1
00:00:06,089 --> 00:00:11,761
SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX

2
00:00:21,396 --> 00:00:24,190
Semua sifat anjing yang kita sayangi

3
00:00:26,026 --> 00:00:28,611
diwarisi daripada nenek moyang liarnya.

4
00:00:33,783 --> 00:00:35,326
Deria yang tajam…

5
00:00:37,078 --> 00:00:38,371
ketangkasan…

6
00:00:40,540 --> 00:00:42,208
dan keazaman tinggi…

7
00:00:43,960 --> 00:00:46,546
telah membantu kanin hadapi cabaran dunia.

8
00:00:53,219 --> 00:00:57,557
Namun, rahsia sebenar kejayaannya
lebih mengejutkan.

9
00:00:58,641 --> 00:01:00,894
Ia kisah sisi intim anjing.

10
00:01:03,104 --> 00:01:04,981
Ia ciri setiap anjing,

11
00:01:05,065 --> 00:01:07,150
daripada anjing jinak
hingga serigala liar,

12
00:01:07,233 --> 00:01:09,110
sebahagian daripada keluarga.

13
00:01:13,031 --> 00:01:18,745
ANJING

14
00:01:27,879 --> 00:01:31,508
Setiap kisah anjing bermula
dalam keadaan tersorok dalam jerumun.

15
00:01:45,396 --> 00:01:49,734
Ia tempat perlindungan
untuk 15 anak anjing liar Afrika.

16
00:01:54,364 --> 00:01:55,615
Usianya lima minggu.

17
00:01:56,533 --> 00:01:58,743
Ia memerlukan makanan.

18
00:02:01,371 --> 00:02:03,498
Penjaganya juga lapar.

19
00:02:08,461 --> 00:02:10,004
Seperti anjing bela jinak,

20
00:02:10,088 --> 00:02:12,632
ia bergantung kepada yang lain
untuk makanan.

21
00:02:13,842 --> 00:02:18,388
Tak seperti haiwan peliharaan kita,
ia tak tahu bila makan malam akan tiba.

22
00:02:30,733 --> 00:02:36,030
Ibu, ayah dan ahli keluarga lain
memburu sejak subuh.

23
00:02:43,705 --> 00:02:44,706
Seiringan.

24
00:02:46,249 --> 00:02:47,667
Berfikir sebagai satu.

25
00:02:52,547 --> 00:02:55,175
Pakar dalam mengejar mangsa besar,

26
00:02:55,758 --> 00:02:58,094
ia boleh capai kelajuan 64 km/j.

27
00:03:07,312 --> 00:03:09,189
Namun, bukan di kawasan banjir.

28
00:03:21,409 --> 00:03:24,662
Anjing liar perlu dorong mangsa
ke tanah yang padat.

29
00:03:34,005 --> 00:03:38,051
Akan tetapi, lechwe tahu
air lebih dalam boleh jadi penyelamat.

30
00:04:13,294 --> 00:04:16,381
Gagal. Situasi begitu sukar untuk diatasi.

31
00:04:20,969 --> 00:04:23,513
Sekarang, cuaca terlalu panas
untuk memburu.

32
00:04:27,850 --> 00:04:31,980
Pulang dengan tangan kosong
bermaksud seluruh keluarga akan menderita.

33
00:04:52,041 --> 00:04:54,544
Si kecil merayu mahukan daging.

34
00:05:02,719 --> 00:05:05,221
Namun si ibu cuma ada susu untuk anaknya.

35
00:05:13,604 --> 00:05:16,816
Jika tak makan, anak-anaknya akan mati.

36
00:05:20,028 --> 00:05:22,363
Hari-hari seterusnya kritikal.

37
00:05:24,115 --> 00:05:27,869
Untuk berjaya, kawanan ini
perlukan kualiti yang dikongsi

38
00:05:27,952 --> 00:05:30,371
bersama ahli keluarga anjing lain.

39
00:05:34,834 --> 00:05:36,502
Keluarga serigala.

40
00:05:38,921 --> 00:05:41,132
Rubah, anjing liar

41
00:05:41,716 --> 00:05:42,550
dan jakal.

42
00:05:46,012 --> 00:05:48,139
Tiga puluh lima spesies.

43
00:05:49,640 --> 00:05:52,018
Setiap satunya pemburu.

44
00:05:54,520 --> 00:05:59,150
Sama ada serigala 60 kilogram
mahupun serigala bersaiz Chihuahua.

45
00:06:00,151 --> 00:06:05,365
Keluarga anjing hidup di serata dunia,
dari Sahara hingga ke Artik.

46
00:06:09,786 --> 00:06:13,748
Semua miliki deria bau, penglihatan
dan pendengaran yang luar biasa.

47
00:06:16,751 --> 00:06:18,878
Anjing juga tangkas.

48
00:06:20,004 --> 00:06:22,340
Namun, anjing bukan karnivor terpantas.

49
00:06:24,717 --> 00:06:26,260
Bukan juga yang terbesar.

50
00:06:33,643 --> 00:06:36,145
Semua anjing beraksi
melebihi kemampuannya.

51
00:06:36,646 --> 00:06:39,190
Kebolehan daripada masa silamnya.

52
00:06:44,112 --> 00:06:46,447
Lebih 40 juta tahun lalu,

53
00:06:47,073 --> 00:06:50,993
anjing pertama muncul
di barat daya Amerika.

54
00:06:51,077 --> 00:06:52,245
ARIZONA
AMERIKA SYARIKAT

55
00:06:53,204 --> 00:06:55,665
Ia masih jadi tempat tinggal
anjing berciri primitif.

56
00:06:58,334 --> 00:07:01,379
Rubah kelabu mungkin nampak seperti rubah,

57
00:07:02,588 --> 00:07:06,426
tapi ia berkait rapat dengan
nenek moyang primitif kanin.

58
00:07:10,596 --> 00:07:13,391
Inilah cara semua anjing bermula.

59
00:07:15,017 --> 00:07:15,852
Kecil.

60
00:07:18,396 --> 00:07:19,230
Takut.

61
00:07:21,649 --> 00:07:26,154
Anjing lebih moden, koyote,
akan membunuhnya jika boleh.

62
00:07:37,248 --> 00:07:39,709
Akan tetapi, rubah kelabu ada helah.

63
00:07:43,963 --> 00:07:46,048
Rubah kelabu boleh panjat pokok.

64
00:07:48,217 --> 00:07:50,428
Kebanyakan anjing tak boleh memanjat.

65
00:07:54,098 --> 00:07:56,934
Cakar yang panjang.
Anggota badan yang pendek.

66
00:07:58,102 --> 00:07:59,020
Lincah.

67
00:08:01,439 --> 00:08:03,733
Lebih kucing daripada anjing.

68
00:08:14,327 --> 00:08:18,331
Leluhur awal kekal hidup
dengan tak cari masalah.

69
00:08:20,166 --> 00:08:23,294
Akhirnya, ia turun dari pokok

70
00:08:23,377 --> 00:08:26,380
dan jadi pemburu berani
yang kita kenali hari ini.

71
00:08:31,177 --> 00:08:34,805
Lama-kelamaan,
kaki pendek dan kuat jadi panjang…

72
00:08:36,682 --> 00:08:39,477
dan anjing jadi berjaga-jaga dan bersedia.

73
00:08:50,321 --> 00:08:54,408
Kaki depan dengan otot yang kuat
dan ligamen khas

74
00:08:54,492 --> 00:08:57,036
buat anjing berjalan
dengan penuh bertenaga.

75
00:09:09,924 --> 00:09:11,717
Ia pergerakan yang amat cekap,

76
00:09:12,843 --> 00:09:16,556
ia mengubah anjing jadi pelari
dengan daya tahan bertahap dunia.

77
00:09:19,642 --> 00:09:24,146
ALBERTA UTARA
KANADA

78
00:09:34,407 --> 00:09:38,578
Di bahagian Utara yang amat sejuk,
sukar untuk mencari makanan.

79
00:09:42,206 --> 00:09:43,708
Sepasang serigala kelabu,

80
00:09:43,791 --> 00:09:46,419
setiap seekor dua kali ganda berat
anjing German shepherd,

81
00:09:46,502 --> 00:09:48,045
mengetuai keluarga.

82
00:09:56,304 --> 00:09:59,140
Kawanan ini berjalan
sejauh 96 kilometer sehari.

83
00:10:10,067 --> 00:10:12,320
Menjejak mangsa satu hal.

84
00:10:14,864 --> 00:10:16,574
Membunuhnya satu hal lagi.

85
00:10:20,911 --> 00:10:23,414
Berat seekor bison dewasa
sekitar satu tan.

86
00:10:25,583 --> 00:10:27,960
Bison miliki tanduk dan kuku berbahaya.

87
00:10:39,347 --> 00:10:41,766
Jika bison kekalkan posisi,

88
00:10:42,391 --> 00:10:44,393
kawanan itu bagaikan kubu.

89
00:10:54,820 --> 00:10:57,239
Keluarga serigala mengepung.

90
00:11:04,580 --> 00:11:07,249
Mencari petunjuk ketakutan atau kelemahan.

91
00:11:12,380 --> 00:11:13,631
Serigala bertahan…

92
00:11:15,049 --> 00:11:15,966
berhari-hari.

93
00:11:18,427 --> 00:11:19,887
Tak perlu buat banyak.

94
00:11:21,222 --> 00:11:23,057
Pastikan bison dikepung.

95
00:11:25,226 --> 00:11:27,478
Bison fikir ia akan diburu.

96
00:11:38,864 --> 00:11:41,826
Akhirnya, gangguan serigala terkesan jua.

97
00:11:56,424 --> 00:11:59,218
Kini, serigala harus pastikan bison lari.

98
00:12:25,661 --> 00:12:27,621
Si ayah mengetuai kejar-mengejar.

99
00:12:34,920 --> 00:12:36,338
Ia mengejar tanpa henti.

100
00:12:38,632 --> 00:12:40,801
Walaupun risiko pada diri besar.

101
00:12:47,641 --> 00:12:50,686
Setelah memilih mangsa,
si ayah tak putus asa.

102
00:13:15,085 --> 00:13:19,340
Dengan setiap gigitan,
si ayah buat bison muda itu jadi lemah.

103
00:13:35,022 --> 00:13:37,608
Anjing tidak dilengkapi
dengan cara bunuh pantas.

104
00:13:43,405 --> 00:13:45,199
Namun, ia menyerang tak henti-henti.

105
00:14:14,228 --> 00:14:16,564
Ketahanan membantunya tumbangkan mangsa

106
00:14:16,647 --> 00:14:19,358
yang lima kali lebih berat
daripada dirinya.

107
00:14:25,281 --> 00:14:27,950
Ia mengubah seluruh nasib keluarga.

108
00:14:38,335 --> 00:14:40,671
Tak semua anjing memburu dalam kawanan.

109
00:14:43,173 --> 00:14:45,342
Ada seekor yang suka menyendiri.

110
00:14:48,846 --> 00:14:51,432
Sekali pandang, rupanya seperti rubah.

111
00:14:52,558 --> 00:14:53,559
Akan tetapi,

112
00:14:54,435 --> 00:14:55,895
yang ini berkaki bajang.

113
00:14:57,938 --> 00:15:01,191
Serigala bersurai
anjing tertinggi di dunia.

114
00:15:14,955 --> 00:15:16,290
Untuk mencari makanan,

115
00:15:16,373 --> 00:15:18,792
serigala bersurai perlukan ketinggian,
bukan kelajuan.

116
00:15:19,877 --> 00:15:22,212
Ketinggiannya hampir satu meter.

117
00:15:22,296 --> 00:15:25,090
Mudah untuk melihat
melangkaui rumput tinggi.

118
00:15:29,303 --> 00:15:32,932
Tak banyak haiwan besar
tinggal di dataran gersang ini.

119
00:15:33,807 --> 00:15:35,476
Tanpa mangsa untuk dikejar,

120
00:15:36,018 --> 00:15:37,436
ia bekerja sendirian.

121
00:15:41,482 --> 00:15:44,985
Serigala bersurai ini bergantung
pada hidung dan telinganya.

122
00:15:45,611 --> 00:15:49,740
Deria baunya 50 kali ganda
lebih sensitif daripada manusia.

123
00:15:50,866 --> 00:15:54,411
Pendengarannya boleh kesan
frekuensi ultra tinggi.

124
00:16:39,331 --> 00:16:43,210
Memburu mangsa kecil
tak beri banyak masa untuk berehat.

125
00:17:03,689 --> 00:17:06,442
Namun, rodensia tak cukup
untuk mengenyangkannya.

126
00:17:08,152 --> 00:17:10,237
Di bawah pokok Lubera yang berbuah,

127
00:17:10,904 --> 00:17:14,533
ia dedahkan sesuatu yang
tak dijangka tentang keluarga anjing.

128
00:17:18,829 --> 00:17:21,749
Kadangkala, karnivor pun jadi pemayur.

129
00:17:24,626 --> 00:17:28,630
Anjing miliki gigi lebih kecil
tapi lebih serba guna daripada kucing.

130
00:17:28,714 --> 00:17:31,592
Jadi kebanyakannya
boleh makan hampir apa saja.

131
00:17:35,971 --> 00:17:37,473
Diet flextarian

132
00:17:37,556 --> 00:17:41,143
bermaksud anjing boleh bertahan
apabila mangsa biasa sukar ditemui.

133
00:17:45,647 --> 00:17:47,900
Serta hidup biak di mana-mana sahaja.

134
00:17:54,406 --> 00:17:57,993
Hutan konkrit pun
boleh jadi tempat tinggal.

135
00:18:02,206 --> 00:18:03,457
Di banyak bandar,

136
00:18:03,540 --> 00:18:06,877
rubah merah berkeliaran di jalanan
pada waktu malam.

137
00:18:10,631 --> 00:18:14,009
Kehadirannya bergantung
pada kualiti asas kanin.

138
00:18:16,678 --> 00:18:19,181
Semuanya berkaitan dengan apa yang berlaku

139
00:18:19,765 --> 00:18:20,766
di bawah tanah.

140
00:18:25,896 --> 00:18:28,023
Rubah betina baru melahirkan anak.

141
00:18:33,445 --> 00:18:36,448
Setiap anjing liar
mulakan hidup dalam jerumun,

142
00:18:36,532 --> 00:18:38,575
yang disediakan oleh si ibu.

143
00:18:46,542 --> 00:18:47,668
Ia selamat di sini,

144
00:18:47,751 --> 00:18:51,338
jadi si anak boleh dilahirkan kecil
dan tak berdaya.

145
00:18:52,589 --> 00:18:54,174
Jumlahnya boleh banyak.

146
00:18:59,972 --> 00:19:03,433
Menghasilkan susu
untuk tujuh anak buat si ibu lemah,

147
00:19:03,517 --> 00:19:06,228
tapi si kecil perlu diberi makan
secara berterusan.

148
00:19:06,311 --> 00:19:09,606
Si ibu tak mampu tinggalkan anaknya
untuk cari makanan.

149
00:19:11,567 --> 00:19:16,405
Di belakang setiap rubah betina hebat
ada rubah jantan yang hebat.

150
00:19:22,703 --> 00:19:27,166
Rubah jantan meneroka bandar
dan ambil makanan yang diperlukan.

151
00:19:33,213 --> 00:19:34,506
Ini jarang berlaku.

152
00:19:36,758 --> 00:19:41,263
Tak banyak ibu mamalia boleh harapkan
si ayah untuk kekal bersamanya.

153
00:19:42,389 --> 00:19:47,269
Namun, setiap keluarga anjing liar
miliki ayah setia yang menyaranya.

154
00:19:47,769 --> 00:19:52,232
Kesetiaan ini permulaan ikatan
antara anjing dan manusia.

155
00:19:54,902 --> 00:19:58,071
Ia juga bermaksud
lebih banyak anak rubah akan hidup.

156
00:20:12,586 --> 00:20:16,423
Kejayaan keluarga anjing
bukan tentang kekuatan fizikal.

157
00:20:18,300 --> 00:20:20,802
Ia berjaya atas perkongsian
sepanjang hayat

158
00:20:20,886 --> 00:20:22,721
antara si ibu dan si ayah.

159
00:20:39,488 --> 00:20:43,450
Had kebaktian anjing liar Afrika
sedang diuji.

160
00:20:47,996 --> 00:20:52,000
Dengan 15 anak anjing
dan lebih 20 adik-beradik lebih tua,

161
00:20:52,960 --> 00:20:56,046
penting bagi keluarga ini
memburu dengan jaya segera.

162
00:21:06,515 --> 00:21:08,433
Si ayah kesan sesuatu.

163
00:21:13,438 --> 00:21:15,065
Namun, ia bukan mangsa.

164
00:21:22,239 --> 00:21:23,573
Ia pemangsa lain.

165
00:21:28,954 --> 00:21:31,123
Singa akan bunuh anjing liar.

166
00:21:42,801 --> 00:21:45,220
Anak anjing berada dalam bahaya.

167
00:22:04,281 --> 00:22:05,991
Sia-sia melawan.

168
00:22:13,707 --> 00:22:16,626
Lebih baik umpan singa betina
jauh dari jerumun.

169
00:22:36,646 --> 00:22:37,481
Ia berjaya.

170
00:22:40,150 --> 00:22:43,737
Namun kini, ia sudah tahu
tempat persembunyian dan boleh kembali.

171
00:22:59,503 --> 00:23:01,630
Anjing-anjing liar ini perlu ambil risiko.

172
00:23:04,674 --> 00:23:08,011
Alihkan anak anjing, pada waktu siang.

173
00:23:14,518 --> 00:23:16,561
Ada jerumun lain,

174
00:23:16,645 --> 00:23:19,856
tapi yang paling hampir
lebih kurang 800 meter jauhnya.

175
00:23:25,153 --> 00:23:27,197
Terlalu jauh untuk kaki lemah.

176
00:23:34,287 --> 00:23:37,374
Masa untuk adik-beradik lain membantu.

177
00:24:05,152 --> 00:24:07,487
Lebih selamat, tapi masih lapar.

178
00:24:09,197 --> 00:24:12,576
Peluang untuk kekal hidup semakin tipis.

179
00:24:24,129 --> 00:24:26,882
Anjing memang lemah.

180
00:24:34,347 --> 00:24:37,142
Jika berat kita kurang
daripada dachshund kecil,

181
00:24:37,642 --> 00:24:39,394
kita akan sentiasa tertindas.

182
00:24:44,399 --> 00:24:50,113
Si ayah rubah bertelinga kelawar ini
ditugaskan menjaga lima anaknya,

183
00:24:50,197 --> 00:24:52,616
sementara cinta hatinya, ibu si kecil ini

184
00:24:52,699 --> 00:24:53,700
pergi memburu.

185
00:24:56,369 --> 00:24:58,163
Apa yang boleh berlaku?

186
00:25:01,750 --> 00:25:04,002
Penjagaan bermula seperti biasa.

187
00:25:05,837 --> 00:25:07,380
Si ayah bersihkan anaknya…

188
00:25:11,384 --> 00:25:13,220
dan pantau pembelajaran.

189
00:25:28,068 --> 00:25:29,986
Si kecil ingin meneroka.

190
00:25:30,487 --> 00:25:32,864
Belajar cara gunakan telinga kelawarnya.

191
00:25:36,535 --> 00:25:40,455
Ia boleh dengar bunyi 20 desibel
lebih perlahan daripada manusia.

192
00:25:45,085 --> 00:25:48,004
Termasuk bunyi pergerakan
anai-anai dan kumbang.

193
00:26:01,393 --> 00:26:06,231
Rubah bertelinga kelawar boleh hidup
hanya dengan memakan serangga.

194
00:26:08,316 --> 00:26:10,402
Si ibu perlu beribu serangga sehari

195
00:26:10,485 --> 00:26:12,821
untuk hasilkan susu
yang cukup untuk anaknya.

196
00:26:17,117 --> 00:26:19,494
Sebab itulah si ibu tiada berjam-jam…

197
00:26:24,082 --> 00:26:26,126
dan si ayah kekal di sarang,

198
00:26:27,210 --> 00:26:28,962
menjaga keperluan si anak.

199
00:26:32,966 --> 00:26:34,843
Melindunginya dengan nyawanya.

200
00:26:37,887 --> 00:26:42,350
Namun begitu, ribut tak bermusim
mungkin jadikan situasi yang berbahaya.

201
00:26:51,276 --> 00:26:56,114
Hujan lebat masalah untuk sesiapa sahaja
yang tinggal di bawah tanah.

202
00:27:06,207 --> 00:27:08,668
Si ayah dan anak-anaknya tak terjejas.

203
00:27:13,006 --> 00:27:15,634
Tetapi jirannya
terpaksa tinggalkan jerumun.

204
00:27:21,681 --> 00:27:23,224
Semasa larikan diri,

205
00:27:23,308 --> 00:27:25,560
ada yang tertinggal.

206
00:27:37,322 --> 00:27:40,116
Si anak yang tertinggal
takkan bertahan lama.

207
00:27:44,412 --> 00:27:46,998
Si kecil ini perlukan bantuan keluarga.

208
00:27:56,299 --> 00:27:58,802
Si ayah dan lima anaknya paling dekat.

209
00:28:02,222 --> 00:28:04,891
Si kecil ini hanya boleh merayu
minta bantuan.

210
00:28:13,525 --> 00:28:14,526
Ia berisiko.

211
00:28:16,319 --> 00:28:18,530
Anjing selalu bunuh penceroboh.

212
00:28:38,049 --> 00:28:40,260
Anak-anak rubah mula menerimanya.

213
00:28:57,819 --> 00:29:01,364
Apabila si ayah duduk di sebelah,
ia petanda baik.

214
00:29:16,045 --> 00:29:17,255
Si ibu kembali.

215
00:29:19,215 --> 00:29:21,843
Tiba-tiba ada seekor lagi
untuk diberi makan.

216
00:29:24,053 --> 00:29:25,722
Si ibu buat selamba saja.

217
00:29:32,896 --> 00:29:35,315
Anak rubah ini mungkin ada pertalian.

218
00:29:37,233 --> 00:29:41,029
Walaupun begitu, anak rubah angkat
seperti ini jarang dilihat.

219
00:29:44,824 --> 00:29:48,328
Ayah yang ambil berat
dan keluarga yang fleksibel

220
00:29:49,537 --> 00:29:52,081
bantu lalui masa sukar.

221
00:29:59,297 --> 00:30:02,091
Anjing haiwan yang sangat sosial.

222
00:30:05,386 --> 00:30:09,349
Kunci kehidupan keluarga
adalah komunikasi yang canggih.

223
00:30:20,693 --> 00:30:23,780
Lolongan serigala
sepatutnya menakut-nakuti.

224
00:30:31,496 --> 00:30:34,165
Serigala beritahu jiran sejauh 16 km

225
00:30:34,874 --> 00:30:37,669
tentang saiz dan kekuatan kawanannya.

226
00:30:48,513 --> 00:30:50,807
Ia bagaikan bendera akustik.

227
00:30:52,934 --> 00:30:55,395
Amaran untuk jangan dekati kawasannya.

228
00:31:05,488 --> 00:31:08,283
Dalam kawanan, serigala lebih ekspresif.

229
00:31:11,786 --> 00:31:12,620
Menjeling.

230
00:31:14,956 --> 00:31:15,790
Meromok.

231
00:31:17,667 --> 00:31:19,002
Bulu tengkuk meremang.

232
00:31:20,461 --> 00:31:21,963
Ketinggian ekor.

233
00:31:24,799 --> 00:31:28,887
Sebenarnya, setiap gerakan serigala
sebahagian daripada bahasa rumit.

234
00:31:30,638 --> 00:31:33,308
Anjing bela jinak kita juga faham.

235
00:31:40,148 --> 00:31:43,192
Namun, ini keluarga kanin paling tegas.

236
00:31:47,322 --> 00:31:49,699
Terutamanya waktu makan malam.

237
00:31:59,083 --> 00:32:01,669
Serigala tua selalu makan dulu.

238
00:32:15,266 --> 00:32:17,268
Jika yang muda tak ikut peraturan…

239
00:32:21,981 --> 00:32:24,442
anjing paling berkuasa akan memarahinya.

240
00:32:40,416 --> 00:32:42,835
Menyungkur saja cara untuk meredakannya.

241
00:32:47,465 --> 00:32:51,386
Tatatingkat kuasa tegas ini
dianggap membuka jalan

242
00:32:51,469 --> 00:32:53,429
untuk bekerjasama dengan manusia.

243
00:32:55,932 --> 00:32:58,643
Serigala berpangkat rendah
selalu berlapar.

244
00:32:59,769 --> 00:33:03,022
Pada masa makanan kurang,
ia dihalau daripada kawanan.

245
00:33:05,274 --> 00:33:07,485
Kira-kira 40,000 tahun lalu,

246
00:33:07,568 --> 00:33:10,863
serigala muda yang kelaparan
mendekati sekumpulan manusia

247
00:33:10,947 --> 00:33:14,534
dan guna mata comelnya
untuk meminta makanan.

248
00:33:18,997 --> 00:33:22,208
Serigala cari jalan
sertai keluarga manusia awal.

249
00:33:23,668 --> 00:33:25,044
Serta tawan hati kita.

250
00:33:27,505 --> 00:33:32,885
Hakikat setiap anjing bela jinak,
daripada toy poodle hingga Great Dane,

251
00:33:32,969 --> 00:33:35,722
adalah keturunan serigala kelabu
memang mengagumkan.

252
00:33:37,849 --> 00:33:42,520
Namun hubungan kita
dengan sisi liar keluarga anjing rumit.

253
00:33:43,813 --> 00:33:47,150
Kisah dongeng mengajar kita
serigala besar dan jahat,

254
00:33:48,026 --> 00:33:49,819
atau licik dan penuh muslihat,

255
00:33:51,029 --> 00:33:55,241
walaupun ia berkongsi kesetiaan
dan kepintaran kawan baik kita.

256
00:34:03,583 --> 00:34:08,504
Di seluruh dunia, anjing,
terutamanya serigala, dianiaya,

257
00:34:08,588 --> 00:34:11,424
dihalau dari tempat tinggalnya yang luas.

258
00:34:17,638 --> 00:34:19,348
Namun, daya tahannya tinggi.

259
00:34:21,309 --> 00:34:23,686
Jika diberi peluang dan ruang,

260
00:34:24,270 --> 00:34:25,730
anjing bingkas bangkit.

261
00:34:29,734 --> 00:34:32,653
Ada yang jumpa kejayaan
yang tak dapat ditandingi

262
00:34:32,737 --> 00:34:33,863
dalam dunia moden kita.

263
00:34:33,946 --> 00:34:37,617
ANJING PEMANDU SAHAJA
DIBENARKAN DALAM TAMAN

264
00:34:37,700 --> 00:34:40,203
Disebabkan usaha mak dan ayah,

265
00:34:40,286 --> 00:34:43,247
anak rubah merah bersedia hadapi dunia.

266
00:34:47,126 --> 00:34:51,380
Rubah merah berusia lima bulan ini
sedang belajar cara berdikari.

267
00:34:57,595 --> 00:34:59,847
Saudara boleh jadi kawan seumur hidup.

268
00:35:01,766 --> 00:35:02,850
Rakan memburu.

269
00:35:12,318 --> 00:35:13,444
ANJING PEMANDU SAHAJA

270
00:35:32,880 --> 00:35:34,841
Sambil meninjau jalanan,

271
00:35:34,924 --> 00:35:38,219
ia akan berjaya jika perhati dan belajar
daripada si ibu.

272
00:35:41,097 --> 00:35:43,808
Si ibu temui sumber makanan tetap.

273
00:35:48,229 --> 00:35:50,690
Memberi haiwan liar makan
boleh timbulkan masalah.

274
00:35:52,817 --> 00:35:57,905
Namun, ia mungkin permulaan
hubungan baru antara kita dan anjing liar.

275
00:36:00,074 --> 00:36:03,202
Sama seperti serigala beribu tahun lalu.

276
00:36:11,169 --> 00:36:13,379
Buat masa ini, anak rubah belajar

277
00:36:13,462 --> 00:36:16,757
melalui makanan yang diberi atau dibuang,

278
00:36:16,841 --> 00:36:19,802
manusia jadi faktor penting
kepada kemandiriannya.

279
00:36:24,098 --> 00:36:26,184
Mudah sesuaikan diri
dan pandai ambil peluang,

280
00:36:26,267 --> 00:36:29,645
rubah merah menjelajah ke 83 negara.

281
00:36:30,438 --> 00:36:31,397
Lima benua.

282
00:36:33,733 --> 00:36:38,738
Rubah merah ambil alih tempat serigala
sebagai karnivor paling meluas di Bumi.

283
00:36:45,286 --> 00:36:47,371
Tapi tak semua bernasib baik.

284
00:36:48,414 --> 00:36:51,834
Kehilangan habitat, memburu dan penyakit

285
00:36:51,918 --> 00:36:56,631
bermakna kurang daripada
7,000 anjing liar Afrika dewasa hidup.

286
00:36:58,007 --> 00:37:01,260
Masa depan keluarga ini
berada dalam bahaya.

287
00:37:03,512 --> 00:37:05,556
Ia perlu cari makanan.

288
00:37:07,350 --> 00:37:08,517
Di savana berpokok,

289
00:37:08,601 --> 00:37:10,895
ada banyak tempat
mangsa boleh bersembunyi.

290
00:37:14,023 --> 00:37:16,150
Kawanan ini perlu tukar strategi.

291
00:37:17,360 --> 00:37:19,237
Guna kelebihan pasukan.

292
00:37:48,891 --> 00:37:51,227
Ia berpecah, dua atau tiga ekor sekali,

293
00:37:52,436 --> 00:37:54,438
untuk cuba memaksa impala keluar.

294
00:38:40,109 --> 00:38:41,444
Si ayah dapat sasaran.

295
00:38:54,332 --> 00:38:57,168
Namun, si ayah perlukan yang lain
untuk selesaikan kerja.

296
00:39:06,260 --> 00:39:08,304
Akhirnya, kejayaan.

297
00:39:19,690 --> 00:39:21,108
Anjing liar gigit impala

298
00:39:21,192 --> 00:39:23,694
supaya dapat ketulan besar dan menelannya.

299
00:39:28,949 --> 00:39:30,451
Ia perlu bergerak pantas.

300
00:39:31,369 --> 00:39:34,330
Apabila pemangsa lain dapat tahu
ada mangsa buruan,

301
00:39:36,499 --> 00:39:39,001
anjing liar perlu tinggalkan habuan itu.

302
00:39:43,923 --> 00:39:46,133
Sekali lagi, kawanan ini balik rumah.

303
00:39:48,511 --> 00:39:51,722
Kali ini ia tak pulang
dengan tangan kosong.

304
00:39:55,017 --> 00:39:58,813
Ada yang bawa daging
seberat sepertiga berat badannya

305
00:39:58,896 --> 00:40:00,648
di dalam perutnya.

306
00:40:15,788 --> 00:40:18,749
Tahap keseronokan ini
hanya bermaksud satu perkara.

307
00:40:43,649 --> 00:40:46,360
Di sini tiada tatatingkat
seperti serigala.

308
00:40:48,279 --> 00:40:51,240
Anak anjing liar dan penjaga
dapat sama rata.

309
00:41:03,210 --> 00:41:05,254
Hari ini hari yang menggembirakan.

310
00:41:07,590 --> 00:41:10,718
Masa depan anak-anak
anjing liar ini lebih pasti.

311
00:41:13,929 --> 00:41:15,639
Bagi anjing liar Afrika,

312
00:41:15,723 --> 00:41:19,685
kelangsungan hidup bergantung
kepada pasukan yang berani dan kental.

313
00:41:23,355 --> 00:41:26,192
Sama ada pemburu kawanan atau penyendiri,

314
00:41:26,275 --> 00:41:30,571
semuanya bergantung pada
kekuatan kesetiaan si ibu dan si ayah.

315
00:41:36,368 --> 00:41:38,787
Sebab itulah anjing sangat berjaya.

316
00:41:39,663 --> 00:41:43,417
Dan sebab itulah ia ada
tempat istimewa dalam hati kita.

317
00:42:38,097 --> 00:42:41,016
Terjemahan sari kata oleh Norzaiha Norhan

