1
00:00:06,172 --> 00:00:08,925
SEBUAH SIRI NETFLIX

2
00:00:13,179 --> 00:00:15,598
Helo, semua.

3
00:00:15,682 --> 00:00:16,683
Hei, Mikey.

4
00:00:16,766 --> 00:00:21,271
Andrew, awak di mana?
Maaf, saya lupa pakai cermin mata.

5
00:00:23,857 --> 00:00:25,859
Itu pun awak.

6
00:00:25,942 --> 00:00:27,277
Cermin mata itu!

7
00:00:27,360 --> 00:00:29,154
Pemenang episod sebelum ini.

8
00:00:29,738 --> 00:00:35,410
Ini penghormatan untuk awak
dan awak memang layak menerimanya.

9
00:00:35,952 --> 00:00:37,996
Saya akan serahnya kepada awak.

10
00:00:39,873 --> 00:00:42,625
Cermin mata bertemakan<i> Halloween</i> .

11
00:00:43,126 --> 00:00:44,961
Ini akan tular. Saya nak jual di eBay.

12
00:00:46,129 --> 00:00:47,464
Jangan lupa komisen saya.

13
00:00:48,548 --> 00:00:51,134
Andrew berjaya mara ke peringkat akhir,

14
00:00:51,217 --> 00:00:54,054
tapi anda berenam akan bertanding,

15
00:00:54,137 --> 00:00:56,973
merebut dua tempat terakhir
di peringkat akhir.

16
00:00:57,474 --> 00:00:58,975
Saya tahu caranya.

17
00:00:59,059 --> 00:01:01,519
Dah tiba masa untuk cabaran Cari Kek Itu.

18
00:01:01,603 --> 00:01:03,938
Peserta terpantas meneka dengan tepat

19
00:01:04,022 --> 00:01:08,526
akan pilih dua orang pembuat kek
sebagai pesaing untuk…

20
00:01:08,610 --> 00:01:09,444
Apa?

21
00:01:09,527 --> 00:01:12,906
…rebut hadiah sehingga 15,000 dolar

22
00:01:12,989 --> 00:01:16,534
dan peluang
untuk berentap di peringkat akhir

23
00:01:16,618 --> 00:01:20,789
untuk menang hadiah utama
berjumlah 50,000 dolar.

24
00:01:21,873 --> 00:01:24,584
Persaingan kian terasa. Saya suka.

25
00:01:25,376 --> 00:01:28,922
Okey, anda dah bersedia
untuk cabaran Cari Kek Itu?

26
00:01:33,718 --> 00:01:35,303
CARI KEK ITU

27
00:01:35,386 --> 00:01:37,430
Apabila Dinding Kek pusing,

28
00:01:37,514 --> 00:01:40,725
anda akan nampak enam item
yang biasa dijual

29
00:01:42,352 --> 00:01:44,270
di jualan garaj.

30
00:01:46,314 --> 00:01:51,861
Lima daripadanya item sebenar
dan salah satunya ialah kek.

31
00:01:52,445 --> 00:01:53,947
Dinding Kek, pusing!

32
00:01:54,739 --> 00:01:58,076
Anda ada 20 saat
untuk kunci jawapan pada pad kekunci.

33
00:01:58,159 --> 00:02:01,830
Peserta terpantas meneka
dengan tepat dapat pilih pesaingnya.

34
00:02:04,499 --> 00:02:08,253
Masa anda bermula sekarang!

35
00:02:10,505 --> 00:02:13,967
Oh, Tuhan.

36
00:02:22,392 --> 00:02:23,393
Sepuluh saat.

37
00:02:25,436 --> 00:02:27,313
Kunci jawapan anda.

38
00:02:31,609 --> 00:02:32,777
Lima saat.

39
00:02:32,861 --> 00:02:36,364
Empat, tiga, dua, satu.

40
00:02:36,447 --> 00:02:37,407
Masa tamat!

41
00:02:41,870 --> 00:02:44,497
Baiklah! Mari kita lihat jawapan anda.

42
00:02:44,581 --> 00:02:47,250
Orang yang pilih radio,
sila angkat tangan.

43
00:02:48,918 --> 00:02:51,254
Pilihan popular.

44
00:02:51,838 --> 00:02:55,133
Justin kata,
"Jadi, cabaran ini untuk memalukan aku?"

45
00:02:55,216 --> 00:02:56,676
Lebih kurang.

46
00:02:56,759 --> 00:02:58,803
Jadi, anda pilih radio.

47
00:03:00,096 --> 00:03:01,556
Mari kita lihat.

48
00:03:03,308 --> 00:03:04,309
Adakah ini kek?

49
00:03:11,900 --> 00:03:14,027
Ini kek!

50
00:03:17,864 --> 00:03:18,781
Syabas.

51
00:03:19,657 --> 00:03:22,243
- Sam? Sam-I-Am.
- Ya?

52
00:03:22,327 --> 00:03:24,162
Kenapa awak rasa ini kek?

53
00:03:24,245 --> 00:03:27,999
Sejujurnya,
saya pilih secara rambang saja.

54
00:03:28,082 --> 00:03:29,792
- Itu yang awak buat?
- Ya.

55
00:03:29,876 --> 00:03:32,295
Anda pakar buat kek realistik.

56
00:03:32,378 --> 00:03:37,050
Alasan yang saya terima ialah,
"Saya pilih secara rambang."

57
00:03:38,301 --> 00:03:39,636
Jawapan yang hebat!

58
00:03:39,719 --> 00:03:42,388
Tunjuk kepada saya, "Kami ikut rasa hati."

59
00:03:43,973 --> 00:03:45,099
Tidak!

60
00:03:46,392 --> 00:03:51,231
Siapa ada alasan sebenar
kerana pilih radio ini,

61
00:03:51,314 --> 00:03:54,108
bukan pilih secara rambang?

62
00:03:54,192 --> 00:03:55,944
- Saya.
- April!

63
00:03:56,027 --> 00:03:59,530
Saya buat kek radio antik
untuk kek kahwin saya.

64
00:04:00,573 --> 00:04:03,284
- Rupanya sama macam itu.
- Betulkah?

65
00:04:03,368 --> 00:04:04,994
Kebetulan sungguh!

66
00:04:06,329 --> 00:04:08,998
Semua orang jumpa kek ini kecuali Justin.

67
00:04:10,959 --> 00:04:11,834
Tak mengapa.

68
00:04:11,918 --> 00:04:15,964
Persoalannya,
siapa pembuat kek pertama jumpa kek ini?

69
00:04:16,047 --> 00:04:19,175
Jawapannya…

70
00:04:22,470 --> 00:04:24,931
April! Kanada!

71
00:04:27,308 --> 00:04:32,188
April, awak boleh pilih dua pembuat kek
sebagai pesaing awak hari ini,

72
00:04:32,272 --> 00:04:36,150
tapi seorang saja
yang layak ke peringkat akhir.

73
00:04:36,776 --> 00:04:38,027
Siapa pilihan pertama awak?

74
00:04:38,903 --> 00:04:43,866
Saya pilih Justin.

75
00:04:44,784 --> 00:04:47,245
Justin!

76
00:04:49,372 --> 00:04:52,917
Dia tak jumpa kek,
tapi dia boleh bertanding hari ini.

77
00:04:53,001 --> 00:04:55,420
Justin, awak penuh kejutan.

78
00:04:56,212 --> 00:04:59,340
Siapa pembuat kek kedua yang awak pilih?

79
00:04:59,424 --> 00:05:01,968
Pembuat kek kedua itu,

80
00:05:02,468 --> 00:05:08,016
saya rasa dia semakin celopar
kerana asyik duduk di bangku,

81
00:05:08,099 --> 00:05:09,559
iaitu Steve.

82
00:05:09,642 --> 00:05:10,852
Steve!

83
00:05:13,771 --> 00:05:15,523
Sam, Hemu dan Dessiree.

84
00:05:15,606 --> 00:05:17,942
Sila duduk di galeri.

85
00:05:18,526 --> 00:05:21,070
Kamu bertiga akan bertanding tak lama lagi

86
00:05:21,154 --> 00:05:24,073
untuk rebut tempat terakhir
di peringkat akhir.

87
00:05:24,657 --> 00:05:28,077
Dah tiba masanya
untuk cabaran Adakah Ini Kek?

88
00:05:30,705 --> 00:05:32,749
ADAKAH INI KEK?

89
00:05:32,832 --> 00:05:37,337
Setiap peserta mesti pilih satu item
bertemakan jualan garaj

90
00:05:37,420 --> 00:05:39,088
untuk dijadikan replika kek.

91
00:05:39,172 --> 00:05:41,174
April yang terpantas jumpa kek.

92
00:05:41,257 --> 00:05:44,761
Maknanya, awak boleh pilih dulu.
Mana satu pilihan awak?

93
00:05:45,762 --> 00:05:50,558
Saya pilih itik itu.

94
00:05:51,142 --> 00:05:52,852
Dia pilih itik!

95
00:05:53,561 --> 00:05:59,942
Justin, awak pilihan pertama April,
jadi giliran awak pula.

96
00:06:00,860 --> 00:06:01,944
Saya pilih Satu.

97
00:06:02,612 --> 00:06:04,364
Kotak kelengkapan memancing.

98
00:06:05,365 --> 00:06:07,075
- Memancing?
- Memancing!

99
00:06:07,158 --> 00:06:08,701
Saya sangka itu kotak peralatan.

100
00:06:08,785 --> 00:06:10,787
Ada umpan di atas kotak.

101
00:06:11,829 --> 00:06:13,206
Ini kotak kelengkapan memancing!

102
00:06:15,166 --> 00:06:18,711
Giliran seterusnya ialah Steve.

103
00:06:18,795 --> 00:06:20,421
Mana satu yang awak pilih?

104
00:06:21,964 --> 00:06:23,549
Saya pilih pin boling.

105
00:06:23,633 --> 00:06:25,176
PIN BOLING

106
00:06:25,259 --> 00:06:26,511
Menarik.

107
00:06:27,220 --> 00:06:29,680
Anda dah pilih item masing-masing,

108
00:06:29,764 --> 00:06:35,144
tapi seorang saja boleh menang
sehingga 15,000 dolar

109
00:06:35,228 --> 00:06:38,648
dan jadi peserta kedua
yang layak ke peringkat akhir.

110
00:06:38,731 --> 00:06:42,193
Dua pembuat kek lagi akan disingkirkan.

111
00:06:43,444 --> 00:06:46,489
Anda ada lapan jam.

112
00:06:46,572 --> 00:06:51,160
Sekarang, sila ke dapur dan pakai apron.

113
00:06:52,412 --> 00:06:55,790
Inilah masa untuk buat kek!

114
00:07:04,799 --> 00:07:06,926
- Ini pusingan penyingkiran, bukan?
- Ya.

115
00:07:07,009 --> 00:07:09,303
Dua daripada kita akan tersingkir.

116
00:07:09,387 --> 00:07:10,847
- Betul.
- Saya risau.

117
00:07:10,930 --> 00:07:12,598
Saya rasa bersalah kalau menang.

118
00:07:14,392 --> 00:07:15,393
Saya bergurau.

119
00:07:16,561 --> 00:07:19,105
Saya tak pernah buat kek itik.

120
00:07:19,188 --> 00:07:24,360
Malah, saya tak pernah jumpa itik ini
di mana-mana jualan garaj,

121
00:07:24,444 --> 00:07:31,325
tapi ini ialah strategi saya
kerana itik plastik jarang ditemui

122
00:07:31,409 --> 00:07:33,911
dan saya nak bertanding
di peringkat akhir.

123
00:07:33,995 --> 00:07:35,496
April, awak buat kek apa?

124
00:07:35,580 --> 00:07:39,208
Saya nak suntik eleman budaya saya
dalam profil perisanya.

125
00:07:39,292 --> 00:07:40,126
Okey.

126
00:07:40,209 --> 00:07:43,254
Saya buat kek kacang vanila,

127
00:07:43,337 --> 00:07:48,885
ganace kelapa dan coklat putih
dengan coulis mangga.

128
00:07:48,968 --> 00:07:51,721
Rasanya seakan-akan pulut mangga

129
00:07:51,804 --> 00:07:55,600
iaitu sejenis sajian
yang sangat sedap di Asia.

130
00:07:55,683 --> 00:07:57,727
- Saya suka mangga.
- Menyelerakan.

131
00:07:58,311 --> 00:08:00,480
Saya berasal dari Filipina.

132
00:08:00,563 --> 00:08:02,899
Saya berhijrah ke Kanada semasa kecil.

133
00:08:02,982 --> 00:08:07,653
Jadi, saya nak suntik elemen budaya saya
dalam perisa kek ini.

134
00:08:07,737 --> 00:08:11,240
Andai kata ini kek terakhir saya,
inilah diri saya.

135
00:08:11,324 --> 00:08:14,285
- Awak suka pilihan awak?
- Saya tak pernah buat kek pin boling.

136
00:08:14,368 --> 00:08:17,663
Jadi, ia sesuatu yang baharu bagi saya.

137
00:08:17,747 --> 00:08:20,291
Ini kek kedua saya dan saya teruja.

138
00:08:20,374 --> 00:08:22,668
Ini peluang untuk ke peringkat akhir

139
00:08:22,752 --> 00:08:26,088
dan buktikan kepada anak-anak
yang saya boleh menang.

140
00:08:26,172 --> 00:08:27,882
Ini ialah kepakaran saya.

141
00:08:27,965 --> 00:08:30,343
Saya pilih pin boling

142
00:08:30,426 --> 00:08:33,763
kerana ia ringkas
dan saya tak perlu bersusah payah.

143
00:08:33,846 --> 00:08:38,476
Kalau acuan yang saya buat sempurna,
senanglah kerja saya.

144
00:08:38,559 --> 00:08:41,187
Isi kek ke dalam acuan, tutup dan siap.

145
00:08:41,270 --> 00:08:43,773
- Apa perisa kek awak?
- Yalah.

146
00:08:43,856 --> 00:08:45,900
Saya buat raspberi coklat pahit

147
00:08:45,983 --> 00:08:48,569
dengan ganace coklat pahit
dan jem raspberi.

148
00:08:49,904 --> 00:08:52,490
Kek saya dan Steve langsung tak sama.

149
00:08:52,573 --> 00:08:56,577
Saya buat kek vanila dengan raspberi
dan krim mentega coklat putih.

150
00:08:56,661 --> 00:08:58,204
Saya akan tambah kacang vanila.

151
00:08:58,287 --> 00:08:59,872
Jadi, ia berbeza.

152
00:08:59,956 --> 00:09:03,000
Perisa yang mantap.
Tunggu dan lihat saja hasilnya.

153
00:09:03,084 --> 00:09:03,918
Ya.

154
00:09:04,001 --> 00:09:06,212
Kek Steve tak sama macam kek saya.

155
00:09:06,295 --> 00:09:09,507
Saya muda, dia tua.
Jadi, apa kemungkinannya?

156
00:09:09,590 --> 00:09:12,343
Sebagai orang muda,
ternyata saya lebih aktif.

157
00:09:12,426 --> 00:09:14,929
Saya tak sakit pinggang
walaupun berjam-jam berdiri.

158
00:09:15,012 --> 00:09:18,140
- Saya suka kotak yang berkarat.
- Saya pun!

159
00:09:18,724 --> 00:09:22,270
Kotak kelengkapan comot,
jadi saya perlu tiru kesan itu.

160
00:09:22,353 --> 00:09:26,023
Ia memang mencabar,
tapi ini pusingan penyingkiran.

161
00:09:26,107 --> 00:09:28,693
Jadi, saya akan tunjuk kemampuan saya.

162
00:09:34,240 --> 00:09:35,491
Helo, galeri.

163
00:09:35,575 --> 00:09:38,786
- Hai, Mikey.
- Kotak itu buat awak nampak kacak.

164
00:09:38,869 --> 00:09:40,037
- Ya.
- Terima kasih.

165
00:09:40,621 --> 00:09:42,832
Hai, semua!

166
00:09:43,374 --> 00:09:46,377
Saya bawa barang-barang jualan garaj anda.

167
00:09:47,044 --> 00:09:52,133
Itik, kotak kelengkapan memancing
dan pin boling.

168
00:09:52,216 --> 00:09:56,887
Justin, ini kotak kelengkapan memancing,
bukan kotak peralatan.

169
00:10:01,475 --> 00:10:03,144
Umpan saya berbeza-beza.

170
00:10:03,227 --> 00:10:04,854
Sesetengahnya sangat kotor.

171
00:10:04,937 --> 00:10:07,940
Jadi, saya akan cuba tiru kesan karat itu.

172
00:10:08,024 --> 00:10:09,317
Itu dia.

173
00:10:09,400 --> 00:10:11,235
Senang Steve buat pilihan.

174
00:10:11,319 --> 00:10:13,237
- Saya tahu.
- Semuanya sama.

175
00:10:13,321 --> 00:10:16,324
Salah satu cabaran buat kek
yang nampak ringkas

176
00:10:16,407 --> 00:10:18,659
ialah hasilnya mesti sempurna.

177
00:10:18,743 --> 00:10:21,746
Saiz, lebar dan tingginya mesti tepat.

178
00:10:21,829 --> 00:10:26,042
Kalau ada yang tak kena,
juri takkan terpedaya.

179
00:10:27,752 --> 00:10:29,879
Perhatian! Tinggal lima jam lagi!

180
00:10:42,850 --> 00:10:44,518
Okey, saya nak buat acuan.

181
00:10:44,602 --> 00:10:46,604
Saya mula buat acuan kepala itik.

182
00:10:46,687 --> 00:10:47,855
Saya guna dempul.

183
00:10:47,938 --> 00:10:52,443
Saya guna dua dempul
untuk acu setiap butiran.

184
00:10:52,526 --> 00:10:54,904
- Itu nampak kelakar.
- Apa? Itik ini?

185
00:10:54,987 --> 00:10:57,490
Itik ini buat pembedahan plastik.

186
00:10:58,407 --> 00:11:05,122
Saya guna coklat model pahit
kerana senang nak ukirnya nanti.

187
00:11:05,206 --> 00:11:09,794
Saya nak pastikan kepalanya sama
macam kepala itik plastik

188
00:11:10,336 --> 00:11:14,006
dan butiran tekstur pelepah itik itu.

189
00:11:14,090 --> 00:11:17,927
Ada banyak butiran
untuk pastikan kek nampak realistik.

190
00:11:20,054 --> 00:11:23,224
- Kenapa pilih umpan itu?
- Saya nakkan kepelbagaian.

191
00:11:23,307 --> 00:11:24,975
Yang bersih dijadikan acuan.

192
00:11:25,059 --> 00:11:27,645
Saya suka cara awak buat acuan.

193
00:11:27,728 --> 00:11:29,021
Saya pun suka.

194
00:11:29,105 --> 00:11:31,899
Steve, ceritalah cara awak buat acuan.

195
00:11:31,982 --> 00:11:34,235
- Gelatin, gula dan air.
- Kenapa gula?

196
00:11:34,318 --> 00:11:35,653
Gula sangat fleksibel.

197
00:11:35,736 --> 00:11:38,823
Ia mempunyai ketumpatan,
jadi ia tahan lasak.

198
00:11:38,906 --> 00:11:43,536
Saya buat acuan atas dan bawah
kerana pin boling terlalu besar.

199
00:11:43,619 --> 00:11:48,249
Ia dibahagikan kepada dua bahagian
kerana saya perlukan ruang untuk isi kek.

200
00:11:48,332 --> 00:11:49,291
Bijaknya awak.

201
00:11:49,375 --> 00:11:50,710
Itu pun kalau menjadi.

202
00:11:50,793 --> 00:11:51,669
Saya yakin.

203
00:12:03,389 --> 00:12:05,141
Justin, apa cabaran terbesar awak?

204
00:12:05,224 --> 00:12:09,395
Tambah kesan karat dan warna
untuk buat ia nampak realistik.

205
00:12:09,478 --> 00:12:11,272
- Ya.
- Terutamanya dari dekat.

206
00:12:11,814 --> 00:12:15,651
Saya guna serbuk koko
kerana warnanya coklat dan berhabuk.

207
00:12:15,735 --> 00:12:17,903
Saya juga guna kayu manis.

208
00:12:17,987 --> 00:12:22,324
Itu kotak kelengkapan memancing sebenar,
jadi jangan tiru bulat-bulat.

209
00:12:22,408 --> 00:12:25,119
Mustahil ada dua barang antik yang sama.

210
00:12:25,202 --> 00:12:26,454
Betul cakap awak.

211
00:12:26,537 --> 00:12:28,581
Saya jarang jumpa
kotak kelengkapan memancing.

212
00:12:28,664 --> 00:12:31,876
Datuk saya kaki pancing,
tapi saya rasa ia membosankan

213
00:12:31,959 --> 00:12:33,586
kerana tunggu ikan makan umpan.

214
00:12:33,669 --> 00:12:37,298
Kek kotak kelengkapan
memancing ini pun dah cukup.

215
00:12:37,923 --> 00:12:39,467
Semasa saya masih remaja,

216
00:12:39,550 --> 00:12:42,428
saya betul-betul nak ada telefon
di dalam bilik.

217
00:12:42,511 --> 00:12:43,846
- Yang ada kord?
- Ya.

218
00:12:43,929 --> 00:12:48,517
Saya terpaksa duduk di sebelah telefon
kalau nak cakap dengan seseorang.

219
00:12:48,601 --> 00:12:50,019
Nostalgia, bukan?

220
00:12:50,102 --> 00:12:51,937
Awak pernah tengok telefon bimbit antik?

221
00:12:52,021 --> 00:12:53,981
Alat kelui?

222
00:12:54,064 --> 00:12:56,734
Bukan. Telefon bimbit
yang besar macam bata…

223
00:12:56,817 --> 00:12:58,152
Saya tak nak tengok.

224
00:12:58,778 --> 00:13:01,238
Justin, awak buat saya rasa tua.

225
00:13:02,239 --> 00:13:03,783
Berapa umur ibu bapa awak?

226
00:13:03,866 --> 00:13:05,117
Saya tak nak tahu.

227
00:13:06,035 --> 00:13:07,995
Umur mereka 39 dan 41 tahun.

228
00:13:08,078 --> 00:13:09,121
Apa?

229
00:13:09,622 --> 00:13:12,792
Awak boleh jadi anak saya! Oh, Tuhan.

230
00:13:15,127 --> 00:13:18,172
Saya bahagikan acuan pin boling
kepada dua bahagian.

231
00:13:18,255 --> 00:13:20,966
Kemudian,
saya akan cantumkannya dengan coklat.

232
00:13:21,467 --> 00:13:24,470
Saya keluarkan bahagian bawah
dari peti sejuk.

233
00:13:24,553 --> 00:13:27,264
Saya cuma perlu keluarkannya
perlahan-lahan

234
00:13:27,348 --> 00:13:31,018
kerana pin boling itu dah digris,
jadi ia mudah ditanggalkan.

235
00:13:31,101 --> 00:13:35,523
Hasilnya, acuan bahagian bawah
pin boling saya sempurna.

236
00:13:37,107 --> 00:13:38,651
Saya akan mula susun kek.

237
00:13:38,734 --> 00:13:45,241
Saya masukkan lapisan kek,
ganace, raspberi segar dan jem.

238
00:13:45,324 --> 00:13:48,536
Sekarang, saya nak keluarkan
acuan bahagian atas pula.

239
00:13:49,370 --> 00:13:51,664
Perhatian! Tinggal tiga jam lagi!

240
00:13:57,127 --> 00:13:58,420
Steve, apa awak buat?

241
00:13:59,004 --> 00:14:01,924
Saya cuba keluarkan acuan ini.

242
00:14:02,007 --> 00:14:03,634
Ia tak boleh keluar?

243
00:14:03,717 --> 00:14:05,636
Yang ini saja kerana ada udara.

244
00:14:05,719 --> 00:14:09,765
Kalau acuan tak jadi,
awak akan ukir saja kek?

245
00:14:09,849 --> 00:14:12,268
Tak sempat. Saya terpaksa buat kek lagi.

246
00:14:12,351 --> 00:14:14,228
- Jadi, tiada cara lain.
- Tak.

247
00:14:15,062 --> 00:14:18,190
Saya rasa tertekan kerana masa dah suntuk.

248
00:14:18,274 --> 00:14:20,734
Saya tak boleh keluarkan pin boling itu.

249
00:14:21,402 --> 00:14:23,988
Saya dah tahu sebabnya. Saya tersilap pin.

250
00:14:24,071 --> 00:14:27,950
Saya letak pin boling yang dah digris
ke dalam penyejuk beku.

251
00:14:28,033 --> 00:14:31,120
Ada banyak pin boling di atas meja,
jadi saya keliru

252
00:14:31,203 --> 00:14:33,289
dan guna pin boling yang lain.

253
00:14:33,372 --> 00:14:37,042
Sekarang, saya perlu keluarkannya
dan buat semula acuan.

254
00:14:37,126 --> 00:14:38,627
Saya perlu keluarkannya.

255
00:14:38,711 --> 00:14:40,546
Baki gelatin awak masih banyak?

256
00:14:40,629 --> 00:14:41,839
Saya akan cairkan semula.

257
00:14:41,922 --> 00:14:43,465
Awak nak saya tarik?

258
00:14:43,549 --> 00:14:45,801
Ya. Pegang ini. Tarik.

259
00:14:47,303 --> 00:14:48,762
Sedikit lagi.

260
00:14:49,305 --> 00:14:50,389
Sempurna.

261
00:14:53,392 --> 00:14:54,268
Terima kasih.

262
00:14:54,351 --> 00:14:56,604
Saya buat acuan gelatin sekali lagi.

263
00:14:56,687 --> 00:14:59,398
Kalau ia tak menjadi,
kek saya takkan siap.

264
00:15:02,276 --> 00:15:05,446
Tinggal dua jam saja lagi.

265
00:15:13,245 --> 00:15:15,998
Saya akan buat umpan guna coklat model.

266
00:15:16,081 --> 00:15:18,417
Kemudian, warnakan butirannya.

267
00:15:18,500 --> 00:15:22,129
Saya tak kenal umpan.
Saya andaikan ia mengumpan ikan.

268
00:15:22,212 --> 00:15:23,881
Saya cuma kenal batu ladung.

269
00:15:23,964 --> 00:15:26,383
Kepala dan badannya nampak cantik.

270
00:15:26,467 --> 00:15:27,343
Terima kasih.

271
00:15:27,426 --> 00:15:30,137
Saya cuba dapatkan tekstur lekak-lekuk.

272
00:15:30,220 --> 00:15:33,098
Kalau berjaya,
senang saya nak warnakannya.

273
00:15:33,182 --> 00:15:34,016
Ya.

274
00:15:34,099 --> 00:15:39,563
Saya cuba fikir cara
untuk buat lapisan warna.

275
00:15:39,647 --> 00:15:45,069
Berus angin kurang sesuai digunakan
untuk coklat model pahit.

276
00:15:45,152 --> 00:15:48,113
Jadi, saya guna cat yang boleh dimakan

277
00:15:48,197 --> 00:15:51,867
dan mula warnakan
butiran halus pada kek saya.

278
00:15:51,951 --> 00:15:58,582
Nampaknya, ketelitian ukiran saya
mula membuahkan hasil.

279
00:15:58,666 --> 00:16:02,169
Cat pada coklat model pahit itu menyerlah

280
00:16:02,252 --> 00:16:06,173
dan memberikan ilusi yang kek ini diukir.

281
00:16:06,674 --> 00:16:09,343
Tinggal satu jam lagi! Satu jam!

282
00:16:11,053 --> 00:16:14,223
Dengan semua rintangan
yang saya terpaksa atasi,

283
00:16:14,306 --> 00:16:17,393
saya berjaya buat semula
acuan gelatin ini.

284
00:16:17,476 --> 00:16:18,978
Bahagian dalamnya kasar,

285
00:16:19,061 --> 00:16:24,233
tapi saya yakin
acuan ini memadai untuk digunakan.

286
00:16:24,316 --> 00:16:26,151
Saya dah panik kalau jadi dia.

287
00:16:26,235 --> 00:16:27,569
Entahlah.

288
00:16:27,653 --> 00:16:31,115
Dia juga nampak terpinga-pinga sekarang.

289
00:16:31,198 --> 00:16:33,909
- Dia nampak bingung.
- Saya risau akan dia.

290
00:16:34,410 --> 00:16:37,287
Saya memang suka kerja di bawah tekanan!

291
00:16:37,371 --> 00:16:39,707
Perhatian! 30 minit lagi!

292
00:16:42,543 --> 00:16:45,212
Ini kek paling penting dalam karier saya

293
00:16:45,295 --> 00:16:47,756
kerana saya boleh menang 50,000 dolar.

294
00:16:47,840 --> 00:16:50,050
Lumayan untuk pelajar sekolah tinggi.

295
00:16:50,134 --> 00:16:52,219
Okey, 15 minit lagi!

296
00:16:52,302 --> 00:16:54,221
Susun umpan masing-masing.

297
00:16:58,183 --> 00:17:00,310
Dah bertahun-tahun saya buat kek.

298
00:17:00,394 --> 00:17:05,774
Dengan latar belakang saya,
saya ada banyak kemahiran dan pengalaman.

299
00:17:05,858 --> 00:17:08,569
Namun, kek pin boling sangat mencabar.

300
00:17:08,652 --> 00:17:12,197
Kalau ia sempurna,
saya mungkin layak ke peringkat akhir.

301
00:17:12,281 --> 00:17:14,700
Kalau sebaliknya, saya akan tersingkir.

302
00:17:14,783 --> 00:17:17,161
- Steve.
- Pandai-pandailah dia.

303
00:17:17,244 --> 00:17:20,622
Lima minit lagi!
Kemaskan butiran kek anda.

304
00:17:39,600 --> 00:17:41,935
Okey, semua. Masa tamat!

305
00:17:44,396 --> 00:17:45,314
Syabas, semua!

306
00:17:45,397 --> 00:17:46,565
Syabas!

307
00:17:47,107 --> 00:17:50,944
Sila susun umpan anda!
Masa untuk berdepan dengan juri kita.

308
00:17:54,239 --> 00:17:55,741
JURI

309
00:17:55,824 --> 00:17:58,786
Anda dah bertungkus-lumus
selama berjam-jam.

310
00:17:59,286 --> 00:18:03,791
Mari lihat jika kek anda berjaya
melepasi ujian paling getir

311
00:18:03,874 --> 00:18:06,376
iaitu penilaian barisan juri kita.

312
00:18:10,506 --> 00:18:14,218
Juri pertama ialah pelakon dan pelawak,
Tony Rock.

313
00:18:14,301 --> 00:18:15,886
TONY ROCK - PELAWAK DAN PELAKON

314
00:18:15,969 --> 00:18:17,179
Awak sangat kelakar.

315
00:18:17,262 --> 00:18:18,097
Terima kasih.

316
00:18:18,180 --> 00:18:22,643
Awak ada pengalaman melihat sesuatu
dan meneka sama ada ia kek?

317
00:18:23,310 --> 00:18:24,770
Semestinya.

318
00:18:24,853 --> 00:18:26,230
Awak nampak yakin.

319
00:18:26,313 --> 00:18:29,483
Saya pernah nilai rupa kek
sama ada saya suka kek itu.

320
00:18:29,566 --> 00:18:30,567
Ya.

321
00:18:31,443 --> 00:18:34,530
Beliau penyanyi dan penulis lagu,
King Princess.

322
00:18:34,613 --> 00:18:37,908
KING PRINCESS - PENYANYI DAN PENULIS LAGU

323
00:18:37,991 --> 00:18:39,409
Tuanku.

324
00:18:39,493 --> 00:18:40,786
Terima kasih.

325
00:18:40,869 --> 00:18:43,163
Awak sedang rakam album baru?

326
00:18:43,247 --> 00:18:44,915
Ya, ia baru siap.

327
00:18:44,998 --> 00:18:46,458
Tahniah.

328
00:18:46,542 --> 00:18:48,127
Ya, gaya bebas.

329
00:18:49,294 --> 00:18:53,465
Beliau pengacara
<i>The American Barbecue Showdown</i> di Netflix,

330
00:18:54,049 --> 00:18:56,802
pelakon dan juga pelawak, Lyric Lewis.

331
00:18:56,885 --> 00:18:59,388
LYRIC LEWIS - PELAKON DAN PENULIS

332
00:18:59,471 --> 00:19:03,016
Awak lebih arif tentang kek atau daging?

333
00:19:03,100 --> 00:19:05,686
Saya arif tentang kedua-duanya.

334
00:19:05,769 --> 00:19:08,313
Daging dan kek sama-sama lembap.

335
00:19:08,897 --> 00:19:10,399
Ya, ia mesti lembap.

336
00:19:12,317 --> 00:19:15,737
Baiklah, juri.
Ini tujuan anda dijemput pada hari ini.

337
00:19:15,821 --> 00:19:20,159
Anda ada 20 saat untuk cari kek,
bincang, pilih satu jawapan

338
00:19:20,242 --> 00:19:22,911
dan kuncinya
pada pad kekunci di depan Lyric.

339
00:19:23,579 --> 00:19:25,873
Pertaruhannya besar.

340
00:19:25,956 --> 00:19:29,918
Anda akan tentukan peserta
yang bakal tersingkir atau kekal.

341
00:19:30,002 --> 00:19:31,753
Jadi, tiada tekanan.

342
00:19:31,837 --> 00:19:33,213
- Okey.
- Baiklah.

343
00:19:33,297 --> 00:19:36,008
Peserta pertama ialah April.

344
00:19:36,592 --> 00:19:38,635
- Hai, April.
- April!

345
00:19:39,928 --> 00:19:41,763
Dinding Kek, pusing!

346
00:19:43,140 --> 00:19:45,350
Juri, ada lima tempat letak kek.

347
00:19:45,434 --> 00:19:48,937
Setiap satunya disusun dengan itik palsu,

348
00:19:49,021 --> 00:19:51,899
tapi salah satu
daripada itik itu ialah kek.

349
00:19:52,482 --> 00:19:54,568
Tugas anda ialah menemukannya.

350
00:19:55,110 --> 00:19:58,280
Masa anda bermula sekarang!

351
00:20:00,699 --> 00:20:03,911
- Oh, Tuhan.
- Okey, sejujurnya saya rasa tak…

352
00:20:04,661 --> 00:20:05,495
Okey.

353
00:20:06,163 --> 00:20:07,748
- Saya rasa…
- Nombor Dua.

354
00:20:08,540 --> 00:20:09,666
- Sepuluh saat!
- Dua?

355
00:20:09,750 --> 00:20:11,668
Tak, saya silap. Oh, Tuhan.

356
00:20:13,545 --> 00:20:17,090
Saya rasa Empat.
Badan itik itu seakan-akan diwarnakan.

357
00:20:17,716 --> 00:20:19,718
- Lima saat! Kunci jawapan.
- Tekan Lima.

358
00:20:19,801 --> 00:20:22,012
- Lima.
- Dua, satu…

359
00:20:22,095 --> 00:20:23,972
- Apa? Lima?
- Masa tamat.

360
00:20:24,056 --> 00:20:25,974
Dia kata Lima. Saya ikut saja.

361
00:20:29,394 --> 00:20:30,604
Baiklah, juri.

362
00:20:31,104 --> 00:20:32,773
Anda pilih Nombor Lima.

363
00:20:32,856 --> 00:20:34,608
Mari kita lihat jawapan anda!

364
00:20:34,691 --> 00:20:36,068
Saya semberono.

365
00:20:36,151 --> 00:20:37,945
- Betul.
- Mereka ikut saya.

366
00:20:38,612 --> 00:20:39,863
Okey, April.

367
00:20:41,323 --> 00:20:44,409
Kalau ini kek, awak akan disingkirkan.

368
00:20:44,493 --> 00:20:48,413
Kalau sebaliknya,
awak mungkin layak sertai Andrew

369
00:20:48,497 --> 00:20:50,791
untuk beraksi di peringkat akhir.

370
00:20:52,209 --> 00:20:53,418
Mari kita lihat.

371
00:20:53,502 --> 00:20:57,547
April, adakah ini kek?

372
00:21:00,884 --> 00:21:02,094
Saya berdebar-debar.

373
00:21:06,181 --> 00:21:07,057
Bukan!

374
00:21:08,767 --> 00:21:09,810
Bukan kek!

375
00:21:11,186 --> 00:21:12,729
April!

376
00:21:12,813 --> 00:21:15,899
<i>Oh, Kanada!</i>

377
00:21:16,692 --> 00:21:19,361
Tahniah, April. Awak boleh menang.

378
00:21:19,444 --> 00:21:20,529
Awak dah berusaha,

379
00:21:20,612 --> 00:21:24,533
jadi awak patut dedah kek awak
kepada juri.

380
00:21:24,616 --> 00:21:28,370
Jadi, sila naik ke pentas.
Ini potongan kemenangan awak.

381
00:21:28,453 --> 00:21:31,456
Dia nak ke mana?
Satu, ya? Mungkinkah Tiga?

382
00:21:31,957 --> 00:21:33,917
Satu.

383
00:21:35,627 --> 00:21:36,461
Bukan Satu!

384
00:21:39,589 --> 00:21:40,966
- Empat?
- Empat.

385
00:21:41,049 --> 00:21:41,925
Tiga!

386
00:21:42,009 --> 00:21:43,093
April.

387
00:21:43,176 --> 00:21:45,637
- Menakjubkan. Baguslah.
- April.

388
00:21:46,555 --> 00:21:48,890
Tiga!

389
00:21:50,225 --> 00:21:52,060
- Kita tak…
- Saya tak perasan.

390
00:21:52,144 --> 00:21:53,854
Saya tak terfikir pun Tiga.

391
00:21:55,314 --> 00:21:56,648
Potongan yang cantik!

392
00:22:00,360 --> 00:22:03,113
April, hidang kek awak kepada juri.

393
00:22:03,196 --> 00:22:06,783
Beritahu mereka
tentang perisa kek di dalam itik itu.

394
00:22:07,534 --> 00:22:10,662
Saya pilih untuk buat kek kacang vanila

395
00:22:10,746 --> 00:22:13,540
dengan krim mentega meringue Swiss kelapa,

396
00:22:13,623 --> 00:22:14,916
coulis mangga

397
00:22:15,000 --> 00:22:18,795
dan butiran mutiara coklat untuk tekstur.

398
00:22:20,714 --> 00:22:22,841
- Sedapnya.
- Wah.

399
00:22:24,259 --> 00:22:26,511
- Oh, April.
- Lembut? Lembap?

400
00:22:26,595 --> 00:22:29,931
Lembut, lembap, rangup,
ada tekstur dan berlapis-lapis.

401
00:22:30,015 --> 00:22:31,975
- Sedap kek ini.
- Ya, sedap.

402
00:22:33,685 --> 00:22:35,562
- Sedap betul.
- Oh, April!

403
00:22:35,645 --> 00:22:36,480
April!

404
00:22:36,563 --> 00:22:37,898
- Sedapnya!
- Terima kasih.

405
00:22:37,981 --> 00:22:39,524
Macam gadis mabuk di bar.

406
00:22:39,608 --> 00:22:40,609
"April!"

407
00:22:40,692 --> 00:22:41,902
"April!"

408
00:22:41,985 --> 00:22:43,403
"Kita dah nak balik!"

409
00:22:43,487 --> 00:22:45,030
"April, awak tak kenal dia!"

410
00:22:48,658 --> 00:22:51,286
Peserta seterusnya ialah Justin.

411
00:22:51,370 --> 00:22:54,748
Kalau anda nak rasa tua,
cubalah bersembang dengan Justin.

412
00:22:54,831 --> 00:22:57,626
- Awak dah jelaskan tentang Walkman?
- Ya.

413
00:22:57,709 --> 00:22:59,920
- Saya cakap…
- Dia tak kenal Walkman.

414
00:23:00,003 --> 00:23:01,797
- Justin!
- Seumur hidup.

415
00:23:01,880 --> 00:23:03,090
Tak pernah dengar.

416
00:23:04,716 --> 00:23:06,927
Dia seronok pula itu.

417
00:23:07,594 --> 00:23:11,348
Kami tanya, "Awak tak tahu buku telefon?"
Dia jawab, "Tak."

418
00:23:12,974 --> 00:23:14,518
Dinding Kek, pusing!

419
00:23:15,227 --> 00:23:18,063
Berikut ialah lima kotak
kelengkapan memancing,

420
00:23:18,146 --> 00:23:21,441
tapi salah satunya ialah kek.

421
00:23:21,525 --> 00:23:23,693
Mari lihat jika anda boleh carinya.

422
00:23:23,777 --> 00:23:24,694
Semoga berjaya!

423
00:23:25,612 --> 00:23:29,449
Masa anda bermula sekarang.

424
00:23:30,534 --> 00:23:31,618
- Okey.
- Baiklah.

425
00:23:31,701 --> 00:23:32,702
Oh, Tuhan.

426
00:23:33,745 --> 00:23:34,704
Satu.

427
00:23:35,205 --> 00:23:36,123
- Satu.
- Satu.

428
00:23:36,206 --> 00:23:37,040
Betulkah?

429
00:23:37,958 --> 00:23:40,961
- Kancing itu mengelirukan saya.
- Apa? Okey.

430
00:23:41,044 --> 00:23:42,462
Sepuluh saat, juri.

431
00:23:44,756 --> 00:23:49,261
- Empat kerana tangkainya tegak.
- Bukan! Lima.

432
00:23:49,344 --> 00:23:50,929
Lima. Muktamad.

433
00:23:51,763 --> 00:23:57,477
Lima, empat, tiga, dua, satu.
Kunci jawapan anda!

434
00:23:57,561 --> 00:23:59,312
- Kamu berdua pilih.
- Okey.

435
00:23:59,396 --> 00:24:02,107
- Saya dah pilih.
- Saya berani kerat jari.

436
00:24:03,442 --> 00:24:05,402
Apa jawapan yang anda kunci?

437
00:24:05,485 --> 00:24:06,570
Lima, sekali lagi.

438
00:24:08,530 --> 00:24:10,866
Lima? Itu pilihan lalai anda?

439
00:24:10,949 --> 00:24:12,576
Percayalah, itu kek.

440
00:24:14,286 --> 00:24:15,745
Analisis pakar.

441
00:24:15,829 --> 00:24:17,330
Saya dah kira. Itu kek.

442
00:24:17,414 --> 00:24:18,957
Mari lihat jawapannya.

443
00:24:19,583 --> 00:24:23,086
Juri berbelah bagi antara Satu dan Lima.

444
00:24:23,170 --> 00:24:29,050
Akhirnya,
Tuanku bertitah untuk pilih Lima.

445
00:24:30,594 --> 00:24:33,221
Justin, kawanku.

446
00:24:34,389 --> 00:24:38,268
Kalau ini kek, awak akan disingkirkan.

447
00:24:38,768 --> 00:24:42,189
Kalau bukan,
awak mungkin layak ke peringkat akhir

448
00:24:42,272 --> 00:24:47,194
menentang Si Jambang Hijau, Andrew.

449
00:24:48,403 --> 00:24:52,032
Apa-apa pun,
ini pengalaman yang amat berharga.

450
00:24:52,115 --> 00:24:53,283
Ya.

451
00:24:56,369 --> 00:24:59,080
- Saya gementar.
- Sebab saya pegang pisau?

452
00:24:59,164 --> 00:25:00,081
Pencahayaan.

453
00:25:00,916 --> 00:25:02,751
Masa untuk kita lihat.

454
00:25:04,503 --> 00:25:05,879
Adakah ini kek?

455
00:25:09,299 --> 00:25:11,885
Saspensnya.

456
00:25:23,271 --> 00:25:26,399
- Ia sebiji kek yang tebal.
- Maaf, Justin.

457
00:25:26,483 --> 00:25:27,484
Tak mengapa.

458
00:25:27,567 --> 00:25:29,402
Syabas, Justin.

459
00:25:29,486 --> 00:25:31,154
Kek ini sangat tebal.

460
00:25:31,238 --> 00:25:32,072
Wah.

461
00:25:34,241 --> 00:25:36,952
Ini kek! Justin, saya minta maaf.

462
00:25:37,035 --> 00:25:41,623
Awak tak boleh menang hari ini
atau bertanding di peringkat akhir,

463
00:25:41,706 --> 00:25:44,876
tapi masa depan awak lebih cerah.

464
00:25:44,960 --> 00:25:48,046
Awak baru 18 tahun
dan ada perniagaan sendiri.

465
00:25:48,129 --> 00:25:50,549
Tiada apa-apa yang mustahil bagi awak.

466
00:25:50,632 --> 00:25:52,634
- Ya, Justin!
- Justin!

467
00:25:53,260 --> 00:25:55,428
Juri, kenapa anda rasa ini kek?

468
00:25:55,512 --> 00:25:57,222
Kesan karat palsu itu.

469
00:25:57,931 --> 00:26:01,059
Saya rasa bentuknya macam kek.

470
00:26:01,142 --> 00:26:03,937
Itu pendapat saya tentang Dua.
Saya tetap rasa itu kek.

471
00:26:04,020 --> 00:26:04,854
Ya.

472
00:26:04,938 --> 00:26:06,147
Justin, awak yang terbaik.

473
00:26:06,231 --> 00:26:09,442
Sila datang ke depan
dan potong kek untuk juri.

474
00:26:09,526 --> 00:26:11,820
Cerita tentang perisa kek awak.

475
00:26:11,903 --> 00:26:13,947
Jadi, saya buat kek orang muda.

476
00:26:15,115 --> 00:26:17,909
Kek vanila dengan coulis raspberi

477
00:26:17,993 --> 00:26:19,995
dan krim mentega kacang vanila
dengan coklat putih.

478
00:26:20,078 --> 00:26:21,204
Ia menakjubkan.

479
00:26:21,288 --> 00:26:22,414
- Terima kasih.
- Betul.

480
00:26:22,497 --> 00:26:24,708
Saya nak keluarkan garpu saya.

481
00:26:28,086 --> 00:26:29,671
- Okey, terima kasih.
- Sedap.

482
00:26:29,754 --> 00:26:31,506
- Saya suka rambut awak.
- Terima kasih.

483
00:26:33,008 --> 00:26:34,217
Terima kasih.

484
00:26:34,884 --> 00:26:38,013
Ini kek orang muda.
Kek Justin memang sedap.

485
00:26:38,096 --> 00:26:40,765
Menyegarkan dan krimnya sedap.

486
00:26:40,849 --> 00:26:42,851
Ia ringan dan gebu.

487
00:26:42,934 --> 00:26:45,770
- Ia rangsang deria rasa saya.
- Terima kasih.

488
00:26:45,854 --> 00:26:48,356
Saya nak mabuk
dan makan kek itu sehari suntuk.

489
00:26:48,440 --> 00:26:51,276
Awak tak kenal Walkman,
tapi awak kenal kek.

490
00:26:51,359 --> 00:26:52,277
Syabas, Justin.

491
00:26:52,360 --> 00:26:54,529
- Ya.
- Justin!

492
00:26:55,822 --> 00:26:58,199
Sekarang! Peserta terakhir kita.

493
00:26:58,283 --> 00:27:01,995
Steve yang berbakat dan penuh misteri.

494
00:27:02,078 --> 00:27:03,496
Ya!

495
00:27:04,789 --> 00:27:06,416
Okey, juri.

496
00:27:06,499 --> 00:27:12,047
Steve buat sesuatu
yang dia akan beli di jualan garaj.

497
00:27:12,672 --> 00:27:14,716
Satu pin boling.

498
00:27:16,301 --> 00:27:17,302
Okey.

499
00:27:17,385 --> 00:27:18,261
Dinding Kek!

500
00:27:18,928 --> 00:27:21,389
Anda akan nampak lima tempat letak kek

501
00:27:21,473 --> 00:27:24,392
yang disusun dengan pin boling.

502
00:27:24,476 --> 00:27:28,355
Salah satu pin boling itu ialah kek.

503
00:27:29,356 --> 00:27:31,107
Semoga berjaya!

504
00:27:32,525 --> 00:27:35,403
Masa anda bermula sekarang!

505
00:27:38,198 --> 00:27:39,032
Okey.

506
00:27:39,115 --> 00:27:41,242
Lihat semuanya! Buang Satu.

507
00:27:41,326 --> 00:27:42,661
- Bukan Satu.
- Okey.

508
00:27:42,744 --> 00:27:45,080
- Saya rasa Lima!
- Dua. Tak, itu kek.

509
00:27:45,830 --> 00:27:47,624
- Itu kek!
- Sepuluh saat!

510
00:27:47,707 --> 00:27:49,959
Tiga! Tiga nampak comel.

511
00:27:51,002 --> 00:27:52,921
Yang itu nampak macam kek!

512
00:27:53,004 --> 00:27:53,963
Awak rasa Lima?

513
00:27:54,047 --> 00:27:56,466
- Percayalah, Lima nampak pelik.
- Lima.

514
00:27:56,549 --> 00:27:59,511
- Tiga, dua, satu.
- Lima!

515
00:27:59,594 --> 00:28:00,804
Kunci jawapan!

516
00:28:02,180 --> 00:28:03,056
JAWAPAN DIKUNCI!

517
00:28:04,099 --> 00:28:06,476
- Tengok itu!
- Ia nampak macam kek!

518
00:28:06,559 --> 00:28:09,062
Tegang betul! Saya suka.

519
00:28:10,230 --> 00:28:13,400
Anda yakin dengan Nombor Lima?
Mari lihat jawapannya.

520
00:28:13,983 --> 00:28:16,111
Kami bertiga sependapat.

521
00:28:16,194 --> 00:28:18,780
- Lima. Muktamad.
- Sehati sejiwa.

522
00:28:18,863 --> 00:28:21,991
Inilah detik penentuannya, Steve.

523
00:28:24,160 --> 00:28:27,247
Pin boling ini
seakan-akan mahu bermonolog.

524
00:28:28,289 --> 00:28:31,209
Kalau ini pin boling,
awak akan terus bertanding.

525
00:28:31,793 --> 00:28:35,213
Kalau ini kek,
awak disingkirkan daripada pertandingan

526
00:28:35,714 --> 00:28:40,260
dan April akan sertai Andrew
di peringkat akhir.

527
00:28:42,137 --> 00:28:45,432
Masa untuk lihat jawapannya.

528
00:28:45,515 --> 00:28:47,600
Adakah ini kek?

529
00:29:00,864 --> 00:29:03,199
- Itu coklat!
- Ini kek!

530
00:29:05,410 --> 00:29:08,913
Steve! Maafkan saya.

531
00:29:08,997 --> 00:29:12,917
Awak disingkirkan
dan gagal ke peringkat akhir.

532
00:29:14,377 --> 00:29:16,796
April! Tahniah.

533
00:29:19,132 --> 00:29:21,593
Awak saja berjaya memperdayakan juri.

534
00:29:21,676 --> 00:29:25,472
Maksudnya, awak baru menang 5,000 dolar!

535
00:29:25,972 --> 00:29:31,853
Awak juga pembuat kek kedua
yang layak berentap di peringkat akhir

536
00:29:31,936 --> 00:29:35,732
bagi merebut peluang
memenangi 50,000 dolar.

537
00:29:35,815 --> 00:29:40,570
Awak kata kasut anak awak
ialah tangkal tuah.

538
00:29:41,070 --> 00:29:42,155
Awak ada bawa?

539
00:29:42,238 --> 00:29:43,406
Biar betul?

540
00:29:44,073 --> 00:29:47,452
Comelnya!

541
00:29:48,328 --> 00:29:51,206
Saiz kasut itu terlalu comel.

542
00:29:51,748 --> 00:29:53,750
Oh, Tuhan.

543
00:29:53,833 --> 00:29:55,418
Saya perlu kawal emosi.

544
00:29:58,046 --> 00:30:00,298
Steve, apa perasaan awak?

545
00:30:01,132 --> 00:30:03,760
Saya gembira
dapat sertai pertandingan ini.

546
00:30:03,843 --> 00:30:06,763
Mereka hebat belaka
dan saya dapat kawan baharu.

547
00:30:07,263 --> 00:30:09,307
- Kami sayang awak.
- Sayang awak!

548
00:30:12,310 --> 00:30:17,106
Juri, tugas anda dah selesai,
tapi saya tahu anda nak rasa kek Steve.

549
00:30:17,190 --> 00:30:21,361
Jadi, sila datang ke depan
dan jamahnya sebelum balik.

550
00:30:21,444 --> 00:30:24,739
Steve, cerita tentang kek awak.

551
00:30:25,448 --> 00:30:29,744
Saya buat kek coklat
dengan raspberi dan buah markisah

552
00:30:30,286 --> 00:30:33,081
serta sedikit mutiara coklat putih rangup.

553
00:30:35,375 --> 00:30:36,543
Ini coklat?

554
00:30:37,252 --> 00:30:38,628
Menakjubkan.

555
00:30:38,711 --> 00:30:39,838
Sedapnya kek ini.

556
00:30:39,921 --> 00:30:41,714
Ia sangat lembap.

557
00:30:41,798 --> 00:30:43,508
Coklat putih itu sedap.

558
00:30:43,591 --> 00:30:47,011
Ayuh, beri tepukan kepada juri kita!
Mereka mengagumkan!

559
00:30:47,095 --> 00:30:48,888
Terima kasih.

560
00:30:48,972 --> 00:30:50,473
Terima kasih!

561
00:30:50,557 --> 00:30:53,726
Tony, Lyric dan Tuanku, King Princess.

562
00:30:53,810 --> 00:30:54,811
Terima kasih.

563
00:30:55,478 --> 00:30:58,398
Dinding Kek, bawa juri kita pergi.

564
00:30:59,148 --> 00:31:02,318
- Selamat jalan, juri!
- Selamat tinggal!

565
00:31:02,944 --> 00:31:03,778
Sayang semua!

566
00:31:06,447 --> 00:31:08,449
Justin dan Steve.

567
00:31:08,533 --> 00:31:12,787
Saya minta maaf,
tapi kamu berdua dah tersingkir.

568
00:31:12,871 --> 00:31:17,041
Kamu berdua patut bangga
kerana kek-kek kamu mengagumkan!

569
00:31:17,125 --> 00:31:18,293
Syabas, semua!

570
00:31:19,586 --> 00:31:21,713
Sila duduk di galeri.

571
00:31:25,842 --> 00:31:28,011
Okey, April! Awak tahu permainannya.

572
00:31:29,178 --> 00:31:33,641
Masa untuk cabaran Kek atau Duit?

573
00:31:37,103 --> 00:31:38,688
KEK ATAU DUIT?

574
00:31:38,771 --> 00:31:41,149
Biasanya, saya main dengan Andrew.

575
00:31:41,232 --> 00:31:44,152
Maaf,
saya kekok berdiri di sini bersama awak.

576
00:31:45,236 --> 00:31:47,614
April, awak baru menang 5,000 dolar.

577
00:31:47,697 --> 00:31:51,993
Andrew tak jumpa kek dalam episod lalu,
jadi hadiah itu terkumpul.

578
00:31:52,076 --> 00:31:57,206
Sekarang, jumlah hadiah
cabaran Kek atau Duit ialah 10,000 dolar.

579
00:31:58,291 --> 00:32:01,794
Saya betul-betul nak awak menang!
Karma awak bagus.

580
00:32:03,212 --> 00:32:06,341
April, di sebalik Dinding Kek
ada dua balang biskut.

581
00:32:07,926 --> 00:32:11,095
Salah satu balang biskut ini berisi duit

582
00:32:11,179 --> 00:32:16,809
dan satu lagi ialah kek.

583
00:32:17,852 --> 00:32:20,396
Kalau awak jumpa kek, awak dapat duit.

584
00:32:21,022 --> 00:32:25,151
Awak ada 15 saat untuk teka
yang mana satu ialah kek.

585
00:32:26,402 --> 00:32:27,320
Alamak!

586
00:32:28,279 --> 00:32:29,238
Baiklah.

587
00:32:29,322 --> 00:32:31,324
Masa awak bermula sekarang!

588
00:32:34,953 --> 00:32:35,954
Aduhai.

589
00:32:36,037 --> 00:32:38,039
Itulah yang saya fikir.

590
00:32:38,122 --> 00:32:40,583
Yang mana kek? Yang mana duit?

591
00:32:40,667 --> 00:32:41,834
BISKUT

592
00:32:50,760 --> 00:32:51,844
Lima saat.

593
00:32:52,971 --> 00:32:55,306
Tiga, dua, satu. Masa tamat!

594
00:32:55,390 --> 00:32:56,683
JAWAPAN DIKUNCI!

595
00:32:57,350 --> 00:33:00,603
Jawapan dah dikunci dah diterima.
Awak pilih Nombor Dua.

596
00:33:03,856 --> 00:33:05,858
Kenapa awak rasa itu kek?

597
00:33:05,942 --> 00:33:10,863
Butiran dan hias atas
yang itu nampak sarat? Entahlah.

598
00:33:10,947 --> 00:33:13,408
Hias atas? Itu istilah untuk hiasan?

599
00:33:13,491 --> 00:33:15,535
Ada bahagian yang menonjol.

600
00:33:16,911 --> 00:33:18,413
"Bahagian yang menonjol."

601
00:33:20,164 --> 00:33:21,124
Mudah-mudahan.

602
00:33:21,207 --> 00:33:23,209
Saya turut berdoa untuk awak.

603
00:33:23,751 --> 00:33:24,585
Terima kasih.

604
00:33:24,669 --> 00:33:26,879
Khas untuk awak seorang.

605
00:33:27,755 --> 00:33:29,716
Okey, awak pilih Nombor Dua.

606
00:33:29,799 --> 00:33:35,430
Kalau ini kek,
awak akan menang 10,000 dolar lagi.

607
00:33:37,473 --> 00:33:38,641
Ya!

608
00:33:40,059 --> 00:33:41,102
Inilah masanya!

609
00:33:49,152 --> 00:33:50,194
Sabar!

610
00:33:50,278 --> 00:33:53,281
Tunggu!

611
00:33:54,323 --> 00:33:57,243
Tunggu! Ya!

612
00:33:57,827 --> 00:33:59,162
Apa yang berlaku?

613
00:34:00,163 --> 00:34:01,205
Ini kek!

614
00:34:01,289 --> 00:34:02,957
April!

615
00:34:03,458 --> 00:34:05,084
April!

616
00:34:08,713 --> 00:34:11,257
Awak berjaya menang 10,000 dolar lagi.

617
00:34:11,340 --> 00:34:16,179
Dengan itu, jumlah kemenangan awak
pada hari ini ialah 15,000 dolar!

618
00:34:18,556 --> 00:34:22,935
Awak layak ke peringkat akhir!

619
00:34:24,645 --> 00:34:27,982
Andrew! Awak ada teman!

620
00:34:28,066 --> 00:34:29,901
Saya sangat teruja!

621
00:34:29,984 --> 00:34:32,278
Baiklah, kita semakin…

622
00:34:37,075 --> 00:34:38,159
Selamat jalan!

623
00:34:46,501 --> 00:34:47,752
Selamat jalan, Mikey.

624
00:35:06,062 --> 00:35:09,774
Terjemahan sari kata oleh Saffura

