1
00:00:06,006 --> 00:00:08,258
<i>Julian La Cosse, tuduhan membunuh awak...</i>

2
00:00:08,258 --> 00:00:10,593
<i>Giselle Dallinger.
Saya kenal dia sebagai Glory Days.</i>

3
00:00:10,593 --> 00:00:14,055
Dia kata jika ada masalah, telefon awak.
Awak peguam terbaik di sini.

4
00:00:14,055 --> 00:00:15,682
Awak dalam kes La Cosse?

5
00:00:15,682 --> 00:00:17,684
Kita akan lebih kerap berjumpa.

6
00:00:17,684 --> 00:00:18,935
Siapa lelaki itu?

7
00:00:18,935 --> 00:00:20,562
Cuma bekas polis yang benci saya.

8
00:00:20,562 --> 00:00:21,646
Awak dipanggil, Mick.

9
00:00:21,646 --> 00:00:23,940
Sly Funaro? Saya sangka dia hilang lesen.

10
00:00:23,940 --> 00:00:26,526
- Ini anaknya, Sly Jr.
- Bagaimana saya boleh bantu?

11
00:00:26,526 --> 00:00:29,529
Saya tiada masa untuk mendepos
dalam siasatan awak.

12
00:00:29,529 --> 00:00:31,031
Di situlah awak silap.

13
00:00:31,031 --> 00:00:34,325
<i>Awak sebenarnya yang buat En. Moya
ditahan pada mulanya.</i>

14
00:00:34,325 --> 00:00:36,369
- Tengok lelaki ini.
- Siapa lelaki bertopi itu?

15
00:00:36,369 --> 00:00:39,080
Saya dah jumpa kereta
yang lelaki bertopi itu guna

16
00:00:39,080 --> 00:00:40,248
untuk ekori Glory Days.

17
00:00:40,248 --> 00:00:42,333
Awak dah janji Scott takkan terlepas lagi.

18
00:00:42,333 --> 00:00:45,378
Deborah, perjanjian rayuan ini
akan memastikan

19
00:00:45,378 --> 00:00:47,297
bekas suami awak dipenjarakan.

20
00:00:47,297 --> 00:00:48,214
Saya percaya akan awak.

21
00:00:48,214 --> 00:00:51,176
Saya ditangkap
oleh seorang bangsat dalam DEA.

22
00:00:51,176 --> 00:00:53,344
- De Marco?
- De Marco berdendam dengan Moya.

23
00:00:53,344 --> 00:00:55,346
Dia mahu Moya ditangkap selama-lamanya.

24
00:00:55,346 --> 00:00:58,725
Maksud awak, De Marco
suruh Gloria laporkan Hector Moya?

25
00:00:58,725 --> 00:01:01,394
Lebih daripada itu. Dia beri Gloria
pistol untuk ditanam di bilik Moya.

26
00:01:01,394 --> 00:01:02,854
Sly Sr., apa semua ini?

27
00:01:02,854 --> 00:01:05,690
Saya tak suka diheret
dalam permainan orang lain, okey?

28
00:01:05,690 --> 00:01:08,276
Bukan saya atau klien saya
yang akan heret awak ke mana-mana.

29
00:01:08,276 --> 00:01:09,652
Bagaimana dia tahu awak di sana?

30
00:01:09,652 --> 00:01:12,238
- Saya diekori.
- Atau ada penjejak pada kereta awak.

31
00:01:13,114 --> 00:01:14,032
Telefon saya semula.

32
00:01:14,032 --> 00:01:15,116
LAPORAN KENDERAAN CURI

33
00:01:15,116 --> 00:01:16,701
Saya tahu siapa lelaki bertopi itu.

34
00:01:28,046 --> 00:01:31,049
Lelaki bertopi itu ialah Neil Bishop.

35
00:01:31,049 --> 00:01:32,092
Siapa Neil Bishop?

36
00:01:32,092 --> 00:01:34,594
Penyiasat Peguam Daerah
dalam kes La Cosse,

37
00:01:34,594 --> 00:01:37,806
yang juga bekas polis yang benci Mickey.

38
00:01:37,806 --> 00:01:39,224
Tak mengejutkan.

39
00:01:39,224 --> 00:01:41,643
Apa? Awak ambil gambar dia di mahkamah?

40
00:01:41,643 --> 00:01:44,479
Dia mundar-mandir di koridor,
jadi saya pura-pura baca e-mel.

41
00:01:44,479 --> 00:01:46,272
Kenapa awak pasti lelaki itu Bishop?

42
00:01:46,272 --> 00:01:49,025
Saya jejaki Honda Civic hijau
dalam video itu

43
00:01:49,025 --> 00:01:51,486
dan Lorna periksa VINnya malam tadi.

44
00:01:51,486 --> 00:01:53,738
Semasa awak entah di mana.

45
00:01:53,738 --> 00:01:57,033
Rupa-rupanya Honda itu dicuri.
Jadi, saya siasat sedikit.

46
00:01:57,033 --> 00:02:00,787
Ada laporan rasmi
yang ditandatangani oleh Jake Houlihan.

47
00:02:01,579 --> 00:02:03,164
Siapa Jake Houlihan?

48
00:02:03,164 --> 00:02:05,041
Helo? Bekas rakan peronda Bishop.

49
00:02:05,667 --> 00:02:08,253
Saya sangka awak tahu.
Dia bersara tiga tahun lalu.

50
00:02:09,963 --> 00:02:13,925
Baiklah, Bishop ada kereta curi usang
untuk buat kerja sulit,

51
00:02:13,925 --> 00:02:17,762
tapi kenapa dia gunakannya
pada malam Glory dibunuh?

52
00:02:18,346 --> 00:02:21,141
- Mungkinkah dia yang bunuh Glory?
- Mungkin, tapi kenapa?

53
00:02:21,141 --> 00:02:24,185
Ada kaitan antara Bishop
dengan Moya yang kita tak tahu?

54
00:02:24,185 --> 00:02:25,854
Kalau ada, saya akan cari.

55
00:02:25,854 --> 00:02:28,148
Bagus.
Memandangkan kita dah selesaikannya,

56
00:02:28,148 --> 00:02:31,568
boleh kita bincangkan hakikat
yang awak diekori malam tadi?

57
00:02:31,568 --> 00:02:32,485
Ada masalah?

58
00:02:32,485 --> 00:02:34,654
Betul. Awak jumpa penjejak pada kereta?

59
00:02:34,654 --> 00:02:36,239
Tak, kereta itu bersih.

60
00:02:36,739 --> 00:02:40,076
Kalau ada orang ikut awak,
mereka buat cara lama.

61
00:02:40,076 --> 00:02:42,412
Saya tak nampak sesiapa,
tapi saya pun tak tengok.

62
00:02:42,412 --> 00:02:43,371
Sekarang saya akan.

63
00:02:43,371 --> 00:02:45,373
Saya tak tahu bagaimana lagi Sly Sr.

64
00:02:45,373 --> 00:02:47,625
boleh tahu awak di rumah Trina malam tadi.

65
00:02:47,625 --> 00:02:49,961
Bagaimana dengan Trina?
Ada maklumat berguna?

66
00:02:49,961 --> 00:02:51,921
Jika kita percaya akan ceritanya,

67
00:02:51,921 --> 00:02:54,966
{\an8}dia kata Glory tanam pistol
di bilik Hector Moya.

68
00:02:54,966 --> 00:02:57,635
{\an8}Nampaknya, De Marco yang suruh dia.

69
00:02:57,635 --> 00:03:00,722
Hal itu menjelaskan
kenapa Hector Moya mahu Glory mati.

70
00:03:01,222 --> 00:03:03,349
Dia bukan saja laporkannya.
Dia memerangkapnya.

71
00:03:04,184 --> 00:03:05,226
Mungkin.

72
00:03:06,227 --> 00:03:07,145
Apa?

73
00:03:08,771 --> 00:03:11,107
Saya tak tahu. Ada yang tak kena.

74
00:03:12,567 --> 00:03:15,278
Saya akan fikirkannya.
Baiklah, pertama sekali,

75
00:03:15,862 --> 00:03:18,907
saya nak awak batalkan sepina
untuk Kendall Roberts ini.

76
00:03:18,907 --> 00:03:20,200
Siapa Kendall Roberts?

77
00:03:20,200 --> 00:03:23,411
Dia bekas pekerja seks
yang pernah bekerja dengan Glory.

78
00:03:23,411 --> 00:03:27,415
Val sepina dia dalam habeas Moya.
Saya beritahu dia saya akan uruskannya.

79
00:03:27,415 --> 00:03:29,000
Bagus. Dia akan bayar kita?

80
00:03:30,460 --> 00:03:32,921
Cisco, sementara awak siasat
Bishop dan Moya,

81
00:03:32,921 --> 00:03:34,797
siasat tentang De Marco, ejen ini.

82
00:03:34,797 --> 00:03:37,300
Namanya asyik disebut.
Pasti bukan kebetulan.

