364
00:23:10,722 --> 00:23:14,851
Pendengaran kes diperlukan untuk usul ini,
tapi Pegawai Collins tidak kelihatan.

365
00:23:14,935 --> 00:23:17,854
Penyiasat saya sudah cuba
hubungi dia selama enam minggu,

366
00:23:17,938 --> 00:23:19,773
tapi tak berjaya juga.

367
00:23:19,856 --> 00:23:22,484
Dengan menyembunyikan
Pegawai Collins sehingga terlewat,

368
00:23:22,567 --> 00:23:25,695
pihak pendakwa buat segalanya
untuk menghalang perbicaraan yang adil.

369
00:23:26,405 --> 00:23:29,491
Yang Arif,
seperti yang mahkamah dan defendan tahu,

370
00:23:29,574 --> 00:23:32,411
saya baharu dalam kes ini,
tapi saya tak nampak sesiapa pun

371
00:23:32,494 --> 00:23:34,913
daripada pihak kami
menyembunyikan apa-apa,

372
00:23:34,996 --> 00:23:37,541
apatah lagi cuba menghalang
perbicaraan yang adil.

373
00:23:37,624 --> 00:23:39,668
Sebaliknya, kami menantikannya.

374
00:23:39,751 --> 00:23:42,003
- Apa?
- Yang Arif, boleh saya didengari lagi?

375
00:23:42,087 --> 00:23:43,964
Bolehkah kamu berdua buat keputusan?

376
00:23:44,464 --> 00:23:45,715
Silakan, Cik Crane.

377
00:23:46,216 --> 00:23:47,884
Jelas pendakwa tak nak kami bercakap

378
00:23:47,968 --> 00:23:49,886
dengan Pegawai Collins
sebelum perbicaraan.

379
00:23:49,970 --> 00:23:52,848
Hal ini berbalik kepada keputusan
untuk memohon pendakwaan juri.

380
00:23:52,931 --> 00:23:54,724
Dia boleh beri keterangan secara rahsia

381
00:23:54,808 --> 00:23:57,811
daripada mengadakan pendengaran awal
di mana kami boleh menyoalnya.

382
00:23:57,894 --> 00:24:01,314
Itu pilihan yang wajar
untuk pihak pendakwa.

383
00:24:01,398 --> 00:24:04,276
Ia menghalang En. Haller
daripada berdepan dengan penuduhnya.

384
00:24:04,359 --> 00:24:06,319
Malah, kami masih belum dapat
rakaman video.

385
00:24:06,903 --> 00:24:07,946
Ada rakaman video?

386
00:24:08,029 --> 00:24:11,450
Ya, Yang Arif. Pegawai Collins
memakai kamera badan malam itu,

387
00:24:11,533 --> 00:24:14,035
dan ada kamera papan pemuka
di dalam keretanya juga.

388
00:24:14,119 --> 00:24:16,037
Kami belum dapat rakaman itu lagi.

389
00:24:16,121 --> 00:24:18,290
Saya keliru, Yang Arif.

390
00:24:18,373 --> 00:24:23,670
Adakah ini usul untuk menyekat bukti
atau meminta bukti?

391
00:24:23,753 --> 00:24:24,838
- Dua-dua.
- Dua-dua.

392
00:24:25,380 --> 00:24:27,632
Sebab itu kami failkan usul
untuk kedua-duanya.

393
00:24:27,716 --> 00:24:30,302
Pendakwa bertanggungjawab
untuk mewajarkan pencarian.

394
00:24:30,385 --> 00:24:32,888
Setakat ini,
mereka tidak mewajarkan apa-apa.

395
00:24:32,971 --> 00:24:35,056
Mereka hanya melanggar peraturan penemuan.

396
00:24:35,640 --> 00:24:38,518
Cik Berg, apakah perkembangan
rakaman video ini?

397
00:24:38,602 --> 00:24:39,769
Yang Arif, maaf.

398
00:24:39,853 --> 00:24:42,814
Saya dimaklumkan
ada masalah teknikal dengan pemindahan…

399
00:24:42,898 --> 00:24:44,065
Masalah teknikal?

400
00:24:44,649 --> 00:24:46,067
Kebebasan saya dalam bahaya,

401
00:24:46,151 --> 00:24:48,570
tapi mereka cakap ada masalah teknikal?

402
00:24:48,653 --> 00:24:52,991
Jika defendan berhenti mengganggu,
Yang Arif, saya boleh jelaskan.

403
00:24:53,074 --> 00:24:55,744
Bersabar, En. Haller. Silakan, Cik Berg.

404
00:24:55,827 --> 00:24:58,830
Terima kasih. Seperti yang saya katakan,
saya baharu dalam kes ini,

405
00:24:58,914 --> 00:25:02,042
jadi saya tak sedar
akan kelewatan dengan penemuan.

406
00:25:02,125 --> 00:25:06,630
Saya boleh panggil Pegawai Collins
mengikut kehendak mahkamah.

407
00:25:06,713 --> 00:25:09,341
Tentang rakaman video pula, ya.

408
00:25:09,424 --> 00:25:11,927
Pejabat kami
ada sedikit masalah teknikal awalnya.

409
00:25:12,010 --> 00:25:13,595
Awalnya.

410
00:25:13,678 --> 00:25:15,639
Kami sudah betulkan keadaan

411
00:25:15,722 --> 00:25:18,725
dan akan hantar rakaman
kepada defendan dengan segera,

412
00:25:18,808 --> 00:25:21,645
serta penemuan lain yang mereka minta.

