1
00:00:06,089 --> 00:00:10,969
SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX

2
00:00:23,440 --> 00:00:27,610
Tiada apa yang menangkap
imaginasi kita seperti kucing besar.

3
00:00:35,452 --> 00:00:36,494
Mengagumkan,

4
00:00:37,245 --> 00:00:38,163
berkuasa,

5
00:00:39,039 --> 00:00:40,165
berbahaya.

6
00:00:44,252 --> 00:00:47,547
Semakin kita hampiri
haiwan yang sukar didekati ini,

7
00:00:47,630 --> 00:00:50,425
kita menemukan sisi lain
dalam hidup haiwan ini.

8
00:00:52,135 --> 00:00:53,470
Lebih penyayang,

9
00:00:54,929 --> 00:00:56,264
bekerjasama…

10
00:00:57,891 --> 00:00:59,559
dan tahan lasak…

11
00:01:02,395 --> 00:01:04,230
daripada yang kita bayangkan.

12
00:01:11,112 --> 00:01:15,533
Banyak tak diketahui tentang kucing besar
daripada yang disangka.

13
00:01:18,536 --> 00:01:20,663
KUCING BESAR

14
00:01:36,179 --> 00:01:39,641
Tiga bulan lalu, singa betina ini
tinggalkan kawanannya

15
00:01:40,600 --> 00:01:42,560
untuk melahirkan anak sendirian.

16
00:01:52,570 --> 00:01:56,491
Anak singa mudah diserang
singa-singa lain.

17
00:01:58,618 --> 00:02:02,580
Kini anak-anaknya sudah lebih besar,
jadi dia bersedia untuk pulang.

18
00:02:10,463 --> 00:02:12,465
Memberi makan anak-anak
yang semakin membesar

19
00:02:12,549 --> 00:02:14,509
tak mudah bagi ibu tunggal.

20
00:02:15,593 --> 00:02:17,554
Si ibu perlu memburu lebih kerap.

21
00:02:18,429 --> 00:02:22,809
Itu maksudnya meninggalkan
anak-anaknya dan keluar sendirian.

22
00:02:25,937 --> 00:02:29,566
Di savana terbuka, mudah nampak mangsa…

23
00:02:32,569 --> 00:02:33,987
dan sebaliknya.

24
00:02:41,411 --> 00:02:43,204
Singa betina itu perlu sabar.

25
00:02:47,542 --> 00:02:50,295
Kucing besar lebih berbahaya
pada waktu malam.

26
00:02:57,802 --> 00:03:02,182
Dengan penglihatan malam luar biasa,
enam kali lebih baik daripada manusia…

27
00:03:07,478 --> 00:03:10,148
singa ada kelebihan menyasar mangsa.

28
00:03:19,032 --> 00:03:22,952
Beroperasi sendirian,
singa itu perlu pergi sedekat mungkin,

29
00:03:23,036 --> 00:03:24,370
sebelum menyerang.

30
00:04:08,873 --> 00:04:11,459
Singa betina yang memburu pada waktu malam

31
00:04:11,542 --> 00:04:14,587
sama berkesan
dengan memburu dalam kawanan.

32
00:04:22,303 --> 00:04:25,223
Masalahnya adalah menghalangnya
daripada dirampas.

33
00:04:30,103 --> 00:04:33,189
Singa haiwan pemangsa paling besar
di dataran ini.

34
00:04:34,649 --> 00:04:37,151
Tiada masalah
jika seekor dua dubuk datang.

35
00:04:41,990 --> 00:04:45,159
Lain cerita jika sekumpulan dubuk datang.

36
00:04:55,086 --> 00:04:57,588
Risikonya bukan setakat
kehilangan makanan.

37
00:04:59,549 --> 00:05:01,175
Nyawanya juga dalam bahaya.

38
00:05:29,829 --> 00:05:32,999
Akan tetapi singa betina ini
tak sendirian.

39
00:05:37,628 --> 00:05:39,672
Keluarganya menemuinya.

40
00:05:43,259 --> 00:05:44,802
Dengan mereka di sisinya,

41
00:05:45,678 --> 00:05:47,680
singa betina ini kebal.

42
00:06:17,794 --> 00:06:20,838
Persaingan sengit di savana memaksa singa

43
00:06:20,922 --> 00:06:23,091
buat sesuatu yang luar biasa.

44
00:06:26,719 --> 00:06:29,722
Singa saja kucing besar
yang tinggal dalam kawanan.

45
00:06:33,893 --> 00:06:35,937
Singa betina yang banyak memburu.

46
00:06:40,400 --> 00:06:43,778
Peranan utama singa jantan
adalah mempertahankan keluarga.

47
00:06:52,161 --> 00:06:55,957
Selagi kawanan kekal kuat,
anak-anak singa akan selamat.

48
00:07:01,254 --> 00:07:05,591
Namun begitu, keamanan tak kekal lama
dalam dunia kucing besar.

49
00:07:12,807 --> 00:07:18,104
Sejak awal evolusi haiwan ini,
pembunuhan adalah cara hidup.

50
00:07:23,151 --> 00:07:27,280
Lebih sepuluh juta tahun lalu,
jauh di pedalaman hutan Asia,

51
00:07:28,322 --> 00:07:31,742
pemangsa baru mula muncul.

52
00:07:52,305 --> 00:07:55,808
Hari ini, harimau akar
menunjukkan sepintas lalu

53
00:07:55,892 --> 00:07:58,895
cara felin awal ini mungkin telah hidup.

54
00:08:14,452 --> 00:08:16,579
Ia kucing besar yang paling kecil…

55
00:08:24,837 --> 00:08:26,339
tapi yang paling tangkas.

56
00:08:36,015 --> 00:08:37,892
Kaki pendek berotot,

57
00:08:39,602 --> 00:08:41,270
cakar yang sangat tajam…

58
00:08:43,689 --> 00:08:45,900
sendi pergelangan kaki
yang boleh berputar…

59
00:08:51,197 --> 00:08:55,159
dan ekor pengimbang
menjadikannya pemanjat yang handal.

60
00:08:57,453 --> 00:08:59,664
Monyet pun tak selamat.

61
00:09:15,888 --> 00:09:19,141
Jika dibandingkan saiznya,
harimau akar memiliki

62
00:09:19,225 --> 00:09:22,019
gigi taring terpanjang
berbanding kucing lain.

63
00:09:24,021 --> 00:09:25,856
Sabertooth moden.

64
00:09:31,487 --> 00:09:34,824
Semakin masa berlalu,
kucing besar turun dari pokok…

65
00:09:37,159 --> 00:09:40,121
jadi lebih besar dan lebih berkuasa.

66
00:09:43,082 --> 00:09:46,168
Kucing besar berevolusi
dan menakluki dunia baru.

67
00:09:46,252 --> 00:09:49,714
Setiap kucing guna samaran
untuk memberinya kelebihan.

68
00:10:00,349 --> 00:10:04,270
Malah yang paling besar pun
boleh bersatu dengan latar belakangnya.

69
00:10:07,815 --> 00:10:11,402
Belang harimau boleh berubah
jadi pepohon berlingkar.

70
00:10:15,197 --> 00:10:16,365
Bulu tanpa corak

71
00:10:16,449 --> 00:10:19,118
bantu puma yang menghendap
tak dapat dilihat,

72
00:10:20,911 --> 00:10:23,331
walaupun tiada tempat untuk bersembunyi.

73
00:10:28,127 --> 00:10:33,007
Bintik pada harimau bintang
seakan-akan telau bayang di hutan jarang…

74
00:10:35,301 --> 00:10:39,055
supaya ia boleh menyerang hendap
pada jarak dekat.

75
00:10:47,021 --> 00:10:49,899
Penyamaran bukan saja bantu
dalam menyerang,

76
00:10:51,108 --> 00:10:53,361
ia juga bantu dalam pertahanan.

77
00:10:57,490 --> 00:11:01,577
Seekor ibu citah bersembunyi
bersama anak-anak kecilnya.

78
00:11:07,708 --> 00:11:13,130
Anak-anaknya berusia sepuluh hari.
Inilah masa kucing besar paling lemah.

79
00:11:16,676 --> 00:11:21,305
Matanya belum pun terbuka,
dan bergantung sepenuhnya pada si ibu.

80
00:11:28,020 --> 00:11:30,564
Kebanyakan kucing besar
membesar perlahan-lahan

81
00:11:30,648 --> 00:11:32,358
pada kadar yang sama.

82
00:11:35,820 --> 00:11:39,198
Selepas sembilan minggu
baru ia mula makan daging,

83
00:11:41,325 --> 00:11:43,703
enam bulan baru putus susu…

84
00:11:47,623 --> 00:11:49,291
dan pada usia dua tahun,

85
00:11:49,375 --> 00:11:52,420
barulah si kecil bersedia untuk berdikari.

86
00:12:02,346 --> 00:12:05,057
Ia perjalanan yang jauh dan berbahaya,

87
00:12:05,141 --> 00:12:08,269
daripada si kecil tak berdaya
kepada pemburu maut.

88
00:12:12,857 --> 00:12:15,901
Terutamanya untuk kucing yang terbesar.

89
00:12:27,496 --> 00:12:31,208
Anak harimau berusia lima bulan ini
masih kecil.

90
00:12:35,337 --> 00:12:39,550
Namun begitu, ia sudah pun tahu
cara memburu di hutan tempat tinggalnya.

91
00:12:54,648 --> 00:12:57,401
Anak harimau ini
harus belajar pilih sasaran…

92
00:13:03,157 --> 00:13:04,700
rancang cara mendekati…

93
00:13:07,995 --> 00:13:10,498
dan lakukan serangan terakhirnya.

94
00:13:18,255 --> 00:13:21,175
Kali ini mangsanya ialah saudaranya.

95
00:13:26,722 --> 00:13:29,266
Hendap, terkam dan lawan satu sama lain

96
00:13:29,350 --> 00:13:32,144
cara selamat untuk tajamkan kemahiran.

97
00:13:38,943 --> 00:13:43,113
Lagipun, memang seronok terkam
adik-beradik sendiri.

98
00:13:56,252 --> 00:14:00,256
Bermain perkara asas dalam perkembangan
semua kucing besar.

99
00:14:08,973 --> 00:14:13,143
Namun begitu, ada yang perlu dipelajari
dengan cara yang memeritkan.

100
00:14:22,778 --> 00:14:24,822
Anak harimau bintang
berusia enam bulan ini

101
00:14:24,905 --> 00:14:27,157
menghabiskan banyak masa melepak.

102
00:14:28,617 --> 00:14:29,535
Bersama ibunya.

103
00:14:37,710 --> 00:14:39,420
Waktu ibunya keluar berburu…

104
00:14:43,048 --> 00:14:45,593
si anak lebih selamat
jika kekal di tempatnya.

105
00:14:48,846 --> 00:14:51,056
Tapi, tak seronoklah begitu.

106
00:14:54,226 --> 00:14:56,437
Masa untuk merasai aksi.

107
00:15:07,114 --> 00:15:09,325
Itu bukan cara turun yang meyakinkan.

108
00:15:19,501 --> 00:15:21,003
Baik turun elok-elok.

109
00:15:34,350 --> 00:15:37,311
Kucing yang matang perlu uji
had kemampuannya…

110
00:15:39,229 --> 00:15:41,482
tapi janganlah sasar terlalu tinggi.

111
00:15:44,777 --> 00:15:46,320
Kerbau Cape.

112
00:15:49,073 --> 00:15:52,117
Ia antara haiwan
paling berbahaya di Afrika

113
00:15:53,243 --> 00:15:56,246
dengan reputasi membunuh
anak kucing besar.

114
00:16:08,634 --> 00:16:10,094
Kesilapan asas.

115
00:16:13,681 --> 00:16:16,976
Ini bukan masa untuk menajamkan
kemahiran memburu.

116
00:16:18,686 --> 00:16:20,813
Ini masa untuk belajar bersembunyi.

117
00:16:30,155 --> 00:16:32,533
Serta masa untuk lari selamatkan diri.

118
00:16:42,292 --> 00:16:44,420
Hampir saja nyawa melayang…

119
00:16:48,090 --> 00:16:50,467
tapi masih banyak yang perlu dipelajari.

120
00:16:54,722 --> 00:16:56,181
Apabila si ibu kembali,

121
00:16:57,391 --> 00:17:00,352
masa untuk kelas paling sukar.

122
00:17:04,982 --> 00:17:07,651
Seekor babi kutil, masih hidup.

123
00:17:09,820 --> 00:17:11,280
Prospek yang mengerikan,

124
00:17:12,614 --> 00:17:15,534
tapi peluang untuk berlatih
cengkaman tengkuk,

125
00:17:15,617 --> 00:17:17,536
gigitan maut kucing besar.

126
00:17:31,675 --> 00:17:33,218
Apabila si kecil bergelut,

127
00:17:34,261 --> 00:17:35,679
si profesional mencelah.

128
00:17:40,559 --> 00:17:43,187
Kucing besar belajar dengan meniru ibunya.

129
00:17:48,358 --> 00:17:50,069
Apabila ia mula membawa diri,

130
00:17:50,152 --> 00:17:53,989
harimau bintang muda ini
perlukan kemahiran dan pengalaman.

131
00:17:55,324 --> 00:17:59,453
Sebab itu anak harimau bintang
ambil masa lama bawah bimbingan ibunya.

132
00:18:17,262 --> 00:18:21,642
Di Okavango, singa betina
sudah kembali bersama kawanannya.

133
00:18:25,938 --> 00:18:28,273
Dengan singa yang bersaing di sekeliling,

134
00:18:29,191 --> 00:18:32,111
anak singa selamat
bawah perlindungan si ayah.

135
00:18:36,490 --> 00:18:37,574
Setakat ini,

136
00:18:37,658 --> 00:18:39,868
anak singa hanya makan dengan si ibu.

137
00:18:40,577 --> 00:18:43,705
Hari ini, anak-anak singa
bersantap dengan raja.

138
00:18:46,041 --> 00:18:48,127
Raja kelihatan lebih besar
dari jarak dekat.

139
00:18:57,928 --> 00:19:01,723
Singa jantan makan sepuasnya
sebelum benarkan singa betina makan.

140
00:19:07,104 --> 00:19:09,481
Singa jantan lebih bertolak ansur
dengan si kecil.

141
00:19:14,278 --> 00:19:15,654
Sehingga ke satu tahap.

142
00:19:31,962 --> 00:19:34,381
Singa betina yang membesarkan anak-anak.

143
00:19:38,427 --> 00:19:41,263
Dengan si ayah makan
sebahagian besar hasil buruan,

144
00:19:41,346 --> 00:19:43,765
singa betina perlu keluar berburu lagi.

145
00:19:55,694 --> 00:19:57,988
Jumlah kawanan boleh mencecah 40 ekor.

146
00:19:59,489 --> 00:20:02,659
Mengekalkan hubungan tak mudah.

147
00:20:08,081 --> 00:20:13,045
Kehidupan sosial yang rumit jadikan singa
yang terbijak antara semua kucing besar.

148
00:20:24,014 --> 00:20:28,602
Kuasa otak tambahan itu juga
menghasilkan satu pasukan yang cekap.

149
00:20:41,865 --> 00:20:45,827
Waktu memburu,
setiap singa betina tahu peranannya.

150
00:20:50,958 --> 00:20:53,919
Singa betina paling berat
cari tempat menunggu.

151
00:21:01,510 --> 00:21:05,055
Singa betina lebih tangkas
mengepung kelompok mangsa.

152
00:21:13,689 --> 00:21:15,315
Perangkap sudah sedia.

153
00:21:35,252 --> 00:21:38,213
Pengejar meluru
dengan kelajuan 50 km sejam

154
00:21:38,297 --> 00:21:40,924
menggerakkan mangsa ke arah serang hendap.

155
00:21:50,350 --> 00:21:51,643
Jika seekor terlepas…

156
00:21:56,148 --> 00:21:57,858
seekor lagi menunggu.

157
00:22:40,567 --> 00:22:44,112
Waktu siang, apabila kawanan
memburu sebagai satu pasukan,

158
00:22:44,196 --> 00:22:46,406
peluang kejayaan digandakan.

159
00:22:48,950 --> 00:22:51,119
Semua dapat bahagian masing-masing.

160
00:22:52,829 --> 00:22:55,415
Ini persaudaraan yang sama rata.

161
00:22:57,542 --> 00:22:59,544
Walaupun ada yang marah…

162
00:23:03,465 --> 00:23:05,342
ia selalunya terkawal.

163
00:23:10,055 --> 00:23:11,932
Kawanan lebih kuat bersama.

164
00:23:20,732 --> 00:23:23,276
Namun, sekali lagi si ayah menerjah.

165
00:23:26,363 --> 00:23:27,781
Ia nampak tak adil,

166
00:23:27,864 --> 00:23:31,535
tapi penting bagi singa jantan
dalam kawanan kekal cergas.

167
00:23:38,542 --> 00:23:41,795
Ancaman pencerobohan semakin hampir.

168
00:23:44,673 --> 00:23:45,924
Ada singa jantan lain

169
00:23:46,007 --> 00:23:48,385
cari peluang ambil alih kawanan.

170
00:23:50,804 --> 00:23:52,514
Serta bunuh anak-anak singa.

171
00:23:57,811 --> 00:24:02,399
Si ayah perlukan kekuatan
untuk melindungi keluarganya.

172
00:24:12,868 --> 00:24:16,788
Mempertahankan kawasan amat penting
bagi kejayaan kucing besar.

173
00:24:22,836 --> 00:24:27,382
Tanah bencah terbesar di dunia
mungkin tak nampak ideal untuk kucing.

174
00:24:33,930 --> 00:24:38,268
Namun begitu, ia tempat tinggal
jaguar terbanyak di dunia.

175
00:24:50,155 --> 00:24:52,199
Kuat dan berotot,

176
00:24:52,741 --> 00:24:55,660
jaguar bagaikan pit bull
dalam dunia kucing besar.

177
00:24:59,122 --> 00:25:00,499
Jika buat perbandingan,

178
00:25:00,582 --> 00:25:03,585
jaguar miliki rahang paling kuat.

179
00:25:16,306 --> 00:25:17,933
Ini kawasannya.

180
00:25:27,817 --> 00:25:31,571
Jaguar jantan kerap sembur air kencing
untuk tanda kawasannya.

181
00:25:40,789 --> 00:25:44,543
Jaguar meronda di daratan dan di air.

182
00:25:51,800 --> 00:25:53,426
Tak seperti kebanyakan kucing,

183
00:25:54,052 --> 00:25:56,346
jaguar perenang kuat.

184
00:26:12,862 --> 00:26:15,824
Jaguar jantan bukan sekadar
kawal kawasannya.

185
00:26:17,325 --> 00:26:20,078
Ada jaguar betina dalam kawasannya.

186
00:26:26,126 --> 00:26:28,837
Jaguar betina ini sudah bersedia
untuk mengawan

187
00:26:28,920 --> 00:26:30,714
dan kesan bau jaguar jantan.

188
00:26:45,895 --> 00:26:48,398
Kedua-duanya akan mengawan berkali-kali…

189
00:26:51,735 --> 00:26:55,405
dan kemungkinan besar si jantan itulah
ayah kepada anak-anaknya.

190
00:27:01,286 --> 00:27:03,121
Jaguar jantan itu perlu pasti,

191
00:27:03,204 --> 00:27:07,584
sebab pesaing selalu
menunggu peluang untuk masuk.

192
00:27:16,676 --> 00:27:19,554
Ada jiran masuk kawasan.

193
00:27:24,768 --> 00:27:26,978
Jaguar cuba mengelak pergaduhan.

194
00:27:28,313 --> 00:27:31,024
Risiko kecederaan terlalu besar.

195
00:27:35,403 --> 00:27:37,947
Akan tetapi jika hak mengawan
hadapi risiko,

196
00:27:38,031 --> 00:27:40,659
jaguar jantan tiada pilihan lain.

197
00:28:17,737 --> 00:28:19,739
Penceroboh sudah dihalau.

198
00:28:21,491 --> 00:28:22,325
Buat masa ini.

199
00:28:27,664 --> 00:28:32,502
Pencarian kawasan telah memaksa
kucing besar teroka kawasan ekstrem.

200
00:28:39,342 --> 00:28:43,304
Harimau Amur merayau-rayau
di hutan beku Siberia.

201
00:28:45,765 --> 00:28:49,936
Bulunya yang panjang dan tebal
melindungi daripada suhu membeku.

202
00:28:53,356 --> 00:28:57,402
Harimau bintang India terhendap-hendap
di lorong-lorong Mumbai…

203
00:29:00,321 --> 00:29:03,575
memburu anjing liar
dan haiwan domestik lain

204
00:29:03,658 --> 00:29:05,368
dalam kesamaran malam.

205
00:29:09,247 --> 00:29:14,127
Seekor kucing besar memanjat
gunung tertinggi di dunia.

206
00:29:19,215 --> 00:29:23,219
BANJARAN HIMALAYA
INDIA

207
00:29:27,098 --> 00:29:28,975
Ketinggian 4,000 meter.

208
00:29:30,935 --> 00:29:31,853
Suhu sejuk.

209
00:29:33,438 --> 00:29:34,564
Udara nipis.

210
00:29:35,607 --> 00:29:38,318
Bentuk muka bumi berbahaya.

211
00:29:42,405 --> 00:29:43,823
Tapi entah bagaimana,

212
00:29:43,907 --> 00:29:47,368
harimau bintang salji betina ini
berjaya cari jalan.

213
00:29:55,418 --> 00:29:59,464
Anggota depan yang pendek,
anggota belakang yang panjang

214
00:30:00,215 --> 00:30:03,051
dan ekor yang amat panjang

215
00:30:03,134 --> 00:30:06,554
beri keseimbangan dan kelincahan
di permukaan berceranggah.

216
00:30:13,770 --> 00:30:17,690
Harimau bintang salji ini boleh lompat
sejauh sepuluh meter sekali lompat.

217
00:30:46,219 --> 00:30:50,098
Kaki lebar yang lebat dengan bulu
seakan-akan kasut salji,

218
00:30:50,849 --> 00:30:54,185
menghalangnya daripada terbenam
dalam salji tebal.

219
00:31:05,071 --> 00:31:06,906
Tak banyak untuk dimakan,

220
00:31:06,990 --> 00:31:11,411
jadi si harimau harus meneroka
sejauh 775 km persegi.

221
00:31:17,959 --> 00:31:22,881
Harimau bintang salji selalu pergi jauh,
jadi ia jarang berjumpa.

222
00:31:25,842 --> 00:31:28,511
Sebaliknya, ia berkomunikasi melalui bau.

223
00:31:55,580 --> 00:31:58,416
Walaupun hadapi
cabaran hidup yang melampau

224
00:32:00,376 --> 00:32:04,839
harimau betina hebat ini berjaya
membesarkan tiga ekor anak harimau.

225
00:32:11,220 --> 00:32:14,349
Si anak bergantung kepada ibunya
hampir dua tahun.

226
00:32:17,018 --> 00:32:20,313
Sekarang masanya mereka mula memburu.

227
00:32:24,317 --> 00:32:25,652
Itu tak mudah di sini.

228
00:32:43,044 --> 00:32:44,754
Namun, kambing gurun muda ini

229
00:32:44,837 --> 00:32:47,256
mungkin peluang baik
untuk salah seekor anak harimau.

230
00:33:15,827 --> 00:33:18,579
Memburu pada altitud ini berisiko tinggi.

231
00:33:22,792 --> 00:33:25,378
Kambing gurun itu buat ia lebih bahaya.

232
00:33:29,799 --> 00:33:30,967
Si ibu memerhati.

233
00:33:32,677 --> 00:33:34,512
Anaknya perlu buat sendiri.

234
00:33:57,076 --> 00:33:58,202
Begitu dekat…

235
00:34:00,204 --> 00:34:02,040
tapi jauh.

236
00:34:07,336 --> 00:34:09,213
Ia mungkin nampak gagal,

237
00:34:09,297 --> 00:34:12,633
tapi pemangsa handal pun
perlu tahu hadnya.

238
00:34:16,095 --> 00:34:19,223
Di tempat tinggi ini,
ia boleh menyelamatkan nyawanya.

239
00:34:35,406 --> 00:34:38,451
Ketiga-tiga anak harimau ini
bakal berdikari.

240
00:34:39,202 --> 00:34:41,871
bergantung pada kemahiran yang dipelajari.

241
00:34:44,248 --> 00:34:47,960
Akan tetapi, ada satu cabaran
yang di luar kawalan kucing besar.

242
00:34:51,380 --> 00:34:55,635
Iklim yang semakin panas
memaksa haiwan yang biasa dengan sejuk

243
00:34:55,718 --> 00:34:58,012
semakin jauh ke atas gunung.

244
00:35:00,348 --> 00:35:04,143
Semakin tinggi, semakin kurang ruang.

245
00:35:09,941 --> 00:35:12,068
Hutan belantara kian hilang,

246
00:35:12,693 --> 00:35:16,531
dan itu memaksa kucing besar
berkonflik dengan manusia.

247
00:35:20,535 --> 00:35:24,747
Kucing besar dilihat sebagai ancaman
kepada ternakan dan manusia…

248
00:35:29,001 --> 00:35:31,796
diburu sebagai trofi dan anggota badan.

249
00:35:36,717 --> 00:35:40,138
Kucing besar dianiaya di seluruh dunia…

250
00:35:48,312 --> 00:35:51,023
dan didorong ke arah kepupusan.

251
00:35:57,405 --> 00:35:58,906
Namun, masih ada harapan.

252
00:36:06,122 --> 00:36:10,209
Apabila kita benarkan haiwan megah ini
sedikit ruang di dunia kita,

253
00:36:11,043 --> 00:36:13,129
hasilnya boleh jadi luar biasa.

254
00:36:17,383 --> 00:36:20,219
Lima puluh tahun lalu,
di lembah-lembah ini,

255
00:36:20,303 --> 00:36:23,055
manusia hapuskan
sebahagian besar hidupan liar.

256
00:36:29,270 --> 00:36:32,523
Tetapi sejak pemburuan
dan pertanian diharamkan di sini,

257
00:36:32,607 --> 00:36:35,276
jumlah guanaco kembali pulih.

258
00:36:41,991 --> 00:36:43,534
Apabila mangsa kembali…

259
00:36:46,579 --> 00:36:48,247
pemangsa ikut sekali.

260
00:37:04,013 --> 00:37:07,600
Puma juga dikenali sebagai singa gunung.

261
00:37:11,938 --> 00:37:14,315
Dulu jumlahnya tak banyak di dataran,

262
00:37:14,398 --> 00:37:16,901
dan sebab itu ia dianggap suka menyendiri.

263
00:37:20,696 --> 00:37:25,701
Namun kini, ada lebih banyak puma di sini
daripada tempat lain di Amerika.

264
00:37:27,995 --> 00:37:31,749
Puma ini mula berkelakuan
dengan cara yang tak pernah dilihat.

265
00:37:43,010 --> 00:37:46,597
Puma berkumpul dan saling bertolak-ansur,

266
00:37:48,099 --> 00:37:50,810
termasuklah yang bukan sebahagian
daripada keluarga.

267
00:37:54,063 --> 00:37:57,233
Lebih mengejutkan, puma berkongsi makanan.

268
00:38:00,778 --> 00:38:03,406
Semakin wilayah ini menjadi lebih liar,

269
00:38:03,489 --> 00:38:06,784
mungkin puma sudah kembali ke fitrahnya.

270
00:38:08,869 --> 00:38:13,749
Imej kucing besar
sebagai pembunuh tunggal dicabar.

271
00:38:15,918 --> 00:38:20,715
Nampaknya, kucing besar pandai bekerjasama
daripada yang kita sangkakan.

272
00:38:39,567 --> 00:38:42,987
Citah kucing besar terpantas.

273
00:38:45,364 --> 00:38:47,783
Kelebihannya kepantasan dan bukan kuasa.

274
00:38:47,867 --> 00:38:50,411
Oleh sebab itu, citah paling lemah.

275
00:38:55,583 --> 00:38:57,251
Dengan bekerjasama…

276
00:38:59,170 --> 00:39:01,505
citah jadi pasukan yang kuat.

277
00:39:12,850 --> 00:39:14,435
Sekumpulan adik-beradik.

278
00:39:15,561 --> 00:39:18,189
Citah tak selaraskan buruan seperti singa.

279
00:39:20,107 --> 00:39:22,193
Citah bermain dengan nombor.

280
00:39:29,450 --> 00:39:31,202
Setiap citah pilih sasaran.

281
00:39:38,709 --> 00:39:40,044
Kemudian menyerang.

282
00:39:48,302 --> 00:39:50,137
Buruan bermula.

283
00:40:22,878 --> 00:40:26,674
Jika seekor gagal,
yang lain beralih kepada peluang lain.

284
00:41:02,793 --> 00:41:03,919
Lambat-laun,

285
00:41:04,503 --> 00:41:05,838
serangan akan mengena.

286
00:41:11,385 --> 00:41:14,763
Walaupun sukar bagi seekor citah
membunuh seekor gnu…

287
00:41:24,440 --> 00:41:27,651
gabungan kuasa citah
cukup untuk menundukkannya.

288
00:42:08,108 --> 00:42:12,530
Kerjasama bantu kucing besar
jadi pemburu lebih berjaya.

289
00:42:16,534 --> 00:42:19,662
Namun bagi singa,
kekuatan dalam jumlah kawanan,

290
00:42:19,745 --> 00:42:22,790
lebih penting dari segi pertahanan.

291
00:42:36,095 --> 00:42:38,639
Anak-anak singa Okavango ini
bermain riang,

292
00:42:40,015 --> 00:42:42,434
tanpa menyedari hidupnya bakal berubah.

293
00:42:49,441 --> 00:42:53,362
Bunyi yang menimbulkan ketakutan
kepada setiap keluarga singa.

294
00:43:01,704 --> 00:43:04,331
Singa jantan yang berkeliaran
semakin hampir,

295
00:43:05,874 --> 00:43:08,752
nekad untuk mengambil alih kawanan.

296
00:43:20,639 --> 00:43:21,932
Jika berjaya,

297
00:43:22,016 --> 00:43:24,268
penceroboh akan bunuh anak singa

298
00:43:25,019 --> 00:43:27,605
supaya singa betina boleh mengawan semula.

299
00:43:32,776 --> 00:43:35,487
Singa jantan dalam kawanan
cuba menakut-nakuti.

300
00:43:45,623 --> 00:43:48,542
Walau bagaimanapun,
penceroboh tak berundur.

301
00:44:02,765 --> 00:44:04,933
Pertarungan tak dapat dielakkan.

302
00:44:07,436 --> 00:44:10,689
Singa betina perlu bawa anak singa
jauh daripada bahaya.

303
00:44:19,907 --> 00:44:22,409
Namun, laluan ke tempat selamat terhalang.

304
00:44:27,748 --> 00:44:30,501
Singa-singa ini selalunya elak air.

305
00:44:34,046 --> 00:44:35,255
Dengan alasan baik.

306
00:44:39,301 --> 00:44:40,552
Tetapi, tiada pilihan lain.

307
00:44:43,847 --> 00:44:45,391
Tak boleh berpatah balik.

308
00:45:12,751 --> 00:45:14,837
Si bongsu bergelut untuk ikut.

309
00:45:27,141 --> 00:45:28,475
Sedikit saja lagi.

310
00:45:46,618 --> 00:45:49,663
Akhirnya, dengan si ibu mengetuai,

311
00:45:50,289 --> 00:45:51,915
semua berjaya selamat.

312
00:46:11,560 --> 00:46:13,812
Akan tetapi, tak semua bernasib baik.

313
00:46:18,066 --> 00:46:20,194
Salah seekor singa jantan kawanan.

314
00:46:21,570 --> 00:46:24,656
Nyawanya melayang
kerana melindungi anak singa.

315
00:46:30,037 --> 00:46:33,123
Kini, hanya si ayah masih hidup.

316
00:46:37,586 --> 00:46:41,757
Berapa lama singa jantan ini
boleh kekal memerintah, tiada siapa tahu.

317
00:46:49,556 --> 00:46:52,643
Sekurang-kurangnya, buat masa ini,
anak-anak singa selamat…

318
00:46:55,729 --> 00:46:59,066
membesar dengan kasih sayang
dan perlindungan kawanan…

319
00:47:05,697 --> 00:47:09,243
dan ayah yang mempertahankan
anak-anaknya dengan nyawanya.

320
00:47:16,917 --> 00:47:21,630
Semua kucing besar dilahirkan
dalam kehidupan penuh bahaya dan drama.

321
00:47:27,970 --> 00:47:31,640
Namun, selagi kita beri kucing besar
kebebasan yang diperlukan…

322
00:47:33,892 --> 00:47:38,230
haiwan mengagumkan ini akan terus hidup.

323
00:48:35,120 --> 00:48:38,081
Terjemahan sari kata oleh Norzaiha Norhan