83
00:03:37,300 --> 00:03:39,135
- Baiklah.
- Awak nak ke mana?

84
00:03:39,135 --> 00:03:42,555
Siasat bagaimana Bishop
ditugaskan dalam kes Julian.

85
00:03:42,555 --> 00:03:44,641
Pasti bukan kebetulan juga.

86
00:03:48,937 --> 00:03:50,647
Dari mana gambar itu datang?

87
00:03:51,731 --> 00:03:52,815
Instagram dia.

88
00:03:54,692 --> 00:03:56,819
Kami tak sanggup tengok gambar lain lagi.

89
00:04:16,881 --> 00:04:17,924
Ada sesiapa di rumah?

90
00:04:20,134 --> 00:04:21,552
Awak Mickey Haller?

91
00:04:22,804 --> 00:04:24,514
Ya, saya.

92
00:04:24,514 --> 00:04:25,890
Kenapa lambat sangat?

93
00:04:27,058 --> 00:04:28,434
Saya datang secepat mungkin.

94
00:04:30,395 --> 00:04:31,604
Ada sesiapa nampak awak?

95
00:04:33,106 --> 00:04:34,357
Saya tak rasa begitu.

96
00:04:34,357 --> 00:04:37,235
Jadi... awak Glory Days?

97
00:04:37,235 --> 00:04:38,152
Ya.

98
00:04:39,737 --> 00:04:42,949
Awak kata awak ada maklumat
yang boleh bantu klien saya?

99
00:04:42,949 --> 00:04:46,494
Si gila yang bunuh kawan saya, Martha?
Dia cuba bunuh saya juga.

100
00:04:47,203 --> 00:04:49,539
Dia memburu saya.

101
00:04:49,539 --> 00:04:52,625
Dan... ia bukan...

102
00:04:53,376 --> 00:04:54,460
Siapa nama dia?

103
00:04:55,420 --> 00:04:56,421
Martinez?

104
00:04:56,421 --> 00:04:58,131
- Jesus Menendez?
- Ya.

105
00:04:58,798 --> 00:04:59,882
Tak, bukan dia.

106
00:05:00,466 --> 00:05:03,845
Okey? Saya akan beri keterangan.
Awak boleh letak saya di kandang saksi.

107
00:05:04,512 --> 00:05:07,265
Saya cuma nak dia ditangkap, okey?

108
00:05:07,765 --> 00:05:09,600
Dia memburu gadis-gadis macam saya.

109
00:05:14,731 --> 00:05:15,982
Awak tak percaya akan saya?

110
00:05:15,982 --> 00:05:18,401
Saya mahu, Glory,
tapi dalam keadaan awak, saya...

111
00:05:18,401 --> 00:05:21,612
Dia bunuh kawan saya, okey?
Dia akan bunuh saya juga.

112
00:05:21,612 --> 00:05:24,615
Saya nampak mukanya
dan boleh cam dia daripada gambar.

113
00:05:24,615 --> 00:05:27,785
Ada tatu di lengannya.
Saya boleh gambarkannya kepada awak!

114
00:05:27,785 --> 00:05:29,662
Okey, cuma...

115
00:05:29,662 --> 00:05:32,874
Kita buat satu persatu, okey?

116
00:05:33,458 --> 00:05:37,128
- Apa kata saya ambilkan awak air?
- Saya tak nak air.

117
00:05:37,670 --> 00:05:39,213
Saya nak awak dengar cakap saya.

118
00:05:40,173 --> 00:05:42,133
Awak tak faham? Awak tak...

119
00:05:44,635 --> 00:05:45,595
Tunggu!

120
00:06:09,452 --> 00:06:10,286
Nah.

121
00:06:16,084 --> 00:06:17,251
Siapa nama sebenar awak?

122
00:06:21,089 --> 00:06:22,006
Gloria.

123
00:06:24,300 --> 00:06:25,676
Gloria Dayton.

124
00:06:26,511 --> 00:06:27,929
Awak dari LA, Gloria?

125
00:06:29,680 --> 00:06:31,099
Saya dari merata tempat.

126
00:06:41,818 --> 00:06:43,611
Mak saya tinggal di Hawaii.

127
00:06:43,611 --> 00:06:45,321
Saya pernah tinggal dengan dia.

128
00:06:45,905 --> 00:06:50,284
Dia ada balkoni kecil
yang penuh dengan orkid di apartmennya.

129
00:06:50,993 --> 00:06:54,038
Ada semua jenis warna dan saiz, dan...

130
00:06:56,791 --> 00:06:58,584
Dia kata bunga itu lembut,

131
00:06:59,627 --> 00:07:00,753
tapi kuat.

132
00:07:03,256 --> 00:07:05,216
Saya pasti mak awak merindui awak.

133
00:07:07,510 --> 00:07:09,262
Menjadi ibu bapa bermakna melihat

134
00:07:09,262 --> 00:07:11,472
hati kita keluar
daripada badan kita selamanya.

135
00:07:12,265 --> 00:07:13,307
Percayalah, saya tahu.

136
00:07:16,060 --> 00:07:19,939
Gloria, jika awak mahu membantu,
awak perlu berhenti ambil dadah.

137
00:07:20,690 --> 00:07:22,567
Awak tak boleh naik kandang saksi begini.

138
00:07:22,567 --> 00:07:23,776
Saya tak apa-apa.

139
00:07:25,153 --> 00:07:26,487
Saya akan ubah diri saya.

140
00:07:27,822 --> 00:07:29,323
Saya perlu lakukannya.

141
00:07:30,825 --> 00:07:31,993
Demi Martha.

142
00:07:31,993 --> 00:07:34,871
Bagus, tapi melihatkan
keadaan awak sekarang,

143
00:07:34,871 --> 00:07:37,707
juri takkan percaya
akan sepatah kata awak.

144
00:07:40,626 --> 00:07:43,254
Saya boleh bantu awak,
tapi hanya jika awak mahu.

145
00:07:50,845 --> 00:07:51,679
Okey.

146
00:07:54,432 --> 00:07:56,392
Tapi awak perlu letak seseorang di pintu.

147
00:07:57,310 --> 00:07:59,103
Awasi saya atau saya akan lari.

148
00:08:00,646 --> 00:08:01,606
Saya kenal diri saya.

149
00:08:01,606 --> 00:08:03,733
Okey, saya akan dapatkan seseorang.

150
00:08:06,944 --> 00:08:07,820
Cantik topi.

151
00:08:09,906 --> 00:08:12,825
Saya bukan peminat besbol pun,

152
00:08:12,825 --> 00:08:17,371
tapi... datuk saya peminat Yankees dulu.

153
00:08:18,372 --> 00:08:20,666
Mickey Mantle pemain kegemarannya.

154
00:08:24,295 --> 00:08:26,756
Saya tak ada topi Yankees,

155
00:08:26,756 --> 00:08:29,967
tapi... awak boleh ambil yang ini kalau nak.

156
00:08:34,055 --> 00:08:35,723
Saya akan beritahu awak satu rahsia.

157
00:08:36,474 --> 00:08:38,100
Dodgers jauh lebih baik.

158
00:08:46,359 --> 00:08:49,362
Awak akan berjaya harunginya, Gloria.
Saya janji.

159
00:09:06,337 --> 00:09:10,049
Awak sangat ambil berat
akan wanita ini, ya? Maaf bertanya.

160
00:09:11,384 --> 00:09:14,762
Saya ada harapan untuk dia
sejak kali pertama saya jumpa dia.

161
00:09:15,471 --> 00:09:17,682
Saya ingat dia akan berhenti
daripada semua itu.

162
00:09:17,682 --> 00:09:20,518
En. Haller, dia orang dewasa
yang buat pilihan sendiri.

163
00:09:20,518 --> 00:09:21,477
Bukan salah awak.

164
00:09:22,061 --> 00:09:25,565
Ya, saya selalu bangga
kerana berada dua langkah di depan.

165
00:09:26,482 --> 00:09:27,942
Kali ini, saya terlepas aksinya.

166
00:09:31,946 --> 00:09:34,490
Seorang kawan beritahu saya
tentang restoran Itali baharu

167
00:09:34,490 --> 00:09:35,408
di pusat bandar.

168
00:09:35,408 --> 00:09:38,244
Saya akan temani awak jika awak nak cuba.

169
00:09:41,372 --> 00:09:43,833
Eddie, jika awak nak temani saya
makan pasta,

170
00:09:43,833 --> 00:09:45,626
saya mesti nampak menyedihkan, bukan?

171
00:09:54,176 --> 00:09:56,596
- Adakah itu apa yang saya fikir?
- Ya.

172
00:10:16,365 --> 00:10:17,867
Rasa seperti kemenangan, bukan?

173
00:10:19,285 --> 00:10:20,494
Dan kebebasan.

174
00:10:21,454 --> 00:10:22,705
Dan pewajaran.