413
00:25:22,145 --> 00:25:24,856
Saya anggap aturan itu memuaskan,
En. Haller?

414
00:25:25,815 --> 00:25:28,693
Ya, Yang Arif,
tapi kita kena ikut peraturan.

415
00:25:29,986 --> 00:25:31,112
Apa pula kali ini?

416
00:25:31,613 --> 00:25:36,618
Yang Arif, Cik Berg merujuk
kepada saya tiga kali sebagai defendan.

417
00:25:37,202 --> 00:25:38,578
Memang benar.

418
00:25:38,662 --> 00:25:43,625
Saya tertuduh dalam kes ini,
tapi apabila saya berhujah di mahkamah,

419
00:25:43,708 --> 00:25:46,044
saya peguam bela.

420
00:25:48,088 --> 00:25:51,091
Saya minta mahkamah arahkan Cik Berg
untuk panggil saya begitu.

421
00:25:51,174 --> 00:25:53,843
Itu cuma ungkapan. Kamu itu defendan.

422
00:25:53,927 --> 00:25:57,222
Kamu juga peguam bela.
Perbezaan yang sama dalam kes ini.

423
00:25:57,764 --> 00:25:59,891
Ahli-ahli juri
mungkin nampak perbezaannya.

424
00:26:00,642 --> 00:26:03,103
Tak perlu jawab, Cik Berg.
Permintaan ditolak.

425
00:26:04,062 --> 00:26:06,565
Saya nasihatkan kamu
jangan melebih-lebih, En. Haller.

426
00:26:08,567 --> 00:26:09,484
Baiklah.

427
00:26:10,694 --> 00:26:13,154
Saya akan sambung perbicaraan ini
pagi esok.

428
00:26:13,238 --> 00:26:15,448
Pada masa itu,
saya nak tengok Pegawai Collins

429
00:26:15,532 --> 00:26:17,158
di mahkamah ini.

430
00:26:17,242 --> 00:26:20,161
Perkara yang belum selesai hari ini
boleh dibincangkan nanti.

431
00:26:20,787 --> 00:26:23,665
Sebelum itu, saya nak cakap
dengan kedua-dua pihak tentang penemuan.

432
00:26:24,332 --> 00:26:25,584
Biar saya jelaskan.

433
00:26:26,418 --> 00:26:29,129
Dalam mahkamah ini,
penemuan itu jalan dua hala.

434
00:26:29,212 --> 00:26:32,924
Apa yang masuk mesti keluar.
Tiada semak semula, tiada hujah.

435
00:26:33,508 --> 00:26:36,845
Apa yang rakyat dapat,
pembelaan dapat. Tanpa berlengah.

436
00:26:36,928 --> 00:26:40,515
Hukuman untuk pelanggaran itu
ialah penolakan bukti.

437
00:26:40,599 --> 00:26:43,518
Cik Berg,
kalau Pegawai Collins gagal hadir esok,

438
00:26:43,602 --> 00:26:46,396
saya akan benarkan usul
untuk menyekat. Jelas?

439
00:26:46,479 --> 00:26:47,897
Ya, Yang Arif.

440
00:26:47,981 --> 00:26:48,982
Bagus.

441
00:26:49,482 --> 00:26:51,901
Kalau begitu,
saya akan jumpa peguam dan defendan

442
00:26:51,985 --> 00:26:53,445
pada pukul 10:00 pagi esok.

443
00:26:53,945 --> 00:26:55,155
Sidang ditangguhkan.

444
00:27:05,248 --> 00:27:07,709
Sekurang-kurangnya kita dapat penemuan.

445
00:27:07,792 --> 00:27:10,879
- Sebaik saja dapat, saya bawa ke penjara.
- Secepatnya.

446
00:27:10,962 --> 00:27:14,633
Maggie dan Hayley nak jumpa saya
pada waktu melawat. Tak nak terlepas.

447
00:27:14,716 --> 00:27:15,967
Saya pergi dulu.

448
00:27:16,635 --> 00:27:17,510
Ke mana?

449
00:27:17,594 --> 00:27:20,055
Saya perlu jumpa klien lain.

450
00:27:20,138 --> 00:27:22,641
Saya sibuk. Jadi, kita jumpa esok.

451
00:27:22,724 --> 00:27:25,685
Kita boleh bincangkan penemuan
di pejabat nanti.

452
00:27:50,669 --> 00:27:51,711
Maggie.

453
00:27:51,795 --> 00:27:53,004
- Hei.
- Hai.

454
00:27:53,505 --> 00:27:56,591
Wah, tempat ini cantik!

455
00:27:56,675 --> 00:27:59,177
Ya, setelah lama bekerja di sini,

456
00:27:59,260 --> 00:28:01,346
pasti jumpa tempat rahsia.
Saya beli latte.

457
00:28:01,429 --> 00:28:03,264
Oh, Tuhan. Terima kasih.

458
00:28:05,225 --> 00:28:08,353
Saya sangat perlukan kopi,
lagi-lagi sekarang.

459
00:28:08,436 --> 00:28:11,439
Baik pasang tiub
dan masukkannya ke dalam badan.

460
00:28:11,940 --> 00:28:13,900
Banyak yang awak hadapi.

461
00:28:14,401 --> 00:28:16,569
Saya tahu saya selalu tanya
perkembangan Mickey,

462
00:28:16,653 --> 00:28:19,864
tapi Hayley nak jumpa kawan
daripada USC, jadi saya ada masa.

