1
00:00:06,047 --> 00:00:08,925
SEBUAH SIRI NETFLIX

2
00:00:12,512 --> 00:00:15,015
Helo, semua!

3
00:00:17,058 --> 00:00:18,393
Saya datang lagi.

4
00:00:19,019 --> 00:00:24,524
Dalam tangan saya sekarang,
ada bahan rahsia untuk cabaran hari ini.

5
00:00:24,607 --> 00:00:25,900
Biar saya teka.

6
00:00:25,984 --> 00:00:27,027
<i>Fondant</i> !

7
00:00:28,236 --> 00:00:30,030
Saya dah jumpa <i>fondant</i> !

8
00:00:30,113 --> 00:00:31,114
Ya!

9
00:00:31,865 --> 00:00:38,371
Pes gula yang jadi buah mulut
para pembuat kek realistik

10
00:00:38,455 --> 00:00:39,998
kini dah jadi milik saya.

11
00:00:40,498 --> 00:00:41,916
Ia bukan bahan rahsia.

12
00:00:42,000 --> 00:00:44,586
Anda guna setiap minggu, jadi buang saja.

13
00:00:44,669 --> 00:00:46,004
Syuh!

14
00:00:47,881 --> 00:00:49,507
Kemik peti sejuk.

15
00:00:51,718 --> 00:00:54,637
Tengoklah semua pembuat kek
yang hebat ini.

16
00:00:55,138 --> 00:00:57,390
Nina, tahniah sekali lagi…

17
00:00:57,474 --> 00:00:58,516
Terima kasih.

18
00:00:58,600 --> 00:01:02,145
…kerana menang episod lalu
dengan kek beg kepit hebat itu.

19
00:01:02,771 --> 00:01:04,064
- Nina!
- Nina boleh!

20
00:01:04,147 --> 00:01:07,734
Awak boleh pilih dua peserta
sebagai pesaing awak hari ini.

21
00:01:07,817 --> 00:01:11,571
Sekarang, Justin, si budak itu,

22
00:01:13,364 --> 00:01:17,285
Andrew, Dessiree
dan Steve belum pernah bertanding.

23
00:01:17,827 --> 00:01:22,665
Jadi, siapa yang awak pilih?

24
00:01:23,666 --> 00:01:25,794
Pilihan pertama saya…

25
00:01:28,630 --> 00:01:30,006
Dessiree.

26
00:01:30,090 --> 00:01:33,760
Ya! Seronoknya!

27
00:01:37,138 --> 00:01:39,140
Steve, saya takut dengan awak.

28
00:01:39,224 --> 00:01:41,601
Awak rasa mereka pun takut dengan awak?

29
00:01:41,684 --> 00:01:44,604
Nampaknya, ya.
Sebab saya yang terakhir dipilih.

30
00:01:44,687 --> 00:01:46,481
- Betul.
- Kami masih di sini.

31
00:01:46,564 --> 00:01:48,608
Kami betul-betul di sebelah awak.

32
00:01:48,691 --> 00:01:50,568
Awak boleh pilih seorang lagi.

33
00:01:50,652 --> 00:01:52,278
Siapa lagi?

34
00:01:53,571 --> 00:01:56,116
Saya nak pilih…

35
00:02:00,036 --> 00:02:01,079
Andrew!

36
00:02:02,497 --> 00:02:04,791
Andrew!

37
00:02:06,167 --> 00:02:07,168
Habislah awak!

38
00:02:07,252 --> 00:02:09,295
Encik Cakap Kosong.

39
00:02:10,338 --> 00:02:11,339
Akhirnya!

40
00:02:11,422 --> 00:02:16,761
Tiga peserta dah dipilih
dan saya yakin episod kali ini mengujakan.

41
00:02:16,845 --> 00:02:18,346
Selebihnya pula…

42
00:02:18,429 --> 00:02:20,598
Maksud saya, kamu berdua,

43
00:02:20,682 --> 00:02:23,059
sila duduk di galeri.

44
00:02:23,143 --> 00:02:26,563
Namun, jangan susah hati.

45
00:02:26,646 --> 00:02:29,440
Justin dan Steve, peluang kamu akan tiba.

46
00:02:29,941 --> 00:02:33,403
Okey, dah tiba masa
untuk cabaran Cari Kek Itu!

47
00:02:37,282 --> 00:02:38,867
CARI KEK ITU

48
00:02:39,617 --> 00:02:43,454
Baiklah, Dinding Kek akan berpusing.

49
00:02:43,538 --> 00:02:45,707
Enam item hari ini

50
00:02:47,375 --> 00:02:49,335
bertemakan percutian pantai.

51
00:02:50,128 --> 00:02:56,050
Lima daripadanya ialah item sebenar
dan satu daripadanya…

52
00:02:56,634 --> 00:02:57,468
- Kek?
- Kek.

53
00:02:57,552 --> 00:02:59,429
Betul tekaan awak.

54
00:02:59,512 --> 00:03:03,349
Okey, Dinding Kek. Silakan.

55
00:03:03,433 --> 00:03:05,101
Anda tahu peraturannya.

56
00:03:05,185 --> 00:03:08,938
Anda ada 20 saat
untuk kunci jawapan masing-masing.

57
00:03:09,022 --> 00:03:13,318
Peserta terpantas meneka dengan tepat
akan pilih dulu mana-mana satu item.

58
00:03:14,110 --> 00:03:16,571
Masa anda bermula

59
00:03:18,198 --> 00:03:19,032
sekarang!

60
00:03:23,036 --> 00:03:24,037
Okey.

61
00:03:31,544 --> 00:03:33,046
Sepuluh saat.

62
00:03:47,435 --> 00:03:53,942
Lima, empat, tiga, dua, satu.

63
00:03:55,235 --> 00:03:56,069
Masa tamat!

64
00:03:59,364 --> 00:04:02,283
Siapa peserta terpantas
yang teka dengan tepat?

65
00:04:05,078 --> 00:04:05,995
Tunggu…

66
00:04:10,541 --> 00:04:12,961
Ada sesiapa pilih bola pantai ini?

67
00:04:14,003 --> 00:04:14,879
Bukan saya.

68
00:04:16,464 --> 00:04:17,799
- Tak.
- Bukan saya.

69
00:04:17,882 --> 00:04:19,842
Mengaku atau saya kelarnya!

70
00:04:21,177 --> 00:04:22,011
Okey.

71
00:04:24,973 --> 00:04:25,807
Bagus!

72
00:04:26,391 --> 00:04:27,976
Oh, ya!

73
00:04:28,059 --> 00:04:28,893
Wah!

74
00:04:29,477 --> 00:04:31,396
Jadi, ini bukan kek.

75
00:04:32,605 --> 00:04:35,233
Dessiree, awak pilih Nombor Satu.

76
00:04:37,068 --> 00:04:38,444
Kenapa ini kek?

77
00:04:38,528 --> 00:04:42,240
Saya rasa teksturnya sukar ditiru.

78
00:04:42,740 --> 00:04:47,787
Lagipun dari sini,
cahaya lampu buat ia nampak macam kek.

79
00:04:49,038 --> 00:04:50,456
Jawapan yang jujur.

80
00:04:52,125 --> 00:04:54,752
Okey, Dessiree.
Biar saya uji jawapan awak.

81
00:04:57,088 --> 00:04:57,922
Pisau…

82
00:05:04,178 --> 00:05:07,598
Ini pun bukan kek, tapi tuala.

83
00:05:09,309 --> 00:05:13,479
Nina dan Andrew,
kamu berdua pilih Nombor Lima.

84
00:05:14,022 --> 00:05:17,150
Kenapa kamu rasa ini kek?

85
00:05:17,233 --> 00:05:21,154
Bahagian atas warna putih agak berkilat.

86
00:05:21,237 --> 00:05:24,449
Biasanya, <i>fondant </i>berkilat.

87
00:05:25,033 --> 00:05:26,326
Bukan kotak ais.

88
00:05:27,035 --> 00:05:28,077
Bagus!

89
00:05:28,161 --> 00:05:30,371
Okey, mari kita uji jawapan awak.

90
00:05:35,501 --> 00:05:36,753
Adakah ini kek?

91
00:05:38,880 --> 00:05:40,673
Itu kek!

92
00:05:43,760 --> 00:05:44,844
Itu dia!

93
00:05:44,927 --> 00:05:45,928
Ini kek!

94
00:05:48,514 --> 00:05:49,932
Itu kek.

95
00:05:50,016 --> 00:05:52,560
Kek yang nampak sangat menyelerakan.

96
00:05:52,643 --> 00:05:54,687
Syabas, Nina dan Andrew.

97
00:05:54,771 --> 00:05:59,901
Tekaan kamu tepat,
tapi seorang saja boleh jadi pemenang.

98
00:06:01,194 --> 00:06:04,238
Nina, bukan awak.
Awak yang kedua terpantas.

99
00:06:06,115 --> 00:06:10,328
Maksudnya, Andrew,
awaklah peserta terpantas.

100
00:06:10,411 --> 00:06:13,164
Jadi, awak boleh pilih dulu.

101
00:06:13,247 --> 00:06:16,793
Dessiree, awak gagal.
Jadi, awak peserta terakhir yang pilih.

102
00:06:17,418 --> 00:06:22,548
Nina kalah cabaran Kek atau Duit lalu,
jadi hadiahnya terkumpul.

103
00:06:22,632 --> 00:06:26,386
Maka, jumlah pertaruhan semakin tinggi.

104
00:06:26,469 --> 00:06:29,347
Sehingga 15,000 dolar.

105
00:06:31,015 --> 00:06:36,145
Sekarang, dah tiba masa
untuk cabaran Adakah ini Kek?

106
00:06:41,484 --> 00:06:43,820
Anda tahu peraturannya.

107
00:06:43,903 --> 00:06:47,073
Setiap peserta mesti pilih
satu item percutian pantai

108
00:06:47,156 --> 00:06:49,367
untuk dijadikan replika kek anda.

109
00:06:49,450 --> 00:06:51,661
Andrew, apa pilihan awak?

110
00:06:52,453 --> 00:06:54,122
Saya pilih Nombor Empat.

111
00:06:54,705 --> 00:06:56,082
CANGKERANG KONC

112
00:06:56,165 --> 00:06:58,876
- Kenapa pilih cangkerang konc?
- Entahlah.

113
00:06:58,960 --> 00:07:03,756
Kalau boleh saya tak nak pilih,
tapi cangkerang itu nampak paling mudah.

114
00:07:03,840 --> 00:07:07,135
Baiklah. Nina, giliran awak seterusnya.

115
00:07:07,885 --> 00:07:09,554
Tiga. Kelapa.

116
00:07:09,637 --> 00:07:11,556
- Minuman tropika!
- Ya.

117
00:07:11,639 --> 00:07:13,141
Menarik.

118
00:07:13,724 --> 00:07:15,852
Dua peserta terpantas dah pilih.

119
00:07:15,935 --> 00:07:18,104
Dessiree, apa pilihan awak?

120
00:07:18,187 --> 00:07:19,856
Saya pilih Nombor Dua.

121
00:07:20,356 --> 00:07:21,274
BALDI PASIR DAN PENYODOK

122
00:07:21,357 --> 00:07:24,402
Pasir di dalam baldi dan penyodok.

123
00:07:24,485 --> 00:07:25,486
Betul.

124
00:07:26,028 --> 00:07:28,531
Baiklah, masa untuk buat kek.

125
00:07:28,614 --> 00:07:30,741
Sila ke dapur dan pakai apron.

126
00:07:33,244 --> 00:07:34,745
Ayuh, semua!

127
00:07:34,829 --> 00:07:38,541
Anda ada lapan jam
untuk siapkan kek masing-masing.

128
00:07:39,083 --> 00:07:41,419
Pembuat kek di galeri, bersantailah.

129
00:07:43,337 --> 00:07:44,964
Masa untuk buat kek!

130
00:07:53,931 --> 00:07:55,349
- Hei, Andrew?
- Ya?

131
00:07:55,433 --> 00:07:56,934
Kita dah tukar tempat.

132
00:07:57,018 --> 00:07:59,937
Saya tahu. Inilah hukum karma.

133
00:08:00,021 --> 00:08:01,981
Biar saya pula yang ganggu awak.

134
00:08:02,064 --> 00:08:02,982
Silakan.

135
00:08:03,065 --> 00:08:04,692
Okey, awak nak buat?

136
00:08:04,775 --> 00:08:05,610
Boleh juga.

137
00:08:05,693 --> 00:08:06,777
Silakan.

138
00:08:06,861 --> 00:08:08,696
Ambilan satu. Maaf.

139
00:08:09,489 --> 00:08:10,406
Saya Andrew Fuller,

140
00:08:10,490 --> 00:08:14,285
pengukir kek dan pemilik
Sugar Freakshow di Des Moines, Iowa.

141
00:08:14,368 --> 00:08:16,329
Semua okey, Andrew?

142
00:08:16,829 --> 00:08:19,624
- Saya sukat semua bahan awal-awal.
- Saya tahu.

143
00:08:20,208 --> 00:08:22,460
Saya pakar buat kek hiper-realistik.

144
00:08:22,543 --> 00:08:24,670
Kebanyakan pelanggan saya mahu kek

145
00:08:24,754 --> 00:08:28,341
yang nampak menjijikkan
atau memperdayakan tetamu mereka.

146
00:08:28,424 --> 00:08:31,552
Saya naik kereta mayat 80-an
dengan pelekat api hijau

147
00:08:31,636 --> 00:08:34,013
ketika hantar kek kepada pelanggan.

148
00:08:34,096 --> 00:08:38,100
Saya bela empat ekor kucing botak,
seekor lipas Madagascar

149
00:08:38,601 --> 00:08:39,894
dan seekor lintah.

150
00:08:40,603 --> 00:08:42,855
Gambaran terbaik tentang diri saya

151
00:08:42,939 --> 00:08:46,025
ialah kalau anda bukan pembuat kek

152
00:08:46,108 --> 00:08:48,694
dan tak berbakat untuk sertai sarkas,

153
00:08:48,778 --> 00:08:51,280
gabungkannya dan itulah Andrew Fuller.

154
00:08:52,949 --> 00:08:54,742
Apa perisa kek awak, Andrew?

155
00:08:54,825 --> 00:08:58,162
Memandangkan saya dari Iowa,
kami tiada banyak pantai.

156
00:08:58,829 --> 00:09:03,042
Setiap kali sebelum ke pantai,
saya akan beli teh ais berempah.

157
00:09:03,125 --> 00:09:05,294
Jadi, saya nak buat kek teh berempah

158
00:09:05,378 --> 00:09:08,381
dengan krim mentega kayu manis Saigon.

159
00:09:09,090 --> 00:09:10,883
Ini kebimbangan terbesar saya.

160
00:09:10,967 --> 00:09:13,344
Ia bukan cangkerang biasa,
tapi cangkerang konc.

161
00:09:13,427 --> 00:09:16,138
Jadi, ia semestinya agak mencabar

162
00:09:16,222 --> 00:09:19,976
untuk tiru elemen semula jadi.

163
00:09:20,059 --> 00:09:23,563
Saya akan buat acuan,
tapi bukan keseluruhan cangkerang

164
00:09:23,646 --> 00:09:27,191
kerana saya nak tunjuk
kemahiran mengukir saya.

165
00:09:27,275 --> 00:09:29,527
Saya guna campuran acuan silikon.

166
00:09:30,027 --> 00:09:34,657
Acuan silikon ambil masa untuk mengeras,
jadi saya mesti buatnya sekarang.

167
00:09:35,616 --> 00:09:38,661
Okey, ketepikan cangkerang.

168
00:09:39,287 --> 00:09:42,248
Saya rasa kamu berdua ialah…

169
00:09:42,331 --> 00:09:44,166
- Pesaing hebat?
- …pesaing hebat.

170
00:09:44,250 --> 00:09:45,501
Baguslah awak sedar.

171
00:09:45,585 --> 00:09:49,130
Saya rasa sangat bangga
kerana menang cabaran lalu.

172
00:09:49,714 --> 00:09:51,674
Ya.

173
00:09:51,757 --> 00:09:55,303
Seronok betul rasanya bertanding
sebagai juara bertahan

174
00:09:56,095 --> 00:09:57,513
dan permaisuri dapur,

175
00:09:57,597 --> 00:09:59,849
tapi hadiah terkumpul semakin tinggi.

176
00:09:59,932 --> 00:10:02,435
Lima belas ribu dolar menjadi pertaruhan.

177
00:10:02,518 --> 00:10:06,981
Jumlah itu agak besar.
Jadi, saya mesti pertahankan takhta saya.

178
00:10:07,064 --> 00:10:08,357
Nina?

179
00:10:08,441 --> 00:10:10,151
- Ya?
- Apa perisa kek awak?

180
00:10:10,234 --> 00:10:14,030
Saya tak serumit Andrew,
jadi saya buat sesuatu yang ringkas.

181
00:10:14,113 --> 00:10:15,072
Baguslah.

182
00:10:15,573 --> 00:10:17,950
Saya buat kek biskut dan krim…

183
00:10:18,034 --> 00:10:19,160
- Okey.
- Bijak!

184
00:10:19,243 --> 00:10:24,457
…dengan krim mentega Amerika
dan biskut sandwic serta ganace.

185
00:10:26,709 --> 00:10:27,585
Saya suka ganace.

186
00:10:27,668 --> 00:10:30,421
Bagus!
Bolehlah awak ajar saya buat ganace.

187
00:10:30,504 --> 00:10:32,089
Syukur saya dapat bantu.

188
00:10:32,173 --> 00:10:33,924
Saya tahu awak tentu gembira.

189
00:10:37,136 --> 00:10:38,971
Dessiree, apa perisa kek awak?

190
00:10:39,472 --> 00:10:41,766
Saya buat kek kelapa rum.

191
00:10:41,849 --> 00:10:43,392
BALDI DAN PENYODOK PASIR DESSIREE

192
00:10:43,476 --> 00:10:44,310
Sedapnya.

193
00:10:44,393 --> 00:10:47,021
Saya buat <i>brigadeiro</i> dengan buah markisah.

194
00:10:47,104 --> 00:10:48,356
Menarik!

195
00:10:48,981 --> 00:10:50,524
Kecur air liur dibuatnya.

196
00:10:50,608 --> 00:10:53,194
Ya. Ini perisa Latin, jadi…

197
00:10:53,277 --> 00:10:56,572
Awak suntik elemen budaya
dalam perisa kek awak?

198
00:10:56,656 --> 00:10:58,908
- Ala Venezuela.
- Saya suka akannya!

199
00:10:59,408 --> 00:11:00,701
Saya dari Venezuela.

200
00:11:00,785 --> 00:11:04,580
Saya pemilik Sugar Dreams
yang terletak di Teluk Palma, Florida.

201
00:11:04,664 --> 00:11:07,833
Saya bekas pengajar Zumba.
Dulu, ia minat saya.

202
00:11:07,917 --> 00:11:10,795
Saya bekas pengajar Zumba
yang sangat lincah.

203
00:11:10,878 --> 00:11:14,382
Saya boleh buat kek sambil menari samba.

204
00:11:14,465 --> 00:11:16,384
- Boleh awak ajar saya?
- Ya.

205
00:11:16,467 --> 00:11:18,135
Mungkin selepas ini.

206
00:11:18,219 --> 00:11:21,138
Suatu hari, ketika menari <i>merengue,</i>

207
00:11:21,222 --> 00:11:25,768
lutut saya cedera
dan itulah penamat kerjaya saya.

208
00:11:25,851 --> 00:11:29,397
Namun, disebabkan masalah lutut saya,

209
00:11:29,480 --> 00:11:33,067
saya jumpa bakat tersembunyi tangan saya

210
00:11:33,150 --> 00:11:35,444
dan sebab itu saya di sini sekarang.

211
00:11:36,195 --> 00:11:37,154
Baiklah.

212
00:11:37,238 --> 00:11:39,824
Cabaran terbesar bagi Dessiree

213
00:11:39,907 --> 00:11:42,952
bukan baldi dan tangkainya,
tapi penyodok itu.

214
00:11:43,035 --> 00:11:47,623
Kalau dia tiru saiznya,
kek dia tentu sangat besar.

215
00:11:47,707 --> 00:11:51,085
Kek saya tak banyak butiran,

216
00:11:51,168 --> 00:11:55,047
jadi saya fokus kepada tiga elemen

217
00:11:55,131 --> 00:11:58,384
iaitu pasir, baldi dan penyodok.

218
00:11:58,467 --> 00:12:02,179
Bahagian bawah baldi kecil
dan bahagian atasnya lebih besar,

219
00:12:02,263 --> 00:12:04,265
jadi ia memang mencabar.

220
00:12:08,310 --> 00:12:11,605
Perhatian, semua.

221
00:12:11,689 --> 00:12:15,568
Saya bawa beberapa item
untuk bantu anda memperdayakan juri.

222
00:12:17,319 --> 00:12:20,781
Saya rasa strategi terbaik
ialah cari cangkerang

223
00:12:20,865 --> 00:12:24,827
yang mempunyai saiz,
warna dan bentuk berbeza.

224
00:12:24,910 --> 00:12:28,581
Saya nak semua cangkerang sama
dan satu saja yang berbeza.

225
00:12:28,664 --> 00:12:30,791
- Mencabar, Dessiree?
- Ya.

226
00:12:31,292 --> 00:12:34,587
Saya akan tiru saiz umpan ini.

227
00:12:34,670 --> 00:12:37,298
Okey, masa tinggal enam jam lagi!

228
00:12:55,191 --> 00:12:59,153
Walaupun ia organik,
rupanya mesti sama macam cangkerang konc.

229
00:12:59,236 --> 00:13:02,323
Cara terbaik
untuk buat cangkerang konc realistik

230
00:13:02,406 --> 00:13:05,159
ialah guna cangkerang konc itu
sebagai acuan.

231
00:13:05,242 --> 00:13:06,076
Nina?

232
00:13:06,744 --> 00:13:08,996
Acuan saya sempurna.

233
00:13:09,079 --> 00:13:10,206
Nampak hebat!

234
00:13:10,289 --> 00:13:11,332
Ia nampak hebat.

235
00:13:11,415 --> 00:13:12,374
Ia menakjubkan.

236
00:13:14,376 --> 00:13:16,712
Saya tak pasti tentang hasilnya.

237
00:13:17,505 --> 00:13:20,049
Awak akan buat payung itu juga?

238
00:13:20,132 --> 00:13:22,635
Ya. Saya mesti buat payung itu sekarang.

239
00:13:22,718 --> 00:13:28,140
Saya akan ambil umpan
dan tekap payung dengan kertas wafer.

240
00:13:28,682 --> 00:13:32,561
Saya akan warnakannya
dan cuba buat replikanya.

241
00:13:33,062 --> 00:13:37,525
Pada dasarnya,
rasa kertas wafer sama macam kertas.

242
00:13:37,608 --> 00:13:39,944
Ia cuma satu elemen hiasan.

243
00:13:40,027 --> 00:13:41,654
Tak jadi.

244
00:13:41,737 --> 00:13:48,619
Selepas kertas wafer kering,
ia akan ikut bentuk asal payung itu.

245
00:13:48,702 --> 00:13:53,374
Saya harap ia menjadi
kerana juri pasti ternganga.

246
00:13:54,083 --> 00:13:55,251
Ia nampak sama.

247
00:13:55,876 --> 00:13:57,670
- Yakah?
- Ya.

248
00:13:57,753 --> 00:14:00,464
Saya nak buat payung.

249
00:14:00,548 --> 00:14:02,049
Ya, nampak realistik.

250
00:14:02,132 --> 00:14:05,261
Ya! Hei, Dessiree. Apa awak sedang buat?

251
00:14:05,344 --> 00:14:08,055
Saya buat acuan untuk kek, jadi…

252
00:14:08,138 --> 00:14:10,724
Jadi, awak guna baldi itu sebagai acuan?

253
00:14:10,808 --> 00:14:12,893
Baldi ini ialah acuan saya.

254
00:14:12,977 --> 00:14:15,813
Kemudian, saya akan buat silap mata.

255
00:14:15,896 --> 00:14:17,731
Silap mata?

256
00:14:17,815 --> 00:14:18,691
Menarik.

257
00:14:18,774 --> 00:14:22,570
Kek realistik mestilah sama
dengan item yang direplikakan.

258
00:14:22,653 --> 00:14:26,991
Kalau saya ukir kek itu,
saya yakin rupanya takkan sama.

259
00:14:27,074 --> 00:14:29,326
Bersepah, tapi saya rasa ia berhasil.

260
00:14:30,244 --> 00:14:35,916
Saya ambil coklat cair,
tuangnya ke dalam baldi

261
00:14:36,000 --> 00:14:41,130
dan pusingkan
supaya dindingnya diselaputi coklat.

262
00:14:41,797 --> 00:14:44,884
Sejurus selepas
saya masukkan kek ke dalam baldi,

263
00:14:44,967 --> 00:14:50,931
saya ambil beg paiping
dan paip salutan coklat di sekeliling

264
00:14:51,599 --> 00:14:54,435
supaya ia boleh mengeras
dan semuanya melekat.

265
00:14:54,518 --> 00:14:57,980
Saya masukkannya
ke dalam peti sejuk dan berdoa.

266
00:15:08,365 --> 00:15:11,619
Salah satu cabaran
mereplikakan cangkerang konc ini

267
00:15:11,702 --> 00:15:15,539
ialah saya harus luang banyak masa
untuk cari padanan warnanya.

268
00:15:15,623 --> 00:15:19,209
Saya suka teknik mewarna
menggunakan pewarna jenis serbuk

269
00:15:19,293 --> 00:15:22,796
kerana saya boleh ambil sedikit
demi sedikit dan campurnya

270
00:15:22,880 --> 00:15:25,132
sehingga dapat warna yang dikehendaki.

271
00:15:25,215 --> 00:15:28,177
Kemudian,
saya warnakan setiap celah dan ceruk

272
00:15:28,260 --> 00:15:31,889
secara manual
untuk pastikan setiap bahagian diwarnakan

273
00:15:31,972 --> 00:15:36,185
seakan-akan ia terhakis
oleh ombak dan pasir.

274
00:15:36,268 --> 00:15:38,187
Mungkin juri akan terpedaya

275
00:15:38,270 --> 00:15:41,982
kalau saya tahu cara
untuk buat sabut kelapa itu.

276
00:15:42,566 --> 00:15:44,026
- Ada…
- Sabut kelapa?

277
00:15:44,109 --> 00:15:48,572
Ya! Saya boleh guna
satu teknik gula untuk buat tali…

278
00:15:48,656 --> 00:15:50,950
Saya harap awak berjaya.

279
00:15:51,033 --> 00:15:54,703
Saya nak kalahkan awak
kerana kek realistik saya lebih hebat,

280
00:15:54,787 --> 00:15:56,664
bukan sebab kek awak teruk.

281
00:15:59,291 --> 00:16:02,086
Baiklah. Tinggal tiga jam lagi.

282
00:16:04,088 --> 00:16:07,716
Mungkin saya terlalu mencabar diri

283
00:16:07,800 --> 00:16:09,969
kerana cuba buat sabut kelapa,

284
00:16:10,052 --> 00:16:16,892
tapi saya terjumpa teknik
menggunakan isomalt dan pemukul

285
00:16:16,976 --> 00:16:20,062
untuk menghasilkan tekstur
seakan-akan rambut.

286
00:16:20,145 --> 00:16:21,605
Hasilnya sangat cantik.

287
00:16:21,689 --> 00:16:23,440
Saya sangat gembira!

288
00:16:24,733 --> 00:16:27,486
Jadi, mari lihat. Saya menang atau kalah?

289
00:16:27,987 --> 00:16:31,615
Saya nak keluarkan kek dari baldi.

290
00:16:32,992 --> 00:16:35,119
Saya tak pasti jika ia berjaya.

291
00:16:42,334 --> 00:16:44,253
Syukur, Tuhan! Aku sayang Kau!

292
00:16:45,754 --> 00:16:48,090
Saya berjaya buat kek baldi itu.

293
00:16:48,173 --> 00:16:49,717
Rupanya sama macam baldi.

294
00:16:49,800 --> 00:16:51,260
Saya tahu ia pasti jadi!

295
00:16:52,344 --> 00:16:53,595
Cantik!

296
00:16:53,679 --> 00:16:55,222
Dua jam saja lagi!

297
00:16:55,764 --> 00:16:57,391
- Dua jam!
- Saya gelabah.

298
00:16:59,018 --> 00:17:00,936
Ia nampak hebat.

299
00:17:01,020 --> 00:17:01,979
Menarik.

300
00:17:02,062 --> 00:17:05,566
Ada permukaan yang berkilat,
ada yang pusam.

301
00:17:05,649 --> 00:17:06,483
Pusam.

302
00:17:06,567 --> 00:17:08,569
Saya sedang mempertimbangkannya.

303
00:17:08,652 --> 00:17:10,654
Awak ada cara untuk kilatkannya?

304
00:17:10,738 --> 00:17:12,573
- Ya.
- Guna pengilat?

305
00:17:12,656 --> 00:17:14,324
Pengilat yang boleh dimakan.

306
00:17:14,408 --> 00:17:16,702
Pengilat yang boleh dimakan
ialah <i>fondant</i> baru.

307
00:17:20,164 --> 00:17:23,167
Mikey tak boleh sebut "<i>fondant</i> ".
Mereka tak gunanya.

308
00:17:23,250 --> 00:17:28,213
Seronok juga kalau kita reka satu istilah
dan suruh dia guna istilah itu.

309
00:17:28,297 --> 00:17:30,758
- Contohnya,<i> flumbe</i> .
- <i>Flumbe</i> .

310
00:17:30,841 --> 00:17:32,426
- <i>Tiltscape</i> ?
- Apa dia?

311
00:17:32,509 --> 00:17:35,679
- <i>Tiltscape</i> .
- <i>Tiltscape</i> . "<i>Tiltscape </i>dia senget."

312
00:17:36,221 --> 00:17:38,390
<i>Tiltscape </i>dia senget. Bagus.

313
00:17:38,474 --> 00:17:41,310
Mikey belajar asas buat kek,

314
00:17:41,393 --> 00:17:44,146
jadi saya rasa dia banyak belajar.

315
00:17:44,229 --> 00:17:47,524
Dia bersungguh-sungguh nak belajar,
jadi apa kami buat?

316
00:17:48,233 --> 00:17:49,610
Ambil kesempatan.

317
00:17:50,110 --> 00:17:51,487
Awak suka belajar istilah baru.

318
00:17:51,570 --> 00:17:54,114
Hari ini saya belajar
"pengilat yang boleh dimakan".

319
00:17:54,198 --> 00:17:55,240
Yakah?

320
00:17:55,324 --> 00:17:57,951
- Kami boleh ajar satu istilah lagi.
- Okey.

321
00:17:58,911 --> 00:18:00,412
Awak dah tahu <i>fondant</i> ,

322
00:18:00,496 --> 00:18:02,998
tapi untuk coklat,
awak perlu tahu istilah <i>tiltscape.</i>

323
00:18:03,916 --> 00:18:05,793
<i>- Tiltscape.</i>
<i>- Tiltscape?</i>

324
00:18:05,876 --> 00:18:08,629
Semua pembuat kek risau tentang <i>tiltscape</i> .

325
00:18:08,712 --> 00:18:11,090
- Terutamanya Andrew.
- Apa maksudnya?

326
00:18:11,173 --> 00:18:17,137
Selepas letak kek di atas kadbod
untuk dihidangkan, kalau <i>tiltscape </i>senget,

327
00:18:17,221 --> 00:18:20,599
tiada ruang udara yang cukup,
habislah <i>tiltscape </i>awak.

328
00:18:21,975 --> 00:18:23,644
- Menarik.
<i>- Ia tak wujud.</i>

329
00:18:23,727 --> 00:18:25,729
Istilah itu tak wujud. Kami reka.

330
00:18:25,813 --> 00:18:29,358
- Pembuat kek guna <i>tiltscape</i> ?
- Setiap kali buat kek.

331
00:18:29,441 --> 00:18:30,943
Ia ibarat ruang negatif.

332
00:18:31,026 --> 00:18:34,279
Awak cuba cipta ilusi lubang atau…

333
00:18:34,363 --> 00:18:37,699
- Awak perlu belajar banyak…
- Banyaknya istilah.

334
00:18:37,783 --> 00:18:42,621
Setiap kali nampak kek,
saya cakap, "<i>Tiltscape</i> itu senget."

335
00:18:42,704 --> 00:18:45,415
Akhir-akhir ini,
awak mimpi tentang <i>fondant</i> ?

336
00:18:45,499 --> 00:18:48,252
- Di tengah malam, "<i>Fondant</i> !"
- "<i>Tiltscape</i> !"

337
00:18:50,254 --> 00:18:52,756
Tinggal dua jam lagi.

338
00:18:54,299 --> 00:18:56,260
Kemaskan <i>tiltscape </i>anda.

339
00:18:59,263 --> 00:19:01,765
Sembur pengilat yang boleh dimakan.

340
00:19:01,849 --> 00:19:03,642
Masa semakin suntuk.

341
00:19:07,104 --> 00:19:10,774
Saya cuma ada kurang
daripada setengah jam untuk siapkannya.

342
00:19:10,858 --> 00:19:12,901
Pasir dan penyodok.

343
00:19:12,985 --> 00:19:19,283
Untuk pasir,
saya guna kek kelapa dan biskut vanila

344
00:19:19,366 --> 00:19:25,289
kerana ia sangat ringan
dan gabungannya sempurna.

345
00:19:25,372 --> 00:19:29,334
Selepas dikisar, ia nampak macam pasir.

346
00:19:29,835 --> 00:19:32,754
Perhatian! Tinggal 15 minit lagi.

347
00:19:37,426 --> 00:19:39,511
Awak tahu di mana papan kek?

348
00:19:39,595 --> 00:19:41,346
- Papan kek?
- Di bawah sana.

349
00:19:41,430 --> 00:19:42,848
Maaf.

350
00:19:48,020 --> 00:19:50,480
- Rupanya epik. Ya.
- Yakah?

351
00:19:50,564 --> 00:19:52,149
- Saya tak boleh beza.
- Saya tahu.

352
00:19:52,232 --> 00:19:54,443
Awak pandangnya terlalu lama.
Ia nampak hebat.

353
00:19:59,948 --> 00:20:01,366
Patah.

354
00:20:03,660 --> 00:20:06,622
Patah! Ini tak adil!

355
00:20:06,705 --> 00:20:09,249
Rupa baldi itu mengagumkan,

356
00:20:09,333 --> 00:20:12,836
tapi sejurus sebelum masa tamat,

357
00:20:12,920 --> 00:20:14,463
penyodok saya patah.

358
00:20:15,589 --> 00:20:18,342
- Awak okey, Dessiree?
- Tak.

359
00:20:18,425 --> 00:20:21,178
Saya perlu sorok penyodok di dalam pasir.

360
00:20:21,261 --> 00:20:23,096
- Saya suka idea dia.
- Ya.

361
00:20:23,180 --> 00:20:24,056
Bijak.

362
00:20:24,139 --> 00:20:25,474
Apa agaknya perasaan saya?

363
00:20:28,560 --> 00:20:30,103
Okey, masa dah tamat.

364
00:20:31,730 --> 00:20:32,731
Syabas!

365
00:20:33,232 --> 00:20:37,694
Ayuh pamerkannya di Dinding Kek.
Semoga berjaya, semua.

366
00:20:41,156 --> 00:20:42,699
JURI

367
00:20:43,283 --> 00:20:48,538
Anda luang masa berjam-jam
untuk menyempurnakan kek masing-masing

368
00:20:48,622 --> 00:20:51,792
bagi merebut peluang memenangi
sehingga 15,000 dolar.

369
00:20:53,252 --> 00:20:58,340
Namun sebelum itu,
anda perlu berdepan dengan juri kita.

370
00:21:02,052 --> 00:21:05,347
Juri pertama.
Model, pengacara dan pereka baju mandi,

371
00:21:05,430 --> 00:21:06,390
Camille Kostek.

372
00:21:06,473 --> 00:21:08,350
CAMILLE KOSTEK
MODEL DAN PEREKA BAJU MANDI

373
00:21:08,433 --> 00:21:14,773
Camille, saya pakai baju mandi sama
selama lapan tahun.

374
00:21:14,856 --> 00:21:16,191
Wah!

375
00:21:16,275 --> 00:21:19,152
Kalau tunjuk gambar,
boleh nilai baju mandi saya?

376
00:21:19,236 --> 00:21:21,655
- Baiklah.
- Nilai dengan jujur.

377
00:21:21,738 --> 00:21:23,865
- Terukkah baju mandi saya?
- Tak.

378
00:21:23,949 --> 00:21:27,160
- Dari skala satu sehingga sepuluh?
- Ya?

379
00:21:27,661 --> 00:21:29,329
Satu perpuluhan lima.

380
00:21:31,123 --> 00:21:33,041
Saya juri yang cerewet.

381
00:21:33,125 --> 00:21:34,751
Saya hargai kejujuran awak.

382
00:21:34,835 --> 00:21:36,211
- Ya.
- Bersedialah.

383
00:21:36,295 --> 00:21:38,255
Okey, saya agak…

384
00:21:38,338 --> 00:21:42,759
Pelakon dan pencipta bersama
siri animasi Netflix <i>Chicago Party Aunt</i> ,

385
00:21:42,843 --> 00:21:44,177
Chris Witaske!

386
00:21:44,261 --> 00:21:46,847
CHRIS WITASKE - PELAKON DAN PENULIS

387
00:21:46,930 --> 00:21:49,016
Awak orang Chicago.

388
00:21:49,099 --> 00:21:51,435
- Ya, betul.
- Awak rindu Chicago?

389
00:21:51,518 --> 00:21:52,436
Setiap hari.

390
00:21:52,519 --> 00:21:54,646
Kawan saya dari Chicago asyik kata,

391
00:21:54,730 --> 00:21:58,400
"Awak belum rasa piza sebenar
selagi belum makan piza Chicago."

392
00:21:58,942 --> 00:22:00,485
Berbaloi untuk cuba.

393
00:22:00,569 --> 00:22:02,154
Bolehlah kita makan sama-sama.

394
00:22:04,197 --> 00:22:08,910
Pakar pelancongan terkemuka dan pengacara,
Kellee Edwards.

395
00:22:09,619 --> 00:22:12,247
KELLEE EDWARDS - PAKAR PELANCONGAN

396
00:22:12,331 --> 00:22:14,541
Saya tonton klip awak.

397
00:22:14,624 --> 00:22:19,129
Awak berdiri di sebelah tengkorak
di dalam kuil atau menyelam.

398
00:22:19,212 --> 00:22:23,175
Awak macam Indiana Jones
dalam kehidupan sebenar.

399
00:22:23,258 --> 00:22:25,302
Indiana Jones
dan Lara Croft bukan lawan saya.

400
00:22:25,385 --> 00:22:26,553
Saya tahu.

401
00:22:28,263 --> 00:22:30,766
Juri, ini peraturannya.

402
00:22:31,266 --> 00:22:35,145
Dinding Kek akan pusing
dan terpampanglah lima tempat letak kek.

403
00:22:35,228 --> 00:22:39,316
Semuanya item yang biasa dilihat
ketika bercuti di pantai,

404
00:22:39,399 --> 00:22:42,569
tapi satu daripadanya ialah kek.

405
00:22:42,652 --> 00:22:46,823
Anda mesti bekerjasama
dan cuba berbaik, okey?

406
00:22:46,907 --> 00:22:47,741
Okey.

407
00:22:47,824 --> 00:22:51,328
Peserta pertama kita ialah Andrew.

408
00:22:51,411 --> 00:22:53,830
Andrew buat cangkerang konc.

409
00:22:53,914 --> 00:22:56,083
Dinding Kek, pusing!

410
00:22:57,626 --> 00:23:01,296
Okey, juri.
Berikut ialah lima cangkerang konc,

411
00:23:01,380 --> 00:23:05,050
tapi salah satu daripadanya ialah kek

412
00:23:05,133 --> 00:23:07,344
dan tugas anda ialah mencarinya.

413
00:23:07,844 --> 00:23:10,263
Masa anda bermula sekarang!

414
00:23:11,181 --> 00:23:12,682
- Apa?
- Aduhai!

415
00:23:14,518 --> 00:23:16,061
Salah satunya kek?

416
00:23:16,144 --> 00:23:18,730
- Saya rasa saya dah tahu.
- Saya tak tahu.

417
00:23:18,814 --> 00:23:21,608
- Saya pilih Nombor Dua.
- Dua?

418
00:23:22,442 --> 00:23:24,986
Saya pilih Nombor Tiga.

419
00:23:25,070 --> 00:23:27,114
- Saya yakin.
- Susahnya.

420
00:23:27,197 --> 00:23:29,282
- Sepuluh saat lagi.
- Sepuluh saat!

421
00:23:30,158 --> 00:23:32,661
Ia tak nampak macam cangkerang konc.

422
00:23:33,161 --> 00:23:34,788
Kunci jawapan anda!

423
00:23:35,414 --> 00:23:38,583
- Saya nampak Dua cair.
- Ia nampak macam kek.

424
00:23:38,667 --> 00:23:39,751
Lima, empat…

425
00:23:39,835 --> 00:23:42,045
Dua nampak macam kek yang mencair.

426
00:23:42,129 --> 00:23:43,004
…satu!

427
00:23:43,088 --> 00:23:44,464
Masa tamat.

428
00:23:46,258 --> 00:23:47,968
- Anda pilih Dua?
- Betul.

429
00:23:48,051 --> 00:23:49,094
- Dua.
- Ya.

430
00:23:49,177 --> 00:23:50,137
Saya menyesal.

431
00:23:52,472 --> 00:23:54,391
Rancangan ini gila.

432
00:23:54,474 --> 00:23:57,853
- Adakah selebihnya cangkerang sebenar?
- Ya.

433
00:23:57,936 --> 00:24:00,230
Semua itu rumah empat ekor ketam?

434
00:24:00,313 --> 00:24:02,941
- Itu cangkerang konc.
- Suatu masa dulu?

435
00:24:03,024 --> 00:24:03,942
- Apa?
- Konc.

436
00:24:04,025 --> 00:24:05,193
- Konc.
- Ya.

437
00:24:05,277 --> 00:24:06,862
Anda capai kata sepakat?

438
00:24:06,945 --> 00:24:07,863
Tak.

439
00:24:07,946 --> 00:24:09,531
- Tak.
- Saya kalah undi.

440
00:24:09,614 --> 00:24:12,534
- Bukankah awak kata Dua?
- Saya pilih Dua…

441
00:24:12,617 --> 00:24:16,121
Anda kunci Dua, tapi pilih semuanya.

442
00:24:16,204 --> 00:24:17,205
Ya!

443
00:24:17,289 --> 00:24:18,999
Anda tak boleh kalah!

444
00:24:20,917 --> 00:24:25,630
Okey, juri. Anda pilih Nombor Dua.
Mari kita lihat jawapannya.

445
00:24:27,507 --> 00:24:29,050
Awak akan potongnya?

446
00:24:30,093 --> 00:24:31,720
Hebatnya rancangan ini!

447
00:24:33,305 --> 00:24:35,223
Saspensnya! Potong saja.

448
00:24:35,307 --> 00:24:36,683
Adakah ini kek?

449
00:24:38,894 --> 00:24:40,729
Di mana saya patut potong?

450
00:24:43,064 --> 00:24:45,442
- Tidak! Biar betul?
- Biar betul!

451
00:24:45,525 --> 00:24:46,526
Itu konc!

452
00:24:47,027 --> 00:24:47,944
Ya.

453
00:24:48,028 --> 00:24:49,488
Ini konc!

454
00:24:49,571 --> 00:24:51,990
Andrew, ini bukan kek. Awak berjaya.

455
00:24:52,073 --> 00:24:55,285
Awak berjaya memperdayakan juri.
Awak boleh menang.

456
00:24:55,368 --> 00:24:57,913
Terima kasih banyak.

457
00:24:59,498 --> 00:25:03,043
- Kellee teka Lima. Mari lihat.
- Saya harap ia betul.

458
00:25:03,126 --> 00:25:05,795
Mari kita lihat sekiranya ini kek.

459
00:25:12,302 --> 00:25:13,220
Ya!

460
00:25:15,639 --> 00:25:16,723
Ayuh!

461
00:25:18,308 --> 00:25:19,768
Ini kek.

462
00:25:19,851 --> 00:25:21,228
Kepuasannya…

463
00:25:22,938 --> 00:25:25,524
Tolonglah. Saya selalu menyelam.

464
00:25:25,607 --> 00:25:27,943
Saya tahu rupa cangkerang.

465
00:25:28,026 --> 00:25:29,319
Andrew, tahniah.

466
00:25:29,402 --> 00:25:31,154
Awak boleh menang.

467
00:25:31,238 --> 00:25:36,159
Saya nampak mata awak terkedip-kedip
di sebalik cermin mata tengkorak itu.

468
00:25:36,243 --> 00:25:37,911
Syabas, kawan.

469
00:25:37,994 --> 00:25:41,206
Baiklah, juri. Giliran peserta seterusnya,

470
00:25:41,289 --> 00:25:43,959
Nina, juara bertahan kita.

471
00:25:44,918 --> 00:25:46,211
Ya!

472
00:25:47,003 --> 00:25:50,382
Dinding Kek, pusing.

473
00:25:51,841 --> 00:25:52,926
Okey, juri.

474
00:25:53,009 --> 00:25:56,888
Lima minuman tropika terhidang
di depan mata anda.

475
00:25:57,472 --> 00:26:00,475
Percaya atau tidak,
satu daripadanya ialah kek.

476
00:26:03,436 --> 00:26:05,063
Masa anda bermula sekarang!

477
00:26:05,772 --> 00:26:08,483
Oh, Tuhan! Okey, item kali ini susah.

478
00:26:08,567 --> 00:26:10,068
- Aduhai.
- Susahnya.

479
00:26:10,151 --> 00:26:12,529
- Saya rasa…
- Saya pandang Nombor Satu.

480
00:26:12,612 --> 00:26:13,446
Okey.

481
00:26:14,573 --> 00:26:17,158
- Aduhai, susahnya.
- Susahnya.

482
00:26:17,242 --> 00:26:18,827
Salah satunya ialah kek.

483
00:26:18,910 --> 00:26:19,786
Okey.

484
00:26:20,537 --> 00:26:21,371
Sepuluh saat.

485
00:26:22,080 --> 00:26:23,456
Kenapa saya rasa Empat?

486
00:26:24,749 --> 00:26:26,835
Rasanya saya dah ada jawapan.

487
00:26:26,918 --> 00:26:29,254
- Bukan Lima.
- Saya ikut Kellee.

488
00:26:29,337 --> 00:26:31,089
- Chris, mana satu?
- Satu?

489
00:26:31,172 --> 00:26:33,633
- Lima.
- Tekan!

490
00:26:34,217 --> 00:26:35,635
JAWAPAN DIKUNCI!

491
00:26:35,719 --> 00:26:38,888
- Awak pilih Satu? Dah terlambat.
- Itu tak penting.

492
00:26:39,431 --> 00:26:41,766
Juri, anda pilih Nombor Satu.

493
00:26:42,934 --> 00:26:45,562
Saya fikir anda nak bergaduh.

494
00:26:45,645 --> 00:26:48,815
- Nampaknya, semua sepakat.
- Saya nampak tiga kek.

495
00:26:48,898 --> 00:26:50,066
- Betulkah?
- Ya.

496
00:26:50,150 --> 00:26:52,652
Bentuk tempurung kelapa itu pelik.

497
00:26:52,736 --> 00:26:55,280
Yang itu nampak terlalu bulat,

498
00:26:55,363 --> 00:26:57,324
jadi saya pilih Nombor Satu.

499
00:26:57,407 --> 00:26:58,408
Dah terlambat.

500
00:26:59,701 --> 00:27:02,120
Mari kita lihat sama ada ia kek atau tak.

501
00:27:05,123 --> 00:27:06,082
Ayuh.

502
00:27:06,166 --> 00:27:07,375
Mari kita lihat.

503
00:27:11,963 --> 00:27:13,089
Tak guna!

504
00:27:13,173 --> 00:27:14,007
Tidak!

505
00:27:15,175 --> 00:27:17,761
Ini bukan kek!

506
00:27:18,470 --> 00:27:21,056
Nina, awak berjaya lagi.

507
00:27:21,139 --> 00:27:22,390
Itu air kelapa.

508
00:27:23,058 --> 00:27:24,768
Awak boleh menang hari ini.

509
00:27:24,851 --> 00:27:29,105
Okey, juri. Masa untuk potong kek sebenar.

510
00:27:30,649 --> 00:27:33,026
Mari lihat sama ada ini kek.

511
00:27:33,610 --> 00:27:34,861
Tak, itu kelapa.

512
00:27:37,614 --> 00:27:39,199
- Tidak!
- Itu kek!

513
00:27:40,533 --> 00:27:42,369
- Itu kek?
- Ini kek!

514
00:27:42,452 --> 00:27:43,703
Wah!

515
00:27:44,788 --> 00:27:46,831
Kami silap, tapi biar betul?

516
00:27:46,915 --> 00:27:48,625
- Hebatnya.
- Syabas.

517
00:27:48,708 --> 00:27:49,542
Terima kasih.

518
00:27:49,626 --> 00:27:53,088
Maksudnya awak boleh menang
dan juga berpeluang

519
00:27:53,171 --> 00:27:57,509
untuk tebus kekalahan
dalam cabaran Kek atau Duit lalu.

520
00:27:57,592 --> 00:27:58,426
Jadi…

521
00:28:00,845 --> 00:28:04,391
Giliran peserta terakhir kita, Dessiree.

522
00:28:04,474 --> 00:28:07,686
Dinding Kek, pusing.

523
00:28:08,228 --> 00:28:11,815
Juri, lima baldi pasir
dan penyodok tersusun di depan anda.

524
00:28:11,898 --> 00:28:14,150
Salah satunya ialah kek.

525
00:28:14,234 --> 00:28:16,820
Masa anda bermula sekarang!

526
00:28:18,238 --> 00:28:20,657
- Oh, Tuhan!
- Tolonglah!

527
00:28:21,783 --> 00:28:24,744
Baldi Satu dan Tiga agak pusam.

528
00:28:24,828 --> 00:28:26,913
- Dia mesti buat tangkai.
- Ia bukan mudah.

529
00:28:26,996 --> 00:28:28,373
- Tangkainya.
- Sepuluh saat.

530
00:28:28,456 --> 00:28:30,208
- Lihat tangkainya!
- Ia nampak…

531
00:28:30,291 --> 00:28:31,209
Awak rasa Tiga?

532
00:28:32,460 --> 00:28:33,670
Saya rasa Empat.

533
00:28:33,753 --> 00:28:35,630
- Banyak pasir.
- Awak rasa Empat?

534
00:28:35,714 --> 00:28:37,048
Asalkan bukan Lima.

535
00:28:37,132 --> 00:28:40,635
- Saya pun pilih Tiga. Awak?
- Lima saat. Kunci jawapan.

536
00:28:40,719 --> 00:28:42,387
Tiga? Tiga okey?

537
00:28:42,470 --> 00:28:43,847
Dah terlambat!

538
00:28:43,930 --> 00:28:44,973
JAWAPAN DIKUNCI!

539
00:28:45,056 --> 00:28:46,015
Masa tamat.

540
00:28:46,099 --> 00:28:47,642
Anda pilih Nombor Tiga.

541
00:28:47,726 --> 00:28:49,477
Keadaan agak tegang.

542
00:28:49,561 --> 00:28:50,729
Anda tak apa-apa?

543
00:28:50,812 --> 00:28:53,982
Nampaknya, anda berselisih pendapat.
Apa yang berlaku?

544
00:28:54,065 --> 00:28:56,526
- Dua berkilat.
- Jarang kek berkilat.

545
00:28:56,609 --> 00:28:59,112
Satu pusam
dan pasirnya nampak macam bertih jagung.

546
00:28:59,195 --> 00:29:01,823
Lagipun, tiada tangkai. Dia tentu buat.

547
00:29:01,906 --> 00:29:03,158
Dia tentu letak tangkai.

548
00:29:03,241 --> 00:29:04,909
Mereka pentingkan butiran.

549
00:29:04,993 --> 00:29:08,496
Anda pilih Nombor Tiga,
jadi mari kita lihat.

550
00:29:09,164 --> 00:29:11,291
Untuk itu, saya perlukan pembantu.

551
00:29:11,374 --> 00:29:15,211
Dengan saiz baldi ini,
pisau saya perlu dipanaskan dulu.

552
00:29:15,295 --> 00:29:16,379
Bahayanya.

553
00:29:18,715 --> 00:29:21,843
Saya rasa macam dalam filem
ketika hero ditangkap

554
00:29:21,926 --> 00:29:24,053
dan penjahat nak seksa dia.

555
00:29:24,846 --> 00:29:27,182
"Kau tak nak beritahu lokasi kek itu.

556
00:29:27,766 --> 00:29:31,227
Mungkin kau perlukan sedikit dorongan."

557
00:29:31,311 --> 00:29:32,729
Oh, Tuhan.

558
00:29:32,812 --> 00:29:35,106
Hebatnya rancangan ini.
Netflix akan siarkannya?

559
00:29:36,775 --> 00:29:38,026
Adakah itu kek?

560
00:29:39,194 --> 00:29:40,403
Mikey, potonglah!

561
00:29:40,487 --> 00:29:43,823
- Adakah ini kek?
- Kek?

562
00:29:43,907 --> 00:29:44,866
Tak nak tengok.

563
00:29:46,326 --> 00:29:48,036
Dia sedang potong, bukan?

564
00:29:48,119 --> 00:29:51,122
- Kita berjaya!
- Anda berjaya! Ini kek.

565
00:29:51,206 --> 00:29:52,373
Ya!

566
00:29:54,751 --> 00:29:56,836
Susah nak potong pula itu.

567
00:29:57,921 --> 00:29:59,756
Mengagumkan!

568
00:29:59,839 --> 00:30:03,635
- Itu agak keras.
- Ini kek dan ia nampak sedap.

569
00:30:03,718 --> 00:30:07,388
Dessiree, maafkan saya.
Juri berjaya jumpa kek awak.

570
00:30:07,472 --> 00:30:09,390
Awak tak boleh menang hari ini,

571
00:30:09,474 --> 00:30:12,769
tapi awak masih berpeluang
untuk bertanding lagi.

572
00:30:12,852 --> 00:30:19,192
Percayalah, baldi ini sangat realistik.
Jadi, syabas.

573
00:30:19,275 --> 00:30:21,194
- Terima kasih.
- Dessiree.

574
00:30:21,694 --> 00:30:25,281
Sila hidangkannya kepada juri
dan cerita tentang kek awak.

575
00:30:26,533 --> 00:30:29,994
Saya orang Latin,
jadi saya buat kek kelapa tua

576
00:30:30,078 --> 00:30:34,290
yang berintikan <i>brigadeiro</i> buah markisah.

577
00:30:35,667 --> 00:30:37,460
- Ya.
- Sedapnya!

578
00:30:37,544 --> 00:30:39,170
Alamak, besarnya.

579
00:30:41,422 --> 00:30:43,383
- Sedapnya!
- Ia sangat lembap.

580
00:30:43,466 --> 00:30:46,135
Rupanya memang macam pasir.

581
00:30:46,219 --> 00:30:48,847
Chris sedang menikmatinya.

582
00:30:48,930 --> 00:30:53,726
Gaya awak macam berjalan di kaki lima
dan tanya, "Awak nak jadi pelakon?"

583
00:30:53,810 --> 00:30:58,273
Awak jawab, "Ya!
Ini kali pertama saya di LA. Seronoknya!"

584
00:30:59,357 --> 00:31:02,861
Awak nampak sangat ceria
dan ia menyeronokkan.

585
00:31:04,654 --> 00:31:07,699
Andrew dan Nina,
kamu berjaya memperdayakan juri.

586
00:31:10,368 --> 00:31:12,412
Namun, seorang saja boleh menang.

587
00:31:12,495 --> 00:31:14,914
Baiklah, juri. Keputusan seri.

588
00:31:14,998 --> 00:31:17,166
Jadi, anda perlu pilih pemenang.

589
00:31:17,250 --> 00:31:22,338
Nilai dari dekat dan pilih peserta
yang layak menang sehingga 15,000 dolar.

590
00:31:22,922 --> 00:31:26,634
Kini, semuanya bergantung
kepada rasa dan butirannya.

591
00:31:26,718 --> 00:31:29,220
Dinding Kek, pusing!

592
00:31:30,638 --> 00:31:32,974
Juri, sila naik ke pentas.

593
00:31:34,309 --> 00:31:37,812
Baiklah, Andrew.
Beritahu kami tentang kek awak.

594
00:31:37,896 --> 00:31:41,900
Saya buat kek teh berempah
dengan krim mentega kayu manis Saigon

595
00:31:41,983 --> 00:31:44,402
berserta lapisan ganace pedas.

596
00:31:44,485 --> 00:31:45,820
Macam biskut halia.

597
00:31:45,904 --> 00:31:46,821
- Sedap?
- Ya.

598
00:31:46,905 --> 00:31:47,780
Sedap sangat!

599
00:31:47,864 --> 00:31:49,324
- Sedap.
- Memang sedap.

600
00:31:49,407 --> 00:31:51,117
Butirannya amat menakjubkan.

601
00:31:51,200 --> 00:31:54,454
- Ia lebih realistik dari dekat.
- Ya.

602
00:31:54,537 --> 00:31:57,457
Saya nak dengar bunyi ombak,
tapi ada kek pula.

603
00:31:57,540 --> 00:31:59,167
Terima kasih banyak.

604
00:31:59,250 --> 00:32:02,378
Okey, juri. Sila nilai kek Nina pula.

605
00:32:02,462 --> 00:32:05,173
Nina, beritahu kami tentang kek awak.

606
00:32:05,256 --> 00:32:08,009
Jadi, saya buat kek krim dan biskut

607
00:32:08,092 --> 00:32:11,638
dengan krim mentega ringan
dan ganace coklat.

608
00:32:11,721 --> 00:32:13,264
Wah, sedapnya!

609
00:32:13,848 --> 00:32:15,141
Ia sangat lembap.

610
00:32:15,224 --> 00:32:16,392
- Ya.
- Sedapnya.

611
00:32:16,476 --> 00:32:19,187
- Saya nak cuba pasirnya.
- Saya nak pasir.

612
00:32:19,270 --> 00:32:21,981
Ini kali pertama
saya rasa teruja makan pasir.

613
00:32:22,065 --> 00:32:24,734
- Saya suka rasanya.
- Ia sangat sedap.

614
00:32:24,817 --> 00:32:28,780
Lihatlah sabut kelapa itu.
Ia nampak sama macam sabut kelapa.

615
00:32:28,863 --> 00:32:30,114
Menakjubkan.

616
00:32:30,198 --> 00:32:31,699
- Payung.
- Saya nampak sabut.

617
00:32:31,783 --> 00:32:32,742
Payung.

618
00:32:32,825 --> 00:32:34,243
Awak buat guna apa?

619
00:32:34,327 --> 00:32:37,080
- Kertas wafer.
- Payung itu boleh dimakan.

620
00:32:37,163 --> 00:32:38,331
Kertas wafer boleh dimakan?

621
00:32:38,414 --> 00:32:40,667
Rasanya tak sedap.

622
00:32:41,584 --> 00:32:43,544
- Taklah teruk sangat.
- Yakah?

623
00:32:43,628 --> 00:32:44,712
Cair di mulut.

624
00:32:45,296 --> 00:32:47,131
Boleh saya bawa balik kek ini?

625
00:32:48,841 --> 00:32:52,261
Juri, anda dah nilai dari dekat
dan rasa kedua-dua kek.

626
00:32:52,804 --> 00:32:55,556
Sekarang, masa untuk berbincang

627
00:32:56,557 --> 00:32:58,476
dan pilih pemenangnya.

628
00:32:58,977 --> 00:33:00,269
Saya tak tahu.

629
00:33:00,353 --> 00:33:02,814
Satu menang dan saya tak tahu nak pilih.

630
00:33:02,897 --> 00:33:04,315
- Mereka memperdayakan kita.
- Betul.

631
00:33:04,399 --> 00:33:07,527
- Saya paling suka butiran itu.
- Ia menakjubkan.

632
00:33:07,610 --> 00:33:09,612
- Ya.
- Tapi saya suka kek ini.

633
00:33:09,696 --> 00:33:13,741
Oh, Tuhan. Rasa atau butiran?

634
00:33:13,825 --> 00:33:15,618
Saya pun berdebar-debar.

635
00:33:16,828 --> 00:33:17,662
Terima kasih.

636
00:33:18,204 --> 00:33:19,664
Saya suka rasa kedua-duanya.

637
00:33:19,747 --> 00:33:20,748
Kita terpedaya.

638
00:33:20,832 --> 00:33:22,750
Kedua-duanya sangat sedap.

639
00:33:22,834 --> 00:33:25,962
Saya tahu ia sukar,
tapi saya perlukan jawapan anda.

640
00:33:26,045 --> 00:33:27,422
Anda dah ada keputusan?

641
00:33:27,505 --> 00:33:28,464
- Dah.
- Ya.

642
00:33:28,548 --> 00:33:30,883
Baiklah. Siapakah pemenangnya?

643
00:33:30,967 --> 00:33:33,886
Jadi, selepas puas berbincang…

644
00:33:33,970 --> 00:33:37,890
Kami suka rasa
dan nak bawa balik kedua-duanya.

645
00:33:38,391 --> 00:33:43,229
Namun apa-apa pun,
estetik visual kek yang paling penting

646
00:33:43,312 --> 00:33:45,898
dan disebabkan itu, kami pilih…

647
00:33:49,986 --> 00:33:51,988
Tiga, dua, satu.

648
00:33:52,071 --> 00:33:53,239
Andrew!

649
00:33:54,782 --> 00:33:56,075
Terima kasih.

650
00:33:57,368 --> 00:33:58,870
Terima kasih banyak.

651
00:33:59,620 --> 00:34:01,330
Juara baru!

652
00:34:02,373 --> 00:34:05,835
Awak baru saja menang 5,000 dolar.

653
00:34:05,918 --> 00:34:08,588
Juri, kenapa anda pilih Andrew?

654
00:34:08,671 --> 00:34:12,425
Kalau kita di dasar laut,
saya tentu percaya ia cangkerang konc.

655
00:34:12,508 --> 00:34:14,510
Butirannya sangat realistik.

656
00:34:14,594 --> 00:34:15,720
Ia menakjubkan.

657
00:34:15,803 --> 00:34:17,638
Saya pun selalu menyelam.

658
00:34:17,722 --> 00:34:21,476
Biasanya saya tak pakai gogal,
jadi saya tak boleh buka mata,

659
00:34:21,559 --> 00:34:24,228
tapi saya yakin
inilah rupa cangkerang konc sebenar.

660
00:34:24,312 --> 00:34:26,022
- Tahniah.
- Terima kasih.

661
00:34:27,023 --> 00:34:28,024
Terima kasih.

662
00:34:29,984 --> 00:34:32,403
Berikan tepukan gemuruh untuk juri kita.

663
00:34:34,322 --> 00:34:35,156
Dinding Kek…

664
00:34:40,161 --> 00:34:41,746
- Selamat tinggal!
- Tak adil.

665
00:34:41,829 --> 00:34:44,540
- Awak tak iring kami?
- Terima kasih, semua!

666
00:34:44,624 --> 00:34:45,792
Terima kasih.

667
00:34:46,501 --> 00:34:49,170
Laluannya gelap.
Cari pintu keluar sendiri.

668
00:34:50,922 --> 00:34:52,882
Maaf, Dessiree dan Nina.

669
00:34:52,965 --> 00:34:55,343
Kamu akan berpeluang bertanding lagi.

670
00:34:55,426 --> 00:34:59,472
Sila sertai pembuat kek lain di galeri.
Syabas.

671
00:35:00,556 --> 00:35:01,891
Syabas, semua.

672
00:35:03,935 --> 00:35:05,812
Andrew.

673
00:35:05,895 --> 00:35:07,855
Syabas, kawanku.

674
00:35:07,939 --> 00:35:09,899
Ini cabaran kesukaan saya.

675
00:35:09,982 --> 00:35:13,528
Masa untuk cabaran Kek Atau Duit?

676
00:35:17,490 --> 00:35:18,783
KEK ATAU DUIT?

677
00:35:19,408 --> 00:35:23,913
Memandangkan Nina tak dapat 5,000 dolar
dalam cabaran Kek atau Duit lalu,

678
00:35:23,996 --> 00:35:29,502
hadiah terkumpul berjumlah 10,000 dolar
dan awak berpeluang memenanginya.

679
00:35:30,002 --> 00:35:35,049
Di sebalik Dinding Kek,
ada dua beg pantai.

680
00:35:35,800 --> 00:35:38,553
Salah satu daripadanya penuh dengan duit

681
00:35:38,636 --> 00:35:42,348
dan satu lagi ialah kek.

682
00:35:42,431 --> 00:35:45,268
Kalau jumpa kek, awak dapat duit.

683
00:35:45,768 --> 00:35:49,730
Awak ada 15 saat untuk teka.

684
00:35:50,731 --> 00:35:52,900
Masa awak bermula sekarang!

685
00:36:02,076 --> 00:36:03,202
Sepuluh saat.

686
00:36:05,913 --> 00:36:07,540
Saya bingung.

687
00:36:08,958 --> 00:36:11,377
Lima saat. Sila kunci jawapan awak.

688
00:36:13,462 --> 00:36:14,422
Masa tamat!

689
00:36:17,008 --> 00:36:18,676
Awak pilih Satu.

690
00:36:19,468 --> 00:36:20,595
Betul.

691
00:36:20,678 --> 00:36:21,846
Kenapa pilih Satu?

692
00:36:21,929 --> 00:36:22,805
Saya tak tahu.

693
00:36:25,099 --> 00:36:26,642
Mari kita lihat.

694
00:36:31,814 --> 00:36:33,816
- Awak okey?
- Tak.

695
00:36:35,318 --> 00:36:39,822
Okey, Andrew. Awak dah menang 5,000 dolar.

696
00:36:39,906 --> 00:36:44,118
Kalau ini kek,
awak akan menang 10,000 dolar lagi.

697
00:36:44,202 --> 00:36:45,077
Okey.

698
00:36:46,078 --> 00:36:46,996
Mari lihat.

699
00:36:47,079 --> 00:36:48,206
Okey.

700
00:36:58,841 --> 00:37:01,928
Maaf, Andrew. Awak tak jumpa kek.

701
00:37:02,011 --> 00:37:03,971
Tak mengapa, Andrew!

702
00:37:04,555 --> 00:37:06,641
Saya bengang kalau tak jumpa kek!

703
00:37:06,724 --> 00:37:09,560
Itulah akibatnya
kalau memperdayakan kawan aku!

704
00:37:11,479 --> 00:37:13,231
- Mari kita potong.
- Okey.

705
00:37:15,024 --> 00:37:15,942
Oh, ya.

706
00:37:22,281 --> 00:37:25,034
Memandangkan awak kalah
cabaran Kek atau Duit,

707
00:37:25,117 --> 00:37:27,078
hadiah akan terkumpul lagi.

708
00:37:27,161 --> 00:37:32,875
Dalam episod seterusnya,
hadiah cabaran ini bernilai 15,000 dolar.

709
00:37:32,959 --> 00:37:36,545
Maksudnya, salah seorang
daripada anda boleh menang

710
00:37:36,629 --> 00:37:38,089
sehingga 20,000 dolar.

711
00:37:40,174 --> 00:37:43,344
Persaingan kian terasa!

712
00:37:43,427 --> 00:37:47,014
Mikey, sebelum itu,
saya nak beritahu sesuatu.

713
00:37:47,098 --> 00:37:49,558
Istilah "<i>tiltscape</i> " tak wujud.

714
00:37:49,642 --> 00:37:50,601
Apa?

715
00:37:51,143 --> 00:37:52,853
- Saya reka.
- Tipulah!

716
00:37:52,937 --> 00:37:53,771
Tak.

717
00:37:54,272 --> 00:37:56,732
- Tiada istilah…
- Steve tipu saya.

718
00:37:56,816 --> 00:37:57,692
Ya.

719
00:37:59,193 --> 00:38:01,654
Saya tak tahu nak percaya apa lagi.

720
00:38:01,737 --> 00:38:03,030
Adakah <i>fondant</i> wujud?

721
00:38:03,114 --> 00:38:04,240
<i>Fondant</i> wujud.

722
00:38:04,323 --> 00:38:06,742
Saya nak Google semua istilah
yang Steve sebut.

723
00:38:06,826 --> 00:38:09,495
Sebenarnya, saya tak percaya sesiapa pun.

724
00:38:09,578 --> 00:38:11,414
April!

725
00:38:11,497 --> 00:38:12,498
Maaf, Mikey.

726
00:38:12,581 --> 00:38:14,250
Awak pun bersubahat?

727
00:38:14,333 --> 00:38:17,003
Awak yang sebut tentang ruang negatif.

728
00:38:17,086 --> 00:38:18,754
Saya semakin pandai menipu.

729
00:38:18,838 --> 00:38:20,923
Semuanya kerana rancangan ini!

730
00:38:21,007 --> 00:38:22,133
Memalukan.

731
00:38:22,800 --> 00:38:26,721
Saya Mikey Day.
Jangan lupa periksa "<i>tiltscape</i> " anda.

732
00:38:26,804 --> 00:38:27,930
Selamat tinggal.

733
00:38:28,764 --> 00:38:31,309
Steve, saya akan perhatikan awak.

734
00:38:31,392 --> 00:38:34,312
Seterusnya, pertarungan antara generasi.

735
00:38:34,395 --> 00:38:39,567
Yang muda menentang
yang tua menentang <i>Halloween</i> ?

736
00:39:00,880 --> 00:39:05,885
Terjemahan sari kata oleh Saffura

