1
00:00:06,089 --> 00:00:11,720
SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX

2
00:00:34,576 --> 00:00:38,830
Inilah makhluk yang paling hampir
dengan makhluk asing di Bumi.

3
00:00:41,499 --> 00:00:45,837
Tak hairanlah keluarga sefalopod
telah menangkap imaginasi kita.

4
00:00:51,843 --> 00:00:54,054
Rupanya yang seperti makhluk asing,

5
00:00:56,014 --> 00:01:01,895
datang dengan kepintaran, kebebasan
dan ciptaan yang mengagumkan.

6
00:01:04,105 --> 00:01:06,775
Masih banyak yang perlu dipelajari

7
00:01:06,858 --> 00:01:10,195
tentang legenda dasar laut
yang jarang dilihat.

8
00:01:14,532 --> 00:01:18,369
Haiwan yang sememangnya
lebih aneh daripada fiksyen.

9
00:01:23,500 --> 00:01:28,171
SOTONG KURITA

10
00:01:30,715 --> 00:01:36,012
PULAU VANCOUVER
KANADA

11
00:01:41,976 --> 00:01:43,770
Laut kaya dengan nutrien ini

12
00:01:43,853 --> 00:01:47,649
menjadikannya laut
paling produktif di planet ini.

13
00:01:51,319 --> 00:01:54,697
Tempat sempurna
untuk kehidupan baru bermula.

14
00:01:56,950 --> 00:02:01,746
KEDALAMAN 25 METER
SUHU AIR 5°C

15
00:02:01,830 --> 00:02:03,540
Tersembunyi di bawah ombak…

16
00:02:05,917 --> 00:02:07,252
dalam dunia rahsia…

17
00:02:11,798 --> 00:02:14,759
100,000 telur berharga.

18
00:02:18,763 --> 00:02:22,100
Setiap satu hanya sebesar sebutir padi.

19
00:02:29,607 --> 00:02:32,986
Selama enam bulan, telur ini dijaga

20
00:02:34,070 --> 00:02:35,029
oleh ibu.

21
00:02:38,700 --> 00:02:41,077
Sotong kurita Pasifik gergasi.

22
00:02:42,287 --> 00:02:43,246
Tubuhnya,

23
00:02:44,164 --> 00:02:45,331
menjadi kubu.

24
00:02:48,209 --> 00:02:50,378
Si ibu pastikan air bergerak

25
00:02:50,461 --> 00:02:53,214
untuk halang alga menutupi bayi-bayinya.

26
00:02:55,842 --> 00:02:57,135
Dalam setiap telur,

27
00:02:57,844 --> 00:03:02,182
replika kecil
makhluk yang hampir mustahil.

28
00:03:04,767 --> 00:03:05,894
Lapan lengan,

29
00:03:08,313 --> 00:03:09,856
tiga jantung,

30
00:03:11,274 --> 00:03:12,442
dan berdarah biru.

31
00:03:15,904 --> 00:03:21,034
Akhirnya, makhluk ini akan membesar
jadi 250,000 kali lebih berat,

32
00:03:23,077 --> 00:03:26,331
dan antara pemangsa
paling licik di lautan.

33
00:03:29,918 --> 00:03:32,420
Namun, sejumlah kecil saja yang berjaya.

34
00:03:42,138 --> 00:03:45,058
Sudah tiba masa
tinggalkan sarang selamat itu.

35
00:04:01,032 --> 00:04:03,785
Dengan hembusan terakhir daripada ibu,

36
00:04:06,204 --> 00:04:09,624
bayi ini dicampak ke dalam arus laut.

37
00:04:16,589 --> 00:04:18,716
Si kecil takkan jumpa ibunya lagi.

38
00:04:27,308 --> 00:04:28,518
Bersendirian,

39
00:04:29,769 --> 00:04:31,729
takdirnya ditentukan laut.

40
00:04:43,658 --> 00:04:46,786
Jika berjaya hidup,
si kecil ini akan mengambil tempat

41
00:04:46,869 --> 00:04:51,833
bersama salah satu keluarga haiwan
terhebat di Bumi.

42
00:05:03,678 --> 00:05:05,138
Dijumpai di setiap laut,

43
00:05:07,181 --> 00:05:10,601
ada lebih 800 spesis sotong kurita,

44
00:05:12,270 --> 00:05:13,104
sotong,

45
00:05:14,272 --> 00:05:15,732
dan sotong katak.

46
00:05:18,234 --> 00:05:19,902
Semuanya haiwan sefalopod…

47
00:05:22,947 --> 00:05:26,284
yang bermaksud "kepala-kaki",

48
00:05:27,368 --> 00:05:29,579
kerana anatomi anehnya,

49
00:05:30,246 --> 00:05:33,166
dengan anggota badan tumbuh di muka.

50
00:05:36,627 --> 00:05:39,589
Namun, sefalopod paling awal
rupanya begini.

51
00:05:41,883 --> 00:05:42,884
Nautilus.

52
00:05:45,261 --> 00:05:47,513
Rupanya mirip saudara moluskanya,

53
00:05:48,139 --> 00:05:49,140
siput.

54
00:05:51,726 --> 00:05:55,813
Ia tak berubah
selama setengah bilion tahun,

55
00:05:59,359 --> 00:06:04,447
sementara yang lain berevolusi
dengan cara yang amat luar biasa.

56
00:06:05,448 --> 00:06:07,450
Cangkerang sudah tiada.

57
00:06:08,826 --> 00:06:12,121
Itu menjadikannya
lebih fleksibel, lebih lincah.

58
00:06:13,915 --> 00:06:17,835
Itu memudahkannya teroka tempat
yang dulunya tak dapat dicapai.

59
00:06:21,506 --> 00:06:23,925
Bentuknya yang boleh berubah juga mampu

60
00:06:24,008 --> 00:06:27,095
menahan tekanan tinggi laut dalam.

61
00:06:29,430 --> 00:06:32,058
Namun, tanpa cangkerang
sebagai perlindungan,

62
00:06:32,141 --> 00:06:34,268
sefalopod jadi sasaran mudah.

63
00:06:36,354 --> 00:06:40,983
Jadi, sefalopod wujudkan
pelbagai kebolehan luar biasa

64
00:06:41,067 --> 00:06:42,402
untuk kekal selamat.

65
00:06:48,866 --> 00:06:52,036
Ia amat penting
di laut yang penuh pemangsa.

66
00:06:52,829 --> 00:06:58,084
SEMENANJUNG CAPE
AFRIKA SELATAN

67
00:07:00,378 --> 00:07:04,340
KEDALAMAN 5 METER
SUHU AIR 15°C

68
00:07:06,509 --> 00:07:09,470
Laut boleh jadi tempat yang menakutkan,

69
00:07:11,848 --> 00:07:14,517
jika saiz diri cuma sebesar kotak mancis.

70
00:07:17,937 --> 00:07:20,273
Berbaloi jika tidak menonjolkan diri.

71
00:07:22,984 --> 00:07:26,237
Namun, sotong katak kecil
tak boleh sembunyi selamanya.

72
00:07:31,534 --> 00:07:35,538
Metabolisme tinggi maksudnya
sotong katak sentiasa lapar.

73
00:07:41,294 --> 00:07:44,088
Makanan kegemarannya
tinggal di kawasan cetek,

74
00:07:45,798 --> 00:07:47,925
20 meter dari situ.

75
00:07:54,265 --> 00:07:58,394
Namun, jika diri sekecil itu,
ia perjalanan yang epik…

76
00:08:02,815 --> 00:08:04,484
penuh dengan bahaya.

77
00:08:10,740 --> 00:08:12,783
Sotong katak ini pandai berenang,

78
00:08:14,410 --> 00:08:16,787
tapi ikan lebih laju…

79
00:08:21,375 --> 00:08:23,461
dengan penglihatan tajam.

80
00:08:25,838 --> 00:08:30,510
Namun, sefalopod pakar penyamaran.

81
00:08:38,518 --> 00:08:40,186
Sotong katak yang bijak

82
00:08:41,229 --> 00:08:44,065
mempertingkatkan penyamarannya.

83
00:08:45,775 --> 00:08:47,777
Otot khas dalam kulitnya

84
00:08:47,860 --> 00:08:54,158
menghasilkan beribu benjolan berduri
dikenali sebagai "tuberkel",

85
00:08:56,410 --> 00:08:58,246
supaya menyerupai rumpai laut.

86
00:09:04,001 --> 00:09:05,711
Nampaknya, helah itu berjaya.

87
00:09:10,216 --> 00:09:13,386
Bukan ini saja helah yang ada.

88
00:09:16,222 --> 00:09:20,142
Dalam masa kurang sesaat,
sotong katak boleh bertukar rupa.

89
00:09:27,233 --> 00:09:28,359
Siput…

90
00:09:34,240 --> 00:09:35,074
karang…

91
00:09:38,869 --> 00:09:39,870
atau batu.

92
00:09:47,044 --> 00:09:50,506
Sefalopod ada kebolehan menakjubkan
untuk mengubah warna

93
00:09:51,966 --> 00:09:54,343
disebabkan kromatofornya.

94
00:09:56,137 --> 00:10:00,975
Berjuta sel seperti piksel
dipenuhi dengan pigmen

95
00:10:01,767 --> 00:10:06,105
mengembang dan mengecut seperti belon…

96
00:10:10,943 --> 00:10:14,113
untuk menghasilkan
perubahan warna yang cepat.

97
00:10:21,996 --> 00:10:26,500
Sangat sesuai untuk bergabung
dengan latar belakang kurang sesaat.

98
00:10:33,966 --> 00:10:37,094
Kemampuan sefalopod
mengatasi sumpah-sumpah.

99
00:10:38,679 --> 00:10:43,100
Penyamarannya amat sofistikated
berbanding mana-mana haiwan.

100
00:10:51,192 --> 00:10:56,030
Samarannya cukup untuk memastikan
sotong katak tuberkulat selamat.

101
00:10:59,950 --> 00:11:01,744
Namun, jika semua tak berjaya…

102
00:11:12,129 --> 00:11:13,130
Skrin asap.

103
00:11:21,055 --> 00:11:23,265
Bebola dakwat kaya dengan mukus

104
00:11:23,349 --> 00:11:26,435
meniru bentuk dan saiznya.

105
00:11:29,188 --> 00:11:32,733
Setelah memasang umpan,
sotong katak melarikan diri.

106
00:11:37,780 --> 00:11:39,323
Tak seperti sotong kurita,

107
00:11:39,407 --> 00:11:41,534
sotong katak ada cangkerang dalaman.

108
00:11:42,451 --> 00:11:44,286
Pembantu apungan terbina dalam

109
00:11:44,370 --> 00:11:46,706
buat sotong katak perenang handal.

110
00:11:47,748 --> 00:11:48,708
Walaupun begitu,

111
00:11:48,791 --> 00:11:51,585
selepas perjalanan jauh dan menjerihkan

112
00:11:51,669 --> 00:11:53,504
sotong katak kini lapar.

113
00:12:23,951 --> 00:12:25,244
Mengubah bentuk,

114
00:12:26,996 --> 00:12:28,205
mengeluarkan dakwat,

115
00:12:29,665 --> 00:12:31,917
malah buat anggota tubuh tumbuh semula

116
00:12:33,753 --> 00:12:35,880
merupakan kuasa luar biasa sefalopod

117
00:12:35,963 --> 00:12:39,383
yang membantunya hidup
di dalam air berbahaya.

118
00:12:50,561 --> 00:12:53,647
Di Kanada, ada kisah kejayaan

119
00:12:54,231 --> 00:12:56,734
dalam menghadapi halangan sukar.

120
00:13:05,576 --> 00:13:09,580
Sotong kurita gergasi Pasifik ini
kini berusia setahun,

121
00:13:11,916 --> 00:13:14,585
dan sudah pun 2,000 kali ganda besar.

122
00:13:16,337 --> 00:13:18,881
Namun, masih jauh perjalanan
untuk membesar.

123
00:13:22,843 --> 00:13:26,806
Hanya satu dalam 30,000
berjaya jadi dewasa.

124
00:13:33,687 --> 00:13:35,147
Untuk mencapainya,

125
00:13:35,815 --> 00:13:39,610
kurita perlu bergantung pada
daya penglihatannya yang luar biasa.

126
00:13:41,612 --> 00:13:42,988
Setiap mata kurita

127
00:13:43,072 --> 00:13:46,742
mempunyai medan penglihatan lebih besar
daripada dua mata kita.

128
00:13:49,954 --> 00:13:51,914
Jika kurita guna kedua-dua mata…

129
00:13:56,794 --> 00:13:58,170
tiada yang terlepas.

130
00:14:00,631 --> 00:14:02,800
Tanpa halangan tengkorak keras,

131
00:14:02,883 --> 00:14:05,511
matanya bergerak bebas,

132
00:14:06,512 --> 00:14:11,809
jadi kurita boleh melihat depan
dan belakang pada masa yang sama

133
00:14:12,643 --> 00:14:16,355
dengan medan penglihatan
hampir 360 darjah.

134
00:14:21,652 --> 00:14:23,863
Ia membolehkan kurita mencari makanan

135
00:14:25,948 --> 00:14:29,285
dan berwaspada jika ada bahaya.

136
00:14:33,539 --> 00:14:37,459
Seperti kurita lain, kurita ini
hampir keseluruhannya protein asli.

137
00:14:45,259 --> 00:14:46,927
Semua nak makan kurita.

138
00:14:55,686 --> 00:14:59,189
Kini kurita ini cukup besar
untuk menahan serangan ikan batu

139
00:15:00,900 --> 00:15:04,862
tapi sentiasa ada pemangsa lebih besar
yang sedang mencari makanan.

140
00:15:22,129 --> 00:15:24,381
Kurita perlu berwaspada.

141
00:15:30,012 --> 00:15:32,097
Tanpa ibu bapa untuk melindunginya,

142
00:15:32,181 --> 00:15:37,019
kurita muda mesti seimbangkan
rasa ingin tahu dengan sifat waspada.

143
00:15:41,357 --> 00:15:45,694
Dalam lautan yang sentiasa berubah,
kurita perlu belajar dengan pantas.

144
00:16:00,918 --> 00:16:02,336
Apabila air pasang,

145
00:16:03,087 --> 00:16:05,047
pemangsa masuk,

146
00:16:06,131 --> 00:16:09,093
mencari mangsa yang terkandas
selepas air surut.

147
00:16:10,135 --> 00:16:15,099
KEDALAMAN 0 - 1 METER
SUHU AIR 26 - 45°C

148
00:16:18,602 --> 00:16:20,437
Terdampar dalam kolam batu…

149
00:16:26,026 --> 00:16:29,655
ialah sotong kurita karang Brazil
berusia sembilan bulan.

150
00:16:33,575 --> 00:16:35,577
Terputus daripada laut yang surut,

151
00:16:36,537 --> 00:16:38,914
kurita ini takkan bertahan lama di sini.

152
00:16:47,464 --> 00:16:51,969
Namun, kurita muda pintar ini
masih belum berputus asa.

153
00:17:08,610 --> 00:17:09,820
Di atas,

154
00:17:09,903 --> 00:17:15,826
inilah detik yang ditunggu-tunggu
segerombolan ketam Sally Lightfoot.

155
00:17:17,453 --> 00:17:21,457
Air surut peluang untuk makan
pada batu terdedah.

156
00:17:24,668 --> 00:17:27,921
Pada mulanya, ketam ini
bersungguh mahu kekal kering,

157
00:17:30,424 --> 00:17:33,302
melompat sepuluh kali ganda
panjang tubuhnya

158
00:17:33,385 --> 00:17:35,262
dari batu ke batu.

159
00:17:42,936 --> 00:17:47,858
Namun, jika jurang terlalu besar,
ketam terpaksa terjun masuk air.

160
00:18:08,253 --> 00:18:09,922
Ini bukan serangan bertuah.

161
00:18:10,005 --> 00:18:12,633
Ia serangan hendap yang sudah dirancang.

162
00:18:14,384 --> 00:18:18,597
Kurita muda ini sudah pelajari
jalan biasa yang diambil ketam.

163
00:18:22,392 --> 00:18:25,270
Kebolehan hebat kurita
untuk rangka strategi…

164
00:18:30,859 --> 00:18:34,238
dilakukan dengan otaknya yang luar biasa

165
00:18:35,364 --> 00:18:37,366
yang diagihkan ke serata tubuhnya.

166
00:18:38,158 --> 00:18:42,412
Dua pertiga neuronnya
berada dalam anggota badannya.

167
00:18:44,665 --> 00:18:48,252
Kurita belajar sendiri,
jadi kurita tahu masa menunggu

168
00:18:49,336 --> 00:18:50,629
dan masa mengejar.

169
00:19:29,209 --> 00:19:30,627
Kurita melumpuhkannya

170
00:19:30,711 --> 00:19:34,923
dengan menyuntik air liur toksik
menggunakan paruhnya yang tersembunyi,

171
00:19:36,425 --> 00:19:40,971
kemudian menunggu enzim pencernaannya
cairkan bahagian dalam.

172
00:19:42,514 --> 00:19:44,224
Ketam kocak berkhasiat.

173
00:19:47,144 --> 00:19:49,980
Kurita perlukan lima sehari
untuk terus membesar

174
00:19:50,564 --> 00:19:53,066
dan harus bertindak mengatasi masa.

175
00:20:06,622 --> 00:20:09,666
Matahari di tengah hari
mengecilkan kolamnya,

176
00:20:13,003 --> 00:20:16,423
mengancam mengeringkan
air di sekelilingnya.

177
00:20:22,346 --> 00:20:25,933
Sedang kurita bernafas
melalui insang basah,

178
00:20:26,683 --> 00:20:28,518
kurita akan mati tanpa air.

179
00:20:31,939 --> 00:20:34,149
Air cuma akan pasang berjam-jam lagi,

180
00:20:37,319 --> 00:20:39,863
tapi kurita ada solusi pintar.

181
00:20:43,825 --> 00:20:46,078
Di dalam rongga di belakang kepalanya,

182
00:20:46,161 --> 00:20:48,997
kurita menyimpan air
untuk benarkannya bernafas.

183
00:20:55,754 --> 00:20:58,382
Cukup untuk memberinya beberapa minit.

184
00:21:06,556 --> 00:21:11,061
Ia ruang bernafas yang diperlukan
untuk lakukan perkara mustahil.

185
00:21:26,994 --> 00:21:28,870
Kurita jadi perayap darat.

186
00:21:36,503 --> 00:21:40,215
Kurita harus bergerak pantas
sebelum menjadi kering.

187
00:21:46,972 --> 00:21:49,766
Tubuhnya yang gemalai kini terasa berat.

188
00:21:51,393 --> 00:21:53,937
Organnya bakal gagal berfungsi.

189
00:21:59,192 --> 00:22:02,195
Berpindah ke kolam lain strategi berisiko,

190
00:22:03,989 --> 00:22:09,036
namun dengan kebijaksanaannya merancang,
kurita takkan terkandas.

191
00:22:24,593 --> 00:22:29,097
Semakin sukar cabarannya,
sefalopod jadi semakin kreatif.

192
00:22:38,398 --> 00:22:41,902
Pasir tandus tanpa tempat
untuk bersembunyi.

193
00:22:46,740 --> 00:22:50,994
KEDALAMAN 5 METER
SUHU AIR 28°C

194
00:22:52,120 --> 00:22:53,997
Ikan buntal pemangsa.

195
00:22:55,707 --> 00:22:56,917
Untuk hidup di sini,

196
00:22:58,001 --> 00:23:02,464
sotong kurita menggunakan
antara strategi terpelik di Bumi.

197
00:23:07,094 --> 00:23:11,264
Wunderpus mengelirukan pemangsa
dengan berperangai amat pelik.

198
00:23:13,058 --> 00:23:16,561
Kurita cincin biru
tunjukkan racun mautnya.

199
00:23:19,815 --> 00:23:22,484
Kurita lain lebih inovatif.

200
00:23:26,363 --> 00:23:30,367
Kurita ini nampaknya menyesal
tinggalkan cangkerangnya,

201
00:23:30,450 --> 00:23:32,869
berjuta-juta tahun dahulu.

202
00:23:39,418 --> 00:23:42,045
Apabila mahu menggantikan baju perisai,

203
00:23:43,004 --> 00:23:46,091
saiz yang sesuai amat penting.

204
00:23:56,935 --> 00:23:59,563
Perlindungan sempurna
daripada ikan buntal.

205
00:24:07,988 --> 00:24:09,114
Setelah memakainya,

206
00:24:09,865 --> 00:24:12,784
kurita bawa rumah bergeraknya
ke mana-mana sahaja.

207
00:24:19,124 --> 00:24:21,084
Boleh tahan bagi seekor moluska.

208
00:24:28,091 --> 00:24:29,468
Sotong kurita,

209
00:24:29,551 --> 00:24:32,262
antara yang terbijak di laut

210
00:24:33,597 --> 00:24:37,225
dan pengguna alat terhandal
berbanding mana-mana invertebrat.

211
00:24:41,146 --> 00:24:43,440
Kurita juga dianggap boleh bermimpi.

212
00:24:47,736 --> 00:24:51,323
Apabila kepintaran
bergabung dengan saiz besar,

213
00:24:52,616 --> 00:24:54,993
terwujudlah sesuatu yang mengagumkan.

214
00:24:56,244 --> 00:25:01,791
PULAU VANCOUVER
KANADA

215
00:25:06,129 --> 00:25:11,384
KEDALAMAN 25 METER
SUHU AIR 5°C

216
00:25:15,096 --> 00:25:16,765
Laluan kemusnahan,

217
00:25:17,682 --> 00:25:19,684
menuju ke arah raksasa laut mitos,

218
00:25:20,185 --> 00:25:22,479
di kemuncak kuasanya.

219
00:25:30,111 --> 00:25:32,989
Antara haiwan
paling cepat membesar di planet,

220
00:25:33,740 --> 00:25:37,744
kurita perlukan 200,000 kalori sehari.

221
00:25:39,454 --> 00:25:41,414
Perlu banyak masa untuk berburu.

222
00:25:57,556 --> 00:25:59,683
Kini, seberat manusia,

223
00:26:01,351 --> 00:26:04,646
kurita gergasi Pasifik
berusia tiga tahun ini

224
00:26:05,814 --> 00:26:08,233
ialah fenomena fisiologi.

225
00:26:17,284 --> 00:26:19,494
Kurita ini memiliki darah biru pekat

226
00:26:19,578 --> 00:26:22,914
yang dipam ke seluruh tubuh
dengan tiga jantungnya.

227
00:26:26,585 --> 00:26:28,420
Berenang menjerihkan.

228
00:26:30,755 --> 00:26:33,383
Lebih baik jimat tenaga dan berjalan.

229
00:26:44,561 --> 00:26:48,898
Lapan tangan berotot sepanjang lima meter.

230
00:26:54,195 --> 00:26:57,240
Ia cukup kuat untuk menyiat kulit manusia.

231
00:27:03,663 --> 00:27:07,125
Tangannya melihat menerusi sentuhan.

232
00:27:23,308 --> 00:27:25,935
Dua ribu penghisap meraba-raba,

233
00:27:27,479 --> 00:27:29,314
sambil merasa.

234
00:27:58,635 --> 00:28:02,806
Setiap sajian bawa kurita
lebih dekat ke matlamat utamanya.

235
00:28:03,723 --> 00:28:06,976
Untuk meninggalkan gennya
kepada generasi seterusnya.

236
00:28:10,605 --> 00:28:13,483
Menambah beratnya sebelum mengawan

237
00:28:13,566 --> 00:28:17,278
cara terbaik memastikan pembiakan berjaya.

238
00:28:18,238 --> 00:28:21,908
Kurita membersihkan penghisapnya
untuk memperbaiki deria rasa,

239
00:28:22,784 --> 00:28:23,618
sentuh

240
00:28:24,703 --> 00:28:25,537
dan cengkaman.

241
00:28:28,790 --> 00:28:30,041
Pembersihan pantas…

242
00:28:34,295 --> 00:28:35,922
kurita kembali berburu.

243
00:28:42,011 --> 00:28:44,806
Bagi kebanyakan haiwan,
ini satu perangkap.

244
00:28:54,315 --> 00:28:55,984
Namun, kurita lebih bijak.

245
00:29:01,448 --> 00:29:02,657
Di tempat terbuka,

246
00:29:03,992 --> 00:29:05,410
mudah saja dapat mangsa.

247
00:29:12,542 --> 00:29:15,044
Ini sesi pembunuhan terakhirnya.

248
00:29:17,505 --> 00:29:20,675
Tindakan akhirnya
sebagai pembunuh tunggal.

249
00:29:27,015 --> 00:29:30,935
Kebanyakan sefalopod hanya dapat
satu peluang untuk mengawan.

250
00:29:32,270 --> 00:29:36,733
Jadi, sefalopod harus bersedia
untuk buat apa-apa saja yang perlu.

251
00:29:37,609 --> 00:29:42,697
WHYALLA
AUSTRALIA SELATAN

252
00:29:45,617 --> 00:29:47,786
Setiap musim sejuk, teluk sunyi ini

253
00:29:47,869 --> 00:29:51,039
jadi aktif dengan kegiatan sefalopod.

254
00:29:56,669 --> 00:30:01,883
KEDALAMAN 5 METER
SUHU AIR 12°C

255
00:30:03,593 --> 00:30:06,763
250,000 sotong katak gergasi,

256
00:30:07,931 --> 00:30:10,058
terdesak untuk mencari pasangan.

257
00:30:14,229 --> 00:30:16,815
Sotong katak jantan ini mula lambat.

258
00:30:23,738 --> 00:30:26,699
Sotong katak jantan
boleh capai semeter panjangnya,

259
00:30:28,618 --> 00:30:31,538
tapi, dengan hanya 30 sentimeter,

260
00:30:33,081 --> 00:30:36,251
sotong katak jantan ini
sukar atasi yang lebih besar.

261
00:30:40,088 --> 00:30:42,674
Sotong katak jantan mengawal yang betina.

262
00:30:42,757 --> 00:30:46,594
Ada sebelas jantan dan seekor betina.

263
00:30:49,138 --> 00:30:51,975
Tak mudah bagi pendatang baru
mengorak langkah.

264
00:30:56,104 --> 00:30:58,857
Kulit kaleidoskop si gergasi

265
00:31:00,483 --> 00:31:01,985
dan tangannya yang besar

266
00:31:03,027 --> 00:31:05,071
menunjukkan kejantanannya.

267
00:31:08,533 --> 00:31:11,202
Sotong katak kecil ini tak mampu bersaing.

268
00:31:22,672 --> 00:31:24,799
Apabila dua gergasi sama setara,

269
00:31:28,177 --> 00:31:31,764
umpan dakwat mengalih perhatian
dan mengelirukan penyerang.

270
00:31:57,582 --> 00:31:58,583
Parut perang.

271
00:31:59,250 --> 00:32:02,587
Peringatan yang sotong katak
sanggup risikokan segalanya.

272
00:32:06,424 --> 00:32:09,302
Keinginan untuk mengawan tak tertahan.

273
00:32:17,143 --> 00:32:19,562
Pendatang baru nampak peluang.

274
00:32:25,360 --> 00:32:28,279
Dua sotong katak besar asyik berlawan,

275
00:32:29,072 --> 00:32:31,616
meninggalkan yang betina tak dikawal.

276
00:32:46,172 --> 00:32:47,674
Si jantan menyusup masuk.

277
00:32:54,013 --> 00:32:57,266
Sotong katak mengawan
sambil berpelukan secara berdepan.

278
00:32:59,352 --> 00:33:01,312
Si jantan cuba mengambil posisi.

279
00:33:03,564 --> 00:33:05,900
Kini si gergasi sudah kembali berkawal.

280
00:33:07,860 --> 00:33:09,112
Ia terlalu berisiko.

281
00:33:17,578 --> 00:33:19,706
Masa untuk menyamar.

282
00:33:22,875 --> 00:33:27,171
Si jantan sembunyikan tangan besar
yang tunjukkan jantinanya.

283
00:33:37,849 --> 00:33:41,686
Seekor lagi betina berada
di bawah sotong katak besar,

284
00:33:42,270 --> 00:33:44,564
lalu si jantan memperbaiki samarannya

285
00:33:45,314 --> 00:33:50,737
dengan membuat warnanya kusam
untuk meniru selubung berbintik si betina.

286
00:33:56,284 --> 00:33:57,702
Dengan penyamaran penuh,

287
00:34:01,080 --> 00:34:02,957
pendatang baru menyusup masuk…

288
00:34:13,926 --> 00:34:15,178
dan berjaya mengawan…

289
00:34:17,805 --> 00:34:20,558
tanpa disedari sotong besar itu.

290
00:34:23,811 --> 00:34:28,316
Ini membuktikan kepintaran
sama menarik dengan kekuatan.

291
00:34:44,624 --> 00:34:49,545
Dalam keasyikan mengawan,
pendatang baru terlupa samarannya.

292
00:34:51,089 --> 00:34:52,340
Helah sudah disedari.

293
00:35:05,603 --> 00:35:08,397
Penipuan mengagumkan ini

294
00:35:08,481 --> 00:35:12,318
merangkumi satu pertiga
daripada semua kejayaan mengawan.

295
00:35:15,613 --> 00:35:17,657
Tugas si kecil ini sudah selesai.

296
00:35:19,826 --> 00:35:22,161
Namun, bagi kebanyakan sefalopod,

297
00:35:22,245 --> 00:35:26,791
mengawan cuma permulaan
pertarungan untuk membiak.

298
00:35:34,382 --> 00:35:39,428
CAPE TIMUR
AFRIKA SELATAN

299
00:35:41,848 --> 00:35:46,978
KEDALAMAN 30 METER
SUHU AIR 10°C

300
00:35:49,605 --> 00:35:51,023
Pemangsa berkumpul.

301
00:35:57,321 --> 00:35:58,823
Ikan pari ekor pendek…

302
00:36:00,950 --> 00:36:02,451
anjing laut berbulu Cape…

303
00:36:07,039 --> 00:36:08,666
dan jerung harimau pasir…

304
00:36:11,127 --> 00:36:13,212
datang ke sini atas satu tujuan.

305
00:36:15,214 --> 00:36:16,549
Jamuan tahunan.

306
00:36:22,930 --> 00:36:24,932
Segerombolan sotong chokka.

307
00:36:28,311 --> 00:36:30,396
Tak seperti kurita yang menyendiri,

308
00:36:31,355 --> 00:36:34,233
sotong chokka bergerak
dalam kawanan besar,

309
00:36:35,818 --> 00:36:39,530
supaya lebih selamat menyusuri
laut terbuka dalam jumlah besar.

310
00:36:45,578 --> 00:36:47,079
Sotong ini sudah mengawan

311
00:36:47,914 --> 00:36:50,708
dan dikawal oleh sotong jantan besar

312
00:36:50,791 --> 00:36:53,628
untuk memastikan
yang betina tidak mengawan lagi.

313
00:36:56,589 --> 00:36:59,675
Sotong betina
perlu bertelur di dasar laut.

314
00:37:00,593 --> 00:37:01,427
Sebelum itu,

315
00:37:02,136 --> 00:37:05,306
sotong betina harus melepasi
sekatan pemangsa.

316
00:37:20,780 --> 00:37:24,909
Peluang terbaiknya,
bersembunyi dalam kawanan sotong.

317
00:38:17,628 --> 00:38:18,921
Berjaya.

318
00:38:21,757 --> 00:38:25,386
Si ibu meletakkan kapsulnya
bersama yang lain yang sudah ada.

319
00:38:33,352 --> 00:38:36,772
Berjuta telur di satu lokasi.

320
00:38:47,158 --> 00:38:48,993
Pembiakan luar biasa

321
00:38:49,577 --> 00:38:51,787
dan kemampuan menyesuaikan diri hebat

322
00:38:52,288 --> 00:38:55,458
bawa kejayaan besar kepada sefalopod.

323
00:39:01,547 --> 00:39:02,673
Hari ini pun,

324
00:39:02,757 --> 00:39:04,967
sedang banyak haiwan lain menurun,

325
00:39:05,801 --> 00:39:06,886
banyak sotong,

326
00:39:07,762 --> 00:39:08,763
sotong katak

327
00:39:09,930 --> 00:39:11,140
dan sotong kurita

328
00:39:12,016 --> 00:39:15,227
bukan sekadar hidup,
malah hidup biak dengan baik.

329
00:39:17,271 --> 00:39:18,898
Tersembunyi dari pandangan,

330
00:39:19,565 --> 00:39:22,026
dengan jumlah semakin meningkat…

331
00:39:23,986 --> 00:39:25,696
memperluaskan julatnya.

332
00:39:32,411 --> 00:39:36,332
Namun, sedang suhu laut
dan cara memancing berubah…

333
00:39:38,376 --> 00:39:42,630
sukar untuk tentukan keadaan
yang menanti generasi akan datang.

334
00:39:46,050 --> 00:39:47,760
Cuma satu perkara yang pasti.

335
00:39:48,761 --> 00:39:50,429
Setiap satu ada ibu hebat,

336
00:39:50,513 --> 00:39:53,349
bersedia untuk korbankan diri
demi anaknya.

337
00:39:53,432 --> 00:39:58,813
PULAU VANCOUVER
KANADA

338
00:40:01,982 --> 00:40:07,405
KEDALAMAN 25 METER
SUHU AIR 5°C

339
00:40:10,366 --> 00:40:11,992
Sekarang empat tahun,

340
00:40:12,076 --> 00:40:16,539
sotong kurita Pasifik ini
pemandiri sejati.

341
00:40:22,962 --> 00:40:24,588
Kurita ini hidup sendirian,

342
00:40:25,423 --> 00:40:27,299
anak yatim sejak lahir.

343
00:40:36,350 --> 00:40:41,230
Kini, tiga jantungnya berdegup
dengan satu tujuan.

344
00:40:43,899 --> 00:40:45,693
Tindakannya yang terakhir.

345
00:40:47,069 --> 00:40:48,362
Menjaga anaknya.

346
00:40:52,491 --> 00:40:54,660
Selama hampir seperempat hidupnya,

347
00:40:54,743 --> 00:40:56,704
kurita tak berbuat perkara lain.

348
00:41:02,585 --> 00:41:04,503
Kurita tak tinggalkan sarangnya,

349
00:41:05,421 --> 00:41:06,547
tak makan,

350
00:41:08,048 --> 00:41:12,636
berlapar untuk beri permulaan hidup
terbaik untuk anak-anaknya.

351
00:41:29,612 --> 00:41:32,114
Anak-anak itu merupakan legasinya.

352
00:41:57,848 --> 00:42:01,060
Tanpa menyedari si ibu
menggadaikan nyawa demi si anak,

353
00:42:02,144 --> 00:42:05,856
sotong kurita kecil
bersedia menghadapi dunia

354
00:42:07,149 --> 00:42:12,279
dan mengajar kita lebih banyak
tentang haiwan mengagumkan ini.

355
00:43:05,833 --> 00:43:08,752
Terjemahan sari kata oleh Norzaiha Norhan