463
00:28:20,365 --> 00:28:22,409
- Terima kasih.
- Sama-sama.

464
00:28:22,992 --> 00:28:26,204
Percaya atau tidak,
bercakap dengan awak buat saya waras.

465
00:28:26,287 --> 00:28:28,998
Bukan macam, percaya atau tidak.
Maksud saya…

466
00:28:29,082 --> 00:28:30,250
Lorna, tak apa.

467
00:28:30,333 --> 00:28:32,961
Sejujurnya, saya juga begitu.

468
00:28:34,337 --> 00:28:36,756
Mickey kata
awak akan bawa Hayley jumpa dia.

469
00:28:36,840 --> 00:28:38,758
Baguslah. Besar maknanya bagi dia.

470
00:28:38,842 --> 00:28:40,719
Sebab itu saya nak jumpa awak sebenarnya.

471
00:28:40,802 --> 00:28:43,596
Saya nak tahu apa yang saya akan hadapi.

472
00:28:43,680 --> 00:28:45,098
Bagaimana keadaan dia hari ini?

473
00:28:45,181 --> 00:28:48,977
Hari ini? Dia optimistik gila
dan saya nak cekik dia.

474
00:28:49,060 --> 00:28:51,271
Oh, saya kenal lelaki itu.

475
00:28:51,354 --> 00:28:53,857
Saya kenal seorang lagi
yang fikir semuanya akan musnah.

476
00:28:53,940 --> 00:28:57,068
Jadi, sekarang
inilah lelaki yang kita mahu.

477
00:28:59,988 --> 00:29:02,073
Dia di penjara, Maggie.

478
00:29:02,657 --> 00:29:04,325
Ia menjejaskan firma

479
00:29:04,409 --> 00:29:06,953
dan ia menjejaskan reputasi kami.

480
00:29:07,537 --> 00:29:10,206
Saya tak menang tangan melakukan semuanya,

481
00:29:10,290 --> 00:29:12,083
cuba menyelamatkan firma.

482
00:29:12,167 --> 00:29:13,710
Tapi sejujurnya,

483
00:29:14,335 --> 00:29:16,713
kes ini nampaknya tak berjalan lancar.

484
00:29:17,213 --> 00:29:19,674
Mereka baru tugaskan
pendakwa raya baharu, Dana Berg.

485
00:29:19,758 --> 00:29:23,219
- "Aisberg"?
- Biar betul? Dia ada dua nama samaran?

486
00:29:23,303 --> 00:29:25,013
Lebih daripada dua.

487
00:29:27,223 --> 00:29:29,976
Saya takkan tipu. Susah nak kalahkan dia.

488
00:29:30,685 --> 00:29:33,688
Jika mereka tugaskan dia,
maknanya mereka serius.

489
00:29:35,148 --> 00:29:36,733
Tapi Mickey pernah kalahkan dia.

490
00:29:36,816 --> 00:29:40,737
Baguslah. Tambah balas dendam
dalam senarai motivasi dia.

491
00:29:43,490 --> 00:29:45,241
Awak ada masalah dengan penemuan?

492
00:29:45,825 --> 00:29:49,120
Ya Tuhan.
Macam mencabut gigi walrus yang marah,

493
00:29:49,204 --> 00:29:53,541
tapi hakim beri dia amaran hari ini.
Mungkin semuanya akan okey?

494
00:29:54,125 --> 00:29:55,543
Jika dia susahkan awak lagi,

495
00:29:55,627 --> 00:29:58,797
beritahu dia jangan sampai
situasi Rodriguez berlaku lagi.

496
00:29:58,880 --> 00:30:00,089
Dia akan faham.

497
00:30:02,759 --> 00:30:03,718
Okey.

498
00:30:04,594 --> 00:30:05,595
Terima kasih.

499
00:30:06,763 --> 00:30:09,849
Kenapa saya rasa
awak takkan beritahu Mickey benda begini?

500
00:30:10,558 --> 00:30:12,560
Mickey tak pernah dibicarakan.

501
00:30:13,269 --> 00:30:14,479
Betul juga.

502
00:30:17,649 --> 00:30:19,651
Lorna, Mickey pernah kalahkan dia.

503
00:30:20,193 --> 00:30:21,528
Dia boleh buat lagi.

504
00:30:22,195 --> 00:30:23,321
Kamu berdua boleh.

505
00:30:24,447 --> 00:30:25,573
Harapnya begitulah.

506
00:30:33,206 --> 00:30:35,917
Dia sama saja macam pendakwa lain.
Saya boleh lawan dia.

507
00:30:36,000 --> 00:30:38,044
Mereka tak boleh main-main
dengan anak mak.

508
00:30:38,127 --> 00:30:39,379
Hidup kamu sia-sia begini.

509
00:30:39,462 --> 00:30:41,422
Kamu terlepas hidup anak kamu

510
00:30:41,506 --> 00:30:44,509
dan kemungkinan mencari bakal isteri.

511
00:30:44,592 --> 00:30:45,927
Mak, janganlah risau sangat.

512
00:30:46,010 --> 00:30:50,431
Orang yang sepatutnya risau
dalam situasi kamu ialah kamu.

513
00:30:50,515 --> 00:30:55,144
- Apa yang mereka beri kamu makan?
- Saya makan dengan baik, mak.

514
00:30:55,687 --> 00:30:57,355
Saya beli mi segera.

515
00:30:57,438 --> 00:31:00,233
Kena darah tinggi nanti.