175
00:10:22,705 --> 00:10:25,541
Awak belajar keras untuk peperiksaan.
Kenalah sambut.

176
00:10:25,541 --> 00:10:27,543
Awak patut raikannya.

177
00:10:27,543 --> 00:10:29,128
Bila awak akan tahu keputusannya?

178
00:10:29,128 --> 00:10:30,755
Tiga bulan lagi,

179
00:10:30,755 --> 00:10:33,507
tapi... benda ini buat saya lega sikit.

180
00:10:34,008 --> 00:10:34,842
Terima kasih.

181
00:10:34,842 --> 00:10:37,928
Saya sangka saya cuma merasuah awak
untuk periksa pajakan saya.

182
00:10:37,928 --> 00:10:40,097
Oh, ya.

183
00:10:40,097 --> 00:10:42,516
Saya dah periksa

184
00:10:42,516 --> 00:10:43,893
dan betul kata awak.

185
00:10:43,893 --> 00:10:46,187
Gim itu di salah satu
bangunan tuan kedai awak,

186
00:10:46,187 --> 00:10:47,647
yang bermaksud ia dilindungi

187
00:10:47,647 --> 00:10:49,732
oleh perjanjian tidak bersaing
dalam pajakan.

188
00:10:49,732 --> 00:10:53,027
Jadi, dengan menawarkan kelas tarian,
mereka melanggar syarat.

189
00:10:53,027 --> 00:10:54,236
Baguslah.

190
00:10:54,236 --> 00:10:56,530
Jadi... apa saya nak buat sekarang?

191
00:10:57,114 --> 00:10:59,575
Kita akan ke sana nanti
dan terangkan undang-undangnya.

192
00:10:59,575 --> 00:11:02,203
Sebelum itu, saya ada
soalan penting untuk awak.

193
00:11:05,373 --> 00:11:06,874
Ada apa di dalam beg satu lagi?

194
00:11:07,583 --> 00:11:08,876
- Yang itu?
- Ya.

195
00:11:11,003 --> 00:11:13,130
Saya sangka awak takkan perasan.

196
00:11:13,130 --> 00:11:15,675
Saya singgah Donut Man

197
00:11:16,425 --> 00:11:18,886
dan saya beli donat ekor harimau.

198
00:11:26,560 --> 00:11:28,396
Saya mungkin perlu dapatkan
keahlian gim itu

199
00:11:28,396 --> 00:11:29,980
semasa kita terangkan undang-undang.

200
00:11:40,116 --> 00:11:42,326
Mickey Haller ingin jumpa Andrea Freemann.

201
00:11:48,541 --> 00:11:50,126
Cepat, Haller.

202
00:11:50,626 --> 00:11:52,044
Saya perlu menang kes.

203
00:12:00,219 --> 00:12:02,555
- Apa awak buat di sini?
- Terkejut tak?

204
00:12:02,555 --> 00:12:03,973
Apa? Tidak.

205
00:12:04,724 --> 00:12:06,434
Kita nak rahsiakannya.

206
00:12:06,434 --> 00:12:09,186
Kita rahsiakan... kebanyakannya.

207
00:12:10,146 --> 00:12:11,981
Saya rasa staf saya tahu, tapi...

208
00:12:13,065 --> 00:12:14,984
Saya akan berterus terang.
Maggie pun tahu.

209
00:12:15,568 --> 00:12:17,153
Awak beritahu Maggie tentang kita?

210
00:12:17,153 --> 00:12:21,073
Sudah tentu. Dia kawan saya.
Saya perlu pastikan dia okey.

211
00:12:21,073 --> 00:12:22,992
Betul. Dia okey?

212
00:12:22,992 --> 00:12:24,869
Ya. Dia dah lupakan awak.

213
00:12:26,203 --> 00:12:27,913
Bolehkah ego awak hadapinya?

214
00:12:29,874 --> 00:12:31,167
Saya tak apa-apa.

215
00:12:31,167 --> 00:12:33,127
Kenapa awak di sini?

216
00:12:33,753 --> 00:12:35,588
Saya cuma ada soalan ringkas.

217
00:12:35,588 --> 00:12:37,590
- Kenapa tak telefon?
- Sekejap saja.

218
00:12:37,590 --> 00:12:40,760
Saya cuma nak tahu bagaimana
penyiasat awak ditugaskan dalam kes.

219
00:12:41,635 --> 00:12:43,262
Percayalah. Ia penting.

220
00:12:45,139 --> 00:12:47,475
Tiada peraturan ketat.

221
00:12:47,475 --> 00:12:50,770
Sesetengah penyiasat bekerja rapat
dengan pendakwa tertentu.

222
00:12:51,520 --> 00:12:55,357
Ada yang ada kepakaran,
seperti dadah atau geng.

223
00:12:55,357 --> 00:12:56,901
Kadangkala, apabila tiada kerja,

224
00:12:56,901 --> 00:12:59,069
mereka tanya kita jika perlu bantuan.

225
00:12:59,069 --> 00:13:00,571
Okey, secara hipotesis,

226
00:13:00,571 --> 00:13:04,825
seorang penyiasat Peguam Daerah
boleh buat dirinya ditugaskan dalam kes?

227
00:13:04,825 --> 00:13:06,660
Mungkin.

228
00:13:08,579 --> 00:13:10,372
Itu saja yang saya perlu. Terima kasih.

229
00:13:10,372 --> 00:13:13,375
- Itu saja yang awak perlu?
- Itu dan ini.

230
00:13:17,630 --> 00:13:20,424
Awak sangat nakal dan awak mesti pergi.

231
00:13:20,424 --> 00:13:23,219
Saya takkan tanya tentang makan malam.
Langgar peraturan.

232
00:13:23,219 --> 00:13:24,720
Saya akan mesej awak. Pergilah.

233
00:13:24,720 --> 00:13:26,597
Baiklah. Awak nampak cantik.

234
00:13:59,713 --> 00:14:01,298
Apa awak buat di sini?

235
00:14:01,882 --> 00:14:04,677
Soalan lebih baik ialah,
berapa lama awak ekori saya?

236
00:14:05,761 --> 00:14:07,680
Saya kerja di sini. Awak tak.

237
00:14:09,098 --> 00:14:12,268
Saya sedang... hantar kertas kerja
untuk kes lain.

238
00:14:12,268 --> 00:14:13,185
Tipu.

239
00:14:14,019 --> 00:14:15,729
Dengar nasihat saya, peguam.

240
00:14:15,729 --> 00:14:18,941
Persembahan awak di mahkamah
takkan berhasil kali ini.

241
00:14:19,608 --> 00:14:20,442
Betulkah?

242
00:14:20,943 --> 00:14:23,821
Jika saya jadi awak,
saya akan buat rayuan secepat mungkin.

243
00:14:24,989 --> 00:14:27,658
Kalau bukan demi awak, demi klien awak.

244
00:14:28,242 --> 00:14:31,328
Bukan salah dia dapat peguam tak guna.

245
00:14:34,915 --> 00:14:35,875
Saya pergi dulu.

246
00:14:38,210 --> 00:14:41,088
Bishop, cuaca di luar agak cerah.

247
00:14:41,088 --> 00:14:42,506
Awak mungkin perlukan topi.

248
00:15:06,363 --> 00:15:07,656
Masuk!

249
00:15:10,868 --> 00:15:13,287
Saya ada tugasan untuk kamu, Vanessa.
Kes Glass.

250
00:15:13,287 --> 00:15:15,664
Saya nak kamu buat ringkasan Penepian Cruz

251
00:15:15,664 --> 00:15:17,499
dan e-mel kepada peguam lawan.

252
00:15:18,083 --> 00:15:19,752
Cruz dieja seperti Penelope atau Tom?

253
00:15:20,753 --> 00:15:21,587
Penelope.

254
00:15:24,089 --> 00:15:25,466
Kamu tak tahu apa itu?

255
00:15:27,134 --> 00:15:28,052
Tak juga.

256
00:15:29,303 --> 00:15:32,556
Penepian Cruz membenarkan defendan
yang mengaku bersalah

257
00:15:32,556 --> 00:15:35,601
bebas sementara waktu,
hanya dengan kelulusan mahkamah.

258
00:15:35,601 --> 00:15:37,102
Macam kad bebas penjara.

259
00:15:37,102 --> 00:15:41,231
Ya, tapi dengan pemasa
dan hanya untuk tujuan yang sah.

260
00:15:41,231 --> 00:15:42,441
Jadi, dalam kes ini,

261
00:15:42,441 --> 00:15:45,361
Scott Glass ingin hadiri
pengebumian neneknya.

262
00:15:45,361 --> 00:15:46,654
Kita beri dia 24 jam.

263
00:15:46,654 --> 00:15:47,905
Apa kita perlu buat?

264
00:15:47,905 --> 00:15:50,407
Pertama,
dapatkan kelulusan daripada hakim.

