1
00:00:06,089 --> 00:00:11,720
SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX

2
00:00:23,106 --> 00:00:25,608
Untuk campuran pelik sekumpulan makhluk…

3
00:00:29,154 --> 00:00:30,613
tak perlu lihat jauh.

4
00:00:32,157 --> 00:00:33,992
Inilah marsupial.

5
00:00:35,785 --> 00:00:40,206
Haiwan mamalia berkantung
yang lain daripada yang lain.

6
00:00:41,791 --> 00:00:43,752
Marsupial mungkin nampak aneh,

7
00:00:45,795 --> 00:00:48,048
tapi jangan perkecilkannya.

8
00:00:53,636 --> 00:00:59,225
Dengan kuasa luar jangkaan dan kemampuan
menyesuaikan diri yang luar biasa

9
00:01:00,977 --> 00:01:03,980
marsupial menakluki sebuah benua.

10
00:01:09,986 --> 00:01:12,655
MARSUPIAL

11
00:01:17,410 --> 00:01:22,499
Lembah beraltitud tinggi ini
tempat tinggal sejenis marsupial ikonik.

12
00:01:22,582 --> 00:01:24,667
PERGUNUNGAN ALPEN AUSTRALIA
VICTORIA

13
00:01:26,961 --> 00:01:28,838
Kanggaru kelabu timur.

14
00:01:31,174 --> 00:01:35,220
Hari ini, seekor bayi kanggaru
dialu-alukan ke dunia.

15
00:01:43,520 --> 00:01:46,481
Semua bayi kanggaru
bermula dengan cara yang sama.

16
00:01:48,483 --> 00:01:50,819
Embrio yang amat kecil.

17
00:01:54,697 --> 00:01:57,826
Dalam keadaan buta
dengan anggota belakang yang kecil,

18
00:01:58,535 --> 00:02:02,080
ia harus memanjat dinding bulu
enam kali ganda ketinggiannya.

19
00:02:04,290 --> 00:02:05,166
Matlamatnya?

20
00:02:06,751 --> 00:02:08,169
Kantung ibunya.

21
00:02:19,389 --> 00:02:22,058
Kantung itu pastikan si anak hangat,

22
00:02:23,309 --> 00:02:24,352
diberi makan

23
00:02:24,853 --> 00:02:26,062
dan selamat.

24
00:02:31,317 --> 00:02:33,695
Sehingga si anak bersedia untuk muncul.

25
00:02:40,910 --> 00:02:43,496
Mara laju enam bulan.

26
00:02:46,416 --> 00:02:50,211
Anak kanggaru kelabu timur
meninjau dunia buat pertama kali.

27
00:03:01,723 --> 00:03:04,392
Si anak baru tahu
ia anggota sebuah kumpulan.

28
00:03:06,060 --> 00:03:07,604
Dikenali sebagai sekawan.

29
00:03:10,857 --> 00:03:13,526
Ibu dan beberapa kanggaru betina lain

30
00:03:14,277 --> 00:03:16,529
dikawal dengan rasa cemburu oleh bos.

31
00:03:18,072 --> 00:03:19,157
Iaitu ayahnya.

32
00:03:27,957 --> 00:03:31,878
Si anak bakal mengetahui
rahsia kejayaan ayahnya.

33
00:03:37,634 --> 00:03:39,010
Banyak otot,

34
00:03:40,053 --> 00:03:41,804
kerap melenturtegang otot.

35
00:03:47,852 --> 00:03:50,021
Ada pencabar nampaknya.

36
00:03:51,648 --> 00:03:53,983
Untuk mencabar hak mengawan si ayah.

37
00:03:56,653 --> 00:03:58,613
Ia pameran kuasa…

38
00:04:01,199 --> 00:04:02,033
urin…

39
00:04:05,245 --> 00:04:08,665
dan ada aksi menggaru juga.

40
00:04:13,711 --> 00:04:16,422
Bahasa tubuh mengatakan,
"Aku boleh lawan kau.

41
00:04:18,132 --> 00:04:19,676
Tapi baik jangan.

42
00:04:20,677 --> 00:04:22,053
Tak usahlah."

43
00:04:36,943 --> 00:04:38,403
Nampaknya ia berjaya.

44
00:04:41,906 --> 00:04:43,116
Sehingga lain kali.