516
00:31:00,316 --> 00:31:02,735
Kamu masih ingat Señora Ramirez,
jiran kita dulu?

517
00:31:03,653 --> 00:31:07,198
Dia kena strok sebab darah tinggi.

518
00:31:07,282 --> 00:31:09,075
- Saya takkan…
- Cukup.

519
00:31:09,158 --> 00:31:11,286
Kena kembang lagi sikit.

520
00:31:11,369 --> 00:31:12,620
Ini bukan helmet.

521
00:31:12,704 --> 00:31:15,039
Mak dandan rambut
sambil bercakap dengan saya?

522
00:31:15,123 --> 00:31:17,333
Mak ada penggambaran iklan.

523
00:31:17,417 --> 00:31:20,378
Dengar sini. Kamu perlu keluar dari situ.

524
00:31:20,461 --> 00:31:22,547
Kamu kena hadiri majlis perkahwinan mak.

525
00:31:22,630 --> 00:31:24,299
Siapa akan serahkan pengantin?

526
00:31:24,382 --> 00:31:25,884
Mak nak kahwin?

527
00:31:26,384 --> 00:31:27,510
Lagi?

528
00:31:27,594 --> 00:31:28,469
Dengan siapa?

529
00:31:28,553 --> 00:31:30,096
Mestilah dengan Rick.

530
00:31:30,889 --> 00:31:32,348
Rick, ejen baharu mak?

531
00:31:32,432 --> 00:31:34,893
Mak tahu ada konflik kepentingan…

532
00:31:34,976 --> 00:31:36,728
tapi dia datang jumpa mak di Calgary.

533
00:31:36,811 --> 00:31:41,190
Kami jatuh cinta
semasa lawatan memancing dalam ais.

534
00:31:41,858 --> 00:31:43,151
Romantik sungguh,

535
00:31:43,234 --> 00:31:45,945
dan sejuk.

536
00:31:46,029 --> 00:31:48,698
Okey, saya gembira kalau mak gembira.

537
00:31:49,198 --> 00:31:51,284
Saya perlu bercakap dengan Cisco.

538
00:31:51,367 --> 00:31:54,287
- Saya telefon mak esok.
- Ya, tapi tolong jaga diri.

539
00:31:54,370 --> 00:31:57,373
Ingat, kamu perlu teman mak
di ruang sayap gereja.

540
00:31:57,457 --> 00:31:58,875
Mak sayang kamu, nak.

541
00:31:58,958 --> 00:32:00,585
Saya sayang mak juga.

542
00:32:00,668 --> 00:32:02,045
Okey. Bai.

543
00:32:37,080 --> 00:32:38,623
Berhenti.

544
00:32:39,791 --> 00:32:41,250
Ini saja yang mereka hantar?

545
00:32:41,793 --> 00:32:43,753
- Apa maksud awak?
- Video ini bermula

546
00:32:43,836 --> 00:32:46,673
apabila Collins keluar daripada kereta
untuk cakap dengan saya.

547
00:32:46,756 --> 00:32:50,134
Mereka hantar rakaman kamera papan pemuka,
tapi ia bermula dan berakhir

548
00:32:50,218 --> 00:32:51,844
pada masa yang sama.

549
00:32:52,345 --> 00:32:53,429
Mengarut.

550
00:32:53,513 --> 00:32:54,973
Dana Berg tahu.

551
00:32:55,056 --> 00:32:58,518
Saya nak tahu apa yang mendorong Collins
untuk hentikan saya.

552
00:32:58,601 --> 00:33:01,437
Saya nak tengok apa dia buat
sebelum dia ikut saya.

553
00:33:01,521 --> 00:33:03,272
Awak nak Lorna failkan usul lain?

554
00:33:03,356 --> 00:33:04,524
Kalau perlu.

555
00:33:04,607 --> 00:33:06,818
Kita perlukan sejam rakaman kamera badan

556
00:33:06,901 --> 00:33:09,737
sebelum masa mula ini.
Kamera papan pemuka juga.

557
00:33:09,821 --> 00:33:13,825
Mick, Lorna sangat sibuk
cuba menguruskan firma.

558
00:33:13,908 --> 00:33:16,786
Saya tahu. Saya harap
Izzy cepat-cepat habis belajar.

559
00:33:16,869 --> 00:33:19,163
Dia boleh tolong Lorna.

560
00:33:19,872 --> 00:33:21,082
Mainkannya.

561
00:33:24,544 --> 00:33:26,921
Sila keluarkan lesen,
pendaftaran dan bukti insurans.

562
00:33:27,005 --> 00:33:31,092
Baik, Pegawai Collins, tapi boleh saya
tanya kenapa awak tahan saya?

563
00:33:31,843 --> 00:33:35,304
Saya tak memandu laju
dan semua lampunya hijau.

564
00:33:35,805 --> 00:33:37,306
Lesen, pendaftaran, insurans.

565
00:33:37,390 --> 00:33:40,226
Boleh cari bahagian
dia tunjukkan plat nombor yang hilang?

566
00:33:44,564 --> 00:33:46,065
Nampak kenapa saya tahan awak?

567
00:33:46,816 --> 00:33:48,359
Awak tiada plat nombor.

568
00:33:48,443 --> 00:33:49,944
Aduhai.

569
00:33:51,112 --> 00:33:55,950
Saya letak kereta di pusat bandar
dan pasti ada orang mencurinya.

570
00:33:56,034 --> 00:33:59,454
Itulah masalahnya.
Saya tak rasa ada orang curi.

571
00:33:59,537 --> 00:34:00,788
Kenapa nak curi pula?

572
00:34:01,748 --> 00:34:04,917
Saya rasa ada orang letak Sam
di dalam but, kemudian ambil plat nombor,

573
00:34:05,001 --> 00:34:07,503
supaya polis ada alasan
untuk hentikan saya.

574
00:34:08,254 --> 00:34:10,548
Nampaknya rancangan itu berjaya.

575
00:34:10,631 --> 00:34:12,925
Awak tahu awak tak boleh buka but itu.

576
00:34:13,676 --> 00:34:16,679
Awak tak tahu jika itu darah
atau jika ia datang daripada kereta.

577
00:34:16,763 --> 00:34:19,515
Walau apa pun ia,
mungkin terkena semasa pandu.

578
00:34:19,599 --> 00:34:21,726
Hei! Awak tak boleh buat begitu!

579
00:34:28,149 --> 00:34:29,025
Ayuh.

580
00:34:35,073 --> 00:34:36,074
Awak okey, Mick?

581
00:34:39,535 --> 00:34:42,038
Sam seorang penipu dan penyangak,

582
00:34:43,039 --> 00:34:44,665
tapi dia tak layak dibunuh.

583
00:34:47,418 --> 00:34:49,587
Siapa yang sanggup buat dia begini?

584
00:34:50,797 --> 00:34:52,465
Kenapa cuba salahkan saya?

585
00:34:58,346 --> 00:35:00,640
Baiklah, penemuan apa lagi kita dapat?

586
00:35:01,808 --> 00:35:04,685
Laporan polis, laporan forensik awal.

587
00:35:04,769 --> 00:35:09,982
Pegawai Perubatan menganggarkan
Sam dibunuh malam sebelum awak ditangkap.

588
00:35:10,858 --> 00:35:13,528
Kita masih belum dapat
laporan toksikologi.

589
00:35:14,320 --> 00:35:17,406
Berbulan-bulan baru dapat.
Makmal kerajaan sibuk.

590
00:35:17,490 --> 00:35:19,158
Mungkin ada cara untuk cepatkannya.

591
00:35:19,242 --> 00:35:22,328
Ada keterangan saksi
daripada salah seorang jiran awak.

592
00:35:22,411 --> 00:35:24,997
Margaret Shogren kata
dia dengar dua orang lelaki

593
00:35:25,081 --> 00:35:26,916
bertengkar di rumah awak malam itu.

594
00:35:27,416 --> 00:35:28,793
Saya rasa itu tak membantu.

595
00:35:28,876 --> 00:35:32,004
Usia dia hampir 90 tahun.
Saya rasa dia tak dengar langsung.

596
00:35:33,464 --> 00:35:34,632
Kita juga…

597
00:35:36,175 --> 00:35:39,929
ada laporan balistik, Mick,
dan ia bukan berita baik.

598
00:35:41,722 --> 00:35:46,185
Peluru yang menembusi perut Sam
ditemukan di lantai garaj awak.

599
00:35:47,854 --> 00:35:51,149
Maksud awak,
pelakunya tembak Sam di garaj saya?

600
00:35:52,733 --> 00:35:55,403
Bagaimana?
Saya ada banyak kamera keselamatan.

601
00:35:55,486 --> 00:35:58,698
Ya, kita pasang kamera
selepas kejadian ular orok-orok,

602
00:35:58,781 --> 00:36:01,450
tapi dua kamera depan tak berfungsi.

603
00:36:01,534 --> 00:36:03,369
Ada orang putuskan sambungannya.

604
00:36:03,870 --> 00:36:04,954
Mereka putuskan…

605
00:36:05,788 --> 00:36:08,833
Saya ada di rumah malam itu.
Kenapa saya tak dengar bunyi tembakan?

606
00:36:09,458 --> 00:36:10,918
Mungkin mereka guna penyenyap.

607
00:36:16,674 --> 00:36:18,509
Jadi, apa teori pihak pendakwa?

608
00:36:18,593 --> 00:36:21,888
Saya culik Sam, tembak dia di garaj saya

609
00:36:21,971 --> 00:36:24,682
dan tinggalkan mayatnya
di dalam but saya selama 24 jam

610
00:36:24,765 --> 00:36:26,767
sehingga saya pergi ke Palm Springs?

611
00:36:26,851 --> 00:36:27,935
Gila.

612
00:36:28,019 --> 00:36:30,188
Saya setuju dengan awak, Mick.

613
00:36:30,813 --> 00:36:35,193
Saya rasa mereka akan kata
awak nak buang mayatnya di gurun,

614
00:36:35,693 --> 00:36:39,530
dan awak potong suapan kamera sendiri
untuk elak daripada dirakam.

615
00:36:39,614 --> 00:36:42,116
Sekarang, mereka ada peluru
untuk tambah bukti.

616
00:36:45,995 --> 00:36:47,163
Ada pelawat.

617
00:36:47,246 --> 00:36:49,373
Maggie dan Hayley. Saya perlu pergi.

618
00:36:49,957 --> 00:36:52,460
Cisco, kita perlu dapatkan
seluruh rakaman itu.

619
00:36:52,543 --> 00:36:53,461
Baiklah.

620
00:36:53,544 --> 00:36:54,587
Mick,

621
00:36:55,379 --> 00:36:56,464
jangan risau.

622
00:36:56,964 --> 00:36:58,341
Kita akan fikirkannya.

623
00:37:08,184 --> 00:37:09,268
Pn. Chugani.

624
00:37:09,894 --> 00:37:13,439
Saya tahu kehilangan peguam utama
begitu dekat dengan tarikh perbicaraan…

625
00:37:14,899 --> 00:37:17,443
tuduhan penggelapan wang itu
sukar diterima,

626
00:37:17,526 --> 00:37:22,323
tapi saya jamin kami akan bekerja
siang dan malam untuk pembelaan awak.

627
00:37:22,406 --> 00:37:26,494
Berita baiknya,
kes narkotik kepakaran saya, En. Rhedus.

628
00:37:26,577 --> 00:37:29,664
Mickey latih saya bertahun-tahun.
Saya belajar daripada yang terbaik.

629
00:37:29,747 --> 00:37:33,417
Saya sedia untuk ambil kes paling sukar,
termasuk pengubahan wang haram.

630
00:37:33,501 --> 00:37:35,378
Terutamanya pengubahan wang haram.

631
00:37:35,461 --> 00:37:39,799
Saya akan berunding dengan Mickey
dalam setiap langkah. Setuju, En. Bieber?

632
00:37:42,218 --> 00:37:43,344
Dengar sini, budak.

633
00:37:43,427 --> 00:37:46,264
Saya upah Peguam Lincoln,
bukan Legally Blonde.

634
00:37:46,347 --> 00:37:48,766
Bila ijazah undang-undang awak
akil baligh, cakap.

635
00:38:07,285 --> 00:38:08,369
Itu pun dia.

636
00:38:15,084 --> 00:38:18,087
Hei! Ayah gembira
dapat jumpa kamu, sayang.

637
00:38:18,796 --> 00:38:21,507
- Saya juga.
- Macam mana dengan kursus kolej?

638
00:38:21,590 --> 00:38:24,510
Pasti ada restoran baharu
yang ayah perlu tahu.

639
00:38:24,593 --> 00:38:25,886
Ceritalah semuanya.

640
00:38:26,887 --> 00:38:29,974
Kelas okey. Saya tak peduli sangat.
Tapi ayah okey?

641
00:38:30,850 --> 00:38:32,810
Sayang, ayah tak apa-apa.

642
00:38:32,893 --> 00:38:35,313
Jangan risau tentang ayah, okey?

643
00:38:35,396 --> 00:38:39,150
- Kenapa cakap begitu? Ayah di penjara.
- Ayah akan keluar tak lama lagi.

644
00:38:39,233 --> 00:38:41,527
Mereka tak boleh lawan.
Hujah mereka lemah.

645
00:38:41,610 --> 00:38:42,778
Lemah sangatkah?

646
00:38:43,571 --> 00:38:46,615
Ayah baru semak penemuan.
Ada banyak yang boleh dibuat dengannya.

647
00:38:47,491 --> 00:38:49,577
Esok, ayah boleh soal polis itu.

648
00:38:49,660 --> 00:38:51,912
Dia sembunyikan sesuatu. Ayah tahu.

649
00:38:53,581 --> 00:38:56,667
Hei, kamu tahu kes seperti ini, bukan?

650
00:38:56,751 --> 00:38:57,877
Ia seperti pokok.

651
00:38:59,462 --> 00:39:00,504
Saya tahu, ayah.

652
00:39:01,172 --> 00:39:02,256
Pokok yang tinggi,

653
00:39:02,340 --> 00:39:06,010
dan kerajaan buat segala-galanya
unutk berinya makan dan minum.

654
00:39:06,093 --> 00:39:07,678
Betul. Jadi, siapa ayah?

655
00:39:10,264 --> 00:39:11,474
Siapa ayah, Hayley?

656
00:39:12,350 --> 00:39:13,642
Lelaki yang berkapak.

657
00:39:14,226 --> 00:39:15,686
Betul, lelaki yang berkapak.

658
00:39:15,770 --> 00:39:17,938
Ayah akan tebang pokok itu.

659
00:39:20,816 --> 00:39:22,026
Panggilan.

660
00:39:23,152 --> 00:39:25,905
7752962.

661
00:39:26,447 --> 00:39:27,448
Ya.

662
00:39:27,531 --> 00:39:30,409
- Apa yang berlaku?
- Mereka pastikan tiada siapa terlepas.

663
00:39:30,493 --> 00:39:32,286
Sama seperti kehadiran sekolah.

664
00:39:32,370 --> 00:39:34,580
6155321.

665
00:39:34,663 --> 00:39:35,664
Ya.

666
00:39:39,001 --> 00:39:41,629
7122485.

667
00:39:41,712 --> 00:39:42,546
Ya.

668
00:39:43,381 --> 00:39:45,966
- Apa nombornya?
- Cuma nombor tangkapan.

669
00:39:46,050 --> 00:39:47,760
Cara mereka mengesan semua orang.

670
00:39:47,843 --> 00:39:49,720
Tak ada apa-apa, sayang. Cuma…

671
00:39:49,804 --> 00:39:52,515
7211956.

672
00:39:55,351 --> 00:39:56,310
721…

673
00:39:56,394 --> 00:39:57,228
Ya.

674
00:40:03,901 --> 00:40:06,362
7043559.

675
00:40:07,113 --> 00:40:07,947
Ya.

676
00:40:13,953 --> 00:40:17,665
Apa kata kamu beritahu ayah
tentang kelas sejarah Mexico itu?

677
00:40:19,583 --> 00:40:22,211
Saya nak ke tandas. Saya sayang ayah.

678
00:40:32,680 --> 00:40:34,807
Saya tak mahu awak bawa Hayley lagi.

679
00:40:36,183 --> 00:40:37,017
Mickey.

680
00:40:37,101 --> 00:40:39,145
Kalau dia mahu ke mahkamah, tak apa.

681
00:40:39,228 --> 00:40:40,938
Saya tak mahu dia lihat saya begini.

682
00:40:43,566 --> 00:40:45,734
Klien pernah minta saya itu.

683
00:40:46,235 --> 00:40:47,570
Saya tak pernah faham.

684
00:40:49,363 --> 00:40:50,573
Sekarang saya faham.

685
00:40:55,202 --> 00:40:56,120
Okey.

686
00:41:06,046 --> 00:41:08,883
Kalau ada penghantaran,
tinggalkannya di meja penyambut tetamu.

687
00:41:10,468 --> 00:41:12,303
Saya sebenarnya mencari peguam.

688
00:41:13,053 --> 00:41:14,597
Adakah saya di tempat yang betul?

689
00:41:14,680 --> 00:41:17,141
Ya, saya minta maaf.
Mickey tiada di sini sekarang.

690
00:41:18,434 --> 00:41:20,603
Saya sebenarnya mencari

691
00:41:21,103 --> 00:41:22,229
Lorna Crane.

692
00:41:24,440 --> 00:41:26,609
Saya Lorna Crane. Boleh saya bantu?

693
00:41:26,692 --> 00:41:28,944
Kawan saya, Jessica Schwartz,
cadangkan awak.

694
00:41:29,028 --> 00:41:31,447
Dia kata awak tolong dia
dengan perceraiannya

695
00:41:32,072 --> 00:41:35,367
dan buat Lamborghini bekas suaminya
ditarik balik.

696
00:41:35,451 --> 00:41:36,744
Betul.

697
00:41:36,827 --> 00:41:39,747
Saya pun ada
situasi bekas suami yang teruk.

698
00:41:39,830 --> 00:41:42,249
Itu… memang teruk. Saya bersimpati.

699
00:41:42,333 --> 00:41:44,502
Saya cuba telefon, tapi tak dijawab.

700
00:41:44,585 --> 00:41:47,755
Saya jumpa kawan di sekitar sini,
jadi saya singgah.

701
00:41:48,255 --> 00:41:50,799
Tapi awak ambil klien baharu?

702
00:41:52,009 --> 00:41:54,762
Seperti yang awak lihat,
kami sibuk sekarang.

703
00:41:54,845 --> 00:41:58,098
Tapi saya boleh beri awak
rundingan percuma

704
00:41:58,182 --> 00:42:01,310
dan lihat kalau kami boleh bantu.
Apa kata awak masuk ke pejabat saya?

705
00:42:01,393 --> 00:42:03,270
- Terima kasih.
- Sama-sama.

706
00:42:28,587 --> 00:42:30,089
- Hei, Grace.
- Tak guna!

707
00:42:30,172 --> 00:42:31,507
Hei, awak datang pun.

708
00:42:31,590 --> 00:42:33,175
Ya, di mana yang lain?

709
00:42:33,676 --> 00:42:37,680
Mereka pergi ke bar karaoke… rasanya.

710
00:42:37,763 --> 00:42:38,806
Awak tak pergi?

711
00:42:38,889 --> 00:42:43,185
Tak. Saya tak nak tinggalkan awak
kalau-kalau awak datang.

712
00:42:44,061 --> 00:42:46,355
Awak nak minum? Nak pergi minum?

713
00:42:46,438 --> 00:42:48,899
Saya sebenarnya tak minum

714
00:42:48,983 --> 00:42:51,402
dan saya perlu ke pejabat awal pagi esok.

715
00:42:51,485 --> 00:42:53,904
Okey, tak apa.

716
00:42:53,988 --> 00:42:57,575
Apa kata kita minum moktel dan main Lipan?

717
00:42:57,658 --> 00:42:58,492
Okey.

718
00:42:58,576 --> 00:43:01,870
Tapi ingat, markah saya paling tinggi.

719
00:43:01,954 --> 00:43:04,873
- Tapi saya akan berlembut dengan awak.
- Ya. Lipan.

720
00:43:05,708 --> 00:43:08,711
Lipan. Kita boleh main PacMan
kalau awak lebih suka.

721
00:43:08,794 --> 00:43:10,504
Tak perlu. Lipan bagus.

722
00:43:10,588 --> 00:43:12,131
- Cuma perlu satu pusingan.
- Okey.

723
00:43:12,214 --> 00:43:15,009
- Mungkin dua.
- Okey, macam itulah.

724
00:43:15,509 --> 00:43:16,510
Di sini.

725
00:43:27,605 --> 00:43:31,317
Hantar semua e-mel itu kepada saya.
Saya boleh uruskan kertas kerja.

726
00:43:31,400 --> 00:43:34,028
Kita akan jatuhkan jantan penipu itu.

727
00:43:34,528 --> 00:43:37,865
Saya gembira saya datang ke sini hari ini.

728
00:43:37,948 --> 00:43:40,034
- Terima kasih, Lorna.
- Sama-sama.

729
00:43:40,117 --> 00:43:42,286
- Kita bincang nanti.
- Okey, bai.

730
00:43:46,081 --> 00:43:49,418
Saya berjaya! Saya ada klien baharu!

731
00:43:50,419 --> 00:43:53,922
Nampak? Awak boleh uruskan tempat ini
seorang diri.

732
00:43:54,006 --> 00:43:55,799
Saya tak boleh, Cisco.

733
00:43:55,883 --> 00:43:58,927
Saya dapat seorang, tapi hilang lima.
Kita perlukan Mickey semula.

734
00:43:59,595 --> 00:44:00,846
Mungkin ini membantu.

735
00:44:00,929 --> 00:44:02,890
Pejabat Peguam Daerah hantar?

736
00:44:02,973 --> 00:44:06,185
Ya, sambil-sambil dipecat klien,
saya telefon pejabat Dana Berg.

737
00:44:06,268 --> 00:44:08,312
Awak tak perlu failkan usul?

738
00:44:09,021 --> 00:44:09,980
Hebatlah.

739
00:44:10,064 --> 00:44:13,901
Dia merungut sehinggalah saya ungkit
tentang perbicaraan yang Maggie bualkan.

740
00:44:13,984 --> 00:44:17,613
Ada satu kes Dana digugurkan
kerana tipu helah penemuan.

741
00:44:17,696 --> 00:44:19,365
Maggie beritahu awak?

742
00:44:19,448 --> 00:44:24,036
Ini perkongsian para bekas isteri
yang awak takkan faham.

743
00:44:30,709 --> 00:44:33,128
Jadi, ini rakaman kamera papan pemuka

744
00:44:33,212 --> 00:44:38,175
dan ini rakaman kamera badan
yang diselaraskan bersama.

745
00:44:38,258 --> 00:44:42,137
Sekarang, Collins duduk
di dalam kereta rondanya.

746
00:44:47,226 --> 00:44:48,060
Dengar bunyi itu?

747
00:44:49,144 --> 00:44:50,771
Bunyinya macam dia dapat mesej?

748
00:44:50,854 --> 00:44:54,149
Betul, kemudian dia bergerak
macam dia nak angkat telefon.

749
00:44:54,942 --> 00:44:57,611
Mickey datang.

750
00:45:21,427 --> 00:45:23,262
Bagaimana semua ini membantu kita?

751
00:45:23,345 --> 00:45:26,765
Dia nampak plat nombor yang hilang,
keluarkan kereta dan hentikan Mickey.

752
00:45:26,849 --> 00:45:27,850
Jelas sekali.

753
00:45:27,933 --> 00:45:31,812
Awak tengok rakaman kamera badan
atau kamera papan pemuka sahaja?

754
00:45:31,895 --> 00:45:34,106
Tak nampak apa-apa
dalam rakaman kamera badan

755
00:45:34,189 --> 00:45:35,566
sehingga Collins keluar.

756
00:45:36,400 --> 00:45:38,068
Kita boleh nampak satu benda.

757
00:45:42,698 --> 00:45:43,574
Tengok.

758
00:45:47,786 --> 00:45:49,204
Dia masuk gear D.

759
00:45:49,288 --> 00:45:52,666
Sebelum dia nampak
plat nombor Mickey hilang.

760
00:45:52,750 --> 00:45:56,587
Gilalah. Dia bukan hentikan Mickey
saja-saja. Dia menunggu Mickey.

761
00:45:56,670 --> 00:45:59,089
Dia dapat mesej sebelum itu,

762
00:45:59,173 --> 00:46:01,258
yang bermaksud
seseorang mungkin beritahu dia

763
00:46:01,341 --> 00:46:04,511
Mickey akan keluar. Persoalannya, siapa?

764
00:46:05,095 --> 00:46:06,138
Dan kenapa?

765
00:46:17,107 --> 00:46:19,985
8724535.

766
00:46:20,068 --> 00:46:20,986
Ya.

767
00:46:23,280 --> 00:46:26,241
7445269.

768
00:46:26,325 --> 00:46:27,159
Ya.

769
00:46:29,745 --> 00:46:32,122
6834485.

770
00:46:32,206 --> 00:46:33,040
Ya.

771
00:46:36,126 --> 00:46:39,296
6162904.

772
00:46:39,379 --> 00:46:40,214
Ya.

773
00:46:42,925 --> 00:46:45,803
7113869.

774
00:46:46,303 --> 00:46:47,137
Ya.

775
00:46:50,349 --> 00:46:53,435
7211956.

776
00:46:54,019 --> 00:46:54,853
Ya.

777
00:47:01,443 --> 00:47:04,363
7841651.

778
00:47:04,446 --> 00:47:05,280
Ya.

779
00:47:08,325 --> 00:47:11,036
6280254.

780
00:47:11,537 --> 00:47:12,371
Ya.

781
00:47:14,790 --> 00:47:17,876
7301455.

782
00:47:17,960 --> 00:47:18,836
Ya.

783
00:47:21,797 --> 00:47:24,842
6432558.

784
00:47:25,676 --> 00:47:27,177
Aku lelaki yang berkapak.

785
00:47:28,303 --> 00:47:29,805
Aku lelaki yang berkapak.

786
00:47:30,722 --> 00:47:32,391
Aku lelaki yang berkapak.

787
00:47:33,225 --> 00:47:34,852
Aku lelaki yang berkapak.

788
00:47:35,686 --> 00:47:37,437
Aku lelaki yang berkapak.

789
00:47:38,146 --> 00:47:39,815
Aku lelaki yang berkapak.

790
00:47:47,781 --> 00:47:49,783
BERDASARKAN NOVEL OLEH
MICHAEL CONNELLY

791
00:49:30,092 --> 00:49:33,595
Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi

