1
00:00:06,047 --> 00:00:08,925
SEBUAH SIRI NETFLIX

2
00:00:12,762 --> 00:00:14,681
Biar betul?

3
00:00:17,767 --> 00:00:20,854
- Oh, Tuhan.
- Saya nak bawa balik singgahsana itu.

4
00:00:21,438 --> 00:00:23,648
- Juara patut bawa ia balik.
- Ya.

5
00:00:25,817 --> 00:00:32,032
Helo, semua.
Selamat datang ke peringkat akhir!

6
00:00:37,078 --> 00:00:39,205
- Anda suka singgahsana saya?
- Ya.

7
00:00:39,289 --> 00:00:40,665
Kami mahukannya.

8
00:00:40,749 --> 00:00:45,754
Adakah ia mengingatkan anda
kepada rancangan popular <i>Game of</i> …

9
00:00:46,296 --> 00:00:47,130
Maaf.

10
00:00:47,213 --> 00:00:52,385
<i>The Witcher</i> , siri fantasi asli Netflix?

11
00:00:53,261 --> 00:00:54,137
Ya.

12
00:00:54,721 --> 00:00:56,306
Terima kasih, Jonny!

13
00:00:57,265 --> 00:00:58,808
Awak selamat.

14
00:01:00,435 --> 00:01:01,603
Baiklah.

15
00:01:01,686 --> 00:01:05,482
Segala-galanya
yang anda usahakan selama ini

16
00:01:05,565 --> 00:01:08,026
akan ditentukan dalam episod kali ini.

17
00:01:10,612 --> 00:01:13,865
Anda dah canai berkilo-kilo <i>fondant</i> ,

18
00:01:13,948 --> 00:01:18,203
coklat model dan semestinya,
<i>tiltscape</i> , Steve,

19
00:01:19,287 --> 00:01:20,705
untuk tiba ke tahap ini.

20
00:01:20,789 --> 00:01:25,585
Namun, seorang peserta saja
yang layak bergelar juara <i>Is It Cake?</i>

21
00:01:25,668 --> 00:01:29,506
dan bawa pulang wang tunai 50,000 dolar!

22
00:01:31,549 --> 00:01:36,429
Baiklah. Buat kali terakhir,
kita akan main cabaran Cari Kek Itu!

23
00:01:36,930 --> 00:01:38,056
Ya!

24
00:01:41,601 --> 00:01:42,685
CARI KEK ITU

25
00:01:42,769 --> 00:01:47,899
Peserta terpantas yang meneka
dengan tepat hari ini sangat bertuah.

26
00:01:49,901 --> 00:01:52,028
Dinding Kek, sila pusing!

27
00:01:57,534 --> 00:01:58,952
- Tapi itu…
- Apa?

28
00:01:59,035 --> 00:02:00,161
Tepat sekali!

29
00:02:00,245 --> 00:02:02,956
- Itemnya tak boleh dilihat.
- Oh, Tuhan.

30
00:02:03,039 --> 00:02:05,542
Salah satu podium ini ialah kek.

31
00:02:05,625 --> 00:02:07,001
- Tidak!
- Adakah awak…

32
00:02:07,085 --> 00:02:08,878
Percayalah! Salah satunya kek.

33
00:02:08,962 --> 00:02:10,839
- Mustahil.
- Tidak!

34
00:02:11,464 --> 00:02:14,259
Ini peringkat akhir!

35
00:02:14,342 --> 00:02:19,764
Anda ada 20 saat untuk teka
dan kunci jawapan masing-masing.

36
00:02:20,515 --> 00:02:22,183
Ini main tipu.

37
00:02:22,267 --> 00:02:26,646
Masa anda bermula sekarang!

38
00:02:43,079 --> 00:02:45,081
Selamat meneka.

39
00:02:45,874 --> 00:02:47,709
Sepuluh saat.

40
00:02:52,714 --> 00:02:54,465
Lima saat.

41
00:02:57,385 --> 00:02:58,553
April!

42
00:02:58,636 --> 00:03:00,847
- Tiga, dua, satu.
- Saya dah kunci…

43
00:03:00,930 --> 00:03:02,223
Masa tamat!

44
00:03:03,391 --> 00:03:04,684
Terkejut?

45
00:03:04,767 --> 00:03:05,602
Ya.

46
00:03:08,521 --> 00:03:10,565
Mari lihat peserta yang berjaya.

47
00:03:10,648 --> 00:03:13,109
April, awak pilih Nombor Dua.

48
00:03:13,735 --> 00:03:15,737
- Kenapa?
- Sudutnya lebih bulat.

49
00:03:15,820 --> 00:03:19,073
Saya nampak kesan kemek
yang diserlahkan oleh cahaya.

50
00:03:19,157 --> 00:03:21,659
- Ya.
- Mari kita lihat jika ini kek.

51
00:03:22,202 --> 00:03:25,455
Ya, betul.
Mereka beri saya sebilah parang.

52
00:03:27,040 --> 00:03:28,124
Mari kita lihat.

53
00:03:29,459 --> 00:03:30,835
Adakah ini kek?

54
00:03:40,762 --> 00:03:42,472
Itu kek!

55
00:03:43,765 --> 00:03:45,642
Podium tak guna!

56
00:03:47,310 --> 00:03:49,270
Rasakan!

57
00:03:52,607 --> 00:03:55,193
- Ya! Ini kek.
- Oh, Tuhan!

58
00:03:55,276 --> 00:03:57,862
Ya! Oh, ada taburan!

59
00:03:57,946 --> 00:03:58,947
Oh, Tuhan!

60
00:03:59,030 --> 00:04:00,240
Wah!

61
00:04:01,366 --> 00:04:04,118
Sepertimana yang anda lihat, ini kek.

62
00:04:09,874 --> 00:04:11,668
Anda bertiga jumpa kek ini,

63
00:04:12,377 --> 00:04:14,504
tapi ada seorang yang paling pantas.

64
00:04:14,587 --> 00:04:18,591
Pembuat kek bertuah itu ialah April.

65
00:04:19,592 --> 00:04:20,593
Ya!

66
00:04:21,678 --> 00:04:25,723
Awak menang satu kelebihan
yang amat berguna di peringkat akhir ini.

67
00:04:26,224 --> 00:04:29,644
Ada sebabnya podium-podium ini kosong.

68
00:04:30,311 --> 00:04:33,898
Sebab hari ini,
anda bebas mereplikakan apa-apa saja.

69
00:04:36,025 --> 00:04:41,656
Saya yakin ada satu objek
yang anda ingin jadikan replika kek.

70
00:04:41,739 --> 00:04:43,992
Jadi, sekaranglah peluangnya.

71
00:04:44,075 --> 00:04:49,998
Anda boleh buat apa-apa kek
yang layak memenangi 50,000 dolar.

72
00:04:52,583 --> 00:04:53,501
Jangan lupa.

73
00:04:53,584 --> 00:04:58,089
Anda mesti buat juri kita kagum
dan memperdayakan mereka.

74
00:04:59,299 --> 00:05:03,303
Kami mengharapkan kek-kek yang luar biasa,

75
00:05:03,386 --> 00:05:06,014
tapi anda takkan beraksi bersendirian.

76
00:05:08,182 --> 00:05:11,102
Galeri, sila sertai kami.

77
00:05:12,603 --> 00:05:14,731
Ini gila!

78
00:05:14,814 --> 00:05:16,983
Oh, hari ini memang gila.

79
00:05:17,066 --> 00:05:20,486
Anda dengar itu? Bunyi Jonny terkejut.

80
00:05:20,570 --> 00:05:23,364
Sejujurnya, rancangan ini sangat hebat.

81
00:05:23,906 --> 00:05:25,658
Orang ramai patut tontonnya.

82
00:05:27,035 --> 00:05:32,498
Setiap daripada anda boleh pilih
seorang pembuat kek yang tersingkir

83
00:05:32,582 --> 00:05:36,919
untuk bantu anda buat kek
di stesen masing-masing.

84
00:05:37,003 --> 00:05:40,214
Anda boleh memanfaatkan kemahiran mereka

85
00:05:40,298 --> 00:05:42,675
sepanjang tempoh buat kek

86
00:05:42,759 --> 00:05:45,595
untuk bantu siapkan kek idaman anda.

87
00:05:46,262 --> 00:05:47,889
Ini hadiah kami untuk anda.

88
00:05:48,806 --> 00:05:52,268
April, sebagai peserta pertama
yang jumpa kek podium itu,

89
00:05:52,852 --> 00:05:54,729
awak dapat pilih dulu.

90
00:05:54,812 --> 00:05:56,314
Mereka sangat berbakat.

91
00:05:56,397 --> 00:05:57,857
Sangat berbakat.

92
00:05:57,940 --> 00:06:03,196
Saya berbesar hati dapat bekerja
bersama salah seorang daripada mereka.

93
00:06:04,322 --> 00:06:06,366
Saya pilih kawan saya, Nina.

94
00:06:06,449 --> 00:06:08,034
Nina!

95
00:06:09,160 --> 00:06:10,161
Saya suka.

96
00:06:10,244 --> 00:06:11,412
Ya!

97
00:06:11,496 --> 00:06:14,040
Peserta kedua terpantas ialah

98
00:06:15,124 --> 00:06:16,542
Andrew.

99
00:06:17,460 --> 00:06:20,546
Siapa yang awak pilih
sebagai pembantu awak?

100
00:06:20,630 --> 00:06:21,672
Entahlah.

101
00:06:24,217 --> 00:06:27,095
- Saya pilih Jonny.
- Jonny!

102
00:06:27,178 --> 00:06:28,721
Saya?

103
00:06:28,805 --> 00:06:29,889
Bagus.

104
00:06:31,474 --> 00:06:35,228
Akhir sekali, Hemu.
Siapa pembantu pilihan awak?

105
00:06:35,812 --> 00:06:37,063
Saya rasa

106
00:06:38,815 --> 00:06:43,861
Dessiree kerana dia mahu satu lagi peluang
untuk buktikan diri kepada anaknya.

107
00:06:45,029 --> 00:06:47,365
Dessiree! Selamat datang.

108
00:06:47,448 --> 00:06:48,825
Pilihan yang mantap.

109
00:06:49,450 --> 00:06:51,077
Andrew, April dan Hemu.

110
00:06:51,160 --> 00:06:54,247
Saya tak nak lengahkan masa anda lagi,

111
00:06:54,330 --> 00:06:58,626
jadi buat kali terakhir,
masa untuk cabaran Adakah Ini Kek?

112
00:07:02,213 --> 00:07:03,756
ADAKAH INI KEK?

113
00:07:03,840 --> 00:07:06,134
Dah tiba masa untuk anda buat kek

114
00:07:06,217 --> 00:07:10,388
dan cipta kek hiper-realistik idaman anda.

115
00:07:10,471 --> 00:07:13,558
Anda diberikan masa selama 12 jam.

116
00:07:15,309 --> 00:07:19,188
Sila ke dapur, pakai apron
dan jemput pembantu masing-masing.

117
00:07:20,773 --> 00:07:23,234
Yang lain, duduk di galeri.

118
00:07:25,820 --> 00:07:28,281
Masa untuk buat kek!

119
00:07:30,825 --> 00:07:32,493
Ini rangkanya. Saya rasa…

120
00:07:32,577 --> 00:07:36,622
Awak pernah tengok
mesin jahit vintaj Singer?

121
00:07:37,415 --> 00:07:38,749
Ini idea saya.

122
00:07:38,833 --> 00:07:42,753
Saya nak buat beg pakaian lusuh
yang penuh cap melancong.

123
00:07:42,837 --> 00:07:46,591
- Menarik.
- Ada kain terjuntai nampak macam baju.

124
00:07:46,674 --> 00:07:52,722
Saya bercadang nak buat kek arca batu
yang kasar buatannya dan nampak antik.

125
00:07:52,805 --> 00:07:55,308
- Okey.
- Ada banyak tekstur marmar.

126
00:07:55,391 --> 00:07:57,935
- Awak dah sedia? Ya!
- Semoga berjaya.

127
00:07:58,019 --> 00:08:00,521
Saya nak buat beg pakaian.

128
00:08:00,605 --> 00:08:03,024
Ia memang mencabar, tapi berbaloi.

129
00:08:03,107 --> 00:08:07,403
Beg pakaian ini sangat simbolik
kerana ia kek pertama yang saya ukir

130
00:08:07,487 --> 00:08:09,822
yang dibuat khas untuk suami saya.

131
00:08:09,906 --> 00:08:14,285
Kek pertama saya buat
untuk suami saya ialah kek beg pakaian

132
00:08:14,368 --> 00:08:17,705
sebagai hadiah
sebelum kami mengembara mengelilingi dunia

133
00:08:17,788 --> 00:08:22,585
dan kami sering melancong ke luar negara

134
00:08:22,668 --> 00:08:25,505
sehinggakan tangan saya
penuh tatu cap pasport.

135
00:08:25,588 --> 00:08:27,757
Destinasi pertama kami Costa Rica.

136
00:08:27,840 --> 00:08:31,093
- Destinasi lain?
- Machu Picchu dan Thailand.

137
00:08:31,177 --> 00:08:32,970
- Ini minat kami.
- Menarik.

138
00:08:33,054 --> 00:08:37,475
Kek ini diilhamkan oleh pengalaman saya
yang dibesarkan oleh nenek.

139
00:08:37,558 --> 00:08:39,268
Dia ajar saya menjahit.

140
00:08:39,352 --> 00:08:42,939
Saya membesar bersama nenek saya.

141
00:08:43,022 --> 00:08:44,857
Dia suka menjahit.

142
00:08:44,941 --> 00:08:46,817
Kek mesin jahit ini penghargaan

143
00:08:46,901 --> 00:08:49,362
atas semua ilmu yang nenek curahkan.

144
00:08:49,445 --> 00:08:53,741
Saya nak kek ini menghidupkan semula
kenangan zaman kanak-kanak saya

145
00:08:53,824 --> 00:08:58,663
kerana apa-apa makanan
yang menggamit memori pasti sedap.

146
00:08:58,746 --> 00:09:01,958
Jadi, saya pilih untuk buat kek <i>s'more</i> .

147
00:09:02,041 --> 00:09:06,003
<i>S'more</i> dengan serdak biskut graham.

148
00:09:06,087 --> 00:09:08,673
Kami buat adunan kek vanila dan kayu manis

149
00:09:08,756 --> 00:09:11,467
untuk menyerlahkan rasa biskut graham,

150
00:09:11,551 --> 00:09:12,969
ganace coklat pahit

151
00:09:13,052 --> 00:09:17,306
dan krim mentega meringue Swiss
marshmallow panggang

152
00:09:17,390 --> 00:09:20,142
yang padat dengan marshmallow panggang.

153
00:09:20,226 --> 00:09:24,146
Saya nak juri rasa <i>s'more</i>
apabila makan kek saya.

154
00:09:24,230 --> 00:09:26,607
- Macam bau ketika berkhemah!
- Betul.

155
00:09:31,654 --> 00:09:33,656
Awak buat kek apa, Hemu?

156
00:09:33,739 --> 00:09:35,950
Saya buat kek arca batu.

157
00:09:36,033 --> 00:09:38,286
Saya pilih untuk buat kek patung

158
00:09:38,369 --> 00:09:45,126
kerana saya pakar buat kek patung,
artifak dan barang-barang antik,

159
00:09:45,209 --> 00:09:47,962
tapi ia sangat rumit,

160
00:09:48,045 --> 00:09:52,675
jadi saya mesti pastikan
ukiran kek patung saya sempurna.

161
00:09:52,758 --> 00:09:55,761
Macam di Itali.
Kita nampak arca di mana-mana saja.

162
00:09:55,845 --> 00:09:56,679
Betul.

163
00:09:56,762 --> 00:09:59,765
Perisa kek kami
membangkitkan nostalgia minum kopi

164
00:09:59,849 --> 00:10:02,643
dan makan biskut sambil tengok arca.

165
00:10:02,727 --> 00:10:03,894
- Kopi?
- Ya.

166
00:10:03,978 --> 00:10:06,105
Oh, Tuhan. Perisa kek kita sama.

167
00:10:06,188 --> 00:10:11,235
Saya buat kek vanila
dengan krim mentega meringue Swiss,

168
00:10:11,319 --> 00:10:14,739
kacang hazel panggang dan <i>brownie.</i>

169
00:10:14,822 --> 00:10:17,491
Kalau begitu,
kita patut tambah kek span jari.

170
00:10:17,575 --> 00:10:19,869
Itulah yang sepatutnya.

171
00:10:19,952 --> 00:10:25,625
Saya buat dua jenis perisa
kerana saya nak tunjuk kreativiti saya.

172
00:10:25,708 --> 00:10:28,961
Ini peringkat akhir.
Saya nak buat juri terpegun.

173
00:10:29,045 --> 00:10:32,256
Saya buat kek tiramisu dengan kek vanila,

174
00:10:32,340 --> 00:10:35,468
krim mentega kopi espreso, keju maskarpon,

175
00:10:35,551 --> 00:10:38,679
ganace coklat dan serdak kek span jari.

176
00:10:38,763 --> 00:10:42,183
Di bahagian sebelahnya pula,
saya buat kek <i>baklava</i>

177
00:10:42,266 --> 00:10:46,520
yang dibuat dengan kek pistasio,
krim mentega madu bunga ros

178
00:10:46,604 --> 00:10:50,274
dan kacang pistasio kisar
bersama sedikit jem buah tin.

179
00:10:52,902 --> 00:10:54,445
Sedapnya.

180
00:11:00,743 --> 00:11:03,704
Perhatian, saya datang!

181
00:11:03,788 --> 00:11:04,914
Hei, Mikey.

182
00:11:04,997 --> 00:11:06,499
Saya menyorok.

183
00:11:06,582 --> 00:11:08,751
Saya bawa umpan-umpan anda.

184
00:11:08,834 --> 00:11:12,380
April,
saya ada mesin jahit vintaj untuk awak.

185
00:11:12,463 --> 00:11:15,424
Andrew, ini beg-beg pakaian
yang haus dan lusuh

186
00:11:15,508 --> 00:11:18,094
atau beg pakaian yang <i>Where's Waldo</i> bawa

187
00:11:19,303 --> 00:11:20,596
- dan Hemu…
- Ya?

188
00:11:20,680 --> 00:11:24,642
- …ini patung-patung awak.
- Sempurna.

189
00:11:24,725 --> 00:11:25,935
Satu perkara lagi.

190
00:11:26,018 --> 00:11:29,397
Kali ini, lebih sukar
untuk anda memperdayakan juri

191
00:11:29,480 --> 00:11:32,441
kerana jumlah umpan anda dikurangkan.

192
00:11:32,525 --> 00:11:37,988
Maksudnya, empat podium saja
yang dipersembahkan kepada juri.

193
00:11:38,072 --> 00:11:42,243
Jadi, setiap butiran sangat penting.

194
00:11:42,326 --> 00:11:47,707
Kalau ada sembilan mesin jahit umpan,
saya tentu rasa lebih yakin,

195
00:11:47,790 --> 00:11:49,709
tapi sekarang cuma tiga.

196
00:11:49,792 --> 00:11:52,128
Juri lebih senang meneka kek kami.

197
00:11:52,211 --> 00:11:55,381
Baiklah, semoga berjaya.
Saya akan kembali.

198
00:11:55,965 --> 00:11:57,925
Saya suka beg pakaian ini.

199
00:11:58,008 --> 00:11:59,051
Cantiknya.

200
00:11:59,135 --> 00:12:00,845
- Ini berat.
- Ya, ia berat.

201
00:12:00,928 --> 00:12:03,305
Tiada satu pun yang ada mentol. Menarik.

202
00:12:03,389 --> 00:12:08,060
Biasanya mesin jahit vintaj
ada mentol di bahagian belakang.

203
00:12:08,644 --> 00:12:11,772
Kalau mesin jahit kita saja
yang ada mentol,

204
00:12:11,856 --> 00:12:13,816
juri pasti terpedaya.

205
00:12:13,899 --> 00:12:17,903
Kalau kami boleh buat mentol itu,
juri pasti kagum.

206
00:12:17,987 --> 00:12:21,532
Jadi, Nina sedang buat
mentol isomalt untuk kek ini.

207
00:12:21,615 --> 00:12:23,200
- Ia berwarna?
- Ya.

208
00:12:23,284 --> 00:12:26,162
- Cantiknya! Ya.
- Ia nampak vintaj, bukan?

209
00:12:26,245 --> 00:12:28,539
Kita boleh buat acuan roda tangan?

210
00:12:29,331 --> 00:12:32,877
Sebenarnya, bukan mudah
nak tambah semua butiran ini,

211
00:12:32,960 --> 00:12:35,755
tapi saya banyak belajar
dalam pertandingan ini.

212
00:12:35,838 --> 00:12:40,009
Saya belajar tentang tahap kemampuan saya.

213
00:12:40,092 --> 00:12:44,597
Saya belajar tiada apa-apa yang mustahil.

214
00:12:44,680 --> 00:12:46,557
Tengoklah. Macam benang.

215
00:12:46,640 --> 00:12:48,350
Oh, Tuhan! Hebatnya.

216
00:12:48,434 --> 00:12:53,397
Saya bangga dengan diri sendiri!
Saya teruja dan saya nak menang duit itu.

217
00:12:53,481 --> 00:12:55,399
Ia pasti memukau. Ya.

218
00:12:56,484 --> 00:12:59,403
Okey, semua. Tinggal enam jam lagi.

219
00:13:11,457 --> 00:13:14,794
Saya mula susun kek tiramisu
dan kek <i>baklava</i>

220
00:13:14,877 --> 00:13:19,840
dalam turutan sama
sehingga dapat ketinggian yang tepat.

221
00:13:19,924 --> 00:13:21,550
Saya letak, awak tengok.

222
00:13:21,634 --> 00:13:24,261
Beratus-ratus orang boleh makan kek ini.

223
00:13:24,345 --> 00:13:25,513
Kek ini besar.

224
00:13:25,596 --> 00:13:28,599
Saya agak risau
kerana kek beg pakaian ini besar

225
00:13:28,682 --> 00:13:31,811
dan juri boleh nampak semua butiran kecil

226
00:13:31,894 --> 00:13:34,939
yang mereka takkan nampak
pada kek bersaiz kecil.

227
00:13:35,022 --> 00:13:38,692
Namun ini peringkat akhir,
jadi saya akan buat sehabis baik.

228
00:13:38,776 --> 00:13:40,361
Alang-alang menyeluk pekasam.

229
00:13:40,444 --> 00:13:43,322
Saya mula sapu ganace,
awak pula buat Flexique.

230
00:13:43,405 --> 00:13:44,240
Okey.

231
00:13:44,323 --> 00:13:45,616
Ketinggiannya sesuai.

232
00:13:45,699 --> 00:13:48,410
- Besar betul kepalanya.
- Saya akan ukir.

233
00:13:48,494 --> 00:13:51,622
Kek saya merangkumi
bahagian bahu dan dada,

234
00:13:51,705 --> 00:13:54,959
tapi sekarang,
ia cuma kek segi empat tepat.

235
00:13:55,042 --> 00:13:59,839
Saya perlu ukir bentuk dada
dan buat bahunya.

236
00:14:00,840 --> 00:14:04,885
Saya nak hadiahkan kemenangan ini
kepada kakak saya.

237
00:14:05,970 --> 00:14:08,222
Dia meninggal dunia Januari tahun ini.

238
00:14:08,305 --> 00:14:11,350
Dialah penyokong terbesar saya.

239
00:14:11,976 --> 00:14:13,936
Saya tahu di mana jua dia berada,

240
00:14:14,019 --> 00:14:17,690
dia pasti gembira kalau saya menang.

241
00:14:18,524 --> 00:14:23,237
Saya nak letak kepalanya
dan fikir cara nak ukir nanti.

242
00:14:24,154 --> 00:14:25,531
Empat jam lagi.

243
00:14:26,240 --> 00:14:27,449
Empat jam.

244
00:14:36,250 --> 00:14:37,960
- Ia cukup besar.
- Yakah?

245
00:14:38,043 --> 00:14:38,961
Sekali lagi.

246
00:14:39,044 --> 00:14:41,380
Saya nak tutup kek guna coklat model

247
00:14:41,463 --> 00:14:43,966
kerana ia mudah dikelim.

248
00:14:44,049 --> 00:14:45,885
Ia mudah untuk diterakan.

249
00:14:45,968 --> 00:14:48,888
Oh, Tuhan.
Awak habiskan sebekas coklat itu?

250
00:14:48,971 --> 00:14:50,264
- Ya.
- Bagus.

251
00:14:50,347 --> 00:14:55,394
Salah satu butiran paling penting
ialah mereplikakan tekstur kulit.

252
00:14:55,477 --> 00:14:59,690
Tekstur kulit asli boleh buat
kek beg pakaian saya nampak realistik.

253
00:14:59,773 --> 00:15:02,985
Jadi, kami guna
penekap tekstur kulit tiruan

254
00:15:03,068 --> 00:15:06,447
dan cipta kesan haus
dan lusuh guna pewarna serbuk.

255
00:15:06,947 --> 00:15:09,366
- Rupanya sama macam kulit.
- Betul?