265
00:15:50,407 --> 00:15:53,869
Kedua, pastikan En. Glass
dan peguamnya faham

266
00:15:53,869 --> 00:15:56,914
perjanjian rayuannya dibatalkan
jika dia langgar syarat penepian

267
00:15:56,914 --> 00:15:59,041
dan kita akan dapatkan hukuman maksimum.

268
00:15:59,625 --> 00:16:01,335
Ketiga, wanita itu perlu tahu

269
00:16:01,335 --> 00:16:04,713
bekas suaminya yang kasar akan bebas
di dunia, walaupun hanya sehari.

270
00:16:05,422 --> 00:16:06,256
Baiklah.

271
00:16:06,256 --> 00:16:09,218
Kamu e-mel peguam bela, beritahu mahkamah

272
00:16:09,218 --> 00:16:11,261
dan saya akan telefon Deborah Glass.

273
00:16:12,554 --> 00:16:15,307
Oh, ya. Ia ambil masa seminggu.

274
00:16:16,934 --> 00:16:17,768
Apa dia?

275
00:16:19,103 --> 00:16:20,270
Untuk selesa pakai kasut.

276
00:16:21,063 --> 00:16:23,148
Ya, kamu perlu dapatkan sisipan kasut.

277
00:16:23,148 --> 00:16:24,066
Baiklah.

278
00:16:24,692 --> 00:16:26,944
Tak apa. Kita semua pernah rasa.

279
00:16:27,528 --> 00:16:29,238
Pakai kasut hebat untuk kuasai dunia.

280
00:16:30,739 --> 00:16:32,116
Saya akan buat kerja segera.

281
00:16:47,631 --> 00:16:49,842
Adakah Mickey Haller
yang saya nampak tadi?

282
00:16:51,176 --> 00:16:52,136
Ya, itu...

283
00:16:53,429 --> 00:16:55,639
Kami cuma perlu bincangkan hal kecil.

284
00:16:55,639 --> 00:16:59,309
Untuk tamatkan kes Lisa Trammell.

285
00:16:59,309 --> 00:17:01,603
Oh. Kita semua patut lupakan kes itu.

286
00:17:05,274 --> 00:17:06,483
Dengar sini, Andrea.

287
00:17:07,776 --> 00:17:09,319
Semua orang di sini rapat.

288
00:17:09,319 --> 00:17:12,197
Keadaan agak santai di sini
sepanjang tahun lepas.

289
00:17:12,197 --> 00:17:14,950
Mungkin kita terlalu berbaik
dengan pihak lawan.

290
00:17:15,826 --> 00:17:16,785
Saya tak setuju.

291
00:17:18,787 --> 00:17:20,956
Awak perlu pilih satu pihak.

292
00:17:21,790 --> 00:17:24,835
Terutamanya jika awak nak jadi
ketua Jenayah Berat.

293
00:17:25,794 --> 00:17:28,589
Saya tak tahu jawatan itu kosong.

294
00:17:28,589 --> 00:17:31,425
Bernetti baru beritahu saya
dia akan bersara. Hujung tahun.

295
00:17:32,009 --> 00:17:34,845
Saya sedang buat senarai
dan awak berada di atas.

296
00:17:35,429 --> 00:17:36,263
Wah.

297
00:17:37,890 --> 00:17:38,766
Terima kasih.

298
00:17:40,392 --> 00:17:42,519
- Saya berbesar hati mendengarnya.
- Awak layak.

299
00:17:42,519 --> 00:17:44,396
Awak antara yang terbaik di sini.

300
00:17:45,105 --> 00:17:47,357
Saya tak pernah persoal cita-cita awak.

301
00:17:50,819 --> 00:17:53,405
Jangan buat apa-apa
untuk buat saya fikir dua kali.

302
00:17:53,405 --> 00:17:54,531
Saya faham.

303
00:17:54,531 --> 00:17:55,449
Bagus.

304
00:17:56,283 --> 00:17:58,160
Mesyuarat staf akan bermula. Ayuh.

305
00:18:16,595 --> 00:18:17,846
Apa khabar, doktor?

306
00:18:21,600 --> 00:18:24,603
Awak sesat, Cisco?
Bukankah awak patut berada di Patch?

307
00:18:25,187 --> 00:18:27,064
Saya tinggalkan Saints
beberapa tahun lalu.

308
00:18:28,315 --> 00:18:30,692
Saya ingat nak berlatih mengayun.

309
00:18:32,861 --> 00:18:33,779
Mempelbagaikan?

310
00:18:34,363 --> 00:18:35,364
Ya, saya dengar.

311
00:18:36,281 --> 00:18:38,951
Saya dengar
Teddy nak tanam awak di Palmdale.

312
00:18:40,661 --> 00:18:41,829
Apa yang awak nak?

313
00:18:41,829 --> 00:18:45,457
Hanya beberapa jawapan
tentang bos kartel bernama Hector Moya.

314
00:18:49,211 --> 00:18:50,129
Ini bukan masanya.

315
00:18:50,963 --> 00:18:52,589
Ini bukan tempatnya.

316
00:18:53,841 --> 00:18:54,675
Mungkin.

317
00:18:55,801 --> 00:18:57,886
Lebih cepat awak cakap,
lebih cepat saya pergi.

318
00:18:58,929 --> 00:19:01,723
Semasa awak menjahit
lubang peluru untuk Saints,

319
00:19:01,723 --> 00:19:05,936
saya masih ingat Teddy kata
awak rawat beberapa lelaki kartel Tijuana.

320
00:19:06,562 --> 00:19:07,938
Pernah jumpa polis ini?

321
00:19:08,814 --> 00:19:10,190
Neil Bishop?

322
00:19:10,190 --> 00:19:12,818
- Dia pernah bekerja di Homisid Valley.
- Tidak.

323
00:19:16,029 --> 00:19:21,451
Dia seorang penyiasat sekarang
untuk pejabat Peguam Daerah.

324
00:19:23,370 --> 00:19:25,330
Pasti ada kaitan.

325
00:19:28,750 --> 00:19:32,087
Dengar sini.
Saya tak pernah dengar tentang lelaki itu.

326
00:19:32,838 --> 00:19:35,257
Tapi Cisco, awak perlu biarkan yang ini.

327
00:19:38,051 --> 00:19:39,303
Tak boleh, Gabe.

328
00:19:40,470 --> 00:19:42,055
Saya perlukan maklumat dulu.

329
00:19:45,017 --> 00:19:49,938
Beginilah, mungkin budak-budak
di sana nak dengar cerita

330
00:19:49,938 --> 00:19:52,482
tentang waktu saya pegang lampu untuk awak

331
00:19:52,482 --> 00:19:55,694
sementara awak tarik peluru .38
daripada punggung Cadero Kecil.

332
00:19:56,361 --> 00:19:57,738
Dengan sepasang playar.

333
00:19:58,363 --> 00:20:01,158
Sudah tentu, saya tak pasti apakah reaksi

334
00:20:01,158 --> 00:20:03,660
pihak pengurusan tempat yang hebat ini.

335
00:20:03,660 --> 00:20:06,455
Beginilah, keadaan jadi teruk
sepuluh tahun lalu.

336
00:20:06,455 --> 00:20:07,956
Ada perang kartel berlaku.

337
00:20:09,708 --> 00:20:11,126
Bila tak ada perang kartel?

338
00:20:11,126 --> 00:20:12,753
Yang ini tumpah sampai sini.

339
00:20:13,253 --> 00:20:17,132
- Seluruh Valley penuh pertumpahan darah.
- Ada apa-apa yang saya patut fokus?

340
00:20:18,675 --> 00:20:21,011
Jika si Bishop ini
pernah bekerja di Homisid Valley,

341
00:20:22,346 --> 00:20:24,264
dia mungkin uruskan mana-mana kes itu.

342
00:20:25,182 --> 00:20:26,141
Itu saja?

343
00:20:26,141 --> 00:20:27,809
Itu saja yang awak dapat.

344
00:21:00,968 --> 00:21:02,219
KARTEL TIJUANA

345
00:21:05,764 --> 00:21:06,598
HOTEL ROOSEVELT

346
00:21:07,516 --> 00:21:08,392
LELAKI BERTOPI?

347
00:21:18,485 --> 00:21:19,569
10 OGOS

348
00:21:36,503 --> 00:21:38,338
Hei, terima kasih sekali lagi

349
00:21:39,715 --> 00:21:40,674
untuk orkid itu.

350
00:21:41,591 --> 00:21:43,593
Lembut tapi kuat, bukan?

351
00:21:45,220 --> 00:21:47,389
Jadi, minggu depan? Ya?

352
00:21:48,265 --> 00:21:50,475
Ya, Jumaat jika susunan masa saya tepat.

353
00:21:50,475 --> 00:21:52,602
Kita akan semak testimoni awak dulu

354
00:21:52,602 --> 00:21:55,355
dan saya akan tinggalkan awak
di hotel sebelah mahkamah.