45
00:04:47,412 --> 00:04:51,666
Suatu hari nanti, si anak akan mencuba
raih hak jadi raja kanggaru.

46
00:04:58,881 --> 00:05:01,259
Itu pun jika ia dapat pergi sejauh itu.

47
00:05:03,761 --> 00:05:07,598
Lembah ini juga
tempat tinggal sekawan dingo.

48
00:05:14,522 --> 00:05:17,608
Dingo pakar menangkap kanggaru.

49
00:05:42,383 --> 00:05:46,387
Dengan kelajuan 40 km/j,
dingo agak pantas.

50
00:05:51,017 --> 00:05:53,394
Tetapi, kanggaru boleh capai 64 km/j!

51
00:06:03,946 --> 00:06:06,616
Kawanan itu mencari
kanggaru yang tertinggal.

52
00:06:15,583 --> 00:06:17,585
Namun, kali ini tak bernasib baik.

53
00:06:21,130 --> 00:06:26,219
Buat masa ini, si anak boleh relaks
dalam kantung ibunya dengan selamat.

54
00:06:31,307 --> 00:06:33,559
Ia cuma lipatan kulit luar,

55
00:06:34,268 --> 00:06:37,188
tapi ia beri marsupial kelebihan

56
00:06:37,271 --> 00:06:39,065
selama berjuta tahun.

57
00:06:43,528 --> 00:06:47,782
Marsupial pertama kali muncul
bersama dinosaur,

58
00:06:49,534 --> 00:06:51,994
di superbenua yang kuno,

59
00:06:52,995 --> 00:06:54,914
Hari ini, di kebanyakan tempat,

60
00:06:54,997 --> 00:06:58,251
marsupial digantikan
oleh mamalia plasenta.

61
00:07:01,212 --> 00:07:05,091
Namun begitu,
opossum masih hidup di Amerika.

62
00:07:09,720 --> 00:07:12,557
Termasuklah monito del monte,

63
00:07:13,307 --> 00:07:15,726
ahli keluarga terakhir

64
00:07:15,810 --> 00:07:19,856
yang memulakan tiga perempat
marsupial yang hidup hari ini.

65
00:07:26,696 --> 00:07:29,407
Apabila superbenua berpecah-belah,

66
00:07:30,408 --> 00:07:34,412
saudara dekat fosil hidup ini
terdampar jauh.

67
00:07:37,874 --> 00:07:40,585
Terasing di tempat yang kini Australia,

68
00:07:41,502 --> 00:07:44,005
tanpa persaingan daripada mamalia lain,

69
00:07:45,298 --> 00:07:47,675
keturunan possum perintis ini

70
00:07:47,758 --> 00:07:51,387
berkembang ke serata tempat
yang beri banyak peluang keemasan.

71
00:07:51,471 --> 00:07:55,975
KANGGARU MERAH

72
00:07:56,058 --> 00:07:58,478
Lama-kelamaan,
200 spesies berbeza berkembang…

73
00:07:58,561 --> 00:07:59,562
KANGGARU KELABU

74
00:07:59,645 --> 00:08:02,190
KANGGARU TIKUS MUSKY

75
00:08:02,815 --> 00:08:05,234
setiap satu dengan nama hebat…

76
00:08:10,072 --> 00:08:12,450
setiap satu dengan cara hidup yang unik.

77
00:08:12,533 --> 00:08:15,578
WALABI BATU

78
00:08:19,916 --> 00:08:21,667
Kebanyakannya keluar malam…

79
00:08:21,751 --> 00:08:23,002
QUOLL HARIMAU

80
00:08:24,545 --> 00:08:25,755
…pemakan serangga,

81
00:08:26,506 --> 00:08:28,132
atau pemayur.

82
00:08:34,680 --> 00:08:36,724
Tetapi, ada yang jadi lebih besar,

83
00:08:37,517 --> 00:08:38,392
lebih ganas,

84
00:08:38,935 --> 00:08:40,853
dan berubah jadi pemakan daging.

85
00:08:43,856 --> 00:08:45,983
Ini dirakam pada 1936.

86
00:08:46,526 --> 00:08:50,488
thylacine, atau harimau Tasmania,

87
00:08:51,113 --> 00:08:53,866
pernah menjadi pemangsa utama Australia.

88
00:08:57,662 --> 00:09:00,248
Ini kali terakhir ia didokumenkan

89
00:09:00,331 --> 00:09:04,168
sebelum penempatan manusia
dan pemburu ganjaran menghapuskannya.

90
00:09:10,591 --> 00:09:14,428
Hari ini, hanya ada beberapa
karnivor marsupial yang masih hidup.

91
00:09:16,847 --> 00:09:20,810
Karnivor marsupial terbesar
tinggal di sudut terliar benua ini.

92
00:09:34,824 --> 00:09:36,576
Raksasa legenda…

93
00:09:40,162 --> 00:09:42,123
dengan reputasi yang menakutkan.

94
00:09:44,792 --> 00:09:47,128
Momok Tasmania.

95
00:09:54,802 --> 00:09:58,639
GUNUNG CRADLE
TASMANIA

96
00:10:03,019 --> 00:10:06,063
Anak momok Tasmania ini
mungkin berlagak kuat…

97
00:10:11,235 --> 00:10:14,447
tapi si kecil ini mungkin
lebih cemas daripada agresif.

98
00:10:18,159 --> 00:10:22,204
Seperti momok Tasmania lain,
si kecil ini lebih sukakan kegelapan.

99
00:10:36,427 --> 00:10:40,389
Si kecil ini baru berusia lapan bulan,
dan baru meninggalkan ibunya,

100
00:10:41,015 --> 00:10:43,225
dan tak makan apa-apa sejak itu.

101
00:10:44,518 --> 00:10:49,690
Jika keadaan tak berubah segera,
peluang membesar jadi dewasa amat tipis.

102
00:11:10,127 --> 00:11:11,337
Masalah terbesarnya?

103
00:11:12,963 --> 00:11:14,298
Momok Tasmania lain.

104
00:11:22,765 --> 00:11:25,685
Si kecil tak dapat bersaing
dengan yang besar.

105
00:11:28,020 --> 00:11:31,232
Dua momok Tasmania dewasa
bergaduh mahukan bangkai.

106
00:11:38,155 --> 00:11:41,242
Akan tetapi, si kecil boleh curi makan…

107
00:11:43,536 --> 00:11:45,246
sementara yang lain berlawan.

108
00:12:13,649 --> 00:12:15,192
Lebih makan cepat…

109
00:12:20,364 --> 00:12:22,199
sebelum masalah kembali.

110
00:12:41,135 --> 00:12:44,597
Si kecil cuma boleh berharap
ada saki baki makanan.

111
00:12:51,812 --> 00:12:54,231
Memandangkan momok Tasmania mampu makan

112
00:12:54,315 --> 00:12:56,942
hampir separuh berat badannya
sekali duduk,

113
00:12:58,486 --> 00:13:00,321
si kecil mungkin menunggu lama.

114
00:13:12,875 --> 00:13:15,628
Apabila fajar menyingsing,
berbaloi bersabar.

115
00:13:17,797 --> 00:13:20,299
Lebih kurang.

116
00:13:24,428 --> 00:13:29,850
Cuma kulit dan tulang saja,
tapi si kecil ini tak boleh memilih.

117
00:13:34,772 --> 00:13:37,566
Momok Tasmania adakalanya memburu,

118
00:13:37,650 --> 00:13:40,069
tapi makan sisa makanan pun ia tak kisah.

119
00:13:43,155 --> 00:13:46,200
Kebolehan makan sesuatu
yang tak boleh dimakan

120
00:13:46,283 --> 00:13:49,703
bantu marsupial kuasai satu benua.

121
00:13:53,999 --> 00:13:57,711
PULAU KANGAROO
AUSTRALIA SELATAN

122
00:13:59,547 --> 00:14:04,510
Pokok kayu putih membentuk
tiga perempat hutan asli Australia.

123
00:14:06,637 --> 00:14:09,014
Daunnya amat toksik,

124
00:14:09,098 --> 00:14:12,268
ia tak dimakan hampir semua hidupan.

125
00:14:17,481 --> 00:14:22,236
Namun, ada satu marsupial terkenal
dapat cari cara untuk mengeksploitasi

126
00:14:22,319 --> 00:14:24,697
sumber yang banyak ini.

127
00:14:31,370 --> 00:14:34,707
Ibu koala ini mungkin nampak mengantuk,

128
00:14:35,332 --> 00:14:37,626
tapi si ibu makan untuk anaknya juga.

129
00:14:45,175 --> 00:14:47,219
Tubuhnya bekerja lebih masa.

130
00:14:49,638 --> 00:14:53,934
Ususnya mengandungi campuran mikrob unik

131
00:14:54,018 --> 00:14:57,980
yang meneutralkan racun yang boleh
menyebabkan manusia koma.

132
00:15:07,656 --> 00:15:11,327
Akan tetapi, koala tak dilahirkan
dengan penghadaman yang kuat.

133
00:15:12,536 --> 00:15:13,913
Ia perlu dilatih.

134
00:15:18,375 --> 00:15:21,921
Oleh itu, bayi makan
campuran susu dan pap.

135
00:15:25,507 --> 00:15:29,553
Tinja cair ini mengandungi bakteria
yang bayi itu perlukan.

136
00:15:38,395 --> 00:15:40,689
Walaupun toksin boleh dineutralkan,

137
00:15:40,773 --> 00:15:44,234
koala memerlukan banyak tenaga

138
00:15:44,318 --> 00:15:46,987
untuk uraikan daun
yang kurang nutrien ini.

139
00:15:50,324 --> 00:15:55,371
Patutlah koala habiskan 90 peratus
hidupnya dengan tidur.

140
00:16:11,178 --> 00:16:15,099
Walau bagaimanapun,
tak semua marsupial hidup santai.

141
00:16:26,527 --> 00:16:28,737
Ini pelompat aras tinggi semula jadi.

142
00:16:32,032 --> 00:16:33,701
Sugar glider.

143
00:16:41,166 --> 00:16:43,627
Possum sebesar tapak tangan ini

144
00:16:43,711 --> 00:16:46,630
boleh meluncur separuh padang bola sepak

145
00:16:46,714 --> 00:16:48,298
dalam satu lompatan.

146
00:17:03,647 --> 00:17:08,193
Gaya hidup pantasnya
didorong oleh sap manis.

147
00:17:14,324 --> 00:17:17,870
Namun, giginya terlalu kecil
untuk gigit kulit kayu tebal.

148
00:17:30,090 --> 00:17:33,677
Masa untuk lawat saudaranya
yang lebih besar.

149
00:17:36,138 --> 00:17:38,849
Glider perut kuning.

150
00:17:42,394 --> 00:17:47,316
Rahangnya yang lebih kuat
dapat merobek pokok yang kuat.

151
00:17:51,820 --> 00:17:54,364
Apabila si perut kuning beredar,

152
00:17:55,115 --> 00:17:57,618
si kecil ambil peluang.

153
00:18:02,831 --> 00:18:05,542
Namun begitu, glider haiwan sosial.

154
00:18:12,508 --> 00:18:14,676
Lebih ramai sertai parti.

155
00:18:27,731 --> 00:18:30,651
Ramai tetamu yang
tak diingini sukar diabaikan.

156
00:18:35,489 --> 00:18:37,324
Si perut kuning jadi tak sabar.

157
00:18:45,707 --> 00:18:46,875
Lawan

158
00:18:47,793 --> 00:18:48,919
atau lari.

159
00:18:52,339 --> 00:18:54,383
Pilihan mudah untuk sugar glider.

160
00:19:09,148 --> 00:19:14,111
Kembali ke Pergunungan Alpen Australia,
anak kanggaru sudah besar.

161
00:19:21,660 --> 00:19:25,122
Usia sembilan bulan dan menuju dewasa.

162
00:19:30,752 --> 00:19:33,172
Hampir-hampir.

163
00:19:38,760 --> 00:19:41,263
Anak kanggaru ini
akan masuk keluar kantung

164
00:19:41,346 --> 00:19:42,931
selama beberapa bulan.

165
00:19:48,937 --> 00:19:51,315
Si anak mengikut jejak langkah ayahnya,

166
00:19:51,398 --> 00:19:54,401
mempertingkatkan imej garangnya.

167
00:20:01,825 --> 00:20:03,660
Serta bertinju dengan ibunya.

168
00:20:09,041 --> 00:20:10,792
Mujurlah si ibu sabar.

169
00:20:13,712 --> 00:20:16,882
Ibunya layan saja hingga anaknya
berusia setahun setengah.

170
00:20:18,008 --> 00:20:20,093
Kemudian si anak akan berdikari,

171
00:20:21,261 --> 00:20:23,180
berlawan untuk jadi nombor satu.

172
00:20:28,810 --> 00:20:32,105
Sebab hanya bos kawanan
dibenarkan mengawan.

173
00:20:34,191 --> 00:20:36,568
Buat masa ini, si ayah nombor satu.

174
00:20:46,328 --> 00:20:48,080
Pesaing jantan sudah kembali.

175
00:20:49,581 --> 00:20:53,835
Sekarang masanya. Masa untuk beraksi.

176
00:21:11,186 --> 00:21:12,562
Perlawanan ganas.

177
00:21:14,106 --> 00:21:15,816
Kadangkala ia membawa maut.

178
00:21:36,753 --> 00:21:38,005
Pesaing dikalahkan,

179
00:21:39,464 --> 00:21:41,174
si ayah menuntut ganjarannya.

180
00:21:45,387 --> 00:21:47,806
Sesi memikat kanggaru.

181
00:21:50,600 --> 00:21:51,852
Belaiannya…

182
00:21:54,563 --> 00:21:55,856
dan sengukannya…

183
00:21:57,441 --> 00:21:59,026
diterima.

184
00:22:00,902 --> 00:22:03,530
Nampaknya, anak kanggaru ini
akan dapat adik.

185
00:22:05,240 --> 00:22:09,536
Namun, apabila adiknya tiba,
ia tak dapat gunakan kantung ibunya lagi.

186
00:22:18,879 --> 00:22:23,300
Mulai saat itu, anak kanggaru ini
perlu bergantung pada kelajuannya sendiri.

187
00:22:31,892 --> 00:22:35,520
Cabaran untuk hidup
di pedalaman gurun Australia yang luas

188
00:22:36,271 --> 00:22:38,899
telah membentuk marsupial terpantas.

189
00:22:40,984 --> 00:22:42,361
Kanggaru merah.

190
00:22:54,039 --> 00:22:56,833
Dinamakan sempena
warna bulu kanggaru jantan,

191
00:22:58,543 --> 00:23:02,964
kanggaru merah juga
marsupial terbesar di dunia.

192
00:23:07,427 --> 00:23:11,181
Sumber makanan di sini jarang didapati,

193
00:23:12,099 --> 00:23:14,059
dan air lebih sukar didapati.

194
00:23:15,811 --> 00:23:19,731
Jadi, kanggaru merah
perlu terus bergerak untuk terus hidup.

195
00:23:26,154 --> 00:23:29,116
Kanggaru merah
habiskan hidup mengejar hujan.

196
00:23:45,257 --> 00:23:49,052
Kanggaru merah boleh pergi
sejauh lapan meter sekali lompat.

197
00:23:56,351 --> 00:24:00,856
Tendon kaki belakangnya
bagaikan spring gergasi,

198
00:24:02,190 --> 00:24:05,735
menggunakan semula 70 peratus tenaga
dalam setiap lompatan.

199
00:24:11,366 --> 00:24:16,163
Lantunan berirama ini juga mengepam
lebih oksigen ke paru-paru…

200
00:24:20,041 --> 00:24:23,295
membenarkannya bergerak
dengan kelajuan 48 km/j.

201
00:24:46,401 --> 00:24:48,695
Pantas dan efisien,

202
00:24:48,778 --> 00:24:52,449
kanggaru merah berhijrah jarak jauh.

203
00:24:55,660 --> 00:24:58,497
Apabila sampai di tempat yang subur…

204
00:25:01,124 --> 00:25:04,211
kanggaru merah dapatkan air
yang diperlukan

205
00:25:04,294 --> 00:25:05,962
daripada tumbuhan yang dimakan…

206
00:25:10,467 --> 00:25:13,678
dan boleh bertahan tanpa air
selama berminggu-minggu.

207
00:25:16,389 --> 00:25:18,767
Dengan kepakaran yang luar biasa,

208
00:25:18,850 --> 00:25:22,479
kanggaru merah hidup biak
di wilayah Australia yang gersang.

209
00:25:24,022 --> 00:25:27,526
Namun, kebanyakan marsupial
terikat dengan air kekal.

210
00:25:37,744 --> 00:25:41,373
Agile wallaby saudara
kanggaru merah lebih kecil.

211
00:25:46,044 --> 00:25:50,298
Walabi ini meragut rumput sekitar
tasik ladam dan caruk Australia Utara,

212
00:25:52,884 --> 00:25:56,179
dan perlu kerap pergi ke air untuk minum.

213
00:26:07,440 --> 00:26:12,404
Buaya air masin menyerang
mangsa yang dahaga.

214
00:26:25,625 --> 00:26:30,880
Musuh purba yang menghantui sungai ini
sejak zaman dinosaur.

215
00:27:09,377 --> 00:27:12,756
Kewaspadaan kolektif dan reaksi pantas…

216
00:27:14,841 --> 00:27:18,720
kerap kali buat walabi
berjaya lepaskan diri.

217
00:27:25,477 --> 00:27:29,147
Ia ada berjuta tahun untuk
menyesuaikan diri dengan bahaya ini.

218
00:27:30,357 --> 00:27:33,777
Namun kini, marsupial
menghadapi ancaman baru,

219
00:27:34,319 --> 00:27:36,738
dan hadapi kesukaran untuk mengatasinya.

220
00:27:43,119 --> 00:27:48,708
200 tahun lalu, manusia memperkenalkan
pemangsa baru ke Australia.

221
00:27:51,461 --> 00:27:56,132
Kucing liar membunuh
hampir 1.5 bilion haiwan asli setahun.

222
00:28:00,387 --> 00:28:06,351
Kucing liar juga memainkan peranan penting
dalam kepupusan 22 spesies marsupial.

223
00:28:17,028 --> 00:28:20,907
Greater bilby juga hadapi
bahaya kepupusan yang sama.

224
00:28:26,121 --> 00:28:28,915
Makhluk pemalu ini
bergantung pada deria tajam

225
00:28:28,998 --> 00:28:30,959
untuk cari arah pada waktu malam.

226
00:28:32,585 --> 00:28:34,295
Hidungnya yang memanjang

227
00:28:34,379 --> 00:28:38,174
membolehkannya menghidu
benih dan buah dalam gelap.

228
00:28:43,388 --> 00:28:46,182
Telinganya besar bantu kesan bahaya.

229
00:28:53,565 --> 00:28:57,068
Namun, bilby tak cukup tangkas
untuk lari daripada kucing.

230
00:29:01,990 --> 00:29:05,827
Greater bilby sudah hampir
80 peratus pupus.

231
00:29:07,495 --> 00:29:11,708
Beberapa kawasan hutan
kini dilindungi oleh pagar hindar kucing.

232
00:29:16,379 --> 00:29:19,799
Di sini, jumlah bilby semakin meningkat.

233
00:29:25,513 --> 00:29:30,643
Namun, ancaman terbesar yang menghadapi
marsupial lebih sukar dikawal.

234
00:29:32,645 --> 00:29:34,147
Beberapa tahun kebelakangan ini,

235
00:29:34,230 --> 00:29:39,694
kebakaran semula jadi Australia
semakin teruk berbanding sebelum ini.

236
00:29:48,203 --> 00:29:50,622
Perubahan iklim bermakna
kebakaran sekali-sekala

237
00:29:50,705 --> 00:29:53,249
kini jadi ribut kebakaran yang kerap.

238
00:30:11,643 --> 00:30:13,102
Hampir setiap tahun,

239
00:30:13,186 --> 00:30:16,773
beribu-ribu koala dan marsupial lain mati.

240
00:30:28,493 --> 00:30:29,702
Selepas bencana,

241
00:30:31,204 --> 00:30:33,873
terasa seperti tiada apa-apa terselamat.

242
00:30:46,678 --> 00:30:50,098
Namun begitu, pokok kayu putih
dilindungi kulit kayu tebal.

243
00:30:51,683 --> 00:30:55,520
Selepas hanya beberapa minggu
selepas kebakaran, ia tumbuh semula.

244
00:31:01,234 --> 00:31:04,404
Tak lama lagi, di seluruh Australia,

245
00:31:05,446 --> 00:31:07,699
yang terselamat melawan balik.

246
00:31:20,670 --> 00:31:23,089
Dengan datangnya musim mengawan koala,

247
00:31:23,172 --> 00:31:26,384
haiwan mengantuk ini jadi segar bugar.

248
00:31:34,017 --> 00:31:37,103
Pekikan koala jantan
boleh didengari berbatu jauhnya…

249
00:31:50,366 --> 00:31:52,285
memberitahu lokasinya,

250
00:31:54,662 --> 00:31:56,497
mempamerkan saiznya.

251
00:32:00,209 --> 00:32:02,337
Ini jemputan kepada yang betina.

252
00:32:08,092 --> 00:32:09,469
Ada sambutan.

253
00:32:11,721 --> 00:32:13,681
Namun, bukan yang si jantan mahu.

254
00:32:19,187 --> 00:32:21,814
Perbalahan antara yang jantan
jarang berlaku…

255
00:32:26,486 --> 00:32:29,197
tapi ia boleh berubah jadi buruk
dengan pantas.

256
00:32:54,764 --> 00:32:56,474
Pesaing dihalau.

257
00:33:00,103 --> 00:33:02,397
Masa untuk mencari pasangan semula.

258
00:33:13,324 --> 00:33:16,911
Akhirnya, lagu cintanya didengari.

259
00:33:29,924 --> 00:33:32,427
Si betina tak mahu terburu-buru.

260
00:33:37,473 --> 00:33:40,727
Namun, apabila koala hamil,

261
00:33:41,310 --> 00:33:42,979
koala tak ambil masa lama.

262
00:33:43,730 --> 00:33:46,566
Koala lahirkan anak
dalam masa 35 hari saja.

263
00:33:48,818 --> 00:33:50,778
Asalkan si jantan berjaya menggodanya.

264
00:33:58,703 --> 00:34:01,831
Pembiakan pantas seperti ini
membantu marsupial

265
00:34:01,914 --> 00:34:06,419
mengeksploitasi setiap sudut benua,
tak kira betapa ekstrem.

266
00:34:09,172 --> 00:34:12,842
HUTAN HUJAN WOOROONOORAN
QUEENSLAND UTARA

267
00:34:14,302 --> 00:34:17,889
Ini antara pokok tertinggi di Australia.

268
00:34:19,390 --> 00:34:24,103
Anda mungkin tertanya-tanya
apa anak kanggaru lakukan di atas pokok.

269
00:34:30,485 --> 00:34:33,112
Inilah kanggaru pokok.

270
00:34:35,573 --> 00:34:39,118
Nenek moyangnya berevolusi dari dataran,

271
00:34:40,787 --> 00:34:46,125
tapi enam juta tahun dahulu,
seekor kanggaru berani panjat pokok.

272
00:34:47,043 --> 00:34:50,922
Perlahan-lahan tapi tak begitu yakin,

273
00:34:51,005 --> 00:34:54,217
keturunannya menjadikan kanopi
sebagai tempat tinggal.

274
00:35:01,849 --> 00:35:04,185
Anggota hadapannya jadi lebih kuat,

275
00:35:04,894 --> 00:35:06,562
cakar lebih melengkung

276
00:35:07,063 --> 00:35:10,483
dan anggota belakang lebih pendek
daripada kanggaru biasa.

277
00:35:17,156 --> 00:35:20,368
Akan tetapi, evolusi proses yang perlahan.

278
00:35:21,035 --> 00:35:26,290
Berbanding dengan penghuni pokok lain,
kanggaru bukan yang paling gemalai.

279
00:35:29,877 --> 00:35:31,879
Itu yang dewasa.

280
00:35:36,968 --> 00:35:42,014
Selepas tujuh bulan di dalam kantung,
masa untuk anak kanggaru berdikari.

281
00:35:50,273 --> 00:35:51,899
Tiada pengalaman,

282
00:35:52,567 --> 00:35:53,734
tak mahir,

283
00:35:54,235 --> 00:35:56,070
dan pada ketinggian tujuh tingkat.

284
00:36:12,420 --> 00:36:14,255
Si ibu hanya boleh memerhati.

285
00:37:00,343 --> 00:37:04,222
Namun, anak kanggaru ini bernasib baik.

286
00:37:08,768 --> 00:37:11,520
Selagi tuahnya masih ada,

287
00:37:12,104 --> 00:37:15,858
si anak akan berada dalam jagaan ibunya
selama setahun lagi.

288
00:37:24,533 --> 00:37:26,369
Satu hari nanti, masa akan tiba

289
00:37:26,452 --> 00:37:30,248
apabila semua marsupial
perlu tinggalkan perlindungan kantung.

290
00:37:44,470 --> 00:37:50,017
Usianya kini 15 bulan
dan ia sudah mengambil langkah besar.

291
00:37:52,311 --> 00:37:55,690
Anak kanggaru ini habiskan masa
bertinju dengan rakan sebaya.

292
00:38:07,076 --> 00:38:09,787
Kantung ibunya sudah diambil alih

293
00:38:11,539 --> 00:38:12,707
oleh adiknya.

294
00:38:16,294 --> 00:38:20,715
Usia adiknya baru enam bulan
dan belum lagi mencecah tanah.

295
00:38:30,891 --> 00:38:34,520
Tetapi, bukan kanggaru saja
di lembah itu yang ada anak kecil.

296
00:38:41,944 --> 00:38:46,032
Kawanan dingo ini tinggalkan si kecil
untuk pergi memburu.

297
00:38:55,666 --> 00:39:01,672
Penduduk awal memperkenalkan dingo
ke Australia sekitar 3,500 tahun lalu.

298
00:39:08,262 --> 00:39:12,850
Sejak itu, dingo menjadi
musuh ketat kanggaru.

299
00:39:23,235 --> 00:39:25,404
Anak-anak kecil cari perlindungan.

300
00:39:27,948 --> 00:39:30,242
Tapi anak kanggaru itu
tiada tempat untuk dituju.

301
00:39:39,293 --> 00:39:42,880
Jika ia tak dapat ikut kawanan, habislah.

302
00:40:15,413 --> 00:40:17,581
Kawanan dingo mengejar kanggaru,

303
00:40:19,375 --> 00:40:21,377
mencari yang lari perlahan.

304
00:40:44,817 --> 00:40:48,487
Si ibu yang membawa
beban berat ketinggalan.

305
00:41:02,168 --> 00:41:03,878
Pemburu menghampirinya.

306
00:41:37,620 --> 00:41:41,207
Tak sampai separuh anak kanggaru
berjaya sampai usia dewasa.

307
00:41:47,296 --> 00:41:50,883
Walau bagaimanapun,
di bahagian lembah yang lain,

308
00:41:50,966 --> 00:41:54,762
anak kanggaru, ibu dan adiknya selamat.

309
00:41:58,766 --> 00:42:03,896
Dengan semangat perintis,
kemampuan menyesuaikan diri luar biasa

310
00:42:04,480 --> 00:42:08,817
dan tentunya, tanpa persaingan sengit,

311
00:42:09,735 --> 00:42:12,863
marsupial Australia berjaya hadapi cabaran

312
00:42:12,947 --> 00:42:15,199
di tanah yang tiada belas kasihan.

313
00:42:18,827 --> 00:42:22,331
Namun, koleksi haiwan eksentrik
yang hebat ini

314
00:42:22,414 --> 00:42:26,585
hadapi kesukaran menyesuaikan diri
dengan ancaman pemangsa baru

315
00:42:28,504 --> 00:42:31,048
dan huru-hara perubahan iklim.

316
00:42:40,140 --> 00:42:43,519
Akan tetapi, ada yang berjuang
demi masa depannya.

317
00:42:46,480 --> 00:42:47,982
Di seluruh Australia,

318
00:42:48,065 --> 00:42:51,527
orang membaktikan hidup mereka
untuk menyelamatkan…

319
00:42:53,779 --> 00:42:55,239
melepaskan…

320
00:43:00,536 --> 00:43:03,914
dan melindungi marsupial
yang paling memerlukan.

321
00:43:17,761 --> 00:43:21,640
Sesetengah spesies nampaknya
mempunyai daya tahan tinggi.

322
00:43:22,558 --> 00:43:26,645
Kanggaru kelabu timur
masih hidup biak dengan jumlah berjuta.

323
00:43:28,480 --> 00:43:30,858
Atas jasa kekuatan kawanan,

324
00:43:30,941 --> 00:43:33,319
ibu yang amat berdedikasi,

325
00:43:34,278 --> 00:43:36,280
dan kantung hebatnya,

326
00:43:36,989 --> 00:43:39,825
permulaan hidup anak kanggaru
memberangsangkan.

327
00:43:41,619 --> 00:43:43,287
Kini masa untuk jadi dewasa.

328
00:43:46,749 --> 00:43:47,958
Mungkin,

329
00:43:49,251 --> 00:43:50,669
satu hari nanti,

330
00:43:51,670 --> 00:43:54,131
jadi raja kanggaru.

331
00:44:42,137 --> 00:44:45,099
Terjemahan sari kata oleh Norzaiha Norhan