256
00:15:09,450 --> 00:15:10,451
Hebatnya.

257
00:15:10,534 --> 00:15:14,038
Struktur yang kukuh penting
untuk bina kek patung saya

258
00:15:14,121 --> 00:15:19,251
kerana ia dibuat
daripada coklat model yang berat.

259
00:15:19,335 --> 00:15:22,880
Saya guna papan kayu
dan paip PVC sebagai struktur muka.

260
00:15:22,963 --> 00:15:24,256
Ini kepalanya.

261
00:15:24,340 --> 00:15:25,507
Bijak.

262
00:15:26,008 --> 00:15:30,387
Jadi, saya buat bola
daripada kerajang aluminium

263
00:15:30,471 --> 00:15:33,766
dan mula ukir bahagian kepalanya
guna coklat model.

264
00:15:33,849 --> 00:15:38,312
Saya pandai buat kek arca.
Inilah kepakaran saya.

265
00:15:38,896 --> 00:15:41,732
Saya cuma risau tentang matanya.

266
00:15:41,815 --> 00:15:44,777
Matanya ialah titik fokus kek ini.

267
00:15:44,860 --> 00:15:47,905
Kalau matanya sempurna,
kek patung ini nampak hidup.

268
00:15:48,614 --> 00:15:50,908
Strukturnya sangat penting.

269
00:15:50,991 --> 00:15:52,618
Ia penentu nasib saya.

270
00:15:52,701 --> 00:15:57,456
Jadi, saya potong kepingan kek
mengikut saiz papan

271
00:15:57,539 --> 00:16:01,126
dan susunnya di sekitar struktur
dengan berhati-hati.

272
00:16:01,210 --> 00:16:02,878
Potong sedikit lagi.

273
00:16:03,545 --> 00:16:06,757
Tapak kek dah siap.
Masa untuk fokus kepada butiran.

274
00:16:06,840 --> 00:16:10,386
Saya nak ia ringan
supaya tiada bahagian yang runtuh.

275
00:16:10,469 --> 00:16:15,057
Saya ambil sedikit bijirin
dan padatkannya pada struktur.

276
00:16:15,140 --> 00:16:16,850
Teksturnya macam tanah liat.

277
00:16:16,934 --> 00:16:17,893
Saya suka.

278
00:16:22,690 --> 00:16:25,150
Dua jam! Tinggal dua jam lagi.

279
00:16:25,734 --> 00:16:27,861
Masa semakin suntuk.

280
00:16:37,579 --> 00:16:38,414
Pegang.

281
00:16:43,585 --> 00:16:46,255
Saya buat kesan jahit
dan awak buat Flexique?

282
00:16:46,338 --> 00:16:48,924
Saya boleh buat Flexique.
Saya tahu caranya.

283
00:16:49,008 --> 00:16:50,884
Untuk buat kain yang boleh dimakan,

284
00:16:50,968 --> 00:16:53,887
saya cetak corak pada kertas wafer

285
00:16:53,971 --> 00:16:56,140
dan Flexique ialah sejenis campuran

286
00:16:56,223 --> 00:16:59,643
yang disapu pada permukaan kertas wafer.

287
00:16:59,727 --> 00:17:02,396
Sejujurnya, teknik ini agak hebat.

288
00:17:02,479 --> 00:17:05,816
Kami akan tutup
cacat cela kek beg pakaian ini

289
00:17:05,899 --> 00:17:08,027
dengan sumbat kain-kain ini

290
00:17:08,110 --> 00:17:11,572
supaya nampak macam baju
yang terjuntai keluar.

291
00:17:11,655 --> 00:17:14,116
Lima puluh ribu dolar menjadi pertaruhan.

292
00:17:14,199 --> 00:17:16,869
Saya akan kalah
kalau ia tak nampak realistik.

293
00:17:16,952 --> 00:17:17,995
Senang saja!

294
00:17:18,078 --> 00:17:19,747
Percayalah, ia sangat hebat.

295
00:17:19,830 --> 00:17:20,664
Saya suka.

296
00:17:21,290 --> 00:17:24,126
Satu jam lagi! Satu jam.

297
00:17:24,209 --> 00:17:25,669
Saya nak lekatkannya.

298
00:17:25,753 --> 00:17:28,338
Untuk beri kesan
mesin jahit ini berfungsi,

299
00:17:28,422 --> 00:17:31,717
saya guna coklat model untuk buat dail

300
00:17:31,800 --> 00:17:34,970
yang ada takuk dan tombol kecil

301
00:17:35,054 --> 00:17:36,847
untuk ubah seting mesin.

302
00:17:36,930 --> 00:17:42,186
Jadi kalau juri nilai kek saya,
mereka boleh pusing tombol ini.

303
00:17:42,269 --> 00:17:47,524
Saya akan letak cangkuk di sini
dan masukkan benang.

304
00:17:50,694 --> 00:17:52,404
- Awak suka?
- Ya.

305
00:17:52,488 --> 00:17:55,199
Ia nampak macam simen.

306
00:17:55,282 --> 00:17:58,911
Kami guna aising royal
dalam tiga warna berbeza.

307
00:17:58,994 --> 00:18:03,582
Kelabu gelap dan terang serta putih.
Kami sengaja biar ia bercapuk-capuk

308
00:18:03,665 --> 00:18:07,044
sebelum melicinkan permukaannya
menggunakan kertas pasir.

309
00:18:07,127 --> 00:18:11,632
- Hasilnya menakjubkan.
- Hebat.

310
00:18:11,715 --> 00:18:16,261
Lima belas minit lagi!
Berikan sentuhan terakhir anda.

311
00:18:16,345 --> 00:18:17,721
Awak nak warna apa?

312
00:18:18,388 --> 00:18:21,934
- Saya suka warna merah jambu.
- Okey, saya buat sekarang.

313
00:18:22,017 --> 00:18:26,730
Saya dapat tonjol bakat
dan kemahiran saya pada kek ini.

314
00:18:26,814 --> 00:18:29,691
Saya tambah kesan jahit
dan buat ia nampak lusuh

315
00:18:29,775 --> 00:18:32,111
seolah-olah ia berusia puluhan tahun.

316
00:18:32,611 --> 00:18:33,987
Ini matlamat saya.

317
00:18:34,071 --> 00:18:37,324
Saya bukan pembuat kek
dan si pelik sembarangan.

318
00:18:37,407 --> 00:18:41,495
Saya nak buktikan
yang saya pakar dalam bidang saya.

319
00:18:41,578 --> 00:18:43,247
Pelekat ini nampak hebat.

320
00:18:43,330 --> 00:18:45,666
Okey, semua. Tinggal lima minit lagi.

321
00:18:46,708 --> 00:18:49,962
Ia sebuah pengembaraan
yang mengujakan bagi saya.

322
00:18:50,045 --> 00:18:56,218
Saya tak pernah sangka kek saya
cukup hebat untuk menang 50,000 dolar,

323
00:18:56,301 --> 00:18:59,680
tapi saya yakin
itulah nilai kek patung ini.

324
00:18:59,763 --> 00:19:03,100
Ia nampak luar biasa dan sangat realistik.

325
00:19:04,643 --> 00:19:09,189
Saya cuba buat hasil seni
yang boleh dimakan.

326
00:19:09,273 --> 00:19:12,693
Saya harap semua butiran yang saya buat

327
00:19:12,776 --> 00:19:17,447
daripada seutas benang, mentol dan dail

328
00:19:17,531 --> 00:19:21,368
mampu memperdayakan juri.

329
00:19:21,451 --> 00:19:23,078
Ini detik penentuan.

330
00:19:23,162 --> 00:19:26,331
Selepas ini,
sama ada saya menang atau kalah.

331
00:19:26,415 --> 00:19:29,918
Okey, semua. Satu minit terakhir.

332
00:19:30,919 --> 00:19:33,297
- Di sini.
- Saya rasa kedudukan mentol…

333
00:19:41,805 --> 00:19:42,639
Masa tamat!

334
00:19:43,223 --> 00:19:46,518
Syabas.

335
00:19:46,602 --> 00:19:50,522
Kita akan bertemu semula
di hadapan juri sebentar lagi.

336
00:19:50,606 --> 00:19:51,982
Tak sabarnya!

337
00:19:55,277 --> 00:19:56,862
JURI

338
00:19:57,696 --> 00:20:03,452
Salah seorang peserta akan bawa pulang
hadiah utama berjumlah 50,000 dolar.

339
00:20:03,535 --> 00:20:05,787
Tengoklah mereka.

340
00:20:05,871 --> 00:20:07,456
Siapakah agaknya?

341
00:20:07,539 --> 00:20:12,252
Semua itu bergantung
pada barisan juri kita, jadi kenalkan.

342
00:20:12,336 --> 00:20:15,714
Beliau pelawak,
pelakon dan pengacara, Loni Love!

343
00:20:15,797 --> 00:20:17,799
LONI LOVE - PELAWAK DAN PENGACARA

344
00:20:19,509 --> 00:20:22,221
- Awak sangat kelakar.
- Awak pun, Mikey.

345
00:20:23,430 --> 00:20:24,932
Loni suka tuksedo saya…

346
00:20:25,015 --> 00:20:27,893
Awak pakai kasut berkilat.
Ini peringkat akhir.

347
00:20:28,477 --> 00:20:29,937
…dan kasut saya!

348
00:20:31,188 --> 00:20:33,732
Dia pelawak paling kelakar saya kenal.

349
00:20:33,815 --> 00:20:35,317
Rasanya.

350
00:20:35,400 --> 00:20:42,199
Beliau pelakon, pelawak
dan rangka kiri David Pumpkins,

351
00:20:42,282 --> 00:20:43,367
Bobby Moynihan.

352
00:20:44,034 --> 00:20:45,452
Bobby!

353
00:20:45,535 --> 00:20:47,663
BOBBY MOYNIHAN - PELAKON DAN PELAWAK

354
00:20:47,746 --> 00:20:49,456
- Hai!
- Saya peminat awak.

355
00:20:49,539 --> 00:20:50,958
Helo, rangka kanan.

356
00:20:51,792 --> 00:20:54,628
Seterusnya penulis,
pengacara dan ahli Fab Five

357
00:20:54,711 --> 00:20:58,548
dalam siri Netflix,
<i>Queer Eye</i> , Encik Karamo Brown.

358
00:20:58,632 --> 00:20:59,508
Karamo!

359
00:21:00,842 --> 00:21:02,010
Awak seorang wira.

360
00:21:02,094 --> 00:21:05,013
- Awak banyak berjasa.
- Tak. Kami cuba.

361
00:21:05,097 --> 00:21:08,350
Awak pernah dan masih bekerja
dengan Presiden Obama?

362
00:21:08,433 --> 00:21:10,269
Ya. Betul.

363
00:21:10,352 --> 00:21:14,856
Jadi, soalan saya.
Betulkah dia sangat hebat?

364
00:21:14,940 --> 00:21:18,902
Ya. Dia hebat, baik dan segak.

365
00:21:18,986 --> 00:21:20,487
Mungkin ia kurang sopan.

366
00:21:20,570 --> 00:21:22,531
- Taklah.
- Kita semua setuju.

367
00:21:23,115 --> 00:21:26,368
Baiklah, juri.
Selamat datang ke peringkat akhir.

368
00:21:26,451 --> 00:21:30,163
Anda saja yang memisahkan
para pembuat kek handalan ini

369
00:21:30,247 --> 00:21:32,457
daripada 50,000 dolar.

370
00:21:33,542 --> 00:21:37,879
Biar saya kenalkan anda
kepada peserta pertama hari ini, April.

371
00:21:37,963 --> 00:21:40,048
April yang hebat.

372
00:21:41,300 --> 00:21:43,093
Dinding Kek, pusing.

373
00:21:45,637 --> 00:21:48,682
Anda akan nampak empat mesin jahit vintaj,

374
00:21:48,765 --> 00:21:51,810
tapi salah satu daripadanya ialah kek.

375
00:21:52,477 --> 00:21:54,479
Berjayakah anda menemukannya?

376
00:21:56,440 --> 00:21:59,443
Masa anda bermula sekarang.

377
00:22:01,403 --> 00:22:04,406
- Apa? Oh, Tuhan!
- Oh, Tuhan.

378
00:22:04,489 --> 00:22:05,574
Apa pendapat kamu?

379
00:22:05,657 --> 00:22:07,951
Saya lihat perbezaan warnanya.

380
00:22:08,035 --> 00:22:10,579
Nombor Satu nampak lusuh.

381
00:22:11,455 --> 00:22:13,040
Semuanya nampak realistik.

382
00:22:13,123 --> 00:22:15,334
- Sepuluh saat.
- Nombor Dua…

383
00:22:15,417 --> 00:22:16,543
Berapa saat lagi?

384
00:22:16,626 --> 00:22:18,253
- Bukan Tiga.
- Ia berkilat.

385
00:22:18,337 --> 00:22:20,922
- Betul. Ia berkilat…
- Itu mesin jahit.

386
00:22:21,006 --> 00:22:22,883
Nombor Empat atau Nombor Satu.

387
00:22:22,966 --> 00:22:24,259
- Oh, Tuhan!
- Menakjubkan.

388
00:22:24,343 --> 00:22:26,970
- Masa kita semakin suntuk.
- Susahnya!

389
00:22:27,054 --> 00:22:29,848
- Tiga saat! Kunci jawapan.
- Tiga bukan kek.

390
00:22:29,931 --> 00:22:31,558
Mustahil Satu ialah…

391
00:22:31,641 --> 00:22:34,728
- Saya teka Empat!
- Empat! Kita berjaya!

392
00:22:34,811 --> 00:22:35,687
Sempat pun!

393
00:22:38,231 --> 00:22:40,525
Juri, anda kunci Nombor Empat.

394
00:22:40,609 --> 00:22:42,152
Mari lihat jawapan anda.

395
00:22:42,235 --> 00:22:43,487
Baiklah, April.

396
00:22:43,570 --> 00:22:46,365
Awak seorang pembuat kek
yang sangat berbakat

397
00:22:46,448 --> 00:22:50,452
dan awak dah menang 15,000 dolar
sepanjang pertandingan ini.

398
00:22:50,535 --> 00:22:53,372
Kalau ini mesin jahit sebenar,

399
00:22:53,455 --> 00:22:57,209
awak berpeluang
untuk menang 50,000 dolar lagi.

400
00:22:57,709 --> 00:23:02,047
Sekarang, detik penentuan
dan soalan kegemaran saya.

401
00:23:02,923 --> 00:23:04,633
Adakah ini kek?

402
00:23:06,760 --> 00:23:08,804
- Potong.
- Potong.

403
00:23:18,063 --> 00:23:19,439
Bukan kek!

404
00:23:20,982 --> 00:23:22,567
Satu, Loni! Satu!

405
00:23:22,651 --> 00:23:26,696
Tahniah, April!
Awak berjaya memperdayakan juri kita.

406
00:23:26,780 --> 00:23:31,368
Maksudnya, awak selangkah lebih dekat
untuk bergelar juara <i>Is It Cake?</i>

407
00:23:31,451 --> 00:23:34,329
dan bawa pulang hadiah utama 50,000 dolar.

408
00:23:34,413 --> 00:23:35,831
Yang mana satu kek?

409
00:23:35,914 --> 00:23:39,167
Baiklah, April.
Memandangkan juri tak jumpa kek awak,

410
00:23:39,251 --> 00:23:41,837
jadi awak patut dedahkannya kepada mereka.

411
00:23:41,920 --> 00:23:43,839
- Okey.
- Sila datang ke depan.

412
00:23:43,922 --> 00:23:45,382
Kalau Dua, saya jerit.

413
00:23:45,465 --> 00:23:47,801
- Kalau Satu, saya jerit.
- Betul itu!

414
00:23:47,884 --> 00:23:49,052
Adakah Dua?

415
00:23:49,553 --> 00:23:50,387
Bukan.

416
00:23:52,180 --> 00:23:53,598
Satu!

417
00:23:56,685 --> 00:23:59,062
- Biar betul?
- Itu kek.

418
00:23:59,146 --> 00:24:00,730
Berapa jam awak buat?

419
00:24:01,356 --> 00:24:03,442
- Dua belas jam.
- Dua belas jam?

420
00:24:03,525 --> 00:24:05,152
Oh, Tuhan.

421
00:24:05,235 --> 00:24:09,406
Saya buat kek <i>s'more</i> .

422
00:24:10,323 --> 00:24:11,533
Boleh cepat sedikit?

423
00:24:13,410 --> 00:24:14,411
Saya cuba.

424
00:24:14,494 --> 00:24:18,081
Bahan utama kek ini
ialah kek biskut graham,

425
00:24:18,165 --> 00:24:20,041
coklat dan marshmallow.

426
00:24:20,125 --> 00:24:21,418
Terima kasih, sayang.

427
00:24:23,336 --> 00:24:27,174
Saya rasa bersalah makan kek awak.

428
00:24:27,257 --> 00:24:28,884
Kek ini sangat sempurna.

429
00:24:28,967 --> 00:24:33,638
Awak pandai membahagikan
nisbah marshmallow, coklat

430
00:24:33,722 --> 00:24:36,391
dan biskut graham
yang sebenarnya ialah kek.

431
00:24:36,475 --> 00:24:38,393
Pandai betul awak buat kek.

432
00:24:38,477 --> 00:24:40,187
- Ia sangat sedap.
- Terima kasih.

433
00:24:40,270 --> 00:24:43,482
- Aromanya buat kita ingat unggun api.
- Ya.

434
00:24:43,565 --> 00:24:44,733
Ia menyenangkan.

435
00:24:44,816 --> 00:24:47,611
Anak awak pasti bangga
dengan aroma kek ini.

436
00:24:47,694 --> 00:24:50,655
Ia luar biasa. Ya. Syabas.

437
00:24:53,408 --> 00:24:58,246
Giliran peserta seterusnya, Andrew.

438
00:24:59,706 --> 00:25:00,874
Andrew!

439
00:25:01,458 --> 00:25:06,546
Dah tiga kali Andrew berjaya
memperdayakan juri dengan kek-kek dia.

440
00:25:06,630 --> 00:25:09,132
Berjayakah dia untuk kali keempat?

441
00:25:09,216 --> 00:25:10,800
Dinding Kek, pusing.

442
00:25:10,884 --> 00:25:12,010
Baiklah, juri.

443
00:25:12,093 --> 00:25:14,346
Berikut ialah empat buah beg pakaian.

444
00:25:14,429 --> 00:25:18,975
Tiga daripadanya berisi baju,
tapi satu daripadanya ialah kek.

445
00:25:19,059 --> 00:25:25,065
Mari lihat jika Andrew berpeluang
merebut duit 50,000 dolar itu.

446
00:25:25,774 --> 00:25:28,485
Masa anda bermula sekarang!

447
00:25:29,361 --> 00:25:31,947
- Dia buat baju daripada kek?
- Gila betul.

448
00:25:32,030 --> 00:25:33,949
- Ini menakjubkan!
- Hebat.

449
00:25:34,032 --> 00:25:35,492
- Wah!
- Luar biasa.

450
00:25:35,575 --> 00:25:36,618
Okey.

451
00:25:36,701 --> 00:25:39,079
Satu beg pakaian sebenar. Kecualikannya.

452
00:25:39,162 --> 00:25:40,497
Satu bukan kek.

453
00:25:41,581 --> 00:25:43,875
- Saya rasa Dua ialah kek.
- Dua…

454
00:25:43,959 --> 00:25:45,043
Dua ialah kek?

455
00:25:46,836 --> 00:25:48,755
- Tiga terlalu ketara.
- Yakah?

456
00:25:48,838 --> 00:25:51,508
- Saya tak boleh bezakan…
- Sepuluh saat.

457
00:25:51,591 --> 00:25:54,135
Tiga menegak,
jadi saya tak nampak baju itu.

458
00:25:54,219 --> 00:25:56,304
Bukan Empat. Itu seluar dalam saya.

459
00:25:58,014 --> 00:25:58,890
Dua?

460
00:25:58,974 --> 00:26:00,600
Lima saat, juri.

461
00:26:01,393 --> 00:26:03,103
Dua!

462
00:26:03,186 --> 00:26:04,354
Masa tamat!

463
00:26:06,231 --> 00:26:08,275
Tepat pada masanya.

464
00:26:09,359 --> 00:26:11,319
Anda pilih Dua.

465
00:26:11,403 --> 00:26:13,905
Mari kita lihat
jika anda berjaya kali ini.

466
00:26:13,989 --> 00:26:15,949
Awak macam bom yang nak meledak.

467
00:26:18,034 --> 00:26:22,455
Saya baru perasan corak baju
beg pakaian Dua dan Tiga sama.

468
00:26:22,539 --> 00:26:25,875
Kedudukan Dua memang macam kek,

469
00:26:25,959 --> 00:26:28,128
jadi saya tak sabar nak makan.

470
00:26:30,797 --> 00:26:35,343
Andrew, usaha awak
sepanjang pertandingan ini

471
00:26:35,427 --> 00:26:39,097
akan ditentukan
oleh beg pakaian dan pisau ini.

472
00:26:40,181 --> 00:26:41,516
Jadi, mari kita lihat.

473
00:26:42,475 --> 00:26:43,935
Adakah ini kek?

474
00:26:50,400 --> 00:26:53,528
- Tidak!
- Bukan kek!

475
00:26:54,362 --> 00:26:55,655
Bukan kek!

476
00:26:55,739 --> 00:26:56,906
Itu bukan kek!

477
00:26:57,824 --> 00:26:59,993
Andrew, awak berjaya! Tahniah!

478
00:27:00,076 --> 00:27:01,703
Satu yang ada pelekat!

479
00:27:01,786 --> 00:27:04,205
- Betul cakap awak.
- Okey.

480
00:27:04,289 --> 00:27:05,665
Ini kemenangan keempat awak.

481
00:27:05,749 --> 00:27:09,961
Andrew, awak makin hampir
untuk bergelar juara <i>Is It Cake?</i> .

482
00:27:10,045 --> 00:27:13,506
Sila datang ke depan
dan dedahkan kek awak kepada juri.

483
00:27:13,590 --> 00:27:14,883
Saya rasa Satu.

484
00:27:14,966 --> 00:27:17,969
Kali ini saya takkan acah juri
dan potong saja.

485
00:27:18,053 --> 00:27:21,264
- Kalau Satu…
- Mungkin Empat, tapi saya rasa Satu.

486
00:27:23,141 --> 00:27:25,101
- Okey, saya dah agak.
- Mustahil!

487
00:27:26,061 --> 00:27:28,480
- Empat! Ya.
- Ya, macam yang saya cakap.

488
00:27:28,563 --> 00:27:29,648
Dia bergurau.

489
00:27:29,731 --> 00:27:31,650
Mari potong beg pakaian ini.

490
00:27:34,653 --> 00:27:36,863
Wah!

491
00:27:38,323 --> 00:27:40,283
- Wah!
- Ini kek.

492
00:27:42,118 --> 00:27:44,245
Oh, ini memang kek.

493
00:27:48,708 --> 00:27:52,212
Di sebelah sini ialah kek velvet putih,

494
00:27:52,295 --> 00:27:55,048
keju maskarpon, krim mentega kopi espreso

495
00:27:55,131 --> 00:27:57,884
dan serdak kek span jari macam tiramisu.

496
00:27:58,468 --> 00:28:01,846
Kemudian,
sebelah sini pula ialah kek pistasio

497
00:28:01,930 --> 00:28:05,225
dengan krim mentega madu bunga ros
dan jem buah tin.

498
00:28:05,308 --> 00:28:06,142
Saya sudi.

499
00:28:06,226 --> 00:28:07,727
Oh, awak dah kahwin.

500
00:28:08,812 --> 00:28:09,646
Maafkan saya.

501
00:28:12,941 --> 00:28:16,111
Sedapnya kek pistasio ini.
Ia sangat lembap.

502
00:28:16,194 --> 00:28:17,737
Saya suka ia kurang manis.

503
00:28:17,821 --> 00:28:20,907
Saya lebih suka kek tiramisu

504
00:28:20,990 --> 00:28:23,993
kerana ia lebih manis
dan kena dengan cita rasa saya

505
00:28:24,077 --> 00:28:26,663
dan saya tak jaga makan.

506
00:28:28,873 --> 00:28:32,919
Ia sungguh lembap
dan sangat mudah dipotong.

507
00:28:33,002 --> 00:28:34,254
Ia lembap dan sedap.

508
00:28:34,337 --> 00:28:35,505
Saya kagum.

509
00:28:36,339 --> 00:28:39,384
Baiklah. Tahniah, Andrew.

510
00:28:39,467 --> 00:28:41,720
- Empat kali berturut-turut.
- Tahniah.

511
00:28:43,263 --> 00:28:46,975
Baiklah, juri.
Giliran peserta terakhir kita, Hemu.

512
00:28:47,058 --> 00:28:48,935
Dinding Kek, pusing!

513
00:28:50,478 --> 00:28:53,273
Baiklah, juri.
Anda akan nampak empat patung.

514
00:28:53,356 --> 00:28:57,694
Tiga patung itu dibuat
daripada batu dan satu ialah kek.

515
00:28:57,777 --> 00:28:59,988
Wah!

516
00:29:00,071 --> 00:29:02,157
Macam Bahagian Taman di Home Depot.

517
00:29:02,240 --> 00:29:05,326
Masa anda bermula sekarang.

518
00:29:05,410 --> 00:29:07,370
Semuanya nampak realistik.

519
00:29:07,454 --> 00:29:09,789
Mustahil kita boleh jumpa. Oh, Tuhan.

520
00:29:12,876 --> 00:29:16,379
- Dua nampak macam patung sebenar.
- Tapi ia terlalu besar.

521
00:29:16,463 --> 00:29:19,007
Ada butiran di muka Nombor Tiga.

522
00:29:19,674 --> 00:29:22,427
- Mungkin Tiga atau…
- Empat. Entahlah.

523
00:29:23,011 --> 00:29:23,928
Lima saat.

524
00:29:24,012 --> 00:29:25,430
Kunci jawapan anda!

525
00:29:25,513 --> 00:29:28,475
- Kita masih ada masa…
- Empat.

526
00:29:28,558 --> 00:29:30,393
- Kami pilih Empat.
- Masa tamat.

527
00:29:30,477 --> 00:29:33,062
- Masa tamat.
- Empat!

528
00:29:38,860 --> 00:29:40,028
Anda pilih Empat.

529
00:29:40,111 --> 00:29:41,321
Ya, beberapa kali.

530
00:29:41,404 --> 00:29:42,781
Macam di muzium.

531
00:29:42,864 --> 00:29:44,657
- Saya tak boleh bezakan.
- Ya.

532
00:29:44,741 --> 00:29:47,285
Saya terpegun
seolah-olah berada di muzium.

533
00:29:47,368 --> 00:29:49,496
- Ia semakin susah.
- Betul.

534
00:29:49,579 --> 00:29:52,624
- Anda sepakat dan pilih Empat?
- Empat.

535
00:29:52,707 --> 00:29:54,083
Anda yakin dengan…

536
00:29:54,167 --> 00:29:55,710
- Tidak!
- Tak sama sekali.

537
00:29:55,794 --> 00:29:57,170
Juri memang macam itu.

538
00:29:57,253 --> 00:29:59,923
Okey, Hemu. Inilah saatnya.

539
00:30:01,633 --> 00:30:06,805
Kalau patung ini arca sebenar,
awak boleh menang 50,000 dolar.

540
00:30:06,888 --> 00:30:08,223
Mari kita lihat.

541
00:30:08,306 --> 00:30:09,808
Awas, Hemu.

542
00:30:11,392 --> 00:30:12,936
Adakah ini kek?

543
00:30:18,107 --> 00:30:19,609
Ini kek!

544
00:30:20,318 --> 00:30:21,611
Kita berjaya!

545
00:30:21,694 --> 00:30:23,363
- Kita berjaya.
- Ini kek!

546
00:30:23,446 --> 00:30:24,697
Kita berjaya!

547
00:30:25,281 --> 00:30:27,283
Alamak, Hemu!

548
00:30:27,784 --> 00:30:29,577
Saya minta maaf.

549
00:30:29,661 --> 00:30:30,995
Ia buat saya sedih.

550
00:30:31,079 --> 00:30:36,084
Awak dah curah semua kemahiran,
tapi malangnya awak disingkirkan.

551
00:30:36,167 --> 00:30:40,964
Bagaimanapun,
awak tetap pulang bersama 10,000 dolar.

552
00:30:42,048 --> 00:30:44,968
Jadi, awak patut bangga!

553
00:30:45,468 --> 00:30:48,888
- Ya.
- Awak sangat berbakat.

554
00:30:48,972 --> 00:30:51,975
Hemu, juri tetap nak rasa kek awak.

555
00:30:52,058 --> 00:30:53,142
Ya, betul.

556
00:30:53,226 --> 00:30:55,395
Cerita tentang perisa kek awak.

557
00:30:55,478 --> 00:31:00,567
Jadi, saya buat kek vanila lembap
dengan krim mentega meringue Swiss kopi,

558
00:31:00,650 --> 00:31:04,362
kacang hazel kisar
bersama ketulan <i>brownie.</i>

559
00:31:04,445 --> 00:31:08,116
Luaran arca nampak keras,
tapi dalamannya lembut macam kek.

560
00:31:08,199 --> 00:31:09,242
Syabas.

561
00:31:09,325 --> 00:31:12,203
- Lapisannya sangat…
- Tepat.

562
00:31:12,287 --> 00:31:13,913
- Saya setuju. Tepat.
- Ya.

563
00:31:13,997 --> 00:31:15,874
- Mengagumkan.
- Terima kasih.

564
00:31:15,957 --> 00:31:17,542
Tekstur kek awak bagus.

565
00:31:17,625 --> 00:31:21,588
Saya dapat rasa vanila
dan semuanya saling melengkapi.

566
00:31:22,672 --> 00:31:25,133
Syabas. Kek ini menakjubkan.

567
00:31:25,216 --> 00:31:26,426
Syabas, Hemu.

568
00:31:26,509 --> 00:31:29,137
Saya nak peluk awak
kerana awak memang hebat.

569
00:31:29,971 --> 00:31:34,517
Pengalaman ini menyeronokkan
kerana saya dapat kenal pembuat kek lain

570
00:31:34,601 --> 00:31:37,061
dan cipta banyak kenangan indah.

571
00:31:37,145 --> 00:31:38,730
Saya bersyukur.

572
00:31:38,813 --> 00:31:41,941
April dan Andrew,
saya harap semua orang boleh menang.

573
00:31:42,025 --> 00:31:44,027
Malangnya, itu mustahil.

574
00:31:44,110 --> 00:31:49,532
Jadi, juri perlukan masa
dan ruang untuk buat keputusan.

575
00:31:49,616 --> 00:31:55,330
Peserta dan pembuat kek di galeri,
sila berdiri di Dinding Kek.

576
00:31:55,413 --> 00:31:56,748
Ini bukan latihan.

577
00:31:56,831 --> 00:31:58,416
Berdiri di Dinding Kek.

578
00:31:58,499 --> 00:32:02,587
Betul. Satu barisan.
Berdiri rapat-rapat, semua.

579
00:32:03,588 --> 00:32:07,717
Baiklah, Dinding Kek.
Bawa semua pembuat kek kita pergi.

580
00:32:07,800 --> 00:32:09,010
Berdiri betul-betul.

581
00:32:10,011 --> 00:32:10,929
Jumpa lagi!

582
00:32:11,721 --> 00:32:13,932
Ia berbahaya kalau anda tak bersedia.

583
00:32:17,435 --> 00:32:18,853
Wah!

584
00:32:22,941 --> 00:32:24,817
Okey, juri.

585
00:32:24,901 --> 00:32:29,489
Dah tiba masa
untuk anda nilai kek mereka dari dekat.

586
00:32:29,572 --> 00:32:32,742
Semuanya bergantung pada rasa dan butiran.

587
00:32:35,828 --> 00:32:37,830
Ia lebih realistik dari dekat.

588
00:32:37,914 --> 00:32:39,207
Betul.

589
00:32:39,290 --> 00:32:43,169
- Butiran-butiran kecil ini menakjubkan.
- Luar biasa.

590
00:32:43,252 --> 00:32:47,090
- Saya kagum.
- Saya suka bahagian yang lusuh ini.

591
00:32:47,173 --> 00:32:49,008
Tombol dan butirannya bergerak.

592
00:32:49,092 --> 00:32:52,303
Nampaknya,
awak boleh mula menjahit sekarang.

593
00:32:53,888 --> 00:32:55,723
Rasanya sangat sedap.

594
00:32:56,933 --> 00:32:59,686
Ya, macam <i>s'more</i> .
Rasanya sama macam <i>s'more</i> .

595
00:33:00,812 --> 00:33:02,105
Okey, seterusnya.

596
00:33:02,188 --> 00:33:07,402
Kain-kain ini tetap nampak realistik
walaupun dari jarak dekat.

597
00:33:07,485 --> 00:33:09,862
Ia lebih cantik daripada baju saya.

598
00:33:12,073 --> 00:33:12,949
Hebat!

599
00:33:13,741 --> 00:33:16,119
- Hebatnya.
- Ya. Oh, Tuhan!

600
00:33:16,202 --> 00:33:18,246
Tengok kancing ini.

601
00:33:18,329 --> 00:33:20,331
Ia sangat realistik. Ini bakat.

602
00:33:20,415 --> 00:33:21,624
Lihat butirannya.

603
00:33:21,708 --> 00:33:25,003
Perincian butiran kek ini, kesan jahitnya…

604
00:33:25,086 --> 00:33:27,422
Tekstur permukaan beg pakaian ini.

605
00:33:28,923 --> 00:33:30,508
Ini bahagian kek pistasio.

606
00:33:31,509 --> 00:33:34,512
- Okey, mari kita cuba.
- Itu bahagian kek tiramisu.

607
00:33:34,595 --> 00:33:37,140
Dia buat dua perisa dalam sebiji kek.

608
00:33:37,223 --> 00:33:38,307
Menakjubkan.

609
00:33:38,891 --> 00:33:42,270
Sedapnya kek pistasio ini.

610
00:33:42,353 --> 00:33:46,566
Juri, dah buat keputusan
atau anda perlukan sedikit masa lagi?

611
00:33:46,649 --> 00:33:48,735
Kami perlukan sedikit masa lagi.

612
00:33:48,818 --> 00:33:50,028
Silakan.

613
00:33:50,111 --> 00:33:52,697
Dari aspek rekaan, yang mana lebih hebat?

614
00:33:52,780 --> 00:33:53,948
Yang ini rumit.

615
00:33:54,032 --> 00:33:56,159
Butiran-butiran kecil ini,

616
00:33:56,242 --> 00:33:58,661
semua butiran untuk buat mesin jahit ini,

617
00:33:58,745 --> 00:34:00,663
saya rasa ia sangat menakjubkan.

618
00:34:00,747 --> 00:34:03,541
Itu banyak butiran, tapi lihat kulit ini.

619
00:34:03,624 --> 00:34:06,711
Ia nampak macam kulit lusuh.

620
00:34:06,794 --> 00:34:08,880
Lagipun, perincian butirannya sama.

621
00:34:08,963 --> 00:34:13,176
Kalau awak perhatikan,
kancing ini nampak vintaj.

622
00:34:13,259 --> 00:34:15,762
- Ini lebih realistik.
- Saya tak setuju.

623
00:34:15,845 --> 00:34:19,640
Saya rasa dari dekat,
mesin jahit ini nampak lebih realistik

624
00:34:19,724 --> 00:34:21,392
berbanding beg pakaian ini.

625
00:34:21,476 --> 00:34:23,227
Awak langsung tak membantu.

626
00:34:23,311 --> 00:34:25,563
Kedua-duanya ada kisah tersendiri.

627
00:34:25,646 --> 00:34:27,607
Mereka curahkan sepenuh hati.

628
00:34:27,690 --> 00:34:30,359
Saya rasa inilah dua kek yang terbaik.

629
00:34:30,443 --> 00:34:32,236
Susahnya nak buat keputusan.

630
00:34:32,320 --> 00:34:34,530
Baiklah, juri. Sila kembali ke podium

631
00:34:34,614 --> 00:34:36,991
dan letak nama pemenang di dalam sampul.

632
00:34:37,075 --> 00:34:40,369
Keputusan yang penting, juri.
Saya gementar.

633
00:34:43,081 --> 00:34:44,082
Keputusan dibuat.

634
00:34:44,165 --> 00:34:45,708
Juri, dah ada keputusan?

635
00:34:45,792 --> 00:34:46,793
- Dah.
- Ya.

636
00:34:46,876 --> 00:34:49,378
Okey, panggil semula pembuat kek kita.

637
00:34:49,462 --> 00:34:51,798
Dinding Kek, pusing.

638
00:34:52,507 --> 00:34:54,217
Bawakan kami manusia.

639
00:34:56,427 --> 00:34:57,804
Itu pun mereka.

640
00:34:57,887 --> 00:35:01,891
Bersatu dalam pelukan perpaduan.

641
00:35:06,521 --> 00:35:08,147
April dan Andrew, silakan.

642
00:35:08,231 --> 00:35:11,109
Yang lain, sila ke sana.

643
00:35:11,192 --> 00:35:15,196
Sepanjang ketiadaan anda,
kek-kek anda dah dinilai dengan teliti.

644
00:35:15,780 --> 00:35:19,784
Mereka nilai semua butiran
dan makan beberapa sudu kek lagi.

645
00:35:20,326 --> 00:35:21,452
Beberapa?

646
00:35:23,454 --> 00:35:25,665
- Apa perasaan kamu?
- Penuh perasaan.

647
00:35:25,748 --> 00:35:28,042
- Ya, betul. Penuh perasaan.
- Ya.

648
00:35:28,126 --> 00:35:32,130
Bobby, awak pegang sampul
yang ada nama pemenang?

649
00:35:32,213 --> 00:35:33,589
Ya.

650
00:35:35,341 --> 00:35:36,551
Hati-hati.

651
00:35:37,468 --> 00:35:38,469
Baiklah.

652
00:35:39,846 --> 00:35:40,847
Inilah saatnya.

653
00:35:41,430 --> 00:35:44,809
Saya harap semua orang boleh jadi juara.

654
00:35:44,892 --> 00:35:46,936
Malangnya, ia mustahil…

655
00:35:49,814 --> 00:35:52,275
dan pemenangnya ialah…

656
00:36:03,202 --> 00:36:05,705
Andrew.

657
00:36:08,124 --> 00:36:09,709
Andrew, awak menang!

658
00:36:10,751 --> 00:36:12,545
Tahniah!

659
00:36:13,212 --> 00:36:17,091
Awak baru menang 50,000 dolar.

660
00:36:17,175 --> 00:36:23,055
Jumlah kemenangan awak
dalam pertandingan ini ialah 80,000 dolar.

661
00:36:23,139 --> 00:36:24,682
Oh, Tuhan.

662
00:36:25,600 --> 00:36:28,561
- Apa perasaan awak?
- Saya rasa…

663
00:36:29,353 --> 00:36:31,856
Saya tak pernah menang apa-apa.

664
00:36:31,939 --> 00:36:34,942
Saya mula sedar
inilah diri saya yang sebenar.

665
00:36:35,026 --> 00:36:37,778
Ini cuma pertandingan buat kek,
tapi ia bermakna bagi saya.

666
00:36:37,862 --> 00:36:39,447
Saya sayang kamu semua…

667
00:36:39,530 --> 00:36:42,158
Kamu tahu saya akan menangis.

668
00:36:42,241 --> 00:36:44,660
Terima kasih. Saya sayang kamu semua.

669
00:36:44,744 --> 00:36:45,578
Tahniah.

670
00:36:45,661 --> 00:36:47,163
Saya tumpang gembira.

671
00:36:47,246 --> 00:36:48,748
April, syabas.

672
00:36:48,831 --> 00:36:53,711
Saya tak menang,
tapi saya boleh pulang dengan bangga

673
00:36:53,794 --> 00:36:58,007
dan saya tak sabar
nak beritahu Chris dan Ava

674
00:36:58,090 --> 00:37:02,094
tentang pengembaraan luar biasa saya.

675
00:37:03,346 --> 00:37:08,017
Kami ada trofi untuk awak,
tapi saya nak tanya soalan keramat itu.

676
00:37:08,100 --> 00:37:10,561
- Biar betul.
- Adakah ini kek?

677
00:37:10,645 --> 00:37:12,271
Singgahsana itu pun kek!

678
00:37:14,690 --> 00:37:17,068
Ini kek! Ya!

679
00:37:17,151 --> 00:37:21,530
Ayuh, pembuat kek dan juri.
Sila ke depan dan raikan juara kita.

680
00:37:22,448 --> 00:37:24,992
Saya juara <i>Is It Cake?</i> .

681
00:37:25,076 --> 00:37:29,080
Bagi saya, kemenangan ini
bukan sekadar duit semata-mata.

682
00:37:29,163 --> 00:37:31,374
Ia buat saya rasa sangat rendah hati

683
00:37:31,457 --> 00:37:35,920
dan berjaya buktikan keunikan saya
bukan penghalang untuk berjaya.

684
00:37:36,003 --> 00:37:42,551
Kita boleh capai apa-apa saja impian
yang pelik dan mengarut.

685
00:37:42,635 --> 00:37:44,804
Ini pengalaman terindah hidup saya.

686
00:37:44,887 --> 00:37:47,765
Terima kasih diucapkan
kepada semua pembuat kek.

687
00:37:47,848 --> 00:37:50,851
Saya Mikey Day
dan tinggal satu perkara lagi.

688
00:37:50,935 --> 00:37:53,562
Dinding Kek, bawa kami balik!

689
00:37:59,110 --> 00:38:02,196
Oh, Tuhan. Kita terlalu ramai!

690
00:38:23,509 --> 00:38:27,221
Terjemahan sari kata oleh Saffura