355
00:21:55,355 --> 00:21:58,483
Berehat saja sebelum itu, okey?

356
00:22:00,027 --> 00:22:01,445
Okey, Mickey Mantle.

357
00:22:02,529 --> 00:22:03,363
Cantik topi.

358
00:22:18,295 --> 00:22:19,338
Apa yang berlaku?

359
00:22:22,466 --> 00:22:24,718
Gim di jalan yang sama dengan Izzy.

360
00:22:24,718 --> 00:22:28,430
- Yang tawarkan kelas tarian.
- Awak kata ada perjanjian tidak bersaing.

361
00:22:28,430 --> 00:22:31,058
Betul. Dengan tuan kedai
yang memiliki bangunan itu.

362
00:22:31,725 --> 00:22:33,435
Tapi ia bukan miliknya lagi.

363
00:22:33,435 --> 00:22:35,729
Gim itu beli bangunan itu, yang...

364
00:22:36,438 --> 00:22:39,232
menjadikan perjanjian tidak bersaing Izzy
tak bernilai.

365
00:22:40,484 --> 00:22:42,152
Studionya akan rugi.

366
00:22:55,499 --> 00:22:56,625
Saya simpati, Izzy.

367
00:22:58,877 --> 00:23:00,504
Sentiasa ada masalah.

368
00:23:03,131 --> 00:23:07,219
Ada perjumpaan dalam sejam
di Taman Echo. Mungkin membantu.

369
00:23:09,388 --> 00:23:10,222
Ya.

370
00:23:13,100 --> 00:23:14,059
Terima kasih, Mickey.

371
00:23:15,060 --> 00:23:15,894
Ya.

372
00:23:27,364 --> 00:23:29,533
Saya akan semak dokumen
dalam kes La Cosse.

373
00:23:29,533 --> 00:23:31,368
Pastikan tiada apa yang kita terlepas.

374
00:23:32,828 --> 00:23:35,247
Baliklah. Tukar angin bagus untuk awak.

375
00:23:35,247 --> 00:23:39,126
Saya perlu ke tempat lain dulu.
Eddie, saya akan turun dalam lima minit.

376
00:23:39,126 --> 00:23:41,253
Tidak. Beverly Hills melalui Glendale.

377
00:23:41,253 --> 00:23:42,212
Baiklah.

378
00:23:42,712 --> 00:23:43,547
Glendale?

379
00:23:44,131 --> 00:23:45,340
Ya. Saya jelaskan nanti.

380
00:23:45,340 --> 00:23:47,467
Bukan begitu cara ke Beverly Hills.

381
00:23:48,552 --> 00:23:50,220
- Selamat tinggal.
- Selamat jalan.

382
00:23:51,096 --> 00:23:56,435
KOMUNITI WARGA EMAS

383
00:24:02,941 --> 00:24:03,775
Hai.

384
00:24:06,319 --> 00:24:07,571
Awak ada...

385
00:24:09,865 --> 00:24:13,076
Mickey Haller.
Saya nak jumpa David Siegel.

386
00:24:13,076 --> 00:24:14,369
Bilik 270.

387
00:24:17,289 --> 00:24:18,748
Awak tahu caranya.

388
00:24:20,083 --> 00:24:23,462
Tolonglah. Kita masih buat begini?
Saya peguamnya.

389
00:24:23,462 --> 00:24:25,630
Awak tiada hak
untuk geledah beg bimbit saya.

390
00:24:25,630 --> 00:24:28,925
Pakar kardiologi En. Siegel
arahkan dia jalani diet jantung sihat.

391
00:24:29,676 --> 00:24:32,304
Ini kemudahan peribadi,
yang bermaksud kami ada hak

392
00:24:32,304 --> 00:24:33,638
untuk geledah apa saja.

393
00:24:33,638 --> 00:24:36,725
Apa? Awak fikir saya ada
Big Mac dan Twinkies?

394
00:24:40,020 --> 00:24:42,230
Baiklah. Geledah dan rampas.

395
00:24:59,748 --> 00:25:00,749
Waktu sama minggu depan?

396
00:25:10,884 --> 00:25:11,885
Hei.

397
00:25:12,844 --> 00:25:14,054
Lakers menang?

398
00:25:14,054 --> 00:25:15,514
Ya, sekarang.

399
00:25:16,306 --> 00:25:18,558
Tunggu sehingga main habis.

400
00:25:19,434 --> 00:25:21,102
Apa khabar, Legal?

401
00:25:21,102 --> 00:25:22,771
Sama macam semalam.

402
00:25:22,771 --> 00:25:24,940
Kamu berjaya melepasi Jururawat Ratched

403
00:25:24,940 --> 00:25:28,151
dan bawakan saya sesuatu
yang tak bau macam ubat gegat?

404
00:25:28,151 --> 00:25:31,738
Bagaimana saya nak buat begitu?
Dia periksa saya setiap kali masuk.

405
00:25:31,738 --> 00:25:33,406
Biar betul!

406
00:25:33,406 --> 00:25:36,576
Kamu datang dari jauh
dan tak bawakan saya sokongan hidup?

407
00:25:42,499 --> 00:25:44,960
Legal, sanggupkah saya buat begitu
kepada awak?

408
00:25:51,466 --> 00:25:54,177
Sandwic Itali dari Mario's di Glendale.

409
00:25:54,761 --> 00:25:57,514
Kamu tahu apa yang saya suka, budak.

410
00:25:58,223 --> 00:26:00,100
Saya tahu beg bimbit itu.

411
00:26:00,100 --> 00:26:02,018
Ayah kamu dapat sebagai hadiah

412
00:26:02,018 --> 00:26:05,522
daripada Johnny "Si Gigi" Russo
pada tahun 1975.

413
00:26:05,522 --> 00:26:09,401
- Kenapa mereka panggil dia "Si Gigi?"
- Gigi taringnya panjang.

414
00:26:09,401 --> 00:26:11,903
Ia terkeluar daripada bibir bawahnya.

415
00:26:12,487 --> 00:26:15,907
Rupanya macam anjing <i>bulldog</i>
dengan gigi bawah ke depan.

416
00:26:19,703 --> 00:26:20,704
Gengster

417
00:26:21,538 --> 00:26:24,082
selalunya tak pandai reka nama samaran.

418
00:26:24,082 --> 00:26:27,460
Kalau hidung seorang lelaki besar,
mereka panggil dia "Si Hidung".

419
00:26:27,460 --> 00:26:29,629
Jika dia pendek dan namanya Tony,

420
00:26:29,629 --> 00:26:31,631
mereka panggil dia "Tony Kecil".

421
00:26:32,549 --> 00:26:35,385
Kamu ingat minyak dan cukanya.

422
00:26:35,969 --> 00:26:38,179
Sudah tentu, Legal. Saya bukan amatur.

423
00:26:39,347 --> 00:26:41,516
Baiklah. Beritahu saya.

424
00:26:41,516 --> 00:26:44,561
Saya tahu kamu tak datang
untuk bawakan saya sandwic saja.

425
00:26:44,561 --> 00:26:46,855
Kamu juga perlukan sokongan hidup.

426
00:26:47,480 --> 00:26:49,065
Apa yang buat kamu berjaga malam?

427
00:26:50,066 --> 00:26:54,529
Legal, saya... tak nampak
gambaran besar kes ini.

428
00:26:55,405 --> 00:26:58,700
Saya ada ejen gelap DEA yang berkeliaran,

429
00:26:58,700 --> 00:27:01,911
bekas polis yang jahat, samseng kartel,

430
00:27:01,911 --> 00:27:04,873
peguam yang dipecat
dan anak lelakinya yang bodoh,

431
00:27:04,873 --> 00:27:06,541
dan klien tak bersalah di penjara.

432
00:27:06,541 --> 00:27:09,127
Serta mangsa yang saya pernah wakili.

433
00:27:09,711 --> 00:27:11,630
- Pelacur itu?
- Ya, Glory Days.

434
00:27:11,630 --> 00:27:15,091
Tambahan pula, saya rasa saya diekori.

435
00:27:16,217 --> 00:27:19,763
Kamu takkan menang begini, budak.

436
00:27:19,763 --> 00:27:22,432
Lelaki kartel itu. Siapa nama dia?

437
00:27:22,432 --> 00:27:23,725
Hector Moya.

438
00:27:23,725 --> 00:27:25,143
Semalam, saya dapat sepina

439
00:27:25,143 --> 00:27:27,520
untuk beri keterangan
dalam petisyen habeasnya.

440
00:27:27,520 --> 00:27:31,650
Dia kata dia diperangkap
oleh ejen DEA itu dan klien lama saya.

441
00:27:32,484 --> 00:27:36,196
Kes lelaki ini
ada kaitan dengan pembunuhan Glory

442
00:27:37,030 --> 00:27:39,240
Cuma saya tak faham bagaimana.

443
00:27:39,866 --> 00:27:41,868
Bila habeas difailkan?

444
00:27:42,452 --> 00:27:43,870
Kira-kira enam bulan lalu.

445
00:27:44,913 --> 00:27:46,915
Bila kamu diberikan sepina oleh peguam?

446
00:27:46,915 --> 00:27:49,167
Semalam. Bukan saya seorang.

447
00:27:49,167 --> 00:27:52,253
Mereka sepina seorang lagi wanita
yang pernah bekerja dengan Glory.

448
00:27:52,253 --> 00:27:54,005
Serta ejen gelap DEA itu.

449
00:27:54,005 --> 00:27:57,175
Jadi, mereka failkan petisyen habeas,

450
00:27:57,175 --> 00:28:01,054
tapi tunggu enam bulan
untuk hantar sepina?

451
00:28:01,054 --> 00:28:03,473
- Kamu tak rasa pelik?
- Biasanya saya rasa pelik,

452
00:28:03,473 --> 00:28:08,436
tapi Legal,
budak peguam ini tak tahu apa-apa.

453
00:28:08,937 --> 00:28:10,438
Dia ikut arahan orang tuanya

454
00:28:10,438 --> 00:28:13,441
yang sedang dipenjarakan
kerana elak cukai.

455
00:28:13,441 --> 00:28:16,111
Orang tua itu tak tahu apa-apa?

456
00:28:16,736 --> 00:28:18,071
Tidak.

457
00:28:18,071 --> 00:28:20,073
Ini tak masuk akal, budak.

458
00:28:20,573 --> 00:28:23,785
Kamu perlu zum keluar.
Kamu terlepas gambaran besar.

459
00:28:23,785 --> 00:28:26,830
Saya tahu, Legal.
Saya dah kata saya tak nampak.

460
00:28:26,830 --> 00:28:31,084
Sebab kamu biarkan rasa bersalah
mengaburi pertimbangan kamu.

461
00:28:31,084 --> 00:28:33,920
Kamu masih salahkan diri sendiri
atas kematian wanita ini.

462
00:28:35,547 --> 00:28:36,464
Sebenarnya,

463
00:28:37,340 --> 00:28:39,968
pada mulanya, saya sangka saya orang

464
00:28:39,968 --> 00:28:43,346
yang suruh dia laporkan Hector Moya
yang menyebabkan dia terbunuh.

465
00:28:44,180 --> 00:28:46,141
Sekarang saya tahu dia cuma pura-pura.

466
00:28:46,141 --> 00:28:49,018
Glory terikat dengan ejen DEA ini.

467
00:28:49,018 --> 00:28:50,645
Dialah yang menarik tali boneka.

468
00:28:50,645 --> 00:28:53,148
Jadi, kenapa kamu masih
salahkan diri sendiri?

469
00:28:53,148 --> 00:28:55,108
Sebab saya tak nampaknya dulu, Legal.

470
00:28:55,108 --> 00:28:58,027
Dia dalam masalah
dan saya boleh tolong dia.

471
00:28:58,528 --> 00:29:01,030
Dia enggan berterus terang
dengan saya dan...

472
00:29:01,030 --> 00:29:03,742
Budak, jika ada seperkara
yang saya pelajari,

473
00:29:03,742 --> 00:29:07,245
kamu perlu lepaskan
rasa bersalah itu pergi,

474
00:29:07,245 --> 00:29:09,122
atau ia akan heret kamu ke bawah

475
00:29:09,122 --> 00:29:11,875
dan kamu takkan jadi peguam
yang kamu perlu jadi.

476
00:29:12,917 --> 00:29:14,586
Wanita ini buat pilihan sendiri

477
00:29:14,586 --> 00:29:17,338
dan tiada apa-apa
kamu boleh buat sekarang.

478
00:29:18,339 --> 00:29:22,385
Namun, kalau betul kamu perlu bela
klien yang tak bersalah,

479
00:29:22,969 --> 00:29:25,430
kamu perlu fikir dengan jelas

480
00:29:25,430 --> 00:29:28,767
kerana tiada tujuan yang lebih mulia

481
00:29:28,767 --> 00:29:33,188
di planet ini daripada mempertahankan
orang yang dituduh dengan tak adil.

482
00:29:33,188 --> 00:29:34,439
Kamu faham?

483
00:29:36,024 --> 00:29:37,901
Jangan buat silap.

484
00:30:04,385 --> 00:30:05,678
PUNCA KEMATIAN YANG TAK DAPAT DITENTUKAN

485
00:30:05,678 --> 00:30:07,096
LAPORAN KEJADIAN

486
00:30:17,315 --> 00:30:18,733
MAHKAMAH DAERAH CALIFORNIA TENGAH

487
00:30:18,733 --> 00:30:19,984
MAHKAMAH TINGGI NEGERI CALIFORNIA

488
00:30:25,949 --> 00:30:28,326
RAKYAT NEGERI CALIFORNIA
LAWAN GLORIA DAYTON

489
00:30:37,669 --> 00:30:39,295
MAHKAMAH DAERAH AMERIKA SYARIKAT

490
00:30:42,799 --> 00:30:44,717
LAPORAN AUTOPSI

491
00:30:49,222 --> 00:30:51,015
KERANI MAHKAMAH

492
00:31:02,694 --> 00:31:04,153
SEPINA

493
00:31:12,453 --> 00:31:15,373
MAHKAMAH DAERAH AMERIKA SYARIKAT
DAERAH TENGAH CALIFORNIA

494
00:31:20,503 --> 00:31:21,880
Ia palsu.

495
00:31:22,589 --> 00:31:23,756
Apa yang palsu?

496
00:31:23,756 --> 00:31:25,884
Cap pada sepina Kendall Roberts.

497
00:31:26,509 --> 00:31:30,847
Mahkamah Daerah Amerika Syarikat.
Daerah Selatan California.

498
00:31:30,847 --> 00:31:34,017
Ya, tapi Los Angeles
ialah Daerah Tengah California.

499
00:31:34,017 --> 00:31:37,478
Daerah Selatan terletak di San Diego.
Nah, tengok saya punya.

500
00:31:38,396 --> 00:31:40,148
Nampak? Cap itu yang sebenar.

501
00:31:40,148 --> 00:31:42,275
Mereka failkannya
dengan mahkamah persekutuan.

502
00:31:42,275 --> 00:31:43,401
Kendall punya palsu.

503
00:31:43,401 --> 00:31:47,071
Sly Jr. cuma sunting cap itu.
Mereka tak pernah failkannya.

504
00:31:47,739 --> 00:31:49,991
Awak rasa dia cuma kedekut?

505
00:31:50,617 --> 00:31:51,868
Mengelak bayaran pemfailan?

506
00:31:51,868 --> 00:31:54,370
Untuk satu sepina? Kedekut betul.

507
00:31:54,370 --> 00:31:56,164
Tak, dia sengaja buat begitu.

508
00:31:56,164 --> 00:31:59,542
Dia mahu Kendall fikir ia rasmi
supaya dia bercakap dengannya.

509
00:31:59,542 --> 00:32:02,378
Tapi dia tak mahu mahkamah tahu
yang dia lakukannya.

510
00:32:02,378 --> 00:32:03,546
Persoalannya kenapa.

511
00:32:03,546 --> 00:32:06,883
Semua ini tak masuk akal.
Macam yang Legal cakap semalam.

512
00:32:06,883 --> 00:32:10,011
Kenapa mereka tunggu lama sangat
untuk hantar sepina?

513
00:32:10,011 --> 00:32:11,596
Kenapa palsukan yang ini?

514
00:32:14,140 --> 00:32:15,016
Melainkan...

515
00:32:15,600 --> 00:32:16,434
Apa?

516
00:32:17,936 --> 00:32:20,146
Melainkan kita bukan sepina pertama.

517
00:32:25,026 --> 00:32:26,402
Okey.

518
00:32:27,070 --> 00:32:28,780
Kalau bukan kita, siapa lagi?

519
00:32:30,615 --> 00:32:31,449
Glory Days.

520
00:32:32,283 --> 00:32:34,160
Itulah yang kita terlepas.

521
00:32:34,160 --> 00:32:36,496
Kenapa Hector Moya nak bunuh Glory Days?

522
00:32:37,413 --> 00:32:38,456
Dia perlukannya.

523
00:32:38,456 --> 00:32:42,293
Kalau betul Glory tanam pistol itu,
testimoninya boleh bebaskan dia.

524
00:32:42,293 --> 00:32:45,380
{\an8}Saya tak pasti orang yang bekerja
membunuh orang fikirkannya.

525
00:32:45,380 --> 00:32:47,507
Peguamnya fikir, walaupun sudah dipecat.

526
00:32:50,677 --> 00:32:56,975
Atas arahan ayah, Sly Jr. failkan
petisyen habeas Hector Moya pada 29 Julai.

527
00:32:56,975 --> 00:32:59,060
Apakah tindakan logik pertama mereka?

528
00:32:59,060 --> 00:33:02,438
Sepina Glory Days untuk beri keterangan.
Dua minggu kemudian, dia mati.

529
00:33:03,022 --> 00:33:05,692
Ada orang bunuh dia
supaya dia tak beri keterangan.

530
00:33:05,692 --> 00:33:07,568
- Betul.
- Tapi siapa? Bishop?

531
00:33:08,569 --> 00:33:11,197
- Atau ejen DEA De Marco itu?
- Saya tak tahu lagi.

532
00:33:11,197 --> 00:33:14,117
Mungkin dua-dua, mungkin tidak.
Awak dah siasat De Marco?

533
00:33:14,117 --> 00:33:16,536
Ya. Dia ejen yang dihormati.

534
00:33:16,536 --> 00:33:20,289
Tiada siapa cakap buruk tentang dia
dan rekodnya tiada cacat cela.

535
00:33:20,289 --> 00:33:24,127
Ya, ejen DEA tak ikut peraturan.
Jika tiada cacat cela dalam rekodnya,

536
00:33:24,127 --> 00:33:26,295
sebabnya dia pandai tutup jejaknya.

537
00:33:26,295 --> 00:33:29,507
Tunggu. Kita sedang memasuki
kawasan berbahaya.

538
00:33:29,507 --> 00:33:33,302
Awak tak boleh tuding jari kepada polis
dan ejen-ejen DEA tanpa bukti.

539
00:33:33,302 --> 00:33:35,096
Forsythe akan kecam kita di mahkamah.

540
00:33:35,096 --> 00:33:38,558
Sebab itu kita perlu cari bukti
secepat mungkin.

541
00:33:38,558 --> 00:33:42,729
Satu-satunya perkara yang kita pasti
ialah orang yang bunuh Glory bukan Julian.

542
00:33:42,729 --> 00:33:45,982
Jadi, kita perlu siasat orangnya.
Kita berhutang dengan mereka berdua.

543
00:33:54,574 --> 00:33:57,618
Baiklah. Saya ada ruang ini,
saya ada rancangan ini,

544
00:33:57,618 --> 00:34:00,872
tapi saya tiada keistimewaan,
keistimewaan awak

545
00:34:00,872 --> 00:34:02,665
untuk jadikan semuanya hebat.

546
00:34:02,665 --> 00:34:04,459
Teruskan memuji saya.

547
00:34:05,043 --> 00:34:08,963
Gim itu mencari jurukoreograf selebriti.
Saya perlu kuasa bintang untuk bersaing.

548
00:34:08,963 --> 00:34:11,841
- Saya kuasa bintang?
- Dengan kredibiliti TV awak?

549
00:34:12,425 --> 00:34:15,136
Jika awak mengajar
beberapa kelas seminggu di studio saya,

550
00:34:15,136 --> 00:34:16,679
ia akan membuat perubahan.

551
00:34:16,679 --> 00:34:19,807
Tempat itu pasti penuh.
Saya bahagikan untung 50-50.

552
00:34:22,393 --> 00:34:23,853
Awak sangat pemurah, Izzy.

553
00:34:23,853 --> 00:34:25,480
Baiklah. 60-40.

554
00:34:25,480 --> 00:34:28,608
Saya terdesak, Cat. Saya sanggup merayu.

555
00:34:50,296 --> 00:34:51,798
Saya ada idea lebih baik.

556
00:34:52,632 --> 00:34:54,175
Daripada mengajar,

557
00:34:54,175 --> 00:34:57,261
apa kata saya sewa pula studio awak
sebagai ruang latihan?

558
00:34:58,471 --> 00:34:59,806
Sewa pula?

559
00:34:59,806 --> 00:35:01,974
Rancangan itu beri kami
ruang gudang yang teruk

560
00:35:01,974 --> 00:35:05,561
di Daerah Seni dan saya hampir
mahu berhenti kerja sebagai protes.

561
00:35:07,188 --> 00:35:09,565
- Awak nak saya serahkan studio?
- Hanya sementara.

562
00:35:09,565 --> 00:35:13,027
Jurukoreograf Bad Bunny
takkan ada di gim itu selamanya.

563
00:35:13,027 --> 00:35:14,403
Awak perlu tunggu dia pergi!

564
00:35:16,322 --> 00:35:18,366
Saya mesti bayar sewa penuh.

565
00:35:18,366 --> 00:35:22,495
Penerbit ini kedekut tentang gaji,
tapi ada banyak duit untuk lokasi betul.

566
00:35:22,495 --> 00:35:24,914
Awak akan untung. Saya jamin.

567
00:35:24,914 --> 00:35:27,250
Lagipun,
ia pemasaran yang bagus untuk awak.

568
00:35:27,250 --> 00:35:29,585
Kita boleh tonjolkan studio
dalam setiap episod.

569
00:35:34,799 --> 00:35:37,009
- Okey. Mari lakukannya!
- Ya!

570
00:35:38,219 --> 00:35:40,638
- Mari lakukannya.
- Biar saya tunjukkan tempatnya.

571
00:35:46,978 --> 00:35:47,979
Andrea Freemann.

572
00:35:52,733 --> 00:35:53,776
Apa?

573
00:36:37,445 --> 00:36:38,946
Puan tak boleh berada di sini.

574
00:36:39,739 --> 00:36:42,825
Saya Andrea Freemann
dari pejabat Peguam Daerah.

575
00:36:42,825 --> 00:36:44,660
Saya dapat panggilan.

576
00:36:44,660 --> 00:36:46,954
Boleh beritahu saya apa yang berlaku?

577
00:36:46,954 --> 00:36:48,206
Kira-kira pukul 11 pagi,

578
00:36:48,206 --> 00:36:50,917
mangsa berjalan dengan anjingnya
ketika dia memasuki taman.

579
00:36:50,917 --> 00:36:54,629
Seseorang yang berjoging nampak semuanya.
Ada seorang lelaki menunggu dia.

580
00:36:55,463 --> 00:36:57,048
- Dia terlepas?
- Tidak.

581
00:36:57,924 --> 00:37:00,843
Saya dan rakan meronda
apabila kami nampak seorang lelaki berlari

582
00:37:00,843 --> 00:37:03,221
di Stadium Way
dengan darah pada pakaiannya.

583
00:37:03,221 --> 00:37:05,640
Kami tahan dia
sebelum dipanggil ke tempat kejadian.

584
00:37:05,640 --> 00:37:08,351
- Dia ada di sini?
- Ya. Di dalam kereta polis.

585
00:37:08,935 --> 00:37:11,687
Kami periksa kad pengenalannya.
Dia bekas suami mangsa.

586
00:37:11,687 --> 00:37:15,566
Kami rasa dia tahu rutinnya,
tunggu dia muncul, kemudian...

587
00:37:17,985 --> 00:37:18,819
KORONER DAERAH LA

588
00:37:18,819 --> 00:37:20,071
Puan tak apa-apa?

589
00:37:20,071 --> 00:37:21,113
Puan.

590
00:37:56,983 --> 00:37:58,442
Tahannya!

591
00:37:58,442 --> 00:37:59,860
Tolong tahan. Tahan!

592
00:38:09,745 --> 00:38:10,955
Penghantaran.

593
00:38:17,753 --> 00:38:19,547
Gloria? Awak ada di dalam?

594
00:38:25,720 --> 00:38:26,595
Gloria?

595
00:38:32,560 --> 00:38:33,561
Gloria?

596
00:38:35,688 --> 00:38:36,897
Gloria.

597
00:38:38,274 --> 00:38:39,650
Aduhai.

598
00:38:42,778 --> 00:38:43,779
<i>- Hei.</i>
- Dia dah pergi.

599
00:38:43,779 --> 00:38:46,115
<i>Apa? Dia sepatutnya ada
di mahkamah dalam sejam.</i>

600
00:38:46,115 --> 00:38:47,950
<i>Hakim takkan izinkan penangguhan lagi.</i>

601
00:38:47,950 --> 00:38:51,037
Saya tahu, Lorna.
Seluruh kes Jesus bergantung pada dia.

602
00:38:51,037 --> 00:38:53,873
Jika dia tak beri keterangan,
Jesus dipenjarakan seumur hidup.

603
00:38:53,873 --> 00:38:56,500
<i>Bukankah lelaki Road Saints itu
sepatutnya awasi dia?</i>

604
00:38:56,500 --> 00:38:58,502
<i>Siapa nama dia? Dennis?</i>

605
00:38:58,502 --> 00:39:00,129
Tak, saya suruh dia pergi.

606
00:39:00,129 --> 00:39:02,965
Dia nampak okey.
Tentu ada sesuatu berlaku.

607
00:39:02,965 --> 00:39:04,592
<i>Inilah yang berlaku.</i>

608
00:39:04,592 --> 00:39:05,760
<i>Awak selamatkan dia,</i>

609
00:39:05,760 --> 00:39:08,679
<i>bayar bilik hotel cantik
dengan macam-macam perkhidmatan bilik.</i>

610
00:39:08,679 --> 00:39:10,723
<i>Wanita ini mempermainkan awak, Mickey.</i>

611
00:39:12,391 --> 00:39:13,476
Bukan begitu.

612
00:39:14,310 --> 00:39:17,438
Ada benda lain yang berlaku di sini.
Saya perlu pergi, Lorna.

613
00:39:18,647 --> 00:39:21,067
SAYA TAK BOLEH LAKUKANNYA,
MICKEY MANTLE. MAAF.

614
00:39:25,404 --> 00:39:26,739
Awak okey, En. Haller?

615
00:39:29,658 --> 00:39:30,493
En. Haller?

616
00:39:32,620 --> 00:39:34,538
Saya okey, Eddie. Cuma berfikir.

617
00:39:36,457 --> 00:39:40,503
Kali ini, kami semua dipermainkan.
Saya akan siasat kebenarannya.

618
00:40:07,363 --> 00:40:10,282
Beri saya sepuluh minit.
Tunggu di sekitar sini.

619
00:40:10,282 --> 00:40:11,492
Baiklah.

620
00:40:20,251 --> 00:40:22,753
PEGUAM BERTAULIAH

621
00:40:39,061 --> 00:40:39,979
Sly?

622
00:40:42,565 --> 00:40:43,774
Ada sesiapa di sini?

623
00:41:04,628 --> 00:41:05,546
Sly?

624
00:41:13,095 --> 00:41:13,971
Sly?

625
00:41:18,476 --> 00:41:20,603
SENARAI MAIN SAYA

626
00:41:22,146 --> 00:41:24,857
- Apa ini?
- Maaf, kita ada urusan.

627
00:41:24,857 --> 00:41:27,067
- Siapa awak?
- Saya Mickey Haller.

628
00:41:27,067 --> 00:41:28,903
Kita berbual tempoh hari

629
00:41:28,903 --> 00:41:31,947
selepas awak berani sepina saya
di tangga mahkamah.

630
00:41:33,574 --> 00:41:34,992
Awak perlu kembali.

631
00:41:34,992 --> 00:41:38,329
Khidmat saya... hanya dengan janji temu.

632
00:41:38,329 --> 00:41:40,414
Sudahlah, Sly. Duduk saja.

633
00:41:40,414 --> 00:41:42,082
Awak tak boleh masuk begitu saja.

634
00:41:42,082 --> 00:41:43,250
Tidak?

635
00:41:43,250 --> 00:41:45,044
Samanlah saya. Saman saya.

636
00:41:45,586 --> 00:41:46,504
Semoga berjaya.

637
00:41:48,631 --> 00:41:49,882
Apa awak nak, Haller?

638
00:41:51,383 --> 00:41:54,136
Awak palsukan sepina Kendall Roberts, Sly.

639
00:41:55,221 --> 00:41:56,514
Saya tak faham maksud awak.

640
00:41:56,514 --> 00:41:58,516
Awak mungkin tak tahu lebih awal

641
00:41:58,516 --> 00:42:02,311
yang menyepina Gloria Dayton secara rasmi
akan membunuhnya, tapi dia terbunuh.

642
00:42:03,562 --> 00:42:07,024
Awak nak pastikan awak tak buat kesilapan
yang sama dua kali dengan Kendall.

643
00:42:07,024 --> 00:42:09,068
- Itulah yang berlaku.
- Mengarut.

644
00:42:09,068 --> 00:42:10,027
Awak pasti?

645
00:42:10,611 --> 00:42:12,738
Keluar sekarang, atau saya telefon polis.

646
00:42:12,738 --> 00:42:13,781
Awak menceroboh.

647
00:42:13,781 --> 00:42:15,449
Teruskan, Sly. Telefon mereka.

648
00:42:15,449 --> 00:42:18,285
Sementara itu, saya akan hubungi
Persatuan Peguam Negeri,

649
00:42:18,285 --> 00:42:21,539
beritahu mereka awak tak tahu apa-apa
selain ikut telunjuk ayah.

650
00:42:22,164 --> 00:42:23,958
- Awak takkan buat begitu.
- Percayalah.

651
00:42:23,958 --> 00:42:26,001
Dia menjadi peguam tanpa lesen.

652
00:42:26,001 --> 00:42:28,462
Awak pula menjadi peguam
tanpa tahu apa-apa.

653
00:42:28,462 --> 00:42:30,464
Saya akan sebut tentang sepina palsu juga.

654
00:42:31,257 --> 00:42:34,885
Memalsukan dokumen mahkamah persekutuan.
Itu feloni, okey?

655
00:42:36,428 --> 00:42:37,263
Atau...

656
00:42:39,014 --> 00:42:40,474
kita boleh saling membantu.

657
00:42:42,810 --> 00:42:45,396
- Bagaimana?
- Kita ada kuasa tindakan yang sama, Sly.

658
00:42:45,396 --> 00:42:47,273
Awak pula tak berkebolehan.

659
00:42:49,316 --> 00:42:51,068
Apa yang awak cadangkan?

660
00:42:51,068 --> 00:42:54,697
Ayah awak ada telefon di Victorville.
Ada tempat untuk awak hubungi dia?

661
00:42:57,783 --> 00:43:01,328
Saya tahu dia ada, Sly.
Saya cakap dengan dia malam itu.

662
00:43:02,955 --> 00:43:04,206
Saya tak boleh telefon dia.

663
00:43:05,124 --> 00:43:07,334
Dia telefon saya,
tapi selepas lampu terpadam.

664
00:43:07,960 --> 00:43:12,256
Victorville ada penyekat telefon bimbit.
Ayah saya ada orang yang boleh matikannya.

665
00:43:12,256 --> 00:43:14,091
Okey, ini yang awak akan buat.

666
00:43:14,091 --> 00:43:16,010
Malam ini, apabila dia telefon,

667
00:43:16,010 --> 00:43:18,846
beritahu dia saya akan ke Victorville
untuk jumpa dia.

668
00:43:18,846 --> 00:43:20,431
Apa? Dia takkan setuju.

669
00:43:20,431 --> 00:43:21,765
Dia perlu.

670
00:43:21,765 --> 00:43:24,393
Suruh dia letak nama saya
dalam senarai pelawat.

671
00:43:24,977 --> 00:43:27,896
Saya akan daftar di pintu pagar
sebagai peguamnya, okey?

672
00:43:28,564 --> 00:43:29,690
Peguam Hector Moya juga.

673
00:43:30,566 --> 00:43:34,695
Ya. Mulai sekarang, awak dan saya
akan jadi peguam bersama Hector Moya.

674
00:43:34,695 --> 00:43:36,238
Peguam bersama? Mengarut!

675
00:43:36,238 --> 00:43:38,240
Saya akan beritahu awak apa yang mengarut.

676
00:43:38,240 --> 00:43:40,326
Saya ada klien tak bersalah,
Julian La Cosse.

677
00:43:40,326 --> 00:43:42,995
Dia akan dipenjarakan seumur hidup
atas sesuatu yang dia tak buat.

678
00:43:42,995 --> 00:43:45,623
Itulah yang mengarut.
Saya takkan biarkannya.

679
00:43:46,373 --> 00:43:48,626
Tapi saya juga rasa
Hector Moya tak bersalah.

680
00:43:48,626 --> 00:43:51,086
Setidaknya dia tak bersalah
atas tuduhan senjata itu.

681
00:43:51,086 --> 00:43:53,213
Saya tak percaya
dia buat Glory Days terbunuh.

682
00:43:54,590 --> 00:43:57,301
Awak tolong klien saya,
saya tolong klien awak.

683
00:43:58,010 --> 00:44:01,513
Tapi Sly, jika saya memandu
dua jam ke sana

684
00:44:01,513 --> 00:44:04,808
dan benda ini tak berlaku
seperti yang saya cakap tadi,

685
00:44:04,808 --> 00:44:07,686
saya akan hubungi Badan Peguam California.

686
00:44:10,898 --> 00:44:15,361
Sly, awak patut kunci pintu awak.
Kawasan kejiranan ini berbahaya.

687
00:44:16,070 --> 00:44:18,197
Semua orang betul tentang awak, Haller!

688
00:44:18,739 --> 00:44:19,990
Awak memang tak guna!

689
00:44:33,796 --> 00:44:37,675
HARI YANG TERUK HARI INI.
MALAM INI NAK DUDUK RUMAH.

690
00:44:44,723 --> 00:44:46,684
Baiklah, mari pergi makan, Eddie.

691
00:44:48,936 --> 00:44:50,062
Siapa awak?

692
00:44:50,771 --> 00:44:52,690
Ejen James De Marco, DEA.

693
00:44:54,233 --> 00:44:56,068
Selamat berkenalan, En. Haller.

694
00:45:03,325 --> 00:45:05,369
BERDASARKAN NOVEL OLEH
MICHAEL CONNELLY

695
00:46:44,134 --> 00:46:49,139
Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi

